CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Pakaian/Aksesori/Senjata/Pengangkutan/Gaya Hidup Masyarakat China Zaman Silam

  [Copy link]
 Author| Post time 29-5-2009 11:50 AM | Show all posts
Etnik Hui






Etnik Hui adalah salah satu etnik minoriti yang teramai di China. Berdasarkan banci pada tahun 1990, penduduk etnik itu berjumlah lebih 8.6 juta orang, menduduk tempat ke-4 teramai antara etnik-etnik minoriti di China.

Kawasan penempatan penduduk etnik Hui sangat luas, hampir semua kawasan di China terdapat penduduk etnik itu. Penduduk etnik Hui tinggal secara berkelompok di Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia, Provinsi Gansu, Qinghai, Wilayah Autonomi Etnik Vygur Xinjiang, Provinsi Henan, Hebei, Shangdong dan Yunnan. Penduduk etnik Hui biasanya tinggal secara berkelompok di kawasan yang terdapat masjid.

Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia mempunyai jumlah penduduk etnik Hui yang paling ramai, wilayah itu dikenali sebagai kampung halaman etnik Hui. Pemandangan di wilayah itu sangat indah, terdapat hutan hijau dan padang pasir yang luas. Sungai Kuning yang didikenali sebagai sungai ibunda di China melalui wilayah itu. Penduduk etnik Hui bersama-sama penduduk etnik lain rajin bekerja dan menjadikan wilayah itu sangat makmur.

Oleh sebab kawasan kediaman etnik Hui sangat luas, penduduk etnik itu di pelbagai tempat juga bekerja dalam bidang yang berlainan. Penduduk etnik Hui di Gansu, Qinghai dan Ningxia lebih mengutamakan sektor pertanian, dan penternakan, penduduk etnik itu di Xinjiang dan Mongolia Dalam lebih mengutamakan penternakan, penduduk etnik itu di Henan, Hebei dan Shandong selain bekerja dalam sektor pertanian, juga pandai berniaga, penduduk etnik itu di pelbagai daerah di bahagian barat daya China mencemburkan diri dalam sektor pertanian, perniagaan dan pengangkutan, penduduk etnik Hui di Provinsi Hainan bekerja dalam sektor perkapalan dan perikanan.

Oleh sebab kawasan kediaman etnik Hui di China sangat luas, penduduk etnik itu biasanya tinggal berjiran dengan penduduk etnik lain di pelbagai tempat. Misalnya, penduduk etnik Hui di Xinjiang dan Mongolia Dalam biasanya tinggal berjiran dengan penduduk etnik Vygur, Kazak dan Mongol, di Tibet mereka tinggal berjiran dengan penduduk etnik Tibet. Penduduk Etnik Hui hidup aman sentosa bersama-sama penduduk pelbagai etnik lain di merata tempat di China, mereka saling mempelajari dan berkembang maju bersama-sama.

Penduduk etnik Hui menggunakan bahasa Mandarin, bahasa itu telah memainkan peranan penting untuk meningkatkan taraf ekonomi dan kebudayaan etnik itu. Di samping itu, penduduk etnik Hui yang tinggal di pelbagai tempat China juga fasih bahasa etnik lain di kawasan itu. Misalnya, penduduk etnik Hui di Xishuangbanna Yunnan bukan sahaja fasih bahasa Dai, juga memakai pakaian tradisional etnik Dai dan tinggal di rumah berbentuk senibina tradisional etnik Dai, penduduk etnik Hui di Tibet juga mahir bertutur dalam bahasa Tibet.

Etnik Hui di merata tempat di China beragama Islam. Agama Islam telah memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi, sosial, kebudayaan dan adat resam etnik itu dan menjadi sebahagian penting dalam kebudayaan tradisional etnik Hui.

Kalau penduduk etnik Hui berhijrah ke suatu tempat yang lain, mereka akan tinggal secara berkelompok dan membina sebuah kampung, setelah membina sebuah masjid, penduduk etnik itu biasanya tinggal di sekeliling masjid tersebut. Masjid yang dibina oleh etnik itu sangat terkenal dalam sejarah pembinaan China dan merupakan sebahagian penting dalam warisan budaya bangsa China.

Walaupun kewujudan etnik Hui agak lewat dalam sejarah tamadun China, tetapi etnik itu sangat makmur dan maju dan telah memberi sumbangan yang besar terhadap tamadun China.

Semasa etnik Hui baru wujud pada zaman Dinasti Yuan, penduduk etnik itu tidak mempunyai kawasan kediaman yang tetap. Penduduk etnik itu rajin bekerja dan berjaya meneroka tanah tandus yang luas di kawasan sempadan.



Sources : http://my1.chinabroadcast.cn/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2009 12:22 PM | Show all posts
Etnik Kazak






Penduduk Etnik Kazak berjumlah lebih 1.1 juta orang, mereka tinggal secara berkelompok di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, sebahagian lagi tinggal di provinsi Gansu dan Qinghai. Kawasan kediaman etnik Kazak merupakan padang rumput yang subur dan sesuai untuk dijadikan kawasan penternakan. Kebanyakan penduduk etnik Kazak kerja sebagai penggembala sejak turun-temurun, sebahagian kecil penduduk etnik mengusahan pertanian dan menanam tumbuh-tumbuhan. Pada masa dahulu, jarang terdapat penduduk etnik Kazak berniaga, tetapi sekarang, ramai penduduk etnik itu berniaga.

Etnik Kazak beragama Islam dan mempunyai bahasa dan tulisan sendiri. Tulisan mereka sekarang berasas tulisan Jawi.

Yili ialah kawasan kediaman penduduk etnik Kazak secara berkelompok, kawasan itu terkenal dengan kuda, bulu kambing, susu kuda dan lain-lain.

Etnik Kazak kaya dengan lagu rakyat, syair, gurindam dan pribahasa. Tarian etnik tersebut juga sangat menarik, alat muzik etnik itu dipanggil Dongbula. Aken pula ialah penyanyi terkenal di kalangan etnik itu.

Penduduk etnik Kazak sangat mesra melayan tetamu dan sangat sopan santun. Kalau mereka berjumpa rakan-rakan, mereka biasanya mengucapkan salam bahagia dan bertanya khabar tentang keadaan ternakan, ini kerana etnik itu sudah lama menjadi penggembala. Penduduk etnik Kazak sering berhijrah mengikut musim. Kalau penduduk etnik itu menerima kunjungan rakan atau tetamu yang ingin menumpang menginap di rumah mereka, layanan mereka sangat mesra. Etnik Kazak berpendapat, kalau mengizinkan rakan pergi ke tempat lain pada waktu maghrib, mereka akan berasa malu dan dipandang rendah oleh jiran mereka.

Untuk melayan tetamu, penduduk etnik Kazak biasanya menyembelih seekor kambing kecil atau kuda kecil. Sebelum menyembelih kambing, tuan rumah akan menunjukkan kambing itu kepada tetamu untuk mendapat persetujuan. Semasa memakan daging kambing yang sudah dimasak, tuan rumah akan menghidangkan kepala kambing itu kepada tetamu, tetamu menggunakan pisau memotong daging di muka kambing dan memberikan kepada tuan rumah sebagai tanda hormat, seterusnya memotong telinga kambing tersebut untuk diberikan kepada anak bungso atau isteri tuan rumah, akhirnya, tetamu memotong daging di kepala kambing untuk dimakan sendiri dan menyerahkan kepala kambing itu kepada tuan rumah semula.

Setelah upacara tersebut, tuan rumah dan tetamu akan duduk bersama-sama, mereka sambil memakan daging kambing, sambil minum susu kuda. Susu kuda sangat istimewa bagi etnik Kazak, susu itu selain boleh menghilangkan dahaga, juga sangat berzat. Oleh sebab cuaca di kawasan penempatan etnik Kazak sangat sejuk, susu itu juga boleh memanaskan badan mereka. Setelah makan malam, tuan rumah dan tetamu akan duduk bersama-sama berbual-bual tentang cuaca di padang rumput dan mendengar cerita rakyat yang sangat menarik.

Etnik Kazak kaya dengan sastera rakyat, khususnya sastera lisan yang sangat popular dan terkenal. Sastera etnik itu termasuk cerita dongeng, cerita rakyat, syair, lagu rakyat, gurindam dan pribahasa. Karya tersebut bukanlah dicipta oleh etnik itu, tetapi juga diwarisi sejak turun-temurun.

Aken ialah seniman yang menyampaikan karya-karya tersebut, beliau sangat dihormati oleh penduduk etnik itu. Aken biasanya menggunakan sejenis alat muzik yang dipanggil "Dongbula", sambil memainkan "Dongbula" sambil menyanyi. Oleh sebab itu, Aken juga dikenali sebagai penyanyi rakyat etnik Kazak.

Untuk mengembangkan sastera etnik Kazak, penduduk etnik itu mengadakan konsert Aken pada musim gugur setiap tahun. Etnik itu berkumpul bersama-sama dari pelbagai tempat. Para Aken sambil memainkan alat muzik Dongbula sambil menyanyi lagu rakyat, syair, puisi dan lain-lain, penduduk etnik itu dengan gembira menikmati persembahan tersebut.

Acara "Gadis mengejar" merupakan salah satu hiburan yang sangat popular di kalangan penduduk etnik Kazak. Acara itu diadakan sempena hari perayaan. Sepasang teruna dan dara akan menunggang kuda bersama-sama ke sesuatu tempat, dalam perjalanan itu, kedua-dua mereka sambil menunggang kuda sambil bergurau, gadis itu tidak boleh malu atau marah. Semasa pulang dari tempat tersebut, lelaki itu menunggang kuda dengan laju, manakala gadis itu sambil menunggang kuda mengejar lelaki itu, sambil memukul lelaki itu dengan rotan. Jika gadis itu suka akan lelaki itu, dia memukul dengan perlahan sahaja. Para penonton akan bersorak-sorai, suasana sangat meriah. Acara itu biasanya akan berlangsung selama beberapa jam, lelaki boleh bergilir-gilir mengajak perempuan menyertai acara itu.


Sources : http://my1.chinabroadcast.cn/


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2009 12:24 PM | Show all posts
Etnik Tajik






Penduduk etnik Tajik berjumlah lebih 30 ribu orang, etnik itu tinggal secara berkelompok di bahagian barat daya Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China, iaitu bahagian timur dataran tinggi Pamir. Kawasan penempatan etnik Tajik berhampiran puncak gunung kedua tertinggi di dunia, iaitu Godwin Austen, puncak gunungnya diliputi salji, di kaki gunung itu ialah padang rumput dan ladang. Penduduk etnik Tajik tinggal di kawasan itu sejak turun temurun.

Penduduk etnik Tajik menetap di Dataran Tinggi Pamir sejak zaman sebelum Masihi, laluan sutera yang dibukakan pada abad ke-2 sebelum Masihi melalui kawasan itu, pada beberapa ribu tahun kebelakangan ini, penduduk etnik Tajik terdedah dengan tamadun timur dan barat, membentuk tamadun sendiri yang sangat makmur.

Penduduk etnik Tajik mempunyai bahasa sendiri dan menggunakan tulisan Uygur, mereka beragama Islam dan bekerja dalam bidang pertanian dan penternakan.

Penduduk etnik Tajik sangat berani dan murah hati. Dalam legenda etnik Tajik, helang melambangkan pahlawan. Penggembala etnik Tajik suka bermain flut yang diperbuat daripada tulang helang, tarian yang paling popular di kalangan etnik itu juga menggambarkan ketangkasan helang. Etnik Tajik juga pandai menunggang kuda, beriadah menunggang kuda sangat popular di kalangan penduduk etnik itu.

Kampung halaman penduduk etnik Tajik di Dataran Tinggi Pamir, pemandangan alam di sana seperti lukisan dan sangat indah, penduduk etnik Tajik di kawasan itu dikenali sebagai orang yang tinggal di atas awan.

Lelaki etnik Tajik biasanya memakai kemeja warna putih dan jubah warna biru, membawa pisau yang diikat di sebelah kanan pinggang, memakai kasut dan topi kulit kambing, menunggang kuda bersiar-siar di kawasan yang pemandangan alamnya sangat indah, orang itu kelihatan sangat kacak.  

Perempuan etnik Tajik suka memakai baju yang berwarna-warni, kasutnya warna merah, topi mereka dihiasi banyak hiasan, semasa keluar bersiar-siar, mereka suka memakai tudung besar berwarna merah, kuning atau putih. Mereka kelihatan seperti dewi yang turun dari kayangan.

Etnik Tajik beragama Islam, dan meraikan banyak pesta. Misalnya, pada hari pertama dan hari kedua setiap bulan Ogos tahun Hijrah, semua keluarga etnik Tajik akan menyalakan lilin, pesta itu juga dikenali sebagai pesta cahaya. Semasa merayakan pesta itu, semua anggota keluarga duduk bersama-sama, anggota keluarga akan menyalakan lilin yang dipegang di hadapan mereka dan menyebut nama ahli keluarga yang dihormati dalam keluarga itu. Apabila semua lilin telah dinyalakan, mereka bersama-sama berdoa memohon kesejahteraan dan keamanan. Seterusnya lilin yang sudah dinyalakan akan diletak di atas bumbung rumah mereka. Pada waktu itu, penduduk etnik Tajik akan menyalakan api di depan rumah masing-masing, pemuda akan menyanyi dan menari di depan unggun api itu sepanjang malam.

Penduduk etnik Tajik sangat mesra melayan tetamu. Apabila ada tetamu menziarahi atau mengingap di rumah mereka, tuan rumah akan melayani tetamu dengan mesra tanpa menghiraukan mereka kenal atau tidak. Mereka biasanya akan menyembelih seekor kambing untuk menjamu tetamu. Sebelum tetamu memakan daging kambing, tuan rumah akan menghidangkan semangkok sup daging kambing kepada tetamu. Kalau tetamu menghiris daging kambing dan memberikannya kepada suri rumah yang sedang sibuk bekerja, tuan rumah akan sangat berbesar hati. Seterusnya tuan rumah akan menghidangkan kepala kambing kepada tetamu, seterusnya beliau menghidangkan ekor kambing dan hati kambing kepada tetamu lain.

Suasana di kampung halaman etnik Tajik sangat tenteram, pada waktu malam mereka tidak perlu mengunci pintu rumah kerana tiada pencuri di kawasan itu, semua orang hidup harmoni bersama-sama.

Bermula pada tahun 1950-an, kawasan perkampungan etnik Tajik mula dikunjungi warga asing. Setelah kerajaan mengamalkan dasar memakmurkan semula laluan sutera, sebuah lebuh raya yang menghubungi kampung halaman etnik Tajik dengan Pakistan telah dibina, ramai pelancong dan banyak barangan dihantar melalui jalan itu setiap hari.



Sources : http://my1.chinabroadcast.cn/


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2009 12:26 PM | Show all posts
Etnik Uzbek







Etnik Uzbek berjumlah lebih 10 ribu orang, etnik itu tinggal secara berkelompok di bahagian selatan dan utara Wilayah Autonomi Etnik Uygur Xinjiang China, mereka tinggal dengan aman bersama-sama penduduk etnik lain seperti Etnik Uygur dan Kazak di kawasan itu.

Sejarah Etnik Uzbek bermula pada abad ke-14. pada abad ke-15, ramai saudagar dari Uzbek berniaga ke Tanah Besar China melalui Laluan Sutera, sebahagian saudagar tersebut menetap di kawasan Xinjiang, lama-kelamaan, etnik Uzbek telah membuka penempatan di kawasan tersebut.  

Kebanyakan penduduk Etnik Uzbek tinggal di bandar dan pekan, mereka kebanyakan bekerja dalam bidang perniagaan, pendidikan, sains dan teknologi dan industri pertukangan tangan, sebahagian kecil penduduk etnik itu bekerja sebagai penggembala di bahagian utara Xinjiang atau bekerja sebagai petani di bahagian selatan kawasan itu. Penduduk etnik Uzbek sudah lama tinggal bersama-sama dengan penduduk etnik Uygur , kedua-dua etnik itu hidup bersama-sama dengan aman dan mempunyai banyak ciri-ciri yang sama dalam adat resam masing-masing.

Etnik Uzbek mempunyai bahasa sendiri, tulisan bahasa Uzbek berasal daripada tulisan bahasa Arab. Ramai penduduk Uzbek boleh bertutur bahasa Uygur atau bahasa Kazak.

Etnik Uzbek beragama Islam. Tarian dan muzik etnik itu sangat menarik. Kaum wanita etnik itu pandai menyulam, gambar sulaman pada alas meja, selimut dan bantal yang dihasilkan oleh mereka sangat halus dan cantik.

Kaum wanita Etnik Uzbek sangat pandai menghias diri, mereka suka memakai sejenis topi berwarna-warni yang dikenali sebagai "Duopi", para gadis suka memakai tudung warna terang di bawah Duopi, wanita berumur lebih suka memakai Duopi yang berwarna gelap.

Pada musim panas, gadis etnik Uzbek suka memakai skirt panjang yang berwarna terang, skirt itu dihiasi banyak hiasan yang cantik. Wanita yang berumur lebih suka memakai skirt diperbuat daripada kain sutera. Pada musim sejuk, kaum wanita etnik Uzbek suka memakai baju yang diperbuat daripada kulit kambing atau musang agar tahan sejuk. Hiasan rambut kaum wanita etnik Uzbek sangat halus dan jumlah jenisnya sangat banyak, kebanyakan diperbuat daripada emas, perak, mutiara, jed atau kain sutera, mereka juga sangat suka memakai rantai dan cincin emas.

Etnik Uzbek juga mempunyai adat perkahwinan yang istimewa. Misalnya, anak mereka yang ingin berkahwin mestilah bermula daripada yang sulung kemudian diikuti anak kedua atau anak bongsu. Kalau abang atau kakaknya belum berkahwin, adiknya tidak boleh berkahwin dahulu.

Upacara perkahwinan Etnik Uzbek biasanya diadakan di rumah pengantin perempuan pada waktu malam. Ibu bapa pengantin perempuan menyalakan semua lampu dan menyediakan jamuan untuk meraikan para tetamu. Sebelum upacara perkahwinan dimulakan, ibu bapa kedua-dua pihak bakal raja sehari akan membincangkan wang ganti rugi bercerai. Kalau suami meminta cerahi pada suatu hari nanti, wang itu akan diberikan kepada isterinya sebagai wang ganti rugi. Bercerai merupakan hal yang memalukan penduduk etnik Uzbek. Suami isteri etnik Uzbek jarang bercerai, mereka hidup aman dan bahagia.

Seterusnya, upacara perkahwinan akan dimulakan. Setelah membaca kitab suci Al-Quran, imam akan bertanya bakal pengantin baru itu sama ada mereka setuju menikah, setelah mendapat jawapan, imam akan menyerahkan dua keping roti Nan yang direndam dalam air garam. Ini kerana penduduk Etnik Uzbek sangat menghargai garam dan berpendapat, garam boleh menjadikan suami isteri saling mencintai, dan roti Nan menjadi makanan utama yang popular di kalangan penduduk etnik itu. Roti Nan dan garam melambangkan suami isteri sehidup semati.

Setelah upacara perakahwinan selesai, ahli keluarga pengantin perempuan akan bertandang ke rumah pengantin lelaki dan membawa pulang pengantin perempuan ke rumah mereka semula. Pengantin lelaki akan membawa hadiah ke rumah pengantin perempuan untuk menjemput isterinya. Pada waktu itu, pengantin perempuan akan menangis dan mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada ibu bapanya. Setelah bapa pengantin perempuan berdoa, pengantin perempuan baru gembira mengikuti suaminya pulang rumah baru.

Semasa tiba di rumah pengantin lelaki, ahli keluarga pengantin lelaki telah menyalakan unggun api di halaman rumah, pengantin perempuan mengeliling unggun api itu untuk melambangkan dia setia sepanjang usia kepada suaminya. Tuan rumah menyerahkan gula dan buah-buahan kepada para tetamu.


Sources : http://my1.chinabroadcast.cn/


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2009 12:28 PM | Show all posts
Etnik Kirgiz







Etnik Kirgiz berjumlah lebih 140 ribu orang, kebanyakannya tinggal secara berkelompok di bahagian barat daya Wilayah Autonomi Etnik Uygur Xinjiang China. Kawasan penempatan etnik itu di sebelah barat kawasan pergunungan, terdapat sungai besar dan padang rumput yang subur di kawasan tersebut. Penduduk etnik itu mengusahakan penternakan sejak turun-temurun, terdapat sebahagian penduduk etnik itu juga bekerja dalam bidang pertanian.

Kebudayaan etnik Kirgiz sangat cemerlang. Epik kalangan rakyat "Manasi" sangat terkenal dan merupakan sebahagian penting warisan budaya China. Alat muzik etnik itu "Kaomuzi" boleh memainkan muzik yang merdu, melodinya sangat menarik. Selain itu, kesenian sulaman, ukiran, tenunan, barangan hiasan yang diperbuat daripada emas dan perak juga sangat terkenal. semasa pesta, rakyat etnik itu akan mengadakan pelbagai aktiviti keraian.

Upacara perkahwinan etnik Kirgiz sangat meriah. Majlis itu diadakan dalam dua peringkat, iaitu meminang dan menikah. Semasa meminang, bakal pengantin lelaki akan menunggung kuda dan menghantar kapas bermutu tinggi kepada keluarga pihak bakal pengantin perempuan. Ibu bapa bakal pengantin perempuan akan meraikan bakal pengantin lelaki dengan makanan yang paling lazat. Kalau ibu bapa bakal pengantin perempuan melemparkan tepung gandum ke badan bakal pengantin lelaki, ini bermaksud mereka bersetuju anak perempuan mereka bernikah dengan lelaki itu.

Majlis perkahwinan biasanya akan berlangsung selama 3 hari dan biasanya akan diadakan di rumah pihak pengantin perempuan pada akhir bulan. Pada hari pertama dalam tempoh majlis perkahwinan, pengantin lelaki membawa hadiah dengan ditemani ibu bapa dan saudara maranya ke rumah pengantin perempuan. Hadiah yang dibawa oleh pengantin lelaki itu biasanya ialah dua ekor kambing yang baru disembelih serta beberapa ekor ternakan lain.

Sebelum upacara perkahwinan dimulakan, saudara mara pengantin perempuan akan mengikat kedua-dua pengantin di depan pintu rumah, bapa dan saudara pengantin perempuan meminta hadiah daripada saudara mara pihak pengantin lelaki, setelah mendapat hadiah, kedua-dua pengantin baru dilepaskan.

Setelah upacara perkahwinan dimulakan, seorang warga emas pihak pengantin lelaki akan melemparkan gula-gula dan kuih-kuih kepada para hadirin, para hadirin akan berebut gula-gula dan kuih-kuih tersebut. Ibu pengantin perempuan akan menyanyi lagu untuk mengucapkan selamat jalan kepada anak perempuannya. Seterusnya, para hadirin dengan kaki kambing dengan perlahan memukul pengantin baru, kemudian menari bersama-sama.

Berikutnya, imam menikahkan mereka dan selepas itu memberikan roti Nan yang direndam dalam air masin untuk dimakan oleh kedua-dua pengantin baru, ini melambangkan kedua-dua mereka akan sehidup semati.

Pada hari kedua, keluarga kedua-dua pihak pengantin baru mengadakan majlis keraian seperti perlumbaan kuda dan bergusti. Pada malam itu, pengantin perempuan berkunjung ke rumah pengantin lelaki, yang dihadiri ramai tetamu, mereka dengan gembira menari bersama-sama sehingga larut malam. Setelah diberi hadiah oleh pengantin baru, para hadirin baru balik ke rumah mereka.

Pada hari ketiga, pengantin perempuan akan membawa hantaran kahwin pergi ke rumah pengantin lelaki, beliau akan diraikan oleh para penduduk di kampung-kampung dalam perjalanan itu. Dalam tempoh beberapa hari setelah majlis perkahwinan berakhir, pengantin baru akan menerima undangan saudara mara untuk menghadiri pelbagai aktiviti keraian. Kedua-dua pengantin baru akan menikmati bulan madu mereka.

Warisan muzik etnik Kirgiz sangat cemerlang, bakat penduduk etnik itu sangat tinggi. Banyak legenda, cerita, syair dan lagu rakyat disampaikan oleh penyanyi etnik itu sejak turun-temurun. Alat muzik etnik Kirgiz yang paling terkenal ialah "Kumuzi". Terdapat satu pepatah di kalangan penduduk etnik Kirgiz, "Kumuzi akan menemani tuannya sepanjang umur". Nenek moyang etnik Kirgiz pernah menghadiahkan alat muzik itu kepada maharaja Dinasti Tang, kemudian alat muzik itu diperkenalkan di ke Jepun, Kashmir, Parsi dan Arab. Alat muzik "Kumuzi" ialah sumbangan etnik Kirgiz terhadap tamadun dunia.

Semasa merayakan pelbagai pesta, penduduk etnik Kirgiz sambil bermain "Kumuzi" sambi menyanyi dan menari, suasana sangat meriah.

Karpet yang digantung pada dinding ialah hiasan popular di rumah penduduk etnik Kirgiz, karpet itu biasanya sepanjang 1.2 hingga 3 meter dan lebarnya 1.2 hingga 2.5 meter. Gambar pada karpet di dinding itu pelbagai bentuk, seorang perempuan membuat karpet seperti itu biasanya mengambil masa selama beberapa bulan. Karpet itu juga sering menjadi hadiah daripada pengantin perempuan untuk pengantin lelaki.



Sources : http://my1.chinabroadcast.cn/


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2009 12:30 PM | Show all posts
Etnik Uygur







Etnik Uygur berjumlah lebih 7.2 juta orang, penduduk etnik itu tinggal secara berkelompok di Wilayah Autonomi Etnik Uygur Xinjiang China, kebanyakan mereka menetap di sebelah selatan Gunung Tianshan di wilayah itu.

Entik Uygur wujud pada abad ke-3 sebelum Masihi.

Nenek moyang etnik Uygur terutamanya bekerja sebagai penggembala. Setelah tahun 840, sebahagian penduduk etnik Uygur berhijrah ke kawasan Xinjiang China dan kawasan Asia Tengah, mereka belajar pertanian daripada penduduk asal di kawasan tersebut. Buah-buahan yang diusahakan oleh etnik itu seperti tembikai hami, anggur, delima dan epal sangat terkenal di China sejak turun-temurun.

Wilayah Autonomi Entik Uygur Xinjiang merupakan kawasan yang paling awal menanam kapas dalam sejarah China. Pada abad ke-5 hingga ke-6, penduduk etnik Uygur sudah menanam kapas. Memelihara ulat sutera dan menggunakan teknologi menghasilkan benang sutera daripada kepompong ulat sutera merupakan kejayaan besar etnik Uygur.

Perubatan tradisional etnik Uygur sudah bersejarah lama dan cemerlang. Perubatan etnik itu di samping mempelajari cara perubatan tradisional China, juga menggabungkan cara perubatan India, Parsi, Pakistan, Greek dan lain-lain. Penduduk etnik itu telah menghasilkan banyak catatan perubatan yang terkenal. Doktor etnik itu mahir merawat penyakit sengal-sengal tulang atau penyakit kulit menggunakan pasir, gas, air atau lumpur.

Rakyat etnik Uygur pernah menganut pelbagai agama dalam sejarah. Bermula pada akhir abad ke-12, penduduk etnik itu mula beragama Islam, agama Islam menjadi agama pilihan bagi etnik itu dan telah memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan kebudayaan etnik itu.

Sastera etnik Uygur bersejarah lama dan merupakan sebahagian penting dalam kebudayaan etnik itu. Sastera etnik Uygur terdiri daripada epik, riwayat, pepatah, teka-teki, legenda, peribahasa dan lain-lain.

Muzik etnik Uygur mempunyai ciri-ciri istimewa dan mewarisi irama muzik di kawasan barat China

Karpet merupakan barangan kraf tangan terkenal etnik Uygur. Kemahiran melukis, mengukir, menenun dan menyulam karpet etnik itu sangat tinggi tarafnya dan mendapat sambutan baik di China.

Ukiran batu jed etnik Uygur juga merupakan barangan kraf tangan terkenal etnik Uygur, mereka menggunakan batu jed berkualiti tinggi dan sangat jernih, barangan itu semakin hari semakin berharga.

Masjid Aitigaer di kawasan penempatan etnik Uygur merupakan masjid yang terbesar di China. Masjid itu dibina pada tahun 1450 hingga 1456 dan pernah banyak kali diperbaiki dalam pelbagai dinasti. Pada pemerintahan Maharaja Daoguang pada zaman Dinasti Qing(1821-1850), masjid itu dibaik pulih dan diperbesar secara besar-besaran sehingga keluasannya yang ada sekarang. Seni bina masjid itu bercorak Timur Tengah, kawasan masjid itu seluas hampir sehektar. Bangunan masjid itu termasuk pintu gerbang, dewan sembahyang dan bilik membaca Al-Quran. Masjid itu boleh menampung 8 ribu orang sembahyang berjemaah dalam satu-satu masa.

Makanan etnik Uygur diperbuat daripada tepung gandum, daging dan susu dan mereka kurang memakan sayur-sayuran. Jumlah jenis makanan utama etnik itu sangat kaya, termasuk pau panggang, nasi goreng, roti Nan, mi rebus, mi goreng dan lain-lain, kambing panggang dan sate kambing etnik itu juga sangat popular di China. Penduduk etnik Uygur suka minum teh atau teh susu.

Etnik Uygur mempertahankan amalan berkahwin sekali sahaja seumur hidup. Kaum wanita etnik itu tidak boleh bernikah dengan lelaki etnik lain yang tidak beragama Islam. Tetapi lelaki etnik Uygur boleh menikah dengan perempuan etnik lain yang bukan beragama Islam, tetapi syaratnya ialah perempuan itu perlu masuk Islam.

Etnik Uygur meraikan pelbagai perayaan, yang berlandaskan perayaan agama Islam. Sempena hari raya itu, penduduk etnik Uygur mengadakan pelbagai aktiviti.


Sources : http://my1.chinabroadcast.cn/


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-5-2009 12:32 PM | Show all posts
Etnik Tatar







Etnik Tatar China berjumlah lebih 40 ribu orang, etnik itu tinggal secara berkelompok di Bandar Yining, Tacheng dan Urumqi di Wilayah Autonomi Etnik Vygur Xinjiang China.

Etnik Tatar juga dikenali sebagai etnik "Dadan". Pada pertengahan abad ke-15, etnik itu menetap di kawasan aliran Sungai Volga dan Kama. Pada awal abad ke-20, etnik Tatar berhijrah ke Wilayah Xinjiang dan menjadi salah satu etnik minoriti China.

Etnik Tatar mempunyai bahasa sendiri, tulisannya berasaskan tulisan bahasa Arab. Oleh sebab etnik itu menetap bersama-sama etnik Vygur dan etnik Kazak sejak turun temurun, maka bahasa dan tulisan kedua-dua etnik itu juga sering digunakan dalam kehidupan penduduk etnik Tatar.

Ramai Etnik Tatar berniaga atau bekerja sebagai guru di bandar dan pekan. Dalam tempoh lebih 100 tahun lalu, etnik Tatar telah memberi sumbangan besar terhadap pembangunan di Wilayah Autonomi Etnik Vygur Xinjiang China. Pada masa ini, penduduk etnik Tatar aktif mencemburkan diri dalam bidang perniagaan dan perdagangan. etnik Tatar beragama Islam, roti panggang dan kuih etnik itu sangat terkenal di Wilayah Autonomi Etnik Vygur Xinjiang China.

Adat resam etnik Tatar mempunyai ciri-ciri masyarakat Eropah, rumah, hiasan dan cara hidup mereka berlainan dengan etnik Vygur dan etnik Kazak di kawasan itu, ini disebabkan etnik itu berasal dari Eropah dan tinggal secara berkelompok di bandar.

Rumah penduduk etnik Tatar mempunyai bumbung yang rata, halamannya ditanam pokok, rumput dan bunga, kelihatan seperti taman bunga. Tembok rumah etnik itu lebih tebal untuk mencegah kebakaran dan tahan sejuk pada musim sejuk. Warna dinding rumah mereka lebih cerah dan dihiasi dengan karpet. Perabot di rumah itu berciri gaya Eropah dan sangat mewah.

Lelaki etnik Tatar suka memakai kemeja putih yang bersulam, baju dan seluar mereka berwarna hitam, topi mereka biasanya warna hitam atau putih dan bersulam. Kaum wanita etnik itu suka memakai topi berwarna-warni dan dihiasi mutiara, skirt panjang warna putih, kuning atau merah, mereka juga suka memakai subang, gelang dan rantai.

Makanan etnik Tatar sangat lazat, dua jenis roti etnik itu sangat terkenal. Penduduk etnik Tatar selain suka minum teh, juga sangat suka minuman yang diperbuat daripada madu atau anggur liar. Kuih Etnik Tatar berciri kuih di Eropah, jumlah jenisnya sangat banyak dan sedap. Penduduk Etnik Tatar biasanya menggunakan garpu semasa makan. Kalau penduduk etnik itu menghadiri jamuan penduduk etnik Vygur atau Etnik Kazak, mereka biasanya membawa garpu keluli sendiri.

Berdasarkan adat resam etnik Tatar, upacara perkahwinan biasanya diadakan di rumah pengantin perempuan. Selepas berkahwin, pengantin baru akan tinggal di rumah pengantin perempuan selama 3 hingga 6 bulan, terdapat suami isteri setelah mempunyai anak baru pindah ke rumah suami.

Upacara perkahwinan Etnik Tatar berdasarkan peraturan agama Islam. Setelah imam berdoa, beliau akan bertanya bakal pengantin baru sama ada mereka bersetuju menikah atau tidak. Setelah mendapat jawapan, imam akan menyediakan segelas air gula kepada pengantin baru untuk diminum oleh kedua-dua mereka, air gula itu melambangkan pengantin baru akan hidup bahagia dan manis seperti gula. Pada keesokan harinya, pengantin lelaki akan menziarahi mertua dan membawa isterinya pulang ke rumahnya. Jamuan perkahwinan dan pelbagai hiburan sudah disiapkan di rumah pengantin lelaki.

Mertua sangat mesra melayan menantu lelaki, dalam tempoh pengantin lelaki tinggal di rumah pengantin perempuan, mertua akan menghidangkan makanan yang paling lazat kepada menantu mereka agar menantu itu berasa seperti berada di rumah sendiri.

Penduduk etnik Tatar pandai menyanyi dan menari. Di Wilayah Autonomi Etnik Vygur Xinjiang China, kalau penduduk etnik lain merayakan pesta atau upacara perkahwinan, penduduk etnik Tatar yang menghadiri upacara itu akan mempersembahkan tarian yang menarik dan lagu yang merdu.

Semasa perayaan, penduduk etnik Tatar biasanya mengadakan pertandingan menari. Pada musim bunga setiap tahun, penduduk etnik itu akan mengadakan pesta meriah yang dikenali sebagai "Pesta Saban". Penduduk etnik itu memilih satu tempat yang pemandangan alamnya sangat indah, para hadirin sambil menyanyi sambil menari, mereka menikmati waktu yang sangat bahagia.



Sources : http://my1.chinabroadcast.cn/


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2009 12:34 PM | Show all posts
Etnik Salar








Etnik Salar berjumlah lebih 80 ribu orang, kebanyakannya tinggal secara berkelompok di tebing Sungai Kuning di bahagian timur Provinsi Qinghai. Iklim di kawasan penempatan etnik itu sangat baik dan sesuai untuk menanam padi, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Etnik Salar mempunyai bahasa sendiri, tetapi tidak mempunyai tulisan. Oleh sebab penduduk etnik banyak bergaul dengan etnik Han, Hui dan Tibet di kawasan penempatan mereka, maka ramai penduduk etnik itu fasih bertutur bahasa Mandarin.

Etnik Salar beragama Islam, adat resam etnik itu hampir sama dengan Etnik Hui China.

Kaum lelaki etnik Salar suka berjanggutdan bermisai, memakai kopiah hitam atau putih dan kemeja berwarna putih. Kaum wanita etnik itu suka memakai tudung dan hiasan emas atau perak seperti anting-anting, gelang dan lain-lain. Penduduk etnik Salar pandai berniaga, membina taman yang indah, menebang pokok dan membuat barangan kulit.

Pada masa dahulu, penduduk etnik Salar suka memakai baju kulit berlengan lebar, kalau mereka tawar menawar harga semasa berniaga, mereka suka memberitahu harga barangan dengan menunjukkan jumlah jari dalam lengan baju mereka. Tetapi sekarang, penduduk etnik Salar sudah memakai pakaian biasa dan cara tawar menawar harga dalam perniagaan juga sudah berubah.

Cara beriadah penduduk etnik Salar agak banyak. Bermain tiga bulu ayam merupakan cukan yang paling popular di kalangan penduduk etnik itu. Penduduk etnik itu biasanya membuat tiga bulu ayam menggunakan logam seperti syiling dan tiga bulu ayam. Tetapi menggunakan bulu di bahagian punggung ayam jantan sangat dilarang dan menjadi pantang larang bagi etnik itu, ini kerana penduduk etnik Salar percaya kalau menggunakan bulu di bahagian punggung ayam jantan untuk membuat tiga bulu, periuk di rumah akan retak.

Persembahan bermain tiga bulu ayam penduduk etnik Salar sangat menarik. Cara yang paling popular ialah dua kumpulan bertarung, kumpulan yang dapat menyepak tiga bulu ayam di udara lebih lama tanpa jatuh ke tanah dianggap pemenang. Pemain etnik Salar yang hebat boleh menyepak tiga bulu ayam menggunakan seluruh badannya. Di kawasan penempatan etnik Salar, di mana-mana boleh ditemui penduduk etnik itu sedang bermain tiga bulu, acara itu menjadikan badan pemain lebih lembut dan sihat, aksi mereka kelihatan seperti tarian.

"Kouxi" ialah sejenis alat muzik etnik Salar yang sudah bersejarah lama. Panjang alat muzik itu tidak sampai setengah sentimeter, beratnya tidak sampai 0.05 gram, alat muzik itu mungkin alat muzik yang paling kecil di dunia.

"Kouxi" diperbuat menggunakan dawai tembaga atau perak dan berbentuk kaki kuda. Pemain muzik itu meniup alat muzik itu dan bunyinya sangat merdu.

"Kouxi" sangat popular di kalangan penduduk etnik Salar, khususnya di kalangan kaum wanita. sehingga sekarang, penduduk etnik itu sentiasa membawa alat muzik tersebut semasa berjalan-jalan, kalau ada masa lapang, mereka akan bermain alat muzik itu untuk berhibur sendiri. Remaja etnik itu yang sedang bercinta juga suka bermain alat muzik itu untuk menyatakan peasaan cinta mereka.

"Zaikao" ialah sejenis alat tiupan yang sangat popular di kalangan penduduk etnik Salar. Alat muzik itu diperbuat daripada tanah merah dan berbentuk bunga. Penggembala dan petani muda etnik Salar semasa bekerja di ladang, mereka suka bermain alat muzik itu semasa berehat. Kini mereka memainkan alat muzik itu untuk menggambarkan kehidupan mereka yang semakin hari semakin bahagia.

Lagu Salar adalah lagu rakyat etnik Salar. Lagu itu biasanya dinyanyi dalam bahasa Salar atau bahasa Mandarin. Lagu Salar bermelodi menarik dan sangat disukai oleh penduduk etnik Salar. Lagu Salar terdiri daripada beberapa jenis, ada lagu cinta, ada lagu untuk bekerja, ada yang menggambarkan kehidupan yang bahagia.


Sources : http://my1.chinabroadcast.cn/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2009 12:36 PM | Show all posts
Etnik Dongxiang







Etnik Dongxiang berjumlah lebih 370 ribu orang, dan kebanyakan mereka menetap di Kaunti Autonomi Etnik Dongxiang Provinsi Gansu, Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia dan Wilayah Autonomi Etnik Uygur Xinjiang. Etnik Dongxiang juga dikenali sebagai "dongxiang Huihui" atau "Dongxiang Mongol", setelah China baru ditubuhkan pada tahun 1949, etnik itu secara rasmi dipanggil etnik Dongxiang. Bahasa etnik Dongxiang hampir sama dengan bahasa Mongol tetapi tidak mempunyai tulisan sendiri. Penduduk etnik itu boleh bertutur bahasa Mandarin.

Kawasan kediaman etnik Dongxiang ialah kawasan pergunungan yang merupakan kawasan pengeluar kentang dan buah pic yang sedap.

Agama dan adat resam etnik Dongxiang hampir sama dengan etnik-etnik beragama Islam yang lain di kawasan barat laut China. Lagu rakyat dan epik etnik itu sangat terkenal. Pada musim gugur setiap tahun, penduduk etnik itu sering mengadakan aktiviti hiburan.

Adat resam perkahwinan etnik Dongxiang telah dipengaruhi dengan kebudayaan dan peraturan agama Islam. Bakal pengantin tidak boleh berjumpa sebelum menikah, dan calon pengantin ditentukan oleh ibu bapa mereka. Ibu bapa pihak lelaki akan mewakilkan telangkai menziarahi ibu bapa pihak perempuan, kalau sudah mendapat persetujuan, ibu bapa pihak lelaki akan menghantar hadiah seperti teh dan pakaian ke rumah pihak perempuan sebagai hadiah pertunangan.

Setelah itu, keluarga pihak lelaki bersama-sama sahabat dan telangkai akan menghantar hadiah pertunangan yang rasmi ke rumah pihak perempuan, antaranya termasuk teh, gula merah, kuih-kuih, pakaian, barang hiasan dan lain-lain, kedua-dua pihak keluarga juga akan berbincang tentang mas kahwin dan wang belanja perkahwinan, jumlah wang itu akan ditentukan berdasarkan kemampuan keluarga pihak lelaki dan disaksikan oleh imam. Dalam peraturan agama Islam, bakal suami perlu menyediakan mas kahwin kepada perempuan. Mengikut adat resam etnik Dongxiang, setelah upacara itu berakhir, imam akan melempar kurma dan walnut kepada para hadirin.

Pada hari perkahwinan, pengantin lelaki dan keluarganya berkunjung ke rumah pihak perempuan untuk menjemputnya ke rumah mereka. Ucapan angkat nikah akan diadakan dan dilakukan oleh imam.

Di depan pintu rumah pengantin lelaki, pengantin perempuan diiringi saudara pengantin lelaki masuk ke rumah pengantin lelaki. Semua hadirin menyanyi lagu mengucapkan tahniah, lagu tahniah biasanya menggambarkan pengantin lelaki sangat kacak, pengantin perempuan sangat cantik, suami isteri akan setia sehidup semati.

Penduduk etnik Dongxiang sangat mesra melayan tetamu. Menghidangkan lauk ayam ialah adat resam penduduk etnik itu. Penduduk etnik Dongxiang membahagikan seekor ayam kepada 13 bahagian. Hidangan lauk bahagian apa ayam itu akan dimakan oleh tetamu tergantung kepada pangkatnya. Sayap ialah bahagian ayam paling penting dan biasanya dihidangkan kepada tetamu kehormat atau orang tua yang disegani.

Menghidangkan lauk daging kambing juga menjadi kemestian yang penting bagi penduduk etnik Dongxiang melayan tetamu kehormat. Pelbagai bahagian seekor kambing akan dihidangkan satu demi satu untuk para tetamu.

Pada musim sejuk, beberapa orang kawan penduduk etnik Dongxiang akan bertemu, mereka sambil memakan daging kambing sambil berbual-bual. Khabarnya, adat resam itu diwarisi daripada nenek moyang etnik Dongxiang pada zaman dahulu.

Etnik Dongxiang mempunyai banyak jenis aktiviti hiburan dan riadah, aktiviti itu biasanya diadakan pada musim sejuk dan awal musim bunga semasa penduduk etnik itu tidak begitu sibuk bekerja.

"Gugudu" merupakan aktiviti yang popular di kalangan pemuda etnik Dongxiang, peserta aktiviti itu dibahagian kepada dua pasukan, mereka menggunakan tongkat sepanjang 5 sentimeter memukul sebiji bola kayu yang besarnya seperti sebiji telur ayam. Peserta yang berjaya memukul bola itu ke lokasi yang ditentukan akan diisytihar menang. Aktiviti itu sangat popular di kalangan etnik Dongxiang.

Pesta obor merupakan aktiviti yang penting bagi etnik Dongxiang. Perayaan itu disambut pada 15 Januari Tahun Imlek. Apabila menjelang maghrib hari itu, pemuda-pemudi di pelbagai kampung akan menyalakan dan membawa obor berjalan kaki ke ladang, orang tua dan suri rumah menyaksikan barisan pembawa obor dari kampung masing-masing, pemandangan upacara itu sangat meriah dan melambangkan kemakmuran pada tahun akan datang.


Sources : http://my1.chinabroadcast.cn/

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2009 12:39 PM | Show all posts
Etnik Bao'an






Penduduk etnik Bao'an berjumlah lebih 12 ribu orang, etnik itu menetap secara berklompok di Provinsi Gansu dan Qinghai. Tanah di kawasan penempatan etnik Bao'an sangat subur dan terkenal mengeluarkan gandum, jagung, pic dan walnut yang sedap.

Etnik Bao'an pernah disebut etnik "Huihui" atau "Baoanhui". Setelah China baru ditubuhkan pada tahun 1949, kerajaan China menetapkan nama etnik itu sebagai etnik "Bao'an" berdasarkan hasrat etnik itu sendiri.

Etnik Bao'an mempunyai bahasa sendiri tetapi tidak mempunyai tulisan, kebanyakan penduduk etnik Bao'an fasih berbahasa Mandarin. Etnik Bao'an beragama Islam, upacara perkahwinan dan kematian etnik itu diadakan berdasarkan peraturan agama Islam, adat resam dan keadaan sosial etnik itu hampir sama dengan etnik beragama Islam yang lain di kawasan itu, pesta penting bagi etnik itu ialah Hari Raya dan Hari Raya Korban. Penduduk etnik Bao'an kebanyakannya bekerja dalam sektor pertanian, penternakan dan kerajinan tangan. Pisau Bao'ban sangat tajam dan halus, dan sangat popular di kalangan pelbagai etnik di China.

Pada zaman dahulu, etnik Bao'an menetap bersama-sama etnik Mongol, ciri-ciri pakaian etnik itu juga serupa etnik Mengol, mereka memakai jubah dan topi kulit pada musim sejuk, dan suka mengikat tali pinggang sutera yang disulam dengan hiasan.

Sekarang, pakaian etnik Bao'an hampir sama dengan etnik Hui dan etnik Dongxiang di kawasan itu. Lelaki etnik itu memakai topi putih, kemeja putih dan seluar biru atau kelabu. Gadis etnik itu suka memakai baju yang berwarna terang dan memakai tudung sutera hijau, kaum wanitanya pula suka memakai topi putih dan tudung berwarna hitam, wanita tua biasanya memakai baju berwarna gelap dan memakai tudung berwarna putih.

Pisau Bao'an sangat halus dan cantik, pisau itu bukan sahaja menjadi barangan kegunaan seharian, tetapi juga menjadikan hadiah untuk rakan-rakan. Pisau Bao'an sangat terkenal di kalangan penduduk di bahagian barat laut China dan juga terkenal di dunia Arab. Pisau Bao'an banyak jenis dan diukir dengan gambar tangan, naga, bunga, dan pelbagai ukiran gambar bergantung kepada jenis pisau. Pisau Bao'an sangat tajam, kalau meletakkan rambut dan menghembuskannya di mata pisau itu, rambut itu akan putus. Pisau Bao'an sudah bersejarah lebih seratus tahun, sekarang, teknologi pembuatan pisau Bao'an semakin hari semakin maju, khususnya pada tahun-tahun kebelakangan ini, pembukaan pasaran telah memberi mendinamikkan pembuatan pisau itu. Pada Mac tahun 1985, pemuda etnik Bao'an yang menyertai rombongan pemuda China semasa melawat ke Jepun telah menghadiahkan pisau Bao'an kepada pemuda Jepun. Mantan Perdana Menteri China Zhou Enlai semasa menemui pemimpin negara lain juga pernah menghadiahkan pisau itu kepada mereka.

Lagu jamuan etnik Bao'an sangat terkenal, lagu itu biasanya dinyanyikan sempena upacara perkahwinan, seni kata lagu itu sangat indah dan sedap didengar. Pada malam hari perkahwinan, semua rakan sekampung akan berkumpul di rumah pengantin baru, ramai pemuda berkumpul di sekeliling unggun api di rumah pengantin lelaki, sambil menyanyi sambil menari, suasana sangat meriah dan bahagia.

Acara sukan "menembak 5 das' ialah acara sukan yang terkenal di kalangan lelaki etnik Bao'an. Di "Baoansanzhuang" kawasan penempatan etnik Bao'an, pertandingan sukan "menembak 5 das" diadakan setahun sekali. Peserta acara itu menunggang kuda dan menembak sasaran sebanyak 5 das dalam jarak 200 meter. Semasa pertandingan itu diadakan pda musim sejuk, ramai penduduk etnik Bao'an datang menonton, mereka bersorak-sorai kepada para pemenang.


Sources : http://my1.chinabroadcast.cn/


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2009 12:40 PM | Show all posts
Tokoh yang Tersohor dalam Perkembangan Agama Islam di China (II) Liu Zhi




Liu Zhi telah mewarisi dan mengembangkan buah fikiran daripada sarjana-sarjana Islam pada akhir zaman Dinasti Ming dan awal Dinasti Qing. Beliau berjaya mewujudkan sistem falsafah Islam yang bercirikan China dan diseranaikan sebagai salah satu daripda 4 orang khalifah yang paling terkenal dalam sejarah China. Liu Zhi berjaya menghuraikan kandungan kitab al-Quran melalui ajaran Konfusius. Dengan usahanya, umat Islam China dapat memahami agama Islam melalui ajaran Konfusius.

Liu Zhi dilahirkan di Nanjing, provinsi Jiangsu pada tahun 1655 dan meninggal dunia pada tahun 1745. Keluarganya merupakan penganut Islam yang taat sejak turun-temurun. Liu Zhi mula membuat pengkajian tentang kitab Konfusius ketika berumur 15 tahun. Beliau kemudiannya menumpukan perhatian terhadap bidang pengkajian bahasa Arab, bahasa Parsi, agama Buddha dan ilmu-ilmu dunia barat. Beliau berjaya membuktikan keutuhan dan kesucian agama Islam melalui pelbagai ajaran dan ilmu. Usaha beliau telah memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan agama Islam di China.


Sources : http://my1.chinabroadcast.cn/


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2009 09:56 AM | Show all posts
Manchukuo (Manchuria) 1938




http://www.youtube.com/watch?v=16IVkiVQut8


Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2009 12:38 AM | Show all posts
nak bertanya lah..knp org cina dulu botakkan kepala dieorg?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2009 09:20 AM | Show all posts
Cerita Purba China


Hendak Ke Selatan dengan Menaiki Pedati Ke Utara




Pada abad ke-5 sebelum Masihi, peperangan berlaku di beberapa negeri di China kerana perebutan wilayah dan bersaing untuk menguasai negeri-negeri yang kecil dan lemah. Ketika ini, muncullah banyak penasihat raja di negeri-negeri berkenaan. Mereka amat bijak dalam menggunakan metafora ketika memberi nasihat kepada raja moga-moga cadangan diterima mereka. Cerita "Hendak Ke Selatan dengan Menaiki Pedati Ke Utara" menggambarkan keadaan ini. Ia sebuah kisah yang berlaku ketika seorang menteri kanan negeri Wei, iaitu Ji Liang memberi nasihat kepada raja negeri itu supaya mengutamakan keamanan.

Menurut ceritanya, pada suatu hari, raja negeri Wei merancang untuk menyerang negeri Zhao, sebagai asas bagi baginda untuk menguasai seluruh negara China. Ketika mendengar berita ini, seorang menteri kanan dari negeri itu, Ji Liang, yang sedang bertugas di luar negeri, berasa amat bimbang. Dia segera pulang ke negerinya untuk mengadap raja negeri Wei di istana.

Pada ketika itu, raja itu sedang bersiap-siap mengatur rancangan untuk menyerang Negeri Zhao. Melihat Ji Liang datang mengadapnya tanpa mengenakan dengan sempurna baju dan topi, baginda bertanya dengan hairan, "Apa perkara kecemasan yang membuatkan kamu tidak sempat memakai baju dan topi sebelum datang mengadap beta?" Ji Liang menjawab, "Dalam perjalanan ke istana tadi, hamba terlihat satu perkara yang sangat pelik." Melihat raja itu seolah-olah berminat kepada perkara itu, Ji Liang menyambung, "Hamba ternampak sebuah pedati sedang bergerak menuju ke sebelah utara. Hamba bertanya kepada pemandu itu ke mana dia hendak pergi. Pemandu itu memberitahu hamba bahawa dia hendak pergi ke Negeri Chu. Hamba berasa hairan, dan bertanya kepadanya, Negeri Chu di sebelah selatan, mengapa dia bergerak menuju ke sebelah utara? Pemandu itu menjawab bahawa kudanya sangat hebat, ia mampu sampai ke Negeri Chu mengikut arah ke utara. Hamba semakin hairan, dan bertanya lagi, 'Walaupun kuda awak kuat, tetapi, arah yang awak tuju itu memang salah.' Pemandu itu menjawab, 'Jangan bimbang. Duit yang saya bawa cukup.' Hamba semakin keliru, walaupun duitnya cukup, tetapi macam mana dia akan sampai ke destinasi menuju arah yang berlawanan. Bagaimanapun, mendengar soalan hamba itu, pemandu tersebut tertawa besar, sambil berkata, 'Saya amat pandai memandu pedati.' Orang itu tidak menghiraukan nasihat hamba, dan terus bergerakmenuju ke sebelah utara." Mendengar cerita ini, raja negeri Wei tertawa besar, sambil bertitah, "Bagaimana ada orang yang begitu bodoh di dunia ini?" Ji Liang menyambung kata, "Adakah tuanku ingin menjadi ketua kepada raja-raja pelbagai negeri? Kalau begitu, lebih eloklah tuanku memenangi kepercayaan semua rakyat mereka. Jika tuanku masih tetap dengan cita-cita mahu menakluki negeri lain supaya terserlah kehebatan tuanku, cita-cita yang diiharapkan tuanku itu akan semakin sukar untuk dicapai, justeru seperti pemandu pedati itu, yang hendak ke sebelah selatan, tetapi berkeras menuju ke arah yang bertentangan sehingga mustahil sampai ke destinasi yang dikehendakinya.

Mendengar kata-kata Ji Liang itu, barulah raja Negeri Wei menyedari bahawa niat sebenar menteri kanan itu adalah untuk memujuk baginda membatalkan rancangan menyerang negeri Zhao. Bagaimanapun, Ji Liang tidak menyedari bahawa raja itu sudah berkenan dengan cadangan tersebut.

Di China, pepatah "Hendak Ke Selatan dengan Menaiki Pedati Ke Utara" ini menasihati kita supaya mengikut matlamat asal ketika mengusahakan sesuatu perancangan. Jika tidak, kita pasti akan mengalami kegagalan.



Souces : http://my1.chinabroadcast.cn/



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2009 09:28 AM | Show all posts
Xiang Yu, Ketua Tentera Pemberontak Petani Yang Terkenal dalam Sejarah China





Xiang Yu berasal daripada keluarga hulubalang. Sejak kecil, beliau telah mempelajari kepakaran peperangan dengan bapa saudaranya Xiang Liang. Pada tahun 209 sebelum Masihi iaitu zaman Dinasti Qin, pemberontakan petani berlaku besar-besaran, Xiang Yu mengikuti bapa saudaranya menyertai tentera pemberontak petani. Xiang Yu terkenal kerana gagah berani dalam peperangan dan tidak lama kemudian beliau menjadi ketua salah satu tentera pemberontak petani. Tentera pemberontak petani yang diketuai oleh Xiang Yu menyerang dengan dahsyat tentera kerajaan Dinasti Qin dan menyediakan bantuan kepada tentera pemberontak petani lain yang diketuai oleh Liu Bang yang menyerbu masuk Bandar Xianyang, ibu kota Dinasti Qin. Bandar Xianyang ditawan tentera pemberontak petani, pemerintahan Dinasti Qin ditumbangkan.




Selepas pemerintahan Dinasti Qin ditumbangkan, peperangan berlaku antara Xiang Yu dan Liu Bang untuk berebut kuasa pemerintahan. Melalui peperangan hebat, Xiang Yu dikalahkan oleh Liu Bang dan beliau terpaksa membunuh diri.

Xiang Yu memang gagah berani dalam pertempuran, tetapi kekurangan taktik berperang, ini mengakibatkan kegagalan beliau. Walaupun beliau gagal, tetapi beliau disanjung dan dihormati kerana beliau merupakan orang yang mementingkan perasaan.

Di China terdapat satu pepatah "pecahkan periuk dan tenggelamkan perahu". Pepatah itu berasal daripada satu cerita yang menunjukkan kegagahan Xiang Yu. Pada tahun 207 sebelum Masihi, Xiang Yu mengarahkan tenteranya mara ke Bandar Xianyang. Setelah merentasi Sungai Zhang, Xiang Yu mengarahkan askar tenteranya memecahkan periuk dan menenggelamkan perahu, setiap orang hanya membawa makanan yang hanya mencukupi keperluan tiga hari sahaja. Beliau berkata kepada pegawai dan askar tenteranya bahawa nasib kita bergantung kepada pertempuran kali ini, kita hanya boleh menang. Tentera yang diketuai beliau melancarkan serangan hebat terhadap tentera Dinasti Qin. Disebabkan Xiang Yu telah memutuskan jalan berundur mereka sendiri, maka semua pegawai dan askar tenteranya bertempur dengan gagah berani dan mencapai kemenangan besar. Pepatah "pecahkan periuk dan tenggelamkan perahu" dalam bahasa Mandarin bererti berazam mencapai kemenangan.

Selepas menumbangkan pemerintahan Dinasti Qin, Xiang Yu dan Liu Bang yang dulu akrab seperti saudara dan saling membantu dalam peperangan terhadap tentera Dinasti Qin telah berperang sesama sendiri untuk merebut kuasa pemerintahan dan peperangan itu berlangsung selama empat tahun. Pada mulanya, tentera berjumlah 400 ribu askar yang diketuai Xiang Yu lebih kuat daripada tentera yang diketuai Liu Bang, tetapi beliau tidak menerima nasihat baik pegawainya dan bermusuhan dengan ketua tentera pelbagai negeri yang dulu bertempur bersama untuk menumbangkan pemerintahan Dinasti Qin, disebabkan tidak berpuas hati terhadap Xiang Yu menyebabkan banyak pegawai, hulubalang dan askar tenteranya melarikan diri. Manakala Liu Bang mementingkan pendapat dan nasihat yang baik dan menjalin hubungan bersahabat dengan ketua tentera pelbagai negeri untuk mendapatkan sokongan mereka, kekuatan tenteranya semakin meningkat.

Pada tahun 202 sebelum Masihi, tentera yang diketuai Liu Bang mengepung tentera yang diketuai Xiang Yu di Gaixia Provinsi Anhui pada masa ini dan melancarkan serangan terakhir terhadap tentera Xiang Yu. Liu Bang mengarahkan askar tenteranya menyanyikan nyanyian kampung halaman askar tentera Xiang Yu pada tengah malam sehingga askar tentera Xiang Yu salah menganggap anggota keluarga mereka ditangkap dan dihantar di sana, tentera Xiang Yu menjadi kelam kabut dan beramai-ramai melarikan diri, tentera Xiang Yu mengalami kegagalan teruk. Hanya 800 askar yang menunggang kuda diketuai Xiang Yu berjaya keluar daripada kepungan tentera Liu Bang. Xiang Yu dan 800 askar yang dikejar tentera Liu Bang itu dihalang Sungai Wujiang. Xiang Yu tidak mahu menyerah diri, beliau dengan gagah membunuh diri dengan pedang.

Walaupun Xiang Yu tewas dalam peperangan itu, tetapi beliau sentiasa disanjung sebagai pahlawan dalam sejarah China.



Sources : http://my1.chinabroadcast.cn/



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2009 09:35 AM | Show all posts
Chen Sheng, Ketua Tentera Pemberontak Petani Pertama Pada Zaman Silam China





Maharaja Qinshihuang telah menyatukan China dan menubuhkan Dinasti Qin pada tahun 221 sebelum Masihi. Baginda melaksanakan pemerintahan zalim terhadap rakyat dan menjatuhkan hukuman kejam terhadap tahanan tidak peduli mereka bersalah atau tidak. Hanya dalam belasan tahun, kehidupan rakyat mengalami kesukaran dan ketidakpuasan hati rakyat terhadap pemerintahan kerajaan pusat Dinasti Qin semakin meningkat. Ini telah mengakibatkan pemberontakan petani besar-besaran yang diketuai oleh Chen Sheng, petani yang miskin dan pemberontakan petani tersebut mengakibatkan tumbangnya pemerintahan Dinasti Qin.





Pada tahun 209 sebelum Masihi, satu barisan yang terdiri daripada 900 orang petani yang dikawal oleh askar tentera kerajaan Dinasti Qin sedang berkejar menuju ke sempadan di bahagian utara untuk bertugas mengawal sempadan di sana. Apabila mereka sampai di Mukim Daze Provinsi Anhui, mereka ditimpa hujan lebat berturut-turut beberapa hari dan perjalanan mereka telah tersekat. Berdasarkan peraturan dan undang-undang Dinasti Qin, mereka yang lambat tiba di destinasi akan dibunuh. Ketua barisan petani itu Chen Sheng dan Wu Guang menghadapi keadaan yang serba salah. Kalau terus berkejar menuju ke sempadan di bahagian utara, mereka tentu akan dibunuh akibat lambat tiba di sana, jika melarikan diri dan ditangkap oleh askar tentera kerajaan juga akan turut dibunuh. Mereka tidak ada pilihan lain kecuali melakukan pemberontakan. Mereka bermesyuarat dengan petani lain dan mengambil keputusan melakukan pemberontakan. Mereka membunuh askar dan pegawai tentera yang mengawal mereka dan menubuhkan tentera pemberontak petani pertama dalam sejarah masyarakat feudal China. Selepas tentera pemberontak menduduki Mukim Daze, rakyat jelata di kawasan berhampiran beramai-ramai menyertai tentera pemberontak. Dalam masa yang singkat, seramai beberapa puluh ribu orang petani telah menganggotai tentera pemberontak, dan tentera pemberontak itu telah menduduki 6 kaunti. Chen Sheng menubuhkan pemerintahan di Kaunti Chen di tengah China dan mengisytiharkan diri sendiri sebagai raja.

Pemberontakan itu mendapat sokongan petani di seluruh negara China, jumlah anggota tentera pemberontak petani meningkat sehingga beberapa ratus ribu orang. Kerajaan Dinasti Qin menghantar beberapa ratus ribu orang tentera untuk berperang dengan tentera pemberontak petani. Chen Sheng beberapa kali mengeluarkan arahan yang salah kepada tentera pemberontak pimpinannya akibat kekurangan pengalaman mengarahkan tentera dalam peperangan sehingga tentera pemberontak perani dikalahkan teruk oleh tentera kerajaan Dinasti Qin. Chen Sheng dan Wu Guang dibunuh oleh pengikutnya. Pemberontakan petani yang dipimpin oleh mereka telah gagal.

Kegagalan Chen Sheng juga disebabkan beliau mengharapkan kehidupan yang mewah dan mempercayai nasihat orang yang berniat jahat. Sebaik Chen Sheng menubuhkan pemerintahan sendiri, tentera pemberontak petani masih belum mencapai kemenangan besar dalam peperangan dengan tentera kerajaan Dinasti Qin, Chen Sheng mula membina istana mewah untuk diri sendiri dan melantik orang yang pandai memainkan tipu muslihat sebagai pegawai pemerintahan itu. Sehubungan dengan itu, sahabat dan pengikut Chen Sheng beramai-ramai meninggalkan beliau, ini juga merupakan sebab Chen Sheng mengalami kegagalan. Kesilapan yang dilakukan oleh Chen Sheng juga sentiasa dilakukan pula oleh pemimpin tentera pemberontak petani selepasnya dalam sejarah China.

Selepas Chen Sheng dibunuh, penyokongnya terus mempertahankan perjuangan. Mereka bergabung dengan tentera pemberontak pimpinan Xiang Yu dan Liu Bang dan meneruskan peperangan terhadap tentera kerajaan Dinasti Qin. Pada tahun 206 sebelum Masihi, pemerintahan Dinasti Qin telah ditumpaskan oleh tentera pemberontak petani.



Sources : http://my1.chinabroadcast.cn/




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2009 09:38 AM | Show all posts
Liu Bang, Maharaja yang Berasal daripada Rakyat Jelata





Pada tahun 202 sebelum Masihi, Liu Bang menubuhkan pemerintahan Dinasti Han selepas Dinasti Qin ditumbangkan. Liu Bang menjadi maharaja pertama Dinasti Han dan juga merupakan maharaja pertama yang berasal daripada rakyat jelata.

Pada akhir abad ke-3 sebelum Masihi, pemerintahan zalim Dinasti Qin telah menimbulkan kemarahan rakyat dan banyak tentera pemberontak petani ditubuhkan di pelbagai tempat di China, Liu Bang ialah ketua salah satu tentera pemberontak petani itu. Antara pelbagai tentera pemberontak petani itu, tentera yang paling kuat ialah tentera yang diketuai oleh Xiang Yu. Dalam peperangan menumbangkan pemerintahan Dinasti Qin, Liu Bang dan Xiang Yu menjalinkan kerjasama dan saling membantu dalam peperangan sehingga berjaya menumbangkan pemerintahan Dinasti Qin. Pada masa itu, tentera yang diketuai Xiang Yu berjumlah 400 ribu orang askar, manakala tentera yang diketuai Liu Bang hanya berjumlah 100 ribu orang. Selepas Dinasti Qin ditumbangkan, gabungan kerjasama antara Xiang Yu dan Liu Bang telah dibatalkan disebabkan kedua-dua mereka berebut kuasa dan berperang antara satu sama lain. Peperangan antara tentera Xiang Yu dan Liu Bang berlangsung selama 4 tahun. Pada tahun 202 sebelum Masihi, tentera yang diketuai Liu Bang mengalahkan tentera Xiang Yu, Xiang Yu membunuh diri. Liu Bang menubuhkan pemerintahan Dinasti Han dan melantik dirinya sebagai Maharaja Gaozu.





Kebanyakan ketua pelbagai tentera pemberontak petani adalah keturunan raja, pegawai dan hulubalang terkenal, hanya Liu Bang rakyat biasa dan seorang petani, tetapi beliau berjaya memerintah China, kejayaan beliau terutamanya disebabkan watak beliau yang istimewa.

Liu Bang pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Liu Bang yang berasal dari kampung suka bergaul dan bersahabat dengan tokoh pelbagai lapisan masyarakat baik pegawai atau penyembelih binatang. Sebagai sahabat, mereka memberi bantuan kepada Liu Bang apabila beliau mengalami kesukaran. Ketika beliau terlibat dalam kes perbicaraan, pegawai penjara membebaskan beliau dan apabila beliau memerlukan wang, ada orang memberi wang kepadanya. Lantaran itu, sahabat-sahabatnya menjadi pengikut setia beliau dalam tentera pemberontak pimpinannya dan membuat jasa baik dalam peperangan menumbangkan pemerintahan Dinasti Qin dan menubuhkan pemerintahan Dinasti Han. Setelah Dinasti Han ditubuhkan, mereka dilantik oleh Liu Bang menjawat jawatan pegawai kanan.

Liu Bang mementingkan orang yang berkebolehan dan melantik mereka menjawat jawatan tinggi. Han Xin yang berasal daripada keluarga miskin adalah pengawal Xiang Yu. Han Xin banyak kali memberi nasihat yang baik kepada Xiang Yu tetapi Xiang Yu tidak menghiraukannya. Ini menyebabkan Han Xin menganggotai tentera yang diketuai Liu Bang. Berdasarkan maklumat pengikut Liu Bang tentang Han Xin, Liu Bang telah mengadakan upacara meriah melantik Han Xin sebagai panglima tenteranya. Han Xin memang berkebolehan dan membuat jasa yang cemerlang terhadap Liu Bang untuk menumbangkan pemerintahan Dinasti Qin dan menubuhkan pemerintahan Dinasti Han. Pegawai kanan terkenal dalam tentera Liu Bang seperti Zhang Liang dan Chen Ping menumpukan usaha membantu Liu Bang kerana mereka mengetahui bahawa Liu Bang mementingkan orang yang berkebolehan. Mereka juga memainkan peranan penting dalam kemenangan Liu Bang.

Kebanyakan ketua tentera pemberontak petani hidup leka dan hanya menikmati kehidupan mewah selepas mencapai kemenangan dalam peperangan, tetapi Liu Bang berpandangan jauh dan berusaha mewujudkan matlamat yang lebih tinggi. Kebanyakan keturunan raja dan pegawai tinggi sangat sombong dan memandang rendah orang yang mempunyai kepakaran, manakala Liu Bang tidak iri hati terhadap orang yang mempunyai kepakaran, melainkan melantik mereka menjawat jawatan tinggi sehingga mereka memainkan peranan penting dan membuat jasa cemerlang dalam usaha Liu Bang menyatupadukan pelbagai tentera pemberontak petani lain dan menumbangkan pemerintahan Dinasti Qin.



Sources : http://my1.chinabroadcast.cn/




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2009 10:16 AM | Show all posts
Maharaja Wu Dinasti Han China





Maharaja Wu Dinasti Han bernama Liu Che dan merupakan maharaja yang telah membuat jasa gemilang dalam zaman silam China.

Pada tahun 140 sebelum Masihi, Liu Che yang berumur 16 tahun naik takhta dan menjadi Maharaja Wu Dinasti Han. Maharaja Wu Dinasti Han merupakan seorang maharaja yang mempunyai kepakaran dalam pentadbiran negara, Baginda telah mencapai kejayaan besar dalam urusan dalam negeri dan hal ehwal luar. Dalam tempoh Maharaja Wu Dinasti Han memerintah selama 54 tahun, China telah dibangunkan sebagai salah satu daripada beberapa negara yang paling kuat di dunia pada masa itu. Berdasarkan "Sejarah Dunia" yang diterbitkan oleh H.G. Wells, sarjana terkenal Britain, hanya Empayar Rom sahaja yang mempunyai kekuatan setanding dengan Dinasti Han China pada masa itu di dunia.




Kejayaan terbesar yang dicapai oleh Maharaja Wu Dinasti Han adalah dalam bidang pertahanan dan ini disanjung ramai orang dalam sejarah China. Semenjak ditubuhkan pada tahun 202 sebelum Masihi, kawasan sempadan Dinasti Han sentiasa dicoroboh oleh Xiongnu, etnik nomad di sebelah utara, ini menyebabkan ketenteraman masyarakat dan pembangunan ekonomi Dinasti Han terjejas serius. Maharaja Dinasti Han sebelum Maharaja Wu sentiasa melaksanakan dasar pertahanan yang tidak positif, malah mengahwinkan puterinya kepada ketua etnik Xiongnu untuk menjamin ketenteraman. Sudah tentu, ketenteraman yang diperolehi dengan cara tolak ansur itu tidak dapat berkekalan. Semenjak Maharaja Wu Dinasti Han memerintah, Baginda berusaha menguatkan pasukan tentera dan melancarkan serangan berturut-turut dalam banyak tahun terhadap Xiongnu di padang rumput dan gurun Gobi di sebelah barat laut. Dengan berbuat demikian, kekuatan etnik Xiongnu terjejas teruk dan tidak mampu menceroboh wilayah Dinasti Han. Ini telah menyediakan persekitaran yang tenteram dan peluang pembangunan sosioekonomi Dinasti Han. Maharaja Wu Dinasti Han juga mengarahkan tenteranya menakluk negeri-negeri kecil di sebelah selatan atau menghantar utusan untuk menasihatkan pemimpin negeri-negeri tersebut mematuhi Dinasti Han. Wilayah Dinasti Han semakin diperluas.

Maharaja Wu Dinasti Han melaksanakan dasar pembaharuan sehingga ke akar umbi pentadbiran dalam negeri. Baginda mengatasi tekanan besar kumpulan konservatif dan mengharamkan falsafah Tao yang disanjung oleh maharaja-maharaja sebelumnya. Baginda melarang perkembangan dan pengkajian pelbagai falsafah yang telah wujud selama beberapa ratus tahun dan menetapkan falsafah Confucius sebagai satu-satunya falsafah ortodoks yang sah dalam masyarakat Dinasti Han. Semenjak itu sehingga Dinasti Qing pada awal abad ke-20, falsafah Confucius terus disanjung dan dijadikan sebagai satu-satunya falsafah ortodoks oleh pemerintah pelbagai dinasti masyarakat feudal China.

Maharaja Wu Dinasti Han juga merupakan seorang diplomat yang mempunyai pandangan jauh. Baginda pernah dua kali menghantar Zhang Qian sebagai utusan Dinasti Han China melawat negara-negara di sebelah barat dan barat laut Dinasti Han China dan membuka "jalan sutera" terkenal yang menghubungkan China dengan pelbagai negara di Asia Tengah dan Eropah. Sutera, teknik pembuatan kertas dan kesenian China diperkenalkan ke pelbagai negara di dunia menerusi "jalan sutera" itu. Serentak itu, rempah dan barang kraf tangan negara asing juga diperkenalkan ke China menerusi "jalan sutera" tersebut. "Jalan sutera" itu berkekalan selama beberapa ratus tahun dan beransur-ansur digantikan oleh "jalan sutera" laut pada abad ke-6. Maharaja Wu Dinasti Han telah memainkan peranan besar bagi pertukaran kebudayaan antara China dengan pelbagai negara di Asia Tengah dan Eropah. Bandar Changan, ibu negara Dinasti Han China, iaitu Bandar Xian Provinsi Shaanxi pada masa ini merupakan pusat politik dan ekonomi di Asia pada ketika itu.

Maharaja Wu Dinasti Han meminati kesusasteraan dan kesenian. Baginda melantik Sima Xiangru, sasterawan terkenal menjawat jawatan tinggi dan menitahkan Xima Qian, ahli sejarah dan sasterawan terkenal menyunting Catatan Sejarah yang meliputi sejarah selama 3 ribu tahun sebelumnya.



Sources : http://my1.chinabroadcast.cn/



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2009 10:35 AM | Show all posts
Wang Chong, Ahli Falsafah Materialisme pada Zaman Purba China










Pada zaman purba, falsafah Confucius sentiasa menempati kedudukan utama dalam kalangan falsafah di China. Walaupun demikian, falsafah Confucius tidak mementingkan kajian terhadap topik-topik ilmiah alam, malah pengasasnya Confucius juga tidak mahu menjawab persoalan tentang apakah benar-benar terdapat dewa dan syaitan. Selepas falsafah Confucius ditetapkan oleh pemerintah sebagai falsafah yang dominan di China sejak 2000 tahun yang lalu, perkembangan falsafah materialisme pada zaman purba China telah tersekat. Hal ini menyebabkan ahli falsafah materialisme dan ateis yang terkenal semakin berkurangan bilangannya dalam sejarah purba China. Wang Chong merupakan salah seorang ahli falsafah meterialisme dan ateis yang terkenal dalam sejarah China.

Beliau dilahirkan pada kira-kira tahun 27 Masihi. Sejak kecil lagi beliau merupakan seorang yang sangat cerdik. Wang Chong dapat menghafal dengan lancar kitab-kitab falsafah yang susah difahami seperti "Lunyu" dan "Shangshu". Semasa berumur 15 tahun, beliau pergi ke bandar Luoyang, ibu negera China pada zaman itu untuk melanjutkan pengajian menelaah kitab-kitab falsafah Confucius secara sistematik.

Pada zaman itu, fahaman idealisme dan tahayul menempati kedudukan yang dominan. Orang ramai mempercayai bahawa maharaja dan golongan bangsawan diutuskan oleh Tuhan dan bertindak berdasarkan teori bahawa orang ramai mesti mematuhi maharaja dan berpekerti mulia. Teori tersebut telah digubal oleh golongan ahli falsafah Confucius yang berkhidmat kepada kaum pemerintah. Wang Chong telah menulis banyak artikel yang membantah teori itu.

Pemikiran Wang Chong meliputi dua bahagian utama. Bahagian pertama ialah fahaman alam materialisme. Walaupun Wang Chong masih tidak dapat menjelaskan pembentukan kosmos dan hukum operasinya, tetapi beliau dengan tegas menunjukkan bahawa kewujudan dan operasi langit dan bumi merupakan hukum objektif dan tidak bergantung kepada kesempurnaan manusia. Manusia seharusnya menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan alam. Pemikiran itu telah membelakangi pemikiran ortodoks yang menganggap bahawa kuasa maharaja adalah amat berkuasa dan telah melahirkan pengaruh yang besar dalam sejarah China.

Fahaman alam materialisme bukan baru diperkenalkan untuk permata kali oleh Wang Chong, tetapi telah diperkenalkan oleh ahli falsafah terkenal China seperti Laozi, Hangfeizi, Mozi dan Xunzi pada tempoh abad ke-6 hingga abad ke-4 sebelum Masihi. Wang Chong hanya mewarisi dan mengembangkan fahaman tersebut.

Bahagian kedua pemikiran Wang Chong ialah fahaman ateisme. Pada zaman itu, orang ramai mempercayai bahawa maharaja ialah anak cucu Tuhan. Maharaja mendominasi manusia berdasarkan arahan Tuhan dan bencana alam merupakan hukuman Tuhan terhadap manusia. Wang Chong telah membantah fahaman itu. Beliau berpendapat, bencana alam merupakan gejala alam dan bukan apa yang disebut hukum Tuhan terhadap manusia. Beliau juga turut menafikan kenyataan tentang orang akan berubah menjadi syaitan selepas meninggal dunia. Beliau menganggap, manusia mempunyai hakiki alam yang sama dengan binatang, binatang tidak dapat berubah menjadi syaitan setelah mati dan sama halnya juga dengan manusia yakni tidak akan berubah menjadi syaitan selepas meninggal dunia.

Wang Chong berusaha membuat penjelasan berdasarkan pendirian materialisme tentang perkembangan sejarah, perubahan moral, kekayaan dan kemiskinan masyarakat serta hidup dan mati, perbezaan kedudukan manusia dan lain-lain. Walaupun fahaman materialisme Wang Chong masih merupakan fahaman materialisme peringkat awal, tetapi fahamannya telah melahirkan pengaruh besar terhadap perkembangan fahaman ateisme dan materialisme dalam sejarah China.

Wang Chong telah menulis banyak buku, tetapi yang wujud pada masa sekarang hanyalah "Tentang Keseimbangan". Buku itu terdiri daripada 30 jilid dengan lebih 300 ribu perkataan China. Fahaman falsafah utama beliau termaktub dalam buku itu.



Sources : http://my1.chinabroadcast.cn/




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2009 11:47 AM | Show all posts
Beyond the Question of the Monkey Imposter: Indian Influence on the Chinese Novel, The Journey to the West


by Ramnath Subbaraman


The Chinese Ming period (1368-1644) novel the Hsi-yu Chi, or The Journey to the West, relates the exploits of the monk Hsuan-tsang during a pilgrimage to India to obtain Buddhist scriptures. Throughout the hundred-chapter narrative, Hsuan-tsang's character is constantly overshadowed by the four animal disciples who accompany him on his journey, especially his superhuman monkey disciple Sun Wu-k'ung. These pilgrims are preordained to obtain the scriptures only after facing eighty-one ordeals, represented by a series of monsters that must be vanquished by the group. In these episodes of conflict, the monkey disciple inevitably plays the lead role in subjugating the demons through his strength, guile, and cunning.

In one such episode, Sun Wu-k'ung, having been temporarily rejected from the group of pilgrims seeking the scriptures, returns to his home at the Flower-Fruit Mountain to find that his position has been usurped by an imposter. No ordinary charlatan, this fake monkey so resembles Sun Wu-k'ung that, try as they may, observers "[can] not distinguish the true one from the false" (3: 118). Similar in facial features and strength, the two monkeys also simultaneously repeat each other's phrases, claiming that the other is the fake.

After Sun Wu-k'ung's traveling companions, the Jade Emperor, and even the Bodhisattva Kuan-yin all fail to differentiate between the two monkeys, the paradox is brought before the Buddha himself. When the Buddha solves the dispute by correctly identifying the false monkey, an indignant Sun Wu-k'ung immediately strikes the imposter dead despite the Buddha's pleas (3: 118-132). For the "Monkey of the Mind," there could only be one true monkey; to allow more would lead to the fundamental problem for which the incident is a metaphor: "If one has two minds, disasters he'll breed;/ He'll guess and conjecture both far and near" (3: 128).

This episode can perhaps serve equally as well as a metaphor for the "regrettably acrimonious dispute" (Mair 660) that has surrounded the issue of the character Sun Wu-k'ung's historical origins. Not only does the debate circulate around two similar monkeys, but the scholarly community is also of two minds on this issue. Hu Shih's original suggestion that the character "is not a native product, but rather is an import from India" (cited in Mair 705) stimulated a controversy that has generally focused on whether Sun Wu-k'ung is of "indigenous" creation or simply a copy of the monkey Hanuman, a prominent character in the Indian epic the Ramayana. The issue has generally been construed in this highly polarized manner; Glen Dudbridge, for instance, interprets the claim of scholars supporting the possibility of Indian influence as being "quite simply, that Sun Wu-k'ung derives ultimately from Hanumat" (160). With one set of scholars claiming the "foreign" derivation of Sun Wu-k'ung and others denying any possible connection between The Journey to the West and Indian literature, the debate seems to boil down to one question: which monkey is the imposter?

Of course, the issue cannot and should not be reduced to such a simple question. This paper attempts to widen this debate by illuminating some of the remarkable plot similarities between The Journey to the West and the Indian epics the Ramayana and the Mahabharata. It does not examine the possibility of textual and oral transmission of Indian stories to China, an issue that has been extensively discussed elsewhere (see, for example, Dudbridge, Mair, and Walker). While most other analyses explore connections between particular images and characteristics, few examine the more extended plot parallels. Moreover, most other arguments focus solely on the similarities between the two monkeys Hanuman and Sun Wu-k'ung. The narrow scope of simply examining whether the first served as the "source" for the second misses a more general, and perhaps more significant, issue, namely the type of influence the Indian body of literature has had on a particular Chinese novel. Though this paper obviously focuses on the detailed similarities between texts, it does so keeping in mind this larger picture.

In light of this larger picture, this analysis includes comparisons not only between Hanuman and Sun Wu-k'ung but also between other characters, as well as particular aspects of plot and setting. Also, in addition to the Valmiki Ramayana, the Mahabharata (Poona critical edition) serves as a primary text for comparison to The Journey to the West. Both Indian texts are used not only to bring to prominence plot parallels between the Mahabharata and the Chinese novel that have previously been overlooked (possibly because the debate has focused so heavily on the two monkey characters) but also to emphasize the idea that the possibility of an Indian influence on The Journey to the West cannot be understood by examining a single text alone. The concern here is not simply textual transmission but also cultural transmission; in this spirit, these particular versions of the Indian epics have not been chosen because of the assumption that they have some sort of primordial Ur-status. A.K. Ramanujan has written extensively on the multiplicity of Ramayanas, and he notes that "it is not always Valmiki ' s narrative that is carried from one language to another" (134). The Valmiki Ramayana and the Poona critical edition of the Mahabharata are rather used for their general comprehensiveness and, in this manner, serve to represent a wider spectrum of possible "tellings" of both epics (Ramanujan 134).

The first part of this paper revisits the debate surrounding Sun Wu-k'ung and Hanuman by offering new similarities and taking a closer look at previous connections. Next, an in-depth comparison between one episode of the Mahabharata and another from the Journey to the West illustrates the possibility of influence from multiple Indian texts on the Chinese novel. Finally, parallels between an episode of The Journey to the West and the Ramayana show that comparisons between the two texts should not simply be limited to the two monkey characters, but should be expanded to other characters, settings, extended plot lines, and even thematic organization. The use of these examples will hopefully illuminate the many ways Indian literature may have influenced the Chinese novel The Journey to the West without portraying the novel as a foreign "imposter."



Sources : http://www.sino-platonic.org/abs ... ey_to_the_west.html


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.079423 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list