JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
243998
View
2319
Reply

MERGED : All About Phuket, Thailand

  [Copy link]

Author: Dunhill.       Show all posts   Read mode

Post time 25-12-2007 03:44 AM | Show all posts

Reply #125 tobby's post

kalau jumpa nyahh..pastikan kita greet dgn 'sawaadee Haaa..'

kalau sawa de kup tu utk lelaki..mau kene pelempang dgn nyah
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-1-2008 08:40 PM | Show all posts
Phuket banyak katoeyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy..


Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2008 06:22 PM | Show all posts
lilo & hubby nak pegi phuket 31hb ni tapi kitaorang tak book mana2 hotel lagik. Konon-konon kat sana baru nak carik hotel. Korang boleh recommend mana2 hotel yang korang pernah stay?..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 09:17 AM | Show all posts

Reply #128 lilo1979's post

aku baru balik dr phuket last week..time aku pegi tu full giler semua hotel..sbb skrng musim pelancong europe dtg bjemur..lg satu, ko nak hotel bajet berapa?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 02:45 PM | Show all posts

Reply #129 girl_power's post

nak hotel yg murah & selesa..hehe..baca review kat travel advisor ada hotel yang 3 star tp lagik teruk dari hotel 2 star..ko duduk hotel mana?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 07:10 PM | Show all posts

Reply #128 lilo1979's post

aku pun masa christmas kat phuket. hotel fully book. aku drive kereta dari kl ke phuket dgn family. stop penang 1 malam, pagi tu lterus ke sana. stop hat yai bfast, pastu stop krabi. sampai phuket kat maghrib.time2 macamni memang hotel mahal. nak murah masa bulan may sampai oktober. paling murah time tu cos mat salleh tak ramai lagi pun time tu asyik hujan. time ni mahal berganda2.apalagi chinese new year. aku sarankan u tinggal kat patong area cos banyak hotel. lagi pun ada shopping mall baru ala2 the curve buka kat situ. ada carrefour n robinson. anyway berapa bintang hotel u nak? area mana? i boleh cuba bagi bayangan macammana tempat atau hotel tu.. i tinggal kat sheraton laguna. hotel tu agak jauh dr patong lebih kurang 1/2 jam drive. lagi pun ada kampung muslim kat situ namanya kampung bangtao. makan oklah sikit coz ada gerai makan tepi jalan kat masjid. org kat phuket yang warga emas byk yang boleh cakap melayu coz diaorang asal dari langkawi. kalau tak hari2 belasah kfc or jadi vegetarian.  ada jugak banyakrestoran arab tapi halalnya tak terjamin coz ada jual arak.i sarankan u book hotel kat internet. kalau tak nak book, boleh jugak cari hotel, takut banyak masa u terbuang kerna cari hotel. anyway, area patong bersepah hotel,guest hse,motel,resort.

[ Last edited by  inez at 10-1-2008 07:22 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 04:51 PM | Show all posts
thanks inez..aku dah booking safari beach hotel sebab aku rasa mcm crowded jer..giler la wehh ko drive from kl to phuket!!ko pakai kereta apa ek?tu la ada jugak org bagitau kat patong susah nak carik halal food tp baru2 ni kat tv1 ada rancangan "kembara makanan halal" so dia tunjuk la kat mana ada halal food kat phuket...so senang ler sikit..iieee..tak sabarrnya nak pegi..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 07:46 PM | Show all posts
aku baru pergi december hari tuh...stay dekat alloha villa hotel,,,mmg best sgt hotel tuh and i recommend pada sapa yg bawak family or yg bukan style backpackers,,,sebab hotel bersih and yet very easy utk walking distance ke patong area....dekat dgn bangla road (kawasan plg happening) but yet bukan dlm bangla road itself,,,so, agak secluded sikit hotel dia,,,tapi depan main road,,,paham tak apa aku ckp?

breakfast pon okay la,,,hari2 aku mkn boiled egg and toast,,,

nbak jalan kaki ke shopping complex baru (junceylon)  pon tak jauh,,,dekat aja....nak massage pon keluar2 hotel aja dah berlambak kat tepi2 jalan,,,

just nak ke pantai kena jalan dlm 10 mins,,,tuh pon tak terasa jauh pon,,,
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 04:47 PM | Show all posts

Reply #133 sheebby's post

tp.. kalo nak ke phuket ni.. agak2 bulan berape yang peak hah??? sbb ingat in july or august nak ke sana honeymoon.. takut waktu tu peak season.. mahal sgt... heheh
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 08:08 PM | Show all posts

Reply #134 shaf's post

Aku tgk kat website dia ada 3 season - peak,high & low. Peak season biasanya time christmas & new year. High season is january to 1st May. Low season is May to October. Kiranya kalau ko nak pegi bulan 7 or 8 tu memang tgh murah giler2 laa..rate hotel pun half dari high/peak season. Tapi member2 aku yg biasa pegi kata time tu musim hujan..hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 06:00 PM | Show all posts
hujan tu selalu nye belah senja ke malam.. kekadang sampai awal pagi.. nasib tak baik hari2 hujan, kalau makan tido,makan tido hotel oklah

[ Last edited by  inez at 13-1-2008 11:16 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 06:49 PM | Show all posts
my pleasure lilo, saya bawa nissan mpv gi sana. dulu 8 tahun lalu pegi sorang bawa kancil sampai phuket. sekali isi minyak dr hatyai terus sampai. petrol mahal kat sana. kat kl kalau isi minyak katakanlah rm 70, kat phuket jadi rm120/130. harga minyak super95 kat sana 320bht seliter.sewa keta murah. vios kalau tak silap rm110 sehari. toyota fortuner rm170. big bike easy rider 500cc pun murah. jangan lupa sewa keta coz banyak tempat yang cantik,drive gi phanga bay or ambik tour. banyak pulau2 yang cantik. kat patong especially banyak hantu kopek  ramai sangat (ramai yang topless). kalau malam hari, ke soi bangla (antara tempat maksiat tersohor). dia orang sampai meraba2 benda kita kalau kita jalan kat area sana..tak malu.. pelacur murahanlah  katakan, mujur masa saya disana waktu itu dilarang minum minuman keras dikhalayak ramai, jadi bar2 jadi sepi.. orang tetap ramai tapi cuma jalan2 saja sebab pada waktu itu pilihanraya di thailand, pemerintah tidak mahu rakyatnya mabukkan takut sampai lambat atau tidak pergi mengundi. so dua harilah tak boleh minum. cuma di dalam hotel 4/5 bintang saja dibenarkan. hotel safari memang superb location. sepanjang jalan bersepah dengan makanan laut. semua cuma jalan kaki , depan pantai tinggal nyeberang jalansaja. memang molek sangat2 locationnya, hotel tu baru direnovasi selepas tsunami coz letaknya dekat sangat dengan pantai. saya cadang nak tinggal kat hotel tu tapi fully booked, lagi pula dia tiada parking. area tu payah nak cari public parking coz banyak kereta untuk disewa park kat situ. nak makanan yang halal ada, ada food court kalau anda keluar dari depan hotel arah ke kanan dan terus jalan sampai ke impiana resort lebihkurang 5 minit disitu ada food court open air tepi pantai tapi gerainya bercampur dengan gerai yang tak halal dan sebelah menyebelah. kalau tak silap ada 3/4 gerai muslim(pakai tudung) sebelum tsunami. sekarang tak tau pulak saya tapi yang pasti ada muslim food macam tomyam, nasi grg dll. kalau ke phuket town ada banyak shopping mall macam tesco, big c n central festival tapi rasanya kat patong dah cukup coz u cuma jalan kaki 5 minit ke junceylon mall, mall terbaru dipatong.. cantik jugak mall tu.jangan lupa ke phuket fantasea di kamala beach (area tempatnya ramai keturunan mahsuri). shownya best dan makanan seafoodnya gila2 banyaknya.. lagi satu jangan cari pasal dgn org thai tak kira dimana pun dalam thailand, majoriti bawa  senjata api dalam poket/dibadan. pistol senang dibeli disana.ramai kawan2 saya sebagai peniaga mempunyai pistol. katanya untuk mempertahankan diri jika apa2 berlaku. u boleh cuba belajar menembak kat phuket shooting range. ada segala macam senjataapi rifle boleh dicuba.. tak mahal tak sampai rm100 pun. Kat phuket juga masih ada perkampungan al arqam dibiayai wanita muslim kaya dari chengmai kalau tak silap.ada sekolah belajar agama kat area tu. areanya terletak on the way to phuket aquarium.phuket beach area so far selamat coz masing2 ada kerja sendiri dalam bidang pelancongan beach boy, beach massagge,buat beading rambut , pemandu tuk2, dsbnya. (pemandu tuk2 tu ramai yang muslim.).mereka berdisiplin dalam mengambil hati pelancong. peramah dan hormat .itulah periuk nasi mereka. saya tak suka shopping kat tepi jalan coz harga yang dibukanya melampau2.. kena ada skill menawar, tawar sampai harga tu menjadi 40% dari harga asal... dan kebanyakkan pekerjanya orang nepal,india bangla dsbnya.  tak macam kat malaysia sombong2, layan mat saleh jer lebih(kebanyakkan).maksud saya orang thai ni ramah.. polis ramai kat tourist area,insyaaallah selamat. apa2 pun puket memang tempat happening. kalau bawa anak remja 15tahun kebawah elakkan soi bangla pada waktu malam kerana maksiatnya melampau2..  kalau honeymoon no problem.. diphuket anda bebas lakukan apa saja selamat bercuti..

[ Last edited by  inez at 13-1-2008 11:14 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 11:26 PM | Show all posts

Reply #137 inez's post

cayangnyerr kat inez nih..banyak betul info yg ko bagi..haa..ada lagik nak tanya..ni first time aku holiday outside malaysia..hehehe..so tak sure pasal money withdrawal kat atm. Kalau kita cucuk duit kat atm sana ada kena interest apa2 ke?and kalau nak tukar duit rm to baht, kat mana boleh dapat rate yang bagus?..pastu kat mana tempat shopping yang murah ala-ala rantau panjang or padang besar?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-1-2008 10:37 PM | Show all posts

Reply #137 inez's post

mahalnya sampai 320 baht seliter ??? 32 baht lah..

Maknanya dalam RM 3.20.. di Bangkok dlm harga RM 2.90 ~ RM 2.99 seliter..  memang mahal minyak kat sana..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 11:55 PM | Show all posts

Reply #138 lilo1979's post

kalau cucuk kad atm, itu tak pasti tapi kalau kredit kad boleh tapi interestnya tinggi. i tak pasti kalau meps/bankard online seluruh dunia.kene check dgn customer svc bank you tu. rasanya tak boleh cucuk kot. kat phuket di patong, karon or kata beach memang dia bukak harga mahal2.. mesti kena pantai tawar. bayang kan seliper alal2 seliper jepun dibukaknya harga 90 ringgit!! kat petaling st. agak2nya baru 15 ringgit!! sakit hati kekadang dgn penjual tuy tah org nepal ka or india kah.. memang harga kat area tu agak mahall walaupun ditepi jalan.. kalau nak beli pun cari yang ganjil yang tak ada kat kl. biasa lah tempat banyak mat saleh coz duit diaorang besar.. tempat macam padang besar atau rantau panjang tu rasanya tak ada kat phuket. tu kat cuma ada special border malaysia/thai hehehe..  kalau nak cari barang murah kat phuket, rasanya kene pergi phuket town coz tempat tu agak jauh dari tumpuan pelancong lebih kurang 15km dari Patong, tapi i tak pasti ada tempat yang murah macam pasar2 ti. phuket sebenarnya bukan tempat yang sesuai untuk shopping sakan. kalau takat2 pakaian sukan tu oklah kot. kalau saya selalunya saya beli barang yang ganjil. macam bila i ke Phuket barusan banyak juagak barang yang di beli macam barang dapur, pakaian, groceries, pinggan mangkuk,periuk,baju baby, buah2an dan macam2 lagilah coz bawa ketalah katakan.. kebanyakkan i beli kat robinsons, carrefour, big c, n central bukannya apa, malas nak gaduh2 gan budak bangla yang meniaga tu asyik nak cekik darah i ,buang masa. kalau pergi mall senang, harga dah aada siap, kalau murah rasa nak beli, beli, kalau tak nak dah.. senang. ada jugak beg2 tu i beli kat tepi jalan macam kedai hello kitty( boleh gila tengok barang2nya)..tak payah nak bayar overweight bab tukar duit tu, tak digalakkan tukar kat phuket, dia tak pandang sangat RM. dia cuma pandang US/EURO/SIN/YPN.  bukannya apa tukarannya amat rendah kat sana. waktu saya tukar kat hatyai 100bht lebihkurang RM9.980 kalau di Phuket 100bht  lebih kurang RM9.600 ada yang ambik RM9.200!! i rasa tukar kat kl lagi bagus.. hah, lilo kalau apa2 nak tanya bolehlah tu pun kalau saya tahu hehehe.. anyway u boleh check kat tripadvisor wsite pasal phuket n laman web lain. kalau nak shopping, pergilah hatyai.. ok per.. makan senang, pinggan mangkuk pun banyak, hotel murah2 banyak..

[ Last edited by  inez at 16-1-2008 03:57 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 11:58 PM | Show all posts

Reply #139 Dunhill.'s post

yes dunhill, i isi minyak super95..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2008 02:50 PM | Show all posts
inez,
      bagitau lah tempat yang mesti dilawati masa di phuket.... aku nk pi nextmonth nie
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2008 10:47 PM | Show all posts
kita pon nak ke phuket 25-28 januari ni.. naik airasia aje.. ground arrangement lak beli masa matta fair tahun lepas.. rm1680.. dapat duduk boer sen villa 1 mlm, duduk boat lagoon 2 mlm, airport-hotel transfer dan 1/2 hari trip ke pulau kut.. tapi tak tahu la cemana.. harap2 semuanya ok ler
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2008 09:44 PM | Show all posts

Reply #142 Juragas's post

actually banyak tempat yang menarik kat sana tergantung pada berapa lama percutian tu.tempat yang harus dilawati selalunya adalah pantai2nya dan pulau2 berdekatan. kalau suka pemandangan yang indah2 ya, memang banyak.. pokoknya kalau sewa mobil, memang ok. ambik map, dan terus drive. insyaalah tak sesat punya.. tapi kalau kat phuket town,kena hati2 takut sesat jalan, tapi ada signboard tinggal ikut saja. u boleh ambik brosur2 tempat menarik dihotel or tengok websites tentang phuket. kalau saya, yang saya senang ialah pantai nya seperti pantai patong, kata, karon, nai harn, bangtao, kamala, khao lak, cape panwa, rawai.. semuanya cantik2.. kalau dapat sewa mobil lagi bagus barang sehari dua..

[ Last edited by  inez at 19-1-2008 01:58 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2008 09:19 PM | Show all posts

Reply #144 inez's post

kalau nak gi island hoping nak naik kat mana kat phuket.... brapa charge die... satu lagi phuket fantasea tu ok ke kalau nak masuk... dgr kata price die mahal giler.. betul ke.... kalau nak mandi laut kat pantai maner yg paling sesuai...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2008 11:44 AM | Show all posts
tumpang tnya...aku nak g phuket 5/4 - 8/4 nih..10 org

aku book pkai travel agency jek. naik air asia. airport transfer agency tuh caj aku RM60 sorang utk pegi balik....10 org dah RM600.

so korang yg dah pergi nih rasa2 berbaloi tak?? ke kat sana aku amik van/ taxi...tak pyh suh travel agency tuh sedia kan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2008 12:02 PM | Show all posts

Reply #146 Jelita's post

hi jelita, i tak pastilah yang tu coz i tak pernah ambik taxi/van kat sana. i selalu sewa je keta kalau ambik flt ke HKT sebab sewa keta/van kat sana murah tapi jangan sewa di airport mahal. tapi kalau nak lebih yakin n selamat kat airportlah sewanya sebab kat situ banyak international car rental mcm Avis..ada discount lagi.. i rasanya RM60 sorang berbaloilah coz pergi-balik kalau  hotel u kat area Patong/kata/karon tu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2008 12:16 PM | Show all posts

Reply #145 Juragas's post

hi, kalau island hopping tu rasanya mahal kat phuket tu n jauh ambik botnya kalau u tinggal di area patong. anyway i tak pernah ambik hopping kat sana tapi kalau kat krabi memng ramai yang pi island hopping kerna hopping di krabi berbaloi dan perlu. kalau tak tak lengkap cuti di krabi. phuket fantasea memang mahal. dia ada show n dinner or show aje. kalau dua2 mahal. i tak ingat harganya tapi rasanya lebihkurang 100 lebih sorang termasuk pick-up dari hotel. shownya berkisar cerita zaman dulu ngn costume yang cantik dan gajah2 yang cerdik dan pintar. dianjurkan pergi tengok show dan pasti terhibur. kalau tak pergi pun tak pa coz banyak llagi tempat yang best2.. pantai yang sibuk dan happening dan ramai orang ialah di patong.. banyak kedai, mall,resto,cafe dan sebagainya. cuma jalan kaki. karon dan kata beachj atuh nombor dua dan tiga. kalau nak lebih sunyi kat mai kao beach di utara phuket tapi pantainya tak cantik tapi kalau nasib baik datang penyu bertelur. hotel yang ada area tu jw marriot. kalau kata n karon, pantainya putih bersih.. kalau nak senang dan happening mandi kat patong, kat situ banyak hantu kopek   standby sun glasses n camera aktivity air banyak macam jet ski , beading rambut 200bht, massage 200bht, temporary tatoo 200/300bht.. sewa kerusi jemuran 50bht minum air kelapa 40bht(4hinggit) mahalnya.. tengok hantu kopek(free of charge )

[ Last edited by  inez at 22-1-2008 04:23 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2008 02:52 PM | Show all posts

Reply #147 inez's post

oooo...kira berbaloi la ekkk....itu airport transfer. i sebenar nya mls nak pikir2 nih. smpai2 ada org dah tunggu...best sikit. nak balik lak dah ada transport duk tunggu gak.

thx inez.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2008 10:09 AM | Show all posts
olla jelita,
same-same... enjoy ur trip to hkt...

[ Last edited by  inez at 23-1-2008 02:11 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.050088s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list