CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: katana83

~MERGED~ Mokhtar Dahari - Lagenda Pemain Bolasepak Malaysia

[Copy link]
Post time 31-10-2006 11:53 AM | Show all posts
1971: Mewakili Selangor dalam Pertandingan Piala Burnley (sekarang Piala Razak), di Kuching, Sarawak. Perlawanan pertama menentang Kedah dan menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan itu.


1972: Kali pertama turun mewakili pasukan utama Selangor menentang Kelab Hitachi dari Jepun dan perlawanan akhir pertama Piala Malaysia ialah ketika Selangor menewaskan Perak 3-0 dengan Mokhtar menjaringkan satu gol. Mula mewakili Malaysia di Kejohanan Belia Asia, di Bangkok.

- Kali pertama terpilih mewakili pasukan utama Malaysia ke Kejohanan Piala Jakartaraya. Perlawanan pertama menentang Sri Lanka.


1973: Mewakili Malaysia ke pra Piala Dunia di Seoul. Kali pertama beraksi di Pestabola Merdeka menentang Kuwait pada perlawanan akhir. Malaysia menang 3-1 dan Mokhtar jaringkan dua gol.


1974: Mencipta gol terbanyak dalam satu perlawanan antarabangsa apabila menjaringkan lima gol ketika menentang Filipina di Sukan Asia Teheran.


1975: Mewakili negara menentang Arsenal. Malaysia menang 2-0. Mokhtar menjaringkan kedua-dua gol itu.


1976: Mendapat kaps Malaysia ke-100 ketika menentang Jepun di Pestabola Merdeka.


1977: Mendapat Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1976.


1980: Kembali beraksi di Pestabola Merdeka dan membawa negara muncul naib juara selepas tewas kepada Maghribi di final. Membawa negara meraih pingat emas Sukan Sea pertama apabila menewaskan Thailand 2-0 pada perlawanan akhir. Mokhtar menjaringkan 1 gol.


1978: Menjaringkan gol penyamaan ketika menentang England `B'. Perlawanan berkesudahan seri 1-1.


1979: Kali pertama dipilih menjadi ketua pasukan Piala Malaysia Selangor (menentang Tentera) apabila Soh Chin Aun enggan meneruskan tugas itu. Mengakhiri zaman bujang selepas berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim. Mempertahankan pingat emas Sukan SEA dengan mengalahkan Indonesia 1-0 menerusi jaringan gol tunggal. - Mengumumkan persaraan arena bola sepak antarabangsa.


1981: Menerima kad merah pertama dan terakhir dalam kariernya ketika menentang Singapura (Piala Malaysia). Pengadil `bersejarah' itu ialah Othman Omar. Mewakili negara ke pra Piala Dunia di Kuwait. Malaysia dikecam kerana gagal. Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali kedua.


1982: Mengetuai Pilihan Selangor menentang Boca Juniors yang diketuai Diego Maradona.


1985: Kembali menyarung jersi negara ke pertandingan pra Piala Dunia di Seoul menentang Korea Selatan. Malaysia tewas 0-2 dan Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali ketiga dan terakhir.


1986: Memimpin Selangor menjadi juara Piala Malaysia dan muncul sebagai `Pemain Terbaik Perlawanan Akhir'. Mengumumkan persaraan peringkat negeri dan menghadiahkan jersi `keramat' nombor 10 kepada Raja Muda Selangor.


1987: Menarik balik persaraannya untuk mewakili Selangor semusim lagi.


1988: Menyertai Kwong Yik Bank dan membawa kelab itu menjadi juara Liga Selangor. Khabar angin bertiup Mokhtar mengidap penyakit ganjil.


1989: Disahkan mengidap penyakit Mascular Dystrophy. - berlepas ke London untuk mendapat rawatan lanjut. Pulang ke tanah air tanpa sebarang perubahan.


1990: Keadaan Mokhtar semakin buruk.


1991: Meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang pada Khamis, 11 Julai jam 8.25 pagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2006 12:12 PM | Show all posts
info yang menarik,alfatihah
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2006 01:37 PM | Show all posts
al-fatihah...............apa cite ngan anak2 dia yek? Yg ifa ingat...pernah kuar tv...tapi tak ingat apa wife dia kata.......
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2006 02:40 PM | Show all posts
apa sakit dia sebenarnya?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2006 03:09 PM | Show all posts
Originally posted by sherrina at 31-10-2006 02:40 PM
apa sakit dia sebenarnya?



Mascular Dystrophy
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2006 03:11 PM | Show all posts
The muscular dystrophies are a group of genetic and hereditary muscle diseases; characterized by progressive skeletal muscle weakness, defects in muscle proteins, and the death of muscle cells and tissue. In some forms of muscular dystrophy, cardiac and smooth muscles are affected. The muscular dystrophies are the most-known hereditary diseases. The most common form is Duchenne muscular dystrophy (DMD). This form is caused by mutations of the gene for the dystrophin protein. The dystrophin gene is the second largest gene in mammals. The dystrophin gene is located on the X chromosome, thus making DMD a 'sex-linked' disorder. Accordingly, muscular dystrophies are much more common in males, as females have two copies of the X chromosome while males have only one. There is no known cure for muscular dystrophy. Inactivity (such as bed-rest and even sitting for long periods) can worsen the disease. Physical therapy and orthopedic instruments (e. g. , wheelchairs, standing frames) may be helpful. There is no specific treatment for any of the forms of muscular dystrophy. Physical therapy to prevent contractures (a condition in which shortened muscles around joints cause abnormal and sometimes painful positioning of the joints), orthoses (orthopedic appliances used for support) and corrective orthopedic surgery may be needed to improve the quality of life in some cases. The cardiac problems that occur with Emery-Dreifuss muscular dystrophy and myotonic muscular dystrophy may require a pacemaker. The myotonia (delayed relaxation of a muscle after a strong contraction) occurring in myotonic muscular dystrophy may be treated with medications such as quinine, phenytoin or mexiletine.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2006 01:44 AM | Show all posts
Gambar Khairuddin (dua dari kanan), pemain hoki Malaysia dan Arwah Mokhtar Dahari (paling kanan sekali), lagenda bola sepak Malaysia di Sukan Asia Tehran 1974......first time aku dpt tgk gambar Mokhtar Dahari dari dekat  :D ........*credit to Ibu Yasmin dan Danish*

*click gambar untuk view lebih besar*

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 11:55 PM | Show all posts
mod merged kan topik yang ada.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2007 01:36 PM | Show all posts
walaupun tak pernah tengok Allahyarham beraksi, tapi sesuatu yg buat joyah berasa sedih dan
mengalirkan air mata tiap kali menyebut tentang arwah ialah kerana kakak 'tiba2'berminat
mengumpul setiap keratan akhbar tentang arwah. keratan2 itu ditampal dlm sebuah buku
khas utk arwah. dan tajuknya Dare To Be Different. dan masa tu lagu hits Oh Ibu nyanyian
kumpulan Exist ditulis bersebelahan dgn artikel Datuk Mokhtar Dahari meninggal dunia.
Tak lama kemudian,  kakak pulang menyahut seruan Ilahi. Mungkin itu petunjuk dari Allah yg
kakak dah nak 'pergi'.

buat Allahyarham Mokhtar dan Allahyarhamah kakak, Al-fatihah
semoga roh kalian ditempatkan bersama2 roh2 yg Allah syg..
amin..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2008 10:48 PM | Show all posts

MOKHTAR DAHARI...Kehilangan mu tiada galang ganti nya..



Allahyarham Mokhtar Dahari yang masih dikenang sehingga ke hari ini walaupun hayatnya sudah bersemadi hampir 15 tahun lalu.

Biarpun ramai generasi muda masa kini tidak mengenali dengan dekat bintang negara itu, tapi hampir semua pasti pernah mendengar namanya - pemain dengan bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia. Paling ketara Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan kehebatannya.
Pada usia 23 tahun, Mokhtar atau lebih terkenal dengan jolokan SuperMokh diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan Olahragawan Kebangsaan 1976.

Kelebihan dimiliki 慡upermokh
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2008 10:53 PM | Show all posts
al-fatihah..........
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2008 11:23 PM | Show all posts
supermokh paling hebat di Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 12:37 AM | Show all posts
pemain malaysia sejak liga m tukar jadi pro semua jadi makin hampeh.perasan artis masing2.bakat tak ke mana,yang lebihnya posing tepi kolam renang utk Mangga.hark ptuii....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 12:52 AM | Show all posts
Supermokh nih...sakit misteri gak ker???
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 10:06 AM | Show all posts
carilah video dia dalam youtube. kalau sapa2 yang tak pernah tengok aksi dia, pasti terpegun.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 10:38 AM | Show all posts
carilah video dia dalam youtube. kalau sapa2 yang tak pernah tengok aksi dia, pasti terpegun.


aku siap wat koleksi agy..hahaha..
laju nk mampus..die leh kate sehebat maradona...tendang jgn ckp la..
kene kambing leh terberak kambing tuh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2008 10:44 AM | Show all posts
Supermokh nih...sakit misteri gak ker???


leh tahan la gosip die kene pyakit buatan org..tp sbnrnyer die kena pnyakit saraf yg jarang2 org kene..
pghidap mgalami kelumpuhan seluruh badan..tak leh gerak..bercakap..

tp yg sedey nyer..lepas arwah ningal..ramai nk amik ank arwah sbgai ank agkat..cam ank beckham la..
elton john amik jd ank angkat..tp tut2..tak der pape pon tjadi..cakap je sbnrnyer..

aku suggest kat krajaan masia atau sgor..sumbang la sbidang tanah ke ape ke..
byk da die bbkti u malaysia..
wife die pnh ckp..die jarang dapat bermesra ngn husband die..sbb husband die ni amat2 komited utk negara..
stahun die ckp..3 bulan je klu di hitung die dapat btul2 bersama suami ksygn die tu..

agak2 korg..ada ke pmain mlaysia sehebat dan bersemangat cam arwah???
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 08:29 AM | Show all posts
Aku tak sempat sangat masa time SUpermokh main bola, tapi tengok klip2 dia, mmg terbukti arwah mmg seorang pemain bolasepak yang bakatnya mengagumkan...

Namun hayatnya tak lama... Dah dipanggil mengadap ILAHI... Al-fatihah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 10:13 PM | Show all posts

Reply #1 cronicle86's post




Datok Mokhtar Dahari -




masa uncle mokhtar kawin dengan tengku zarina
(kerabat di raja kelantan) - my parents pergi sebab dia duk kg pandan
4 blocks dari rumah kitorang -
(lepas kahwin dia moved to keramat - tapi parents dia still kat C4)
and i met him when i was like so young.. he was such a brill player -
and a very down to earth person -
and i know the padang that he played a lot when he was still at school
(saya pun tak ada lagi masa tu) - but when i was young selalu pergi
padang kat jalan A tu -- sebelah tu budak2 main takraw -

my brother memang fan of uncle mokhtar - dia punya anak -
nama reza kalau tak silap  kawan dengan my brother - (younger a bit
than my bro) - pemain bola gak - nice guy and very low profile walau bapanya
memang famous -



yang saya cam - mokhtar julang piala malaysia - then arumugam (spiderman) - dah meninggal and
zainal abidin hassan masa dia muda muda - tak silap dia ni adik khalid ali - one of malaysian great player
too - rasanya santokh ada tu - tapi tak nampak sangat kat belakang tangan tu - not sure masa ni
chin aun dah pindah ke malacca or not - sebab there's one stage after represent selangor chin aun
(malaysian skipper - nickname : tokey) moved to his birth state - malacca -



abang saya ada video masa arwah jaringkan gol masa perlawanan
persahabatan dengan England B - in 1978 -  dia taped dari TV masa depa buat
cerita tentang arwah -   a brilliant GOAL.. and he shot it from a good 40m if i am
not mistaken.. masa tu coach England Bryan Robson - (dia ni pernah pegang
guinness book of record the earliest goal - 27 second into the game) -

my brother yang sokmo cerita kat saya pasal arwah  -  arwah pernah kena surgery
kat lutut - lama gak kena rehat masa tu ... in 1977 rasanya - dia sportsman of malaysia
in 1976 -  dulu dia pernah kena gossip dengan zaiton othman -  
sportswoman of the year 1982 - ( saya kenal kak zaiton ni personally - dah jumpa pun
masa saya buat training kat MSN bukit jalil - a great person and brilliant heptathlete)

anyway - nanti kalau sesiapa berminat  ha - boleh kita share cerita tentang super mokh ni -

saya suka tengok permainan mokhtar .. pada saya tak sapa boleh gantikan dia lagi -

squad malaysia lawan pestabola merdeka in 70s (i wish i were there) --  saya suka tengok
video tu... what a great matches - terutama bila yang lawan musuh tradisi  South Korea -
imagine  Malaysia was better then South Korea then - now -  South Korea  masuk World Cup lagi -

pemain bola dulu dan sekarang tak sama - dulu tak sebuk dengan nak lebih duit etc..
depa main sebab semangat cintakan negara -  pemain sekarang nak duit lebih
tapi main macam kambing...   (tu yang saya tak tengok dah local soccer  - saya suka
lagi tengok  peter crouch  and liverpool -)
rasanya boleh tahu banyak kalau dengar cerita serbegeth singh - (shabby)
dia pun dulu exfootballer malaysian gak - though tak se popular santokh singh
or soh chin aun .. tapi made a great contribution to malaysian soccer nevertheless -

mokhtar tak meninggal dengan penyakit misteri -
he wasn't well  for quite sometimes - especially after
all the injuries yang dia terima masa main bola ---

Mokhtar died at age 37 of muscular dystrophy

mokhtar -  you are sorely missed!! -

jom tengok jaringan mokhtar  -- (saya tak dapat lagi copy yang dia goalkan
masa lawan england - but hopefully we can see that some time soon)




[ Last edited by  dexa at 25-4-2008 11:21 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 10:47 PM | Show all posts
teringat masa tu, aku kecit lagik, arwah mak aku kawan ngan arwah MIL supermokh, kebetulan ku pegi umah tu, dia n family ada, sempat salam tu ngan dia....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.068257 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list