CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hasribus

BOLATALK 1st GATHERING ~ FIELD REPORT (Diari Hasribus:page 33, 35 dan 45)

 Close [Copy link]
Post time 8-11-2006 11:39 AM | Show all posts
Originally posted by imdudic at 8-11-2006 11:29 AM


alamat has...dh berapa part ko buat ni...aku malas nk masuk sgt benang ni sbb keciwa xleh tgk muka ko yg tampan..ape kata ko gabung semua citer2 ko ni..pastu letak kt pages depan..nanti2 free2  ...

kalo ade muka lagii thrill baca :pmuka:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2006 12:40 PM | Show all posts

Reply #1112 conan's post

aku kan pemalu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2006 02:35 PM | Show all posts

Reply #1107 hasribus's post

enchek hasri...bila novel nak kluar...saspek lah!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2006 02:42 PM | Show all posts
Originally posted by toaster at 8-11-2006 02:35 PM
enchek hasri...bila novel nak kluar...saspek lah!


akan keluar selepas gathering kedua nanti. :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2006 03:27 PM | Show all posts
Originally posted by hasribus at 8-11-2006 02:51 AM

Diari Hasribus, Part 3

Kehadiran Abang Dollah dan rakannya itu menjadikan jumlah yang hadir sekarang 8 orang. Siapakah jejaka bersama Abg Dollah? Entahlah, haku tidak ingat namanya. Menurut Abg Dollah, sahabatnya itu adalah juga seorg forumer cari, cuma tak aktif. Yang aku tau, pada aku sahabat Abg Dollah ini bolehlah aku panggil Mat Malu, seiring dengan gelaran gelaran lain yang pernah dicipta oleh Abg Dollah seperti Mat Bangla dan Mat Langit. Mat Malu nampak betul betul pemalu, sampai bercakap pon suranyanya seperti susah kedengaran. - haku ingat dier neh adik dollah

Haku juga tertarik melihat personaliti Abg Dollah. Selama ini haku menyangka Abg Dollah adalah seorang yang bermisai, berjanggut - clean shave woo , abg dollah dan amat berumur. Maklumlah, di forum Abg Dollah pernah menceritakan tentang dirinya sebagai seorang family man dan memandu kereta Naza Ria. Abg Dollah membayangkan pada haku yang usianya tidak kurang 35 tahun, beranak 4 dan beristeri dua. Meleset sama sekali andaian intelek ku. Abg Dollah tidak seperti apa yang haku sangka. Sebaya dengan Stats rupanya. Soalan laser Azwan Ali haku tujukan kepadanya dan jawapan kreatif Abg Dollah, Aku belum kahwin LAGI.- amboi amboiii Dalam forum bukan main berani lagi Abg Dollah, ala ala Playboy tua. Baru menyakat Cik Fairy kita tempoh hari selepas tersekodeng gambar Fairy di internet. Tetapi soft spoken juga rupanya Abg Dollah ni in person, pemalu pun ada juga.  Haku tersenyum di dalam hati, apa apapon YNWA!

Selang beberapa minit kemudian, tiba pula tiga lagi jejaka. Seorang comel, seorang berseluar jeans dan berjersey merah MU dan seorang lagi berbadan kurus. Seperti biasa, perasaan ingin tahu siapakah identiti mereka meluap luap, dan haku yakin yang lain lain juga begitu juga. Epitome bangun dan menyambut mereka. Sekali lagi Tome memperkenalkan dirinya sebagai hasripompey. :cak:Bukankah sudah berkali kali haku menegaskan haku bukan hasripompey? Kepada yang tidak percaya, padan muka! - aper2 pong YNWA!!

Haku bangun dan menghulurkan salam perkenalan. Tangan pertama yang ku sambut ialah tangan jejaka comel. Haku bertanya namanya. Omar jawabnya. Haku tersentak. ANAKOMAR? ?ukan? jawabnya, ?aya bukan forummer? jawabnya cemas, cemas seperti kucing pencen.:lol Haku sedikit hampa, kerana sangkaanku jejaka comel itu anakomar, mod otai bolatalk.

Jejaka berjersey MU bersalaman denganku, sekali lagi haku terlupa namanya. Maklumlah, sekian lama haku dikelilingi oleh wanita jelita, haku bagaikan ada kelemahan untuk mengingati nama lelaki. Catatan mental haku, panggil saja dia Mat MU.

Jejaka kurus menghampiri ku. Kedengaran dia bersuara ?ku saja ke yang muda kat sini?? Sah, yang berdiri dihadapanku ialah Topeng Perak.soft spoken.. susah nak dgr sore Selama haku berforum haku tertarik dengan personaliti Topeng Perak. Walaupon dia meminati Arsengal, tetapi caranya berforum cukup berhemah. Jarang membuat pembakaran dan posting postingnya juga dibuat seolah olah berhati hati supaya tidak menyinggung perasaan orang lain. Mungkin di hati kecilnya dia akur yang pasukan pujaannya itu sememangnya sengal, ataupun dia merasakan dirinya terlalu muda berbanding kami yang lain dan dengan sendirinya meletakkan dirinya dalam kategori boboi.

Tumpuan kini bertumpu kepada Topeng. Haku juga terperasan, Topeng juga terkejut beruk bila haku memperkenalkan diriku. Kenapa? Kalau nak tahu, datanglah ke gathering akan datang. Wajah Topeng seperti pernah ku lihat, tapi di mana ya? Oh, rupanya saling tak tumpah dengan avatarnya.

Penyakit malu secara tiba tiba berpindah dari Abg Dollah kepada Topeng. Tome dan Kudu selamba kodok.:jeling: Esah duduk tersipu sipu, kontrol ayu ala ala pengantin tengah duduk bersanding dipelamin. Lina haku tak perasan, kerana pemandangan ku dihalang oleh Tome.: Topeng duduk disebelah Esah. Mungkin kerana masih malu, suara Topeng hampir tidak kedengaran apabila bercakap.

Sate sampai. Dua pinggan. Sepinggan semuanya sate ayam. Terhidang depan haku dan kudu. Sepinggan lagi campuran ayam dan daging.  Dapat kepada Topeng dan rakan rakannya. Hampeh, melepas haku nak melantak sate daging! - aper2 pong YNWA!!

Sambil makan kami berbual. Kemudian Tome menjeling pada jam tangannya dan meminta diri untuk beredar. ?emit!? kataku. Belum sempat pungkuq haku yang comel ini panas diatas kerusi, Tome dah nak beredar.itulah..janji kol 4:30, kalo x lama sket Tak apalah, sekurang kurangnya dia menunaikan janjinya untuk datang.:tq: Dikeluarkan wang kertas RM50. Haku cemas seperti kucing pencen kerana tidak cukup duit kecil untuk memulangkannya. Terlufe haku dengan status jutawan mudanya. :cak:Tome sempat mengingatkan haku tentang tabung ayamnya sebelum dia bangun dari kerusinya. Sambil Tome bersalaman meminta diri, Kudu sempat mengambil gambarnya. Omar dan Lina sempat enterframe.

Tak sampai lima minit kemudian, Esah dan Lina pula meminta diri. Haku menjeling pada jam tangan di tangan kiriku yang mantap. Hampir 6.30 petang. Walaupon haku merasa sedikit hampa, tapi eloklah juga mereka beredar kerana tidak manis untuk anak anak gadis melepak di sana dikala senja, lebih lebih lagi dengan kehadiran jejaka kacak seperti haku. Haku faham dilemma mereka, orang kacak seperti haku sering menjadi mangsa tomahan dan fitnah masyarakat.

Tinggal kami bertujuh. Tapi forummer bolatalk cuma haku, Abg Dollah, Kudu dan Topeng. Topeng duduk berhampiran denganku. Haku dapat merasakan ketegangan dan kemaluan yang dirasakan oleh Topeng dan rakan rakannya sudah sedikit kendur.:malu: Mungkin mereka tidak biasa dengan orang perempuan. Lainlah Abg Dollah yang sudah berkahwin. Lainlah Kudu yang ada raut pelakon fofuler. Dan lainlah haku yang digilai ramai wanita jelita.

Setelah selesai sessi soal jawab tentang soalan soalan tentang diri masing masing, tibalah ke kemuncak majlis. Apa lagi yang belum diperbualkan? BOLA!!!  Topeng membuat remark yang semua di situ adalah penyokong MU, kecuali dirinya. Haku dapat merasakan tanduk mulai keluar dari kepalaku. Tanduk emas disaluti batu batu permata. Silap silap rentung boboi  Arsengal nih.

Haku memulakan perbualan dengan analisis terhadap pemain MU. Nama pertama yang keluar bukannya Cantona, Keane atau Ronaldo, tetapi Fletcher! Di ikuti Richardson! Jambu jambu Tok Alex tuh! Yang peliknya, haku perhatikan Mat MU begitu berminat dengan kelentongku. Bukan dia seorang, malahan yang lain juga turut serta. Haku seolah olah menjadi penglipur lara. Nasib ko baik Shebby, tapi sikit hari lagi ko bulehlah datang mintak kerja kat ofis haku bila haku ambik tempat ko kat ASTRO. Masa tu, lelaki akan menyampah untuk tengok bola, tapi perempuan pula dari segenap lapisan (termasuklah makcik makcik yang fanatik kat Mawi) akan melekat depan TV setiap malam Sabtu. Cerekarama ke, AF ke, semua tolak tepi.

Tanduk ku semakin menyerlah. Haku menceritakan kali pertama haku mengenali dan meminati MU, cerita zaman zaman Tok Kaduk dan Hikayat Sang Kelembai. Topeng dan rakan rakannya seolah olah terpegun kerana pada tahun 1983, mereka belum lagi lahir. Terima kasih Topeng, ko telah membuatkan haku merasa seperti seorang datuk yang berumur 80 tahun yang maintain macho dan hensem. Haku juga mengambil kesempatan itu untuk membuat deklarasi kepada satu pasukan yang paling haku menci dari dahulu dan selama lamanya. Sebab kemencian haku? Kalau nak tahu, datanglah ke gathering akan datang.

Kemudian haku menghentam golongan glory hunter. Teknik penceritaan haku bertumpu kepada al kisah glory hunter  Arsenal dan Kaba Diawara. Pernah haku ceritakan kisah ini suatu masa dahulu di  bolatalk. Terdapat sedikit elemen pembakaran halus kepada Topeng.

Kami sempat bertukar tukar nombor telefon. Hampir 7.30pm, Topeng meminta diri untuk pulang. Kami pun bersurai. Haku dan kudu ke kaunter pembayaran. Ku terpandang seorang perempuan cantik berdiri tidak jauh dari cashier itu. Comel juga montotnya.:ting: Haku dengan poyonya beratur dibelakangnya sambil menikmati pemandangan yang indah itu. Malang bagi perempuan itu kerana tidak menoleh kebelakang, melepas dia untuk menatap wajahku yang tampan. Tak apalah, mungkin bukan rezeki dia.- aper2 pong YNWA!!

Kudu menyedari yang aku agak kusyuk beratur di belakang perempuan itu sehingga tidak sedar yang sebenarnya perempuan itu sebenarnya tidak beratur.  Kudu mengajak haku kehadapan. Haku tersenyum poyo.

Setelah menggunakan duit RM50 Tome untuk membayar sebahagian besar dari bil itu, kami pon bersalaman dan mengambil haluan masing masing. Kudu dan Abg Dollah tunggu untuk melihat haku beredar.

bersambung....


:mll: best citer neh
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2006 03:32 PM | Show all posts
Originally posted by hasribus at 8-11-2006 02:42 PM


akan keluar selepas gathering kedua nanti. :bgrin:



huhu...konfem melotup cam novel ina mawi...perghh...tajuk dh ada ka?kalu belum leh le forumer bolatalk pk sama2..royalti share le....takkan upah tacang je kan...hehehe..

pastu bila novel dah melotup...bulih buat telenovela...pergh..lagi la best..watak2 utama dh byk...watak hero takyah ckp le...jutawan muda yg digilai wanita...kekeke...bagi pakcik pegang tombak pon jadi la....

pastu wat filem lak...pastu...pastu..pe lagi ek??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2006 03:42 PM | Show all posts
Diari Hasribus, Final Part

Untuk pulang ke PJ, haku sekali lagi sesat. Cuma kali ini, sesatku tidak akan menyebabkan orang lain menunggu dan tidak perlu untuk haku membuat alasan alasan yang di kira cute dan membuatkan orang lain rasa sayang kepadaku. Haku mengambil kesempatan itu untuk mengimbas semula 2 jam yang lampau. Haku telah bertemu dengan kawan kawanku untuk kali pertama.  Sudah lama haku tidak mendapat kawan kawan seperti mereka. Kali terakhir semasa haku menuntut di universiti. Kawan kawan yang ada sekarang selain dari rakan rakan sekolah dan universiti? 98% daripadanya ku kenal ditempat kerja ataupun berkaitan dengan kerjayaku. Ramai yang hipokrit, dan ada juga bangsat yang pernah menikam haku dari belakang dan ditikam balas bertubi tubi oleh haku.  Beza rakan rakan bolatalk ini ialah kami tidak mempunyai apa apa kepentingan yang bercanggah, hanyalah minat pada bolasepak yang menjadi faktor yang menyatu padukan kami.  Namun, bolasepak hanyalah alasan, bukannya sesuatu yang terpenting di dalam hidup. Apa yang penting? Bagi haku, mempunyai paras rupa yang kacak, duit yang banyak, digilai ramai wanita, kesihatan, kesejahteraan dan keharmonian haku dan keluarga dan juga keamanan sejagat. Oh terlufe, rakan rakan yang tidak bersikap hipokrit dan tikam belakang.

Haku terharu dengan Tome, walaupun sibuk tetapi sempat meluangkan masa walaupun sekejap.:cak: Haku terharu dengan Esah dan Lina, walaupun segan tetapi tetap menjayakan gathering ini. Haku terharu dengan kudu, yang sentiasa on bila gathering dicadangkan. Haku terharu dengan Topeng, yang memang menunjukkan komitmen untuk datang dari awal lagi. Haku terharu dengan Abg Dollah, walaupon on-call untuk menyapu hospital, tetap datang.

Haku puas? Belum lagi. Ramai lagi rakan rakanku yang tidak dapat hadir kerana komitmen lain dan juga faktor jarak. Namun aku gembira kerana gathering ini yang julung julung kali diadakan, berjaya berlangsung. Haku yakin gathering kedua dan seterusnya akan diadakan pada masa akan datang, dan dapatlah haku bertemu dengan lebih ramai lagi sahabatku dari bolatalk.  Dan haku yakin ketika itu, haku akan PUAS!!! - inzal ekk? :hmm:

SEKIAN.


haku pong nak ucap tima kaseh la pada yg hadir ari tu..
kudu , yg paling awal dtg - haku ingat ko dah 30 tahun
jpl fan aka esah , setelah dipujuk lina dtg gak.. jgn serik wooo - mmg kontrol ayu
motol6 aka lina , mmg komited dlm gathering neh - bangga haku leh pakai h/p motol6 ko :lol
hasribus - cara ko kat luar sana mmg mcm dlm forum.. haku mmg ader member mcm ko ..yg jenis suka borak , bercerita dan haku hanya mendengar :mll: aper2 pong ko mmg cool
dollah - haku dah nampak ko masuk kedai tp x berani nak tego lak sbb ko pandang haku ngan kudu sipi2 jer... dahler pakai baju kelate.. mmg kompom bukan dollah la .
tiba2 ko join us kt table selepas 30mins berlalu.. mmg haku : la tgk ko
topeng perak - haku dah tgk gamba ko kat bod mana ntah.. in person ko soft spoken dan kecik jer serta x memakai sebarang topeng :lol

mod n porumer lain - kita jumpa di lain kali :tq:
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2006 03:46 PM | Show all posts
korang dok sebut inzal.. inzal.. inzal tu ape? :stp:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2006 04:01 PM | Show all posts

Reply #1127 epitome's post

hehehehe bukan moto6..motoV3i tuu..dia dah x pakai yg moto6 tuu..:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2006 04:03 PM | Show all posts

Reply #1128 conan's post

x tahu :nyorok:
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2006 04:04 PM | Show all posts

Reply #1129 jpl_fan's post

haku dah ketinggalan zaman la dlm bab2 hepong neh..
hepong haku pong skrin itam putih lagi :geram:
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2006 04:05 PM | Show all posts
chupp... haku pegi HUKM tadi... haku nampak mcm dollah kat cafe spital tu :jeling:
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2006 04:06 PM | Show all posts

Reply #1132 epitome's post

ko wat haper kat HUKM?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2006 04:09 PM | Show all posts

Reply #1132 epitome's post

dia kan cleaner kat spital tuu..no wonder ler ko jumpa dia kat cafe..:lol
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2006 04:15 PM | Show all posts

Reply #1133 conan's post

nak ngorat doktor2 cun kt sana
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2006 04:16 PM | Show all posts

Reply #1134 jpl_fan's post

dier x namapak haku.. dier tgh berhenfonn.. haku tgk dari jauh jer.. dier pakai bajuT itam..
abg dollah leh kompom tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2006 04:26 PM | Show all posts

Reply #1136 epitome's post

laa pesal ko x inform kat dia yg ko nak gi HUKM hari nie..kalo tak mesti korang leh buat gathering lg...:lol
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2006 04:27 PM | Show all posts

Reply #1137 jpl_fan's post

epi jual mahal :nyorok:
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2006 04:36 PM | Show all posts

Reply #1137 jpl_fan's post

sorg pong haku x amik nbr h/p maser gathering ari tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2006 04:36 PM | Show all posts

Reply #1138 conan's post

:jeling:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.101906 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list