CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8769|Reply: 88

KONSPIRASI PEHAK MOD? APAKAH BAKAL MEMATIKAN BAKAT FORUMNERS?

[Copy link]
Post time 4-11-2006 07:39 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum.

Saya terpanggil untuk membukak thread ini agar sama-sama kita dapat menyumbang minda atau pendapat kearah melahahirkan budaya berfikir dan berforum secara prosfesyenal.

Tujuan berforum adalah untuk melahirkan berbagai-bagai pendapat atau buah fikiran . Dan sudah tentu sebelum melahirkan pendapat , pehak forumners harus mematuhi garis panduan dan etika yang telah ditetapkan oleh pehak Mod. Dan pehak Mod pun dalam mematuhi etika tersebut terikat jugak dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pehak Super Mod.

Persoalan disini ialah pehak forumners sudah tentu akan melahirkan berbagai-bagai pendapat yang mungkin sama atau mungkin berbeza antara satu sama lain. Bak kata pepatah, rambut sama hitam , hati lain-lain.Berdasarkan pada minda, latar belakang pendidikan, pengalaman hidup dan  kefahaman dalam agama.

Begitu juga dengan pehak Mod. Puratanya ramai dikalangan pehak Mod menerima pendidikan diluar negara walau pun terdapat juga yang menerima pendidikan dalam negara.  Sudah tentu apabila belajar diluar negara corak pemikiran dan pendapat amat berbeza. Ada yang menerima teori modenisasi ala Amerika dan Britian, ada yang menerima teori Islam ala Iran atau Arab Saudi. Dan ada juga yang menerima teori budaya bekerja setelah belajar di korea dan Jepun.

Apakah setelah habis mereka belajar dan menjadi Mod di forum ini , mereka memahami budaya berfikir dan berforum dikalangan forumners yang majoritinya belajar didalam negara sendiri? Sudah tentu tidak bukan?  Terutama pehak Mod yang cenderung pada fahaman masing-masing seperti menyokong Syiah, berfahaman Wahabi, befikiran bebas ala Amerika termasuk menyokong perjuangan Yahudi dan berbagai-bagai lagik.

Sudah tentu pehak Mod gagal memahami corak pemikiran forumners yang berbeza pendapat dengan mereka. Oleh kerana mereka lah yang melakarkan buah catur manakala pehak forumner sebagai biji catur , maka budaya berforum terpaksa mengikut selera pehak Mod atau pehak forumners terpaksa mengikut manipulasi pehak Mod.

Jika keadaan sebegini berterusan, tiada apa yang dapat dibanggakan dalam berforum, kerana pehak forumners terpakasa menjadi pehak ' yes man' sahaja. angguklah apa yang diperkatakan oleh pehak Mod. Ibarat kuasa Veto yang dimiliki oleh 5 buah negara . Tiada satu pun negara islam yang memiliki kuasa Veto tersebut. Akibatnya terpaksalah negara2 islam melutut pada negara yang memiliki kuasa veto tersebut.

Begitulah tamsilan nya dalam kaedah berforum disini. Apakah pehak forumners terpaksa melutut pada pehak mod dengan mengorban prinsis dan etika kebenaran pada fahaman masing-masing?

Saya serahkan kembali pada Forumners yang lain , juga pada pehak MOD yang terbabit... Agar kemeriahan berforum tidak ditenggelami oleh karenah birokrasi pehak MOD  yang jika diteruskan suatu masa nanti akan memakan diri pehak MOD itu sendiri.


Sekian . Terima kasih.


Berkata Benarlah Walau Pun Pahit.

[ Last edited by  janggutmuda at 6-11-2006 01:46 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2006 08:07 AM | Show all posts
:hmm:

Bagi contoh boleh tak?  Mod baca pun macam dah ke conclusion tuan syeikh ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2006 08:10 AM | Show all posts
:

Bab nick2 kawan saya yang kena beggar tu. Apakah dosa2 dosa mereka?

Tapi kalau nick2 lain dari pehak Mod, bukan nak dibeggarkan tetapi ditambah kredit lagi .

Apakah ini keutamaan pada kroni sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2006 08:13 AM | Show all posts
alahai...  itu ke contohnya.  ingatkan birokrasi macam nak bina banggalo ke.

suka hati ko la janggut.  nak kata apa pun kata la.  panggil le minah rock ke, tasbih ke, hambasufi ke.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2006 08:21 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 4-11-2006 08:13 AM
alahai...  itu ke contohnya.  ingatkan birokrasi macam nak bina banggalo ke.

suka hati ko la janggut.  nak kata apa pun kata la.  panggil le minah rock ke, tasbih ke, hambasufi ke.....


Ko orang nie pemikiran materialistik juga.

Cam ner boleh jadi MOd Muslimin- muslimat?

Kenapa kau orang tak mau panggil Amin Al-Kalam?

Yang kau orang dah  'guling' tempoh hari?

[ Last edited by  janggutmuda at 4-11-2006 08:22 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2006 08:37 AM | Show all posts
org yg mudah  melenting dan pantang ditegur adalah   janggutmuda n geng
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-11-2006 08:43 AM | Show all posts
Originally posted by mahathirGX at 4-11-2006 08:37 AM
org yg mudah  melenting dan pantang ditegur adalah   janggutmuda n geng


Menegur dan melenting 2 perkara yang berbeza.

Menegur ikut syarat, panduan dan ada bukti..

Manakala melenting adalah mengikut suka hati..

Apakah anda sebagai MOD yang tak boleh ditegur dan jika ditegur akan melenting?

Harap buat cermin diri dahulu. Daripada beli cermin dan nak hadiah pada oranglain..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2006 08:52 AM | Show all posts

w'salam

Originally posted by janggutmuda at 4-11-2006 07:39 AM
Assalamualaikum.
Saya terpanggil untuk membukak thread ini agar sama-sama kita dapat menyumbang minda atau pendapat kearah melahahirkan budaya berfikir dan berforum secara prosfesyenal.
Tujua ...


U pun kena faham perbezaan individu di atr moderator... rambut sama hitam , hati lain-lain.

Kalo mod boleh beri perhatian kpd forumners... tak kan u tak boleh beri perhatian pd moderator yg beberapa shj.

Secara logiknya...

Moderator yg byk buat tindakan adalah moderator yg perihatin pd forumners.  Its not about power... its about caring.

Walau pun kelihatan mcm menyakitkan hati... ia masih berunsur caring...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-11-2006 08:57 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 4-11-2006 08:52 AM


Walau pun kelihatan mcm menyakitkan hati... ia masih berunsur caring...


...



hehehehhehehehehe..

Amin Al-Kalam kena guling berunsur caring?

Berapa nick saya yang lain kena beggar berunsur caring?

Terima kasih la atas penjelasan awak yang mengantikan Mod Ibnur...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2006 09:01 AM | Show all posts
Originally posted by janggutmuda at 4-11-2006 08:57 AM
hehehehhehehehehe..
Amin Al-Kalam kena guling berunsur caring?
Berapa nick saya yang lain kena beggar berunsur caring?
Terima kasih la atas penjelasan awak yang mengantikan Mod Ibnur...


Anda tak perasan ke...

Amin Al-Kalam sukarela meletakkan jawatan.

Yg mempertikaikan kewibawaan beliau bukan moderators M&M.

Harap jelas ttg perkara ini.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2006 09:06 AM | Show all posts
Originally posted by janggutmuda at 4-11-2006 08:57 AM
hehehehhehehehehe..
Amin Al-Kalam kena guling berunsur caring?
Berapa nick saya yang lain kena beggar berunsur caring?
Terima kasih la atas penjelasan awak yang mengantikan Mod Ibnur...


Nick atau multinick kena beggar krn ia menganggu perjalanan board ini.  Lebih2 lagi ia tidak membawa kpd sebarang kebaikan.  So, its still caring for the nick n other forumners.

Yg u terasa sgt ni mengapa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2006 09:09 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 4-11-2006 09:01 AM


Anda tak perasan ke...

Amin Al-Kalam sukarela meletakkan jawatan.

Yg mempertikaikan kewibawaan beliau bukan moderators M&M.

Harap jelas ttg perkara ini.



Memang secara sukarela...


tetapi sebelum tu , Cik Ibnur yang buat poll.

Kerana tak tahan dengan tekanan, sebelum tamat pengiraan poll, dia merelakan diri letak jawatan...

Memang patut pun dia letak jawatan  ,  sebab dia dah lama tak berfungsi sebagai MOD.

Bagaimana pulak dengan Nahzaluz tu, tak ajak berunding ker agar dia letak jawatan kerana lama dah tak berfungsi?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2006 09:17 AM | Show all posts
Originally posted by janggutmuda at 4-11-2006 09:09 AM
Memang secara sukarela...
tetapi sebelum tu , Cik Ibnur yang buat poll.
Kerana tak tahan dengan tekanan, sebelum tamat pengiraan poll, dia merelakan diri letak jawatan...
Memang pa ...


Bila pulak mod ibnur yg buat poll?

Fitnah memang tak membawa sebarang kebaikan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2006 09:18 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 4-11-2006 09:17 AM


Bila pulak mod ibnur yg buat poll?

Fitnah memang tak membawa sebarang kebaikan.


Kalau silap maaf kan saya..

Tetapi siapa dalang yang membuat poll tersebut?

Maaf sekadar bertanya...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2006 09:28 AM | Show all posts
Originally posted by janggutmuda at 4-11-2006 09:18 AM
Kalau silap maaf kan saya..
Tetapi siapa dalang yang membuat poll tersebut?
Maaf sekadar bertanya...


I know him.... yg berlalu biarlah berlalu..

Tak elok nak diungkit2 semula.  Boleh menimbulkan isu buruk n dendam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2006 09:48 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 4-11-2006 09:28 AM


I know him.... yg berlalu biarlah berlalu..

Tak elok nak diungkit2 semula.  Boleh menimbulkan isu buruk n dendam.


Ini bukan perkara dendam. Tiada permohonanmaaf pun..

tetapi kezaliman pada setengah pehak dan penganiayaan pada pehak yang lain.

Bab berbagai-bagai nick. Pehak forumners dibeggarkan sampai mati nick tersebut.

Tetapi pada pehak Mod  boleh membuat seribu satu nick dengan tambahan kredit lagik..

Cuma saya kurang arif, dibeggarkan atas muslihat siapa?Samada pehak Mod atau Mod yang lebih tinggi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2006 10:33 AM | Show all posts
kalau berforum cara baik cara berhemah lemah lembut takde memana mod nak jadikan forumer tu beggar pun
ingat sesuka hati jer ke mod nak tolak kredit forumer
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2006 11:47 AM | Show all posts
salam

nak kendurkan sikit ketegangan
atau NAK DITAMBAH.....

teringat BILA KHALIFAH ABU BAKAR
MEMBACA KHUTBAH DI ATAS MIMBAR
MAKA BELIAU BERKATA:
SEKIRANYA AKU SALAH MAUKAH ADA DIANTARA KALIAN
MEMBETULKAN AKU????
lalu seorang SAHABAT berdiri dgn MENGHUNUSKAN PEDANGNYA
LALU BERKATA: AKAN KU BETULKAN DGN INI

agak agak apa jawapan ABU BAKAR?????
dia marah keeeeeeeeee

dan MANUSIA SENTIASA DALAM KELALAIAN
KERANA MERASA DIRINYA SERBA CUKUP
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2006 03:23 PM | Show all posts

sabar2...lah

Sabar itu separuh dari Iman....
bila Islam suruh bersabar, adakah kamu bersabar...
atau kamu buat tak tahu....saja...

buat apa nak kesah... yang benar tetap benar yang salah tetap salah....

bila lagi nak bersabar...cmon laa kawan2...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2006 05:38 PM | Show all posts
ye abg janggutmuda..sabarle....macam abg usoop cakap sabar "separuh dari iman" kalau kita tak sabar terang terang kita hilang separuh dari keimanan kita...

"Maaf Zahir batin" ucapan yang sedap didgr di bulan syawal ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.340816 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list