CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azlina697

Bowling

[Copy link]
Post time 5-12-2006 10:14 AM | Show all posts
Sukan Asia: Bowling lelaki gagal susuri jejak Esther

HARAPAN disandar kepada barisan pemain bowling lelaki untuk meneruskan kehebatan ciptaan Esther Cheah tidak kesampaian apabila cabaran longlai dalam acara perseorangan dan beregu di Kelab Bowling Qatar, semalam.

Esther sebelumnya mengundang kekaguman dengan kemampuan mencipta rekod baru temasya Sukan Asia, 1,444 jatuhan pin, dalam laluan merangkul pingat emas acara individu wanita.

Lantas, kontinjen negara jelas mengharapkan sekurang-kurangnya pemain lelaki negara mampu meneruskan tradisi cemerlang di gelanggang sama dengan gapaian pingat, tidak kira apa warna sekalipun, dalam acara sama.

Tetapi sebaliknya berlaku, dengan aksi perseorangan lelaki yang berlarutan hingga awal pagi semalam menyaksikan keenam-enam pemain negara tercicir jauh daripada kelompok 10 pemain teratas.

Aksi acara beregu yang tamat malam tadi turut berakhir dengan nada kecewa sama, apabila tiada gandingan lelaki negara berjaya menempatkan diri di kalangan tiga pemenang pingat acara berkenaan.

Namun pengurus, Cheah Ban Cheng, tidak diganggu kecewa dengan kegagalan itu.

揔ami mensasarkan pungutan pingat emas menerusi acara trio ataupun berpasukan.

揝aya percaya pemain kini pada tahap terbaik dan mampu menyumbang sekurang-kurangnya satu lagi pingat emas menepati sasaran dua emas yang ditetapkan,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2006 10:43 AM | Show all posts
Sukan Asia: Atlit negara miskin bersaing dalam serba kekurangan

KAZAKHSTAN ialah negara yang hebat, dengan gunung-ganang dan tasik yang cantik, kata Yevgeny Kuznetsov. Tapi jangan cuba mencari gelanggang bowling yang bagus di sana.

揗ungkin hanya ada 60 orang yang serius bermain sukan ini di negara saya,
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 08:39 AM | Show all posts
Malaysia raih emas kedua - Pasukan boling lelaki turut akhiri kemarau 28 tahun


BEN Heng (kiri), Aaron Kong (tengah) dan Daniel Lim mempamer kombinasi mantap untuk menyumbangkan pingat emas kedua Malaysia pada Sukan Asia 2006 dalam acara boling trio lelaki di Doha, semalam.

DOHA
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 08:41 AM | Show all posts
10 mata pisahkan Malaysia dengan pemenang emas


ATLET negara (dari kiri) Esther Cheah, Shalin Zulkifli, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi dan Wendy Chai melakukan reggangan sebelum memulakan aksi dalam saingan acara boling Sukan Asia ke-15 di Pusat Boling Qatar, semalam. Malaysia menang pingat perak acara trio wanita.

DOHA
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 08:44 AM | Show all posts
Boling perlu ramai pemain
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 01:42 PM | Show all posts
haku baru pas maen kat midvalley bln lepas :bgrin:

btol laa bola dia bersinar- sinar di dlm kegelapan :

tapi maen hampassssszzzz...maen 2 game... 1st dpt 89....2nd dpt 113 point

kasut kesat gillerrrrrrr :geram: braper kali haku nak tersunggkurrr huhu

teringin nak maen kat ampang point lak..besh ke arrr?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2006 10:58 AM | Show all posts
Sukan Asia: Malaysia dahului

KELEBIHAN psikologi yang dicari berjaya dihasilkan pemain bowling wanita negara yang muncul pendahulu selepas blok pertama acara lima sepasukan di Komples Bowling Qatar, lewat malam tadi.

Kombinasi Esther Cheah, Shalin Zulkifli, Sharon Koh, Wendy Chai dan Zandra Aziela Ibrahim Hakimi bangkit selepas ketinggalan dalam dua permainan awal untuk mendahului 11 pasukan lainnya hasil himpunan 3,129 jatuhan pin.

Namun saingan menanti pada blok kedua, petang ini, tetap sukar kerana China mengekori rapat
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2006 03:52 PM | Show all posts
huhu 42 mata means beza 2 strike kan?

huhu pressure giler maen tenis nih upanyer yer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2006 08:49 AM | Show all posts
Boling terus gilap emas


Atlet boling negara, (dari kiri ) Easter Cheah, Sharon Koh, Shalin Zulkifli, Wendy Chai, Choy Poh Lai dan Zandra Aziela Ibrahim Hakimi meraikan kemenangan memenangi pingat emas dalam acara lima sepasukan di Pusat Boling Qatar kelmarin.

DOHA
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2006 08:51 AM | Show all posts
Skuad boling lepasi sasaran

DOHA
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2006 09:13 AM | Show all posts
239 pin jadi garis pemisah

GEMA sorakan menggantikan titisan air mata di Pusat Bowling Qatar, petang semalam. Ia jadi tanda betapa janji pasukan wanita negara untuk mengungguli acara berpasukan, dikotakan mereka menerusi gaya penuh mengagumkan.

Kilauan emas ketiga di gelanggang itu jadi realiti selepas Esther Cheah, Shalin Zulkifli, Sharon Koh, Wendy Chai dan Zandra Aziela Ibrahim Hakimi terlalu handal untuk disaingi dengan jumlah himpunan 6,555 jatuhan pin.

Sepanjang laluan gemilang itu, mereka memusnahkan tentangan Korea Selatan dengan kelebihan 239 pin manakala Singapura hanya terdaya meraih gangsa apabila menghimpun 6,239 pin.

Buat tambah menggembirakan, Esther juga meraih pingat perak menerusi acara all-event individu selepas hanya kekurangan 43 pin kepada pemain Korea, Choi Jin A yang menang emas dengan jumlah 5339 jatuhan pin.

揔ami ke sini dengan sasaran memenangi emas berpasukan. Dan kami berjaya menepatinya. Selepas mendahului semalam, hari ini kami bertekad untuk tidak melepaskan penguasaan dan ia berjaya dilaksanakan,
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2006 09:20 AM | Show all posts
Esther Cheah tak mahu dabik dada

DUA emas dan dua perak. Esther Cheah (gambar) tidak boleh dipersalahkan jika berasakan diri ibarat di puncak dunia hasil pencapaian gemilang dalam kemunculan sulungnya pada temasya Sukan Asia kali ini.

Tetapi Esther belum mahu membenarkan rasa puas hati menguasainya.

揝aya gembira dengan emas berpasukan kerana ia adalah matlamat utama kami sejak tiba di Doha. Ia amat bermakna bagi kami sebagai bukti perpaduan dan kekuatan pasukan.

揟etapi saya juga rasa agak kecewa kerana hanya meraih pingat perak dalam acara all-events. Ia mungkin kerana saya gagal menghasilkan prestasi memuaskan ketika blok pertama semalam (kelmarin),
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 11:01 AM | Show all posts
Perak ketiga daripada Esther


Esther Cheah meraih perak dalam acara boling masters stepladder wanita pada Sukan Asia Doha, semalam.

DOHA - Esther Cheah terus menjadi penyumbang tetap pingat untuk kontinjen negara semalam apabila meraih perak menerusi acara stepladder wanita Sukan Asia.

Ini merupakan perak ketiga disumbang Esther selepas acara trio dan all-event. Anak kepada jurulatih Holloway Cheah itu juga turut menyumbang dua emas menerusi acara perseorangan dan lima sepasukan.

Ternyata keletihan membelenggu corak lontaran pemain berusia 20 tahun itu pada perlawanan akhir menentang pemain Korea Selatan, Choi Jin A selepas terpaksa beraksi lebih dulu dalam saingan pingat perak/gangsa menewaskan seorang lagi pemain Korea Selatan, Kim Yeau Jin.

Selepas menewaskan Yeau Jin 215-212 untuk layak ke akhir, Esther terpaksa akur dengan tenaganya yang semakin lemah sebelum menyerah 482-397 (236-199, 246-198) kepada Jin A.

Turut menyumbang perak semalam ialah sepak takraw menerusi acara antara regu lelaki apabila gandingan negara tumbang kepada Thailand 19-21, 20-22.

Malaysia turut meraih satu gangsa semalam menerusi atlet olahraga, Noraseela Mohd. Khalid dalam acara 400 meter lari berpagar wanita.

Noraseela yang berlari di lorong keempat mencatat 56.85 saat untuk berada di belakang pemenang emas, Huang Xiaoxiao dari China yang mencatat kepantasan 55.41s dan perak, Satomi Kubokura dari Jepun 56.49s.

Manakala di Aspire Hall, atlet berbasikal, Uracca Leow melayakkan diri ke saingan akhir acara kejar mengejar individu wanita dengan catatan masa 3:47.288s, semalam tatkala pasukan lelaki dalam acara team sprint gagal menempatkan diri dalam kelompok ke final selepas menghabiskan perlumbaan di tempat keempat.

Malaysia yang menurunkan gandingan Junaidi Mohamad Nasir, Josiah Ng dan Mohd. Rizal Tisin mencatat masa 46.445s untuk tewas kepada Korea Selatan (46,266s) dalam saingan merebut pingat gangsa.

Sementara itu, Jepun yang mencatat 45.590s dalam saingan akhir, semalam meraih pingat emas manakala China perak dengan 46.573s.

Dalam pada itu, harapan untuk melihat skuad hoki negara ke separuh akhir lebur selepas Pakistan dan Jepun seri 0-0.

Ternyata kejayaan menewaskan Taiwan 9-0 semalam di padang hoki Al-Rayyan sudah terlewat buat anak-anak buah Wallace Tan yang bergantung harap agar Pakistan atau Jepun menewaskan antara satu sama lain untuk membantu mereka layak ke separuh akhir.

Pada Temasya Busan 2002, skuad hoki membawa pulang pingat gangsa.

Skuad sepak takraw negara turut gagal meraih emas apabila tewas kepada musuh tradisi, Thailand 19-21, 20-22 pada perlawanan akhir.

Dalam pertemuan separuh akhir sebelum itu, Malaysia yang menurunkan gandingan Mohd. Normanizam Ahmad, Mohd. Futra Abd. Ghani dan Mohd. Zulkarnain Mohamed Arif menang 21-18, 21-19 ke atas Myanmar.

Pada satu lagi perlawanan separuh akhir, Thailand dipaksa bermain sehingga ke rubber set selepas dikejutkan dengan 19-21 di tangan Vietnam sebelum menang 23-21, 15-9.

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 01:06 PM | Show all posts
Aku Respek lah kat Choi Jin A Stail dan Method Cara Balingan (hayunan 180 darjah) dier memang kool dan kuat.... memang pun dier menang emas kalahkan Easter Cheah


Choi Jin-A









[ Last edited by  HangPC2 at 12-12-2006 10:21 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 01:23 PM | Show all posts
Bowling: finals

[08 Dec 2006]



Zandra Aziela of Malaysia ecstatic with joy after winning the women's five player teams final



Bader Al Alshaikh of Saudi Arabia bites the gold medal after winning the men's all events



Choi Jin A of Korea displays her gold medal after winning the women's all events



Japanese bowling players Toshihiko Takahashi, Masaaki Takemoto, Tomoyuki Sasaki, Tomokatsu Yam#a, Masaru Ito and Yoshinao Masatoki pose with their gold medals after winning the men's five player teams



Malaysian bowling players Cheah Mei Lan Easther, Koh Suet Len Sharon, Chai De Choo Wendy, Zandra Aziela, Shalin Zulkifli and Choy Poh Lai pose with their gold medals after winning the women's five player teams



Tomoyuki Sasaki of Japan reacts after a strike during the men's five player teams final



Jo Nam Yi of Korea bowls during the men's five player teams final
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 09:24 AM | Show all posts
ada coach tak nak ajar cara depa ni baling bola boling tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2006 12:06 PM | Show all posts
Giliran Esther dimahkota ratu bowling negara



SENYUM LEBAR: Esther
ketika meraih perak
ketiga apabila tewas
pada saingan akhir
Masters, kelmarin.


MUNGKIN sudah tiba masa untuk mahkota selaku 憆atu
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 12:46 PM | Show all posts
Persaingan adik beradik

DOHA: Abdulla Alshaikh mempunyai dua anak lelaki yang bertanding dalam Sukan Asia dan masalah yang memeningkan kepalanya.

Apabila Hassan dan Bader bersaing sesama sendiri, siapa yang harus disokongnya?

揌assan adalah muda dan saya mesti berpihak dengannya,
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 12:53 PM | Show all posts
Saya mencari pendapatan menerusi bowling: Putty

KETIKA pusat-pusat bowling mampu menarik ramai pemain amatur berperut buncit yang memakai kasut yang pelik, suasananya cukup berbeza dengan Sukan Asia ini.

Ia tiada tempat untuk dimainkan lagu pop atau meja pool. Malah, senyuman yang dilemparkan juga agak hambar oleh pemain yang menunggu.

揑ni adalah permainan yang serius
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 01:10 PM | Show all posts
Prestasi terbaik dalam sejarah

揑NI adalah pencapaian terbaik dalam sejarah. Saya fikir mungkin sukar untuk ianya diulangi pada temasya Sukan Asia akan datang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.075372 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list