CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Personaliti Sukan Malaysia

[Copy link]
 Author| Post time 28-9-2011 08:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-11-2011 12:38 PM | Show all posts
Farah Ann Abdul Hadi






























Last edited by HangPC2 on 1-8-2012 08:26 AM \n\n
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 11:21 AM | Show all posts
leo mun yee tu cantik betul lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2011 12:33 PM | Show all posts
Iman Nicole Brown









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2011 07:27 PM | Show all posts
Katrina Ann Abdul Hadi















Last edited by HangPC2 on 1-8-2012 08:23 AM \n\n
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2011 07:17 PM | Show all posts
kalau ada masa saya update info biodata atlit.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2011 03:40 AM | Show all posts
Jaringan Aruna ditagih pada Kejohanan Bola Jaring Dunia



Kapten pasukan bola jaring negara, S. Aruna. - Foto THE STAR

GADIS tinggi lampai yang memikul tugas sebagai kapten pasukan bola jaring kebangsaan, Aruna Santhappan menganggap tahun ini merupakan masa terbaik buat dirinya untuk menaikkan nama negara di mata dunia, lebih-lebih lagi pasukannya bakal beraksi pada Kejohanan Bola Jaring Dunia di Singapura bermula Ahad.

Aruna yang memegang posisi sebagai penjaring (GS) yakin pasukannya berada di landasan terbaik selepas beberapa bulan menjalani latihan intensif yang disediakan oleh Persatuan Bola Jaring Malaysian (PBJM). Dengan semangat berkobar-kobar, anak kelahiran Johor Bahru ini berjanji untuk memberi fokus sepenuhnya pada kejohanan dunia ini.

“Bukan saya sahaja yang teruja untuk beraksi pada kejohanan dunia ini, tetapi rakan sepasukannya turut merasai kehangatan perlawanan ini memandangkan banyak pasukan terbaik dunia akan beraksi di sini. Biarpun sedar laluan bukan mudah, ia tidak akan mengganggu sasaran kami untuk melakukan yang terbaik untuk negara,” katanya kepada Mingguan mStar.

Menurut Aruna, pasukannya telah menjalani latihan selama tujuh bulan di dalam dan luar negara termasuk di New Zealand serta di Melbourne dan ini turut memberi impak positif kepada pasukannya.

“Saya rasakan kami sudah berada dalam keadaan sedia dan apa yang penting adalah kami tidak takut kepada pihak lawan dan memberi sokongan antara satu sama lain. Sebagai pemain senior dan kapten pasukan, saya sentiasa membantu dan memberi panduan kepada pemain-pemain baru dan saya gembira kerana kami sentiasa bersatu hati,” katanya yang turut beraksi pada kejohanan dunia 2007.


Aruna (empat dari kanan) bersama pasukannya sebelum berangkat ke Singapura Jumaat lalu.

Dengan 20 kaps antarabangsa, Aruna juga berjanji akan membantu mencapai sasaran yang diletakan oleh pihak persatuan untuk mengubah kedudukan daripada tempat ke-22 kepada kedudukan ke-12 terbaik dunia.“Pasukan Malaysia berada dalam Kumpulan D bersama England, Malawi dan Barbados dan sudah pasti saya rasa England merupakan cabaran utama bagi kami. Namun itu bukanlah halangan untuk kami berentap dengan baik dan akan cuba membuat kejutan,” katanya.Sementara itu, Aruna yang telah mula serius dalam sukan ini sejak umur 14 tahun berkata, sukan ini telah banyak memberi kenangan pahit manis kepadanya dan ini menjadikan dia seorang yang lebih matang dalam menghadapi sebarang situasi.“Sudah menjadi asam garam seorang atlet kerana tidak selalu kita akan menang dalam perlawanan. Saya seorang yang optimistik dan akan terus berusaha selagi mampu. Dalam masa yang sama juga pelbagai kenangan manis yang telah saya capai antaranya yang tidak boleh saya lupakan ialah berada dalam kelompok enam penjaring terbaik dunia pada Kejohanan Remaja Dunia di Amerika Syarikat, 2007.
Aksi Aruna (kanan) beraksi dalam Kejohanan Asia tahun lalu.“Saya juga turut terpilih sebagai penjaring terbanyak di peringkat Asia. Saya sedar kejayaan ini tidak akan dicapai tanpa kerjasama rakan sepasukannya,” katanya yang gemar melakukan sukan luar pada masa lapangnya. Selain sibuk dengan latihan serta kejohanan sepanjang tahun, Aruna tidak pernah mengetepikan kehidupan peribadinya, lebih-lebih dia merupakan pelajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).“Saya gembira kerana diberi kekuatan untuk memikul tugas sebagai atlet dan pelajar dengan baik. Walaupun sibuk dengan latihan dan program yang diaturkan, saya tetap mengutamakan pelajaran kerana ia adalah bekalan pada masa depan,” jelas pelajar tahun akhir jurusan Sains Sukan ini.Menurut Aruna, 24, selepas tamat pengajiannya nanti, dia merancang untuk menyambung pengajiannya ke peringkat sarjana di luar negara yang mempunyai pencapaian baik dalam sukan bola jaring.“Memang saya ada merancang untuk menyambung pelajaran dalam jurusan Sains Sukan di negara-negara yang aktif dalam sukan bola jaring seperti New Zealand atau Australia kerana inilah peluang saya untuk meningkatkan lagi pengetahuan saya dalam sukan ini sekali gus boleh berkongsi dengan pasukan negara pada masa akan datang,” katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 04:07 AM | Show all posts
Post Last Edit by gogo at 10-12-2011 04:08

Meh I update psl netball/bola jaring, one of the sport yg still x se-popular mcm sukan lain, professionally, kt msia nih. stakat pemes kt skolah2 jah. Maybe because disadvantage players netball Msia nih - height. mmg jauh beza dgn ketinggian national players negara lain

lagik pic Aruna Santhappan, captain pasukan kebangsaan, yg main position GS (Goal Shooter).


yg pakai blue jersey

yg pakai black jersey

x byk sgt pic aruna nih, maklum la, netball kt msia pom x popular sgt

pic bwh ni, I ambik dr fb page WNC kt S'pore last July. (time ni Msia dpt tmpt last skali )


kanan sekali, yg pakai blue jersey


kiri sekali - GS


GS


GS
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2012 01:42 AM | Show all posts
Kelly Tan






























Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2012 01:52 PM | Show all posts
Celine Lee Xin












Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2012 02:16 AM | Show all posts
Siti Rahmah Othman (Nemo)
















Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 01:52 PM | Show all posts
cam muka anak ND lala pulak...

Ramai jugak atlit berdarah campuran eh.... agak sayang kerana kehilangan ratu pecut Rabia Abdul Salam.,,,, (betul ke coach tu mencabul?)

mana dia atlit2 femes zaman kita cam Faiznur miskin, Josephine mary? NUrul huda dah ada dah kat page depan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2012 03:02 PM | Show all posts
Liu Ying Goh















Last edited by HangPC2 on 3-11-2012 03:06 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2012 05:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2012 12:44 PM | Show all posts
PM : Malaysia perlu lebih ramai ikon sukan




18 Oktober 2012



MALAYSIA memerlukan lebih ramai ikon sukan yang boleh memberi inspirasi kepada rakyat negara ini terutama generasi muda.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bagi mencapai matlamat itu, kerajaan memberikan banyak galakan termasuk peruntukan untuk merangsang industri sukan negara.

“ Ratu terjun negara Pandalela Rinong, pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David, merupakan personaliti sukan. Kita memang perlu lebih ramai orang seperti mereka, ” katanya dalam temu bual bersama Melody FM, stesen radio berbahasa Cina kedua Astro Radio, semalam.

Merujuk kepada peruntukan bagi industri sukan dalam belanjawan 2013 yang dibentangkannya pada 28 September  lalu, Najib berharap Kementerian Belia dan Sukan akan mengemukakan pelan konkrit bagi melahirkan lebih ramai atlet sukan lelaki dan wanita negara yang mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.

Semasa membentangkan Belanjawan 2013, Najib mengumumkan peruntukan RM50 juta bagi persiapan program ‘Road to Rio’ bagi menyediakan atlet Malaysia menjelang Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil pada 2016.




- Bernama / Sinar Harian -



Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 10:40 PM | Show all posts
Dear All

we are running competition on gaining more viewers for our video

you will find Taufik Hidayat in my video

please view and share

http://www.youtube.com/watch?v=d3LHX95L9Io&feature=plcp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2013 06:52 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2013 10:46 AM | Show all posts
Zatil Iman Abdul Ghani (Misszatil)



http://en.netlog.com/Misszatil






















Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2013 12:36 PM | Show all posts
Sumbangan terakhir Katrina




Kuala Lumpur : Kejayaan menghadiahkan emas buat Selangor selain mempertahankan emas dimenanginya dua tahun lalu cukup bermakna buat atlet negara, Katrina Ann Abdul Hadi pada penyertaan terakhirnya dalam Sukan Malaysia (SUKMA).



Katrina mempamerkan gaya bersahaja, hasil pengalamannya beraksi di peringkat antarabangsa dengan menyapu bersih lima pingat emas Sukan SEA dalam acara renang berirama tahun lalu, digunakan sepenuhnya untuk menguasai acara teknikal solo apabila mengumpul 75.64 mata.


Dia menewaskan saingan utama, Tasha Jane Taherali dari Pulau Pinang yang meraih 70.24 mata manakala atlet Wilayah Persekutuan Jacquelin Eng, gangsa, 66.24 mata.

“ Saingan agak sengit terutama daripada Tasha. Dia rakan duet saya dan kali ini apabila turun sebagai pesaing, pastinya saya akan menerima tentangan.


“ Apapun saya gembira dapat mengekalkan emas ini namun agak sedih kerana ini SUKMA terakhir, ” katanya.


Katrina yang pernah menyumbangkan emas dalam acara gimnastik artistik SUKMA 2004 dijangka tidak berdepan masalah merangkul satu lagi emas apabila turun dalam acara duet hari ini.

Mengulas perancangan seterusnya selepas ini, Katrina yang berusia 21 tahun bakal menyertai Kejohanan Terbuka Hong Kong September ini dan Kejohanan Asia Pasifik di Malaysia pada November.


Bagaimanapun dia yang baru pulih daripada kecederaan pergelangan tangan agak kecewa apabila Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) memilih untuk tidak menghantar wakil menyertai Kejohanan Dunia di Barcelona, Julai ini.

Sementara itu, Selangor meraih emas keduanya menerusi Lee Yhing Huey yang mengungguli kategori rutin bebas solo selepas meraih 74.20 mata, menewaskan wakil Pulau Pinang, Emanuelle Mah Thilda (69.9) dan Foong Yan-Nie, Wilayah Persekutuan gangsa (66.2).


Emas terakhir dipertandingkan semalam dalam acara rutin teknikal berpasukan menyaksikan Negeri Sembilan muncul juara selepas mengumpul 70.9 mata, menewaskan Pulau Pinang (69.7) dan Wilayah Persekutuan (63).



- Harian Metro -




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2013 02:04 PM | Show all posts
Katrina gembira dalam duka





Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my



ADA nada sedih diraut wajah atlet tumpuan Selangor, Katrina Ann Abdul Hadi meskipun berjaya menyumbang pingat emas pertama dalam acara renang seirama di kolam Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil semalam.

Selepas bertanding sejak usia 15 tahun, edisi ke-16 pada Sukan Malaysia (Sukma) 2013 di Kuala Lumpur itu menjadi penampilan terakhir buat atlet kebangsaan itu.

Katrina meraih dua emas dalam acara itu pada 2004 dan 2010.

“ Memang sedih sebab Sukma adalah temasya yang banyak mengajar saya mengenal kekuatan dan kelemahan teknik renangan saya.

“ Jadi, untuk meninggalkan pentas Sukma, ia sangat sukar. Ia sangat sentimental, ” katanya yang meraih emas pertama buat Selangor dalam acara rutin teknikal solo semalam.

Bagaimanapun, Katrina akan menjadikan kemenangan ini sebagai pencetus semangat untuknya bertanding di pentas antarabangsa terutama selepas kembali beraksi secara aktif sejak April lalu.

“ Saya sudah keluar dari zon kecederaan secara sepenuhnya sejak Februari lalu. Jadi, doa saya selama ini dimakbulkan dan saya akan melakukan yang terbaik untuk kembali pada prestasi dahulu,” kata atlet berusia yang akan menginjak usia 21 tahun pada Ogos nanti.

Mengakui agak kecewa tidak dapat beraksi pada Kejohanan Renang Dunia yang akan berlangsung dari 19 Julai hingga 4 Ogos ini, Katrina akan menebusnya dengan menyertai Terbuka Hong Kong pada September serta Kejohanan Asia Pasifik menjelang November nanti.

“ Agak kecewa sebab kecederaan saya sudah pulih dan saya berada pada tahap terbaik untuk beraksi di kejohanan dunia tetapi malangnya, pasangan duet saya, Emanuelle Mah pula mengalami kecederaan pada bahu.

“ Apabila ia berlaku, saya ada meminta kepada Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) untuk membenarkan saya beraksi dalam rutin solo tetapi malangnya, mereka tidak membenarkan dan membuat keputusan untuk tidak menghantar pasukan renang berirama.

“ Satu bahagian, memang bukan rezeki saya dan sebahagian lagi, agak terkilan. Terkilan kerana sekali lagi, renang berirama Malaysia tidak berpeluang beraksi pada kejohanan berprestij itu.

“ Jika tiada penyertaan, saya bimbang imej pasukan renang berirama negara akan tercalar di hadapan juri kerana jarang-jarang menyertai kejohanan yang bertaraf lima bintang.

“ Bukan itu sahaja, tanpa kejohanan besar dan ternama, bagaimana atlet renang berirama mahu membuktikan kredibiliti yang dimiliki mereka ? " kata Katrina yang merupakan antara atlet senior pasukan kebangsaan.

Untuk itu, Katrina kini meletakkan sepenuh tumpuan kepada dua kejohanan tersebut dan mahu membuktikan renang berirama masih mampu menyumbang pingat di pentas antarabangsa.

“ Saya cuma boleh berharap semuanya berjalan dengan lancar dan kami mampu mempersembahkan yang terbaik pada dua kejohanan tersebut kerana untuk tahun ini, hanya itu sahaja peluang kami beraksi dalam kejohanan antarabangsa walaupun ia bukan taraf Kejohanan Dunia, ” tambahnya yang merangkul lima emas pada Sukan SEA 2011 di Palembang, Indonesia.




- Kosmo -





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.088304 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list