CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: spitfire007

[MERGED] A1-World Cup of Motorsports

[Copy link]
Post time 24-11-2008 06:12 AM | Show all posts

update

Tiada unsur sabotaj
Oleh DRAHMAN BAHARUN




PEMANDU negara, Fairuz Fauzy (gambar) mengakui, kegagalannya meraih kedudukan podium pada perlumbaan kereta Grand Prix A1 (GPA1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam bukan disebabkan berlakunya unsur-unsur sabotaj.

Fairuz yang sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 dalam kategori feature berkata, berlaku sedikit salah faham pada pusingan ke-18 antaranya dengan krew pasukan Malaysia.

"Ini semua gara-gara salah faham.

"Semasa saya sedang memandu, saya terdengar isyarat radio yang meminta saya masuk (ke pitstop).

"Semua pemandu juga menghadapi masalah yang sama dan ini sudah pasti bukan disebabkan sabotaj. Saya tidak menyalahkan sesiapa ekoran kegagalan ini.

"Ia betul-betul salah faham. Apabila berlaku salah faham, kita tidak boleh berbuat apa-apa.

"Jika masalah ini tidak berlaku, kedudukan podium sudah pasti ada berada dalam tangan," kata Fauzi yang mencatatkan masa 1 jam 06 minit dan 56.093 saat dalam kategori feature.

Fairuz mendakwa, dia telah mendengar arahan supaya masuk ke pitstop buat kali kedua pada pusingan ke-18, namun pemandu negara itu dilihat keluar semula ke litar selepas diarahkan mekanik pasukannya.

Sebelum itu, Fairuz masuk ke pitstop buat kali pertama pada pusingan ke-10 untuk menukar tayar.

Fairuz menambah, meskipun kecewa dengan prestasinya, namun dia masih boleh menarik nafas lega kerana meraih satu mata apabila menduduki tempat ke-10.

"Apa pun saya masih meraih mata pada perlumbaan di Sepang. Kami akan cuba menunjukkan peningkatan pada perlumbaan selepas ini.

"Saya berharap kami akan menampilkan aksi cemerlang seperti mana yang kami lakukan pada perlumbaan sebelum ini," katanya yang menduduki tempat ke-15 pada perlumbaan bagi kategori sprint.

Dia hanya berjaya menamatkan 10 daripada 11 pusingan setelah berlaku pelanggaran dengan kereta pasukan Afrika Selatan.

Untuk rekod, Fairuz mencipta kejayaan dengan menjuarai acara sprint selain menduduki tempat kedua acara feature pada pusingan pertama di Zandvoort, Belanda Oktober lalu.

Pada perlumbaan kedua di Chengdu, China awal bulan ini, Fairuz menduduki tempat ke-13 dalam acara sprint dan kelima (feature).

Malaysia kini menduduki tempat kelima keseluruhan dengan mengutip 29 mata, di belakang Ireland dengan 43 mata, Portugal (35), Perancis (31) dan New Zealand (31).




**********************************************************************************************************


ada terbaca semalam tentang MISCOMMUNICATION antara fairuz dengan pit stop tu -
- masa tu dah number 3 - tak apa lah... tak ada rezeki lagi... apa2 pun tahniah -


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2008 07:13 AM | Show all posts


JANI menunjukkan tanda bagus setelah menjuarai
kategori sprint pada GPA1 di Litar Antarabangsa Sepang semalam.


PEMANDU Ireland, Adam Carroll mengungguli kategori feature sementara Neel Jani dari Switzerland mendominasi kategori sprint pada perlumbaan kereta Grand Prix A1 (GPA1) di Litar Antarabangsa Sepang semalam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.221798 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list