View: 2057|Reply: 1
|
Masalah puasa dua dunia ...(tukar tajuk jika tak sesuai)
[Copy link]
|
|
Masalah puasa ni hanya berlaku jika kita selalu travel di antara negara.... dan berpuasa mengikut negara yg tinggal dan kemudian pada di negara lain lak. Contoh masalah ni.jika seseorg itu berada di UK dan mula berpuasa katakan sehari awal(atau lewat) dari Malaysia. Kemudian utk Hari Raya, dia pulang ke malaysia dan mendapati terpaksa berpuasa mungkin lebih hari( atau kurang).
petikan fatwa Syiekh Abdul Aziz bin Baaz kepada soalan seseorang yang bertanya, bahawa dia telah berpuasa di Arab Saudi, dan akan pulang ke negaranya di Timur Asia (yang berpuasa 1 hari lewat dari Saudi). Jawab Beliau :-
" إذا صمتم في السعودية أو غيرها ثم صمتم بقية الشهر في بلادكم فأفطروا بإفطارهم ، ولو زاد ذلك على ثلاثين يوماً ، لقول النبي صلى الله عليه وسلم : (الصوم يوم تصومون ، والفطر يوم تفطرون ) لكن إن لم تكملوا الشهر تسعة وعشرين يوما فعليكم إكمال ذلك ، لأن الشهر لا ينقص عن تسع وعشرين "
"Jika anda memulakan puasa di Saudi atau tempat2 lain, dan anda meneruskan puasa seterusnya di tempat asal anda, berbuka puasa apa bila mereka berbuka, walaupun anda telah berpuasa lebih dari 30 hari, kerana Nabi saw bersabda : {Puasa bermula pada hari anda berpuasa dan berbuka puasa bermula pada hari anda berbuka puasa}. Akan tetapi jika anda tidak mencukupi 29 hari didalam bulan tersebut, maka anda hendaklah mencukupkannya (qada'), kerana 1 bulan tidak boleh kurang 29 hari" [Majmu' Fataawa Ibn Baaz, 15/155]
a) puasa lebih > 30 hari- kena buka puasa awal ke?
a. Jika anda memulakan puasa Ramadhan mengikut United Kingdom (kerana pada masa itu berada di UK pada masa tersebut) dan berhari raya mengikut Malaysia (pada masa itu anda berada di Malaysia) walaupun puasa anda lebih dari 30 hari, anda tidak dibenarkan berbuka puasa walaupun hari tersebut merupakan hari ke 31 anda berpuasa. Ini disebabkan tempat tersebut belum melihat bulan baru (1hb Syawwal).
b) Puasa kurang ie <28 hari - kena ganti ke di bulan syawal
b.Jika anda berpuasa 28 hari, dan pada waktu itu telah bermula 1 Syawwal di tempat yang anda berada, haram berpuasa pada hari tersebut. Hendaklah anda menqada' 1 hari yang tidak cukup tadi dihari yang lain, kerana orang Islam sekurang2nya berpuasa 29 hari didalam bulan Ramadhan. [Majmu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|