CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Eastern

Official FullMetal Alchemist

[Copy link]
Post time 15-11-2006 01:38 PM | Show all posts
Originally posted by powerpuff_gurl at 9-11-2006 01:58 PM
mana nak dapat movie dier eh...ader jual kat mane2 tak?



Dekat Low Yatt ada jual. Level yg sama dgn Computer parts tu. Aku baru tgk sana last week. Tapi kalu dapat tempat lagi murah lagi bagus. Situ satu DVD rm15. kalu ko nak full maknanya RM30 la sbb dua keping CD. Aku cadang ko beli je original . Popular book store ada jual, time offer ko leh dapat harga rm36-Rm50. Harga standard dia RM50++ rasanya. Ari tu aku download pun dapat english version je... bosan giler.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2006 08:33 PM | Show all posts
Originally posted by yowa2 at 6-11-2006 08:41 AM
yup... ni topik lama kot. tp i baru je berkecimpung dalam bidang anime FMA nih. dlu ade beli dvd kat imbi, rm files. tp hampeh, lgsung xdpt bukak. tp ade la pnjm movie pny, FMA, mcm lain je dgn man ...


yowa.. thread kau aku dah merge kan..
Reply

Use magic Report

wani7 This user has been deleted
Post time 28-11-2006 10:17 AM | Show all posts
yeah..nih antara anime yg best aku pnah tgk..ade gak part sedey esp yg masa alchemist tuh tukar anak dia jdik dog..sedih bangat..
Reply

Use magic Report

wani7 This user has been deleted
Post time 28-11-2006 10:17 AM | Show all posts
btw,aku x tgk muvi dia lg..best tak?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2006 11:47 PM | Show all posts
Alo sume.

Saya baru beli cite FMA p***** nye. 1 DVD full episod. Dapat yg tu je.
Best sgt ke cite ni? Ramai yg suke tgk.

Mana lg best? :- FMA, Naruto, Bleach?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 06:42 PM | Show all posts
Originally posted by maharo at 28-11-2006 11:47 PM
Alo sume.

Saya baru beli cite FMA p***** nye. 1 DVD full episod. Dapat yg tu je.
Best sgt ke cite ni? Ramai yg suke tgk.

Mana lg best? :- FMA, Naruto, Bleach?

mesti lar best FMA...THE BEST ANIME EVER...ahaha...melamapau kot....tapi bagi mereke yg suker budaya popular dah tentu lagi suka Bleach ngan Naruto kot(yg pada aku memanglah menyeronokkan tapi idea, falsafah dan kandungan intelektual dia masih tak setanding atau setinggi FMA)....

Satu benda yg membentuk FMA sebagai sebuah anime matang ialah ia mempunya falsafah kemanusiaan yang tinggi....tradisi human transmutation dlm bidang Alchemist kalau anda fikir betul2 ia seakan-akan menyamai percubaan Human Cloning dlm teknologi bioscience dlm dunia nyata. Diperkuatkan lagi dengan cerita Shou Tucker cuba berkesperimen dengan menggunakan anaknya sendiri jelas sekali, cerita FMA ini adalah bayangan terhadap persoalan etika kemanusiaan dalam kajian saitifik. Ia juga mengenai musibah atau bala yang boleh dihadapai oleh manusia apabila cuba mencampuri urusan pencipta(tuhan). Lebih jauh lagi kita mengikuti siri FMA kita akan lihat tema2 kemanusiaan lebih terbuka luas.....lontaran mesej anti-perang semakin ketara.....dan kita lihat nasib manusia-manusia tinggalan Ishbal dan Lior adalah sama dengan mangsa perang dalam dunia kita hari ini....kalau kita terus menyambung tonton filem FMA: Conqueror of Shambala, kita akan lebih jelas bahawa masyarakat Ishbal dan Lior adalah simbolik kepada golongan Gypsy dan Yahudi yang terpinggir dan dibenci ketika perantaraan era zaman perang dunia 1 & 2.....ada satu scene dimana Edward terkejut apabila mendapati bahawa ilmu purba puak Isbal adalah sama dengan Alchemist dan agak ragu2 mengakui ketika disoal balik oleh org tua bertatu - Ia menunjukkan sebahagian dari sifat asal dlm diri manusia dimana merasa diri lebih baik dari orang lain. Dalam konteks ini kita nampak yg secara luar sedar Edward sebenarnya memandang rendah terhadap bangsa Ishbal yg hina dan sukar menerima hakikat bahawa mereka juga tahu tentang ilmu Alchemy yg dianggap sebagai peradaban tingi di Amerthys(mcm dlm dunia kita ini sains dianggap sebagai peradaban tinggi dan kebanyakan kita memandang rendah terhadap negara atau masyarakat yang mundur).....Walauabagaimanaun, tema sebenar perjalanan kedua beradik Elric dlm siri ini adalah tentang belajar mencari makna sebuah kehidupan(berkait rapat dgn scene dimana mereka melihat kelahiran bayi kpd Maes Hughes - hatta sensei mereka pun bersetuju yang ia adalah pengalaman bagus pernah berlaku kpd mereka berdua)  dan bagaimana menghargai kehidupan yg mereka ada itu.

Sekranag ko dah tau kenapa secara peribadi aku anggap FMA adalah jauh lebih baik dari mana-mana siri Anime popular yg ada masa kini....tapi tak dinafikan yg ada banyak lagi siri-siri anime lain yg turut menjanjikan kandungan intelektual yang tinggi. Rajin cari-download-tonton memang akan jumpalah(tapi janganlah rajin menonton Bleach dan Naruto semata-mata)....

[ Last edited by  GAIA at 29-11-2006 06:50 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2006 12:59 AM | Show all posts
Thx GAIA. Pendapat yg memberi 1000 makna.

-Saya baru habis tgk ep 6. Memang x dinafikan anime ni mempunyai jln cerita yg tersendiri.X sabar utk tgk ep yg seterusnya. Ia bukanlah satu anime yg sekali tgk, kita akn tahu apa yg bakal terjadi seterusnya. Ia memang berkait dengan dunia realiti.
-Naruto pulak boleh dikatakan berasal dr sejarah 'NINJA' Jepun. Anime ini menceritakan bagaimana untuk menjadi seorang Ninja. Itu memang sejarah org Jepun.
-Bleach pun berkait dgn sejarah 'NINJA' Jepun. Cuma ia dicampurkan dengan dunia realiti.

Cuma, pd pendapat saya, ketiga2 anime ini boleh di simpulkan dgn 1 kesimpulan.
-Watak utama dlm cerita ni akan berjuang sehingga titisan darah terakhir utk mengelakan perkara yg tlh berlaku ke atas diri mereka berlaku ke atas sesiapa shj.
-Naruto- Tiada parent & tak kenal parent dia. Disisihkan krn menyimpan serigala yg tlh membunuh penduduk kg.
-Bleach- Ichigo menyaksikan sendiri kemalangan yg meragut nyawa Ibunya.
-FMA- Mahu menebus 'badan' adiknya yg hilang akibat spell terlarang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 01:27 AM | Show all posts
Direct download site pada sesiapa yg ofis dia ada limitation nak dl torrent. Utk FMA kena scroll ke bawah. Mcm2 ada kat sini.

http://www.muffindomain.com/index.php?page=anime.html

Personally FMA ni tak masuk dlm top ten list saya. Just nice too watch
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2006 03:59 PM | Show all posts
Originally posted by maharo at 30-11-2006 12:59 AM
-Naruto pulak boleh dikatakan berasal dr sejarah 'NINJA' Jepun. Anime ini menceritakan bagaimana untuk menjadi seorang Ninja. Itu memang sejarah org Jepun.  

Tak berapa faham lah....

Katakan citer Harry Potter....bolehkah saya katakan ia tentang bagaimana utk menjadi seorang wizard/witch? Adakah dunia ahli sihir itu adalah sejarah org British ? Memang benar karekter mistik macam Elf, Naga yg sembur api itu adalah sebahagian dari mitos dan kebudayaan Eropah tetapi nak kata ia adalah sejarah British agak pelik lah kan....

Harry Potter hanya meng-KOMERSIAL-kan mitos dan kebudayaan Eropah...

Same thing goes for NARUTO....ia hanya meng-KOMERSIAL-kan apa2 yg berkaitana dengan NINJA......ia bukanlah tentang sejarah.....ia hanya cerita rekaan yang dikomersialkan....


Apa-apa cerita pun perlukan kualiti yg asas..iaitu idea yang bagus dan dipersembahkan dengan cara yg bagus....bila ia sebuah cerita, penceritaan plot nya mesti bagus....rata2 anime Jepun mempunyai kualiti ini dan oleh kerana itu ia berjaya menghimpun peminat....

Naruto memperlihatkan idea peradaban tersusun dalam disiplin ninja.....sama macam Harry Potter yg memberi idea peradaban tersusun menganai dunia magic......masing-masing membentuk sistem dan tamadun yg tersendiri....ada peraturan dan undang2 tersendiri dan perjalanan cerita banyak berkait dengan mengikut aturan undang2 tersebut....

Bagaimanapun utk menjadi satu karya agung ...satu2 cerita tu perlukan idea yang lebih besar...

dalam full Metal Alchemist...kita lihat disiplin Alchemy itu bukan sahaja membentuk satu peradaban tersusun nya yg tersendiri tetapi ia sebenarnya secara simbolik mewakili disiplin iolmu sains dan teknologi dlm dunia nyata...pendek kata ia sebenarnya ingin membicarakan etika kemunusiaan yg wujud dalm dunia kita tetapi utk membuatkannya ia lebih menarik ia digambarkan secara fantasy dengan dunia Alchemy......tetapi clue nya amat jelas dan kita masih boleh mengaitkan dengan apa yg kita faham dalam dunia nyata.....

Untuk Bleach....ceritanya memang menarik...tapi idea tentang "syurga" atau alam selepas kamatian yg digambarkan sebagai Soul Society tu agak tidak menarik pada aku...."soul society" ada perdaban tersusunnya yg tersendiri...tetapi macam pelik sedikit pasal manusia yg mati akan pergi kesitu...ketempat yg tak jauh banyak bezanya dengan dunia manusia sekarang...malah lebih mundur kot...dan perlu hidup dlm sistem berkasta pula....perlu melalui hidup yg "memenatkan" macm hidup di bumi....bukankah "syurga" itu sepatutnya tempat yang berbeza..? Malah mereka di soul society pun boleh mati dan kita tertanya2 kalau mereka mati...kemana pula roh mereka akan pergi selepas itu....mungkin juga dlm Bleach, peringkat kehidupan ada dua...lepas mati di dunia....hidup di Soul society....dan lepas mati di sana barulah benar2 ke heaven....
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 09:07 PM | Show all posts

Reply #49 GAIA's post

Manga pun bleh dikatakan sebagai salah satu cabang sastera gak kan?

Aku pernah baca satu artikel tentang literature... kenapa literature tak best... Sebab kebanyakan penulis tulis bukan kerana pembaca,  tapi utk mengutarakan pendapat (secara explicit/implicit) ataupun mengeluarkan emosi yg terpendam...

Naruto dan BLEACH ditulis utk pembaca, plot kedua-dua siri ditulis supaya pembaca rasa seronok hence beri peluang kpd penulis dan konco2nya utk mengaut keuntungan yg maksimum (diorang pun cari duit gak). Sbb tu la aku rasa Naruto makin lama makin tak best...

FMA plak kes exceptional sebab plotnya bukan shj ditulis demi nilai komersil, but also plotnya mempunyai tema yg unik serta dari beberapa segi bermanfaat. Bleh dikatakan karya sastera yg hebat. Sebab tu la FMA menang byk awards... Lagipun, FMA mempuyai plot yg dah set. Penulis dah tahu dari A sampai Z apa yg akan berlaku dlm FMA. Dia dah ada matlamat yg tepat macammana cite ni akan end.. Tak peduli dari segi ekonominya ataupun apa pembaca akan pikir apabila baca cite ni... Pada pendapat akula... Sebab tu la FMA best... tak macam NAruto yg semakin merapu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 01:52 PM | Show all posts
Originally posted by meitantei at 11-12-2006 09:07 PM
Manga pun bleh dikatakan sebagai salah satu cabang sastera gak kan?

Aku pernah baca satu artikel tentang literature... kenapa literature tak best... Sebab kebanyakan penulis tulis bukan kerana p ...

Petikan dari Wikipedia :-

Literature is literally "acquaintance with letters" as in the first sense given in the Oxford English Dictionary (from the Latin littera meaning "an individual written character (letter)"). The term has generally come to identify a collection of texts or work of art, which in Western culture are mainly prose, both fiction and non-fiction, drama and poetry. In much, if not all of the world, texts can be oral as well, and include such genres as epic, legend, myth, ballad, other forms of oral poetry, and the folktale.

Jadi based on definisi tersebut boleh jugakala kita anggap manga termasuk dalam literature...mugkin ia literature moden atau cabang baru kesusasteraan.....

Ko pasti ke artikel yg ko baca tu nak cakap kenapa literature tak best ? atau sebenarnya lebih kepada kenapa literature tak begitu menarik perhatian ? Sebenarnya walau apa org kata ttg kurang menarik perhatian, literature tetap penting dan sentiasa akan menjadi penting. Walaupun tak akan menjadi tumpuan ramai, dari masa ke semasa literature akan sentiasa mempunyai pengikutnya yang tersendiri...generasi berilmu yang faham struktur dan kehendak satu satu karya.....

Penulis memang biasanya akan menulis utk menyebarkan idea, pandangan peribadi dan emosi mereka....dan mereka tak semestinya perlu akur kepada kehendak pembaca....sebab mereka bukanlah nak memenuhi tuntutan komersial....literature bukanlah satu disiplin untuk diperdagangkan semata-mata.....bukan utk meraih keuntungan mcm dlm dunia kapitalis.....namun walau begitu...masih ada generasi intelek yang menanti utk menilai karya-karya mereka, dan generasi ini akan sentiasa ada sepanjang zaman....

Karyawan akan menghsilkan karya mereka sendiri dengan idea bebas....di Jepun, idea2 besar tidak mengalir dalam buku semata-mata tetapi juga manga...dan kita memang boleh menemui manga2 yang terkandung dalamnya idea-idea besar....

Aku biasanya lebih menghargai karya manga berbanding versi animenya...tapi pengecualian utk Full Metal Alchemist.....anime FMA jauh lebih baik dari vesi manganya.....dan aku tertanya2 juga siapakah orangnya yg bertangungjawab menulis plot anime FMA itu? Dah tentu dia seorang generasi pembaca yang luas pengetahuannya. Dalam FMA....disiplin Alchemy yang dikomersilkan(Alchemy yg sebenar bukanlah mcm tu) itu adalah unsur komersi nyal...penonton/pembaca sukakan sesuatu yg seperti itu....fantasy yg mengkagumkan....dan pejalanan cerita yg penuh kejutan juga adalah elemen komersilnya....bagaimanapun, apabila kita melihat kepada apa yg tersirat kita akan lihat idea-idea besar(spt falsafah kemanusiaan) berselindung disebalik jalan ceritanya....jadi hasilnya FMA boleh menarik minat golongan yang berbeza.....penonton yang lebih sukakan keseronokan dan juga penonton yg terdiri daripada generasi pembaca yg suka idea-idea besar.....

Kalau lihat character utama Edward Elric dlm FMA pun kita akan nampak dia sedikit berbeza dgn watak hero typical dlm anime....dia lebih human...lebih menepati sifat2 sebenar diri manusia...ada masanya dia rasa takut dan dia tidak sentiasa kuat sepanjang masa....malah pernah dikatakan olehnya sendiri ketika episode dia hampir kena tetak dengan pembunuh bersiri tu....dlm keadaan mengangis dia katakan pada Al yg kita bukanlah Tuhan dan bukanlah syaitan...kita hanyalah manusia biasa....ya dia hanyalah manusia biasa yg adakalanya tahu berasa takut dan sedih.....

Oh ya....FMA versi manga adakalanya macam terlalu pelik karutnya.....malah watak homunculi Glutonny dah tak jadi misteri dan menakutkan lagi....aku terbaca dlm Kreko yg bebaru ni....si edward boleh ditelan Glutony dan masih hidup dlm perutnya.....cesss...terus je watak Glutony tu jadi kelakar....berbeza dengan anime...kita nampak watak dia lebih menyeramkan...tak ada sesiapa yg boleh survive kalau dah diratah hidup2 olehnya...lagipun mulut dia taklah boleh membuka besar sampai ke perut......dia ngap mcm monster dalam filem2 seram....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 02:51 PM | Show all posts
setuju bangat!

aku tengok anime FMA 2-3 tahun yang lepas. tapi aku sambung tengok movie dia baru tahun nee. paling aku suka pasal cerita nee sebab dia wujudkan dua dunia , satu dunia yang boleh praktis alchemy, dan satu lagi duni yang sebenar. sayang takde sambung lagi (ataupon ada sambungan, aku jer yang tak tau??). sebab yang jahat tue actually belum mati lagi dan ada kat dunia sebenar.
huhuhuhuhu

aku ada paperbag FMA, calender kecik ngan poster. dulu punyerla giler.. heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2006 09:15 AM | Show all posts
(pnjgnyer taip. xlarat nk bace.kang kantoi melulor laks....)

ah... mane nk dl manga dia ah? makin best nih. sloth baru nk muncul. manga punya sloth laki tough. bkn mak Elric brothers. hehehe. lg misteri.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2007 01:18 PM | Show all posts
Berita tergempar!!! TV3 dah siar promo untuk FMA... akan disiarkan mulai 13 Januari 2007... Nampaknya Media Prima makin mempromosi anime nih...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2007 10:18 AM | Show all posts

FULL MATEL ALCHEMIST ***MANGA***

aku dah lama tak tgk manga ni....yg latest nye dah sampi mane ar? aku dengar ayah Eric ngan Alponse tu sebenar nye Philsopher Stone gak....cmne leh jadi cmtu lak? aku tak paham la....
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2007 11:11 AM | Show all posts
lain kali guna search dulu sebelum create mana mana thread
common sense pon tak tau ..teruk la anda

guna thread nih ---> click here
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2007 10:27 PM | Show all posts

Reply #55 kaito_fr's post

thread merge.
Reply

Use magic Report

ericweiss This user has been deleted
Post time 8-12-2007 03:27 PM | Show all posts

Full Metal Alchemist

Hi, my friends! R u looking for some interesting and wonderful manga? I would like to introduce this one to you - "Full Metal Alchemist ", it's really worth for reading!!!



"Humankind cannot gain anything without first giving something in return. To obtain, something of equal value must be lost. That is alchemy's first law of equivalent exchange. In those days we really believed that to be the world's one and only truth."




I'm sure you will love it as its cliff-hanging scenarios,and it has many venturesome contents.The link below is free for downloading.

Click here http://manga.yuedu365.com/bookinfo/3945

Notice:  


You need download the e-Read and install it before you download this manga.
BUT before you install this file, I strongly recommend you to scan the VIRUS firstly.

Wish you could enjoy and love this manga,it is very wonderful!
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2007 11:36 AM | Show all posts

download video nie kat mane ae??

aritu ak ngak download.. ak try tgk kt veoh rp versi german jer..
korng tau kat mane nak download versi omputih?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 09:56 PM | Show all posts
aq sebenarnye layan cite ni .. (tp mmg bz ah plak nak tgk tv ...)in fact pernah terbace bhg F.A kat Kreko edisi Jan yg bumper ngan edisi ape tah ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.220507 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list