CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mirza5

Berita di pahang hari ni..

[Copy link]
Post time 23-2-2008 06:38 PM | Show all posts
Pasdec lancar pembangunan bersepadu bernilai RM850j

Oleh: SITI MARIAM MD. ZAIN

KUANTAN 22 Feb. - Kerajaan negeri Pahang menerusi anak syarikatnya, Pasdec Holdings Berhad (Pasdec) hari ini, melancarkan projek pembangunan bersepadu membabitkan kos bernilai RM850 juta, yang dilihat sebagai satu lagi inovasi baru untuk rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, projek pembangunan dinamakan Bandar Putra yang dijangka siap pada 2015 itu akan didirikan di tanah seluas 169 hektar di Tanjung Lumpur yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan berkereta dari pusat bandar ini.

Beliau yang juga Pengerusi Pasdec berkata, pembangunan tersebut akan melibatkan 10 fasa pembinaan membabitkan lebih 3,300 buah rumah kediaman dan komersiol.

''Ini adalah usaha kerajaan negeri untuk memastikan pembangunan dan faedah yang seimbang boleh dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat dan tidak hanya untuk pihak-pihak tertentu mengaut keuntungan semata-mata," katanya di sini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Pengerusi Pasdec, Datuk Abd. Ghani Sulaiman.

Menurut Adnan, kerajaan negeri di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan sentiasa menjana pembangunan dan memberi peluang kepada rakyat untuk memiliki rumah yang selesa dan mampu dimiliki.

''Mengikut pelan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Pahang akan menjadi pintu masuk pembangunan ke Pantai Timur. Pembangunan yang dirancang ini akan meningkatkan lagi nilai hartanah dan pelaburan yang dibuat di Kuantan," ujar beliau.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Pasdec, Yusof Ali Mohamed Zain berkata, Bandar Putra adalah sebuah perbandaran baru yang akan dirancang menjadi tanda aras pembangunan bersepadu eksklusif di bandar Kuantan.

Beliau berkata, projek tersebut menawarkan lima ciri utama iaitu suasana persekitaran yang nyaman, kelengkapan awam yang komprehensif, kehidupan kejiranan, suasana kehidupan yang damai serta kejiranan yang selamat dan saling bertanggungjawab.

Sebahagian besar rumah yang ditawarkan di Bandar Putra itu juga, katanya, bakal dilengkapi dengan kamera tertutup dan motor pagar elektrik selain kemudahan terkini wi-fi.

''Sejak dibuka untuk jualan 11 Januari lalu, lebih 60 peratus buah rumah teres kos sederhana setingkat serta dua tingkat berharga RM146,888 ke atas dan 32 buah rumah berkembar setingkat dan dua tingkat (RM245,888 ke atas) telah terjual.

''Manakala 90 peratus daripada 209 buah rumah kos sederhana rendah berharga RM63,888 juga telah habis dijual. Ini menunjukkan sambutan yang amat menggalakkan," katanya.

Sempena majlis pelancaran tersebut, satu pameran hartanah turut diadakan selama empat hari bermula hari ini sehingga 24 Februari ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2008 06:40 PM | Show all posts
'Demam' lihat enam rakan lemas

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my


MOHD. IKRAM MAZMI, Saksi kejadian enam sahabatnya lemas di Sungai Pahang. (Latar belakang) Anggota bomba mengusung mayat seorang mangsa lemas yang ditemui di Sungai Pahang, di Kampung Benta semalam.

PEKAN - "Saya tak berani lagi turun ke sungai selepas lihat sendiri bagaimana kawan-kawan lemas di depan mata."
Demikian kata Mohd. Ikram Mazmi, 12, pelajar Sekolah Kebangsaan Langgar yang menyaksikan kejadian lemas membabitkan enam rakannya di Sungai Pahang dekat Kampung Benta, mukim Langgar di sini petang kelmarin.

Mohd. Ikram turut mengakui bahawa sebelum tragedi itu, dia dan tujuh lagi rakannya sudah merancang sehari lebih awal untuk mandi di sungai itu selepas pulang dari sekolah.

Menceritakan semasa kejadian itu berlaku, Mohd. Ikram memberitahu bahawa dia bersama seorang lagi rakannya bernama Nasrullah tidak ikut serta mandi di sungai terbabit.

"Saya hanya duduk di dalam bot yang terikat di tebing sungai dan semasa itu saya melihat enam kawan saya bergembira dan saling cabar-mencabar untuk bertanding berenang ke arah beting pasir.

"Saya ingatkan tidak ada apa-apa, tapi tidak lama kemudian terdengar pekikan orang minta tolong dan apabila berpaling saya hanya nampak Irham dan Zulfadli terkapai-kapai dan tenggelam ke dalam air," katanya ketika ditemui di rumahnya di Perumahan Datuk Shahbandar di sini semalam.


ORANG ramai melihat basikal yang dipercayai milik enam budak sekolah yang lemas di Sungai Pahang berdekatan Kampung Benta, Mukim Langgar semalam.

Ketika kejadian itu juga, Mohd. Ikram berkata, dia gagal mengesan empat rakannya yang lain lalu berusaha meminta tolong daripada dua pemancing yang berada berdekatan untuk menyelamatkan rakannya.

"Saya lihat pemancing itu seperti panik tidak tahu apa yang perlu dilakukan walau- pun bot mereka berada begitu hampir dengan kawan saya.

"Mereka cuba menghulurkan batang pancing supaya dapat dicapai oleh Irham dan Zulfadli, tetapi malangnya mereka terlebih dahulu hilang dari pandangan mata," katanya.

Beliau menambah, dia yang takut telah berlari ke arah basikal dan mengayuh pulang ke rumah tanpa memaklumkan kepada sesiapa mengenai kejadian itu.

Sementara itu, Sharifah Ratnasheedah Syed Ahmad, 36, ibu kepada Mohd. Ikram berkata, dia hanya mengetahui kejadian tersebut setelah bapa kepada salah seorang mangsa datang ke rumah bertanyakan anaknya yang tidak pulang ke rumah.

"Kakak tengok setelah balik ke rumah semalam, Ikram hanya menyelubung diri dengan selimut dan bila ditanya dia menya- takan dirinya demam.

"Tetapi segalanya terbongkar apabila Encik Yusof, bapa kepada Bunyamin datang bertanyakan kepada Ikram ke mana anaknya pergi," jelasnya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2008 06:42 PM | Show all posts
Mayat lima mangsa lemas ditemui


TAMIN SARI YUSOF pengsan setelah dimaklumkan mayat anaknya, Zulfadli ditemui pasukan penyelamat.

PEKAN - Mayat lima daripada enam pelajar yang dipercayai lemas ketika mandi-manda di Sungai Pahang dekat Kampung Benta, mukim Langgar di sini petang kelmarin berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat pagi semalam.

Operasi yang diketuai Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Abdul Aziz Salleh itu menemui mayat-mayat mangsa dalam kawasan sekitar 200 meter daripada tempat kejadian.

Mayat pertama dijumpai, Mohd. Danial Aiman Badrul Hisham, 11, pada pukul 12.05 pagi manakala Mohd. Bunyamin Mat Yusof, 12, ditemui 35 minit kemudian.

Mayat Sheikh Ikhwan Al-Amin Sheikh Azman, 15, pula dijumpai pada pukul 3.55 pagi diikuti Mohd. Shamsul Rizal Samsudin, 12, pada pukul 8.35 pagi dan Zulfadli Tamin Sari, 13, pukul 11.24 pagi.

"Bagaimanapun, Mohd. Irham Yusri Imran, 12, masih belum dijumpai," katanya kepada para pemberita di tempat kejadian di sini semalam.

Semalam akhbar melaporkan kegembiraan lapan sekawan mandi-manda di Sungai Pahang bertukar duka apabila enam daripada mereka dikhuatiri lemas berdekatan Kampung Benta, mukim Langgar di sini.

Mereka dilaporkan pulang dari sekolah dan mandi di sungai itu ketika air surut sebelum enam daripada mereka hilang.

Kesemua mayat yang ditemui telah dihantar ke Hospital Pekan di sini untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga masing-masing untuk dikebumikan.

Sementara itu, seramai 183 anggota pasukan keselamatan, syarikat swasta dan penduduk kampung meneruskan usaha mencari seorang lagi mangsa lemas.

Operasi tersebut turut menggunakan 18 bot, satu jet ski dan 16 penyelam skuba polis, Polis Marin, Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam serta Tentera Laut Diraja Malaysia.

Turut terlibat ialah petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Tanah dan Daerah Pekan, Pejabat Pendidikan Daerah Pekan, Jabatan Kerja Raya Pahang dan DRB Hicom Berhad cawangan Pekan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2008 08:48 PM | Show all posts

Reply #183 cintan66's post

mcmn la bleh lemas ni......  dah ajal kot.........
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2008 10:12 AM | Show all posts

Reply #184 tangopapa's post

penah dulu dengar org2 tua kata....kalau dah lama tak de mangsa lemas kat sungai pahang tu, sg pahang akan mengamuk dan amik ramai nyawa.
tu cakap2 org dahulu lah........setakat dengar boleh percaya jangan

Mangsa lemas terakhir ditemui

KUANTAN 23 Feb. - Mangsa terakhir, Mohd. Irham Yusri Imran yang hilang semasa mandi bersama lima lagi rakannya di Sungai Pahang dekat Kampung Benta pada Khamis lepas ditemui pasukan mencari dan menyelamat, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt. Abdul Aziz Salleh berkata, mayat Mohd. Irham Yusri, murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Langgar ditemui kira-kira 200 meter dari tempat mereka mandi pada pukul 12.45 tengah malam.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemui di kawasan sama di mana empat lagi rakannya dijumpai semalam.

"Mangsa sukar ditemui kerana mungkin tersangkut pada batu-batan atau ranting-ranting kayu di dasar sungai tersebut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengkebumian petang ini.

Semalam, mayat empat mangsa Mohd. Danial Aiman Badrul Hisham, 11; Mohd. Bunyamin Md. Yusuf,12; Sheikh Ikhwan Al Amin,15 dan Mohd. Syamsul Rizal Shamsudin, 12, ditemui kira-kira 200 meter dari tempat mereka mandi pada pukul 8.35 pagi.

Mangsa kelima, Zulfadli Tamin Sari, 13, pula ditemui kira-kira 500 meter dari tempat mereka mandi, kira-kira tiga jam selepas itu.

- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2008 03:15 PM | Show all posts
Berita Pilihanraya

PKR letak calon muda tentang Najib di Pekan
24/02/2008 12:48pm

PEKAN 24 Feb. _ Datuk Seri Najib Tun Razak akan ditentang calon muda daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, 31, bagi kerusi Parlimen Pekan pada pilihan raya umum kali ini.

Timbalan Perdana Menteri dan pencabarnya itu mengemukakan borang pencalonan masing-masing di pusat penamaan calon Dewan Konvensyen di sini sebelum disah dan diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya, Datuk Abdul Basit Mohd. Shah pada pukul 11.40 pagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2008 03:16 PM | Show all posts
Lagi .....berita pilihanraya

Najib serah pencalonan 9.15 pagi
24/02/2008 10:30am

PEKAN 24 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan borang pencalonannya bagi bertanding di Parlimen di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah.

Beliau tiba di pusat penamaan calon itu pada pukul 9.15 pagi diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan kira-kira 5,000 penyokong.

Mereka mula berarak dari Pejabat UMNO Pekan pada pukul 8.45 pagi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2008 08:59 AM | Show all posts
Sungai pernah 'makan korban'

PEKAN - "Para penyelam veteran dari Kuala Pahang pernah beritahu kami bahawa di tepi sungai itu memang ada lubuk yang sering 'memakan korban'."

Demikian kata Tamin Sari Mohd. Yusof, 42, bapa kepada Zulfadli Tamin Sari, 13, yang merupakan salah seorang daripada enam mangsa lemas di Sungai Pahang, Khamis lalu.


Tamin Sari bersama isteri, Sarimah Idris menatap akhbar KOSMO! yang menyiarkan tentang mayat anak mereka yang ditemui lemas di Sungai Pahang kelmarin.

Beliau juga mengakui sebelum tragedi yang menimpa anaknya, orang tua di situ pernah memberitahu, seramai enam orang telah mati lemas di kawasan itu sejak 14 tahun lalu.

"Orang dulu sering mengatakan meskipun air surut, memang ada lubuk yang tak diketahui kedalaman sebenarnya di tepi sungai itu.

"Malah, ketika operasi mencari, anggota skuba terlibat juga tidak berani menyelam turun hingga ke dasar kerana terlalu dalam untuk mencari anak saya," katanya ketika ditemui di perumahan Datuk Shahbandar di sini kelmarin.

Dalam pada itu, Tamin Sari memberitahu, beliau sekeluarga tetap reda dengan kematian anak keduanya dari lima beradik itu.

"Cuma saya sahaja tidak lalu makan sejak mengetahui dia lemas dan apabila menatap wajah Zulfadli selepas jenazahnya ditemui, saya terus pitam kerana terlalu sedih mengenangkan dia sudah meninggal dunia," katanya.

Sementara itu, Imran Umar, 55, bapa kepada Allahyarham Mohd. Irham Yusri, 12, pula menyatakan dia agak terkilan kerana tidak menghantar anaknya ke sekolah seperti biasa pada hari kejadian.

"Pagi itu dia ingin pergi sendiri dengan basikal, tak sangka pula perkara buruk ini hendak berlaku.

"Bagaimanapun, saya membuat kesimpulan kematiannya ini tidak sia-sia, apatah lagi penduduk kampung yang menemuinya mengatakan dia dalam keadaan cuba menyelamatkan rakannya yang lain," katanya.

Dalam pada itu, Salmah Sani, 47, ibu kepada Allahyarham Sheikh Ikhwan Al-Amin Sheikh Azman, 15, menyatakan, dia amat sayu dengan pemergian anak sulungnya itu.

Katanya, selama membesarkannya, Sheikh Ikhwan merupakan seorang anak yang baik, pendiam dan menurut kata.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2008 09:01 AM | Show all posts
Ubi kemili bentuk kaki tidak akan dijual

PEKAN - "Mak cik akui, ramai orang dari jauh dan dekat datang ke rumah semata-mata mahu melihat dan membeli ubi kemili berbentuk kaki kanak-kanak."
Demikian kata Juriah Ismail, 71, pemilik ubi berkenaan ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanjung Pulai, di sini semalam.


JURIAH menunjukkan ubi kemili berbentuk kaki kanak-kanak yang menjadi tumpuan dan rebutan orang-ramai di rumahnya di Kampung Tanjung Pulai di Pekan semalam.

Bagaimanapun, Juriah berkata, sehingga kini hatinya tidak terbuka untuk menjual meskipun ubi kemili tersebut pernah ditawarkan oleh sesetengah pihak dengan harga ribuan ringgit.

"Sejak keluar dalam akhbar, rumah kami sering menjadi tumpuan mereka yang ingin melihat sendiri keanehan ubi yang makcik tanam.

"Mereka kagum dan berasa hairan dengan bentuknya yang istimewa tetapi sampai sekarang, mak cik tak berhajat untuk menjualnya kerana dirasakan ia seperti anugerah Tuhan buat kami sekeluarga," katanya.

Juriah berkata, sebelum menemui ubi kemili pelik itu, dia telah menanam ubi jenis itu di belakang rumah sejak beberapa tahun lalu untuk meraih pendapatan sampingan.

"Ubi jenis ini makcik tanam kerana boleh dijual kerana rasanya sedap apabila direbus, boleh dibuat pengat atau digoreng.

"Kini, ubi kemili mungkin semakin sukar didapati kerana tidak ramai yang menanamnya selain ia hanya boleh dicabut setahun sekali,'' jelasnya.

Walaupun begitu, katanya, beliau masih menanam dan menjualnya kepada sesiapa yang berminat dengan harga RM5 sekilogram.

Pada 29 Januari lalu, KOSMO! melaporkan Juriah terkejut apabila menyedari ubi kemili yang ditanam di belakang rumahnya berbentuk seperti kaki ketika menggali ubi tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2008 09:07 AM | Show all posts
NEGARA

Kehilangan Umai mistik, misteri

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my


KUANTAN - Kehilangan Nur Umaisarah Sameaun (gambar) mistik dan misteri.

Demikian komen Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Shakaruddin Che Mood berkaitan kegagalan pasukan mencari dan menyelamat untuk menjejaki Nur Umaisarah, 21, yang sesat ketika turun dari Gunung Tahan sejak 16 hari lalu.


Namun, Shakaruddin tetap yakin pelajar tahun akhir diploma perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis itu masih hidup.

"Memang betul-betul pelik, kalau mangsa telah meninggal dunia atau sudah dibaham bina- tang buas sudah pasti pasukan mencari akan terhidu mayatnya atau menjumpai rangka manusia.

"Tapi hingga kini tiada bau dan kesan mengenai pelajar itu malah andai dikatakan Umai betul-betul telah mening- gal dunia mustahil beg yang digalas oleh mangsa turut reput sehinggakan kita tidak menemui sebarang jejak," kata beliau.

Bagaimanapun, Shakaruddin memberitahu, mengikut perkiraan doktor, peluang untuk pelajar berkenaan untuk ditemui hidup-hidup adalah tipis.

"Mengikut doktor, dari segi logik, seorang manusia normal hanya mampu bertahan beberapa hari sahaja dalam keaadaan kekurangan makanan di dalam hutan,'' jelasnya.

Beliau berkata, dalam operasi yang dijalankan di Taman Negara di sekitar Sungai Relau dan Merapoh dari pukul 7 pagi hingga 6 petang semalam, seramai lebih kurang 100 anggota termasuk Senoi Praaq dan Komando 69 telah dikerahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2008 07:51 AM | Show all posts
Umai masih hidup

Oleh YUSNILAH MD YUNUS, NUZULSHAM SHAMSUDDIN, HAFIZ ABBAS, SHAHRULNOOR ISHAK dan KHAIRI MOHAMAD
berita@kosmo.com.my

UMAI ditemui longlai selepas 19 hari sesat di hutan Pahang

KUANTAN
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2008 07:53 AM | Show all posts
Terharu anak selamat

KUANTAN
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2008 08:02 AM | Show all posts
Berita Pilihan raya

Wan Salman calon berkaliber

Wan Salman Wan Ismail.

BANDAR JENGKA 25 Feb.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2008 08:03 AM | Show all posts
BN Maran dijangka dapat sokongan padu

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD

MARAN - Barisan Nasional (BN) Maran dijangka tidak menghadapi masalah untuk mengekalkan kerusi Parlimen Maran dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) meliputi Chenor, Luit dan Kuala Sentol pada Pilihan Raya Umum Ke-12 ini.

Ini kerana tokoh yang ditonjolkan UMNO adalah berwibawa, berkarisma, mesra dan dikenali rapat oleh pengundi.

Penganalisis politik berpendapat calon yang ditonjolkan pucuk pimpinan seperti Datuk Ismail Muttalib (Parlimen Maran), Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak (DUN Chenor), Datuk Ahmad Munawar Abdul Jalil (DUN Luit) dan muka baru Datuk Shahaniza Shamsuddin (DUN Kuala Sentol) mampu mencatatkan undi majoriti lebih besar berbanding pilihan raya umum lalu.

Tan Mohd. Aminuddin selaku Ketua UMNO Bahagian Maran yang dicalonkan semula bagi DUN Chenor buat kali keempat menghadapi tentangan daripada calon Pas, Mujiburrahman Ishak pada Pilihan Raya Umum Ke-12 ini.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-11, Tan Mohd. Aminuddin memperoleh undi sebanyak 6,296 menewaskan calon Pas, Aris Azlan Ismail dengan 3,283 undi.

Di Chenor, Tan Mohd. Aminuddin dianggap sinonim dengan kawasan itu kerana rakyat begitu menghargai sumbangan beliau yang berjaya meletakkan daerah tersebut berkembang maju selari dengan kemajuan negara.

Timbalan Menteri Besar itu mempunyai kekuatan dan karisma tersendiri di kawasan Chenor dan beliau dijangka tiada masalah mengetepikan calon Pas dengan undi majoriti lebih besar.

Sementara itu, Ismail yang merupakan bekas pegawai tadbir dan diplomatik serta aktivis belia, dicalonkan bagi penggal kedua menghadapi tentangan kali ini daripada calon Pas, Nasaruddin Hasan Tantawi.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-11, Ismail menewaskan calon Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dengan majoriti 7,242 undi.

Ismail memperoleh 15,725 undi manakala Tuan Ibrahim 8,483 undi.

Nasaruddin merangkap Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang mempunyai harapan tipis untuk menang di Maran berikutan ketokohan dan kerja kuat Ismail berjaya meletakkan daerah itu berkembang maju dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan.

Malah, beliau yang kelihatan berkarisma, kreatif dan inovatif itu berpotensi untuk melangkah lebih jauh dalam politik arus perdana bagi mengisi tempat yang sesuai di peringkat nasional.

Ahmad Munawar pula menerima tentangan Ketua Muslimat Pahang, Azizah Khatib Ahmad bagi kerusi DUN Luit kali ini.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-11, Ahmad Munawar yang berpersonaliti seorang ulama itu mendapat undi 4,451 menewaskan Fathil Abdul Malik yang memperoleh 2,313 undi.

Ahmad Munawar yang berkelulusan agama dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Agama Islam Daerah Maran dilihat tiada masalah untuk menyisihkan calon Pas yang akan menentangnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 ini.

Shahaniza yang sudah terkenal dalam Puteri UMNO peringkat nasional itu pula menggantikan Datuk Rosni Zahari di DUN Kuala Sentol mempunyai bakat kepimpinan luar biasa dan bervisi untuk memajukan kawasan yang diwakilinya kelak.

Bekas peguam itu akan ditentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Bistamam Bakar.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-11 lalu, Rosni menang selesa dengan memperoleh 5,463 undi apabila menewaskan calon PKR, Ahmad Nizam Hamid yang mendapat undi 2,463 undi.

Shahaniza yang juga Ketua Penerangan Puteri UMNO begitu komited untuk mempertahankan kerusi DUN Kuala Sentol dan berjanji memberi perkhidmatan terbaik kepada pengundi yang majoritinya peneroka Felda.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2008 08:03 AM | Show all posts
Rela tertembak penunggang motosikal ditahan

KUANTAN 25 Feb. - Seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) ditahan setelah tertembak seorang penunggang motosikal ketika operasi menembak anjing liar di Felda Bukit Sagu, di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, suspek adalah antara anggota Rela dan penduduk kampung yang menjalankan operasi menembak anjing liar berkeliaran di kawasan perumahan mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner T. Narenasagaran berkata, suspek berusia 56 tahun tertembak mangsa seorang lelaki yang kebetulan lalu di kawasan tersebut.

Ketika itu jelasnya, mangsa dalam perjalanan ke rumah anaknya dan tembakan itu mengenai perutnya.

''Anak mangsa yang mengetahui kejadian itu segera membawa bapanya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk mendapatkan rawatan.

''Keadaan mangsa dilaporkan stabil," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini hari ini.

Menurut Narenasegaran, suspek dikatakan melepaskan lima das tembakan menggunakan peluru hidup dan salah satu daripadanya mengenai mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2008 08:04 AM | Show all posts
Tengku Azlan bertembung lagi seteru politik

Oleh HARIS FADILAH AHMAD

INI merupakan pertembungan kali kedua Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar calon Barisan Nasional (BN) dengan seteru politiknya Dr. Hamzah Jaafar, 43, dari Pas bagi merebut kerusi Parlimen Jerantut pada Pilihan Raya Umum ke-12.

Tengku Azlan selaku Ketua UMNO Bahagian Jerantut itu pernah menewaskan calon Pas pada pilihan raya umum 2004 lalu dengan memperoleh 21,160 undi berbanding Hamzah yang mendapat 12,904 undi.

Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Jerantut pada pilihan raya lalu ialah seramai 46,059 orang.

Berdasarkan prestasi semasa, pemerhati politik meramalkan Tengku Azlan akan terus mengekalkan kerusi Parlimen Jerantut.

Ia berasaskan kepada perpaduan di kalangan pemimpin UMNO bahagian dan BN serta kekuatan jentera pilihan raya dengan bantuan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang membuat persiapan lebih awal menerusi program 'turun padang.'

Tengku Azlan berkata, beliau akan meneruskan usaha pembangunan di daerah Jerantut dengan memberi fokus kepada kawasan luar bandar dan pedalaman menerusi projek infrastruktur bagi merancakkan pembangunan sektor pertanian dan pelancongan.

Menurut beliau, banyak kemudahan pendidikan termasuk latihan kemahiran kepada belia dan lepasan sekolah di Jerantut menerusi pembinaan Kolej Komuniti dan pusat-pusat latihan di kawasan Temin, tidak jauh dari bandar Jerantut.

''Dalam keadaan sekarang, perkara utama yang perlu diberi tumpuan ialah mewujudkan perpaduan di kalangan penduduk serta memperkukuhkan jentera pilihan raya daripada semua parti komponen BN bagi memastikan kemenangan semua calon BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 ini," katanya ketika ditemui di sini.

Parlimen Jerantut mempunyai tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) meliputi Damak, Pulau Tawar dan Tahan.

Calon BN bagi DUN Damak, penyandangnya Datuk Lau Lee dari MCA akan menghadapi tentangan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Noor Jaafar, 56, dan Koh Boon Heng, 53, calon Bebas.

Bagi DUN Pulau Tawar, penyandangnya iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail dikatakan tidak menghadapi masalah untuk menghadapi lawannya daripada Pas yang juga seorang peneroka, Ishak Abdul Ghani, 54, pada pilihan raya umum kali ini.

Ahmad Shukri yang berkelulusan doktor perubatan dari Universiti Cairo, Mesir memenangi kerusi DUN Pulau Tawar pada 2004 lalu dengan memperoleh 8,434 undi mengalahkan calon Pas, Mohamed Wahid yang mendapat 4,912 undi daripada 16,826 pengundi berdaftar.

Bagi DUN Tahan, BN meletakkan calon muka baru, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak, 36, untuk menghadapi calon wanita daripada Pas, Nuridah Mohd. Salleh, 47.

Tugas Wan Amizan ialah bagi mengekalkan kerusi DUN Tahan yang pernah dimenangi BN, Ahmad Jaafar pada pilihan raya umum 2004 mendapat 4,867 undi setelah mengalahkan calon Pas, Abdul Malik Yusof 3,427 undi daripada seramai 10,860 pengundi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2008 09:03 AM | Show all posts
Azam dua calon muda Pahang

KUANTAN 26 Feb. - Calon muka baru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamsuddin yakin beliau dapat menghadapi calon parti lawan di kawasan yang ditandinginya.

Ketua Penerangan Puteri UMNO itu berkata, keyakinannya itu berdasarkan pengalaman yang dilalui dalam beberapa pilihan raya kecil dan pilihan raya umum lalu.

Shahaniza, 38, yang namanya disebut-sebut bakal diberikan kerusi sebelum ini, merupakan satu-satunya wakil pergerakan itu yang tersenarai sebagai calon Barisan Nasional (BN) Pahang.

''Saya berharap kehadiran saya ini dapat diterima sebagai keluarga oleh ahli-ahli parti dan para pengundi," katanya kepada ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Shahaniza, sebagai seorang calon yang telah dipilih oleh pucuk pimpinan, pencalonannya itu dianggap sebagai satu arahan untuk beliau berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Seorang lagi calon muka baru, Kapten Mohd. Johari Hussain, 35, berkata, apa yang bermain difikirannya sekarang ialah menyusun beberapa program kemasyarakatan bagi kepentingan rakyat setempat.

Bekas Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dicalonkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman itu merupakan calon BN paling muda di Pahang.

''Insya-Allah jika menang pada pilihan raya ini, saya akan cuba melakukan yang terbaik termasuk membuat satu anjakan pembangunan untuk masyarakat di kawasan yang saya wakili," katanya.

Ditanya kemungkinan menerima tentangan hebat daripada parti lawan, Mohd. Johari berkata, beliau menyerahkan kepada pengundi untuk membuat pilihan terbaik.

''Saya menawarkan diri untuk berkhidmat kepada mereka dan dengan sokongan yang saya terima, saya yakin akan dapat menyelesaikan permasalahan rakyat," ujar beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2008 09:04 AM | Show all posts
13,786 dapat geran tanah

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD

BANDAR JENGKA 26 Feb. - Seramai 13,786 peneroka dari 33 buah rancangan Felda Wilayah Jengka berterima kasih kepada kerajaan yang menunaikan janji menyerahkan geran tanah kepada mereka baru-baru ini.

Ketua Kampung Felda Kemboja Jengka 4, Wan Mustaffa Roni Wan Hayat, 57, berkata, pemberian geran secara berperingkat-peringkat sejak tahun 1990 yang didahului Felda Jengka Satu membuktikan keikhlasan kerajaan menunai janji terhadap peneroka.

Beliau berkata, penyerahan terbaru membabitkan 474 peneroka Felda Raya Jengka 14 yang menerima daripada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob Januari lalu.

''Setakat ini hanya empat tanah rancangan Felda Wilayah Jengka yang belum menerima geran iaitu Jengka 21, Jengka 22, Jengka 24 dan Jengka 25 membabitkan 1,171 peneroka," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Ketua Felda Anggerik Jengka Satu, Mohd. Akhir Awang, 53, tidak menyangka penyerahan geran tersebut dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.

Menurutnya, pembangunan Felda Jengka Tiga Segi yang dicetuskan oleh Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussien berjaya meletakkan tanah rancangan Jengka sebagai entiti berwibawa.

Kenyataan itu disokong oleh Ketua Wanita UMNO Cawangan Jengka Satu, Hasnah Mat Lazim, 55, yang menyifatkan kewujudan Felda Jengka merealisasikan Falsafah Pembangunan Luar Landar untuk mewujudkan masyarakat yang berdaya tahan, berinisiatif, berilmu dan bermodal insan murni.

Ketua Peneroka Felda Dahlia Jengka 3, Mohd. Nayan Putih, 63, berkata, masyarakat peneroka seharusnya berbangga apabila ramai pemimpin masyarakat dunia ingin menjadikan Jengka sebagai model pembangunan di negara mereka.

Bagi peneroka Felda Tonkin Jengka 23, Ali Aki, 67, pemberian geran tanah itu memberi kekuatan baru kepada peneroka untuk bersama-sama kerajaan membangun sebuah masyarakat yang bersatu padu, harmoni dan berdaya saing.

Tegasnya, peneroka harus bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana membantu mereka keluar daripada garis kemiskinan.

''Dulu kebanyakan peneroka yang datang ke bumi Pahang ini tiada sebarang harta benda, hanya tikar dan bantal,'' katanya.

Dalam pada itu, bekas wakil rakyat Jengka, Abdu Rahman Ibrahim berkata, pembangunan Felda Wilayah Jengka yang terancang mewujudkan pekan bumiputera terulung iaitu Bandar Tun Abd. Razak Jengka yang banyak mendidik orang Melayu dalam perniagaan.

Katanya, pekan milik penuh bumiputera itu merupakan hasil perjuangan UMNO yang bermatlamat untuk mewujudkan sebuah bandar yang peniaganya terdiri seratus peratus kaum bumiputera.

Tambah beliau, Bandar Tun Razak Jengka semakin pesat membangun selari dengan kewujudan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka yang meletakkan bandar itu berstatus elit.

''Status Bandar Tun Razak Jengka harus dipertahankan kredibilitinya kerana ia menjadi ' lubuk emas' kepada peniaga yang bijak mengeksploit pasaran,'' katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2008 09:04 AM | Show all posts
Contohi Muqharabbin

BANDAR JENGKA 26 Feb. - Para pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) perlu mencontohi ketabahan Muhamad Muqharabbin Mokhtaruddin yang berjaya mengelilingi dunia menunggang basikal dan motosikal sejauh 25,000 kilometer melibatkan 21 buah negara.

Pengarah UiTM Pahang, Prof. Madya Dr. Hilmi Abdul Rahman berkata, warga UiTM seharusnya berbangga dengan Muhamad Muqharabbin, pelajar universiti itu yang sedang mengikuti pengajian Sains Sukan di Shah Alam.

Katanya, melalui perancangan yang jitu, Muhamad Muqharabbin berjaya menghadapi cabaran getir untuk mencipta sesuatu kelainan yang dapat dijadikan contoh kepada generasi baru.

''Muhamad Muqharabbin menaikkan imej UiTM kerana mengibarkan Jalur Gemilang di seluruh dunia dengan megah dan bergaya.

''Kayuhannya mengelilingi dunia turut membawa nama Malaysia di mata masyarakat antarabangsa,'' katanya ketika berucap pada majlis meraikan Muhamad Muqharabbin di kampus UiTM Pahang, di sini kelmarin.

Hadir sama Timbalan Pengarah Kampus, Mohd. Nasir Ibrahim.

Hilmi yakin kejayaan Muhamad Muqharabbin akan menjadi motivasi kepada pelajar UiTM untuk mencipta sesuatu yang baru dan positif bagi mempertingkatkan imej diri.

Menurutnya, keupayaan Muhamad Muqharabbin mendaki Gunung Everest yang disusuli ekspedisi menjelajah dunia memberi input berguna kepada generasi muda.

''Muhamad Muqharabbin membuktikan beliau seorang yang berjiwa besar dan hebat yang mampu meneroka sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh kebanyakan orang,'' katanya.

Hilmi menegaskan, UiTM Pahang sentiasa mengalu-alukan dan menyokong sebarang usaha warganya untuk membuktikan kebolehan atau kehebatan di pelbagai peringkat.

Misi menjelajah dunia dengan menunggang basikal dan motosikal di 21 buah negara itu melibatkan perjalanan sejauh 25,000 kilometer, bermula sejak 12 Julai tahun lalu dan selesai pada 16 Februari lalu di Perlis.

Sementara itu, Muhamad Muqharabbin berkata, beliau akan merakamkan pengalamannya sepanjang misi berkenaan termasuk pengalaman tidur di kandang kuda di dalam sebuah buku yang akan diterbitkan tidak lama lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2008 09:06 AM | Show all posts
Norol Azali yakin dapat sokongan pengundi

MUKA baru yang dipertaruhkan Barisan Nasional (BN) bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Guai, Bera, Pahang Norol Azali Sulaiman, 36, yakin akan meraih sokongan penduduk di kawasan tersebut berdasarkan anggapannya sebagai 'calon rakyat'.

Beliau yang merupakan Ketua Eksekutif Persatuan Francais Malaysia (MFA) berkata, tiada sebab untuk pengundi menolaknya lebih-lebih lagi beliau merupakan anak jati Kampung Durian Tawar, Mengkarak di daerah Bera.

''Saya membesar di tebing Sungai Pahang, saya mandi dengan air sungai itu, tiada sebab mengapa saya tidak kenal penduduk di kawasan ini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Norol Azali merupakan Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Kampung Durian Tawar.

Beliau juga pernah mengacarakan program Selamat Pagi Malaysia kelolaan Radio Televisyen Malaysia (RTM) selain menjadi Timbalan Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang.

Lepasan Ijazah Sarjana Pengurusan dan Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia (UUM) ini juga bergiat aktif dalam politik kampus apabila memegang jawatan Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti tersebut 15 tahun lalu.

Walaupun terkejut dengan pencalonannya bagi mewakili BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 berkata, beliau bagaimanapun mengakui kesanggupan, minat dan komitmen untuk membantu rakyat merupakan faktor utama bergiat dalam bidang politik.

Katanya, keikhlasan merupakan faktor utama bagi setiap calon dalam mendapatkan penerimaan penduduk di kawasan yang diwakili.

''Sebenarnya, saya sendiri tidak tahu apa kualiti yang ada pada saya sehingga saya tercalon tetapi saya amat yakin dengan potensi diri saya untuk memenangi pilihan raya ini," katanya.

Sekiranya kemenangan berpihak padanya, beliau akan memperkemaskan struktur komunikasi antara masyarakat bagi membolehkan semua lapisan penduduk menyuarakan pendapat masing-masing.

''Saya tidak mungkin tahu isi hati semua penduduk, jadi saya yakin struktur ini akan dapat membantu menterjemahkan kekurangan yang ada," kata beliau.

Pada pilihan raya umum yang akan diadakan pada 8 Mac ini, Norol Azali bakal berdepan dengan calon Pas, Musaniff Ab. Rahman.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.070234 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list