CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 59926|Reply: 150

Sejarah bolasepak Malaysia dari pengalaman forummer Bod

[Copy link]
Post time 2-10-2006 03:26 PM | Show all posts |Read mode
kita semua sudah sedia maklum yang bolasepak adalah salah satu, jika tidak, sukan yang terpopular di malaysia.

apa kata forummer sekalian berkongsi pengalaman mengenai sejarah bolasepak malaysia, dari pelbagai sudut.

secara peribadi, pengalaman pertama saya mengenai bolasepak di malaysia ialah pada tahun 1980. masa tu baru umur 5 tahun dan menetap di kuantan kerana bapa saya bekerja di sana.

masa tu team pahang baru nak naik, dia adalah a few player yang boleh la dikatakan handal, mcm yunus aliff. ada satu malam tu, adalah perlawanan liga malaysia kat stadium darul makmur. my dad memang kaki bola (he used to be a very good right winger, in beckham's mould).

actually my dad tak nak bagi saya ikut. dia dah arrange dgn member2 semua nak pegi tgk match tu. entah mcm mana, saya dpt tau. hentak2 kaki nak ikut. penat my dad pesan budak2 tak boleh pegi. tapi dah keras kepala kan, dari kecik lagi kalau i nak, i nak la jugak.

so, nak taknak, i went along with the group, tinggal my mum kat rumah. match start dlm pukul 8.45 mlm. sampai stadium dlm pukul 7.50, lepas maghrib semua. tunggu punya tunggu, match start.

nak tau apa jadi? 15 minutes into the match, i toleh kat my dad, cakap "abah, jom balik...boring aaa". punya la mengamuk my dad. siap nangis2 lagi nak balik, cos lapar. nak taknak, tak sampai match 30 minit, we all dah sampai rumah. my mum tercenggang je..hahaha. baru faham apasal my dad tak kasi ikut. ingatkan best mcm dlm tv, rupanya bukan every minute ada gol (biasalah tv tunjuk highlight je)!!!

actually, walau pun tht experience was bad, but i was hooked for life. lepas pada tu, tak penah saya miss tgk any live match yg tv tunjuk especially malaysian match. masa tu la saya kenal mokhtar dahari, shukor salleh, soh chin aun, hassan sani, arumugam, santokh singh, zainal abidin hasaan, khalid ali etc.

so, apa lagi, share la cite2 personal korang sume tentang sejarah bolasepak malaysia. manis ke pahit ke, i dont care. boleh kita discuss kenapa bolasepak malaysia sekarang hampaih tahap gaban dewataraya punya...

next post, nanti saya cite camne first time tgk selangor main, my first malaysian match and my first encounter with hooliganism in malaysian football match.

[ Last edited by  FussyPussy at 2-10-2006 03:33 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2006 08:40 AM | Show all posts
First encounter masa 1978...tengok perlawanan bola peringkat daerah. Tapi perkembangan team kebangsaan sentiasa diikuti melalui majalah Dunia Sukan. Tapi tahun 1980 kira vintage year for Malaysian football la...Malaysia layak ke Olimpik Moscow tapi tak pergi sebab diboikot selepas USSR serang Afghanistan.

Dulu pemain Malaysia amatur...ya, amatur. Arwah Mokhtar bekerja di MCIS, yang lain-lain samada bekerja dengan PBT atau institusi kewangan. Tapi sebab taraf keamaturan mereka, mereka 'have nothing to lose' dan bermain bersungguh-sungguh untuk kelab/negeri dan negara. Kalau mereka cedera pun, mereka masih ada pekerjaan dan teruskan hidup. Sekarang ni kira pro...sepatutnya pro lebih bersungguh2 sebab itu saja periuk nasi...tapi nampak gayanya kat mesia ni terbalik pulak.

Saya ada juga membaca yang status kita sebagai kuasa bolasepak asia, at least asia timur satu masa dulu menyebabkan kita menjadi mangsa kejayaan sendiri. Kita rasa kita dah cukup bagus dan akibatnya perkembangan bolas epak terutama diperingkat akarumbi terabai. Kita selesa dengan kedudukan kita dan akibatnya, negara pesaing yang dulunya mudah ditewaskan, mengambil pendekatan baru untuk menyaingi, malah melebihi Malaysia. Tahun 80an, gergasi Asia Timur ialah Malaysia dengan Korea Selatan. Pestabola final biasanya akan mempeertemukan kedua-dua gergasi ini. Tapi Korea rasa tak puas jadi gergasi Asia...nah sekarang setiap kali WC sejak 1986 mereka dapat masuk pusingan akhir. Kita pula puas dapat tempat kedua Piala Tiger!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2006 09:45 AM | Show all posts

Reply #2 alphawolf's post

saya setuju dengan pendapat awak alpha... pasukan kebangsaan malaysia ni tak ada peningkatan dari tahun 70an dan 80an. kalau ada pun, sangat2 lah minimal.

kalau forummer tak percaya, cuba cari rekod perlawanan bolasepak malaysia era 70an dan 80an dan bandingkan dengan corak permainan pasukan malaysia sekarang. SAMA!!!! tak ada perubahan. mula2 dulu masa start zaman kejatuhan bolasepak malaysia, saya terfikir jugak kenapa pasukan malaysia teruk sangat. one day, tak salah saya, rtm1 ada sirakan satu perlawanan pasukan malaysia semasa qualifying ke sukan olimpik 1976. saya tengok, corak permainan pasukan malaysia pada tahun 1976 tu sama dengan apa yang pasukan malaysia sekarang main. maknanya selama 20 30 tahun, pasukan malaysia main corak yang sama. simpan bola, pass sikit2, then tendang tinggi-tinggi ke arah half lawan - typical 70s' british football. mana lah nak maju, mentaliti cara bermain bola tak berkembang. where else, kkorea ke jepun ke arab saudi, over time, belajar taktik dan corak permainan baru. cedok brazil sikit, germany sikit, english sikit, then blend jadi corak permainan mereka. malaysia??? 30 tahun main bola style sama. especially bila dah ketinggalan, semua taktik terus diabaikan. yang players kita tau, dapat bola terus tendang tinggi2, jauh2 ke arah gol lawan, eventho players pasukan lawan tu semua 7 kaki, 8 kaki tingginya!!! akai ada kaa??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 11:23 AM | Show all posts
... salam ...
... hehehe ...
... ku x pandai main bola ...
... tapi minat bola ...
... thx 4 all this in4mation ...
... bila la naknye hebat ...
... dpt masuk WC pon jadi la ...
... salam ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 11:57 AM | Show all posts
Ya...long ball. Long ball cuma sesuai kalau striker macam galah..British pun dah tak main long ball dah. Long ball ni matikan kreativiti midfield.

Satu lagi ialah kesan rasuah bolasepak awal 90an dulu....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 01:03 PM | Show all posts
aku ingat pi std merdeka everyime selangor main. masa tu mid 80's sampai early 90's. yg paling best kalau ada game kl  lwn selangor.. prghh...mmg penuh std est 35-45k org. time tu std merdeka max boleh masuk 45k org. atmospehe die mmg lively and time tu plak dua dua team kuat. lepas tgk game gi kg baru mkn-mkn.selalunye bos akan bawak 2-3 org jiran pi tgk sekali. game start 830 lepas marghrib baru kuwa rumah. selalu tgk game best2 bila selangor lwn johor (dolah saleh), pahang (yunus alif), singapura (fandi ahmad), and KL (subardon aziz)

time malaysia cup lagibest esp masa separuh akhir dan akhir. masa tu kalau dpt duduk pun duduk kat tangga jer. takde tempat nak jln. burger singgit satu tapi belah tgh. so kalau sekeping burger tu boleh jual 2 ringi/kali. jln hang tuah mmg tutup time tuh. park keta pun kat area std negara or sekolah vi.

kat std shah alam pulak gi tgk game selangor lawan kedah. roommate time tu ramai bdk utara. so kami pi dlm 6-7 tgk game liga m.

hmm...those were the days. la ni nak gi std tgk game pun pikir 2-3 kali. kenapa ya?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2006 01:53 PM | Show all posts
haa.. memori gi tk bola ye... aku pun byk gak kenangan tgk bola ni.. lagi2 time stad merdeka.. pernah satu ketika selangor vs KL kitorg satu van gerak dari shah alam. Sampai kat tol batu tiga tu (dulu takde tol, bukit tinggi sebelah kanan bukit biasenye ada lori lepak sambil makan nasi lemak dlm hutan.. hahha) van buruk tu buat hal. Tali minyak putus.

Ingat nak patah balik je, tapi sbb semangat bola mmg tinggi betul time tu, pegi gak kat sana naik van tu. Tau camne kitorg buat? Sorang duduk kat bwh driver jaga brek dan tarik minyak. Driver jaga stering dan gear.. haha.. mmg aku gelak kalau mengenangkan hal ni.. masa tu umur dlm 10-12 thn.

Masa aku skolah menengah, aku merasa gi perasmian stadium shah alam. Grand habis masa tu. Nak maintainkan kehijauan padang, siap spray rumput.. haha.. lawak tul.. Kalau ada games best2, aku ngan klik 3-4 org mesti panjat pagar hostel, meredah hutan berjalan kaki gi ke stadium. Time tu kalau stakat jalan kaki gi stadium dah biase, balik pun mcm tu...

teringat kisah lama...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 10:33 PM | Show all posts
Yang pasti Malaysia memang jaguh masa era 70an dan awal 80an...Malaysia ada 2 team yang handal di setiap Pestabola Merdeka..Malaysia A dan Malaysia B..Masa tu kalau setakat team Thailand, China atau  India, senang-senang saja diratah oleh Malaysia B.

Di era 80an juga Malaysia kuat...Team Utama dapat masuk Olympik kat Moscow manakala team kedua yang disebut Team Harimau Malaysia sangat handal sehinggakan Kevin Keegan sendiri menganggotai team ini sebagai pemain jemputan masa Pestabola Merdeka 1982...Antara pemain Harimau Malaysia yang tersohor masa itu ialah Azizol Abu Hanifah, Karim Pin dan Ramlan Askolani...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2006 06:08 AM | Show all posts
antara pemain import pertama main kat malaysia cup zaman akhir 70an/1980.

Razali Alias - Selangor


apa aku dengar orang2 dulu cakap, dia ni saing Fandi Ahmad masa kecik2 kat Kaki Bukit dulu, dan dia lagi terror dari Fandi Ahmad, tapi ntah apa jadi dia gi Selangor.

Yang lain aku ingat

KL
- Fandi, Malek Awab, K Kanan
Pahang
-  Allahyarham Borhan Abu Samah - dekni tak bleh lupa la, masa dia main untuk Pahang, coach Pahang tak taruk dia center back, pasal dia ni kereta tank, takut kasi penalti kat pihak lawan, so kena taruk right back tak salah
Pathmanathan, Suriamurthi
Kedah
- V Sundram Moorthy
Trengganu
- Nasir Jalil, Ahmad Paijan, lagi satu dah lupa sapa
Johor
- Allistair Edwards - dekni cam siot, dah score terus kasi MIDDLE FINGER, mencarut konon!!!! wak lu Alister!!
- Abbas Saad - Forever the best
- Hasnim Haron
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 09:02 AM | Show all posts
Dulu karel stromsik datang skolah aku ajar cara2 jadi keeper. Tangan panjang betul.

AKu tak bleh lupa saat dia bleh berlutut depan tiang gol tunggu bola dtg (skill dolu2). Last2 penyerang gelecek jauh sket je terus shoot. Hapa da punya skill, kalau keeper skang main terkam je.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 09:05 AM | Show all posts
import2 Selangor yg paling baik time Semi Pro dulu (1989, 1990). Karel Stromsik keeper, Zoran Nikolic midfield, Pavel Korejcik striker. Zoran Nikolic kena balik bila Serbia attack Bosnia, pasal dia org Serbia. Stromsik last 2 year tak silap, MPPJ punya coach keeper.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 09:14 AM | Show all posts

Muka2 player kebanggaan



Malaysia national team in 1989 (Gold Medal winner in SEA Games Kuala Lumpur.)
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 09:16 AM | Show all posts


line-up row yang aku cam: shebby, Yusof, Lee Kin Hong, Dolla Salleh, Lim Teong Kim. A. Anbalagan, Azizul Abu Hanifa, Azmi Mahmud

sape lagi tu.. lupe laaa
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 09:24 AM | Show all posts
aku teringat betul kat:
John Hunter (penyerang Sarawak berbadan besar dan bergigi rongak)
Ollubunmi Adigun (ikat tuala kat leher)
Frank Pastor (penyerang Terengganu)
Abbas Saad (penyerang Singapura..)
Toni Koti (Bayar sejuta main cam hampeh, pastu suruh org kilatkan kasut ko)
Alistair Edwards (hebat tu dia ni masa kat singapura)
Trio Singapore Fandi,KKanan,M.Awab (selalu marking player mcm ni kat padang)
Jenama jersi lotto (ada lagi ke?)

Team paling best tapi x power masa tu KL la. Player dia semua kena curi team lain. Tapi Fandi Ahmad hampir masuk KL time tu.

teringat siot... sampai terpaksa selak2 majalah & web2 lain...

[ Last edited by  eiyoei at 4-10-2006 09:27 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 10:13 AM | Show all posts
aku rasa dynamic duo yg berbisa time tu ialah khalid ali/zainal abidin dan abbas saad/alistair edwards. mmg syok tgk depa ni. azhar shariff dan razali alias pun midfielder power. mmg time tu selangor ala-ala chelsea time ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 10:53 AM | Show all posts


Pasukan Bola Sepak Malaya bergambar ramai dengan Piala kemenangan tahun (1936)



Pasukan Pemain-pemain Malaya dan Burma di Pesta Bola Merdeka Pertama (1957)



Pasukan Indonesia dan Thailand di Pesta Bola Merdeka (1957)



Gambar Pasukan Korea Selatan Dan Vietnam Selatan (1965)



Pesta Bola Merdeka, Malaysia Dan Kuwait 3 -1 (1973)

Pasukan Malaysia dan Kuwait (1973) Kejohanan Pesta bola Merdeka ke - 17 Malaysia - Kuwait (3 -1). Pasukan Malaysia : Berdiri (dari kiri ke kanan) : Wong Choon Wah, R. Arumugam, Namat Abdullah, M. Chandran, soh Chin Aun. Duduk : (dari kiri ke kanan) : Harun Jusoh, Mokhtar Dahari, Shaharudin Abdullah, Wong Voon Leong, Shukur Salleh, Rahim Abdullah.





Soh Chin Aun Memegang Piala Kemenangan Pesta Bola Merdeka (1976)

Malaysia melawan Jepun, Soh Chin Aun memegang piala kemenangan bagi Malaysia 1976 dalam Pesta Bola Merdeka



Pasukan Malaysia Dan Pasukan Korea Selatan, Johan Bersama (1977)

Kapten Pasukan Malaysia, Soh Chin Aun bersama Kapten Pasukan Korea Selatan kerana Johan Bersama tahun 1977 (Malaysia 0 - Korea 0)

Credit

Arkib Negara

http://forum.cari.com.my/viewthr ... p;extra=&page=1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2006 10:53 AM | Show all posts
FA SELANGOR



Piala Malaysia 1975



Piala Malaysia 1978



Selangor vs Pahang 1991



Selangor vs Pahang 1992





Piala Malaysia 1995



David Mitchell 1995



http://forum.cari.com.my/viewthr ... p;extra=&page=1
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 10:54 AM | Show all posts
Pahang FA



1991



Borhan Abu Samah



Fandi Ahmad



1992



Alan Davidson dan Borhan Abu Samah



Allahyarham Borhan, Karel Stromsik dan A Jayakanthan



Juara Sumbangsih





1993

Alan Davidson





Azaruddin Aziz



1994



Dollah Salleh



Penyokong





http://forum.cari.com.my/viewthr ... p;extra=&page=1
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 10:55 AM | Show all posts
Kuala Lumpur FA






Shebby Singh Dan K.Kannan Sebelum Final Piala Malaysia 1988




Skuad KL sebelum Perlawanan Persahabatan Dengan Roda JC di Belanda





Pemain KL, Zulkifli Samion dengan Pemain Import Selangor Chris Kiwomya 1996-97







Liew Kim Tu







Aksi Kuala Lumpur Menentang Brunei





Skuad KL 2001





Skuad KL 2005

http://forum.cari.com.my/viewthr ... p;extra=&page=2
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 10:57 AM | Show all posts


Perlawanan Persahabatan 1982 Pilihan Selangor menentang Boca Juniors Di Stadium Merdeka

Mokhtar Dahari Bersalaman Dengan Diego Maradona







Fandi Ahmad Ketika Bermain Di Liga Eradivise Belanda Dengan Kelab FC Groningen

http://forum.cari.com.my/viewthr ... p;extra=&page=2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.082965 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list