CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: LailaTempawan

Legenda Mahsuri

     Close [Copy link]
Post time 3-11-2006 10:20 AM | Show all posts
Originally posted by anaktoyol at 3-11-2006 02:26 AM
aku pun pelik....mahsuri yg cuma lagenda atas setia dan mempertahankan kebenaran...pun di puja sampai keturunannya...tapi cucu cicit  pahlawan melayu yg betul berjuang sampai tertumpah darah untuk  ...



Sangat2 la  :setuju:
Padahal mmg confirm dorang2 nie
keturunan pahlawan tuh sumer.....

[ Last edited by  zaiza01 at 3-11-2006 10:22 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2006 11:56 AM | Show all posts
Originally posted by zaiza01 at 3-11-2006 10:20 AM



Sangat2 la  :setuju:
Padahal mmg confirm dorang2 nie
keturunan pahlawan tuh sumer.....



tak tau lah yer.. semua tu kehendak "orang atas" yang menentukan siapa yang diorang nak kasi anugerah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2006 11:58 AM | Show all posts
Originally posted by Lailawati at 2-11-2006 04:56 PM
THE LEGEND OF MAHSURI
The best known legend of Langkawi is of Mahsuri, a pretty maiden

who lived some 200 years ago.







Once upon a time, there lived in Langkawi two Muslim Siam ...



thank you lailawati pasal kasi info dan gambar2 ni, really appreciate it.. kalau lah aku ni mod aku kasi awak kredit..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 12:20 PM | Show all posts
Originally posted by LailaTempawan at 3-11-2006 11:58 AM



thank you lailawati pasal kasi info dan gambar2 ni, really appreciate it.. kalau lah aku ni mod aku kasi awak kredit..


x pe....actually aku yg sebnrnya nak bukak psl Mahsuri ni tp ko dah awal bukak...aku paste jelah artikel tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2006 02:00 AM | Show all posts
Dulu dah ada thread Mahsuri ni..................

Cerita je ......mana ada orang berdarah puteh unless dia betul2 ada penyakit berlebihan darah putih.

Kan dah jadi cerita tak sudah2 orang nak claim!! Kat orang Siampun ada yang nak beri kerakyatan ke pasal dik cerita dongeng! Laa....!
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2006 03:17 PM | Show all posts
bukan ke ada filem ke pasal mahsuri ni? aku dah lupa lak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2006 05:08 PM | Show all posts
Originally posted by anaktoyol at 3-11-2006 01:26 AM
aku pun pelik....mahsuri yg cuma lagenda atas setia dan mempertahankan kebenaran...pun di puja sampai keturunannya...tapi cucu cicit  pahlawan melayu yg betul berjuang sampai tertumpah darah untuk  ...




:setuju::setuju: aku setuju dengan hang, takde ke sapa nak cerita pasal keturunan mat kilau, tok bahaman, mat salleh
dan lain-lain lagi ,kita ni lebih kepada lagenda saja, tapi memandang sepi kepada pejuang....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2006 06:23 PM | Show all posts
Originally posted by hamizao at 4-11-2006 02:00 AM
Dulu dah ada thread Mahsuri ni..................

Cerita je ......mana ada orang berdarah puteh unless dia betul2 ada penyakit berlebihan darah putih.

Kan dah jadi cerita tak sudah2 orang nak  ...


Darah Mahsuri tidak berwarna putih.darahnya sama macam kita juga.cuma bila dia nak kena hukum dia berdoa kepada Tuhan jika dia di fitnah darahnya yang keluar akibat tikaman itu berwarna putih.ini untuk menunjukkan kebenaran beliau.putih kan tanda suci.kasut p.ramlee dlm filem tiga abdul pun putih.nak tunjuk bahawa dia benar .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2007 08:17 PM | Show all posts
mahsuri de anak ker
np ek kalo x silap tgk salasilah de yg x jelas
pastu trus ke keturunan yg di thailand
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2007 01:58 PM | Show all posts
Misteri: Sumpah Keramat Mahsuri
Oleh Hamzah Osman


Langkawi dikatakan membangun, seterusnya diisytihar sebagai pulau bebas cukai pada 1987 selepas generasi ketujuh

"YA Tuhanku! Tidak aku redha dan tidak aku halalkan darahku tumpah ke bumi Langkawi. Tidak aku rela mati dengan teraniaya! Aku bersumpah pulau ini menjadi padang jarak padang terkukur, tidak akan makmur dan aman sehingga genap tujuh keturunan. Berpuakalah pulau ini! Ya, Allah, matikanlah aku yang tidak berdosa ini...."

Demikianlah antara baris akhir 憇umpah keramat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2007 01:59 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2007 01:23 PM | Show all posts

Reply #25 hamizao's post

KETURUNAN  PANDAK MAYAH


Radin Masjoro  berasal dari Pulau Besar.Ibu dan bapanya menetap dan meninggal di Pulau Besar.Beliau merupakan seorang peniaga batu permata dan emas. Beliau sentiasa berulang alik dari Negara Timur Tengah ke Nusantara ini melalui Pulau Langkasuka. Ke Negeri Siam juga pernah beliau berurus niaga. Pulau Langkasuka pula pernah menjadi tempat persingahannya.

Setelah kemangkatan kedua ibu bapanya, beliau terus berpindah ke Pulau Langkasuka. Semasa beliau berniaga ke Siam ,beliau berkenalan dengan seorang perempuan yang bernama Kuntom Bt Abdullah. Mereka pun berkhawin dan menetap di Pulau Langkasuka.

Setelah mereka menetap di Pulau Langkasuka, mereka meneruskan perniagaan hingga ke Negeri Cina sambil belajar ilmu agama.

Hasil dari perkongsian hidup mereka,dikurniakan dua orang anak. Pertama bernama Ratna Sari dan yang kedua bernama Ratna Dewi.

Setelah anak kedua dewasa, dikahwinkan pula dengan Lah B. Mat Piah  berasal dari Pattani.Hasil dari perkahwinan mereka itu, mendapat dua orang anak. Pertama bernama  Umayyah dan yang kedua bernama Ishatul.

Umayyah pula berkahwin dengan Karma yang berasal dari Pulau Langkasuka.Keluarga Karma ini menetap disebuah kampung yang bernama Kampung Cenerai di Pulau Langkasuka. Mereka mendapat tujuh orang anak Anak keenam dan ketujuh pula meninggal dunia ketika masih kecil lagi. Anak kelima mereka bernama Mayah dan dipanggil dengan gelaran Pandak (Pandak Mayah)

Setelah umur Pandak Mayah  lebih dari dua puluh tahun, beliau berkahwin dengan Cik Alang. Cik Alang berasal dari Satun. Setelah usia Pandak Mayah dua puluh empat tahun, mereka mendapat seorang anak perempuan dan diberi nama Masiah.

Ketika usia inilah beliau dilantik oleh orang-orang kampungnya menjadi ketua Kampung Cenerai yang pertama. Lengkap dengan pakaian rasmi dan senjata.Penduduk kampungnya ketika itu berjumlah lapan ratus hingga sembilan ratus orang.

Ketika usia Pandak Mayah dua puluh tujuh tahun, mereka mendapat anak perempuan yang kedua dan diberi nama Masilah Setelah umurnya tiga puluh dua tahun mendapat pula anak yang bongsu dan diberi nama Mahsuri.

nota: Wan Aisyah tiada kaitan langsung dalam salasilah ...cuma diwar-warkan dengsn tujuan tertentu ( terancang) ...bersambung.........

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2007 11:50 PM | Show all posts
keris mahsuri macamana ye..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2007 11:02 AM | Show all posts
anyway, mengikut versi mahsuri yg aku tau, sebenarnye mahsuri tak berdarah putih. dlm duinia ni tak wujud pun spesies homo sapiens yg berdarah putih walau pun org tu org putih..semasa tombak tu menikam mahsuri,terkena nenen mahsuri. mahsuri pula mase tu kan masih menyusu anak.so yg putih tu susu.ada faham?

kerajaan malaysia ni membazir btul. mahsuri tu bkn nye hero ke ape ke..cuma satu kes terpencil je...tu pun nak kecoh...dari bagi anugerah ngan duit kat "ketuturunan ketujuh mahsuri" tu,lbh baik bagi kat org2 miskin di malaysia ni...aku dgr cite wan aisyah tu siap nak dibagi taraf kerakyatan dan biasiswa sepanjang die blaja..membazir je...kat malaysia ni ramai lagi org yg tak mampu sambung blaja psl miskin...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2007 05:03 PM | Show all posts

Versi

inilah versi sebenar yang akan didedahkan kepada umum.
Untuk mendedahkan semua ini saya terpaksa menghadapi berbagai halangan.
saya mempunyai banyak bahan bukti yang akan saya bongkarkan ..saudara-saudari diruangan ini adalah orang pertama yang mendengar versi ini bukan?

Untuk  KING sila PM saya untuk melihat keris tu............

bersambung.........

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2007 11:30 PM | Show all posts
aaa? mana dia versi nye? nak gak dengar... sbb i was one of those ppl yg pegi jumpa wan aishah dan keluarganya, ikut rombongan penulis (since my father one of them) n yes aku tgk sendri la gak budak tu depan mata, baru balik skolah... time tu aku f4 or f5 dalam tahun 1999 or 2000 gitu... nway, im not here tu btoll kan or pertikai kan, juz wanna hear the other's story bout it...
regarding nak kasi reward tu plak, aku rasa its more of ehsan sultan kot (pendapat aku la) sbb tu tanggungjawab dia untuk jaga kemaslahatan rakyat dia, kalu 7 keturunan dulu, moyang2 dia gagal, atleast maybe dia bleh tebus la kot (ni pendapat aku jela, jgn marah lak)

[ Last edited by  galaxie83 at 23-4-2007 11:32 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2007 11:13 PM | Show all posts

Reply #36 galaxie83's post

1.  versi agak panjang dari selatan thai sampai demak.
2.  bagus u kesana .u tau depa cari berapa hari saja dapat keturunan org.
3.  kurniaan tu bazir saja. cuma nak tutup muka dgn tapak tangan.ada cerita unik disebaliknya.

versi ini tentang keturunan saya sendiri.20th lebih saya cari baru dapat dgn beratus bukti kecil dan besar.belum pernah disebar kpd umum 100% lagi.pernah disiar olih metro ahad 2004 tapi dihalang juga untuk disiar seterusnya.pernah ditemuduga oleh pakar sejarah kedah, prof usm,dan org dari muzium kedah. kata pakar sejarah kedah depa tak dak bajet.pernah berbincang dgn Tun Mahadzir,katanya teruskan.telah dimakium kpd kerajaan kedah ketika MB DS Syed Razak.Saya buat kerja ini dgn duit saya sendiri. banyak juga habis............

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2007 11:55 PM | Show all posts
oooo..... so taknak cheta ke kat sini??
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2007 04:26 PM | Show all posts

Reply #38 galaxie83's post

Ketiga-tiga anak mereka perempuan. Pekerjaan harian mereka adalah menanam padi huma ,ubi kayu  dan sayuran-sayuran kegunaan harian. Mereka juga ke laut sebagai nelayan.Pandak Mayah juga gemar memelihara burung jinak seperti burung murai cacing, burung serindik, burung merbuk dan  lain-lain burung.Kepandaian beliau yang lain seperti memanggil Pelanduk dengan cara memukul daun palas ke tanah. Mereka juga memelihara kerbau ,lembu serta kambing.Kalau di laut Pandak Mayah juga pandai mencari mutiara dan dijual kepada saudagar dari Cina dan Siam.

Sebagai ketua kampung, segala permasalahan  orang-orang kampungnya dirujuk kepada beliau. Beliau dikenali hingga ke Siam. Beliau juga mangadakan urusan niaga hingga ke Siam. Contohnya beliau membeli kopi ,kain dan lain-lain barang dari Siam dan menjual di pulau ini.Pandak Mayah juga pernah berkunjung hingga ke Siam dan menerima hadiah dari  pembesar Siam.

Ketika Cik Alang megandung anak yang ketiga ( lebih kurang lima bulan ), beliau diberikan oleh seorang hamba Allah sebilah pisau wali di masjid tua Ulu Melaka. Pisau wali itu digunakan sebagai senjata peribadi sepanjang hayatnya. Di saat-saat akhir beliau mengandung ini juga , beliau mengidam hendak makan ikan bawal putih.. Bawal putih dapat dicari olih Pandak Mayah berhampiran Pulau Dayang Bunting. Terus dibawa pulang ikan itu untuk isterinya. Dimasak dan dimakan oleh Mandak Alang. Selepas dua hari beliau memakan ikan itu, beliau terus melahirkan anaknya yang ketiga pada jam lebih kurang sebelas malam dihujung bulan Ramadan. Air perigi digunakan untuk mencuci  Mandak Alang dan anaknya. Perigi itu terletak agak jauh dari rumah mereka iaitu berhampiran surau Kampong Cenerai.

Dalam usia lima tahun lagi anak bongsu Pandak Mayah  sudah belajar ilmu agama. Beliau belajar dengan seorang ustazah  dari Pattani. Tempat mereka belajar ialah di surau Kampung Cenerai.

Dalam tahun 1810 Siam telah menyerang Pulau Langkasuka secara besar-besaran untuk menaklukinya. Malangnya mereka gagal dan ditentang hebat oleh panglima-panglima Pulau Langkasuka. Ketika perang ini jugalah beras dikumpul dan dibakar oleh Penghulu di Kampong Jerat. Tujuannya untuk tidak terlepas ke tangan orang-orang Siam.

Dalam ketika perang dengan Siam ini jugalah Mahsuri anak bongsu Pandak Mayah bertunang dengan Wan Derus Bin Wan Embong. Setelah Siam kalah dan Pulau Langkasuka kembali aman , mereka pun berkahwin dalam usia dua puluhan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2007 06:46 PM | Show all posts

Reply #32 tanggo's post

Kalau benar family tree mahsuri itu Hami ucapkan tahniah atas usaha tanggo & assoc kerana dapat mengumpulkan info sejauh 12 generasi. Ini bukan mudah

Mungkin tanggo ingin membuktikan bahawa Mahsuri itu ada..............bukan begitu? Pada Hami dalam cerita2 legenda, biasanya diilhamkan dari kejadian yang mungkin telah berlaku tetapi isian cerita tidak semestinya semua benar. Macam cerita Robin Hood dan Camelot gak.

Bak kata tanggo sendiri, punya masaalah untuk mendedahkan cerita versi sebenar . Mengapa? Tanpa pendedahan versi sebenar orang dah beria2 nak memberi anugerah kepada seseorang...and then ada pula yang lain nak claim sama...Pada Hami semua ini rediculous. Tak salah buat kajian ....tetapi kenapa perlu ada macam2 versi pula selepas itu? Pada Hami lagi banyak percanggahan seperti yang tertera dalam thread ini sahaja maka kesahihan belum kesampaian lagi.

Langkawi sebelum ini tidak dimajukan oleh kerajaan negeri ...mana dia nak maju? Tak kan tak ada langsung manusia di Langkawi sebelum itu!

Maaf no.....we should just treat the story as the legend that it is.
Pada Hami, the last miracle is the Quran.

[ Last edited by  hamizao at 25-4-2007 06:48 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 5.121563 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list