CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azlina697

Bowling

[Copy link]
Post time 14-12-2006 11:10 AM | Show all posts
Gelaran dunia sasaran Esther

Oleh Johari Shawal dan Mohd. Taher Kamil


BARISAN pemain dan pegawai kontinjen boling negara melaungkan kata-kata semangat atas kejayaan mereka menyumbang tiga pingat emas dan tiga perak pada Sukan Asia Doha, setiba mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam.

SEPANG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2006 11:23 AM | Show all posts
Terus bermain selagi diperlukan
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 09:53 AM | Show all posts
Hohoho.. dah lama aku tak posting sini wei...
mana kwn2 yg penah bls2 posting dgn aku?  .... reuk?  alangu?  hehehehe!

Aku dgn nekadnya mmg nak main spinner.
The highest score aku main spinner ialah 150 je... huhu cedih aku.
Then aku try main straight ball blk.. tp dah xjd.. asyik ke longkang je.  

Kalo kat midvalley ofkos aku xleh main aaah.. glow in the dark tu.. itu utk main enjoy suke2 blh le,
tp as for me.. tu waste my money je... sbb aku main utk asah skill.. bkn utk enjoy.. heee! :cak:

2weeks ago main kat Berjaya Times Square [BTS] tp teruk score aku weiii!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 09:57 AM | Show all posts
Owh lupo lak aku nak ckp...
aku baca posting sape ntah tadik.. kalo nak main spinner...
kena la baling bola tu cecepat.. lps tu tgn tu kena aa pusing.
Ikut naseb.. kdg2 kalu aku mcm blur2 nak pusing cpt tgn aku.. bola aku ke longkang!
Saket dol!.. laki blh aa kudrat kuat hayun bola berat tu.. ehhehe!
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2006 12:38 PM | Show all posts
up.. xde org mboling ke?  huhu!
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2006 03:53 PM | Show all posts
allo..........da lame x msuk, windu la kt cni...

da lame pun x main bowling............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2006 03:54 PM | Show all posts
mnyaknyer briter psal bowling....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 11:27 AM | Show all posts
nape dah lama tak boling ni cik alangu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2006 06:47 PM | Show all posts
Belum tetap tarikh AGM


KONGRES Tenpin Bowling Malaysia (MTBC) hanya akan menetapkan tarikh mesyuarat agung tahunan (AGM) sebaik berakhir semua program kalendar pertandingan persatuan di bawah naungan badan induk itu tahun ini.




?ami masih belum menetapkan tarikh AGM. Kami tunggu sehingga berakhirnya semua kejohanan anjuran negeri sebelum membuat keputusan.

?arikh itu akan diketahui selepas perbincangan dilakukan bersama semua ahli,? kata Setiausaha Kehormat MTBC, Sidney Tung.

Ditanya sama ada kelewatan penganjuran AGM itu yang masih belum dilaksanakan sungguh pun perlembagaan menetapkan ia perlu dilakukan tidak lebih daripada Oktober setiap tahun, Sidney menyatakan kelonggaran sudah diberikan Pesuruhjaya Sukan bagi menangguhkannya tahun ini.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2006 11:47 PM | Show all posts
sapa nk ajo ako main boling dgn betul.. cam hook ker spin ker.. ek...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 09:40 AM | Show all posts
aku lak main boling tak pernah dapat lepas dari markah 140.. jojo aritu kat warta bangi diorg ada buat kelas blajor boling.. kalo ko g warta try arr tanya kat pusat boling tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 10:26 AM | Show all posts

Reply #250 jojoba_beads's post

Saye pon blanjo spinner snd2 je cik jojoba.
Kadang2 tajam, kadang2 tak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 10:26 AM | Show all posts

Reply #251 h@i's post

Berapa bayaran dorg amek?
Cari coach snd le lg senang!
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 12:42 PM | Show all posts
haha haku pong blajar sendiri2 ... takder sifu ...

ada laa skali mmbr aku ajar cara nak baling stret huhu

ni bola dah ada tapi nak wat lobang takleh lak...mmbr aku berenti kejer kat pusat boling tu dah 3 bln pon takde org nak ganti dia lagi huhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 12:44 PM | Show all posts
Esther gah layak ke final

Oleh Harris Rajahdin

PEMENANG lima pingat Sukan Asia, Esther Cheah memastikan tempatnya dalam final Masters divisyen perempuan Kejohanan Remaja All-Stars Milo Ke-7 di Pyramid Mega Lanes, kelmarin.

Esther, yang merangkul dua emas dan tiga perak di Doha sebelum ini berdepan kebimbangan akan tercicir dalam usaha melayakkan diri ke peringkat Masters terpaksa berusaha keras selepas enam percubaan sebelum mengesahkan tempat dalam final dengan catatan 906.

Esther Cheah melayakkan diri ke final dalam percubaan kelapannya.

揝aya sepatutnya mengambil rehat satu hari lagi sebelum saya mula beraksi dalam kejohanan ini dan saya mungkin kepenatan tanpa menyedarinya,
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 12:52 PM | Show all posts
boling ni kan...kata shalin laa- its not about talent and skill, its more about luck

huhu kalo sumer ok maka leh menang leerr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2006 01:11 PM | Show all posts

Reply #254 ReuK's post

Blaja kat mana?
Kalau main straight.. tgn mesti straight,
masalahnya di sini ialah, tgn ku xbleh straight.. agak2nya tgn ni tak dibedung kut time baby!  :lol

Huwaaa dah 2menggu tak mboling.. rasa mcm gian banget.. huhu~
Reply

Use magic Report

yanto005 This user has been deleted
Post time 27-12-2006 10:07 AM | Show all posts
bila nak main boling lagi ni oiiii
aku teringin nak tunjuk skill aku kat korang
:pmuka::pmuka::pmuka::pmuka::pmuka:
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2006 11:53 AM | Show all posts

Reply #258 yanto005's post

Wah pakcik ni ada jgk di sini.. ehehhe!

Saye tau le pakcik yanto terer.. isk3!
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 11:21 AM | Show all posts
Shalin terus hidupkan pusat boling

Oleh AMRAN MULUP

KUALA LUMPUR ? Bagi ratu boling wanita negara, Shalin Zulkifli kegagalan mengusahakan pusat boling 16 lorong di bangunan Warta Salak Selatan enam tahun lalu tidak melemahkan semangatnya.

Kegagalan tersebut sebaliknya dijadikan pelajaran berguna buat menguatkan semula keyakinan Shalin dan impian untuk memiliki pusat boling mewah kini menjadi realiti.

Pin-Junction yang berada di tingkat tiga, Cineleisure Mutiara Damansara dekat sini adalah pusat boling milik sepenuhnya ratu boling negara itu.

Pusat boling Pin-Junction mempunyai 24 lorong sintetik dengan pelbagai kemudahan cafe, bilik sembahyang dan pro-shop diusahakan Shalin bersama kekasihnya yang juga bekas pemain boling lelaki negara, Azidi Ameran.

Pin-Junction bernilai RM3.4 juta ditubuhkan hasil simpanan wang Shalin sejak mula menceburi sukan boling serta wang kemenangan yang diraih olehnya di beberapa pertandingan peringkat antarabangsa dan tempatan.

Selain itu, usaha beliau itu turut dibantu oleh Azidi yang baru-baru ini mengumumkan persaraan mewakili negara selepas berakhirnya Sukan Asia di Doha serta ibubapanya, Zulkifli Ali dan Rohani Razak.

?Ini adalah impian yang saya pendam sejak lama dulu. Saya pernah gagal sewaktu di Salak Selatan tetapi ia tidak mematahkan semangat saya.

?Kegagalan itu membuatkan saya lebih yakin dan sepanjang tempoh enam tahun lalu saya mengumpul duit kemenangan acara boling untuk saya memiliki pusat boling Pin-Junction,? ujarnya ketika ditemui semalam.

Tanpa mahu mengimbas kegagalan enam tahun lalu mengusahakan pusat boling di Salak Selatan, Shalin berkata, Pin-Junction adalah menjadi titik tolak untuk beliau terbabit dalam bidang perniagaan.

?Ini saya lakukan adalah semata-mata untuk masa depan saya. Sampai bila saya mesti bergantung kepada bermain boling dan peluang yang ada saya gunakan untuk memiliki pusat boling sendiri.

?Sebenarnya impian ini sudah saya pendam sejak di bangku sekolah tetapi akhirnya ia menjadi kenyataan,? katanya lagi.

Pin-Junction mula dibuka sejak Isnin lalu beroperasi dari pukul 10.30 pagi hingga pukul 12.00 tengah malam.

Shalin yang mengetuai skuad boling ke Sukan Asia di Doha baru-baru ini berkata, pusat itu kini dibuka secara percuma kepada orang ramai sehingga 31 Januari ini.

Ujarnya, operasi sebenar Pin-Junction akan bermula pada 1 Januari 2007.

Menurutnya, pusat itu bukan semata-mata untuk beliau memperoleh pendapatan untuk masa depan tetapi sebaliknya akan digunakan untuk mengasah bakat pemain-pemain muda.

?Saya dan Azidi akan mengendalikan latihan kepada pemain-pemain muda di peringkat usia remaja.

?Saya juga telah memohon kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk Pin-Junction dijadikan salah satu tempat latihan buat sukan teras,? ujar atlet berusia 28 tahun itu.

Beliau menjelaskan, pembukaan pusat boling itu tidak akan mengganggu tumpuannya untuk menghadapi beberapa kejohanan besar di luar negara termasuk pada Kejohanan Boling Wanita Dunia di Mexico, Ogos ini dan juga temasya Sukan SEA di Korat, Thailand, Disember nanti.

Sementara itu Azidi berkata, beliau mengumumkan persaraan mewakili skuad kebangsaan kerana ingin memberi tumpuan untuk menguruskan Pin-Junction.

?Saya berasa lega dapat bersama Shalin mengendalikan pusat boling ini dan langkah saya meninggalkan skuad negara agar dapat memberi peluang kepada pemain pelapis mendapat tempat,? ujarnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.382349 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list