CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Pasar Seni & Imej baru

[Copy link]
Post time 30-11-2006 05:10 PM | Show all posts
uiiiss.....cantik tu...

dah terbayang2 kecantikan toilet tu. xpe la xde gambo pon..
kite imagine sendiri la :love:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2006 10:38 AM | Show all posts
heheheheh

try2 lah intai kat pintu toilet pempuan tuh

itu punng kalau kalau cleaner yang jaga toilet tuh kasik intai

hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2006 04:49 PM | Show all posts
semalam p jenjalan kat CM

ada satu orang nih buat mcm demo ke, show kecik ke apa tah

alpha wasi ke apa nama dia

dia ada jual cd2 jugak

harga biasa RM45, smlm punye price RM40

dia pakai ala2 red indian gitu..
ada bulu2 ayam kat kepala dia

then ada main alat muzik tradisional bangsa dia lah

sempat layan 2 lagu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 06:57 PM | Show all posts
ahad aritu baru dpt pegi CM.
ekceli dh lupa cmner rupa cm dulu2.
so masa sampai situ, mcm tak nmpak apa beza sgt.
yg ketara cuma kedai2 tu nampak cntik sketla dr dlu n lebih kemas kot?
toilet dia tk smpat singgah lak. :lol

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2006 09:31 AM | Show all posts
toilet dia lom siap lagi lahhh....

tapi toilet dia mcm tak mesra alam plak..

abis basah baju aku...

kekekekekeke


:malu:
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2006 09:12 AM | Show all posts

Meor Aziddin Yusof

From Wikipedia, the free encyclopedia

Meor Aziddin Yusof (born 1967 in Bruas, Perak), popularly known as Meor, is an independent folk singer-songwriter from Malaysia. He has performed since 1984 and has had a major label recording release Pesta Jiwa (2000) before deciding to take the independent route and continued his craft as a busker in Kuala Lumpur, notably in Kuala Lumpur's Central Market.

His critically acclaimed album Itu Padang...Aku Disitu (2003) is considered a classic in the non-mainstream music scene.

Discography

Yang Terlintas Di Fikiran (2006)
Aku dan Bulan (2004)
Itu Padang...Aku Disitu (2003)
Pesta Jiwa II (2002)
Pesta Jiwa (2000)

Appearance

Voices From Next Door compilation - various artists (2006)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2006 09:19 AM | Show all posts
Baru2 ni ada Kuala Lumpur International Buskers' Festival 2006 (KLIBF 2006) kat Central Market.

I tak sempat pergi... ada sesiapa pergi? 2 hingga 10 Disember

Boleh rujuk kat laman web dia...

http://www.malaysiabuskers.com/index.asp
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2006 11:32 AM | Show all posts

Reply #27 fleurzsa's post

pegi...tapi tak pegi yg kat cm. pegi kat berjaya times square. kat situ pon ada gak.
ada org yg act as patung tu(ramai org amik gmbo-tak sure free ke tak, kalo kt france dlu diorang mintk byr)... pstu ada yg wat mcm magic show. ekceli tertunggu2 kalo2 ada yg main violin ke...tkde lak.
each time diorang abis wat show, diorang mintak derma(utk bdn kebajikan kalo tk silap...n maybe utk diri sndiri gak la kot). yg kelakar, org mesia ni, masa show sumer berkerumun nak tengok...bila abis n diorang start hulur basket utk mintak derma...sumer bertempiaran pegi tempat lain. :lol
msti diorang ingt org mesia ni kemut n kurang hargai street performers.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2006 09:48 PM | Show all posts
yaneng selalu ke CM, inipun atas sebab hobi...iaitu baca buku, ada satu kedai buku kat situ yg yaneng selalu pegi, dan sambil2 tue yaneng jln2 kat sini, memang bertambah cantik, dan mengikut konsep warisan, kemalaysiaan nya....

org malaysia mungkin kena get used to the new image of CM, tapi "spirit" nya masih sama, nak cari cenderamata malaysia, kat sinilah tempat yg paling tepat (walaupun yg jual kebykan dah makin ramai PATI)

kalau ditambahkan guard di sekitar bangunan inipun bagus gak sebab kat sini memang masih jadi tempat kutu lepak (kat luar) jadi kalau lalu lalang kat situ mesti kena kacau....esp kalau pompuan lalu sorang2...tak selesa....

lagi satu sebab tempat nie strategik, byk pengangkutan awam ada di situ, selalunya yaneng naik LRT (mungkin CM boleh sediakan pedestrian pathway utk ke LRT) , ada bas, teksi ....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2006 09:56 AM | Show all posts
pak gad yang ada hari nih kat CM, mmg bertambah2 kali ganda
banding dgn CM yang dulu..
lebih teratur cara kerja nya

ada meja etc

then pintu nak keluar (menghadap McD, Watson, KFC...etc), kebanyakkan dah boleh digunakan. kalau tak, dulu asik bermangga jerk..

yang buskers tuh, ada tu hari jupe sorang...
pakai skirt petak2, hahahahah....

ala, style mcm orang2 kat london tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2007 09:59 AM | Show all posts
Pasar Seni himpun budaya
Oleh Nurul Nadia Mohd Kamaruzaman



LORONG Melayu di Pasar Seni menjadi daya
tarikan pelancong luar dan dalam negara.

Lokasi paling strategik promosi produk pelancongan di ibu kota

KEINDAHAN pelbagai budaya di Malaysia boleh diamati pelancong dari dalam dan luar negara jika mereka mengunjungi Pasar Seni, iaitu sebuah tempat tumpuan pelancong terkenal di ibu kota.

Pasar Seni atau Pasar Budaya - dulunya dikenali dengan nama Central Market - kini menjadi Pusat Kebudayaan Malaysia. Bangunan yang didirikan pada 1888 itu masih berdiri teguh dan megah sebagai salah satu kebanggaan negara. Ia bukan saja antara bangunan klasik warisan budaya, malah menjadi lokasi popular warga kota serta pelancong asing.

Pasar Seni di Jalan Hang Kasturi kini menjadi tempat paling strategik untuk mempromosi produk pelancongan yang mempunyai nilai ekonomi.




Bagi karyawan seni ia menjadi medan mencurah idea, ilusi dan kreativiti. Bagi peniaga ia menjadi tempat mereka mencari rezeki. Di kalangan muda-mudi ia menjadi taman kasih bersemi. Bagi pencinta seni warisan, Pasar Seni adalah pusat rekreasi atau persinggahan yang menarik dalam memupuk kecintaan terhadap khazanah warisan seni dan budaya negara.

Bangunan yang dibina berhampiran Sungai Gombak dan Klang itu pada asalnya sebuah pasar basah utama di Kuala Lumpur. Bagi tempoh beberapa tahun, pasar itu dilengkapi dengan kemudahan tiga bilik sejuk untuk menyimpan daging, 170 gerai buah-buahan dan sayur-sayuran selain 158 gerai ikan, 36 gerai daging, 27 gerai daging babi serta 20 gerai telur dan ayam.

Sejajar dengan arus pembangunan di ibu kota, ada ura-ura merobohkan bangunan pasar itu sekitar 1970-an, tetapi selepas mendapat sokongan kerajaan dan kempen oleh Badan Warisan Malaysia, bangunan itu berjaya diselamatkan dan terus terpulihara.

Seterusnya, pada 1986, bangunan itu bertukar wajah secara menyeluruh daripada fungsinya sebagai pasar basah kepada pasar seni dengan menjual pelbagai barang kraf tempatan. Fungsi barunya dapat memenuhi santapan jiwa terutama kepada pelukis, penggiat seni dan penggemar puisi.

Daripada 86 gerai disewa, ada gerai khusus menjual karya seni seperti ukiran kayu, logam, lukisan, barang perhiasan, gambar, poskad, hiasan kaca dan gubahan bunga. Kain batik dan tekap pelbagai corak serta anyaman mengkuang dan kemahiran lain yang diwarisi zaman berzaman.

Di bahagian luar bangunan iaitu di bahagian belakang pasar itu, berhampiran tebing tidak jauh daripada pertemuan Sungai Gombak dan Klang disediakan benteng, khusus untuk kawasan kegiatan seni seperti menyanyi, berlawak, melukis dan bermain muzik.



SEORANG pelancong dari Turki tertarik dengan kesenian wau
dan layang-layang yang dijual di Pasar Seni.

Malah, ramai antara penyanyi, pemuzik dan pelukis terkenal tanah air seperti kumpulan Kopratasa, Blues Gang dan Imuda kerap menjadikan cuti hujung minggu untuk mereka berkumpul bertukar fikiran, mengasah dan mengembangkan bakat.

Anda pasti akan terpegun melihat warna-warni wau buatan tangan, kelembutan kesenian batik, keunikan lukisan serta pelbagai lagi barangan yang sukar didapati di tempat lain.

Selain barangan kraftangan dan tradisional, Pasar Seni juga menjual barangan moden bagi mewujudkan kepelbagaian barangan kepada pelancong.

Keindahan reka bentuk warisan budaya tersergam indah pada setiap sudut Pasar Seni. Kedai kecil dihiasi dengan bumbung serta tingkap warisan dari Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, menjadikannya sebuah bangunan lama yang diberi nafas baru.

Apa yang menarik, Pasar Seni menyediakan zon kedai khas mengikut kaum yang terdapat di Malaysia iaitu Lorong Melayu, Lorong Cina dan Lorong India. Setiap zon ini menjual barangan warisan kaum terbabit.

Harga barangan yang berpatutan juga menjadi antara daya penarik utama pelancong untuk berkunjung ke Pasar Seni. Kebanyakan premis mula beroperasi dari jam 10 pagi hingga jam 9 malam.


FEEZA Faeiz menunjukkan keunikan
tempat membasuh tangan yang
ada di Pasar Seni.

Restoran dan gerai makanan yang ada menyajikan pelbagai makanan tempatan dan luar negara pada harga yang berpatutan.

Selain itu, Pasar Seni juga menyediakan pelbagai kemudahan kepada pelancong yang datang. Antaranya jaringan internet tanpa wayar, perkhidmatan spa, malah kemudahan tandasnya juga amat selesa dan menarik dengan sentuhan rekaan hiasan tradisional.

Pengurus Bahagian Pengiklanan dan Promosi Pasar Seni, Mak Soon Peng, berkata pihak pengurusan Pasar Seni juga mengaturkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang tahun sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 (TMM07).

揟erbaru pihak kami mengadakan aktiviti senamrobik sempena TMM07 ini setiap Ahad di perkarangan Pasar Seni bermula 7 Januari lalu di mana peserta berkumpul membuat senamrobik beramai-ramai.

揝elain senamrobik, kami juga mengadakan persembahan dan demonstrasi seperti silat, tarian tradisional Melayu, pertandingan skuter serta pendermaan organ,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2007 09:33 AM | Show all posts
Minggu lalu singgah kat Pasar Seni... Itu pun sebab sedang mencari bangunan HSBC.

I rasa mcm biasa je... tak nampak byk perubahan...

I nak cepat, so malas nak singgah toilet CM tu... he he he he
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2007 10:16 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 3-11-2006 04:22 PM
Semalam, mcm biasa lah
kalau balik keje, lalulah kat CM tuh

then tiba2 terasa nak p toilet plak
aras dua tgh renovate
p ground floor, punng tgh renovate
tapi boleh pakai

bayaran masuk : ...






Tidak wajar Central Market kenakan bayaran tandas 50 senAPABILA ke Central Market, sudah tentu kita akan melihat ramai pelancong asing dari serata dunia pergi ke sana membeli cenderahati serta lukisan-lukisan yang menarik buatan tangan dan seni dari Malaysia.


Tetapi apa yang tidak menariknya adalah apabila hendak ke tandas pun kena bayar 憈ol

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2007 10:05 AM | Show all posts
Pasar Budaya belum bebas kegiatan jenayah


KITA biasa dihidangkan berita jenayah setiap hari, sama ada dalam akhbar atau televisyen.

Kejadian samun, rompak dan ragut nampaknya belum menunjukkan tanda berkurangan.

Jika sebelum ini saya hanya mendengar kes itu berlaku terhadap orang lain tetapi peristiwa pada Jumaat lalu, jam 6.45 pagi rupanya terkena diri sendiri.

Saya hampir disamun empat lelaki. Kejadian itu berlaku di jalan berhampiran Perhentian Bas Metro 12, di antara Pasar Raya Mydin dan Bangkok Bank di ibu negara. Pada mulanya saya berhenti di sebuah kedai untuk membeli khabar. Kemudian saya meneruskan perjalanan ke Pasar Budaya untuk mendapatkan bas menuju ke Gombak.

Saya perasan ada seorang lelaki berhenti dan memerhati saya dan dia kemudian mengekori saya. Saya berhenti untuk mengelak dari diekori kerana tempat itu tidak berapa jauh dari kedai menjual akhbar. Pada fikiran saya lelaki itu mungkin tidak berani meneruskan niat jahat.

Dia kemudian bertanya saya nak ke mana dan terus mencekik leher saya. Kemudian datang seorang lagi lelaki mengheret saya ke kaki lima kedai berhampiran yang belum dibuka ketika itu. Kebetulan kebanyakan kedai di kawasan itu belum dibuka.

Selepas itu, datang dua lagi rakan mereka. Saya terus menjerit meminta tolong tanpa henti, walaupun mereka menyuruh saya diam. Salah seorang daripada mereka menyeluk poket saya untuk mengambil duit. Kebetulan ada sebuah bas Metro berhenti berdekatan tempat kejadian, saya pun menjerit dan melambai ke arah pemandu dan konduktor bas itu. Mereka turun membantu saya. Saya bernasib baik kerana penjenayah terbabit belum sempat mengambil apa-apa.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada dua lelaki budiman yang membantu saya. Saya bersyukur kerana masih ada insan berhati mulia yang sudi menolong orang lain di kota metropolitan ini.

Apa yang membuatkan saya terkilan ialah tiada orang berdekatan yang menolong saya. Tak tahulah bagaimana nasib saya seandainya bas Metro tidak berhenti di situ. Apa yang membuatkan saya lebih terkilan ialah tiada polis bertugas di pondok polis Pasar Budaya ketika kejadian itu menimpa saya.

Biarlah saya orang terakhir menjadi mangsa samun di kawasan itu. Cegahlah jenayah di kawasan itu supaya benar-benar bersih daripada jenayah samun.

Kejadian yang menimpa saya betul-betul meninggalkan trauma sehingga saya berasa seperti tidak mahu lagi menjejakkan kaki ke kawasan itu, tetapi tidak mungkin kerana di situlah perhentian bas menuju ke destinasi saya.

Satu lagi cadangan saya ialah agar bas Metro terutama Bas 91 dapat mengambil penumpang di kawasan Puduraya untuk mengelakkan penumpang terpaksa berjalan kaki dari Puduraya ke Pasar Budaya untuk mendapatkan bas dan ia sekali gus dapat mengelakkan orang ramai daripada menjadi mangsa samun di kawasan itu.

PENCINTA KEAMANAN
Asal Pulau Pinang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Mr.Forensics This user has been deleted
Post time 14-2-2007 03:47 PM | Show all posts

Reply #33 Syd's post

cerita pasal tandas..baru terbaca blog budak ni citer pasal toilet pasar seni.
http://mohdshamsul.com/log/2007/ ... sar-senipasar-seni/
------------
Ding Dong,Ding Dong,Pasar Seni.

Pada petang tadi saya ke Pasar Seni,sekadar singgah sebentar untuk jenguk-jenguk apa yang menarik di dalamnya.Saya jarang ke sana,sebulan sekali pun sudah cukup bertuah bagi saya melihat-lihat bangunan tempat saya lepak zaman muda-muda dahulu.Sekarang saya bangga melihat Pasar Seni.Dulu bangunannya agak kaku,dekorasinya hampir-hampir tidak berseni.Sekarang ada pelbagai renovasi dibuat dan ditenyeh sini sana,perubahannya hampir-hampir total dan saya bangga berjalan sebagai warga Kuala Lumpur di dalamnya.

Agaknya pada bulan yang lepas saya singgah juga ke Pasar Seni,tapi ketika itu tandasnya masih dalam pembinaan semula.Pada hari ini saya berpengalaman menggunakan tandas Pasar Seni.Penggunaan entrance seperti yang biasa kita lihat di stesen komuter telah menukar wajah tandas secara amnya.Pelawat tandas diwajibkan memasukkan syiling sebanyak RM0.50 ke dalam tempatnya,dan mereka dibenarkan proceed ke tandas.Agak mudah tapi mungkin sedikit merengsa bagi mereka yang tidak memiliki duit syiling.

Pun,saya masuk ke dalam tandas tersebut.Saya teruja.Pencahayaannya yang malap ala-ala dekorasi rumah tradisional melayu,ditambah pula dengan simen berbentuk batang pokok yang diguris menampakkan seperti ira kayu juga dedaunan yang berjuntai sini sana:mujur saya tidak berfikir bahawa itu adalah syurga!Ini betul-betul mengejutkan.Rumah saya pun tidak cantik seperti ini,pandai perancang konsepnya.

Melepaskan 慼ajat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2007 03:54 PM | Show all posts
     


jap, nak recall posting mana haku punye pakaian terkena air tuh

aduhlah...aku gelak nih

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-9-2007 12:04 PM | Show all posts
Pasar Seni simpan sejarah ibu kota
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah


Sungguh besar impak bangunan yang asalnya pasar basah di tebing sungai ini. Walaupun bangunan di sekelilingnya bertukar milik, dirobohkan atau dibina semula, ia tetap teguh menjadi saksi pembangunan yang mengubah wajah ibu kota.

Warga lama ibu kota pastinya mempunyai pertalian rapat dengan Pasar Seni. Ada yang menghabiskan usia persekolahan di sini, menemui cinta pertama dan tak kurang pertama kali mengenal dunia.


Kebanyakan episod kejayaan seniman dan karyawan negara bermula dengan persembahan suka-suka di pentas kecil di bangunan ini.

Ia juga menjadi tempat pertemuan komuniti seni tanah air untuk menikmati teater dan hiburan percuma - 慴usker
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2008 11:18 AM | Show all posts
Promosi semula Pasar Seni

KUALA LUMPUR: Pasar Seni atau Central Market (CM), di ibu kota akan dipromosikan secara besar-besaran untuk mengembalikan popularitinya sebagai pusat sehenti yang terkenal satu ketika dulu.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata promosi itu lebih menjurus kepada keperluan menjual lebih banyak barangan tempatan berbanding barangan import.

揝aya terkilan melihat tidak cukup apa yang dipamerkan dan dijual di sini untuk melambangkan seluruh barangan tempatan seperti kraftangan dan produk Malaysia,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2008 12:06 PM | Show all posts
The history of Central Market goes back to 1888 where the location it now stands was used as an open wet market. Later when the open market continued to expand, a permanent structure was built to house all vendors. By the 1930s, the permanent structure was further improvised to have the current facade which we can see today and thence on opened its doors to Kuala Lumpur's growing population as a wet market.

Towards the end of the 1970s, the Malaysian Heritage Society decided to preserve the building under its heritage programme and through an allocation of RM9 million granted by the Federal Government, the building underwent another facelift to renovate the building from a wet market to a Centre for Malaysian Culture, Arts and Handicrafts. Ever since then the facade remained unaltered to retain the charm of the yesteryear.

On the 15 April 1986, Melewar Leisure Sdn Bhd, a subsidiary of Kumpulan Melewar Berhad took over the ownership of the building and used it to promote the Malaysian Culture through the sales of Malaysian Arts and Handicrafts products.

Today Central Market has a new management team who is spearheaded by Mr. Bernard Bong. He and his team are committed to further entrench Central Market as a Centre for the promotion of the Malaysian Culture & Heritage and a must-visit tourist destination.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2008 11:27 AM | Show all posts
Pasar Seni makin ceria
Oleh Jami'ah Shukri
bhnews@bharian.com.my


TAK SUNYI: Pasar Seni meriah dengan pelbagai kegiatan.

Bangunan berusia 120 tahun berdiri megah sebagai pusat kebudayaan

SUASANA persekitarannya santai. Merentasi lorong di dalam bangunan lama berusia 120 tahun itu, biji mata berkeliaran menyaksikan pelbagai jenis barangan dan gelagat orang ramai yang bertali-arus datang.

Terdetik rasa kelainan di situ. Pasar Seni, yang dulunya dikenali sebagai Central Market, ternyata sudah berubah wajah. Keceriaannya lebih terserlah.

Rentetan menarik fasa demi fasa dilalui Pasar Seni, iaitu sebuah bangunan lama yang dibina pada 1888, sarat dengan nilai seni sebagai simbol pembangunan, perkembangan dan pencapaian bangsa dan negara.

Fasa pembangunan yang panjang ternyata diisi dengan penuh bermakna. Denyut nadi juga bersifat kontemporari seiring dengan peralihan zaman. Jika dulu ia hanya menjadi pasar basah untuk menjual ikan, daging dan sayur-sayuran, kini berdiri megah sebagai pusat kebudayaan dan warisan bangsa. Sejak 2004, Central Market Sdn Bhd mengambil alih dan mengurus tempat ini daripada Melewar Leisure Sdn Bhd. Serentak itu, pihak pengurusan baru menjalankan kerja menaik taraf reka bentuk dalam Pasar Seni supaya lebih segar dan menarik untuk menarik lebih ramai pengunjung.

Memang sejak sekitar 1980-an bangunan lama yang sarat dengan ciri khazanah dan warisan budaya itu nampak meriah dengan pelbagai aktiviti daripada menjual pelbagai jenis produk dan makanan tradisional seperti ukiran kayu, logam, lukisan, barang perhiasan, gambar, poskad, hiasan kaca dan gubahan bunga.


KEMAS: Pasar Seni nampak lebih segar dengan pelbagai hiasan dan gerai menjual pelbagai produk.

Malah, kain batik dan tenun pelbagai corak serta anyaman mengkuang turut dipamerkan untuk jualan.

Pertunjukan tradisional, tarian masa kini dan konsert sesekali diadakan untuk memeriahkan serta menghiburkan pengunjung. Pelbagai persembahan, pertunjukan dipamerkan seperti lukisan batik, tilik nasib, wayang kulit, meniup kaca, kelas tarian dan pelbagai aktiviti lain turut tersedia.

Jika dulu, persembahan pemuzik jalanan dan bacaan puisi daripada siapa saja yang ingin menonjolkan bakat serta kreativiti dalam bidang seni, kini keadaan itu sudah semakin terbatas. Bagi penulis potret, Pusat Seni, adalah medan mereka untuk mencurah idea, ilusi dan kreativiti.

Ada deretan beberapa pelukis tempatan di bahagian luar yang bersambungan dengan bangunan utama Pasar Seni.


MENARIK: Persembahan muzik tradisional memikat pelancong.

Pengurus Kanan Pusat Seni Sdn Bhd, Richard Cheong, berkata terlalu banyak perubahan berlaku terutama selepas Melewar mengambil alih sejak 2004 bagi meningkatkan imej di samping terus mengekalkannya sebagai pusat seni, budaya dan warisan negara.

Beliau berkata, pihaknya menyusun semula semua kedai yang ada, kesemuanya meliputi 350 lot dengan membahagikan mengikut zon sejajar produk dipamerkan termasuk Lorong Melayu, India dan Cina, laluan ala Jonker Street di Melaka serta lebih tersusun, selain menyediakan kamera liter tertutup (CCTV).

Lebih 50 peratus barangan daripada produk tempatan selebihnya, Thailand, Indonesia dan China. Selain restoran makanan pelbagai cita rasa, Pusat Seni tidak lupa menyediakan pelbagai persembahan hiburan.

揔ita mempunyai pemuzik sendiri yang memainkan angklung hampir setiap hari. Setiap bulan kita akan ubah tempat pemuzik supaya ia tidak membosankan pengunjung. Selain itu, kita sediakan pertunjukan tarian dan muzik pelbagai kaum.

揝esekali diadakan persembahan di bahagian luar bangunan khusus untuk kawasan kegiatan seni seperti menyanyi, berlawak, melukis dan bermain muzik,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.080871 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list