CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12616|Reply: 98

Tahap Melayu?

[Copy link]
Post time 1-11-2006 09:32 AM | Show all posts |Read mode
assalamualaikum,
aku merujuk kepada diskusi tentang kebanyakan plot filem melayu yang memanjang asyik berkonflik, suka meleret-leretkan perkara, suka buat perkara bodoh (asalkan cepat) dan tak mahu berfikir dulu mencari usaha yang lebih baik..  

ini membuatkan aku terfikir..  adakah kerana ramai melayu yang mentalitinya sendiri masih pada tahap begitu?  dan sebab itu kah, mereka hanya reti nak buat cerita filem yang sedemikian sahaja?

"art imitates life?"

hari tu, ada sorang brader (salah satu tugas dia ialah bantu bangsa melayu berniaga makan) tu bersuara..
dia kata, kenapa ramai melayu boleh berjaya berbisnes nasi lemak/kuih/nasi campur dengan hanya bermodalkan meja dan payung di tepi jalan..  tapi bila mereka dapat peluang (melalui skim kerajaan) upgrade berniaga di food court/restoran/cafe, mereka pulak yang akhirnya tutup kedai?

adakah tahap kebanyakan melayu cuma di gerai jalanan kerana hanya itu lah keupayaan sebenar mereka sekarang ini?  tahap mentaliti yang hanya mahu berbisnes di tepi jalan dan tak mahu meningkatkan diri bila masuk ke arena persaingan yang lebih susah?  walaupun kerajaan dah permudahkan peluang?

terkedu aku memikirkannya..  

persoalan yang sungguh menarik kan?


--  terimakasih kepada yaneng dan hubby  --

[ Last edited by  sepaileman at 3-11-2006 04:09 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2006 09:53 AM | Show all posts
Ermmm....sebut tentang filem.....Owang Melayu tak berani utk melaburkan banyak wang sampai puluhan juta sebab filem itu belum tentu leh tembusi pasaran dunia. Hanya segelintir filem berat sahaja yg berjaya tembusi utk tayangan di negara jiran. Dan filem berat tue jugaklah yg nak menang apa2 pun.... Lagipun bang....kalo nak bandingkan dengan filem2 luar neh....(filem hollywood,bollywood,korean dsbgnya) memang tayangannya meliputi seluruh dunia ha.. :ah: jadi jgn hairanlah jika Prof Razak Mohaideen dengan filem anak maminya dan Pak Usop Selam dengan filemnya yg dimonopoli oleh pelakon2 yg Cun & ensem (ada rupala) :nerd:

Sebut ttg perniagaan....Owang Melayu JARANG yg sanggup bersaing secara sihat mcm bangsa Cina....Bangsa Cina neh kalo ada restoran, sebelah sinun ada lagik haa... Takdak hasad dengki dan iri hati...Takdak nak bersantau atau "buat taik" sesama sendrik.... Itu sebab banyak bangsa diorang leh maju..Walau hakikatnya kadang2 tue ada juga yg menjalankan perniagaan secara tipu atau mau ontong saja.. :jeling:

Dan jangan hairan lah...Jika dilihat dalam dunia perniagaan banyak bangsa Cina yg memonopoli... :jeling: Jangan biar owang luar menilai... OWANG MELAYU BERADA DI SAWAH/LAUT, OWNAG INDIA DI ESTET2..TAPI OWANG CINA LAK DI "HUTAN BATU".... pikir jerla... :bgrin:

Kalo tarak hasad dengki sesama kita...leh maju punyaa.....tengok lah dunia politik kita sekarang...Dr M tue...dah pencen watlaa cara pencen...Wat malu kat Parti lain ja (walopong haku rasa mmg diorang dok cucuk2 )... Hari2 lam paper tarak cerita lain..cerita politik...UMNO....Dr.M....dan Pak Lahh!!!
  :geram:

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 09:58 AM | Show all posts
kalau nak citer pasal filem melayu, yaneng rasa yg betulnya ialah terlalu cepat nak cerita tentang sesuatu plot tanpa mengambil kira emosi penonton, mungkin sebab pengarah nak cepat, atau editing tak kena tempat, etc


tentang melayu nak buat bisnes makan, hmm, mukk tau kan pendapat kami, tapi memang susah nak kata gak, sebab kekadang melayu nak cepat untung, padahal kdg2 kena sabar setahun lebih baru dapat balik kos dan untung

lagi satu persoalan, kenapa kan, org "lain" yg berniaga, duduk kat tanah haram, duduk bawah kabel elektrik, tapi bila buat quotation ok ajer demer tak tanya pasal alamat, tapi bila org melayu berniaga, dan kasi quoation, tapi kasi alamat rumah, sebab memang buat konsep "Small Office Home Office" dan nak save cost, demer akan menjuih bibir sambil kata, eleh ini alamat rumah nie, tak serius berniaga...kenapa??


lagi satu kenapa di persoalkan rumah2 besar ahli politik org melayu, tapi tak dipersoalkan rumah2 besar bisnesman org "lain" yg mungkin sumbernya dari "money laundering"?????


heran kan???

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 09:59 AM | Show all posts
aku adalah salah seorang yg berniaga nasik lemak dengan bermodalkan payung dan meja, aku akui nak kata berjaya tu tak la, tapi ada la sedikit keuntungan... lepas la sayur dan lauk kat dapur tu...

berkenaan dengan skim kerajaan aku masih tak tau... ader ke? macam mana nak dapat? kalo dah dapat boleh jugak aku test nak buat macam mana

apa yg aku perhatikan sekarang, bila dah besarkan perniagaan, KUALITI makanan tidak sama dengan niaga yg dulu. tu sbb org kita banyak kecundang. ada juga beberapa individu nak tempah nasik lemak aku, tapi aku terpaksa tolak, bukan tolak rezeki, tapi kemampuan aku untuk mengekalkan KUALITI masih belum tercapai.

dalam 10 bulan mem aku berniaga aku dah boleh modal mesin parut, beli kelapa dengan borong, dapur besar dengan perlatan masakan yang lebih baik. kalo kerajaan ada sedikit insentif untuk org² macam aku, aku akan cuba dapatkan

doakan kemajuan hidup aku.....hi hi hi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2006 10:00 AM | Show all posts
itu lah.. kengkadang rasa macam nak tolong tapi tak tau cemana nak tolong

contohnya bisnes makan..  buat bisnes ni pun, ramai orang dok berkonflik sesama sendiri sampai berbomoh-bomoh..  lepas tu suka buat perkara slow meleret-leret sedangkan orang nak servis yang laju.. tu belum lagi jenis yang tak berfikir bila upgrade ke restoran/cafe/food court.. kena lah jaga kebersihan dan gunakan taktik promosi/iklan untuk tarik pelanggan..  tapi tak, malas nak berfikir..  cuma target masak bebanyak dan tunggu/harap pelanggan datang..

cemana nak untung gitu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 10:05 AM | Show all posts
tu la sebabnya aku dah malas nak beli sokkabar .. dulu2 je bli the star pasal byk iklan keje kt situ ..
kalo sokkabar, sokmo cite pasal hal2 politik.. aku dah naik meluat

pasal movie pulak .. aiseh .. malas nk komen .. movie yg kuar kt tv pon aku tak ternengok .. anggap sajela jln2 cerita yg pendek akal itu hanya sebagai hiburan, dan bukan pengajaran .. walopon some of us menilai mentaliti org melayu berdasarkan filem om melayu..

aku bukan lah org yg sesuai bercakap mengenai hal2 politik, pasal aku mmg tak amik port langsung..

cume bile ada cerita hot mengenai pemimpin2 melayu kita yg bertelagah, salah gunakan kuasa, tutop periuk nasi org lain .. buat aku pk, kita ni rakyat pon bergantung pd pemimpin, kalo dah pemimpin wat hal, ilang la respek kita .. yg aku cakap kan ni pemimpin melayu..

heh, ape aku ngarut ni . .aku bace jek la komen korang.. heheh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2006 10:07 AM | Show all posts
savvy baca je pendapat korang....nak bagi pendapat tak berapa reti....
heheh...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 10:08 AM | Show all posts
teringat aku dgn ex-opismet aku ..

kite nih org melayu asik monopoli bisnes mkanan je .. bisnes lain?

aku: betul juge
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2006 10:13 AM | Show all posts
Originally posted by savvy_optra at 1-11-2006 10:07 AM
savvy baca je pendapat korang....nak bagi pendapat tak berapa reti....
heheh...


tak bagi pendapat komen je lee....

aku kan setakat ni filem melayu yg aku beli dan tengok dari SENARIO je... pasal ape? sbb idea dia lain... aku suke sangat

lupe plak... PGL.... tu je la aku aku anggap ok.... yg lain... hampeh


psst:citer malam tadi, rock... boleh tahan yer
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 10:18 AM | Show all posts

Reply #9 TheOne's post

off topic sat

pssstt, best ye rock? tak larat nk ngk...tido la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2006 11:28 AM | Show all posts
hu hu hu.. pasal money laundering tu, memang tak leh nak buat apa le.. terlalu banyak front businesses yang digunakan untuk legitimise deduit tu..

concern aku bukan lah kepada filem melayu atau bisnes makan..
concern aku ialah lebih kepada tahap keupayaan, tahap kehendak dan tahap sanggup berusaha ramai melayu untuk memperbaiki diri..  baik di bidang perniagaan dan karier..  aku mengharapkan dapat berbincang pasal yang ni

pasal filem melayu dan kedai makan tu, sekadar contoh sahaja kerana semua tu yang paling obvious pun..  contoh yang ada semua sifat melayu yang suka berkonflik, berdengki, berlengah-lengah, tak mahu berfikir panjang dan yang paling aib, usaha sepuluh sen tapi nak untung sejuta..

contoh tambahan:
pasal kualiti tu, tak dinafikan ramai melayu yang boleh maintain kualiti walaupun bila dah upgrade dari gerai jalanan kepada berbisnes kedai makan/restoran/cafe..  masalahnya, rentak persaingan berbeza dan akal perlu digunakan..  contohnya, promosi, iklan, kepantasan servis, kebersihan, etc..   ni tak, diorang masak jeeee lepas tu mengharapkan pelanggan terhegeh-hegeh datang kat diorang..  mentaliti cemana tuuuu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2006 11:33 AM | Show all posts
entahla..  bila aku teringat kata power "we are here because that is where we are..", aku macam setuju jugak..  bangsa kita berada di tahap sekarang kerana itu hakikatnya..  dan kita tak akan ke mana-mana kerana ramai yang tak nak terima hakikatnya..  

jadi bila kita tak nak terima hakikat, kita tak akan berusaha apa-apa..  dan teruslah kita stuck di sini..  dan dengan itu, kita mengiyakan statement "we are here because that is where we are.."

contoh klasik self-fulfilling prophecy...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2006 11:48 AM | Show all posts

Reply #4 TheOne's post

takde le skim kerajaan yang direct/official untuk sponsor bukak restoran/cafe/food court stall..  secara indirect dan 'unofficial' pun ada..

tapi kalau nak cari financing, memang ada rasanya..  kalau bisnes kecil-kecilan nak upgrade, boleh berhubung dengan mara..  yayasan tekun pun ada..  kawan aku di matrade pun boleh bagi advise percuma..


aku sendiri pun berharap aku ada peluang nak majukan diri aku..  aku pun ada idea macam kau, One..  nak berjinak dalam dunia perniagaan..

--  aku pelik..  ramai melayu berpegang kepada 'kalau rezeki dah secupak, tak akan jadi segantang'..  tapi bila berusaha, berusaha setakat secupak tapi mengharapkan bergantang-gantang kan..  --

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 03:09 PM | Show all posts
hhmm.... mukkk... apa kata ngko ceburkan diri dlm bisnes ni... aku rasa PR ngko ni dah baguih... kalo promo kuat bule maju....
mmg aku akui bisnes management & strategy org2 kita masih lemah... hanya segelintir yg absorb cara perlaksanaan dari kaum cina dan jepun aku nampak ada setapak dihadapan.... dan ada juga beberapa org yg aku kenal bisnes mereka maju walaupun tak mempunyai kelayakan akedemik yg cemerlang.

err.. pasal pilem melayu citer rock mlm tadi ok gak... lain dari yg lain.... teringat kat zaman rock kapak dulu.... hehehe....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 06:48 PM | Show all posts
pada aku semuanya berdasarkan kehendak.
level manusia ni lain-lain. dikhususkan pada bangsa melayu, aku rasa org melayu bukan tk pandai berniaga. tengok la usahawan2 yg dah berjaya sbg contoh. kalau nak, mmg akan ada usaha.

bila ada bantuan, ramai yg nak, tapi tak reti planning. takde guidance/panduan. takde mentor utk tunjuk ajar. pasal berniaga kecilan macam nasik lemak, itu cuma setakat yg mereka mampu dan mereka nak. mungkin mereka perlukan masa yg lama utk mahir dan dpt idea baru utk kembangkan bisnes diorang.
aku pun tak lari dari peserta kursus anjuran MARA utk galakan usahawan melayu. ramai yg apply. tapi dari segi preparation, mmg kurang sangat. daripada kajian yg diberi oleh pegamwai mara ari tu dia kata nisbah yg berjaya dlm bisnes (yg apply bantuan) ialah 10:1. semuanya sbb terburu2 dan tak serius utk berniaga. ada yg cuma apply loan cuma utk beli kereta, rumah dan lelain. so, aku timbulkan soalan, diorang ni nak berniaga atau nak kaya/banyak duit? ramai yg berniaga bukan kerana duit semata-mata. ada yg berniaga sebab menganggap berniaga ni ialah tanggungjawab terhadap, diri, keluarga dan bangsa. tak lupa juga kerana agama.

so, kalau sapa2 yg berniaga tu, pertama sekali kena tetapkan niat dan tujuan dulu. tapi berbeza pulak dgn org lain yg berniaga secara sambilan tapi last2 melekat sampai dpt buka cawangan 10-15 buah. nak kaa rezeki... :hmm: ye jugak kan? :cak: tapi... tu la, determine utk berniaga cuma muncul bila peluang berjaya diperolehi. mungkin yg gagal tu cuma dpt peluang pada masa dan tempat yg salah... ;) ntah la... itu je pndangan aku...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 11:31 PM | Show all posts
perghh hebat2 poremmer2 perak meluahkan pendapat..terase kerdil teman utk
mengulas..:nyorok:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2006 01:36 AM | Show all posts
Dalam Islam sendiri cakap, 9 dari 10 punca pendapatan datangnya dari BERNIAGA.
Nie bukan saranan, tetapi sebagai dorongan kepade kiter sume sebangse dan seagame bersame/same BERNIAGA
Tak kirelah , niage nasi lemak ker niage cendol ker niage berger ker. Janji ade punca niage, yang boleh dapat duit tentunya Halal disisi agame.
Kalau kiter perhatikan orang Cine BERNIAGE , memang tahap drastik dan bombastik
Kalau boleh kaut untung manyak/manyak dan melampau/lampau. Dan semestinye riba itu Haram disisi agame
Itu memang adat orang kafir BERNIAGE, jangan diikut!
Sebagai 1 care yang paling mudah nak tolong sebangse dan seagame,
ape lah salahnye kiter membeli di kedai/kedai, premis/premis kepunyaan sebangse dan seagame kiter sendiri.
Dengan care itu mungkin kiter berjaye dalam sistem Fardhu Kifayah yakni bersame tolong/menolong antare kiter yang sebangse dan seagame nie.
Kalau dalam 1 deret kedai ade 3 kedai runcit,
- Kedai Runcit Ah Meng
- Kedai Runcit Shiva
- Kedai Runcit Marzuki

Mane kiter nak tuju???

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 01:40 AM | Show all posts

Reply #15 bzzts's post

Dari pengalaman dan pengamatan aku dalam bisnes nie, salah satunye puncenye MALU BERTANYE !
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 01:43 AM | Show all posts
Nie topik Movies Melayu ker BERNIAGE?? :jeling:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2006 08:39 AM | Show all posts

Reply #15 bzzts's post

hahh betul tu bzzts..  tak berkehendak atau orang kampung aku kata; "tak berkacak"..  tu yang aku timbulkan dari post #1..  

brader tu kata, tempat dah diberi, deposit/sewa boleh diadjust kurang dan boleh mintak advice dia anytime..  peniaga melayu cuma masuk, jaga kebersihan, masak sedap-sedap dan kenalah berusaha tarik pelanggan..  camtu pun boleh bungkus jugak..  walaupun dah diberi panduan area mana yang dia perlu concentrate..  

tapi tu lah, bila orang tu sendiri dah tak berkehendak nak buat, memang tak jadi..  macam lembu, kalau dia nak berdiri statik kat padang, tolak/tarik/sebat cemana pun lembu tu buat dono je..

tutan,
kaitan movies ni ialah aku tengok plot dan cara movies dibuat pun mencerminkan realiti kebanyakan melayu.. suka bergaduh/berdengki, meleret-leret dan berlengah-lengah, tak mau berfikir panjang dan yang paling aib, perangai mat jenin (usaha sedikit tapi nak untung menggunung)..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.327497 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list