CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: LIPAN_BARA

Sejarah Kuala Lumpur

[Copy link]
Post time 25-10-2005 04:39 PM | Show all posts
Pada 10 Dis 1960, Tunku menerima sepucuk surat daripada Felix de Weldon dan mengirimkan lukisan rekabentuk bagi tugu yang difikirkannya menunjukkan rupa tujuh patung. Tunku telah meminta supaya 24 orang askar dan polis daripada pelbagai keturunan memakai pakaian uniform meronda hutan untuk memilih antara mereka untuk menyediakan satu set gambar berwajah sebuah tugu. Jemaah Menteri bersetuju iaitu perbelanjaan bagi patung-patung dibayar dengan derma orang ramai ditambah dengan wang kerajaan dan disyorkan dibina di kemuncak sebuah bukit kebun bunga iaitu tapak Istana Hinggap Negeri Sembilan.

Pada 31 Jan 1961, Duta Besar Tanah Melayu dan Felix de Weldon telah menandatangani satu perjanjian di Washington bagi membentuk sebuah tugu peringatan di Tanah Melayu. Tunku telah menulis surat kepada semua Menteri Besar dan Ketua Menteri menyatakan hasratnya hendak mendirikan sebuah tugu peringatan untuk memperingati kemenangan kuasakuasa demokrasi dan menaikkan semangat yang bukan sahaja menjadi kemenangan orang-orang kita bahkan juga akan menjadi galakan bagi keturunan-keturunan masa hadapan.

Bersatu padu dan bersama-sama berasa bangga dengan negara, mempertahankan demokrasi dengan menentang orang yang hendak menafikan maruah asasi manusia dan berbakti kepada negara sebagaimana orang-orang yang telah mengorbankan diri mereka untuk kebebasan Tanah Melayu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2005 04:44 PM | Show all posts


POTRET...salah satu gambar
anggota pasukan keselamatan yang
dipilih untuk diukir oleh pengukir
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2005 04:47 PM | Show all posts
Pada tanggal 31 Jul 1961 ialah Hari Ulang Tahun yang pertama bagi pengistiharan rasmi menamatkan darurat di Persekutuan Tanah Melayu. Dalam ucapan pengistiharannya itu, Tunku menyatakan peristiwa ulang tahun yang pertama ini nampaknya menarik perhatian khas kepada satu projek yang sangat dicintai iaitu membina sebuah Tugu Peringatan Negara untuk memuliakan semua orang yang gugur atau menderita dalam masa darurat. Beliau menyifatkan kerja yang menaikkan semangat ini sebagai satu tugu kebangsaan orang ramai yang didirikan dan belanjanya dibayar oleh mereka bersama-sama dengan kerajaan.

Pada awal tahun 1966, Bank Negara menerima kutipan derma daripada orang ramai yang berjumlah $1,254,004.22. Pada waktu itu juga diputuskan Batu Peringatan yang dibina bagi penghargaan jasa orang-orang yang terkorban dalam Perang Dunia Pertama dan Kedua yang pada masa itu terdiri dekat stesen kereta api patut dibongkarkan dan didirikan semula pada tapak tugu yang sedia ada sekarang. Dalam masa yang sama, kerja-kerja menempa tujuh buah patung gangsa itu telah disiapkan di Rome dan proses penghantarannya ke Tanah Melayu sedang giat dilaksanakan. Tujuh buah patung gangsa ini tiba di Port Swettenham dengan kapal M.V. Express pada Jun 1965. Felix de Weldon telah datang ke Kuala Lumpur dalam bulan Jul dan Ogos 1965 untuk menyeliakan sendiri kerja memasang patungpatung di tapak yang disediakan. Pelbagai cadangan di buat bagi mengelokkan lagi seluruh kawasan tugu iaitu kolam, balai ketibaan, batu peringatan dan taman bunga. Upacara perasmiannya disempunakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ketika itu, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pada 8 Feb 1966.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2005 04:48 PM | Show all posts


PROSES...kerjakerja
mengangkat
p a t u n g - p a t u n g
pembinaan Tugu
giat dijalankan


Pada tanggal 31 Jul setiap tahun, upacara meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara menjadi acara rasmi sebagai symbol penghormatan kepada pahlawan-pahlawan yang telah dahulu terkorban demi mempertahankan negara dari terus dijajah dan memperingati semua pahlawan yang gugur dalam peperangan bagi mempertahankan kedaulatan negara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2005 06:32 PM | Show all posts
Dan pada 1975 (kalau tak slah) PKM pernah meletupkan Tugu Negara sebagai salah satu tindakan terrorisme mereka...Tugu Negara telah diperbaiki dan wajah Caucasian patung2 tersebut diubah kepada lebih berupa wajah Malaysia....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

hazel_eja This user has been deleted
Post time 25-10-2005 08:38 PM | Show all posts
tqlah korang pasl buat thread nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2005 08:53 AM | Show all posts
tq. sumber dari buletin tentera darat
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2005 02:13 AM | Show all posts
gerila komunis bom tugu nih sampai hancur berkecai ker ????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2005 02:15 AM | Show all posts

Reply #5 jofizo's post

gambar yg dipilih utk jadik simbolik tugu negara nih menarik..agak2 nyer pertempuran kat ner ek
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2005 09:59 AM | Show all posts

Reply #12 Joe Hahn's post

mungkin hanya ilustrasi pelukis je
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2005 07:57 AM | Show all posts
sekadar luahan dari sorang kawan aku ni...dia kata tugu negara ni takde lambang ciri2 pahlawan melayu....cuba tgk dari:

-topi ala2 koboi
-hidung yg mancung ala2 omputih

ni pon kawan aku la yg komen..so korang apa sebarang pendapat? bagi aku...walau ade tugu ke atau takde tugu pon aku tetap menghormati dan mengingati pahlawan2 masa perang di tanah malaya dulu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2005 10:07 AM | Show all posts
- pasal topi tu takde masalaah sebab anggota keselamatan kita juga memakai topi seperti itu dan tak semuanya memakai topi besi terutamanya anggota Pasukan Polis Hutan (kini PGA).

- pasal hidung tu, itupun dah di'repair' dah salepas komunis memusnahkannya......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2005 10:13 AM | Show all posts
memang benar tanpa tugu peringatan pun kita masih boleh memperingati jasa2 dan pengorbanan pasukan keselamatan kita yg telah terkorban dlm mempertahankan tanah air malaysia walaupun hanya sekadar meensedekahkan al-fatihah. tetapi sekiranya ada tempat utk berkumpul utk memperingati mereka, itu lebih baik kerana masyarakat, baik pemimpin atau pasukan keselamatan sendiri dpt berkumpul bersama-sama utk mengenang jasa mereka, kalau tidak terpaksalah dibuat sambutan hari pahlawan di kem2 tentera atau pejabat polis masing2.......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2005 01:39 PM | Show all posts
Originally posted by jofizo at 31-10-2005 10:07 AM
- pasal topi tu takde masalaah sebab anggota keselamatan kita juga memakai topi seperti itu dan tak semuanya memakai topi besi terutamanya anggota Pasukan Polis Hutan (kini PGA).

- pasal hidung  ...


ohh okie...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2005 09:14 AM | Show all posts
Topi tu kira jungle hat, bukan topi koboi...diguna tentera Komanwel (termasuk TD) masa zaman2 Darurat dulu....(Takkan nak pakai songkok masuk hutan? --dan  juga untuk model Tugu negara?)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2005 01:27 PM | Show all posts


Underpass kat Jalan Tun Razak ... Dahulu dikenali sebagai Jalan Pekeliling dan jalan ini juga dikenali sebagai MRR 1 ... MRR 1 bermula dari persimpangan Jalan Pudu merentasi Jalan Tun Razak dan seterusnya ke Jalan Istana ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2005 12:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2005 01:03 PM | Show all posts
wow............
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2005 12:00 PM | Show all posts
KL in 60s..



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2005 12:01 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.079235 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list