CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3948|Reply: 9

Malin Kundang? Soseh-Ssoeh: Dhani singkir keluarga?

[Copy link]
Post time 19-10-2006 10:52 AM | Show all posts |Read mode
Soseh-Ssoeh: Dhani singkir keluarga?


BERSAMA perubahan cuaca yang dilanda jerebu lebih tiga minggu lalu, SS juga mahu bertukar angin. Jika selalunya gosip artis tempatan menghiasi laman ini, sekali sekala apa salahnya SS coretkan gosip panas artis luar pula.

Cerita yang mahu SS sampaikan berkenaan tindakan ketua kumpulan Dewa, Ahmad Dhani yang memutuskan hubungan dengan keluarganya. Cerita ini disampaikan teman di Jakarta yang terbabit secara langsung dalam bidang penyiaran. Apa sebabnya?

Pertelingkahan antara Ahmad Dhani dan keluarganya dikatakan timbul gara-gara bapanya tidak sengaja membuat pengakuan kepada media mengenai berita perkahwinannya dengan Mulan dari kumpulan Ratu.

Jelas teman SS, selepas kenyataan itu tersebar Ahmad Dhani dipercayai menghubungi bapanya bertanyakan kebenaran. Tanpa berselindung, ayahnya mengaku.

Kalau difikirkan secara logik, sebagai orang tua takkan dia mahu berbohong dan menyorokkan perkara sebenar apatah lagi tindakan anaknya itu berkahwin adalah mulia di sisi agama.

Dalam hal ini, mungkin Ahmad Dhani mahu merahsiakan perkawinannya kerana bimbang peminat marah kerana Mulan dianggap perampas. Maklumlah, dia berkahwin dengan suami teman baiknya sendiri, Maya yang juga anggota Ratu.

Bagi SS tindakan Ahmad Dhani memutuskan hubungan dengan keluarganya sesuatu yang akan membuatkan peminatnya kecewa. Apa tidaknya, sebelum ini dia dikenali sebagai orang yang mementingkan agama namun sanggup menyingkirkan keluarga.

Entahlah. Semasa kecil anak-anak ditatang bagaikan minyak yang penuh, bila sudah besar jasa orang tua sendiri tidak dihargai.

[ Last edited by  adikkeluangman_ at 23-10-2006 06:27 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2006 10:53 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 19-10-2006 10:52 AM
Soseh-Ssoeh: Dhani singkir keluarga?


BERSAMA perubahan cuaca yang dilanda jerebu lebih tiga minggu lalu, SS juga mahu bertukar angin. Jika selalunya gosip artis tempatan menghiasi laman ini, s ...


Hari ni punya ker?..so the very ketandusan gossip. Ahaks.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 10:54 AM | Show all posts
waaa...sampai ati amik laki kwn baik sendiri..huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 10:56 AM | Show all posts

Reply #2 kekekek's post

berita jauh, lambatla nak sampai sini
nak buat mcm mana, masa tengah hangat kawan SS sibuk x ada masa ke Indonesia

p/s dulu ada kata artis yg putus tunang tu Malin Kundang
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 10:57 AM | Show all posts
Originally posted by kekekek at 18-10-2006 18:53


Hari ni punya ker?..so the very ketandusan gossip. Ahaks.


citer lama beb..SS nih mmg very the sengal ler..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 11:00 AM | Show all posts
huhuhu....ahmad dhani main SMS ngan bapak dia...huhuhuh... bahasaaaa...sadis tul..
aku tgk pun
:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2006 10:08 PM | Show all posts
hahahaha.... zubir ni dpt tau dr kwn ke baca kt internet... muahahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2006 03:00 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

cerita lapuk dah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2006 06:20 PM | Show all posts
Malin Kundang..??hahahaha..citer fav kawan baek riza..ZEDIN..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2007 04:19 PM | Show all posts
dalam foto ni nampak sangat Dhani nya... Mulan ke tu?? syiokk nampaknye depa..



[ Last edited by  CoKeLat-RaWkZ at 24-4-2007 11:07 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.079980 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list