CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 65829|Reply: 196

Adolf Hitler (merged jofizo & kertasputih)

[Copy link]
Post time 18-10-2006 01:26 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by halimi78 at 11-5-2011 00:34



Adolf Hitler telah dilahirkan disebuah rumah tumpangan "Braunau am" di Austria dan merupakan dari berketurunan Jerman. Ayah Adolf Hitler merupakan seorang pegawai kastam sementara ibunya pula sangat memanjakannya. Hitler tidak begitu cermelang dari segi pelajaran dan tidak begitu menggemari bandar Vienna tempat dia dilahirkan. Hitler sebaliknya lebih mengemari bandar Munich, tempat dia tinggal semenjak 1912. Hitler mempunyai sikap suka termenung, tidak ramah dan mudah mengikut perasaan. Sifatnya ini mungkin terbentuk akibat kekecewaan ketika Hitler menjadi seorang artis di Vienna.

Apabila peperangan Dunia Pertama  meletus, Hitler turut serta sebagai penghantar perutusan dalam pasukan Infantari Regimen Bavaria ke 16. Hitler turut terbabit dalam 48 pertempuran dan pernah tercedera dan juga terkena gas beracun. Ketika perletakan senjata 'Armistice' ditandatangani pada 11 November 1918, Hitler sedang dirawat di hospital. Ketika itu Hitler memangku jawatan sebagai lance-koperal.

Hitler pernah menjadi seorang pegawai penyiasat tentera di Munich dan terlibat dengan penyiasatan tentang aktiviti Parti Pekerja German.Disitu Hitler mula berkecimpung dalam politik secara tidak langsung. Hitler kemudiannya berkecimpung secara langsung dalam politik dan menjadi pengerusi kepada Parti Pekerja German pada bulan Julai 1921. Hitler kemudiannya menukar nama Parti Pekerja German kepada Nationalist Socialist German Workers Party (NSDAP) ataupun parti Nazi. Perlahan-lahan parti Nazi terbentuk dengan logo swastika, membenruk pasukan penguatkuasa yang dikenali sebagai 'storm troopers' dan anti Yahudi. Hitler mengecam secara mutlak Perjanjian Perdamaian Versailles dan mereka yang terlibat dengannya. Pada bulan November 1923, Hitler melancarkan 'putsch' percubaan rampasan kuasa di Munich tetapi gagal. Akibat dari itu, Hitler telah dipenjarakan di penjara Landesburg dan apabila dia keluar, Hitler menjadi lebih arif dalam selok belok politik. Hitler masih mengamalkan taktik kekerasan tetapi pada masa yang sama Hitler menjalin hubungan erat dengan pihak konservatif yang ingin menggunakannya sebagai alat menentang ancaman komunis.

[ Last edited by  amazed at 21-1-2009 03:45 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2006 01:27 PM | Show all posts
Hitler kemudiannya menggunakan kebolehan berpidatonya untuk menjadi ketua parti, dan menukar nama parti kepada parti Nazi 'National Socialist German Labour Party'. Hitler membentuk dasar anti yahudi, anti demokrasi dan kepercayaan kepada kuasa mutlak. Hitler menjalankan dasar memberi sedikit keistimewaan kepada mereka yang menyokong, mengancam mereka yang menentang dan propaganda bersifat patriotik kepada orang awam.

Hanya pada tahun 1929 parti Nazi memenangi majoriti dalam pengundian bandar Coburg, dan kemudiannya memenangi pengundian daerah Thuringia. Bagaimanapun semenjak 1928, Nazi memenangi daerah demi daerah secara berterusan. Dalam pengundian parlimen Reichstag 1928, parti Nazi memenangi 809,000 undian. Pada tahun 1930, parti Nazi memenangi 6,401,016 undi untuk perwakilan Nazi, sementara tahun 1932 sebanyak 13,732,779. Walaupun tidak mendapat majoriti, ini merupakan bukti keberkesanan pengaruh Hitler. Selain itu, sokongan kepada Hitler disebabkan banyak perkara lain termasuk kemelesetan ekonomi yang tenat akibat pembayaran pampasan perang, penghinaan oleh Perjanjian Perdamaian Versailles, dan keinginan oleh rakyat Jerman untuk mempunyai seorang pemimpin yang dapat membawa mereka mencapai kembali kegemilangan yang lampau.

Ekonomi Jerman yang musnah akibat inflasi 1929 - 1934 dan kadar pengangguran sehingga 7,000,000 menyebabkan seluruh industri berhadapan dengan kegagalan dan menjadi muflis. Sepanjang 1930 dan sehingga 30 Januari 1933, undian parti Nazi meningkat secara berterusan dan Presiden Paul von Hindenburg akhirnya melantik Hitler sebagai Perdana Menteri 'Chancellor'.  Hitler menggunakan kedudukannya sebagai Chancellor untuk menghapuskan penentang-penentangnya. Pada malam yang dikenali sebagai Malam Pisau Panjang "The Night of the Long Knives"  Hitler membunuh semua penentangnya dalam parti Nazi. Hitler juga menyalahkan Komunis dan Yahudi atas kelembapan ekonomi dan berjaya meraih sokongan angkatan tentera dengan melaksanakan polisi melengkapkan peralatan senjata Jerman.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2006 01:28 PM | Show all posts
Dia menyelesaikan pengangguran dengan melancarkan projek pembangunan umum dan perlengkapan senjata yang pesat, termasuk pembentukan tentera tetap baru yang besar. Dia menubuhkan Jabatan Buruh Negara Jerman 'German Labour Corps' dan memaksa musuh politik, Yahudi, Komunis, dan Sosialis untuk bekerja keras di kemah tahanan sehingga mati. Hitler berjaya mengobarkan semangat rakyat Jerman yang selama ini muram akibat kalah perang. Hitler kini mendapat sokong penuh semangat oleh kebanyakan rakyat Jerman. Di bawah pemerintahan diktaktor Hitler dan parti Nazi, rakyat Jerman bersatu. Hitler membakar semangat rakyat Jerman dengan pencapaian hebatnya. Parti Nazi terus menerima sokongan umum walaupun Komunis menolak dakwaan parti Nazi bahawa ia merupakan parti yang mementingkan orang ramai 'sosialis'. Parti Nazi telah membina lebuhraya sepanjang 1,500 batu, menjanjikan rancangan kereta murah untuk rakyat, kemudahan untuk pekerja, termasuk rancangan pembangunan bandar Jerman yang hebat. Setelah mengalami masalah pengangguran dan kesempitan ekonomi, pencapaian dan janji Hitler menyebabkan rakyat biasa Jerman menjadi bangga dan menguatkan lagi sokongan kepada Hitler.


Polisi negara asing Hitler memukau rakyat Jerman dan negara asing. Dengan mempamirkan kekuatan ketenteraan Jerman, Hitler merampas daerah Saar, Rhineland, Austria and Sudetenland and Memel. Hitler berazam untuk mendirikan Reich Ketiga 'Persekutuan Ketiga' seperti yang pernah didirikan oleh Reich Pertama Empire Roman Suci 962 - 1806, Reich Kedua 1817 - 1918. Dengan itu, dalam satu perjumpaan 29 September 1938 di Fuhrerhaus, Munich, Jerman, dengan Perdana Menteri Neville Chamberlain dari Great Britain; Premier Edouard Daladier dari France; and Diktator Benito Mussolini dari Italy, Hitler memansuhkan Perjanjian Versailles.

Hitler kemudiannya menakluk Austria dan pada musim panas dan awal musim luruh Hitler bertindak mengancam Czechoslovakia, memaksa Czechoslovakia untuk menyerah tanpa pertumpahan darah dan menjadikan bekas presiden Czechoslovakia, Eduoard Bones sebagai orangan buangan daripada negara yang pernah dibentuk olehnya sendiri. Czechoslovakia menjadi negara yang tunduk kepada Jerman. Hitler berjaya berbuat sesuka hatinya di Eropah Barat disebabkan oleh keakuran British dan kemudiannya Perancis untuk memenuhi keinginannya dengan harapan Hitler akan berhenti setelah mencapai segala maksudnya. Ini disebabkan pihak British dan Perancis sudah serik dengan peperangan Dunia Pertama dan ingin mengelakkan peperangan sekali lagi. Pada akhir 1938, ternyata polisi keamanan dengan maruah "peace with honor" yang diamalkan oleh Perdana Menteri Neville Chamberlain dari Great Britain gagal. Ramai rakyat British, diketuai oleh Churchill mempersoal dan memberi amaran akibat buruk tentang polisi memuaskan hati Hitler. Dikalangan rakyat Perancis juga timbul perasaan bahawa Premier Edouard Daladier telah menjadikan Perancis sebagai kuasa kelas kedua dengan hanya menandatangani perjanjian Munich
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2006 01:29 PM | Show all posts
Adolf Hitler mengancam seluruh Eropah dengan kekuatan ketenteraan Jerman dan pada akhir tahun 1938, Hitler telah menguasai tambahan 10,500,000 orang (7,000,000 Austrian, 3,500,000 Sudeten) di bawah pemerintahannya, menjadikannya sebagai pemerintah mutlak yang paling merbahaya diseluruh dunia pada masa itu. Pengaruh Hitler melampaui sempadan Jerman dan negara-negara jiran yang kecil seperti Denmark, Norway, Czechoslovakia, Lithuania, Negara-negara Balkan, Luxembourg, Belanda 'Netherland' bimbang untuk membantah perbuatannya. Parti Nazi terlibat terang-terangan di Sepanyol, memulatak pemberontakan di Brazil, dan membantu kebangkitan di Romania, Hungary, Poland dan Lithuania. Aktiviti Hitler mendapat tentangan hebat oleh pencinta kebebasan dan parti Nazi mendapati ianya merbahaya kepada keselamatan mereka. Menteri propoganda Hitler, Paul Joseph Goebbels  melancarkan peperangan terhadap kebebasan bersuara dengan menuduh mereka sebagai komunis dan melancarkan propaganda hancurkan komunis "Down with Communism!". Pendidikan di Jerman hanyalah pelajaran wajib tentang parti Nazi. Kesemua tekanan ini menjadikan semakin ramai yang tidak tahan dengan tindak-tanduk Nazi bertindak meninggalkan Jerman. Mereka termasuk puak Yahudi, liberal, konservatif, Khatolik, dan Protestan. Jerman menjadi negara ketenteraan di mana kanak-kanak belajar melontar bom tangan, wanita dianggap hanya sebagai alat untuk beranak.


Pada permulaan kebangkitan Hitler menjadi Chancellor, dia mendapat sokongan dari kapitalis Jerman dan ahli perniagaan menyokong parti Nazi sebagai satu cara menyelamatkan perniagaan mereka yang tenat. Tetapi apabila mereka berjaya mereka mendapati kepercayaan Nazi bahawa individual kepunyaan negara mula dikenakan kepada perniagaan. Sesetengah perniagaan dirampas sementara yang lain dikenakan cukai modal dan keuntungan dikawal dengan tegas. Untuk memberi gambaran jelas tentang kawalan kerajaan keatas perindustrian Jerman pada tahun 1938, dianggarkan 80% daripada semua bangunan dan 50% dari permintaan industri di Jerman datangnya daripada kerajaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2006 01:29 PM | Show all posts
Apabila Jerman menguasai Austria, ia terpaksa menampung pertambahan penduduk seramai 7,000,000 orang dan apabila Jerman menguasai Sudeten yang berada di sempadan Jermany dan Czechoslovakia, terdapat tambahan 3,500,000 orang perlu dijaga. Jerman tertekan untuk membekalkan makanan dan duit, oleh itu regim Nazi merampas tanah ladang dan melaksanakan pertanian kongsi menyerupai yang dilaksanakan oleh parti komunis Russia. Pada akhir 1938 terdapat banyak tanda bahawa ekonomi Nazi berasaskan sistem barter, kawalan pertukaran asing, taraf hidup yang lebih rendah, dan berdikari sepenuhnya telah menemui gagal. Hitler cuba mengalih perhatian rakyat Jerman daripada masalah tersebut dengan menyuruh menteri propagandanya Paul Joseph Goebbels untuk menyerang musuh yang sebenar atau khayalan. Sungguhpun begitu, dalam tempoh lima tahun, Hitler berjaya meningkatkan Jerman sebagai salah satu kuasa besar ketenteraan dunia. Ini termasuk membina senjata moden seperti angkatan kereta kebal, angkatan kapal selam, konsep serangan kilat (blitzkrieg), dan pakatan ketenteraan dengan Jepun dan Turki.


Pada September 1939, Hitler menyerang Poland dengan serangan taktik blitzkrieg (serangan darat, udara yang melampau dan mengejut) mencapai kejayaan yang memeranjatkan musuh dan generalnya sendiri. Serangan terhadap Poland bagaimanapun menyebabkan musuh-musuhnya kini bertindak balas dan pihak British dan Perancis mengumumkan perang terhadap Jerman. Kejayaan awal Hitler menjadikannya terlalu yakin dan mengambil alih pemerintahan tentera Jerman pada Disember 1941. Hitler mengganggu cara para jeneralnya merancang peperangan dan terlalu mempercayai kepada keberkesanaan senjata sulit, dan kepada ramalan kaji bintang. Setelah lama berperang dan setelah mengalami kekalahan di setiap medan pertempuran, Hitler menyedari bahawa kekalahan sudah tidak dapat dielakkan. Hitler kemudiannya mengahwini wanita simpanannya Eve, dan kemudiannya membunuh diri bersama-sama pada 30 April 1945. Mayatnya dibakar untuk mengelak daripada jatuh ketangan musuh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2006 01:59 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2006 02:00 PM | Show all posts


April 30th in 1945 - Adolf Hitler and his wife Eva Braun committed suicide in a bunker in Berlin Hitler shot himself in the mouth with a revolver, and Eva took poison to end her life.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2006 02:01 PM | Show all posts
Timeline
May 5th 1895  - Enrolment: ?olksschule? in Fischlham (primitive conditions)  
  
June 25th 1895  - Alois Hitler retired  
  
July 7th 1897  -?olksschule? in Lambach (school was about 1.5 hours away)  
  
February 29th 1990  - Adolf? brother Edmund died  
  
September 1900-1904  - Adolf was a student at the Linz ?ealschule?  
  
January 3rd 1903 - Alois Hitler died due to a haemorrhage (at the age of 65 years)  
  
1904-1905  - Adolf was a student at Steyr ?ealschule?
=>he then dropped out of school  
  
1905-1907  - Adolf lived in Linz without having a job
- his mother supported him financially  
  
September 1907  - Adolf went to Vienna
  
October 1907  - took entrance exam for Vienna Academy of Fine Arts
=> he was rejected  
  
October 1908  - he tried it again
=> he was rejected again
- he called himself an author and artist  
  
December 12th 1907 - Adolf? mother died of breast cancer (at the age of 47 years)
  
1908-1913  - he lived in Vienna in flophouses, hotels and shelter for the homeless
- Adolf took a dislike to Marxism and Liberalism  
  
1913  - Adolf went to Munich and with the beginning of World War I volunteered for service in the Bavarian army
=> he only became a 'Gefreiter'  
  
December 1914  - Adolf was awarded the Iron Cross, Second Class  
  
August 4th 1918  - awarded the Iron Cross, First Class
  
October 13th 1918  - he was injured by an English gas attack
=> lost his eyesight temporarily
=> spent several months in hospital  
  
1918  - Adolf joined the USDAP (Nazis)  
  
September 16th 1919 - Adolf entered the German Workers? Party  
  
February 1920  - the German Workers? Party renamed themselves to the 'National Socialist German Workers Party? (NSDAP)  
  
July 29th 1921  - Hitler was elected as the chairman as the NSDAP
=> the reason for his fast rise was his powerful speaking ability  
  
1921  - Adolf organized an army for the Nazi Party called the Storm Troopers
- Hitler discovered a powerful talent for oratory as well as giving the new Party its symbol ? the swastika ? and its greeting ?eil?  
  
November 9th 1923  - Adolf led more than 2,000 Strom Troopers on a march to seize the Bavarian government
  
April 1st 1924  - Adolf was arrested and sentenced to prison for 5 years for treason, but he just served 9 months in imprisonment

=> While he was in prison, Adolf wrote ?ein Kampf?, in which he drew up his political and ideological program
  
February 26th 1925  - Adolf rebuilt the party again and took over the leadership
- he set up the ?chutzstaffel?(SS)
  
1929 - Nazis became an important minor political party
  
September 14th 1930  - the NSDAP won 18,2 % of the votes in the imperial diet election
  
1930 - Worldwide depression hit Germany
=> Hitler protested against paying the debt (caused by WW1) and said that the Jews and Communists were the cause for Germany? defeat in World War One
- He promised to rid Germany of Jews and communist and to reunite the German speaking part of Europe  
  
October 11th 1931  - NSDAP, DNVP and other right-winged groups united and founded the ?arzburger Front?  
  
February 25th 1932  - Adolf was granted German citizenship
  
March 1932  - elections: Adolf ran for president of Germany
=> lost to Paul von Hindenburg  
  
July 31st 1932 - the NSDAP was with 37,4 % the strongest parliamentary party in Germany (election to the imperial diet)  
  
January 30th 1933  - President Paul von Hindenburg appointed Adolf to Chancellor
=> Hitler was supported by the former Chancellor Franz von Papen  
  
February 27th 1933  - Hitler? first step to put up a dictatorship
=> Hitler repealed the fundamental rights of the Weimar constitution  
  
February 28th 1933  - communists, intellectual leftists, social democrats and anarchists were arrested  
  
May 24th 1933  - the SA started to build up the first concentration camps
  
August 2nd 1934  - von Hindenburg died
=> Adolf Hitler became the supreme leader of Germany by assuming both the power of president and chancellor
- he gave himself the title ??rer?  
  
January 1935  - Hitler? first success as the position of power in Europe
=> the return of the Saarland to the German empire  
  
May 1935 - Hitler reintroduced the general conscription
  
September 7th 1937 - declared the end of the Treaty of Versailles
  
February 14th 1938 - Hitler took over the supreme command of the armed forces to extend his power  
  
March 12th 1938 - the affiliation of Austria succeeded
  
May 22th 1939  - Hitler formed a military alliance (?tahlpakt?) with Mussolini
=> one day later a ?ichtangriffspakt? with Stalin  
  
September 1st 1939 - attack on Poland
=> start of the Second World War  
  
1939 - extermination camps (Germany, Poland and Russia)
  
April 9th 1940  - blitzkrieg against Denmark and Norway
  
May 10th 1940  - blitzkrieg against the Netherlands, Belgium and France  
  
June 22nd 1941 - attack on the Soviet Union
=> Jews, Sinti and other racial and politically undesirable people were destroyed  
  
December 11th 1941 - Germany declared war on the USA
=> reason: ?reim?htepakt? with Japan (Pearl Harbour)  
  
December 19th 1941 - Hitler took over the supreme command of the army
  
1942/1943 - the defeat of Germany was foreseen
  
March 19th 1945 - Hitler ordered the destruction of all essential production plants

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2006 02:05 PM | Show all posts


Yg nie bole ker ??????? huhuhuhu.........

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2006 04:29 PM | Show all posts
Originally posted by razifah at 18-10-2006 02:05 PM


Yg nie bole ker ??????? huhuhuhu.........

Hahaha! Boleh sangat ni!
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 09:51 AM | Show all posts
HEIL HITLER.........
Reply

Use magic Report

jebat_derhaka This user has been deleted
Post time 19-10-2006 10:09 AM | Show all posts
wahhhhh.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 10:09 AM | Show all posts
Satu bukti dimana kekerasan dan keganasan takkan berjaya dalam menaikkan martabat sesebuah bangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 11:17 AM | Show all posts
Originally posted by rurouni_khairul at 19-10-2006 10:09 AM
Satu bukti dimana kekerasan dan keganasan takkan berjaya dalam menaikkan martabat sesebuah bangsa.



tak kukuh sangat justifikasi ini ...

bayangkan kalo takder hitler ... ape akan jadik pade Germany? ... inflasi ... pengangguran ... hilang tanah jajahan ... starvation ... what's left?

bayangkan kalo dia tidak menggunakan pendekatan keganasan dizaman germany huru hara tuhh ... dapat tak dia rise to pwer?

kegagalan hitler pada pandangan aku bukanlah disebabkan beliau menggunakan kekerasan ... tetapi sikap terburu buru beliau dan overconfident ... terutamanya dalam "operation barbarossa"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2006 01:02 AM | Show all posts
rasanyer bagus ker tindakan hitler bunuh sume org2 yahudi?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2006 01:13 AM | Show all posts
Gambar Hitler dalam koleksi peribadi aku.....potret Hitler ini adalah poskad propaganda bergambar dan dari Czechslovakia circa 1938/1939.......ORIGINAL PUNYER!!

*depan*


*belakang*


[ Last edited by  aizusan at 20-10-2006 01:27 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2006 01:18 AM | Show all posts
poskad propaganda semasa kebangkitan NSDAP (parti politik Hitler) di Nurnberg tahun 1934....ORIGINAL PUNYER!!!....dari Nurnberg jugalah Hitler bangkit dan dari Nurnberg jugalah orang atasan Nazi dibicarakan atas kesalahan jenayah perang (Nurnberg Trial)....

*depan*


*belakang*


[ Last edited by  aizusan at 20-10-2006 01:28 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2006 01:22 AM | Show all posts
Tentera Nazi di Eastern Front semasa 1943.....Generalgovernment Tentera Nazi adalah berpusat di Krakau, Ukraine.....ORIGINAL PUNYER!!!

*depan*


*belakang*


[ Last edited by  aizusan at 20-10-2006 01:26 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2006 09:48 AM | Show all posts
Originally posted by topeng perak at 19-10-2006 11:17 AM



tak kukuh sangat justifikasi ini ...

bayangkan kalo takder hitler ... ape akan jadik pade Germany? ... inflasi ... pen ...


Aku rasa kukuh...ape yang Hitler capai hanya untuk kaum dia saja...tapi apa yang terjadi dalam perang dunia 2 maksud aku dari segi kerugian harta benda, nyawa manusia, infrastruktur, sosio-ekonomi etc etc lebih banyak dari ape yang Jerman capai pada masa tuh dan hari ini. Aku tak tau maths ko camner tapi pada aku hasil dari perang always loss > Gain = Rugi...walau camne ko cuba justifikasikan sesebuah peperangan tuh, it will cause more damage than good in the long run. Ape yang dapat dicapai dengan bersikap perkauman secara melampau cam Nazi tuh? Akhirnya kerana fahaman mereka telah membentuk Nazi moden iaitu Zionisme yang mana kesan dia lebih teruk dari dulu....Kesan dari tekanan yang Hitler berikan pada orang Yahudi menyebabkan sekarang mereka pula jadi penindas....the circle continue, when will it end?

Pada aku...peace is always the answer...don't fight fire with fire...tapi guna la air

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2006 12:17 PM | Show all posts
Zaman skarang, kita hidup dah macam kena pengaruh ikut style Presiden Bush Amerika " You Are With Us, Or You Are Against Us "
- kira cam cakap " Kalo ko tak mau sama aku, maknanya ko tentang aku ".
Pemikiran gini buat kita semua terperangkap.


Pada aku Hitler ada kebaikan dia jugak...
- Germany waktu tu ialah sesuatu bangsa dan negara yang sangat dihina, ditipu, kerugian dan kesusahan amat sangat pasal perjanjian tamat WW1, tersangat la berat sebelah kepada pihak2 lain ".
Jadi Hitler tu nak selamatkan negara dia.

- Pada aku jugak, Hitler ni tak suka Komunis. Sapa suka Komunis?? Komunis ni tak bleh nak agama pun. Hidup cam siot.
Hitler tentang Komunis, secara tak langsung mungkin kurangkan pengaruh komunis.


Jadi kalo fikir balik, dalam dunia ni takde 100% baik 100% tak baik. ni pada aku je la.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.069147 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list