CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bunga_sakura

[SERAM HOSPITAL]: Pengalaman pesakit/jururawat/doktor

    [Copy link]
Post time 16-11-2015 07:10 PM | Show all posts
zameyla replied at 16-11-2015 05:10 PM
uishhh...yg darah tu, scary...
Ada aku baca kat cni jgk la kot yg bila nurse bawa darah ja, ada b ...

Not so surprising. Dah itu makanan 'diorang' kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2015 07:13 PM | Show all posts
Thank you Mod for the credits
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 08:36 PM | Show all posts
Ini kisah diri sendiri... takde ler seram, cuma mcm pengalaman pelik ler... 3 tahun lepas.. masuk wad... malam kedua tu... aku rasa ramai sangat nurse & depa duk main tolak-tolak katil2 wad... bunyi ketung-ketang ler.. bingit telinga aku.. sampai aku bersuara "Oi!! diam lah, aku nak tido ni"...kemudian aku perasan makcik katil depan aku yg duk tidur kat kerusi sebelah katil suami dia mcm terjaga tido... kemudian baru aku terfikir... ini hospital la... manada org main tolak2 langgar2 katil semua bising2... kemudian aku tido semula la... mungkin otak kita bermain dgn kita sebabkan ubat sedation etc... lepas 2 hari lepas tu baru aku discharge... lain2 takdak masalah :-)

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 08:41 PM | Show all posts
...err... mungkin tak berapa tepat dgn topic...

betul ke org cakap tune hotel kl tu dulu tempat tu bekas spital swasta? (ada wad semua)... ada yg cakap situ pun ada cerita juga (sejak tukar jadi hotel)...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 09:11 PM | Show all posts
Nak cerita2 jugak..tapi ni bukan pengalaman saya.
Pengalaman kawan ayah jaga anak dia kat hospital.

Anak dia operate kat satu hospital gomen kat selangor.
Tak ingat malam ke berapa kat hospital tu...ayah dia duduk kat kerusi,sambil2 main phone..pastu tetiba anak dia terjaga.ayah dia tanya nak apa2 tak..anak dia tak cakap pape,terus sambung tido. (masa ni dlm pkul 2-3 pagi)
esoknya anak dia tanya ayah dia 'siapa yg duduk sebelah abah masa abah main fon semalam?'
ayah dia terdiam..sebab memang tak de sape yg datang melawat masa tu (pkul 2-3 pg kot) pastu bilik tu bilik sorang
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 08:32 AM | Show all posts
k_a_a replied at 16-11-2015 08:41 PM
...err... mungkin tak berapa tepat dgn topic...

betul ke org cakap tune hotel kl tu dulu tempat  ...

iya.. pernah terdengar kisah ni kat misteri jam 12
walaupun x didedahkan tapi semua org tahu
org2 kl especially memang tahu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2015 09:27 AM | Show all posts
kechikchomel replied at 16-11-2015 09:11 PM
Nak cerita2 jugak..tapi ni bukan pengalaman saya.
Pengalaman kawan ayah jaga anak dia kat hospital. ...

Kelakor jugak cerita seram ni.. hehe...

Moral of the story.. lain kali duk saja, zikir.. jgn sibuk main fon.. nanti jin/antu pun tumpang sekaki...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 09:31 AM | Show all posts
k_a_a replied at 17-11-2015 09:27 AM
Kelakor jugak cerita seram ni.. hehe...

Moral of the story.. lain kali duk saja, zikir.. jgn si ...

kan???
'dia' pun nak jugak menumpang main angry bird,c.o.c

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2015 10:14 AM | Show all posts
k_a_a replied at 16-11-2015 08:41 PM
...err... mungkin tak berapa tepat dgn topic...

betul ke org cakap tune hotel kl tu dulu tempat  ...

Aku pernah tido dgn laki aku kat Tune Hotel nie..Tidur kat Tingkat 2 rasanya.
Lepas dh check out baru laki aku bgtau yg hotel tu dulu Hospital..
Seb baik...klu tak, tak tidur malam aku....
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 11:21 AM | Show all posts
nak cite gak..
member cite dulu die keje kt hosp serdang..
die cm part time wt it ke ape ntah..
so die keje shift..
tp aritu die keje habis kul 7 malam..lepas maghrib..
die nak pergi kt parking keta tmpt staff tu..
bile die nak reverse..bunyi sensored keta die..
makin lama makin kuat..tp tgk cermin takde pape..
mcm2 die baca..pastu bru senyap..trus die cabutt...
tkut die trlanggar pape jee...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 03:37 PM | Show all posts
nak tumpang cter jugak.... pngalaman sndri...aku msuk wad pmpuan spital machang..
duk katil hujung skali dkat tngkap..dlm blik tu ada dlm 8 patient...aku ni mmg pnakut gler..so bla kul 6 aku siap2 msuk mndi n amik wudhu..sbb mlm mmg ak x g toilet dh..wlaupn toilet dlm blik tu jer..
malam ke 2 duk situ..1 nurse tu dtg check ak pstu tnye ada bwk yasin x..nnti ltak bwh bntal..aku tnye la npe..sbb plik dia tnye cmtu.. dia ckp org yg duk kt katil tu sblum aku histeria sbb ada bnda kacau..
pstu patient tu dipindahkan ke blik lain...bongoknye nurse kn...mlm tu aku tdo psg yasin kt tepon..pstu rsa gagah skit sbb mkcik dpan ak jnis jga solat..pstu mkcik sblh katil aku pn anak dia ada ngaji2..4 hari duk ctu..hari ke 3 mkcik dpan tu dh leh kluar..so tnggl katil tu ksong.. alhamdulillah x jd pape kt aku..dh la msa tu tgh ngndung..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 05:08 AM From the mobile phone | Show all posts
fairy_fairy replied at 16-11-2015 07:06 PM
Tak tau pulak kalau di blood bank darah pandai kurang or not. Tapi in my friend's case, memang dep ...

Patutlah...

Last ramadhan aku operation. Aku hb low. Memang kena blood transfusion after operation tu. Malam lagi dah check yg aku perlukan blood transfusion. Gigih nurse pesan suruh makan ubat je. Malam kita tak buat blood transfusion. Esoknya seawal 6.30am aku blood transfusion sebab dah agak kritikal condition darah aku.

Gitu rupa kisahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 09:50 AM | Show all posts
aku pernah jaga mak aku sakit kat Hosp Ipoh dulu...
tapi aku tak alami apa-apa... cuma mak aku suka meracau-racau
bila malam dia asyik cerita ramai nurse ngan doctor dalam ward tu..
katanya dorang tu semua keluar dari dinding (katil dia mengadap dinding)
seminggu dia dalam ward tu... hari-hari dia complained..
aku tak amik pot sbb aku fikir mungkin dia hypo masa tu .. dia masuk wad
sbb diabetis... mana la tau kot sbb tu... so bila dia cakap tu aku pujuk2 dia
tapi bila dah segar.. dah sihat.. dah discharged .. dia masih cerita benda yang sama
so..kesimpulannya.. memang apa yg dia Nampak tu 'wujud'.. kalau tidak tak mungkin
dia repeat cerita yang sama walaupun dah berbulan2 discharged...

mak pun kata kalau tengah malam jangan tengok bawah katil
sebab ada kepala tanpa badan 'berjalan-jalan' kehulu ke hilir bawah katil
aduuhhh... aku pulak tidur atas kerusi malas jer tepi katil tu...  
bila mak ceria kepala berjalan aku bayangkan macam dalam cerita alien
kepala ada kaki....

masa first day mak masuk... senja tu dia beria-ia tunjuk kat aku arah orang lalu lalang
katanya ada nurse ngan attendant hosp surung katil yang patient nya penuh berlumuran daran
dan badan di toreh-toreh.....

kalau cerita hal-hal hospital ni memang tak abis uols...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 10:15 AM | Show all posts
zameyla replied at 13-11-2015 02:53 PM
kann....org tua2 selalu pesan...Jangan tegur...

yg petua ni paling susah..kalau ada anak2 ribena...semua benda dia nak tanya..apa tu? kenapa mcm tu? etc
pendek kata kalau terserempak species2 majuk manjang x leh ditegur ni, abis le anak2 aku...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 10:24 AM | Show all posts
peachRose replied at 25-11-2015 10:15 AM
yg petua ni paling susah..kalau ada anak2 ribena...semua benda dia nak tanya..apa tu? kenapa mcm t ...

haha...bertabah la uoll...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 10:24 AM | Show all posts
twins replied at 25-11-2015 09:50 AM
aku pernah jaga mak aku sakit kat Hosp Ipoh dulu...
tapi aku tak alami apa-apa... cuma mak aku suka ...

wow...scarynya, badan ditoreh2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2015 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Meh nak share pengalaman aku kat hospital. Banyak pengalaman aneh aku kat spital tapi nak share yang ni. Dah lama jugak kejadian ni.

Bah aku kena operate kat sebuah hospital gomen yang glamer. Untuk keselesaan bah, kitorang masuklan dia kat private wing. Private wing ni jauh masuk ke dalam lepastu sunyi. Malam tu patutnya kakak aku jaga Bah tapi pukul 12.30 pagi dia call aku kata dia still kt ofis. So takpe lah. Aku gerak pegi spital pukul 1.15 pagi. Sampai sana dalam pukul 2 pagi. Aku ni idok le berani sangat tapi idokle penakut. Time aku lalu kat laluan sunyi, aku dengar tapak kaki orang berlari kat belakang aku. Aku toleh la, kot-kot ade emergency, ada orang nazak ke. Kot-kot tengah tolak strecher ke, nak kasi laluan la. Kang disodoknya aku dari belakang tak memasal. Tapi takde orang dan senyap. Sayup-sayup dengar budak ketawa. Di sebabkan aku dah mangli dengan 'kekacauan', plus ngantuk letih, aku bohlayan. Lantak kau la labuuu. Sampai kat wad, lalu depan kaunter nurse, aku nampak je nurse Z pandang aku semacam. And aku masih dalam mood malas layan. Aku assume dia terpesona pandang aku (eh?). Masuk bilik bah, bah tidur. Aku pun terus bentang toto yang memang kitorang tinggal kat bilik tu. Tengah-tengah sibuk nak siapkan tempat tido, aku dengar bunyi tombol pintu kena pulas dari luar. Aku ingat nurse nak masuk chek, tapi takde pulak orang masuk. 2-3 kali. Aku macam "sukahati kau lah. Aku ngantuk, so layan diri la."

Aku pun tido la. Biasanya kalau aku teman orang kat hospital, aku senang terjaga. Bunyi sikit, terus terbukak mata. Aku memang selalu neman orang kt spital sampai boleh buat jadi kerjaya. Okay sambung cerita, tengah-tengah tido, aku dengar pintu terbukak. Tapi aku rasa malam tu aku ngantuk gila. Nak angkat mata pun tak boleh. Aku dengar suara orang bercakap. Ramai. Sesekali dengar bahasa tamil. Sesekali bahasa melayu. Kuat gila bercakap. Aku tengah mamai tu rasa macam nak marah. Engko masuk bilik orang sakit ni tak reti cakap slow-slow ke. Dalam mata terpejam tu, aku dok pikir apsal doktor masuk bilik bah ramai-ramai. Tapi mata aku berat sangat. Tiba-tiba rasa tudung aku kena tarik ke depan (ye aku tido pakai tudung. Mana nak tau apa and siapa nak masuk bilik wad). Aku rasa  berat mata, berat tangan. Yang terkeluar dari mulut aku, "jangan!" Terus semua benda stop. Aku terus hanyut. Ok mungkin aku bermimpi.
Paginya, pukul 6 aku bangun. Aku tengok bah aku tengah baca quran atas katil. Bah aku nampak aku duduk, terus dia tanya, "Okay ke?" Aku angguk je la. Siap solat semua, bah aku suruh aku baca mathurat. Pukul 7 pagi, mom datang, bah terus tanya aku datang pukul berapa, lalu mana. Aku pelik la. Dia pon start la cerita, malam tadi dia terjaga sebab dia rasa telinga dia sakit berdesing. Dia buka mata je, dia terdengar aku cakap "jangan". Aku diam je la dengar dia cerita. Aku kemas barang nak balik rumah. Lalu depan kaunter tu, aku dengan cerianya singgah la nak nyembang (ye. Aku memang kepochi dengan nurse-nurse). Akak nurse N tanya soalan yang sama, "okay ke?". Aku tanya apesal. Dia bukak fon, tunjuk mesej dari Nurse Z yang semalam nampak aku masuk. Dia cakap, waktu aku masuk, ada 2 budak kecik ikut aku masuk. Muka macam indian. And dua-dua senyap je ikut aku dari belakang. Pakai baju wad. Aku macam krik krik krik sekejap baca conversation diorang. Dalam hati dok pikir, "kuang ajo punye budak, tak hormat orang tua tengah tido! Aku jumpa ni siap la aku luku." Persoalannya, siapa budak-budak kecik itu. Sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 08:46 AM | Show all posts
Aku ada dengar, jin tak boleh menembusi dinding,mereka masuk melalui lubang2.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 01:43 PM | Show all posts
aku nak tambah sikit pasal yang tak boleh transfusi darah malam2 tu:

selalunya kat hospital memang takkan transfusi darah malam2 melainkan betul2 perlu, sebabnya malam tak ramai staff, dari dr ke nurse sampai ke orang tabung darah - kalau tiba2 terjadi transfusion reaction nanti susah. Kalau transfusion reaction yang tak serius takpelah, mungkin boleh stopkan transfusi dan bagi ubat. Tapi kalau terjadi reaction yang besar takut boleh mengancam nyawa pesakit, especially dengan kekurangan staf pada shift malam.

Tapi aku tak menolak kemungkinan kalau ada isu mistik yang berkait dengan perkara ni, wallahu'alam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 02:25 PM | Show all posts
lamanya x msk benang ni
msh ada rupanya

nk citer sikit, kisah kejadian yg berlaku 3 minggu lepas kat satu sepital gomen ni
sepital ni mmg strict ya hamats bab pelawat xleh bawak bebudak ms lunch, ptg jer boleh
ok hr tu anak adik dan suami dia dedua kena warded so adik call minta tolong untuk jagakan 3 org puteri dia tu coz dia kena jaga anak lelaki dia yg umur 4 tahun makanya dlm pkl 5 ptg camtu daku pun bergerak ke sepital sinun dgn anak bongsu, 2 lg anak tinggal kat umah dgn pesanan penaja suh kemas sbb nnt cousin diaorg akan dok kat umah tu, smp sepital dlm pkl 5.40 lps mengharung jammed esp kat trapik light nk msk sepital tu, call adik dia kata dia blk umah jap nk amik brg2 anak dia dan suami dia yg warded dan yg akan ikut daku balik, so lps parking terus naik ting 4 utk wad kanak2, smp jer tgk yg sulung tgh tido menumpang kat katil adik dia then si adik tu bg taw nk ke toilet maka bawaklah msk, ms lps dia pki suar semua tu kitaorg nk kuar tp ......tetiba kat belakang kitaorg cam ada org melintas, xtaw dr mana bulu romaku berdiri tetiba, rs serems plk tp ku buat xtaw namun anak buahku ni gie tanya plk apa benda tu cik mie, ku pun kata xde apa lampu jer tu lap lip kuar2 jer tandas dia tanya lg sbb x puas hati, dia kata "muhammad nampak cam ada org kat belakang kita tdlah cik mie, camner leh ada org dlm bilik air tu, kan ke bilik air tu kita dah kunci" ku pun menjwb "tu perasaan muhammad ajelah" tp dia x puas hati dia tanya lg dan lg smp daku pun kata td cik mie x kunci pintu tu agaknya ada org msk kita x pasan tp dia jwb lg "ehhh mana leh camtu kan kita nk kuar tu dan bilik tu kecik klu ada org dlm tu tentu kita nampak kan" aduduh ini anak kan x berhenti bertanya tambah lg dgn anak daraku dah start menyoal juga, siyes naik buntu nk jwb until tetiba sorg nurse senior msk sbb nk check demam dia terus ku bisikkan suh nurse tu jwb dan nurse ni pun jwb camnie "yg muhammad nampak tu td sebenarnya hanya cahaya lampu xde org ke apa tu, dah xyah fikir2 lg" nsb baik lps mkn ubat dia terus senyap, rs lega sikit

pkl 7 kami dah kena halau dr sepital tu dan adik lak lom smp lg, ms nk kuar dr ward ku titipkan pesanan pd si kakak utk duduk dgn adik smp mak diaorg smp, jgn gerak gie mana2 so kami dua beranak pun keluar dan dok kat floor tu jugak kat kerusi x jauh dr lif, ms tu mmg dah msk maghrib, tup2 adik smp terus passed anak yg kecik sbb dia kata nk naik ting 6 utk hantar brg kat suami dia, ku pun tunggu dgn 3 org budak kecik then ajak diaorg ke surau utk solat dulu, ms msk surau tu xtaw naper terasa serems sikit tp cepat2 kuis2 rs serems tu, ms nk kuar dr surau tu terserempak dgn sorg pompuan ni pki bj hitam dan muka tunduk aje, daku senyum tp pompuan tu x angkat muka, ms nk temankan anak2 dara 2 org tu solat pompuan tu ada lg dan ada lg sorg pompuan lain yg pelik tu naper sandal cuma ada satu, rs cuak tp ku tepis2 until pompuan yg awal dtg tu pergi ku nampak ms dia smp kat pintu, dia x buka pintu sebaliknya dia jln menembusinya, rs nk pitam pun ada, menggeletar jap tp cuba kawal rs tu sbb xnk anak2 dara tu taw, then pompuan yg sorg lg yg br hbs solat tu dtg dekat dia kata pompuan tu cara solat dia beza dgn kita tp dia x tegur sbb dia kata dia rs pompuan tu bukan manusia sebaliknya jin atau apa jua makhluk Allah yg lain then br ku bg taw apa yg ku nampak dia pun istighfar dan teman kami smp anak2 dara tu hbs solat.

lps settle semua dgn adik so bawalah anak2 dia utk balik ke bangi, ms naik lif tu punyalah lama lif nak smp bawah, smp anak buah yg sorg ni kata lamanya nk smp dah 5 min ni naper x smp2 ke level bawah lps kata gitu jer dan dan pintu lif terbuka pastu terus cakap jom kita gie keta dan baliklah yea, dlm keta anak buah ni kata cik mie ada nampak benda pelik ke td, ku jwb xdelah dia kata lg yea ke xde, ijah rs cik mie ni ada nampak tu yg muka pucat semcm dan nk cepat2 blk jer, hampeh tul

xdelah seram mana tp bulu romaku ttp meremang


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.325058 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list