CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jofizo

Adolf Hitler (merged jofizo & kertasputih)

[Copy link]
Post time 7-6-2007 09:59 AM | Show all posts
Patutlah Yahudi ni anti gile ngan orang Islam sebab ada batalion Islam dalam angkatan tentera Nazi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2007 12:35 PM | Show all posts
Originally posted by Dimarmalam at 7-6-2007 09:59 AM
Patutlah Yahudi ni anti gile ngan orang Islam sebab ada batalion Islam dalam angkatan tentera Nazi..



Sejak dari Zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi Orang Yahudi Benci kepada Orang Islam

[ Last edited by  HangPC2 at 7-6-2007 10:12 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2007 02:44 PM | Show all posts
keter volkwagens tu...idea adolf hitler kan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2007 10:12 PM | Show all posts
Originally posted by pisang69 at 7-6-2007 02:44 PM
keter volkwagens tu...idea adolf hitler kan?


Kereta Nasional Jerman Masa tuh
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 12:46 PM | Show all posts
Nazi sorok harta karun
Oleh Nasron Sira Rahim
nasron@bharian.com.my

Ramai percaya 'aset' hasil rompakan pada Perang Dunia Kedua disembunyi di dalam tasik. lombong

PADA Perang Dunia Kedua, tentera Nazi Jerman menyerang banyak negara di seluruh Eropah. Negara musuh yang berjaya ditawan akan dirampas segala harta termasuk emas rizab yang disimpan di bank negara itu untuk dibawa balik ke Jerman.

Semua emas itu kemudian dilebur dan dibentuk semula menjadi jongkong emas yang dicop dengan nama bank Jerman, The Reichsbank.



Emas rampasan itu digunakan untuk membiayai kempen perang Nazi tetapi menjelang berakhirnya peperangan, masih terdapat banyak jongkong emas yang berbaki dan belum digunakan.

Menyedari yang mereka akan kalah, pada Februari 1945, pihak Nazi menyembunyikan lebihan emas itu di satu lokasi rahsia di bawah tanah lombong kalium di pedalaman Merkers yang terletak kira-kira 320 kilometer di selatan Berlin.

Bagaimanapun wilayah Merkers kemudian ditawan tentera Amerika Syarikat (AS) dan mereka menemui . Pekerja lombong berkenaan memberitahu tentera AS mengenai harta karun yang disembunyikan di bawah lombong berkenaan.

Tentera AS kemudian menyelongkar lombong terbabit dan menjumpai banyak harta karun yang tersembunyi antaranya 8,198 jongkong emas, syiling emas, ketulan perak dan wang kertas yang dianggarkan bernilai lebih US$520 juta ketika itu.

Jumlah itu bukanlah semua harta yang dimiliki Nazi kerana terdapat sesetengah emas dan harta lain yang disembunyikan di tempat lain di luar Berlin.

Pada 1945, tentera bersekutu semakin menghampiri ibu negara Jerman untuk menyerang mereka menyebabkan pihak Nazi memutuskan untuk membawa keluar pelbagai harta lain dari Reichsbank ke Oberbayern yang terletak di selatan Bavaria.

Sekitar 730 ketulan emas seberat sembilan tan dibawa ke Oberbayern selain beberapa bag yang diisi wang asing dan syiling. Semua harta itu disembunyikan sekitar Tasik Walchensee.

Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, tentera AS berjaya menemui kira-kira US$11 juta harta yang disembunyikan itu manakala kira-kira US$3 juta lagi antaranya dalam bentuk jongkong emas, tidak pernah dijumpai dan mungkin masih disembunyikan di sesuatu tempat sehingga ke hari ini.

Ramai pihak berusaha mencari harta karun yang disembunyikan secara misteri ini dengan harapan untuk menjadi jutawan.

Ketika itulah mereka mula mengkaji pelbagai kisah dan maklumat berhubung pergerakan harta karun berkenaan. Dalam usaha itu, mereka menemui satu petunjuk:

Pada satu pagi 1945, jauh di pedalaman Pergunungan Alps, Austria, Ida Weisenbacher menjawab ketukan bertalu-talu di pintu rumahnya.

Gadis petani berusia 21 tahun itu kemudian mendapati sekumpulan tentera Nazi berdiri di sebalik pintu rumahnya.

"Keluar cepat! Siapkan gerabak kereta kuda, kami perlukan kamu!" jelas tentera Nazi terbabit.

Dengan ketakutan, gadis itu menarik gerabak kereta kuda milik keluarganya mengikut askar terbabit sehingga ke kenderaan tentera Nazi. Sekumpulan askar kemudian memuatkan banyak kotak yang berat di atas gerabak dan setiap kotak ditanda dengan surat dan nombor tertentu yang mencetuskan tanda tanya berhubung isi di dalamnya.

Apabila gerabak itu sudah penuh, pegawai Nazi itu mengarahkan gadis terbabit membawa muatan itu ke Tasik Toplitz. Gadis itu berulang alik sebanyak tiga kali ke tasik berkenaan dan pada perjalanan terakhir, dia melihat sekumpulan askar mencampakkan kotak itu ke dalam tasik berkenaan.

Adakah kotak yang dibawa Ida Weisenbacher itu dipenuhi ketulan emas milik Nazi yang masih hilang sehingga kini? Ramai pengkaji berfikiran sedemikian.

Pada 1959, majalah Jerman 'Stern' menghantar penyelam ke tasik berkenaan bagi menyiasat kesahihan maklumat berkenaan. Akan tetapi selepas beberapa lama menyelam, apa yang mereka temui bukanlah jongkong emas sebaliknya tong berisi mata wang pound palsu, dokumen rahsia dan mesin cetak.

Apa yang penyelam terbabit jumpa secara tidak langsung mendedahkan satu daripada operasi dijalankan Nazi iaitu 'Operasi Bernhard' iaitu satu serangan terhadap ekonomi negara musuh di mana mata wang palsu dalam kuantiti banyak dihasilkan Nazi dan diedarkan ke negara musuh sehingga mampu menjatuhkan sistem ekonomi negara musuh mereka.

Penemuan perkakasan Operasi Bernhard itu bagaimanapun tidak melunturkan kepercayaan ramai pihak bahawa terdapat harta karun berupa jongkong emas disembunyikan Nazi di dasar tasik itu.

Seterusnya pada 1963, seorang penyelam bertindak meneroka kawasan tasik itu bagi mencari harta karun berkenaan tetapi dia menemui maut dalam usahanya itu.

Kerajaan Austria kemudian melarang sebarang aktiviti penyelaman di tasik dengan tujuan mencari harta karun. Dalam masa sama, kerajaan terbabit juga menjadikan usaha mencari harta karun itu sebagai aktiviti pihak berkuasa.

Bagaimanapun, mereka cuma menemui 18 lagi tong berisi mata wang palsu, plat cetak selain roket, senjata api dan barang ketenteraan di dasar tasik itu.

Beberapa pencarian lagi dijalankan di Tasik Toplitz termasuk menggunakan kapal selam robot oleh stesen televisyen CBS dengan kerjasama Kongres Yahudi Sedunia pada 2000 tetapi tiada jongkong emas ditemui melainkan tong berisi mata wang palsu.

Sehingga kini, ramai masih percaya pencarian di dasar Tasik Toplitz adalah tidak menyeluruh dan tasik itu seperti juga kebanyakan tasik lain sekitar Austria dan Jerman, masih tersembunyi harta karun berupa jongkong emas Nazi bernilai jutaan dolar yang hilang semasa kekalahan tentera itu.

Kepercayaan itu semakin kuat apabila seorang penyelam amatur menemui emas padu berbentuk mangkuk besar di dasar Tasik Chiemsee di Bavaria. Emas seberat kira-kira 12 kilogram itu bernilai hampir USD$100,000.


INFO

Tasik Toplitz

Terletak di Salzkammergut, Austria


Sepanjang dua kilometer, lebar 400 meter dan sedalam 103 meter.


Pada perang dunia kedua, Tasik Toplitz digunakan sebagai lapangan ujian peluru berpandu dari kapal selam.


Kawasan perairannya memiliki kurang oksigen menyebabkan tidak banyak hidupan kecuali sesetengah bakteria dan cacing yang mampu hidup di dalamnya.


Dengan kawasannya yang kelam, terpencil dan terasing ketika zaman Perang Dunia Kedua, ia dilihat sesuai untuk menjadi tempat persembunyian harta karun.


Kehilangan harta Nazi ini disenaraikan 'World Guinness Book of Records' sebagai 'rompakan terbesar dalam sejarah dunia'.


Selain emas, lombong Merkers turut menjadi lokasi simpanan harta karun lain seperti hasil seni dan artifak dari muzium Jerman serta hasil rampasan perang dari negara lain.

sumber: www.unmuseum.com, www.wikipedia.com
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 11:01 PM | Show all posts
Hitler itu mungkin ada benarnya

Ketika saya menulis rencana ini (pada hari Sabtu) saya sedang berada di Osnabruck, Jerman. Pada hari Jumaat semalam saya memberikan ceramah ringkas di sebuah masjid di sini yang diberi nama Masjid Ibrahim. Kebanyakan ahli jemaahnya merupakan orang Arab.

Saya berucap dalam bahasa arab mengenai isu semasa umat Islam sekarang khususnya Palestin. Imamnya yang berasal dari Syria berkhutbah dengan berani dan bersemangat tentang isu Gaza. Bahkan beliau berkempen agar ahli jemaahnya menyertai demonstrasi aman membantah kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin. Saya melihat satu keperluan apa yang beliau kempenkan, sebab di Berlin telah dibuat demonstrasi besar menyokong tindakan Israel. Malanglah jika ada masjid di Malaysia yang tidak berani mengutuk Israel. Hari ini (Ahad) saya bercadang hendak ke Berlin untuk berjumpa dengan beberapa pihak.

Ini adalah kali pertama saya sampai ke Jerman. Semasa kecil apa yang saya tahu mengenai Jerman iaitu tenteranya di pihak yang jahat berperang melawan hero-hero Amerika. Ini semua adalah pengaruh filem Combat semasa zaman tersebut. Oleh kerana Amerika yang menerbitkan siri Combat tersebut, maka digambarkan merekalah di pihak yang benar dan Jerman di pihak yang jahat. Alasan kejahatan tidak diketahui melainkan kerana hero yang ditabalkan berada di pihak tentera Amerika. Demikianlah cara sesebuah filem mempengaruhi minda manusia, terutama kanak-kanak. Apabila masuk ke sekolah menengah serta terdedah kepada bahan bacaan yang berbagai, nama Adolf Hitler dan puak Nazinya agak sinonim dengan Jerman di lintasan minda setiap kali perkataan Jerman itu disebut. Selain itu, tidak banyak maklumat tambahan tentang Jerman yang saya baca.

Sebelum saya sampai ke Jerman, seminggu lepas saya menghabiskan buku yang ditulis oleh Seymour Rossel yang bertajuk The Holocaust. Sebagai Yahudi, beliau memang membela Yahudi dan mengutuk Hitler habis-habisan. Beliau mengutip maklumat daripada Encyclopedia Judia mendakwa bahawa Nazi telah membunuh sebanyak 5,820,960 Yahudi terutama Yahudi Poland dan Rusia. Saya tidak pasti sejauh manakah benar angka tersebut. Tapi yang pasti memang Hitler ialah seorang diktator yang sangat kejam. Membunuh dengan zalimnya bukan sahaja Yahudi, tetapi juga sesiapa sahaja yang menentangnya. Cara pembunuhannya juga begitu sistematik bagaikan kilang perusahaan yang teratur. Kekejaman itu tidak dapat diterima oleh sesiapa pun. Di Jerman sehingga hari ini kekejaman itu dikutuk oleh rakyat negaranya.

kekejaman

Namun, di samping kekejaman yang disandarkan kepada Adolf Hitler, persoalan yang patut ditanya, mengapakah kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika itu? Ketika Hitler baru cuba muncul dalam politik Jerman pada tahun 1919, walaupun beliau seorang pemidato yang baik, beliau belum terkenal dan hanya beberapa orang sahaja yang hadir mendengar ucapannya. Namun selepas itu, apabila beliau membangkitkan dalam ucapan-ucapannya isu anti-semitic atau anti Yahudi, rakyat Jerman mula membanjiri ucapannya dan menyokong gerakannya membenci Yahudi. Apabila Hitler dipenjarakan pada tahun 1923 selama sembilan bulan, beliau menulis bukunya yang terkenal Mein Kampf. Sejak awal penulisan buku tersebut, Hitler menegaskan bahawa penderitaan ekonomi yang dihadapi oleh bangsa Jerman yang ketika itu adalah berpunca dari kejahatan Yahudi. Perasaan kebencian terhadap Yahudi dihidupkan dalam buku tersebut. Sebenarnya, Hitler bukanlah orang memulakan kepercayaan bahawa Yahudi adalah bangsa perosak.

Pada 1542, pemimpin agung Prostestan Jerman, Martin Luther telah menulis tentang pembohongan dan kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The Jews And Their Lies. Pada kurun yang ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi hidup secara terpisah dari bukan Yahudi. Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintah agar dibina tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan dengan Ghetto. Yahudi tidak benarkan keluar pada waktu malam sehingga menjelang fajar. Masyarakat awam Kristian ketika itu percaya bahawa Yahudi adalah bangsa yang jahat dan beramal dengan ilmu hitam. Pembinaan ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh Eropah. Maka Yahudi Eropah dikepung di sebalik tembok ghetto, atau pekan-pekan khas hanya untuk mereka. Mengapakah masyarakat Eropah ketika itu bersepakat mempercayai Yahudi adalah kaum yang jahat? Jawapannya, sama ada kepercayaan itu adalah khurafat, atau mereka mempunyai asas pengalaman dengan Bangsa Yahudi. Jikalau jawapannya yang pertama, Yahudi adalah memang bangsa yang teraniaya. Jika jawapannya, Yahudi memang dalam sejarahnya telah merosakkan kehidupan manusia sehingga menjadi ketakutan kepada masyarakat Eropah, tindakan kejam atau rakus Adolf Hitler, sekalipun kejam dan tidak dapat diterima, namun ia secara tidak langsung mengurangkan jumlah kemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah khususnya dan dunia amnya. Apa pun ceritanya, kesangsian pihak pihak Gereja Kristian telah lama berakar umbi, sehinggalah Yahudi kembali menipu Eropah pada hari ini. Lalu undang-undang Anti-Semitic dikuatkuasakan di Eropah, maka bangsa Yahudi mendapat kekebalannya di sini, terutama di Jerman ini.

Jika lihat dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiat Yahudi, namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerena mereka Yahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan mereka. Nabi SAW pernah mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur. Namun mereka khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi saw Maka mereka pun diusir. Pada zaman Khalifah 'Umar Ibn al-Khattab, beliau telah memberikan kepada Yahudi penempatan dan keamanan di Alia, Palestin. Kebebasan beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalam pengisytiharan khalifah agung tersebut. Namun, seperti biasa, Yahudi terus khianat. Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan pemikiran zionisme, tetapi sejak lama dahulu. Sejak kisah mereka dengan para nabi yang mengalami berbagai tragedi disebabkan kerenah mereka. Pun begitu, Islam tidaklah pula menghukum secara 'borong' dengan menyatakan setiap individu yahudi itu jahat.

Bahkan dalam sirah Nabi SAW, isteri baginda Safiyyah binti Huyyai merupakan anak ketua Kabilah Yahudi Bani Quraizah. Ada sahabah yang mulia bernama 'Abd Allah bin Salam. Beliau seorang yahudi, bahkan tokoh agamawan besar Yahudi. Beliau menganut Islam dan amat dihormati. Islam amat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang lain atas bahu orang lain. Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk, namun ini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan Yahudi. Tetapi rekod Yahudi secara umum, memanglah buruk. Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam. Katanya: "Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku". Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang. Rasulullah SAW bertanya mereka: "Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?" Jawab mereka: "Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami". Sabda Rasulullah: "Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?" Jawab mereka: "Allah lindunginya dari perkara tersebut". Sabda Rasulullah: "Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka". Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: "Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah". Lantas mereka berkata: "Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil". Kata Abdullah bin Salam: "Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta". (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari).

Kita bukan anti kaum tertentu, atau anti-semitic secara membabi buta seperti Hitler atau masyarakat Eropah dahulu. Namun jika kita melihat Yahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat, itu bukanlah perkara baru dan pelik untuk mereka kerjakan. Kepercayaan Hitler itu, mungkin ada benarnya.

- Dr. Mohd Asri ZainUl Abidin ialah bekas mufti Perlis dan sekarang Pensyarah Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia (USM) yang sedang sabatikal di Britain.

Laman web: drmaza.com.
E-mel: moasriza@yahoo.com.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2009 12:47 AM | Show all posts
Kenape Hitler sangat membenci org Yahudi? sape2 ada info please tepek here..
sempat aku baca sinopsis buku Mein Kampf...hitler refer org yahudi ni sbg bersifat penipu, jijik,suka mengkhianat dan licik dgn tipu muslihat masa pengalaman hitler berbusines dgn org2 yahudi.. dlm buku tu Hitler menceritakan yg org yahudi ni pintar tapi jahat dan nakal... lama2 dia jadi makin benci dan tertanam sifat anti-semitic dlm diri hitler.. but I need to know more story becoz it seems interesting knowing the jews..   


Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 04:08 PM | Show all posts

Reply #88 zulyusoff's post

mak Hitler yahudi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2009 04:12 PM | Show all posts
Sebab Hitler dan parti nazi benci sangat Yahudi ialah kerana mereka dinaggap pembelot/tikam belakang ketika Jerman kalah perang dunia pertama.

Nak tahu Hitler Yahudi ke tak....tengok hidung dia...hehee
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 05:03 PM | Show all posts

Reply #90 alphawolf's post

Yup betul, Yahudi pyebab utama Jerman kalah dlm Perang dunia pertama wlupun jerman masa 2 belum tentu kalah... Yahudi juga pyebab utama Jerman mgalami inflasi dan kmeleseatan ekonomi...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 06:57 PM | Show all posts
http://www.hitler.org/writings/Mein_Kampf/mkv1ch11.html

Sape yg nak baca buku Mein Kampf tulisan Adolf Hitler, ni aku tepek kan buku online die yg aku jumpa kat internet.. aku baru baca satu chapter 'nation and race' sampai pukul 3pagi baru nak habes.. lepas tu aku tak dapat tido  pasal takut sangat.. sbb aku rasa tulisan die ni ngeri btol... kebencian die melampau2 bole terasa sangat2 dlm tulisan die tu.. sampai aku jadik seram sejukk.. taktau ler aku ke yg penakut or buku ni ker yg ada "aura".. aku pikir2 nasib baik kite ni org Islam, walaupun bangsa lain kejam dgn kita, kita masih ada perasaan kasihan.. kalo org kafir die akan bunuh habis2an.. ngeri woo
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 07:57 PM | Show all posts
lorr...mati mati ku ingat hitler nie jewww ...bkn yerkkk...habis tuh agama aper die nihhh....roman chatolic kerrrr
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 10:19 PM | Show all posts

Balas #93 choolakaw\ catat

Bdasarkan propaganda barat, Hitler adalah ateis... Tapi pelik kan, nape Pope masa 2 mhalalkan crusader Hitler k atas Soviet Union...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2009 09:28 PM | Show all posts
tapi biler bace wiki..memacam agama rumours die anutii tk tauler mane satuuu nk tanyer skitt apsal die bunuh diri yerkkk takkan ler org berkuaser cam die tetiba bleh bunuh diri lakkk
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2009 10:02 PM | Show all posts
aku suka hitler
best pemikiran dia

regards
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 12:21 AM | Show all posts

Balas #95 choolakaw\ catat

Hitler masa akhir perang mgalami tekanan perasaan yg amat sgt, dier mjadi fobia n takut pada bygan sendiri... Lagipun dier tau kalo dier serah diri pun nyawanya turut melayang n tak nak menjadi tawanan perang esp Soviet union, baik bunuh diri jea la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2009 08:32 AM | Show all posts
Hitler lahir dalam keluarga Katolik...tapi lepas tu dia jadi cam freethinker kot....lagipun masa Third reich, orang macam Himmler terpengaruh dengan anutan paganisme. Tu yang timbul lambang pelik2 tu....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 10:03 AM | Show all posts

Reply #97 yaminz's post

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 12:31 PM | Show all posts

Reply #99 HangPC2's post

Kalo x hitler pun dpt nasib yg sama...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 02:27 PM | Show all posts
Ada satu perkara yang ramai orang tidak tahu pasal Hitler ialah beliau suka ilmu astrology dan paranormal.

Hitler telah menghantar ekspedisi saintis Nazi German ke beberapa tempat termasuk ke tempat UFO terhempas, kawasan Bahtera Nabi Nuh dan satu kawasan di mana terdapat suatu kaum yang tinggal di bawah tanah disebalik tembok besar.

Daripada ekspedisi ini lah nazi mendapat teknologi baru untuk membina Roket pertama di dunia (V2 Rocket) dan jugak banyak teknologi German yang jauh lebih maju daripada tentara musuh.

Antara legasi teknologi Nazi ialah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.692391 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list