CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cloud_hardcore

SILAT GAYONG

[Copy link]
 Author| Post time 11-3-2007 06:19 PM | Show all posts

LATIHAN KEKUATAN

Nak bagi kuat (tangan) kita pegang(tarik) getah (tiub basikal). Kaki, main getah juga. Nak bagi tinggi(sepakan), ambil besi ball-bearing, kita tarik kaki bagi naik, naik...

Tumbuk, guna punching bag. Punching bag, mula-mula bubuh habuk kayu. Lepas tu dicampur dengan pasir. Lepas tu, buang semua, bubuh pasir sahaja. Berat sikitlah. Berlatih dalam dua minggu. Ni lama sikit. Lepas dua minggu, buang separuh daripadanya, kita bubuh batu dengan pasir. Batu kecil-kecil; batu kerikil. Campurkan.

Silat, kegunaan (serangan) kaki ada 5 cara. Kalau tomoi dia ada dua. Dalam silat, kita kena kuat 5 bahagian kaki.

Ada latihan silat yang katok tulang kering dengan rotan. Untuk kuatkan urat-urat kaki. Kaki, dia merangkumi semua anggota kekuatan kita. Segala penyakit dalam badan kita duduk di kaki tau? Kalau kaki kita sihat bermakna badan kita sihat. Refleksologi - urut tapak kaki. Tapak kaki ada beratus cabang urat saraf; punca urat saraf. Dia kena kuat di situ. Kena mengajilah (kalau nak tahu).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-3-2007 06:20 PM | Show all posts

KISAH MAHAGURU

Dato
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2007 06:21 PM | Show all posts
Baju tak pakai. Dia gulung kain pelekat. Dia tunjuk. Dia ajar gitu-gitu aja. Nak tengok dia pakai baju silat tak dak. Di gelanggang pun gitu juga. Dia pakai kain sahaja. Baju tak pakai. Dia bukan mengajar. Dia tak mengajar. Yang mengajar, saya dengan Cikgu Majid. Cuma dia turun bila nak tengok anak murid lain berlatih. Dia tengok, dia kata, "Bagus, bagus, bagus." Dia naik atas rumah semula. Bila orang dah balik habis, baru dia panggil Cikgu Majid dengan saya turun. Dia tegur jika ada kesilapan kita di gelanggang. Sekarang ni, gurulatih yang mana hak tinggi-tinggi, depan anak murid dia tegur(gurulatih). Jatuhlah standard. Jatuh standard(air muka) gurulatih.

Dia(Dato
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2007 06:23 PM | Show all posts

SILIBUS LAMA

Sistem lama, dia tali pinggang putih, orang tali pinggang putih kita ambil daripada exercise, senaman, lompatan, rangkum semua gerakan tangan dan kaki jadi Rajawali 49. Hak tali pinggang merah sekarang ni baru tali pinggang putih dulu. Buah pentas kena main sampai buah 21, buah tangkapan, buah pukulan, buah pecahan. Baru dapat putih. Untuk tangan kosong, itu aja. Baru you masuk hijau. Hijau tu dikhusus banyak tongkat, banyak pisau, gerakan pisau, gerakan tongkat, gerakan parang. Sampai habis. Lepas tu baru dia masuk keris, masuk lembing, masuk cendai. Masuk merah. Sekarang tak dak. Sekarang kena cari. Itulah saya kata, modal habis, tak dak depa ni, tu yang sekat, sekat, sekat.

Hitam dulu powerlah. Hitam dulu kalau setakat tiga orang kita boleh lawan sambil tutup mata. Lawan senjata. Kira yang terbaiklah tu.

Merah biasa habis senjata semua.

Kuning dia bahagian-bahagian dia. Bahagian pecah genting, pecah kelapa, koyak kelapa dengan gigi, tokak besi panas, berjalan atas bara api. Bagi habis pecah-pecah semua genting, pecah kelapa apa semua. Hak dulu punyalah. Lepas tu dia kena ulang kaji balik, nak tengok dia ingat ke tidak, daripada buah asas, daripada buah 1, putih, hijau, merah, dia boleh himpun semua balik tak. Dah kita gulung semua daripada putih, hijau, merah, dah sampai hak yang pecah-pecah genting, kelapa (pemusnahan), baru dia masuk ke hitam. Jadi serba segala-galanya dia dah masuk dah. Baru dia pergi hitam.

Rajawali dia ada buah sendiri. Peringkat kuning. Gerak dia duduk dalam (bengkung) hijau, dalam merah. Buah dia dalam kuning.

Macam 4-5 orang serang, kena guna langkah yoi. Langkah yoi 1-21. Orang guna kayu, guna lembing, guna pisau, keris, parang, semua kita boleh guna(yoi). Tangan kosong lagi sedap.

Gerakan 10-20 dia lompat tepat. Dia dah masuk serangan harimau kumbang. Itu bahaya dah. Semua dia makan bawah.

Buah yoi dia banyak buah pukulan. Dia tak masuk buah tangkapan. Dia masuk buah pukulan banyak. Gerak dan masuk. Apabila berlatih, berlatih gerak dulu, tapak (yoi) dulu. Kalau dah stabil, tahu gerak, baru masuk buah.

Murid la ni kalau dia ambil putih, bila ambil hijau, pelajaran putih dia lupa habis. Dia dapat merah, pelajaran hijau dengan putih dia lupa. Dulu kalau kita nak ambil hak merah, dia uji hak putih dulu. Lepas tu dia uji hijau. Habis hijau baru uji merah. Tapi penatlah. Kuning - putih, hijau, merah uji dulu. Hitam - diuji semua sekali.

Zaman saya dulu, tumbuk (gerakan tumbuk) sahaja sebulan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2007 06:24 PM | Show all posts

SEJARAH PUSAKA GAYONG

Gayong Pusaka - Datin no. 1, Gayong Malaysia Datin - no. 2. Dato
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2007 06:27 PM | Show all posts

GAYONG DAN PELAKON FILEM/DRAMA

Saya ajar silat kepada pelakon untuk berlakon aja(Choreographer). Jins Shamsuddin dia belajar Gayong awal lagi, dengan Cikgu Majid di Terong, Perak. Dia belajar awal lagi. Dekat Cikgu Majid. Sebelum dia jadi pelakon. Dia pergi ke Singapore, lompat terbang semua dia dah boleh. Jins Shamsuddin, dia memang baik dengan arwah Dato' Meor. Dia kursus dengan Dato' Meor terus. Wak Jasni di Singapura, dia khusus untuk pelakon di Jalan Ampas sahaja.

Saya, tawaran berlakon banyak. Semua saya tolak. Pasal drama moden ni banyak hero jambu-jambu, lawa-lawa.

Pelakon Ebby Yus belajar dekat Sani. Dia anak murid Sani. (Dia boleh buat backflip?) Ha, memanglah. Dia berlatih. Tu saya kata kalau rajin berlatih, tak kira badan besar mana dia boleh buat. Yang jadi masalah, saya gemuklah, saya tak boleh flip, badan saya berat. Memang tak bolehlah. Kalau kita sendiri, saya kata tadi keyakinan pada diri kita sendiri, kalau kita tak yakin pada diri kita, mana boleh buat saya gemuk, perut saya buncit, mana boleh bla bla bla...pun tak bolehlah. Kalau macam tu apa pasal badan gemuk macam ahli gusti boleh flip ke belakang? Pasal dia yakin pada diri dia, dia boleh buat. Kemudian, kita kena yakin kita boleh buat. Dia yang besar boleh buat, takkan kita yang kecil tak boleh buat.

(Latihan?) Latihan dia atas jurulatih jugak. Kalau anak murid kita nak buat sommersault ke belakang, kita kena pegang tali pinggang. Dua orang di kiri kanan. Lepas tu pegang tali sahaja(dua orang). Jangan pegang tali pinggang. Letak tali. Bukan lilit, letak di belakang. Suruh lompat. Angkat tali - sokong dia dengan tali. Sokong dia jangan bagi tumbang. Sambil tu (beri kata-kata perangsang), "Oh, pandai. Awak pandai. Pandai. Cantik. Cantik. Cantik." Dalam cantik, cantik, cantik tu kita jangan support. Letak sahaja tali(tidak payah lambung). Sambil kata, "Jangan takut. Saya ada." Guna psikologi, "Rasa tali tak?" sambil kita tarik hujung tali sedikit. "Ada, ada..." "1,2,3 lompat!!!" "Tak rasa tali pun?" "Awak buat laju, cantik, tak berasalah..."

Untuk flip depan, kita pegang bahu dia. Letak tangan kita tang tengkuk dia. Dia angkat kaki, kita lambung dia. Kemudian, letak tangan aja. O.K. 1,2,3 kita jangan angkat.

Handspring depan, kita pegang bahu dia. Dua orang boleh. Seorang pun boleh.

Saya dulu atas simen. Tak ada tilam, tak ada apa. Tapi tepi pantai. Lorong Fatimah, belakang dia tepi pantai. Air laut sebagai sokongan. Semua bengkung akan diuji flip, kecuali kuninglah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-3-2007 06:30 PM | Show all posts

KURSUS BENGKUNG HITAM

Guru Gayong Malaysia dakwa dapat hitam cula 4, cula 5 daripada gelanggang Gurun? Saya pun pakai hitam jalur dua aja(ketawa). Dia mesti melalui saya kalau nak ambil pelajaran hitam yang sampai cula ke-4, ke-5 dan ke-6. Kalau Cikgu Majid sahaja, tak boleh luluskan sampai cula ke-4, ke-5, ke-6. Ada pelajaran yang hak saya Cikgu Majid tak ada. Dato
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2007 06:34 PM | Show all posts

DIPLOMA SILAT SENI GAYONG SCHOOL

Cuma yang ada 3 orang aja. Cikgu Ahmad Lazim tak ada tu. Singapore Gayong School. Yang dapat diploma - saya, Cikgu Majid, Cikgu Nordin Perlis dan arwah anak dia, Siti Aishah. Walaupun saya tak berlatih dengan Dato' Meor(di Taiping), pelajaran semua saya tahu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-3-2007 06:38 PM | Show all posts

AWANG DAUD扴 MARTIAL ARTS

Dia(silat lain) nak cedok kat mana dia punya pasallah. Macam saya juga. Saya duduk di Kelantan, saya buka martial arts. Kita tak ambil buah silat Gayong. Buah-buah, saya tak ambil hak Gayong. Saya gabungkan sendiri karate, taekwondo, wushu, boxing Siam. Saya gabungkan, saya jadikan satu Martial Arts. Kalau tengok buah saya lebih canggih daripada Silat Gayong. Memanglah Cikgu Majid tuduh orang Gayong nak campur adukkan dengan karate, taekwondo, wushu, apa semua. Memang sayalah. Dia smash kat sayalah. Saya buka martial arts. Memanglah. Dulu saya gabungkan semua. Wushu saya belajar. Karate saya belajar. Kungfu saya belajar. Permainan kayu India saya belajar. Boxing Siam saya belajar. Gabungkan semua sekali. Saya cari yang canggih-canggih semua. OK macam karate dia punya kepakaran bahagian tendangan. Tendangan dia memang hebat kan? Taekwondo dia punya pattern. Cantik kan? India dia punya permainan kayu. Boxing Siam cara dia tumbuk dengan siku. Serupa dengan buah silat. Saya masuk semua. Cantik tak? Barulah bunga tu bunga silat. Pukulan saya ambil hak silat. Saya ambil separuh. Misalnya daripada 13 steps, saya ringkaskan jadi 3 steps sahaja. Jadi, orang hendak hak banyak ke hendak hak sikit? Janji musuh jatuh. Janji KO. Jadi, bila saya buka di Kelantan, ibu bapa bawa anak-anak. Anak kecil-kecil. Hak tadika pun ada, hak darjah satu, darjah dua. Pegang anak dua-dua tangan, mari berlatih dekat saya. Yuran RM25 sebulan. Kalau 3 orang? Sebulan dekat RM75 untuk belajar (Martial Arts) aja. Belajar silat RM3 sebulan. Setahun lebih di Kelantan. Sampai dalam istana pun saya buka. Sampai semua Pertahanan Awam, Tentera, Polis semua masuk habis. Pusat Pengajian Tinggi apa semua, Nilam Puri apa semua, semua habis masuk. Saya cuba serap ke dalam Gayong. Orang-orang Gayong Kelantan merayu, "Cikgu buat camtu, walaupun RM3, tak ada orang berlatih. Semua lari pergi ke Cikgu habis." Habis, 18 cawangan saya buka. Saya, arwah anak saya dan 6 orang jurulatih. Sampai istana saya masuk. Dia gelanggang Silat Gayong semua jadi gelanggang Martial Arts. Nama dia Martial Arts. Dia diregister. Di Kuala Lumpur, tempat saya di FINAS. Semua artis belajar Martial Arts. Depa tengok Awang Daud抯 Martial Arts. Dengan logo saya depa pakai berlakon drama. Ada lagi orang dok pakai. Siap logo, semua siap. Dengan baju, dengan logo, dengan register. Semua siap. Kalau tidak, tak luluslah.

Kalau kita pergi ke Kuala Lumpur dan tanya guru karate, guru taekwondo, guru shaolin di KL, guru yang besar-besarlah, yang kecil-kecil tak payahlah, siapa dia Awang Daud? Nanti dia kata, "Kalau lu tak kenal siapa tu Awang Daud, lu tak usah belajar silatlah. Tak guna lu masuk silat kalau lu tak kenal Awang Daud."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2007 06:40 PM | Show all posts

PERTANDINGAN JUARA PENDEKAR KEDAH

Juara Pendekar di Kedah dia buka kepada semua (seni bela diri). Peraturan dia jangan bagi mati aja. Jangan pukul mata, jangan pukul buah penyawa. Atas badan semua boleh pukul. Superstar hak kuat, hak terror, lawan dengan budak yang latih di sini(Gurun), tercabut tangan. Terkulai. Kena dengan budak-budak sinilah. Budak sini sebelum saya buat pertandingan tu saya latih 3 bulan dululah. Bagi latihan ala tentera habis. Selama 3 bulan. Lepas tu baru keluar borang untuk pertandingan. Dah buat persiapan dulu. Tapi biasanya tuan rumah memang begitulah. Kalau Sukan SEA kita jadi tuan rumah, lagi dua tahun dia bagitahu siapa tuan rumah. Jadi kita preparelah. Juara silat semua orang Gayonglah. Taekwondo depa tak masuk. Bila dia tengok kali pertama dia tak masuk. Dia (tuan rumah) kata hari pertama dia bagi silat aja. Silat Gayong sahaja. Untuk pemilihan ke peringkat antarabangsa ni. Kalau karate dan taekwondo nak masuk, tunggu hari kedua. Tengok-tengok yang habis pecah muka, yang selak, yang terkopak. Mereka tarik diri. Mana nak masuk. Tak boleh nak masuk. Tak nak masuk sebab ganas. Jurulatih taekwondo hak Kedah dia kawan baik saya. Dia kata, "Cikgu buat gitu mati ooo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2007 06:42 PM | Show all posts

PENYATUAN GAYONG

Cadangan awal - Gayong Malaysia nak bubar Gayong Pusaka dan lantik Cikgu Majid jadi Guru Utama dan Cikgu Awang sebagai pembantu. Dia punya pelan awallah. Jadi, kita serapkan Gayong Pusaka dalam Gayong Malaysia.Jadi, boleh ke? Saya kata Silat Gayong Pusaka jangan hapus. Biar Cikgu Majid masuk PSSGM dulu. Lantik Cikgu Majid dulu. Masuk dalam Gayong Malaysia. Saya akan urus dalam Gayong Pusaka. Tak boleh ke? Kena hapus? Saya kata kami pendaftaran masih hidup. Gayong Malaysia dah mati(pada masa tu). Baik Gayong Malaysia masuk dalam Gayong Pusaka. Lagi bagus. Ohh tak boleh, dia kata. Awak nak hidupkan Gayong Malaysia, awak nak matikan kami. Tapi hak kami hidup, hak awak punya mati. Jadi dia nak gunakan hak Gayong Pusaka ni, nak gunakan untuk hidupkan Gayong Malaysia. Mana boleh, saya kata. Gayong Malaysia masuk di bawah Gayong Pusaka, bernaung di bawah Gayong Pusaka. Dia tak mahu gitu. Ahmad Lazim tak mahu gitu. Kalsom pun tak mahu gitu. Nak suruh hapus Gayong Pusaka. Sorry lah saya kata.Ya lah memang dia orang(PSSGM) nak ambil Cikgu Majid pegang Lembaga Adat. Bila ambil Cikgu Majid, secara automatik orang kata Gayong Pusaka akan ikut dia orang ni. Tentu dia akan ikut bapak dia, Cikgu Majid. Tapi saya kata sorry lah. Saya tak ikut. Biar saya tak mengajar silat, tak mengapa. Apabila Cikgu Razali meninggal, Ahmad Lazim yang kuat dengan Cikgu Majid. Yang suruh bubar Gayong Pusaka. Suruh masuk dalam Gayong Malaysia sebab dia pegang pewaris dalam Gayong Malaysia. Dia pewaris Gayong Malaysia. Pewaris masih banyak yang ada. Dia mana boleh pegang. Fadilah ada lagi. Anak Dato', Fadilah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2007 06:44 PM | Show all posts

CIKGU AWANG DAN TOKOH SILAT LAIN

Gayong Fatani asal Pattani. Anuar Wahab tu kawan baik saya. Pernah belajar Gayong atau tidak, saya tak tahu. Tapi Cikgu Majid kata Anuar anak murid Gayong. Tapi dengan saya dia tak belajar. Saya tak pernah tahu dia belajar Silat Gayong. Dia belajar dekat Cikgu Majid. Ataupun dia belajar dengan Dato' Meor. Tapi saya tak tahulah. Wallahualam. Tok guru dia orang Kedah. Orang Pendang. Tok guru dia anak murid Dato' Meor juga. Wallahualam.

Cekak tu tok guru dia orang Perak. Pak Ya tu. Saya tak kenal Pak Ya. Tapi yang Azmi Long bawa tu (Kalimah). Juga Ustaz Hanafi (Cekak). Ustaz Hanafi tu dia masa nak buka silat, masa tu saya tak kahwin lagi, saya baru belajar silat, dia datang ke rumah Cikgu Majid. Dia selalu tengok saya. Saya masa tu tengah ajar kursus tumbuk genting, pecah genting, kepak besi. Dia minta saya bekerjasama dengan dia pergi jual ubat. Saya tunjuk kuat, dia jual ubat. Azmi Long dia jual ubat bodybuilder. Saya tunjuk kuat, dia jual ubat. Lepas tu hilang. Dia hilang. Ustaz Hanafi hilang. Muncul kembali, Azmi Long dengan Silat Kalimah, Ustaz Hanafi dengan Silat Cekak.

Lincah pulak, sejarah dia kalau orang tanya saya, saya tak tahu. Yang saya tahu saya yang buka gelanggang di rumah Omar Din. Makan nasi beriani. Arwah En. Razali Salleh yang bawa saya, pergi dengan Cikgu Majid. Itu yang saya tahu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2007 06:47 PM | Show all posts
*semua maklumat ini adalah dari wawancara verbatim) dengan Cikgu Awang Daud di rumah beliau di Kg. Sg. Ibor, Gurun, Kedah pada 5 Januari 2003.

harap maklum....

hidup gayong...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2007 06:34 AM | Show all posts
Silat sapu 5 lagi emas

SINGAPURA
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2007 12:40 PM | Show all posts

Reply #153 cloud_hardcore's post

berita baru tadak ke..??

tuh suma dah lama laa...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2007 03:33 PM | Show all posts
ada sapa2 yang dah khatam keris????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2007 03:02 AM | Show all posts

Reply #156 Periuk_api1209's post

kenapa?
nak blaja ke...

aku pon tak de la mahir sangat....tapi klu de masalah stori ar...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2007 03:09 PM | Show all posts

Reply #157 cloud_hardcore's post

huh canteekkk...

cuma nak tau skit ah..setau wa dulu kalau nak belajar keris kena pergi kursus intensif peringkat pusat...yg dulu cam yang wa dgr dorang buat kat kompleks sukan Kg Pandan..drg ajar sampai khatam ker atau separuh2 ah???

..cam aku dulu kursus pisau ngan tongkat dorang ajar separuh2 jer...maksud aku tak sampai khatam la..dorang kata to be continue pada siapa yang nak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2007 06:43 PM | Show all posts

Reply #158 Periuk_api1209's post

aku ambek senjata ng cikgu aku jer...
klu aku nk lebey aku g ar kt gelanggang gayong negeri....

pastu kursus senjata ni nk mantap kan pe kite dpt dan leh dapat buah laen ske2...
pas kursus tu de ujian....
tgk lulus tak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2007 07:11 PM | Show all posts

Reply #159 cloud_hardcore's post

eh..bleh lak cikgu u ajar keris kat gelangang sendiri yek???cikgu wa dulu ckp kalau nak ambik keris tu kena gi pusat sebab dia kata keris ni pantang lain mcm skit....

..kalau cam pisau, tongkat, simbat ngan parang leh ah dia ajar....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.090305 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list