JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
109279
View
451
Reply

SILAT GAYONG

[Copy link]

Author: cloud_hardcore       Show all posts   Read mode

Post time 12-2-2007 04:37 PM | Show all posts
Originally posted by tdpp2006 at 6-2-2007 10:01 PM
As Salaamu Alai Kum
Terima kasih memang selalu buat gitu kalau pegi tempat barupun. Tapi bila dah tua ni susah sket.


hm..

skang neh tdpp ada di mana..??
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 08:57 PM | Show all posts

Reply #126 selendangmerah's post

hi
Tdpp kat Lepeh (Kuala Lipis). 24 Feb ni cadang nak buat demo hari sukan SMK Clifford tapi kesian nak suruh budak beli baju silat. Doakan berjaya ye...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-2-2007 10:22 PM | Show all posts

Reply #123 selendangmerah's post

jika dalam pertubuhan yg sama leh de gak sedikit perbezaaan
ia disebab kan oleh gurulatih..
pembawakan gurulatih tersebut....
kecuali yg betol2 mengikuti silibus pertubuhan....yg slalu update silibus pertubuhan...

wassalam....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 08:37 AM | Show all posts

Reply #128 cloud_hardcore's post

hi
Penah tanya guru lama diorang kata kalau ikut Dato Meor ngajar memang kuncian tu awalnya sama tapi penamatnya ikut sukat orang tu. Kalau lebih besar lain caranya kalau rendah lain penamatnya. Jadi sebenarnya fleksibel. Tu sebab guru lama sedikit sebanyak akan lain dari guru lain sebab dia ikut apa yang dia belajar dari Dato Meor. Kekadang x berapa sesuai dengan saiz badan kita pun dia suruh juga ikut. Jadi kekadang tdpp ni menghafal dan x berapa menghayati hehe. Tapi kekadang bila suruh buat combat ker orang suruh buat lain tdpp buat lain tanpa disedari. Janji sakit...

[ Last edited by  tdpp2006 at 13-2-2007 08:42 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 04:31 PM | Show all posts

Reply #128 cloud_hardcore's post

ye laa...

sepatutnya macam tuh laa..

kena selalu g pusat..

tgk apa2 yg patut..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 12:24 PM | Show all posts
so  aku assume yg b erbeza just "ranting"...n for sure ranting2 nie byk. kalau part "dahan or teras", for sure tak byk berubah kan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 11:46 AM | Show all posts

Reply #131 tuah_r's post

yeah..!!

biasanya macam tuh laa...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 02:09 PM | Show all posts

Reply #129 tdpp2006's post

pernah gak dgr cerita dari cikgu2,Allahyarham Datuk Meor masa sambut serangan bergantung pada keadaan , tiap2 buah tak sama tapi konsep dia lebih kurang sama...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 10:58 PM | Show all posts
hi
ermm kita pun kena selidik buah kombat atau kunci yang mana kita rasi. Sebab bukan suma buah boleh kita gunakan dalam kecemasan. Kekadang oleh kerana over confident sebab mahir pelbagai buah pukulan tapi dalam kecemasan satupun tak dapat guna. Tumbuk cowboy tu nasibla. Ada yang baru belajar tapi buah asas tu memudahkan dia untuk menyelamatkan diri. Jadi selain berlatih bersungguh - sungguh kita berdoa semoga Allah memberikan kita keselamatan. Macam orang nak ambil periksa SPM selepas 11 tahun belajar pergi periksa. Kalau tak ada asas kuat tak boleh menulis, mengira dan sebagainya. Kalau tidak berlatih atau belajar bersungguh - sungguh, rasanya payah untuk cemerlang kecuali kelebihan yang tuhan beri kepada sesetengah orang iaitu otak pintar atau bakat. Tapi kalau tiada keizinan tuhan, tetiba jer sebelum periksa berlaku kemalangan atau demam teruk. Jika terjadi jadi la orang yang bersabar kerana itu adalah samada ujian atau kifarah dari Allah s.w.t.


Erm dalam youtube ada video Silat Seni Gayong tahun 70an ada Arwah Dato' Meor, Arwah Cikgu Mat Lazim dan ramai lagi

http://www.youtube.com/watch?v=9c0j8Q3Ht28

[ Last edited by  tdpp2006 at 28-2-2007 11:48 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2007 11:22 AM | Show all posts

interview with Cikgu Awang Daud

[quote]Berikut saya paparkan wawancara penuh saya (verbatim) dengan Cikgu Awang Daud di rumah beliau di Kg. Sg. Ibor, Gurun, Kedah pada 5 Januari 2003.

Tentang pelajaran, yang saya belajar dekat Dato

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2007 05:18 PM | Show all posts

Reply #135 HangJebat's post

hi
erm ambil dari sini kan http://hulubalang-lagenda.tripod.com/awangdaud.html
Interviewer tu ialah Cikgu Onn Jadi dia dari 98 buat laman web ni..
Pergi sini http://members.tripod.com/onnjadi/frame.html
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2007 01:47 PM | Show all posts
Kita raih dua emas


MALAYSIA merangkul dua pingat emas pada hari pembukaan Kejohanan Silat Remaja Dunia Kedua di Dewan Sukan Bedok, semalam.

Gandingan Muhd Syazwan Abdul Hamid dan Sharuddin Shaari mempamerkan persembahan cemerlang bagi mengutip emas pertama negara dalam acara artistik beregu lelaki.

Barisan tiga pesilat lelaki negara - Mohd Alyuddin Akir, Mohd Hanif Irfan Mohd Rozili dan Mohd Norsafullah Abdul Rashid - menunjukkan prestasi hebat untuk mengatasi saingan pesilat tuan rumah dalam acara artistik berpasukan untuk menyumbang emas kedua negara.

Sejumlah enam pingat emas dalam kategori artistik dipertandingkan dengan Singapura mengumpul tiga emas dan Brunei, satu.

Ketua jurulatih negara Nasri Nasir menyifatkan pencapaian negara sebagai memuaskan setakat ini.

Sebelum ini, saya pernah menyatakan adalah sukar untuk meramalkan dari acara mana kita boleh peroleh emas memandangkan tiada kejohanan utama bagi remaja di rantau ini sejak kebelakangan ini.

Tetapi di sini kami mampu melihat sebilangan pesilat beraksi dan kami dapat mengagak keupayaan pesilat lain dan memenangi dua emas dalam acara artisik adalah keputusan adil.

Bagaimanapun, saya fikir kita mampu menang empat emas jika mempunyai lebih masa untuk berlatih khususnya dalam persembahan artistik,
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-3-2007 06:03 PM | Show all posts
lame aku xsinggah thread aku ni....

aku de dgr silibus kt KL or kt sebelah2 sane tu silubus die agak rendah...
klu belt putin xleh pegang senjata lg...
n klu belt ijau baru blaja asas senjata...

komen plz..........
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-3-2007 06:16 PM | Show all posts

Wawancara dengan Cikgu Awang Daud



Berikut saya paparkan wawancara penuh saya (verbatim) dengan Cikgu Awang Daud di rumah beliau di Kg. Sg. Ibor, Gurun, Kedah pada 5 Januari 2003.

Tentang pelajaran, yang saya belajar dekat Dato
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-3-2007 06:18 PM | Show all posts
Silat kita memang terbaik, tetapi orang kita tak ada latihan. Cuba silat kita dapat kepada orang asing. Dah lama berkembang. Lebih daripada ini lagi.

Cuba tanya Cikgu Majid. Dulu berlatih hari-hari. Lepas enam bulan, buat ujian.

Kita jadi guru silat atau kita jadi pesilat, kita jangan fanatik hanya silat kita yang terbaik. Silat olahraga ni cara kedudukan dia, cara dia serang, cara permainan, cara diri, cara dia punya art, dia semua tiru karate dengan taekwondo. Kalau dia bawa cara macam zaman saya dulu, dia bawa silat betul. Ini dia campur. Kira pemain-pemain silat olahraga tak pandai silat pun tak apa. Vietnam mana pandai silat! Tapi orang-orang dia semua champion karate, taekwondo semua tu. Blackbelt semua tu. Termasuk tok guru dia. Dia tu kawan saya. Saya tomoi boleh masuk. Silat olahraga ialah silat yang dicipta oleh kerajaan untuk menghapuskan silat Melayu. Jangan marahlah...

Yang zaman sekarang ni, anak-anak muda mahu yang mana? Dia mahu speed. Kita main kita tengok keadaanlah. Jet Li main macamana? Jacky Chan main macamana? Bukannya lawa tapi buah dia OK juga! Jet Li kita tengok dia main serius. Lepas tu kita tengok Chuck Norris main. Lepas tu kita tengok yang lain-lain main. Kita bezakan. Saya biasa discuss dengan arwah anak saya (Cikgu Zulkarnain). Main berpasangan dengan dia dari pukul 8.00 malam sampai pukul 2.00 pagi. Tapi jadikan lebih bagus daripada yang lain-lain. Kita gabungkan semua sekali...

Di Kelantan, saya buka Martial Arts. Saya try buka Martial Arts dua bulan. Silat-silat Gayong dan gelanggang-gelanggang silat lain semua tutup habis. Lari ke Martial Arts. Sebab dia tengok ada pembaharuan. Tapi Cikgu Majid kata, "Tolong tutuplah Martial Arts. Kalau buka Martial Arts, habislah silat." Betul.

Dia ada perbezaan (dulu dengan sekarang.) Budak sekarang, dia terima yang itu, itu aja. Buah satu dia pakai tu sampai dia mati tau! Dia tak tahu pecah, pecah, pecah. Dia kalau orang tu pakar dalam silat, dia gurulatih silat, saya bagi kat you 1 sampai 7, you boleh pecah jadi 49. Satu pecah tujuh. 7 x 7 = 49. Kalau 1 sampai 21? 21 x 7. Itu tak masuk pukulan lagi. Arwah Dato
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-3-2007 06:19 PM | Show all posts

LATIHAN KEKUATAN

Nak bagi kuat (tangan) kita pegang(tarik) getah (tiub basikal). Kaki, main getah juga. Nak bagi tinggi(sepakan), ambil besi ball-bearing, kita tarik kaki bagi naik, naik...

Tumbuk, guna punching bag. Punching bag, mula-mula bubuh habuk kayu. Lepas tu dicampur dengan pasir. Lepas tu, buang semua, bubuh pasir sahaja. Berat sikitlah. Berlatih dalam dua minggu. Ni lama sikit. Lepas dua minggu, buang separuh daripadanya, kita bubuh batu dengan pasir. Batu kecil-kecil; batu kerikil. Campurkan.

Silat, kegunaan (serangan) kaki ada 5 cara. Kalau tomoi dia ada dua. Dalam silat, kita kena kuat 5 bahagian kaki.

Ada latihan silat yang katok tulang kering dengan rotan. Untuk kuatkan urat-urat kaki. Kaki, dia merangkumi semua anggota kekuatan kita. Segala penyakit dalam badan kita duduk di kaki tau? Kalau kaki kita sihat bermakna badan kita sihat. Refleksologi - urut tapak kaki. Tapak kaki ada beratus cabang urat saraf; punca urat saraf. Dia kena kuat di situ. Kena mengajilah (kalau nak tahu).
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-3-2007 06:20 PM | Show all posts

KISAH MAHAGURU

Dato
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-3-2007 06:21 PM | Show all posts
Baju tak pakai. Dia gulung kain pelekat. Dia tunjuk. Dia ajar gitu-gitu aja. Nak tengok dia pakai baju silat tak dak. Di gelanggang pun gitu juga. Dia pakai kain sahaja. Baju tak pakai. Dia bukan mengajar. Dia tak mengajar. Yang mengajar, saya dengan Cikgu Majid. Cuma dia turun bila nak tengok anak murid lain berlatih. Dia tengok, dia kata, "Bagus, bagus, bagus." Dia naik atas rumah semula. Bila orang dah balik habis, baru dia panggil Cikgu Majid dengan saya turun. Dia tegur jika ada kesilapan kita di gelanggang. Sekarang ni, gurulatih yang mana hak tinggi-tinggi, depan anak murid dia tegur(gurulatih). Jatuhlah standard. Jatuh standard(air muka) gurulatih.

Dia(Dato
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-3-2007 06:23 PM | Show all posts

SILIBUS LAMA

Sistem lama, dia tali pinggang putih, orang tali pinggang putih kita ambil daripada exercise, senaman, lompatan, rangkum semua gerakan tangan dan kaki jadi Rajawali 49. Hak tali pinggang merah sekarang ni baru tali pinggang putih dulu. Buah pentas kena main sampai buah 21, buah tangkapan, buah pukulan, buah pecahan. Baru dapat putih. Untuk tangan kosong, itu aja. Baru you masuk hijau. Hijau tu dikhusus banyak tongkat, banyak pisau, gerakan pisau, gerakan tongkat, gerakan parang. Sampai habis. Lepas tu baru dia masuk keris, masuk lembing, masuk cendai. Masuk merah. Sekarang tak dak. Sekarang kena cari. Itulah saya kata, modal habis, tak dak depa ni, tu yang sekat, sekat, sekat.

Hitam dulu powerlah. Hitam dulu kalau setakat tiga orang kita boleh lawan sambil tutup mata. Lawan senjata. Kira yang terbaiklah tu.

Merah biasa habis senjata semua.

Kuning dia bahagian-bahagian dia. Bahagian pecah genting, pecah kelapa, koyak kelapa dengan gigi, tokak besi panas, berjalan atas bara api. Bagi habis pecah-pecah semua genting, pecah kelapa apa semua. Hak dulu punyalah. Lepas tu dia kena ulang kaji balik, nak tengok dia ingat ke tidak, daripada buah asas, daripada buah 1, putih, hijau, merah, dia boleh himpun semua balik tak. Dah kita gulung semua daripada putih, hijau, merah, dah sampai hak yang pecah-pecah genting, kelapa (pemusnahan), baru dia masuk ke hitam. Jadi serba segala-galanya dia dah masuk dah. Baru dia pergi hitam.

Rajawali dia ada buah sendiri. Peringkat kuning. Gerak dia duduk dalam (bengkung) hijau, dalam merah. Buah dia dalam kuning.

Macam 4-5 orang serang, kena guna langkah yoi. Langkah yoi 1-21. Orang guna kayu, guna lembing, guna pisau, keris, parang, semua kita boleh guna(yoi). Tangan kosong lagi sedap.

Gerakan 10-20 dia lompat tepat. Dia dah masuk serangan harimau kumbang. Itu bahaya dah. Semua dia makan bawah.

Buah yoi dia banyak buah pukulan. Dia tak masuk buah tangkapan. Dia masuk buah pukulan banyak. Gerak dan masuk. Apabila berlatih, berlatih gerak dulu, tapak (yoi) dulu. Kalau dah stabil, tahu gerak, baru masuk buah.

Murid la ni kalau dia ambil putih, bila ambil hijau, pelajaran putih dia lupa habis. Dia dapat merah, pelajaran hijau dengan putih dia lupa. Dulu kalau kita nak ambil hak merah, dia uji hak putih dulu. Lepas tu dia uji hijau. Habis hijau baru uji merah. Tapi penatlah. Kuning - putih, hijau, merah uji dulu. Hitam - diuji semua sekali.

Zaman saya dulu, tumbuk (gerakan tumbuk) sahaja sebulan.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-3-2007 06:24 PM | Show all posts

SEJARAH PUSAKA GAYONG

Gayong Pusaka - Datin no. 1, Gayong Malaysia Datin - no. 2. Dato
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-3-2007 06:27 PM | Show all posts

GAYONG DAN PELAKON FILEM/DRAMA

Saya ajar silat kepada pelakon untuk berlakon aja(Choreographer). Jins Shamsuddin dia belajar Gayong awal lagi, dengan Cikgu Majid di Terong, Perak. Dia belajar awal lagi. Dekat Cikgu Majid. Sebelum dia jadi pelakon. Dia pergi ke Singapore, lompat terbang semua dia dah boleh. Jins Shamsuddin, dia memang baik dengan arwah Dato' Meor. Dia kursus dengan Dato' Meor terus. Wak Jasni di Singapura, dia khusus untuk pelakon di Jalan Ampas sahaja.

Saya, tawaran berlakon banyak. Semua saya tolak. Pasal drama moden ni banyak hero jambu-jambu, lawa-lawa.

Pelakon Ebby Yus belajar dekat Sani. Dia anak murid Sani. (Dia boleh buat backflip?) Ha, memanglah. Dia berlatih. Tu saya kata kalau rajin berlatih, tak kira badan besar mana dia boleh buat. Yang jadi masalah, saya gemuklah, saya tak boleh flip, badan saya berat. Memang tak bolehlah. Kalau kita sendiri, saya kata tadi keyakinan pada diri kita sendiri, kalau kita tak yakin pada diri kita, mana boleh buat saya gemuk, perut saya buncit, mana boleh bla bla bla...pun tak bolehlah. Kalau macam tu apa pasal badan gemuk macam ahli gusti boleh flip ke belakang? Pasal dia yakin pada diri dia, dia boleh buat. Kemudian, kita kena yakin kita boleh buat. Dia yang besar boleh buat, takkan kita yang kecil tak boleh buat.

(Latihan?) Latihan dia atas jurulatih jugak. Kalau anak murid kita nak buat sommersault ke belakang, kita kena pegang tali pinggang. Dua orang di kiri kanan. Lepas tu pegang tali sahaja(dua orang). Jangan pegang tali pinggang. Letak tali. Bukan lilit, letak di belakang. Suruh lompat. Angkat tali - sokong dia dengan tali. Sokong dia jangan bagi tumbang. Sambil tu (beri kata-kata perangsang), "Oh, pandai. Awak pandai. Pandai. Cantik. Cantik. Cantik." Dalam cantik, cantik, cantik tu kita jangan support. Letak sahaja tali(tidak payah lambung). Sambil kata, "Jangan takut. Saya ada." Guna psikologi, "Rasa tali tak?" sambil kita tarik hujung tali sedikit. "Ada, ada..." "1,2,3 lompat!!!" "Tak rasa tali pun?" "Awak buat laju, cantik, tak berasalah..."

Untuk flip depan, kita pegang bahu dia. Letak tangan kita tang tengkuk dia. Dia angkat kaki, kita lambung dia. Kemudian, letak tangan aja. O.K. 1,2,3 kita jangan angkat.

Handspring depan, kita pegang bahu dia. Dua orang boleh. Seorang pun boleh.

Saya dulu atas simen. Tak ada tilam, tak ada apa. Tapi tepi pantai. Lorong Fatimah, belakang dia tepi pantai. Air laut sebagai sokongan. Semua bengkung akan diuji flip, kecuali kuninglah.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-3-2007 06:30 PM | Show all posts

KURSUS BENGKUNG HITAM

Guru Gayong Malaysia dakwa dapat hitam cula 4, cula 5 daripada gelanggang Gurun? Saya pun pakai hitam jalur dua aja(ketawa). Dia mesti melalui saya kalau nak ambil pelajaran hitam yang sampai cula ke-4, ke-5 dan ke-6. Kalau Cikgu Majid sahaja, tak boleh luluskan sampai cula ke-4, ke-5, ke-6. Ada pelajaran yang hak saya Cikgu Majid tak ada. Dato
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-3-2007 06:34 PM | Show all posts

DIPLOMA SILAT SENI GAYONG SCHOOL

Cuma yang ada 3 orang aja. Cikgu Ahmad Lazim tak ada tu. Singapore Gayong School. Yang dapat diploma - saya, Cikgu Majid, Cikgu Nordin Perlis dan arwah anak dia, Siti Aishah. Walaupun saya tak berlatih dengan Dato' Meor(di Taiping), pelajaran semua saya tahu.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-3-2007 06:38 PM | Show all posts

AWANG DAUDS MARTIAL ARTS

Dia(silat lain) nak cedok kat mana dia punya pasallah. Macam saya juga. Saya duduk di Kelantan, saya buka martial arts. Kita tak ambil buah silat Gayong. Buah-buah, saya tak ambil hak Gayong. Saya gabungkan sendiri karate, taekwondo, wushu, boxing Siam. Saya gabungkan, saya jadikan satu Martial Arts. Kalau tengok buah saya lebih canggih daripada Silat Gayong. Memanglah Cikgu Majid tuduh orang Gayong nak campur adukkan dengan karate, taekwondo, wushu, apa semua. Memang sayalah. Dia smash kat sayalah. Saya buka martial arts. Memanglah. Dulu saya gabungkan semua. Wushu saya belajar. Karate saya belajar. Kungfu saya belajar. Permainan kayu India saya belajar. Boxing Siam saya belajar. Gabungkan semua sekali. Saya cari yang canggih-canggih semua. OK macam karate dia punya kepakaran bahagian tendangan. Tendangan dia memang hebat kan? Taekwondo dia punya pattern. Cantik kan? India dia punya permainan kayu. Boxing Siam cara dia tumbuk dengan siku. Serupa dengan buah silat. Saya masuk semua. Cantik tak? Barulah bunga tu bunga silat. Pukulan saya ambil hak silat. Saya ambil separuh. Misalnya daripada 13 steps, saya ringkaskan jadi 3 steps sahaja. Jadi, orang hendak hak banyak ke hendak hak sikit? Janji musuh jatuh. Janji KO. Jadi, bila saya buka di Kelantan, ibu bapa bawa anak-anak. Anak kecil-kecil. Hak tadika pun ada, hak darjah satu, darjah dua. Pegang anak dua-dua tangan, mari berlatih dekat saya. Yuran RM25 sebulan. Kalau 3 orang? Sebulan dekat RM75 untuk belajar (Martial Arts) aja. Belajar silat RM3 sebulan. Setahun lebih di Kelantan. Sampai dalam istana pun saya buka. Sampai semua Pertahanan Awam, Tentera, Polis semua masuk habis. Pusat Pengajian Tinggi apa semua, Nilam Puri apa semua, semua habis masuk. Saya cuba serap ke dalam Gayong. Orang-orang Gayong Kelantan merayu, "Cikgu buat camtu, walaupun RM3, tak ada orang berlatih. Semua lari pergi ke Cikgu habis." Habis, 18 cawangan saya buka. Saya, arwah anak saya dan 6 orang jurulatih. Sampai istana saya masuk. Dia gelanggang Silat Gayong semua jadi gelanggang Martial Arts. Nama dia Martial Arts. Dia diregister. Di Kuala Lumpur, tempat saya di FINAS. Semua artis belajar Martial Arts. Depa tengok Awang Dauds Martial Arts. Dengan logo saya depa pakai berlakon drama. Ada lagi orang dok pakai. Siap logo, semua siap. Dengan baju, dengan logo, dengan register. Semua siap. Kalau tidak, tak luluslah.

Kalau kita pergi ke Kuala Lumpur dan tanya guru karate, guru taekwondo, guru shaolin di KL, guru yang besar-besarlah, yang kecil-kecil tak payahlah, siapa dia Awang Daud? Nanti dia kata, "Kalau lu tak kenal siapa tu Awang Daud, lu tak usah belajar silatlah. Tak guna lu masuk silat kalau lu tak kenal Awang Daud."
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-3-2007 06:40 PM | Show all posts

PERTANDINGAN JUARA PENDEKAR KEDAH

Juara Pendekar di Kedah dia buka kepada semua (seni bela diri). Peraturan dia jangan bagi mati aja. Jangan pukul mata, jangan pukul buah penyawa. Atas badan semua boleh pukul. Superstar hak kuat, hak terror, lawan dengan budak yang latih di sini(Gurun), tercabut tangan. Terkulai. Kena dengan budak-budak sinilah. Budak sini sebelum saya buat pertandingan tu saya latih 3 bulan dululah. Bagi latihan ala tentera habis. Selama 3 bulan. Lepas tu baru keluar borang untuk pertandingan. Dah buat persiapan dulu. Tapi biasanya tuan rumah memang begitulah. Kalau Sukan SEA kita jadi tuan rumah, lagi dua tahun dia bagitahu siapa tuan rumah. Jadi kita preparelah. Juara silat semua orang Gayonglah. Taekwondo depa tak masuk. Bila dia tengok kali pertama dia tak masuk. Dia (tuan rumah) kata hari pertama dia bagi silat aja. Silat Gayong sahaja. Untuk pemilihan ke peringkat antarabangsa ni. Kalau karate dan taekwondo nak masuk, tunggu hari kedua. Tengok-tengok yang habis pecah muka, yang selak, yang terkopak. Mereka tarik diri. Mana nak masuk. Tak boleh nak masuk. Tak nak masuk sebab ganas. Jurulatih taekwondo hak Kedah dia kawan baik saya. Dia kata, "Cikgu buat gitu mati ooo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.050306s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list