CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20477|Reply: 139

Zheng He / Cheng Ho

[Copy link]
Post time 5-7-2005 11:18 AM | Show all posts |Read mode
Potret kisah pelayaran Cheng Ho

Oleh Azlinariah Abdullah (Yang mengikuti program menjejaki tempat bersejarah Laksamana Cheng Ho di China, baru-baru ini).

SEBUAH buku dalam bahasa Indonesia yang bercerita mengenai Laksamana Cheng Ho menyebut bahawa lebih ramai orang tidak mengenal beliau berbanding mereka yang maklum tentang dirinya.

Buku tulisan Profesor Kong Yuanzhi, seorang pakar Cheng Ho yang merupakan guru besar di Universiti Beijing China, ada menyatakan bahawa di pentas sejarah kisah pelayaran, Cheng Ho sebenarnya lebih menyerlah berbanding pelayar seperti Christopher Columbus atau Vasco da Gama.

Walaupun ada pihak yang menyebut bahawa ia adalah sebuah kisah sejarah yang tenggelam, buku berjudul Muslim Tionghoa Cheng Ho - Misteri Perjalanan Muhibah di Nusantara itu sebaliknya mengangkat Cheng Ho sebagai seorang pelayar agung.

Kepada penulisnya, Cheng Ho atau nama Islamnya ialah Sam Po Kong tidak dilupakan begitu sahaja.

Dan paling penting menerusi pelayarannya, Cheng Ho tidak pernah mahu menakluki sesiapa.

Beliau belayar dengan kekuatan armadanya sebanyak 28,000 orang serta menaiki kapal 150 meter panjang dan 83 meter lebar.
``Melalui sejarah ini ia telah menyaksikan sesuatu kekuatan yang menakjubkan tetapi sama sekali tidak digunakan untuk menakluki.

``Jika kekuatan yang ada pada China ini dimiliki oleh negara-negara lain seperti Itali, Sepanyol, Amerika Syarikat (AS) atau England sudah tentu habis negara lain ditakluki,'' menurut buku yang diterbitkan pada tahun 2000 itu.
Kehebatan Cheng Ho ini bagaimanapun tidak diberi penekanan oleh pengkaji-pengkaji sejarah.

``Sebaliknya, mereka menggambarkan seolah-olah Columbus seorang pelayar yang hebat sedangkan kapal beliau hanya 90x30 kaki berbanding dengan kapal Cheng Ho yang jauh lebih besar.
``Cheng Ho adalah Laksamana China yang terkenal dan mempunyai kapal pelayaran terbesar dalam sejarah.''
Fakta itu turut diakui oleh seorang pakar Cheng Ho di Universiti Yunan, China iaitu Prof. Zhu Hui Rong.
Menurutnya, Barat secara keterlaluan mengangkat serta mengagungkan nakhoda mereka dalam peta sejarah pelayaran dunia.

Columbus (1451-1506), Vasco da Gama (1460-1524) dan Ferdinand Magellan (1480-1521) dijulang sebagai laksamana besar di samudera dunia.
Namun Cheng Ho (1371-1433) yang lebih awal merentas samudera telah mencatat kejayaan jauh lebih besar tetapi ditenggelamkan pencapaiannya.
``Pelayaran pertama Cheng Ho bermula pada 1405.
Ini bermakna masing-masing 792 dan 114 tahun lebih awal daripada pelayaran Columbus yang tiba ke benua Amerika pada 1492, da Gama yang sampai ke Calcutta pada 1497 dan Magellan yang mula mengelilingi bumi pada 1519.
``Cheng Ho dalam pada itu belayar tujuh kali berturut-turut dalam tempoh 28 tahun. Ekspedisi beliau sampai ke lebih 30 buah negara dan kawasan di Asia Tenggara, Samudera Hindi, Laut Merah dan Afrika Timur. Rekod ini tidak dapat ditandingi pelayar-pelayar besar Eropah selepasnya,'' kata beliau ketika ditemui baru-baru ini semasa penulis mengikuti program menjejaki tempat-tempat bersejarah Cheng Ho di tiga wilayah di China.
Antara tempat yang dijejaki sepanjang program lapan hari anjuran Mines Resort City itu ialah Makam dan Taman Cheng Ho yang terletak di Yunan; Muzium Cheng Ho di Nanjing dan titik permulaan pelayaran Cheng Ho di bandar pelabuhan Taicang selain berpeluang menemui keturunan Cheng Ho ke-18.


Menurut Zhu, pelayaran pertama Cheng Ho ialah dalam angkatan 62 buah kapal dengan anak kapal berjumlah 27,800 orang.
Pelayaran ketiganya dalam ketumbukan 48 buah kapal dengan lebih 27,000 anak kapal manakala bagi pelayaran ketujuh, Cheng Ho mengetuai 61 buah kapal dengan 27,550 orang pengikut.
Bagi setiap pelayaran, Cheng Ho membawa 60 buah kapal besar dan jumlah keseluruhan kapalnya lebih 2,000 buah termasuk kapal berukuran sederhana dan kecil.

Kapal besarnya berukuran 138 meter panjang dan lebarnya 56 meter.

Pada pertengahan abad ke-15 kapal dengan ukuran tersebut dianggap kapal terbesar di dunia.

Seorang lagi pakar mengenai Cheng Ho di universiti sama, Profesor Ming He pula berkata, Cheng Ho mencipta keajaiban sendiri dalam sejarah pelayaran dunia menerusi kapal-kapal buatan kayu dari China.
``Armada Perancis pimpinan Vasco da Gama ketika ke India hanya terdiri daripada empat buah kapal laju.
``Yang terbesar hanya seberat 120 tan, manakala paling kecil seberat 50 tan.''


Sementara itu, dua pakar berkenaan turut ditanya mengenai latar belakang Cheng Ho yang nyata ada banyak percanggahan.
Kata Zhu, Cheng Ho berasal daripada bangsa Hui, kumpulan minoriti di China.
Moyangnya tinggal di Xi Yu sebelum berpindah ke Yunan, Kunming.
Datuk dan ayahnya berjaya menunaikan fardu haji dalam keadaan kesukaran beratus-ratus tahun lalu.
Kisah perjalanan ayah dan datuknya menunaikan haji dengan mendaki gunung, meredah sungai serta ombak yang bergelora inilah yang memberi inspirasi kepada Cheng Ho untuk melihat negeri orang.
Ayah Cheng Ho bernama Ma Hazhi - tiruan bunyi kata `haji'.
Cheng Ho lahir pada 1371 setelah Dinasti Yuan digulingkan. Yunan ketika itu masih di bawah Raja Liang, saki-baki kekuatan Dinasti Yuan.
Semasa beliau berusia 12 tahun, Yunan dirampas oleh Dinasti Ming.
Bersama sejumlah anak muda lain, Cheng Ho ditawan dan dikerah menjadi pesuruh di istana.
Meriah

Beliau kemudiannya menjadi pesuruh Zhu Di, putera keempat Maharaja Ming.
Oleh kerana akrabnya Cheng Ho dan banyak pula membantu baginda merampas kuasa sehingga dapat menerajui Dinasti Ming, beliau akhirnya diangkat memimpin angkatan laut.

Justeru agungnya kisah pelayaran Cheng Ho, dan pelayarannya setiap tahun ia diraikan dengan meriah terutamanya di China.
Kerajaan di dua wilayah di negara tersebut iaitu Yunan dan Nanjing membelanjakan sehingga RM2 juta untuk menyambut secara besar-besaran pelayaran ke-600 pelayaran Cheng Ho itu.

Antaranya termasuk mengadakan pameran, seminar, ekspo dan dokumentari televisyen selain mengeluarkan setem kenang-kenangan dan membina muzium lebih besar untuk memperingati tujuh pelayaran Cheng Ho, seorang pengembara Islam agung.
Sambutan secara besar-besaran itu diadakan selari dengan dasar terbuka China - yang turut dipelopori oleh Cheng Ho sendiri dalam menjalinkan hubungan dengan negara luar.

``Kami berpendapat pengajaran daripada tujuh pelayaran Cheng Ho ke Barat ialah kebangkitan secara aman merupakan lanjutan yang pasti berlaku daripada perkembangan sejarah China,'' kata pakar Persatuan Cheng Ho China, Chean Xian Shi.
Di negara ini, cerita mengenai waris Cheng Ho dan kisah menarik pelayarannya turut dipotretkan dalam satu pameran anjuran Mines Resort City bermula esok.

Pameran selama tiga bulan itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam ini.

Tiket masuk yang dikenakan bagi dewasa ialah RM32 manakala kanak-kanak perlu membayar sebanyak RM21.

Mereka yang membeli tiket berkenaan akan mendapat kemasukan percuma ke Mines Wonderland.

[ Last edited by  riccckyyy at 30-10-2006 12:34 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2005 02:07 AM | Show all posts

salam....

ada citer dia kat Channel ? 52 or history channel ker i tak sempat nak tahu details kat Astro ..cuba check ...
kalau anda mengenali Cheng ho then ia membuka kepada satu  perkara yg berkaitan ttg umat ISlam di China menarik jugak... ada yg menceritakan asal usul nama akhair  / kelurga ? surname " Ma"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2005 01:00 PM | Show all posts
Islam disebarkan di tanah Melayu (Melaka) oleh pendakwah China (Cheng Ho)?

Yeke?
Reply

Use magic Report

CG This user has been deleted
Post time 27-7-2005 03:33 AM | Show all posts
sebenarnya kita orang asia tak kurang dari segi keunggulan silam... cuma mungkin kita kurang maklum atau kurang mengkaji perkara2 sebegini (atau mungkin ada kajian tapi kita tak berpeluang untuk mendalaminya). Saya ada terbaca di salah sebuah buku tulisan orang barat sendiri, yang mengakui bahawa tindakan Kerajaan China mengamalkan dasar pintu tertutup setelah tamatnya pelayaran Laksamana Cheng Ho adalah salah satu daripada faktor barat dapat "menakluki" Asia. tapi entahlah.. ada sesiapa yang maklum mengenai perkara ini??:hmm:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2005 08:49 AM | Show all posts
Satu berita menarik dari Al-Jezera pada mereka yg minat sejarah,

http://english.aljazeera.net/NR/ ... CD-1ED1BC8ECEBA.htm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2005 08:52 AM | Show all posts
tak silap aku buku bertajuk 1492:the year chinese discover america ada

perkatakan perkara nie.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2005 04:56 PM | Show all posts
baguz topic ini .......
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2005 02:22 AM | Show all posts
Try reading Gavin Menzies's 1421; The Year China Discovered the World. It would give another perspective on Admiral Zheng He's voyage. Gavin was an ex-RN submariner who traced Zheng He's voyage.

This book is actually a thesis by Gavin. Gavin believes that Zheng He may have discovered America before Columbus. In the book, he discovered relics that could possibly of Chinese origin that pre-dates Columbus's voyage. Coming from a British mariner on a historical Chinese admiral is a startling development.

R6

[ Last edited by RainbowSix at 25-8-2005 01:20 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2005 01:34 PM | Show all posts
jangan lupa cheng ho juga seorang Islam dan pengamal ajaran Islam walaupun dia telah dikembirikan ... dan cheng ho juga mati sebagai Islam ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2005 02:08 PM | Show all posts
tu lah, tengok lah laksamana cheng ho, pahlawan org asia, berbangsa cina, bangsa mrk merupakan bangsa yg hebat2 belaka dan bertamadun tinggi, tidak kalah kpd org eropah. kita patut bangga dgn laksamana cheng ho. kita juga patut bangga dgn bangsa cina yg berkemampuan tinggi, yg menaikkan maruah org asia. sebab tu kitab pun menyuruh kita menimba ilmu hingga ke negeri china. aku cukup tak suka bila org melayu yg dah lah tak mahu memajukan bangsa melayu sendiri, tetapi selalu memandang serong terhadap bangsa cina. kita patut mengambil teladan sejarah laksamana cheng ho, seorg bangsa cina beragama islam. bangsa cina merupakan bangsa yg terbukti dlm sejarah, yg mengejar kemajuan, dan bukan berniat jahat macam eropah utk menakluki tanah jajahan baru dan menyebarkan agama mrk. kita sepatutnya berbangga dgn pahlawan kita, laksamana cheng ho.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2005 08:08 AM | Show all posts
Originally posted by riccckyyy at 25-8-2005 02:08 PM
tu lah, tengok lah laksamana cheng ho, pahlawan org asia, berbangsa cina, bangsa mrk merupakan bangsa yg hebat2 belaka dan bertamadun tinggi, tidak kalah kpd org eropah. kita patut bangga dgn laksa ...


aku setuju dengan pendapat kau...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2005 04:31 PM | Show all posts


Laksamana Zheng He.

[ Last edited by riccckyyy at 7-9-2005 12:33 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2005 07:25 PM | Show all posts
Originally posted by riccckyyy at 3-9-2005 04:31 PM


Laksamana Zheng He.


Tugu ni kat singapore atau china..???
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2005 01:19 AM | Show all posts
kat china lah, takkan kat s'pore.
Reply

Use magic Report

liyana306 This user has been deleted
Post time 6-9-2005 07:20 PM | Show all posts
Originally posted by KayPooh at 19-7-2005 01:00 PM
Islam disebarkan di tanah Melayu (Melaka) oleh pendakwah China (Cheng Ho)?

Yeke?


Tidak benar...

Islam datang ke Melaka melalui pedagang India mamak beragama Islam (mereka ini bukan mamak India yang asli, sebaliknya mamak yang keturunan Arab melalui kahwin campur)dari Kesultanan Islam Delhi. Mereka terlebih dahulu sampai sebelum pedagang Arab sampai.Pengislaman Melaka ada kaitan dengan pengislaman Tanah Jawa yang menyebabkan musnahnya kerajaan Hindu Majapahit, lalu Melaka dapat bangkit dengan mudah tanpa ancaman Majapahit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

liyana306 This user has been deleted
Post time 6-9-2005 07:23 PM | Show all posts
Walaupon orang Melayu amat bangga dengan ISLAM mereka sehingga ada yang mengaku jadi nabi, Imam Mahadi, dsb, namun penduduk Islam kat China berjuta-juta orang lebih ramai daripada orang melayu kat Malaysia.

Orang2 Cina lebih awal Islam daripada orang melayu. Semasa orang Melayu masih menyembah pokok dan batu, orang Cina telah menerima Islam melalui salah seorang sahabat Rasullullah direct from Mekah.

[ Last edited by liyana306 at 6-9-2005 07:27 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2005 11:12 PM | Show all posts
Originally posted by liyana306 at 6-9-2005 07:23 PM
Walaupon orang Melayu amat bangga dengan ISLAM mereka sehingga ada yang mengaku jadi nabi, Imam Mahadi, dsb, namun penduduk Islam kat China berjuta-juta orang lebih ramai daripada orang melayu kat  ...


orang china (Han) menerima agama islam ketika zaman dinasti tang.. dan wujudlah bangsa china yg beragama islam (Hui)
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2005 12:19 AM | Show all posts
aku tengok bangsa org china kalau islam tetap maju. tapi org melayu masuk islam masih juga macam tu. nampaknya baik buruknya terletak pd bangsa tu sendiri, bukan agamanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2005 01:43 PM | Show all posts
Mmmm...saya tumpang lalu ye
Pada pendapat saya, kemajuan bukan bersandarkan kepada sesuatu bangsa tetapi sebenarnya kemampuan kepada seseorang individu / sesebuah bangsa dalam menggerakkan diri mereka sendiri. Kita patut bersyukur kerana dilahirkan sebagai Islam kerana Islam itu sendiri menggalakkan kita untuk berusaha. Tetapi malangnya, umat Islam zaman ini tidak kira la Melayu ke, Arab ke, Pakistan ke, Cina ke, Indon ke, kebanyakannya tidak mengamalkan Islam yang sebenarnya. Apakah maknanya seseorang itu Muslim  tetapi tidak berilmu, dan alangkah malangnya seseorang Muslim yang berilmu tetapi tidak beramal. Hasilnya kita tiada jati diri seorang Islam dan kesannya kita saling bermusuhan dan tidak bersatu padu. Saya agak tertarik dengan kata

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2005 02:07 PM | Show all posts
dari ulasan di atas, kita boleh nampak lagi satu pandangan org melayu yg lazim, kita ini suka mencari alasan kemunduran kita berlandaskan agama. pada hal kita ini tak maju disebabkan oleh kita sendiri, bukan agama kita. aku tak pahamlah, org melayu suka memerangi org bangsa lain, konon nak memerangi org kafir. kita suka membenci bangsa lain, lepas tu menggunakan agama sbg alasan. bangsa lain yg islam kat negara lain tak macam kita. lihat bila kajian menunjukkan laksamana zheng he beragama islam, org cina tidak menyangkalnya atau menafikannya. dan bila fakta ini terdedah, kita pulak mengagungkannya, semata2 beliau beragama islam, bukan kerana kehebatan sebenarnya. kita lantas membelakangi fakta beliau berbangsa cina, kehebatan pelayaran beliau, kekuatan armada beliau, tujuan suci penjelajahan beliau dll. kat negara kita ni, kita boleh lihat ramai org yg nak menjadi jaguh islam, yg kekadang menidakkan org bukan islam, yg majoritinya tak jahat. kita boleh memenangkan islam, tapi dgn cara yg betul dan halal, kita kena ubah sikap kita, kita kena majukan diri kita, dan lihat sesuatu tu secara hati yg murni dan terbuka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.667669 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list