CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Personaliti Sukan Malaysia

[Copy link]
 Author| Post time 17-7-2010 06:12 PM | Show all posts
Leong Mun Yee

















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2010 06:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 17-7-2010 18:23

Gadis wushu anggap diri musuh



Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN

Atlet wushu negara, Chai Fong Ying, percaya pada kuasa minda untuk menumpaskan lawan.






PENUNTUT Perakaunan di UPM ini belajar wushu sejak usia empat tahun.



MELIHAT liuk lentok tubuh gadis berusia 23 tahun ini melakukan tai chi memang mengasyikkan. Gerakan lembut yang dicipta mengikut alunan muzik tampak begitu harmoni.

Sesekali, lompatan padu dan ketangkasan pemilik tubuh kecil molek ini menghayun pedang pasti memukau pandangan.

Sewaktu Jurnal menemuinya baru-baru ini, Chai Fong Ying sedang menjalani latihan intensif sebagai persediaan menghadapi tiga kejohanan besar sehingga hujung tahun ini termasuk Kejohanan Wusyu Dunia di Koahsiung, Taiwan, Julai ini.

Dua lagi ialah Kejohanan Wusyu Dunia di Toronto, Kanada yang dijadualkan pada Oktober ini dan Sukan SEA di Laos, Disember nanti.

Anak jati Batu Berendam, Melaka ini bukan calang-calang orang. Di gelanggang wushu, nama Chai Fong Ying bisa menggerunkan pihak lawan waima atlet dari negara China, tempat sukan mempertahankan diri ini berasal.

Muncul sebagai juara dunia sebanyak dua kali iaitu pada Kejuaraan Wusyu Dunia 2005 di Hanoi dan Beijing pada 2007, Fong Ying mengakui masih banyak kelemahan yang perlu diatasi terutama dari aspek pergerakan lembut dan tangkas yang mendominasi beberapa rutin dan disiplin dalam permainan wusyu.

“ Kadang-kadang saya macam tak percaya boleh menang, ” kata beliau.

Penerima anugerah Olahragawati Terbaik Melaka 2006 ini menambah: “ Tapi saya percaya semua ini berkaitan dengan minda. Kita boleh mengawal perasaan jika mengetahui peluang untuk menang dalam satu-satu acara itu sama rata. ”

Fong Ying pernah menjalani latihan di China selama sebulan. Namun katanya, tidak semestinya belajar dengan guru paling hebat boleh menjamin kita juga akan menjadi seorang yang handal.

“ Sebenarnya belajar di mana pun sama saja. Yang penting diri kita sendiri. Walaupun belajar di China tapi jika malas memikirkan pergerakan yang lebih kreatif dan tidak memberi tumpuan pada latihan, kejayaan mungkin tidak berpihak pada kita, ” ujarnya.

Ditanya mengenai pesaing terdekat dalam gelanggang wushu, pantas beliau menjawab: “ Diri sendiri adalah musuh utama saya. ”

Jelas Fong Ying, beliau tidak pernah menganggap atlet lain sebagai pesaing terdekat yang perlu dikalahkan.

“ Jika saya berjaya mengawal hati dan minda untuk lebih fokus dan tidak melakukan sebarang kesilapan, peluang untuk beraksi dengan tenang dan cemerlang lebih cerah, ” ujarnya.


Keluarga wushu


Mendapat pendedahan terhadap sukan wushu seawal usia empat tahun, Fong Ying bertuah kerana mendapat tunjuk ajar daripada bapanya yang aktif bermain wusyu. Bapanya kini menjadi jurulatih wusyu negeri Melaka.

“ Boleh dikatakan saya lahir dalam keluarga wushu. Ayah menjadi jurulatih negeri manakala ibu pula ada mengajar orang sukan wushu.

“ Saya dan adik, Chin Fong Wei adalah atlet negara, seorang lagi adik adalah atlet negeri dan yang bongsu sedang berjinak-jinak dengan sukan wusyu.

“ Bila dari kecil didedahkan dengan wusyu, kehidupan kami seakan sudah sebati dengan sukan ini, ” katanya yang mengakui hatinya sudah berpunya.

Fong Ying mula mewakili negeri Melaka pada usia 14 tahun dan mewakili negara tiga tahun selepas itu.

“ Saya sendiri tak ingat berapa pertandingan dan pingat yang telah dimenangi.

“ Selain dua kali menjadi juara dunia, kenangan yang tak boleh dilupakan ialah sewaktu memenangi emas pada Sukan Asia 2006 di Doha dan Sukan SEA ke-24 di Korat, Thailand pada tahun 2007, ” ujarnya yang mahir dalam rutin taijiquan (tinju bayang) dan taijijan (pedang taiji).


Sambung pelajaran Julai ini


Fong Ying yang juga penuntut tahun dua Perakaunan di Universiti Putra Malaysia (UPM) bakal menyambung semula pengajiannya selepas dua tahun tertangguh.

“ Dua tahun lepas saya terpaksa menangguhkan pengajian kerana jadual latihan yang ketat dan banyak pertandingan besar yang perlu disertai.

“ Saya harap saya dapat masuk ke kelas semula Julai ini. Tetapi dalam masa yang sama, ada tiga pertandingan besar selepas itu, mungkin saya perlu manfaatkan masa yang ada untuk dua perkara ini.

“ Tak mustahil juga saya akan jadi orang yang paling sibuk di MSN (Majlis Sukan Negara) dan UPM nanti, ” katanya ketawa.




DUA kejohanan dunia sudah diraih Fong Ying.


Menyifatkan dirinya sudah ‘ senior ’ dalam sukan ini, Fong Ying menyasarkan akan bersara daripada beraksi dalam tempoh dua tahun lagi.

“ Saya sudah tua, bagi peluang pada yang muda pula. Mungkin tahun ini atau tahun depan saya akan bersara, tetapi ia baru rancangan.

“ Saya akan berbincang dengan keluarga dan pihak MSN dahulu sebelum membuat keputusan.

“ Tidak mungkin saya akan menjadi atlet sampai tua, saya juga ada cita-cita sendiri. Rancangan saya, walaupun tidak lagi mewakili negara, saya mahu mengajar wusyu, kalau ada rezeki, saya mahu buka kelas wusyu.

“ Saya berharap warisan ini tidak pupus di negara kita dan ia dapat diperluaskan sebagai senaman dan seni mempertahankan yang menyihatkan tubuh dan juga minda, ” harapnya.










- Kosmo -

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2010 06:01 PM | Show all posts
Lai Kin Ngoh
















Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2010 12:27 PM | Show all posts
Salam....kalo sape-sape ade gambar player tenis malaysia....tepeklah...nak tunjuk kat anak-anak....
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 12:23 AM | Show all posts
Reply 11# HangPC2


    ni bukan atlet, ni cikcurr kekdahnyerr..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2010 01:24 PM | Show all posts
Reply 1# HangPC2
astro lagenda sukan malaysia - soh chin aun once-malaysiabaru tengok tadi di TV
bangga tengok malaysia main bola masa zaman beliau namat,mokhtar, arumugam,wong kau fou,wong hee kok.
dia kata zaman dia lah zaman 1malaysia,sekarang zaman oncemalaysia...
harap astro dapat tayangkan semula game2 zaman dulu di astro untuk budak2 sekarang tengok masa msia belasah korea,jepun,vietnam,filipina,burma..
nampak kesedihan dia dengan state of malaysian football.
thank you datuk chin aun,it was a previlege to see you and your team mates playing for malaysia then....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2010 09:47 AM | Show all posts
faiznur miskin dan farah hani imran dan duratun pun tuai emas gakkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2010 07:08 PM | Show all posts
Siti Rahmah Othman









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2010 04:17 PM | Show all posts
Chai Fong Ying









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2010 04:27 PM | Show all posts
Iswari Manokharan





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2010 12:49 PM | Show all posts
Fatin Atikah Osman











Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2010 01:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 19-11-2011 11:27

Leong Mun Yee









Pandelela Rinong Pang




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2011 08:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 19-11-2011 11:25

Khoo Cai Lin















Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2011 09:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 18-11-2011 00:25

Zandra Aziela





























Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2011 12:48 AM | Show all posts
Sihaya Ajad & Attica Baptica Matron










Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2011 11:26 AM | Show all posts
Sihaya Ajad







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2011 05:26 PM | Show all posts
Zaira Zakaria













Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2011 02:53 PM | Show all posts
kenapa dia tak pakai tudung waktu mengangkat berat?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2011 03:02 PM | Show all posts
kenapa dia tak pakai tudung waktu mengangkat berat?
AnBulisia Post at 26-9-2011 14:53



    dia baru sahaja bertudung, sebelum ni tidak....


Chow
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2011 08:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 28-9-2011 20:07

Low Wee Wern










Delia Odette Arnold






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.572352 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list