CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bunga_sakura

[SERAM HOSPITAL]: Pengalaman pesakit/jururawat/doktor

    [Copy link]
Post time 14-12-2016 12:45 PM | Show all posts
selipar_hijau replied at 9-12-2016 10:11 AM
nurse tu pun tak agak2 pi crita..

huhu ko pk la mcmna aku duk mlm2 lpas dia ckap cmtu....nsib baik la makcik tepi katil aku tu anak dia slalu teman n bca quran....makcik katil depan pn cmtu...kira aku mnumpang diorg la..hehe

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2016 01:58 PM | Show all posts
syue86 replied at 20-12-2013 05:25 PM
baru teringat cerita tempat keje lama
kat bangsar ade satu kawasan hospital yg dah tukar jadi ofis
...

eh cm tau je tmpat ni.....opis lama aku.....opis ko yg mana....yg kat bawak skali ke...yg kt atas skali...ke yg kt tengah..or yg kat bawah menghala pintu utama....

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 02:05 PM | Show all posts
nuerulcayang replied at 14-12-2016 01:58 PM
eh cm tau je tmpat ni.....opis lama aku.....opis ko yg mana....yg kat bawak skali ke ...

bukan ats bukit bgunan tinggi tu
ni yg tengah2 la kot slepas kuaters tu naik lg ke ats
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 02:08 PM | Show all posts
syue86 replied at 14-12-2016 02:05 PM
bukan ats bukit bgunan tinggi tu
ni yg tengah2 la kot slepas kuaters tu naik lg ke ats

**tk ke ???

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 02:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 02:47 PM | Show all posts
oooo......opis aku yg bngunan atas skali tu hehe....semua bngunan dalam pagar tu ada cter..hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2016 09:58 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


30% Welcome bonus sehingga MYR 1,288 Sportsbook hanya untuk anda!!!


Membuat deposit pertama kali dengan MYR minimum 100 dan mendapatkan MYR tambahan 30 untuk bermain



Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ea208964 replied at 30-8-2010 01:49 AM
Alhamdulillah dah kluar masuk spital - 3-4 kali - sekali kat icu - tu pon alhamdulillah tak de penga ...

Nie terjadi kat and wad hosp zainab Kb..masa tue meols baru masuk wad..tengah sakit2 contraction terkejut doc & nurse ramai masuk siap bukak lampu tghari tue..rupanya ada patient dh tberanak dalam wad..
Kes nya dia dh banyak kali cakap kat nurse macam dh beranak..nie anak ke-2 dia..tapi nurse duk cakap lambat lagi nie lambat lagi..so dia sakit perut nak pegi toilet nak kencing so posisi dia nak turun dari katil tue tangan pegang katil sambil nak pakai selipar..sekali baby terus keluar..so kepala baby klul bunyi kene lantai wad tue nasi ada tali pusat so tergantung. Ape lagi kelam kabut la nurse & doc mintak maaf kat patient nie ngan laki bini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2016 08:00 PM | Show all posts
Saya nak bercerita satu cerita yang diceritakan kepada saya oleh senior saya. Seandainya senior saya ni menipu saya, makanya saya ni menipu andalah. Tapi samada cerita ini benar atau tidak, andalah yang menilainya.

Cerita ini terjadi di salah sebuah hospital swasta di tengah bandaraya KL. Waktu cerita ini terjadi adalah semasa saya masih seorang student nurse. Sebagai student nurse, memang sebahagian dari kurikulum kena menghadiri praktikal di hospital - hospital yang ditetapkan. Ini termasuklah bekerja 3 shift; pagi, petang dan malam. Sebagaimana cerita seram tipikal, cerita ini terjadi semasa shift malam.

Student nurse datang kerja selalunya akan ikut staff nurse handing over case dari staff petang ke staff malam. Yalah, takkan masuk kerja buta - buta macam tu saja. Mestilah kena tahu kes pesakit. Kalau pesakit ramai, kes - kes akan dibahagikan antara staff yang bertugas dalam shift. Kalau seorang saja incharge mahu tak gila. Dah selesai handing over case, selalunya student nurse akan ikut menyedia dan memberi ubat - ubatan malam.Dah selesai memberi ubat, tak bermakna boleh duduk goyang kaki. Kena pulak menulis laporan kejururawatan.

Ya, staff nurse pun kena buat report mereka untuk setiap pesakit dan report ni tak boleh buat main - main sebabnya ia merupakan medicolegal. Jadi kebanyakkan masa staff nurse ni akan dihabiskan dengan membuat laporan dan mengupdate laporan. Lepas tu kena tangok laporan doktor. Manalah tahu ada plan rawatan terbaru tengah - tengah malam.

Selalunya semua ini akan habis dalam lingkungan 1 - 2 pagi. Paling awal pun 12 tengah malam. Sementara nak tunggu pukul 3 pagi, iaitu masa yang selalunya staff nurse start bergerak bagi ubat  dan mengambil darah, kami akan tidur bergilir - gilir. Kami manusia juga bah, waktu malam tuhan sudah ciptakan untuk tidur, mestilah kena tidur sebentar.

Tapi selalunya tak dapat jugak tidur awal. Sebabnya akan ada ketua jurawat aka sister datang meronda wad. Sister datang untuk bertanyak census, kes - kes kritikal ataupun kes penyakit berjangkit. Maka dah menjadi satu kerja pulak untuk menunggu orang tua tu datang meronda wad.

Maka malam itu, setelah menunggu punya lama, dalam pukul 2 pagi tu, datanglah sister berkenaan untuk meronda wad. Disebabkan staff nurse kebanyakkannya sudah menghilangkan diri ke pantry (Lapar kot tangah - tengah malam), maka sister tersebut cuma melakukan round biasa dengan melihat - lihat pesakit.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2016 08:26 PM | Show all posts
Sambila meround wad tersebut, beliau mengajak student tadi mengikut beliau melakukan round. Selalunya, penempatan student nurse di shift malam tak ramai, paling ramai pun 3 - 4 orang, kalau  batch semester tu tak ramai, 2 orang saja. Dan malam bertuah tu, cuma 2 orang saja yang praktikal di wad tersebut. Student nurse, takkanlah hendak melawan sister, ikut sajalah akan mereka dengan orang tua tu. Dalam hati sebenarnya tahu, penakut orang tua tu, tu yang dipintanya student menemani buat round ke ward lain.

Diikutlah berjalan student tu dengan sister malam tu, dari satu wad ke satu wad, dari satu tingkat ke satu tingkat, naik lift, bukan pakai tangga. Sambil berjalan tu, diajalah student tu beberapa perkara mengenai kejururawatan. Mata pun segar bugar bila berjalan - jalan ni. Hospital waktu malam, melainkan hospital kerajaan sebab hospital kerajaan ni selalunya tengah - tengah malam pun meriah. Hahahaha

Dari wad tingkat 4, turun tingkat 3, lepas tu pergi pula ke kecemasan. Selesai dekat kecemasa, naik balik ke tingkat 5 yang ada wad pembedahan, kemudian ke tingkat 6 wad kanak - kanak. Seterusnya samapai lah ke tingkat 7. Di tingkat 7 ini, student berdua yang mengekori sister sejak dari tadi perasan yang wad tingkat 7 itu sunyi semacam. Staff nurse tiada di kaunter jururawat. Sister tadi membawa student berjalan sekeliling wad. Wad dekat hospital ini tidak seperti hospital kerajaan yang jenis terbuka. Wad kelas 3 cuma ada 4 katil, wad kelas 2, 2 katil dan wad kelas 1, 1 katil. Setiap wad ada pintu bertutup yang mempunyai tingkap kecil. Memang pintu standard hospital seluruh dunia pun.

Sister tadi round biasa saja dengan menjenguk melalui tingkap tersebut. Student tadi pun tumpang lah menjenguk sekali. Nampaknya setiap katil ada penghuninya. Macam mana mereka tahu ? Kalau orang tidur atas katil mestilah berselimut nampak tubuh badan kan, kalau tak nampak, barulah seram.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2016 08:39 PM | Show all posts
Selesai saja meround tingkat 7 tu, dibawaklah sister tadi akan student berdua tersebut pulang ke officenya. Kenapa tak dibiarkan student tadi balik ke wad saja ? Senang saja jawapannya, sister tadikan penakut. Hahahaha. Seusai sahaja mendrop sister tadi di officenya, balik la student tadi ke wad. Setibanya ke wad, setibanya student tadi ke wad, di sindirlah mereka dengan team leader malam tu. Yalah, tabiat student yang biasa ditemui ialah mengular di mana- mana apabila tiada kerja yang perlu dilakukan di wad.

Pantang disindir, maka diceritakanlah apa yang terjadi dimana mereka mengikut sister melakukan round wad. Maka staff nurse tadi terblur sekejap, apa kejadahnya round wad ? Sister in charge malam tu sudah round wad tersebut pukul 10 malam tadi. Yang student berdua tu manalah tahu, mungkin sister itu mahu meround wad lain kali kedua. Diceritakan lagi yang mereka sudah round satu hospital itu dari tingkat 1 sampai tingkat 7. Lagilah staff nurse itu tidak percaya. Sebabnya, tingkat 7 ditutup dan tidak dibuka sampailah saya final year di kolej tersebut. Itupun bukan sebagai wad, tetapi sebagai pusat pesakit harian. Bila ditanya siapa sister malam tu yang student tu ikut round, student itu sendiri tidak dapat memberitahu siapa nama sister tersebut kerana mereka pakai tibai ikut round saja. Maka sejak dari itu merekapun dicop sebagai pengular time praktikal.

Frust juga muka mereka time mereka bercerita itu. Kesian pun ada, suspicious pun ada. Biasalah senior ni bukan boleh percaya sangat. Demikianlah cerita yang disampaikan kepada saya. Kalau bohong, bohonglah. Kalau betul, wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2017 03:55 PM | Show all posts
aku ade satu cerita masa bekerja sebagai penghantar makanan untuk pesakit disebuah hospital di selatan tanah air..masa tu aku dan kawan aku ditugaskan untuk menghantar makan malam dekat wad tingkat 9..masa tu,tingkat 9 ade 2 wad,tp cume satu wad je dibuka,lg 1 tutup..mase untuk collect tray makanan pesakit yg da siap makan,waktu tu lebey kurang pukul 9 lebih.masa tu,staff kurang,jd waktu penghantaran dan collect makanan jd lambat,selalunya pukul 8 lebih da siap..masa kejadian,kawan aku menolak troli makanan yg besar tu menuju ke lif untuk dipunggah dekat jabatan sajian..lif pulak sebelah dengan wad kosong,maknenye kene melalui wad kosong sebelum jumpe lif..lorong ke lif pulak da la samar2..tengah syok menolak troli,tibe2 kawan aku ternampak sesuatu bende putih kt dalam wad kosong..kan setiap pintu wad ade cermin kecik kn,die nampak ikut situ..die pon menjengah kt cermin kecik tu,ape lg...die ternampak lembaga putih tengah berdiri kt tengah2 wad yg kosong tu..terus mencicit lari kawan aku dengan troli skali..haha..esoknye terus xdtg kerja,demam..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2017 04:20 PM | Show all posts
nuerulcayang replied at 14-12-2016 02:47 PM
oooo......opis aku yg bngunan atas skali tu hehe....semua bngunan dalam pagar tu ada cter..hehe

adakah kita pernah satu opis? username uols pun mcm kawan i. mmg dia selalu guna username ni utk social media dia.
orang machang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2017 04:28 PM | Show all posts
golden_rose replied at 2-1-2017 04:20 PM
adakah kita pernah satu opis? username uols pun mcm kawan i. mmg dia selalu guna username ni utk s ...

ye ker....uolls sape ni....xde lak kenal nama golden rose kt opis dulu....haha

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2017 04:32 PM | Show all posts
nuerulcayang replied at 2-1-2017 04:28 PM
ye ker....uolls sape ni....xde lak kenal nama golden rose kt opis dulu....haha

hahaha..kat forum ni iols guna nama ni. pernah pergi tengok konsert Hot Fm tak?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 09:57 AM | Show all posts
golden_rose replied at 2-1-2017 04:32 PM
hahaha..kat forum ni iols guna nama ni. pernah pergi tengok konsert Hot Fm tak?

N*****h ke wei......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2017 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
nuerulcayang replied at 3-1-2017 09:57 AM
N*****h ke wei......

        
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2018 11:36 AM | Show all posts
pengalaman pesakit boleh tak?
arwah ayah saya buat bypass di hospital jantung. biasa la lepas op arwah ditempatkan dalam icu untuk observation. bila dah stabil masuk bilik biasa. tapi nampak dia murung je banyak termenung. ingatkan sakit op belum pulih. dah discaj balik rumah pun dia macam tak ceria. so kita orang tanya la. dia cakap tak berapa tenteram ada yang ganggu dia kata. masa dalam icu ada sorang lelaki datang kat katil dia naik wheelchair. marah2 sebab duduk tempat/katil dia.
rupanya sampai ke rumah org tu datang marah2.
lepas tu bawaj arwah jumpa ustaz harun din. pulihkan semangat alhamdulillah ok lepas tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2018 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni pengalaman melawat, masa tu arwah nenek admitted & hospital kerajaan yg nenek masuk ni baruuu je bukak jadi memang tengah tak sibuk. Masatu aku pun muda remaja lagi. Nenek masuk wad tingkat atas sekali yg bilik sorang, aku & helper makcik aku nak naik (waktu malam) so tunggu lah lif dkt tingkat G tu. Rilek je la tekan button arah naik. Aku perati lif yg gerak ni dia turun dulu ke LG, baru naik ke G utk naik atas so make sense lah kan. Aku & helper masuk lif tu sekali tetiba lif tu turun pi LG, pintu lif bukak keadaan sunyi sepi & satuuu je lampu dkt hujung koridor depan lif tu yang on. Aku & helper makcik aku panik, helper tu macam nak nangis aih aku dah taktau nak buat apa. Bagai nak rak aku tekan butang close tu. Nasib tutup & naik terus ke floor wad yg kami nak pergi.
Btw LG tu masatu tingkat bilik mayat. Nasib tak terkencing je aku masatu.

Sampai sekarang kalau dkt hospital aku tak berani naik lif sorang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Seram baca cerita kwn2..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.058357 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list