CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 69107|Reply: 65

Personaliti Sukan Malaysia

[Copy link]
Post time 10-11-2006 02:59 PM | Show all posts |Read mode
Tuaian emas Nurul




Oleh Haryani Ngah

SETIAP kali berlangsungnya temasya Sukan Sea, ada saja nama yang dikatakan bakal menjadikan penggantinya, namun sehingga kini selepas 16 tahun berlalu masih belum ada seorangpun pe renang mampu menandingi ke hebatan Nurul Huda Abdullah.

Jika adapun hanya rekod milik Nurul Huda yang dipecahkan tetapi untuk memonopoli kolam renang dengan jumlah kutipan yang besar sehingga lapan emas, masih belum ada perenang yang mampu menandinginya.

Nurul Huda masih menjadi sejarah dalam sukan tanah air negara menerusi pencapaian terbaiknya di Temasya Kuala Lumpur 1989 dengan lapan emas.

Dia juga dimahkotakan atlit wanita terbaik temasya berkenaan dengan merangkul emas bagi acara 200m, 400m, 800m gaya bebas, 200m kuak lentang, 200m kuak kupu-kupu, 200m dan 400m rampaian perseorangan serta 4x100m rampaian.

Kehebatan Nurul Huda yang menguasai kolam renang memang sudah dijangka berbekalkan reputasi hebatnya yang menggegarkan kota Bangkok pada Sukan Sea 1985 dengan memperoleh tujuh emas dalam acara kegemarannya.



Kehebatan Nurul Huda yang menguasai kolam renang memang sudah dijangka berbekalkan reputasi hebatnya yang menggegarkan kota Bangkok pada Sukan Sea 1985 dengan memperoleh tujuh emas dalam acara kegemarannya.

Walau hanya berusia 13 tahun ketika itu, Nurul Huda memonopoli acara 400m rampaian perseorangan, 800m gaya bebas, 100m gaya bebas, 200 rampaian perseorangan, 200m kuak kupu-kupu, 400m gaya bebas dan 200m gaya bebas

Dua tahun selepas itu, di Sukan Sea Jakarta Nurul terus menyengat dengan meraih tujuh emas dalam acara kegemarannya 100m gaya bebas, 400m rampaian perseorangan, 200m gaya bebas, 400m gaya bebas, 100m kuak kupu-kupu, 800m gaya bebas dan 200m kuak kupu-kupu.

Berakhirnya temasya 1989, Nurul terus bersara dan cucu kepada bekas Presiden Singapura, Wee Kim Wee itu meneruskan pengajian dan lulus Sarjana Muda Sains dalam bidang psikologi di Melbourne Australia.

DATA:

NURUL HUDA ABDULLAH

TARIKH LAHIR: 31 Julai 1972
ASAL: Selangor
MULA MEWAKILI NEGARA: 1985

PENCAPAIAN:

#  1985 - Tujuh emas Sukan Sea Bangkok
# 1987 - Tujuh emas Sukan Sea Jakarta
# 1989 - Lapan emas Sukan Sea Kuala Lumpur

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-11-2006 03:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 17-7-2010 12:27

Norhasliza cekal pikul dua tugas




HASLIZA mempunyai potensi menjadi pemain berpengaruh.


Dalam kesibukan jalani latihan ke Sukan Asia, Hasliza tetap tekun tumpu pelajaran kerana menduduki peperiksaan SPM

SEKALIPUN menjadi pemain termuda dalam skuad hoki wanita kebangsaan, itu bukan halangan buat Nor Hasliza Mohd Ali untuk membuktikan kemampuannya lebih-lebih lagi dalam menggalas cabaran di Sukan Asia.

Dalam diam-diam, Norhasliza menyimpan matlamat mahu mengembalikan semula maruah hoki wanita kebangsaan selepas Malaysia kali terakhir beraksi di Sukan Asia lebih 20 tahun lalu.




WALAUPUN minat utama kepada hoki dia tidak lupa memberi tumpuan terhadap pelajaran.


Sudah lama skuad hoki wanita kebangsaan tidak beraksi di Sukan Asia dan peluang yang datang ini akan dimanfaatkan sepenuhnya. Harapan kontinjen negara di temasya Doha ialah untuk melangkah ke separuh akhir.

bagi memenuhi sasaran itu, persiapan rapi perlu dilakukan dan setakat ini prestasi permainan kami semakin baik, kata pemain tengah itu.

Bagaimanapun, persiapan Norhasliza dalam menghadapi Sukan Asia tidak semudah disangka kerana dia perlu melaksanakan dua tugas dalam satu masa.

Selain menjalani latihan, Norhasliza juga perlu memberi tumpuan kepada pelajaran memandangkan dia bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, November depan.

Demi mengharumkan nama negara, Norhasliza terpaksa melakukan pengorbanan dan dia perlu menggugurkan satu mata pelajaran iaitu Ekonomi Asas kerana tarikh peperiksaannya bertembung dengan kejohanan peringkat tertinggi Asia itu.

Ketika berlangsungnya peperiksaan SPM nanti, saya juga akan meneruskan sesi latihan tetapi masih ada kelonggaran iaitu pada hari yang tidak ada peperiksaan saja.

Sekiranya ada kertas yang perlu saya ambil pada sebelah pagi, latihan hari itu hanya akan dilakukan pada sebelah petang saja, katanya yang mula menyertai skuad kebangsaan sejak dua tahun lalu.

Norhasliza yang berlepas ke Australia Selasa lalu untuk menjalani sesi latihan dan perlawanan persahabatan di negara itu, berjanji tidak akan mengabaikan pelajaran sebaliknya, mahu berjaya dalam kedua-dua bidang.

Remaja berasal dari Pahang itu akan berada di Australia selama tiga minggu dan akan pulang ke tanah air menjelang sambutan Aidilfitri.


DATA

NAMA: Norhasliza Mohd Ali
UMUR: 17 tahun
ASAL: Pahang
PENDIDIKAN: Tingkatan 5, Sekolah Sukan Bukit Jalil
PENCAPAIAN TERBAIK:

2006 - Juara - Kelayakan Asia
Juara - Kejohanan Jemputan Singapura
Keenam - Sukan Komanwel

2005 - Emas - Sukan Arafura, Australia
Naib juara Liga Hoki Wanita

2004 - Juara Liga Hoki Wanita
Emas -Sukma
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 01:12 PM | Show all posts
hohoho menarik menarik :clap:

majalah arena bola sepak pon dah wat local soccer player jadi cam artis..
editor pon si Richie Rachman

baru aku kenal Safee Sali ngn Adil Zafwan :love:

haku pon penah masuk majalah ni gak :clap: :clap:
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 01:16 PM | Show all posts
richie rachman???......

diorang takde pose half naked kat poolside ke???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2006 02:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 17-7-2010 12:24

Tekad Nicol takluk dunia kian membara


Oleh Haryani Ngah dan Harris Rajahdin





MUKADIMAH

PERASAAN dan naluri sebagai insan biasa tetap timbul di minda Nicol Ann David di sebalik namanya tersohor dek kejayaan demi kejayaan selepas dua kejuaraan utama dalam tempoh 11 hari. Kini, ratu skuasy negara yang baru ditabal juara baru Terbuka Malaysia memilih mahu berehat dan merasai makanan kegemarannya di Pulau Pinang termasuk 'char kuay teow' dan laksa kari pedas.

Gadis manis bakal juara dunia dalam pembikinan itu tetap seperti anak muda lain yang memegang prinsip ' Live Life To The Fullest ' yang memberi makna bahawa kita harus menikmati penuh kehidupan ini. Nicol tetap mempunyai minat dan kegemaran termasuk membeli belah dan melukis di samping menggemari muzik berentak r&b. Apapun, seperkara yang membara adalah misi hidupnya tidak selesai selagi tidak bergelar pemain nombor satu dunia.



IMPIAN saya selepas dua kejayaan besar ini sudah pasti terarah kepada usaha muncul pemain nombor satu dunia dalam satu tempoh singkat. Tapi fokus saya kini adalah mengekalkan ranking nombor tiga yang sesungguhnya menepati sasaran awal tahun ini.

Semua empat pemain teratas dunia memiliki jurang mata yang rapat, jadi saya mahu memperbaikinya dengan terlebih dulu menjarakkan jurang mata saya dengan pemain ranking ke-4 dunia, Natalie (Grinham).




MAHKOTA kejuaraan Terbuka Malaysia inspirasi baru Nicol.


Prinsip saya dari dulu sehingga sekarang ialah menumpukan terhadap perlawanan demi perlawanan, dan selebihnya adalah bonus untuk saya.

Kini tekanan semakin meningkat ke atas saya kerana setiap pemain akan cuba berusaha menundukkan saya selepas menjuarai Terbuka Wanita Malaysia minggu lalu dan Sukan Dunia sebelum itu. Saya seharusnya menampilkan persembahan lebih konsisten kerana setiap pencabar dalam sirkit Persatuan Pemain Skuasy Wanita Dunia (WISPA) handal dan mahu menundukkan saya memperbaiki kedudukan mereka.

Persembahan saya meningkat tahun ini selepas menerima tunjuk ajar daripada Liz Irving di Amsterdam. Di sana saya dapat berlatih bersama Natalie (Grinham, pemain mombor empat dunia) dan Vanessa (Atkinson, nombor dua) di samping menyertai kejohanan Eropah. Jelas ini membantu meningkatkan persembahan saya pada tahun ini.

Saya masih tidak dapat melupakan pengalaman mewakili Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) bagi melobi kemasukan skuasy ke Sukan Olimpik 2012 bersama Presiden WSF, Jahangir Khan di Singapura awal bulan lalu.

Ia adalah pengalaman yang menarik dan tidak boleh dilupakan saya untuk menjadi sebahagian daripada satu majlis yang hebat. Walaupun skuasy tidak berjaya disenaraikan, saya mengharapkan skuasy akan akhirnya menerima penghormatan sepatutnya diterima oleh komuniti sukan dunia.

Semuanya tidak dapat saya lakukan tanpa ibu bapa saya yang sentiasa cuba menghadiri seberapa banyak kejohanan saya sertai di Eropah. Kehadiran mereka di Amsterdam semasa Terbuka Belanda menyemarakkan saya mencapai kejayaan. Saya ingin melahirkan rasa terima kasih saya kepada mereka.


DATA

TARIKH LAHIR: 26 Ogos 1983
ASAL: Pulau Pinang
PENDIDIKAN: SPM
JURULATIH: Liz Irving
MULA BERMAIN: Ketika usia lima tahun
KELAB: Squash City, Amsterdam
SENARAI ANUGERAH:
Atlit Wanita Terbaik Sukan Asia 1998;
Pingat Ahli Mangku Negara (AMN) 2000;
Pingat Jasa Kebaktian (PJK) 2000;
Anugerah Usaha Guinness ke-186 2001;
Pemain Terbaik Asia 2001;
Dewan Kemasyhuran (Hall of Fame) SportExcel 2002;
Olahragawati Kebangsaan 2003
PENCAPAIAN 2005:
Juara Terbuka Malaysia,
Juara Kejohanan Sukan Dunia;
Juara Terbuka Kuala Lumpur,
Juara Terbuka Kuwait,
Juara Terbuka Belanda;
Suku akhir Terbuka Texas Open,
Separuh akhir Qatar Airways Challenge


Doa restu ayah, ibu azimat kejayaan anak

APABILA Nicol Ann David melihat dengan penuh manja wajah kedua-dua ibu bapanya - Desmond dan Ann Marie David - ada gambaran yang terbit daripada minda pemain berusia 22 tahun itu bahawa kejayaan dikecapi selama ini adalah restu dan doa orang tua itu.

Kasih sayang mereka kepada anak dan dorongan untuk maju dalam sukan skuasy serta ketika sama cemerlang dalam pendidikan tiada nilainya untuk dibalas. Nicol melihat elemen itu dan mungkin akur pada hari ini.


DESMOND dan Ann Marie yakin Nicol dapat menjadi pemain nombor satu dunia suatu hari kelak.

Ayahnya pernah membenarkan anak bongsunya itu menumpu ke skuasy satu ketika sambil mengorbankan pendidikan seketika demi sukan tanah air - sesuatu yang mungkin sukar dilihat pada majoriti ibu bapa kepada atlit lain yang mementingkan kejayaan akademik.

Ibu bapa ada peranan dalam membimbing anak mereka menjadi atlit tapi saya percaya bahawa seorang kanak-kanak harus seronok menceburi sesuatu bidang dan ada kesungguhan melakukannya.

Sebagai ayah saya tidak memberi tekanan kepada Nicol apabila dia mula menceburi dunia skuasy. Tuntutan daripada ibu bapa tidak harus tinggi atau kurang realistik.

Apa yang lebih penting memberi sokongan dan dorongan agar mereka dapat melakukan sesuatu yang terbaik, sama ada sukan atau pun pendidikan, katanya. Desmond juga berkata ada satu ketika dia tidak berfikir anaknya dapat melangkah jauh malah memadai pada peringkat sederhana.

Apabila dia menunjukkan minat saya hanya dapat membayangkan dia mungkin dapat menjadi pemain peringkat negeri sahaja. Tapi apa dipamerkan Nicol pada hari ini amat menakjubkan. Saya dan isteri bangga di atas kejayaan ini.

Tapi segala kejayaan itu juga atas kegigihan anak kami. Dia menikmati permainan ini dan mengerti segala jangkaan bakal dihadapi. Tanpa faktor ini mungkin segala usaha kami kurang bermakna. Perkara penting adalah minat dan cita-cita besar Nicol, tambah ayah itu yang juga bekas penjaga gol skuad Pulau Pinang yang turut hebat dalam olahraga dan hoki.


KRONOLOGI RATU KECIL

1988 - Mula memegang raket ketika berusia lima tahun apabila menemani kedua kakaknya, Lianne dan Cheryl menjalani latihan.
1992 - Mendapat latihan secara formal di bawah bimbingan jurulatih, Ee Phoeh Hoon.
1993 - Kali pertama menyertai kejohanan.
1993 - Menjalani latihan di bawah bimbingan Richard Glanfield.
1995 - Dipilih menyertai skuad kebangsaan.
1996 - Menjadi pemain wanita pertama Asia muncul juara bawah 14 tahun Terbuka British.
1997 - Beraksi di Sukan Sea Jakarta
1998 - Pingat emas Sukan Asia, Bangkok
1999 - Mencipta sejarah muncul juara Kejohanan Remaja Dunia di Belgium.
2000 - Membantu negara meneruskan penguasaan sebagai jaguh skuasy Asia.
2001 - Handal dengan mempertahankan gelaran remaja dunia serta cemerlang dalam SPM apabila memperoleh 7A1.
2002 - Gagal membantu negara meraih emas di Sukan Asia di Busan
2003 - Nicol terlebih dahulu mencatat sejarah apabila muncul pemain wanita Asia pertama menempatkan diri dalam kelompok 10 pemain terbaik dunia pada Disember 2003 dengan melonjak dari ranking ke-53.
2004 - Dipilih sebagai Pemain Muda Wanita Terbaik 2004 pada majlis Anugerah Skuasy Dunia yang julung kali diadakan di Kelab RAC di London.
2005 - Mencipta kejutan mengenepikan pemain nombor satu dunia, Racheal Grinham di Kejohanan Sukan Dunia dan menjadi pemain pertama meraih gelaran Terbuka Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2006 11:01 AM | Show all posts
kalo ade player tenis malaysia korang tepek la
kat sini... aku nak tau gak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2006 11:45 AM | Show all posts

Reply #4 AnBulisia's post

haha gambar bogel kat kolam renang tak jumpa...tapi gambor artis pompuan ngn model mmg cun habisss
ni laa satu majalah yg tanya pendapat pompuan pasal bola :lol

gambor org tak pakai baju kat dlm wad ada laaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2006 11:46 AM | Show all posts

Reply #6 akughi's post

haha hmmm... malaysia nyer tenis tak penah gi jauh ker? :stp:

musykil gak aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2006 11:51 AM | Show all posts

Reply #7 ReuK's post

ala... ko tepek je gambo tu... dalam wad pon boleh....
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2006 11:52 AM | Show all posts

Reply #8 ReuK's post

tu yang aku nak tau ni:cool::cool:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2006 01:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 17-7-2010 14:39

Belly Dance



Sherlyn Koh






Sherlyn Koh merupakan seorang penari yang berdidikasi dan dilahirkan sebagai seorang penari. Beliau berkecimpung dalam bidang tarian semenjak berumur 12 tahun.

Latar belakang jenis tarian beliau termasuk Jazz, Moden semasa, Hip-Hop, Ballet, tarian China, tarian Flamenco, Salsa dan Merengue.

Sherlyn merupakan penari secara sampingan bagi TCS ( Television Corporation of Singapore) dari tahun 1995 hingga 1997. Beliau juga telah membuat persembahan di kebanyakan acara yang berprestij di Malaysia. Beliau juga telah jatuh cinta dengan tarian Middle Eastern ini pada tahun 2003 menjadikan tarian Belly ini sebagai bidang kerjayanya. Beliau juga merupakan instruktur raks sharki pertama di Malaysia.

Sherlyn merupakan instruktur Malaysia yang diiktiraf dan telah mengikuti latihan pengajaran secara intensif dari tok guru Raqia Hassan di Cairo. Beliau sering menghadiri pelbagai kelas untuk mempelajari perkara-perkara  baru dalam tarian selain melawat pereka tari antarabangsa. Beliau telah  diajar oleh guru 杇uru dari serata dunia termasuk dari Malaysia, Australia, Brazil, Cuba, China, Eropah, Hong Kong, Singapura dan Amerika Syarikat.

Selain Raqia Hassan, Sherlyn juga belajar dari pereka tarian seperti di bawah:

Hossam and Serena Ramzy yang terkenal di dunia, Mahmoud Reda, Nagwa Fouad, Yousry Sharif dan Tamalyn Dallal. Tarian dan cara tunjuk ajar Sherlyn banyak dipengaruhi dan diilhamkan oleh Serena Ramzy, Samia Gamal, Yousry Sharif, Tamalyn Dallal, Ansuya dan Jillina.

Sherlyn mengajar kelas secara  berkumpulan dan persendirian. Beliau sering membimbing kelas di serata tempat termasuk di luar negeri. Pengajaran beliau lebih tertumpu kepada teknik menari, peralihan, keanggunan dan kedudukan tubuh yang betul.  Beliau selalu menggalakkan pelajar-pelajar beliau menampilkan personaliti dan memaparkan gaya mereka yang tersendiri. Sherlyn pernah menganjurkan pelbagai bengkel yang dibimbing oleh  ramai penari antarabangsa, program pertukaran dan acara-acara lain untuk meningkatkan tahap tarian Belly di Malaysia. Acara yang paling meninggalkan kenangan yang dianjurkan oleh Sherlyn adalah Secret Graden hafla di mana beliau membuat persembahan bersama penari terkemukan Belly Dance antarabangsa iaitu Tamalyn Dallal.

Sherlyn pernah membuat persembahan dalam acara yang dianjurkan oleh Shell, MAS, NTV7, Astro, majalah Marie Claire dan Kelab Selangor Lake dan lain-lain. Yang Dipertuan Agong dan Permaisuri Agong Malaysia serta  Duta Besar Egypt merupakan antara penonton yang pernah melihat persembahan beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2006 04:36 PM | Show all posts
ape jadi kat Malik tobias?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2006 06:51 PM | Show all posts
apa yg jadi kt petra nabila mustafa?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2006 07:09 PM | Show all posts
Originally posted by cauliflower at 13-12-2006 06:51 PM
apa yg jadi kt petra nabila mustafa?




pet tak digalakkan sangat untuk aktif bersukan oleh parents dia..
pasal mereka kata kat malaysia ni athlete susah untuk hidup mewah..
study come 1st..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2007 11:32 AM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 17-7-2010 12:28

Ku Halim lihat Pakdee 'rebah' dua kali


Oleh Aida Adilah Mat



SETIAP kali terpandang dua pingat emas Sukan Asia, ia pasti mengembalikan memori indah buat Ku Halim Ku Musa. Kerana dua emas itu Malaysia akhirnya dapat menundukkan keegoan Thailand dengan menyapu bersih acara berpasukan dan regu yang pertama kali dipertandingkan di Sukan Asia 1990 Beijing.

Bergandingan dengan Norani Adnan sebagai tekong dan Raziman Hassan (killer), Ku Halim yang bertindak sebagai feeder membentuk gandingan mantap untuk mengekang barisan pemain Thailand yang diterajui raja tekong mereka, Pakdee Dangwattanapibul.

Pada waktu itu takraw pertama kali dipertandingkan di Sukan Asia dan kita tidak begitu diberikan harapan tinggi kerana Thailand memang diakui kuat. Tapi kami sebagai pemain masih berkeyakinan untuk menang kerana pada kami kekuatan kita dan mereka adalah seimbang.

Lagipun sebelum ke Sukan Asia, skuad negara sudah diberi latihan yang cukup kental dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi saingan pasukan Thailand, katanya ketika ditemui di pejabatnya di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).





Menurutnya, menjelang kejohanan itu mereka berlatih bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berpangkalan di Lumut dengan memberi permulaan lima mata kepada lawan. Jika mata itu melebihi 10 bermakna pasukan negara akan tewas kepada pasukan ATM.

Ditambah pula dengan sokongan padu kepada ATM, kami berada dalam tekanan untuk menang. Bagaimanapun, latihan secara begitu membantu kami untuk sentiasa peka terhadap perlawanan ditambah pula dengan suasana perlawanan yang bagaikan pertandingan sebenar, katanya.

Bapa kepada lima cahaya mata ini berkata kejayaan menumpaskan Thailand pada waktu itu menyaksikan musuh tradisi itu memasang dendam membara untuk menundukkan Malaysia pula di Sukan Sea Manila, setahun kemudian.

Walaupun kita tewas acara berpasukan di Filipina, tapi mereka tidak boleh mendabik dada kerana kita juga memenangi acara regu. Jadi, kira serilah, katanya. Malaysia selepas itu gagal menyaingi kehebatan Thailand hinggalah ke hari ini apabila sering tumpas dalam kedua-dua acara itu di Sukan Sea.

Ku Halim yang pernah meraih gelaran Olahragawan Majlis Sukan Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini mengakui amat merindukan zaman kegemilangan pasukan sepak takraw di peringkat antarabangsa.

Memang sudah lama kita tidak menyerlah. Sebagai pemain yang pernah mengecapi kejayaan, saya memang berharap zaman kegemilangan itu berulang, katanya.

Justeru, beliau turut mengharapkan pemain kebangsaan sekarang supaya mengutamakan semangat berpasukan kerana ia penting dengan berbekalkan semangat yang kental, sebarang cabaran akan dapat diharungi.

Mengimbau kenangan pahit, Ku Halim yang masih aktif bergiat dalam sukan ini berkata dikecualikan daripada skuad negara pada saat-saat akhir kerana mengalami kecederaan, adalah antara memori pahitnya sepanjang pembabitkannya dengan pasukan kebangsaan.

Ketika diajukan soalan mengenai perkembangan sepak takraw negara kini beliau berharap minat golongan muda dalam sukan ini harus diterapkan agar lebih ramai golongan muda berminat menceburi sukan tradisi itu.


Data

KU HALIM KU MUSA

ASAL: Kuala Lumpur
TARIKH LAHIR: 21 Januari 1969
PENCAPAIAN: Mewakili negara di Sukan Asia dan Sea
PENCAPAIAN TERBAIK: Dua pingat emas di Sukan Asia 1990 Beijing.
BILANGAN ANAK: 5 orang.
PEKERJAAN: Juruteknik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2007 11:40 AM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 17-7-2010 12:20

Kumaresan kenang Jakarta



Oleh Azidan Nahar /Hairul Anuar Abd Rahim



KEJAYAAN merangkul tiga pingat emas, dua perak dan dua gangsa dalam Sukan Sea Jakarta 1987 masih kekal dalam ingatan bekas pelumba basikal negara era 80-an dan 90-an, M Kumaresan yang nyata cukup gagah untuk menewaskan ramai pelumba handalan Asia Tenggara yang lain.

Kumaresan yang ketika itu berumur 20 tahun membuktikan dia mampu menewaskan ramai pelumba handalan lain seperti Nobelto dari Filipina serta jaguh dari Indonesia dalam tiga acara yang disertainya.

Sukan Sea 1987 tidak akan luput dalam ingatan saya. Saya menyertai tiga acara dan menang tiga emas (perlumbaan mata, juara peringkat kedua dan individu keseluruhan jalan raya), dua perak dan dua gangsa, katanya.

Bagi Kumaresan, lawan yang dihadapinya pada kejohanan dwi tahunan itu adalah lawan biasa yang selalu bersaing dengannya dalam mana-mana kejohanan tetapi kejayaan menewaskan mereka di Jakarta adalah yang paling sukar dilupakan.

Kami sudah saling kenal mengenali sejak 1985 lagi. Ketika itu mereka lagi kuat dan saya hanya mampu dapat dua perak dalam penyertaan pertama. Saya masih dikira junior ketika itu dan hanya kayuh untuk acara berpasukan memandangkan ada ramai pelumba negara yang lebih baik seperti Ishak Amin, katanya.





Di sebalik pencapaian yang membanggakan itu, pelbagai pengorbanan terpaksa dilakukan Kumaresan dan pemuda yang berasal dari Batu Pahat, Johor itu tidak pernah mengenal erti susah dengan berusaha berkali ganda demi memastikan hasratnya mewakili negara tercapai.

Jika ada latihan jam 4 petang, saya akan pastikan turun dulu berlatih bermula jam 2 petang, saya tidak beritahu kawan-kawan dan jurulatih, saya lakukan bersendirian supaya saya lebih bersedia kerana niat saya hanya untuk mewakili negara dan mendapat pingat emas.

Latihan seperti itu sudah sebati dalam diri saya, ketika di tingkatan tiga, saya berkayuh sehingga 80 batu setiap hari, cuti pada Sabtu dan Ahad pula saya berkayuh sehingga 100 batu, katanya yang mula wakili negara pada 1983 dalam Kejohanan Basikal Remaja di Paris.

Walaupun pelbagai kejayaan diraih sepanjang tujuh Sukan Sea yang disertainya, Kumaresan bagaimanapun tidak dapat melupakan kenangan pahit apabila gagal memenuhi harapan rakyat negara ini untuk memiliki emas pada Sukan Sea 1997.

Kadangkala persembahan kita akan turun secara tiba-tiba dan saya sangat sedih ketika itu kerana gagal membawa pulang emas hinggakan ibu saya menyuruh saya berhenti dari sukan ini, katanya yang mengambil keputusan untuk bersara tidak lama selepas itu ketika berusia 31 tahun.

Kini Kumaresan lebih bahagia menguruskan keluarga dan perniagaan kereta miliknya, MKS Auto di Klang selain turut terbabit dalam politik bersama MIC. Namun jauh di sudut hati dia tetap merindui sukan yang sudah menjadi sebahagian dari darah dagingnya itu.



Data

KUMARESAN MURUGAYAN

TARIKH LAHIR: 13 Januari 1967
ASAL: Batu Pahat, Johor
STATUS: Berkahwin
ISTERI: R Stephanie Puvaneswary
ANAK: Soniyah (10 tahun), Teiaajman (8), Keischman (3)
ACARA:Perlumbaan mata, 4km kejar-mengejar individu (IP), ujian masa individu (ITT) dan lebuh raya
MULA BERGIAT: 1982
BERSARA: 1998 (selepas Sukan Komanwel XVI Kuala Lumpur '98)
KERJAYA: Pengarah Urusan MKS Auto
ANUGERAH: Olahragawan Kebangsaan 1987
PENCAPAIAN SUKAN SEA:
# 1985: 2 perak (4km IP dan 4km kejar-mengejar individu - TP)
# 1987: 3 emas (perlumbaan mata, juara peringkat kedua dan individu keseluruhan jalan raya), 2 perak dan 2 gangsa
# 1989: 3 emas (4kmIP, individu dan berpasukan lebuh raya)
# 1991: 2 emas (perlumbaan mata dan 4km IP)
# 1993: 1 emas (berpasukan lebuh raya)
# 1995: 1 gangsa (50 km ITT)
# 1997: 1 gangsa (perlumbaan mata)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2007 10:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 17-7-2010 13:39

El Regina Tajuddin














http://www.youtube.com/watch?v=9yPCwc0Una0


http://twiggyling.blogspot.com/2 ... olympic-ribbon.html






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2010 02:03 PM | Show all posts
Nurul Huda Abdullah



2008 Torch Rally Beijing Olympic Kuala Lumpur









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2010 02:52 PM | Show all posts
Mighty Marina


By RAJES PAUL



PETALING JAYA : It is tough bringing up a kid these days. What’s more when you have almost 500 of them under your care. It can be really intimidating.

Just ask Marina Chin, the former pin-up girl of Malaysian athletics in the 70s. She should know.

She is after all the first woman principal of the Bukit Jalil Sports School (BJSS).







Pin-up girl : Marina Chin Bhatt when she was crowned Sportswoman of the Year 1976



Being a mother of two herself, Marina knows what it takes to keep children in check.

She knew she had to be a strict disciplinarian, otherwise she risked the students climbing all over her head, literally.

Thus, her serious and tough demeanour.

And that has earned her the nickname of ‘Iron Lady’ among the Malaysian sports fraternity.

She says the reason she brooks no nonsense from her students is because “ I treat them like my own children and, deep down, I really care for them. ”

And her students know that. After all, some of them also call her “mother” – something her own kids could not comprehend at first.

“ My children (Jasmine Kaur Bhatt and Ashvinder Singh) were not that amused in the beginning when the other kids started calling me mother. Eventually, they got used to it, ” she quipped.


“ Some students still keep in touch with me when they leave school. Some hug me when they see me. Some are successful in both sports and studies. ”

The beginning, however, was an uphill battle for Marina. The students, and even their parents, could not accept and comprehend Marina’s vision.

“ As a teacher, mother and a former athlete, I know the importance of striking a balance between studies and sports. Both sporting and academic excellence is important to me, ” said the 52-year-old Marina, who is married to former national rugby player Jagjit Singh.

“ My vision is for the school to produce well-behaved and educated athletes. Discipline is very important to me. If an athlete cannot conform to this, they can forget about their sports career.

“ I made all the boys go for a “ number three ” hair cut. Their hair is now short and well-trimmed. But I had a lot of resistance initially. ”

The BJSS athletes also have a tight schedule to follow. They have classes in the morning, training in the afternoon and night classes too.

And if an athlete misses three classes he or she will be banned from taking part in one competition.

“ There has to be sacrifices if one wants to pursue sports in this school. This is not a school for one to have free food and lodging, ” she said.

“ It can be taxing on the athletes but it is a choice they have to make. We are here to guide them to manage their time.

“ The athletes may not be happy with us now but, 10 years down the road, I am sure they will thank the BJSS, ” added Marina, who won a total of seven gold medals in the SEA Games.

Marina admitted that it became a big challenge when she had to meet the different expectations of the major stakeholders – athletes, parents, National Sports Council (NSC), National Sports Associations (NSAs) and the Education Ministry.

“ People in sports do not regard academic excellence highly. But whether we like it or not, BJSS is a school. And it is my job to ensure that the students get through their studies. It will safeguard their future, ” she said.

For instance, Olympian diver Pandelela Rinong had to miss studies for seven months during the PMR last year because she was based in China.

But the ever-concerned Marina made special arrangements for a tutor to be sent to China and Pandelela eventually came through the PMR with 3As, 3Bs and IC.

Marina said that the school had also invited former athletes and legends like Datuk Dr M. Jegathesan and Dr Farah Hani Imram to inspire the athletes to excel in both sports and studies.

On the school’s thorny relationship with the NSC and NSA’s in recent times, especially on the selection of athletes into the school, she said: “ Fortunately, Datuk Zolkples (Embong, the NSC director general) understands what I am trying to do. He knows our policies and we try to understand their constraints. We try to strike a balance.

“ We do not interfere with the plans and programmes of the NSAs but try to complement them. ”

This can be seen from the off-and-on-field success achieved by her students last year. While four students scored 7As in their Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), the school’s students were also major medal contributors at the Korat SEA Games.

Marina’s vision is slowly taking shape but she hopes that the athletes will be more proactive.

“ Personally, I know that we have the talent and potential. But the students nowadays expect a lot to be done for them. During my day, athletes were very independent. I used to take two buses to go for my training. How I wish athletes these days have that extra drive and initiative,” said the Sportswoman of the Year in 1976 and 1977.

During her heyday, Marina was known as the queen of hurdles. Now, she faces the mother of all hurdles – changing the mindset of the public about excellence in sports and studies.

Given her background, no hurdle is too high or too difficult for her.


- The Star -


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2010 02:57 PM | Show all posts
Luk Teck Hua  & Beh Shun Ting









Beh Shun Ting & Iswari Manokharan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.080444 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list