CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14961|Reply: 95

Aku insomnia..

[Copy link]
Post time 27-9-2006 02:13 AM | Show all posts |Read mode
Salam sejahtera semua.

Korang pernah kena penyakit ni tak. Insomnia atau sleeping disorder. Sebenarnya aku dah mengalami penyakit (actually bukan penyakit) insomnia ni semenjak belajar kat kolej lagi sekitar umur 20an gitu. Punyalah susah nak lelapkan mata ni. Kalau start baring atas katil jam 11.00 malam, sekitar pukul 1.00 pagi baru boleh tertidur. Dua tiga jam baru boleh tertidur.

Kalau awal-awal rasa ngantuk, biasanya jam 9.00 malam, maka aku akan tertidur yang payahnya bila terjaga sendiri sekitar pukul 2 atau 3 pagi.. pastu sampai subuh la tak boleh tidur. So banyak kali lah juga aku akan datang lewat ke kelas. Walau bagaimana pun, penyakit aku ni bermusim. Sebulan takde insomnia, bulan depan kena lah.. ada yang  baiknya 2-3 bulan tak kena.

Penyakit ni bertahun-tahun bersama aku hingga keluar U dan masih mengekori aku hingga aku di alam pekerjaan sekarang ni lah. Hakikatnya bukan aku tak nak tidur awal, tapi kalau tidur awal pun aku akan terjaga di pertengahan tidur tu. Kalau jumpa doctor pun dapat lah 2-3 bijik sleeping pil, boleh lah tidur lena, tapi sampai bila nak bergantung pada ubat? Lepas berkahwin pun kadangkala insomnia datang juga, ingat kan bila dah kahwin ni jadi cepat mengantuk sebab letih bergusti atas katil. Tapi tak juga berubah.

Sekarang aku dah bertukar company baru dan agak straight dengan punctuality dan takde time flexibility di sini. Datang mesti sebelum pukul 8.00 am. So apa nak buat kalau dalam 30 hari  bekerja hampir 20 hari punch card warna merah. Lewat pun sekadar 15-30 min melepasi pukul 8 am. Nak dapatlan surat doctor pun, doctor macam susah nak keluarkan surat akuan insomnia.

Kepada beberapa orang doctor yang pernah aku jumpa pun, sekadar beri sleeping pils dan nasihat jangan smoke, jangan minum kopi  sebelum tidur. yang suruh beramal secara Islam pun ada, suruh berzikir, sembahyang atau baca al quran yang membuatkan kita rasa mengantuk ...

Entah lah nampaknya surat warning dah nak keluar tu dari company aku, nasiblah.

Ada antara kita kat sini yang pernah mengalaminya?


Terima kasih sudi membaca masalah aku.






(Mod thread aku ni thread personal problem, bukan thread perubatan ya, sorry kalau silap)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2006 02:52 AM | Show all posts
aku pun sama masalah ngan ko..start dari zaman sekolah lagi..kadang2 baring atas katil pukul 12, pukul 5 pagi blom tentu tido lagi..aku x penah lak ambik pil tido sebab doktor x bagi coz ade effect mase study..dah macam2 care aku try tapi satu pun tak jadik..kalo tak bole tido tapi mata segar, badan aktif takpe..ini mata dah layu cuma tak bole pejam dengan lena je..effectnye, aku alwayz rasa lesu n tak bermaya..sedih bila terkebil2 sorang2 mase org lain tgh syok tido..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2006 03:10 AM | Show all posts
wah aku ada geng kat sini..

ya lah syar   kadang kadang bengang tengok member tengah baca paper pun boleh terlelap, tengah baring baring pun boleh tertidur. ada yang jenis letak je kepala atas bantal terusssss mimpi. Senang jer dia orang tidur. Kita puas guling guling atas katil tengok siling tengok dinding, tak juga rasa ngantuk.

Utk syar buat masa ni saya ada ambil ubat TAPOZOPICLONE, alhamdulillah tak addict pun, makan 1/2 dah rasa ngantuk.. kalau tak rasa ngantuk juga saya amik 1 bijik, tapi kalau 1 bijik tu alamat esok susah la nak bangun...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 03:18 AM | Show all posts
Originally posted by Awang Ganu at 27-9-2006 03:10
wah aku ada geng kat sini..

ya lah syar   kadang kadang bengang tengok member tengah baca paper pun boleh terlelap, tengah baring baring pun boleh tertidur. ada yang jenis letak je kepala atas  ...



tu laa pasal..member lain2 syok je bole set mase nak tido n bgn kol bape..kita yg bermasalah ni la yg susah nak tido pastu terbabas gi kelas@ keje..tapi selalunye org yg dah kawin nih jarang susah nak tido..pelik pulak rase..hehe:hmm:
by the way, tq coz bg tau pasal ubat tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2006 03:24 AM | Show all posts
entah la shar.. masa study dulu pernah gak hantuk kepala kat dinding kayu sebab dah abis ikhtiar malam tu.. hasilnya tak juga tido.

Muka aku ni nampak pucat jer.. kalau pompuan tu boleh la cat dengan bedak ka apa ka.. kalau tak tido sampai pagi alamat mata macam berpasir jer.

Oh ya ubat tu kena jumpa doctor baru boleh dapat, ubat kawalan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 10:50 AM | Show all posts
ada gak masalah tu.. kdg tensen... sbb yelah org lain syiok tido ujan lebat ke apapon... tp mata nina xmo tido.... bila wat hal gitu mula la mcm2 bebel kat mata sbb xmo tido..... sakitnya hati... pastu bila tertido lewat mula la susahnya nak bangun pagi..... sib baikla rekod kedatangan di tangan nina.. so lambat pon tulis dtg tepat... ekekekekeke
Reply

Use magic Report

Follow Us
sapi This user has been deleted
Post time 27-9-2006 10:55 AM | Show all posts
Originally posted by Awang Ganu at 27-9-2006 02:13 AM
Salam sejahtera semua.

Korang pernah kena penyakit ni tak. Insomnia atau sleeping disorder. Sebenarnya aku dah mengalami penyakit (actually bukan penyakit) insomnia ni semenjak belajar kat kolej ...


:nerd:aku kadang2 aje ade masalah tidur ni.Org kata masalah tidur ni berpunca dari stress atau 'fikiran'.Org yg banyak masalah yg selalu dok fikir masalah tu mungkin akan mengalami susah tidur.Tapi dont worry..mata manusia ni tak kan boleh bertahan lama punya...mesti kalau tak boleh tahan..dia sendiri automatic akan tidur...hehehe
Reply

Use magic Report

ladyvedt This user has been deleted
Post time 27-9-2006 12:08 PM | Show all posts
dulu masa belaja memang ala-ala susah nak tido...tapi lama kelamaan da takder da cam
gitu.. now if travel ngan kereta gua bukan jenis yang naik kete je terus tido..takes time klaupenat baru tido..ari-ari travelling ngan bus dedulu susah gila nak tido..tapi skang nenaik je
bas terus tido..kenkdg ader gak biulnye tak leh nak tido sepanjang perjalanan...kira biasa je
Awang Ganu??..amik supplement ke?..multivitamin ke aper ke?..kenkdg if u cukup semua tuh even u tak tido muka tetap maintain cerianya...eemm..mungkin u nih stress n banyak
problem kot?..asyik dok pikir problem2 yang tak kesudahan kot...ke terlampau amik nescafe n rokok tuh sbb takleh tido kot...penat mcm maner pun still takleh tido ke?..slalunya if penat gila sure senang skit tido kan?..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2006 01:43 PM | Show all posts
kalao zaman bujang dulu mungkin sebab aku suka merayau malam malam... so bila tido lambat maka bangun pun automatic lambat lah. Zaman bujang apa la sangat nak fikir. Bila dah berkahwin 3-4 tahun ni, kekadang datang jugak masalah tido nih.

Semalam tidur sekitar 5 pagi. Gila nak gi kerja camana esok. At last lepas subuh baru boleh tido. MC je la hari ni nak go kerja kejadah apa mata tak bley buka.

Tadi gi clinic pasal sleeping disorder ni, doctor tu bagi ubat hilang fikir fikir sebelum tido. Tengoh la camana malam nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 03:36 PM | Show all posts
lazimnya, org yg berfikiran lapang lebih mudah tido sbb takde apa2 yg memeningkan.
mungkin ko boleh cuba bersenam atau buat aktiviti yg memerah tenaga (bukan sex) supaya badan cukup letih maka senang tido
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 03:55 PM | Show all posts
btol..mesti ko byk sngt bende yg d fikir..
cuba jalani kehidupan sihat
try bwk family gie holidays..mandi sungai ker..
maybe dgn mcm tue lebih tenang sket..
buat keje2 berkebun ker..
bg kuar peluh sket
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2006 06:31 PM | Show all posts
pada logiknya begitulah, otak kita masih bz sedangkan kita dah cuba nak shutdown otak kita tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 10:59 PM | Show all posts
dah try execise sblh petang? swimming ka.. jogging ka?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 01:39 AM | Show all posts
sama lah kita nih awe hehehe..

tu pasal aku aktif kat forum dulu2.. tapi sekarang tak leh aktif sanggat ler coz banyak kerja rumah kena bereskan.. dah tak mo dah pakai maid.. lagik berbaloi sendrii buat daripada aku terkebil kebil atas katil dok mikir bukan bukan sebelum tido..

tengok saja lah sekarang nih dah pukul 1.30 aku belum tido lagik.. pas tuh, nak bangun pulak pukul 4.45 untuk masak sahur.. mesti tak tido ler lepas tuh coz siap sedia dah nak pi keje..

tapi aku mungkin bernasib baik kot coz aku jarang2 tido terbabas.. mean, aku masih boleh set kepala otak aku nih untuk bangun kalau alarm berbunyi.. tapi, tu ler.. bergantung ngan alarm ler.. kalau idak, memang hanyutttt gituk..

dulu2 aku pernah try gak minum susu sebelum tido.. memang ler boleh cepat tido.. tapi tu ler.. aku nih, muak ngan susu dah.. kadang2, siang hari, aku buat aktiviti memang tak hengat punya aktif supaya aku rasa letih giler dan boleh tido nyenyak bila malam.. tapi gitu gak ler.. lagik aku letih, lagik bulat mata aku..

payah kan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 09:10 AM | Show all posts
ni petua yg member aku buat...dia ada masalah nk tido ni... walaupun badan penat... bila baring terkelip2 dekat 2 jam baru leh tido..
- minum susu
- baca buku yang menghiburkan... komik ke... xleh baca yg heavy...nanti otak lg penat...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 10:21 AM | Show all posts

Reply #15 flowerjun's post

nina kalu baca buku ni sampai subuh xpe... sbb kalu dah mula baca nak kena habiskan....kekekekeke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2006 10:28 AM | Show all posts
aku pun dulu mengalami masalah insomnia ni, masalahnya berpunca disebabkan aku mempunyai masalah
tenaga yg berlebihan dan tidak dapat digunakan. Jadi, extra energy ni akan menyebabkan stress,
utk mengurangkan stress, kita kena keluarkan energy2 dalam bentuk exercise atau membuat sesuatu yg
mengeluarkan energy...

aktiviti yg paling banyak mengeluarkan energy adalah aktiviti sexual, hayun kena lama, posisi ke banyak,
baru tido lena diulit breast....hehehhehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 10:50 AM | Show all posts

Reply #16 hainina's post

ni mesti minat baca novel...
flower dulu masa study kalo xleh tido...baca buku tamadun...mmg terlelap...
tp pas member bgtau xelok kita baca buka yg memenatkan kepala utk bg tido...
sekrg tukar baca buku yg ringan2 je...kadang2 buku resipi pon jadi keje baca...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2006 07:29 PM | Show all posts
Insomnia aku ni bertambah menjadi-jadi apabila datangnya bulan Ramadhan ni.. maka selama aku bekerja ni, bila masuk je bulan Ramadhan ni maka banyak kali lah aku datang lewat kat office, malah tak datang terus pun ada. Boss mana yang tak bising tapi apa nak buat dah menjadi penyakit tahunan aku. So tahun ni aku dah join company baru yang strict, maka nak tak ndak terpaksalah aku dapatkan surat doctor yang mengesahkan aku ni mengidap insomnia dan sedang dalam perubatan. Nasib baik doctor tu boleh discuss punya. Bukan aku malas nak gi kerja ka apa, tapi aku tak apat tidur awal, so bangun pagi pun akan terbabas lah. Nak buat camana..

Masa study dulu, aku di kenang sebagai orang yang mengejutkan satu block asrama untuk bersahur, mereka tak payah set  jam loceng pun. Lepas sahur atau solat subuh barulah aku boleh tertidur. Satu ketika tu, hampir separuh dari mereka tak bersahur sebab aku tertidur awal malam tu. ..

.....
Reply

Use magic Report

ksc This user has been deleted
Post time 28-9-2006 08:51 PM | Show all posts
Awak boleh cuba minum susu...sebab susu akan menenangkan otak kita lepas minum....mungkin itu awak akan berasa letih dan tidur dgn lebih senang... =)

  saya tak sama  dgn awak...saya orang yang tak perlu tidur banyak...2-3 jam dah cukup sehari...kalau sebaik saya tidur..saya boleh tidur 1 hari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.069894 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list