CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3819|Reply: 5

buroh paksa

[Copy link]
alico This user has been deleted
Post time 13-10-2006 10:55 AM | Show all posts |Read mode
asamualikum

   saya saya ingin bertanya kepada sesiapa yang tahu mengenai senarai nama2
   buroh paksa di tailand .






trima kasih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2006 11:51 AM | Show all posts
Originally posted by alico at 13-10-2006 10:55 AM
asamualikum

   saya saya ingin bertanya kepada sesiapa yang tahu mengenai senarai nama2
   buroh paksa di tailand .






trima kasih


sorry.. tak dapat nak tolong.. tapi kenapa u nak senarai nama-nama tu..??
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 01:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 01:14 PM | Show all posts
Tiada Yang Indah Jika Dijajah


Laporan Khas Oleh Tuan Azam Tuan Johan

KUALA TERENGGANU, 15 Sept (Bernama) -- Peperangan tidak pernah menjanjikan sesuatu kenangan yang indah dan menarik terutama kepada rakyat sesebuah negara yang tewas dan dijajah oleh kuasa asing.

Begitulah nasib rakyat negara ini setelah Tanah Melayu (kini Malaysia) ditakluk dan jatuh ke tangan tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua dari 1942 hingga 1946 apabila kehidupan mereka sentiasa dihimpit ketakutan serta kesusahan.

Ketika peperangan itu jugalah, puluhan ribu rakyat negara ini turut menghadapi pelbagai tekanan emosi, kekejaman dan kesengsaraan yang sukar untuk digambarkan.

Semasa penjajahan negara matahari terbit itu di Tanah Melayu sekitar tahun berkenaan, ramai rakyat negara ini terutama orang Melayu berada dalam kebuluran kerana tidak mempunyai makanan dan jika adapun hanya ubi kayu, ubi keladi, keledek serta kelapa.

Salah seorang daripada mereka yang hidup pada zaman pemerintahan tentera Jepun itu ialah Che Wan Ngah Che Wan Mamat, 90, yang menceritakan betapa susah dan menakutkan apabila bom sering digugurkan semasa perang meletus.

BURUH PAKSA

Pada Jun 1942, beliau yang ketika itu berumur 28 tahun bersama 300 rakyat tempatan yang lain dikumpulkan tentera Jepun untuk menjadi buruh paksa membina landasan keretapi sejauh 415 kilometer dari Nong Pladuk, Kanchanaburi, Thailand ke Thanbyuzayat di Burma.

Pembinaan landasan itu adalah atas arahan tentera Jepun selepas mereka mengetahui ia telah dirancang oleh tentera British pada 1910 tetapi dibatalkan pada 1912 kerana pelbagai masalah seperti kawasan berkenaan yang terletak di kawasan tanah tinggi, risiko penyakit malaria selain terpaksa membina lebih 300 buah jambatan merentasi sungai yang terdapat di kawasan tersebut.

"Pelan itu dikaji semula oleh tentera Jepun di Tokyo dan mereka mengambil keputusan untuk meneruskan pembinaan landasan itu bagi mengelak laluan laut untuk ke Burma dan India melalui Selat Melaka yang dikuasai tentera British (pada ketika itu)," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Matang, Hulu Terengganu.

Che Wan Ngah yang tinggal bersama isterinya Saudah Mat Amin, 60, berkata landasan keretapi itu perlu dibuat bagi mencapai cita-cita kerajaan Jepun untuk menawan India melalui jalan darat.

Katanya kerja pembinaan landasan itu diawasi oleh tentera Jepun Rejimen ke-5 di Burma dan Rejimen ke-9 di Thailand untuk disiapkan dalam tempoh 16 bulan mulai 16 Sept 1942 di mana dalam tempoh itu seramai 16,000 tawanan perang menemui ajal manakala lebih 100,000 buruh dari Asia meninggal dunia ataupun hilang.

JADI TUKANG MASAK

Che Wan Ngah berkata beliau dihantar tentera Jepun ke Burma menyertai buruh paksa dan ditugaskan sebagai tukang masak bersama 11 orang yang lain yang terdiri daripada enam Melayu dan enam India.

Katanya dari Kuala Terengganu, beliau bersama kumpulannya itu menaiki bot kira-kira 4 petang menuju ke Besut sebelum sampai di Rantau Panjang, Kelantan dan dari situ menaiki keretapi ke Thailand dan seterusnya ke Burma.

Katanya setiap hari beliau ditugaskan memasak 12 kawah bubur nasi untuk dihidangkan kepada buruh-buruh paksa berkenaan yang bekerja bagi menyiapkan landasan keretapi itu.

Che Wan Ngah berkata beliau bertugas di Burma sebagai tukang masak selama tiga tahun lapan bulan dan diberikan sejumlah kecil gaji setiap bulan.

Katanya, banyak kisah suka-duka yang ditempuhinya, namun bersyukur kerana tidak diapa-apakan oleh tentera Jepun yang terkenal dengan bengis serta mempunyai disiplin yang tinggi.

HARAPKAN PAMPASAN

Che Wan Ngah berkata setelah pembinaan landasan itu selesai, beliau dihantar pulang sehingga ke Rantau Panjang sahaja dan terpaksa berjalan kaki selama 12 hari 12 malam untuk sampai ke kampung halamannya di Kampung Matang.

Beliau yang kini sudah uzur dan mempunyai tiga anak lelaki serta dua perempuan mengharapkan agar pampasan dari kerajaan Jepun untuk mereka yang pernah menjadi buruh paksa dapat ditunaikan.

"Kalau boleh saya ingin menikmati pampasan itu kerana saya sekarang sudah tidak larat lagi bekerja. Saya mahu juga merasa pampasan seperti yang dijanjikan itu," katanya yang kini terpaksa bergantung hidup kepada pendapatan isterinya sebagai bidan kampung secara sambilan.

Seorang lagi buruh paksa, Abdullah Said, 80, yang tinggal bersama isterinya, Saadiah Ibrahim, 67, di Kampung Kepah, Hulu Terengganu turut mendedahkan betapa susah dan menderitanya semasa hidup di bawah pemerintahan tentera Jepun.

Katanya setelah Tanah Melayu jatuh kepada Jepun sekitar tahun 1942, beliau yang ketika itu berumur 18 tahun, dikumpulkan bersama 363 orang yang lain untuk dijadikan buruh paksa membina landasan keretapi di Burma.

TAWANAN PERANG DIJADIKAN PEKERJA

Katanya dari Terengganu beliau dibawa ke Palekbang, Kelantan melalui bot sebelum dibawa dengan keretapi ke Thailand dan seterusnya ke Burma.

Abdullah berkata bagi membina landasan keretapi sepanjang 415 kilometer dari Nong Pladuk, Kanchanaburi, Thailand ke Thanbyuzayat di Burma, seramai 61,000 tawanan perang di Singapura yang terdiri daripada tentera British, Australia, Amerika Syarikat, New Zealand dan Belanda serta dianggarkan 200,000 buruh dari negara Asia termasuk dari India dan China dijadikan pekerja.

Semasa sampai di sana, beliau melakukan pelbagai kerja seperti mengangkat batu untuk membina landasan itu di tengah-tengah panas terik dan hujan dengan dikawal ketat oleh tentera Jepun.

"Ada juga pekerja yang 'curi tulang'. Tetapi, apabila diketahui oleh tentera Jepun, mereka akan didera," katanya.

Katanya setelah tiga tahun dikerah membina landasan itu dan setelah selesai, beliau dihantar pulang hingga ke Perak.

HARAPAN

Bagaimanapun, katanya timbul masalah untuk ke Terengganu melalui jalan darat kerana pada waktu itu negara masih lagi dalam darurat di mana komunis banyak "berkampung" di dalam hutan di Perak

Beliau turut melahirkan harapan agar kerajaan Jepun dapat memberikan pampasan kepada mereka yang pernah menjadi buruh paksa itu.

"Saya ada dengar pada 1996, kerajaan Jepun telah membuat pembayaran kepada kerajaan Malaysia berjumlah RM250 juta di atas kerosakan negara ini akibat serangan Jepun dan wang itu dikatakan dibelanjakan kerajaan untuk membeli peralatan ketenteraan.

"Kenapa tidak fikirkan kami rakyat Malaysia yang pernah menjadi mangsa buruh paksa kerajaan Jepun. Alangkah baiknya sebahagian daripada wang RM250 juta itu disalurkan kepada persatuan untuk diagihkan kepada kami yang sangat memerlukannya," rayu beliau.

-- BERNAMA


p/s: Cuba tanya dengan Pejabat Pendafataran utk u cari persatuan yg berkaitan, pastinyer persatuan nie ade senarai ahli mereka...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 01:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2006 09:54 AM | Show all posts
Nak senarai...panjang wehhhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.049017 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list