CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 163051|Reply: 451

SILAT GAYONG

[Copy link]
Post time 19-10-2006 05:43 PM | Show all posts |Read mode
aku bkak thread ni klu leh nk rapat kn silaturahim ng ahli2 yg lain..
n klu de dri perguruan lain pon dipersilakan..
klu korg de info ttg Seni Silat Gayong leh kongsi kt sini la...

[ Last edited by  dexa at 7-3-2008 09:29 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2006 02:09 AM | Show all posts

gayong apa?

pusaka gayong?
gayong malaysia?
gayong fatani?
gayong makrifat?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2006 08:21 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 12:42 PM | Show all posts
tepek laa info pasal gayong... leh tambah kredit lagi :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2006 08:34 AM | Show all posts
hi
PENGALAMAN hidup yang dilalui oleh setiap individu adalah berbeza.
Dalam melayari kehidupan juga, banyak persoalan timbul tetapi gagal
untuk mencari jawapan yang sering berlegar-legar di fikiran.
Begitulah kembara hidup yang ditempuh Dr. Abdul Lateef Abdullah atau
Steven Eric Krauss dalam perjalanannya menyahut seruan Islam.

Pensyarah berusia 34 tahun ini yang bertugas di Jabatan Pembangunan
Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan,
Universiti Putra Malaysia (UPM), menyifatkan Cikgu Sulaiman sebagai
individu terpenting yang membawanya menyelami agama Islam.

Jalan menuju keislaman bermula ketika beliau menuntut di Universiti
Columbia New York pada 1998 bagi mengikuti pengajian peringkat
sarjana. Lateef tinggal sebilik dengan rakannya, Seth yang beragama
Yahudi. Seth mengikuti kelas silat gayung iaitu seni mempertahankan
diri orang Melayu yang berasaskan kepada ajaran Islam.

Setiap kali pulang dari kelas, Seth menceritakan keunikan silat
hingga pada suatu masa ia menarik perhatian Lateef untuk turut sama
menyertainya. Atas dasar ingin tahu, beliau mula mengikuti kelas
silat bersama-sama dengan Seth di bawah tunjuk ajar Cikgu Sulaiman.
Tanpa diketahui, jiwa halusnya disuntik riak-riak keislaman sejak
mengikuti kelas tersebut buat pertama kalinya pada 28 Februari 1998.

Akui Lateef, beliau cukup tertarik dengan pendekatan Cikgu Sulaiman
mengajar silat yang mengaitkannya dengan konsep mengenali Allah dan
mengagumi kebesaran-Nya. Silat juga banyak berkait dengan pembinaan
kekuatan dalaman dan spiritual.

"Ia bukan sahaja berkaitan dengan silat tetapi cara Cikgu Sulaiman
mengajar dan falsafahnya begitu menarik. Bagi Cikgu Sulaiman, apa
sahaja agama dan kepercayaan yang dianuti, kita perlu menjadi
pengikut yang baik dengan mengikut setiap perintah dan amalannya.
Maksudnya, kalau anda seorang Yahudi atau Kristian jadilah penganut
yang baik.

"Sejak mengikuti kelas silat, Seth banyak berubah dan menjadi
seorang yang alim walaupun sebelum itu dia tidak mementingkan
agama," cerita Lateef mengenai keistimewaan Cikgu Sulaiman.

Untuk mendalami Islam, beliau dan Seth pernah tinggal selama dua
bulan bersama-sama Cikgu Sulaiman dan keluarganya. Dalam tempoh
tersebut, Lateef berpeluang melihat kehidupan dan amalan sebagai
orang Islam seperti mendirikan solat, berdoa dan berzikir. Walaupun
Seth berminat dengan Islam tetapi hingga kini difahamkan masih belum
memeluk Islam. Berbanding dengan Lateef, beliau menemui jawapan yang
dicari-carinya selepas mengenali Islam melalui Cikgu Sulaiman.

"Sejak belajar silat, saya merasakan kesempurnaan jiwa, minda dan
pemikiran. Apabila kemahiran silat semakin bertambah, ilmu
pengetahuan mengenai Islam juga semakin meningkat. Tambahan pula,
ketika itu, saya sedang tercari-cari sinar baru dalam hidup setelah
merasakan agama dianuti tidak mampu memberi jawapan kepada persoalan
saya mengenai ketuhanan dan spiritual," ujarnya yang mengambil
keputusan melafazkan syahadah pada 30 Julai 1999.

bacaan lanjut:http://www.utusan. com.my/utusan/ archive.asp?
y=2006&dt=1109& pub=Utusan_ Malaysia& sec=Bicara_ Agama&pg= ba_02.htm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 11:03 PM | Show all posts
aik apsal tak ramai budak gayong kat sini?????
..letak ler info terbaru ker...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2006 08:38 AM | Show all posts
ahak hak hak... ada kuutt kat luar tuuu

kene wat promosi laaa... beli laa banner kat atas tu.. sakit mata aku tengok iklan skim cepat kaya tuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2006 07:56 AM | Show all posts
ERTI KALIMAH GAYONG

1. Ga mewakili genggam. Genggam bermaksud kepatuhan dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada ajaran Islam dan amanah Silat Seni Gayong yang telah ditinggalkan oleh Allahyarham Dato
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2006 07:56 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2006 07:57 AM | Show all posts
PESANAN GAYONG

Seruan dan slogan yang tersimpul di dalamnya falsafah persaudaraan, perjuangan dan pengorbanan. Ia pencetus semangat yang ingin ditanam oleh Allahyarham Dato

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2006 10:12 AM | Show all posts
takut aku siot...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2006 05:20 PM | Show all posts
huhuhu....
jgn takut...takut kt tuhan jer...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2006 12:07 AM | Show all posts
silat gayong byk pantang larang kan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2006 08:26 AM | Show all posts
ye banyak pantang larang..
ko jangan sesuke je masuk kat
dlm gelanggang dia bersilat...
kang kene pelempang jepon...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2006 06:38 PM | Show all posts
semua seni mempertahankan diri de pantang larang....
tp cm biase je pantang larang nye...
pantang larang tu sbnr guide line supaya kite
berpijak di bumi yg nyata....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 12:03 AM | Show all posts

Reply #15 cloud_hardcore's post

tul tul
kire gaya hidup diorg ar ni ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2006 01:36 AM | Show all posts
Secara umumnya, pelajaran di dalam Silat Seni Gayong dibahagikan kepada tujuh peringkat, iaitu:

   1. Tapak Gayong
   2. Seni Tapak Gayong
   3. Seni Keris
   4. Seni Simbat
   5. Seni Yoi
   6. Seni Belian
   7. Seni Cindai

Tapak Gayong terdiri daripada segala pelajaran asas gerak tangan dan kaki, termasuk juga latihan senaman anak harimau dan tangkapan kunci mati(21 buah tapak kunci mati).

Seni Tapak Gayong merupakan lanjutan daripada pelajaran Tapak Gayong. Pada peringkat ini pesilat diajar menghalusi lagi pelajaran bahagian Tapak supaya pesilat berkemampuan untuk membuat serang balas yang berkesan. Pelajaran pada peringkat ini termasuklah buah tapak kunci hidup(teknik membuka kuncian - 49 buah) di samping berkemampuan untuk mengunci semula lawan.Juga pelajaran Pecahan Buah Tapak sebanyak (7x21) buah dan Serangan Maut/Buah Pukulan(21 buah).

Seni Keris merupakan pelajaran menggunakan senjata tikam seperti keris dan pisau.Mengandungi pelajaran Seni Keris(Keris Satu dan Keris Dua - 49 tikaman), Seni Pisau(Serangan Maut dan Pentas - Pisau Satu dan Pisau Dua)

Seni Simbat merupakan pelajaran menggunakan senjata belantan dan merupakan asas kepada permainan parang panjang, kapak, tekpi, pedang, sundang lipas, dan lembing.Mengandungi pelajaran Seni Simbat/Tongkat(kunci dan permainan), Seni Simbat Suk/Cota(kunci dan permainan), Seni Tongkat Panjang/Tembung(kunci dan permainan), Seni Parang Panjang(kunci dan permainan - Parang Satu dan Parang Dua), permainan Parang Panjang dan Perisai, permainan Parang Panjang - Rantai, permainan Pisau-Simbat, Seni Tombak/Lembing(kunci dan permainan), Seni Anak Tombak(kunci dan permainan), Seni Parang-Tekpi, Seni Tombak-Tekpi.

Seni Tapak Yoi merupakan pelajaran tangan kosong yang dipenuhi dengan buah pukulan bagi menentang serangan ramai(21 buah pukulan).

Seni Belian merupakan permainan tapak harimau yang dihiasi dengan amalan kebatinan.Juga dikenali sebagai Serangan Bapak Harimau.

Seni Cindai merupakan pelajaran yang menggunakan kain sarung dan merupakan pelajaran tertua dalam Silat Seni Gayong. Seni Cindai terbahagi kepada dua jenis permainan iaitu Cindai Jantan(pukul-memukul) dan Cindai Betina(jerut-menjerut).Tujuh pecahan yang terdapat dalam permainan cindai ialah: Sauk-sauk(21 buah), Tebar(21 buah), Serkap(21 buah), Kain Tudung(21 buah), Awang Bodoh(21 buah), Pukat(21 buah), dan Kalung Puteri(21 buah).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2006 01:46 AM | Show all posts
Permainan belian klu tidak mahu diambil xpe
so kepada yg anti kebatinan tu xyh ambil..
tp dlm gayong ni byk menggunakan ayat al-quran

untuk permainan cindai plak adalah permainan rahsia....
makne nye permainan cindai ini permainan tertutup....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2006 05:20 PM | Show all posts


Reka bentuk Sijil Gayong yang awal(dilukis oleh Pendita Za'ba di Singapura
dan diilhamkan oleh Mahaguru Meor Abdul Rahman)

Antara elemen yang terkandung di dalam Sijil Gayong ialah:

Lambang Gayong - berkait rapat dengan falsafah Gayong yang intinya membawa erti bersatu padu, iaitu Segayong, Sekendi, Seperigi, Seminum, Sejalan, Sejadi, Sedarah, Sedaging, Sepadu. Juga sebagai mengingati peristiwa Laksamana Hang Tuah dianugerahkan sepersalinan jubah yang berlambangkan seekor naga daripada Maharaja China.

Kain cindai merah - pakaian keperwiraan Hang Tuah lima bersaudara.

Tongkat Nabi Allah Ishak/Nabi Allah Musa(di kanan gambar) - membawa konotasi kebenaran akan mengatasi kebatilan.

Pokok kangkung - sebagai mengingati peristiwa Hang Tuah menunjukkan kebijaksanaannya untuk melihat Maharaja China di negara China.

Kata-kata hikmat Gayong - kata-kata keramat Datuk Laksamana Hang Tuah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 08:39 AM | Show all posts

Reply #18 cloud_hardcore's post

macam mane pemainan cindai ni...
macam main tengteng ke????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.231653 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list