CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Pakaian/Aksesori/Senjata/Pengangkutan/Gaya Hidup Masyarakat China Zaman Silam

  [Copy link]
 Author| Post time 27-11-2010 05:20 PM | Show all posts
Pemberontakan Taiping



Pemberontakan Taiping dinamakan untuk satu pemberontakan besar-besaran dalam tahun-tahun 1850 hingga 1864. Pemberontakan Taiping dilancarkan oleh rakyat-rakyat miskin China untuk menggulingkan kerajaan Manchu yang berkuasa melalui Dinasti Qing.


Latar belakang

Rakyat-rakyat miskin China hidup dalam keadaan amat tertekan. Pemerintah Dinasti Ching (berbangsa Manchu dari keturunan Mongol) tidak memahami masalah rakyat China yang menanggung derita. Dalam tahun-tahun 1840-an, China dilanda banjir dan kahat akibat malapetaka dan bencana yang lain. Pemberontakan dipimpin oleh Hung Hsiu-chuan yang kononnya mempercayai dirinya sebagai adik kepada Nabi Isa, dan diberikan satu wahyu untuk membebaskan negeri China dari pemerintahan Manchu. Hung Hsiu-ch'üan menyebarkan ajaran persaudaraan sesama insan, dan harta perkongsian bersama.

Pengikut-pengikut yang berkepercayaan kuat terhadap ajaran-ajaran Hung Hsiu-chuan mengumpulkan satu bala tentera yang cukup berdisiplin berjumlah lebih 1 juta orang lelaki dan wanita. (Ajaran Taiping memberikan layanan setaraf antara lelaki dan wanita).


Kejayaan awal

Dalam tahun 1863, pemberontak Taiping berjaya menawan Nanjing, dan menamakan bandar it sebagai Tianjing (Ibu Negara Umpama Syurga) tetapi usaha untuk menawan Beijing membawa kepada kebuntuan. Namun demikian, pergerakan pemberontak menyusuri Sungai Yangtze (Chang Jiang) mencapai kejayaan cemerlang.

Fahaman Kristian yang pelik dibawa oleh Hung Hsiu-ch'üan menyebabkan beliau dipulau dan dicemuh oleh mubaligh-mubaligh Barat dan juga oleh para sarjana kelas bangsawan. Tanpa sokongan kelas bangsawan, pemberontak Taiping tidak dapat mentadbir wilayah yang ditawan mereka ataupun membuat pembekalan bandar dan kota di bawah penguasaan mereka.

Kepimpinan Taiping juga mula lupa diri dan meninggalkan pegangan asal mereka semasa memulakan perjuangan mereka, dan mula mementingkan kebendaan. Perbalahan merebut kuasa menjadi lumrah di kalangan pemimpin Taiping. Hung Hsiu-ch'uan kini tidak mempunyai kepemimpinan yang kompeten dan berwibawa.


Campur tangan negara Barat dan permulaan kejatuhan pemberontak Taiping

Negara-negara Barat memahami bahawa sekiranya kerajaan China digulingkan, perdagangan mereka dengan China akan terhenti, maka mereka memberikan bantuan. Dalam tahun 1860, percubaan untuk menawan Shanghai ditewaskan oleh pasukan tentera yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan Britain. Shanghai ketika itu adalah pelabuhan besar dan mempunyai kontinjen tentera pelbagai negara termasuk Jerman, Britain, Amerika Syarikat dan Perancis.

Dalam tahun 1862, Nanjing dikepung oleh pasukan tentera China di bawah pimpinan Zeng Guofan. Setelah kepungan selama dua tahun, semasa Pertempuran Nanjing Ketiga dalam tahun 1864, lebih dari 100,000 orang pengikut pemberontakan Taiping memilih jalan untuk mati daripada menjadi tawanan perang. Penentangan kecil-kecilan berterusan sehingga tahun 1868.

Hung Hsiu-ch'uan membuat ikrar bahawa Tuhan akan mempertahankan Tianjing. Tetapi apabila pasukan Tentera Imperial menghampiri Tianjing dalam bulan Jun, Hung Hsiu-ch'uan memakan racun. Mayatnya dijumpai dalam sebuah pembetung. Ananknya Hong Tianguifu menggantikannya, tetapi Hong Tianguifu tidak menunjukkan kesungguhan untuk menegakkan semula kerajaan Taiping dan akhirnya ditewaskan oleh Tentera Imperial.


Kesan


Pemberontakan Taiping membawa kemusnahan dan kesengsaraan kepada 17 wilayah China dan mengorbankan 20 juta jiwa. Kerajaan Qing mengalami kerugian besar dan tidak lagi berupaya menguasai negeri China dengan berkesan.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-4-2011 02:17 PM | Show all posts
Mumia Dinasti Ming Berusia 700 Tahun di Temui


Mumia ini secara kebetuan, ditemuibersama-sama dengan dua makam kayu yang lain di bandar Taizhou, di Wilayah Jiangsu. Walaupun ditemui dua meter di bawah tanah, namun ciri-ciri seorang mumia daripada hujung kepala hingga ke pangkal kasut masih elok dan tidak mereput. Ia seolah-olah baru sahaj dikebumikan.


















Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2011 07:16 PM | Show all posts
wowww!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2011 09:07 AM | Show all posts
Up,
+ 1 Credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2011 07:58 PM | Show all posts
Beiyang Fleet (Beiyang Jiandui / 北洋舰队 / 北洋艦隊)



Flag






















Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 11:58 PM | Show all posts
HangPC,bro ada tak info pasal Perang China-Jepun yang pertama?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2011 11:58 PM | Show all posts
HangPC,bro ada tak info pasal Perang China-Jepun yang pertama?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2011 01:48 PM | Show all posts

HangPC,bro ada tak info pasal Perang China-Jepun yang pertama?
jkkkj Post at 7-6-2011 23:58





Perang Sino-Jepun Pertama (1894-1895)




Tarikh : 1 Ogos 1894–17 April 1895

Lokasi : Korea, Manchuria, Taiwan, Laut Kuning

Hasil : kemenangan Jepun

Perubahan wilayah         : Dinasti Qing kehilangan wilayah keatas Semenanjung Korea oleh Jepun,
Dinasti Qing China menyerahkan Taiwan, Pescadores, dan Semenanjung Liaodong kepada Jepun.




Perang Sino-Jepun Pertama, peperangan besar dan pergerakan tentara




Perang Sino-Jepun Pertama (中日甲午战争/中日甲午戰爭 - Zhōngrì Jiǎwǔ Zhànzhēng ( 日清戦争 Romaji : Nisshin Sensō ) (1 Ogos 1894 - 17 April 1895) adalah sebuah perang antara Kerajaan Dinasti Qing China dan Meiji Jepun dalam perebutan penguasaan keatas Semenanjung Korea. Perang Sino-Jepun merupakan simbol kemerosotan Dinasti Qing dan juga menunjukkan kejayaan modernisasi Jepun sejak Restorasi Meiji dibandingkan dengan Gerakan Penguatan Diri di China.

Peperangan ini berakhir dengan kekalahan Dinasti Qing dan penandatanganan Perjanjian Shimonoseki pada tahun 1895 yang mengakibat Dinasti Qing dikena ganti rugi sebanyak 30 Juta tael kepada Jepun.

Pengaruh selanjutnya dari perang ini adalah pergantian dominansi benua Asia dari China kepada Jepun dan merupakan pukulan hebat untuk Dinasti Qing dan tradisi China kuno.




Last edited by HangPC2 on 14-10-2013 04:11 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2011 01:13 PM | Show all posts
Warga emas cuba hidupkan tradisi




Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periaswamy@kosmo.com.my







SEKUMPULAN remaja kaum Cina sedang rancak bersembang di hadapan pentas opera Cina di tokong Sam Hock, Batu 12, Jalan Kapar, Klang. Mereka langsung tidak menghiraukan perjalanan cerita opera itu, sebaliknya memilih untuk berbual sesama mereka sambil bergelak ketawa.

Apabila didekati, semuanya ‘lari’ kerana segan memberi maklum balas walaupun belum tahu tujuan sebenar mereka didekati. Namun, seorang remaja lelaki selepas dinasihati bapanya, barulah berani membuka mulut.

“ Saya jarang menonton opera Cina. Mungkin boleh dikatakan ini adalah kali pertama saya duduk paling lama di sini. Biasanya sekejap sahaja. Saya tidak berapa menyukai penyampaian opera ini, ” ujar Tee Tun Hong, 15, yang pantas berundur dan mencari rakan-rakannya yang lain.

Opera Cina adalah salah satu cabang seni kebudayaan masyarakat Cina yang dikhuatiri perlahan-lahan dilupakan kaumnya sendiri gara-gara kurang elemen tarikan terhadap generasi muda.


Dialek Hokkien


Teater Cina tradisional atau opera Cina menggabungkan muzik, nyanyian, tarian dan kadangkala akrobatik. Persembahan itu dipercayai telah wujud di Tanah Melayu semasa pendudukan Inggeris sekitar kurun ke-16. Ia diilhamkan oleh peniaga dan pemastautin Cina sebagai satu bentuk hiburan pada waktu senggang.

Seorang remaja lelaki yang enggan dikenali memberitahu, persembahan opera disifatkan olehnya sebagai membosankan kerana mereka menggunakan dialek Hokkien.

“ Kami hanya tahu dialek Kantonis atau Mandarin, ” ujarnya ringkas lalu meninggalkan tempat itu.

Penceritaan opera Cina dalam dialek Hokkien dipercayai menyentuh kisah kegagahan para pahlawan dan golongan bangsawan. Kebanyakan kisah-kisah opera Cina diambil dari zaman Dinasti Song selatan. Antara cerita-cerita opera Cina yang popular ialah Tasik Biru dan Hang Zhou.

“ Apa yang kami percaya ialah opera ini bermula sejak lebih 5,000 tahun yang lalu ketika pemerintahan Dinasti Tang. Ia merupakan salah satu bentuk hiburan yang disampaikan hampir pada setiap bulan mengikut festival-festival di tokong-tokong tertentu. Umumnya, ia meriah pada bulan Jun, Julai dan Ogos mengikut kalendar Lunar.




OPERA Cina bermula sejak Dinasti Tang ketika pemerintahan Maharaja Xuazong.


“ Opera ini berasal dari wilayah Xiamen di China, ” kata pengurus kumpulan opera Cina dari Batu Pahat, Johor, Ng Chui Sia, 64, yang sudi berkongsi cerita di sebalik kesibukannya menjayakan persembahan menggunakan patung boneka di Jalan Kastam, Pelabuhan Klang, Selangor baru-baru ini.

Walaupun tidak dapat dipastikan kesahihan fakta itu, Xiamen dikenal pasti sebagai salah satu tempat popular bagi Opera Gezi iaitu sejenis persembahan opera teater.

Opera Cina itu dipercayai cukup popular pada Dinasti Tang sewaktu pemerintahan Maharaja Xuanzong (712-755) yang menemui kumpulan opera Pear Garden. Kumpulan tersebut hanya membuat persembahan untuk hiburan peribadi maharaja.

“ Saya percaya, opera Cina berasal daripada persembahan menggunakan patung-patung dan kemudian ia berevolusi menjadi persembahan teater yang terdiri daripada pelakon-pelakon yang memakai solekan tebal, ” kata Chui Sia.

Chui Sia memulakan perkhidmatan menyediakan patung dan pelakon untuk opera Cina sejak tahun 1970. Dengan pengalaman lebih 40 tahun, lelaki itu mengakui dia mendapat permintaan yang tinggi daripada pihak pengurusan tokong.

Namun, permintaan itu wujud kerana kumpulannya antara yang masih menawarkan perkhidmatan tersebut.

“ Tujuan persembahan ialah untuk menghibur tuhan atau kami panggil Datuk. Ia bukan semata-mata untuk pengunjung tokong, tetapi orang ramai digalakkan menontonnya untuk merapatkan diri dengan elemen kebudayaan, ” terangnya.


Teater makin malap


Pada hari tersebut, lima orang membuat persembahan opera boneka iaitu tiga orang penyanyi, seorang pemain dram dan seorang pemain kancing. Semuanya terdiri daripada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas.

“ Mungkin selepas saya, tidak ada orang yang mahu meneruskan perkhidmatan ini. Mungkin saya menjadi orang terakhir bagi syarikat saya memandangkan anak-anak saya tidak berminat, “ keluh Chui Sia.

Lelaki yang jelas menampakkan garis-garis usia pada wajahnya itu mengakui, kumpulannya mendapat RM1,000 untuk setiap persembahan dengan kekerapan dua kali sehari. Lazimnya, mereka berada selama tiga hari di setiap lokasi persembahan. Permintaan membuat persembahan meningkat pada pertengahan tahun iaitu lebih 10 hari tempoh persembahan.

Pada malam Chui Sia ditemui, persembahan yang beliau lakukan itu adalah persembahan pada hari pertama dan ia akan diteruskan selama dua hari lagi. Jumlah penonton yang hadir untuk menyaksikan persembahannya pula tidak lebih daripada 30 orang.




PATUNG boneka turut digunakan pada seni opera Cina.


Opera teater Cina merupakan satu lagi cabang opera yang cukup popular di Malaysia. Dengan menyolek wajah menggunakan warna-warna yang terang dan tebal, pelakon-pelakon teater menunjukkan pelbagai kemahiran sepanjang persembahan.

Sim Siang Aoon sudah mencecah umur 46 tahun. Dia merupakan pelakon paling muda dalam persembahan opera malam itu. Sambil merias wajah dengan solekan tebal, Siang Aoon ramah bercerita tentang kisahnya meskipun suaranya tenggelam timbul dek kebingitan bunyi muzik.

Bertemu di tokong Sam Hock di Batu 12, Jalan Kapar, Klang, Siang Aoon merupakan isteri kepada Chui Sia, pemilik kumpulan teater boneka yang Kosmo! temui sebelumnya di Pelabuhan Klang.

“ Kami semua berasal dari Batu Pahat, Johor. Saya sudah lama menyanyi untuk opera sejak tahun 1984 dan berlakon sejak lebih sedekad yang lalu, ” kata Siang Aoon fasih berbahasa Melayu.

Beliau bersama 16 orang pelakon dan pemuzik, semua kelihatan sibuk dengan kerja masing-masing.

“ Pelakon sahaja, kami ada 15 orang. Pemuzik dua orang. Dulu ada tiga, sekarang hanya dua, ” katanya yang turut meluahkan rasa khuatir terhadap masa depan opera Cina di Malaysia.

Menerima lebih RM2,000 untuk satu hari persembahan, Siang Aoon memastikan pelakon-pelakonnya menepati kualiti persembahan.

“ Saya sendiri mengambil masa satu jam untuk bersolek kerana saya tidak suka buat kerja cincai. Saya akan pastikan solekan ini dapat tahan lama. Jika persembahan pada waktu petang, solekannya kurang tebal, tetapi pada waktu malam, ia mesti lebih menonjol. Begitu juga dengan pakaian dan aksesori, ” terangnya.

Siang Aoon memberitahu, kerana kekurangan pelakon, mereka terpaksa mengimport pelakon dari Taiwan dengan menawarkan gaji lumayan. Sebanyak RM350 perlu dibayar kepada pelakon jemputan itu berbanding pelakon tempatan yang hanya menerima RM80 untuk satu persembahan.

“ Tauke tanggung makan dan pengangkutan. Hanya mekap, pakaian dan aksesori kami punya, ” katanya.

Menurut Siang Aoon, pelakon Taiwan dibayar agak mahal kerana mereka lebih berkemahiran khususnya dari segi penampilan. Pakaian mereka juga lebih menarik berbanding pelakon tempatan.

“ Baju pelakon Taiwan biasanya mahal, lebih kurang RM1,000 dan aksesori mereka juga lebih menarik. Walaupun ada ramai pelakon opera di Taiwan, kami hanya mengambil mereka yang umurnya lebih 40 tahun kerana faktor gaji,” jelasnya.

Seorang lagi pelakon opera wanita yang ditemui sedang sibuk memasang aksesori kepala berwarna merah, Sia Ah Bo, 53.

“ Saya sudah 35 tahun berlakon. Dari dulu hingga sekarang sama sahaja. Terlibat dalam opera, kita perlu pantas. Pantas bersiap sedia supaya tidak ketinggalan melakonkan watak yang diberi, ” kata Ah Bo yang memegang watak maharaja.

Rata-rata, persembahan teater opera Cina tidak mempunyai skrip. Mereka dipimpin oleh seorang guru mengenai jalan cerita dan watak setiap orang. Berlandaskan panduan itu, setiap orang berlakon dengan skrip masing-masing.


- Kosmo -



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2011 01:17 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 24-10-2011 13:48

Zeng Guofan, Pegawai Yang Menyelamatkan Dinasti Qing






Zeng Guofan dilahirkan pada tahun 1811. Setelah lulus dalam peperiksaan untuk menjadi pegawai kerajaan, perkembangan kejayaannya dalam kerajaan pusat agak lancar hinggalah beliau menjadi timbalan menteri.

Zeng Guofan ialah tokoh penting dalam tempoh pemerintahan Dinasti Qing yang beralih dari kemuncaknya ke arah keruntuhan. Beliau mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang politik, ketenteraan, kebudayaan dan ekonomi dan memainkan peranan penting dalam "pembangkitan semula zaman Marahaja Tongzhi". Sebagai seorang cendekiawan, beliau dikatakan telah menyumbangkan seluruh tenaganya untuk memelihara pemerintahan Dinasti Qing.

Apabila tercetus pemberontakan Kerajaan Syurga Taiping, iaitu pemberontakan kaum tani yang paling besar dalam sejarah China, Zeng Guofan menubuhkan pasukan yang terdiri daripada 17 ribu askar di Hunan untuk menghapuskan pemberontakan tersebut. Setelah mengalami beberapa kali perang yang dahsyat, pasukan yang dipimpin oleh Zeng Guofan berjaya menduduki kota " Tianjing " (bandar Nanjing sekarang), ibu negara Kerajaan Syurga Taiping pada tahun 1864. Dengan sumbangan yang luar biasa itu, Zeng Guofan sebagai pemimpin yang bijak berjaya memegang kuasa politik dan ketenteraan dalam kerajaan pusat.





Kenaikan Zeng Guofan itu memecah tradisi Dinasti Qing yang sebelum itu, iaitu hanya memberikan jawatan penting kepada orang etnik Man sahaja dan mengetepikan orang etnik Han. Ini membawa pengaruh yang besar kepada pembahagian kuasa dan pembangunan politik dan ketenteraan pada penghujung pemerintahan Dinasti Qing.

Zeng Guofan juga merupakan salah seorang pemula dalam gerakan mempelajari teknologi moden dari negara Barat. Dalam pertempuran dengan pemberontak itu, beliau mengutamakan penggunaan senapang, meriam dan kapal perang yang diimport dari negara Barat. Di samping itu, beliau juga menubuhkan beberapa jabatan yang berfungsi membuat pelbagai jenis senjata moden itu. Meskipun usaha Zeng Guofan itu tidak berjaya mempertahankan kedudukan Dinasti Qing daripada runtuh, tetapi ia telah mendorong pembangunan moden di China.




Sources : http://my1.chinabroadcast.cn



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2011 01:21 PM | Show all posts
Ibu Suri Cixi, Ratu Tanpa Mahkota






Cixi dilahirkan pada tahun 1835 dalam keluarga bangsawan. Beliau ialah permaisuri Maharaja Xianfeng dan ibu kepada Maharaja Tongzhi.

Pada tahun 1861, Ibu Suri Cixi bersama-sama Putera Gong telah mengatur pemberontakan, lalu merampas kuasa daripada lapan orang pegawai kanan yang dilantik oleh Maharaja Xianfeng untuk menolong anakanda baginda yang masih kecil itu. Ibu Suri Cixi terus melaksanakan pentadbiran dari belakang tirai yang tergantung di belakang takhta baginda. Ibu Suri Cixi ialah Ratu tanpa mahkota. Selepas itu, beliau turut menyokong dua maharaja lagi untuk menaiki takhta, iaitu Maharaja Guangxu dan Xuantong. Hingga ke tahun 1908, ketika meninggal dunia, Ibu Suri Cixi telah memegang pentadbiran kerajaan China selama 48 tahun.

Ketika tercetusnya pemberontakan oleh Kerajaan Syurga Taiping, Ibu Suri Cixi telah bertolak ansur dengan penceroboh dari luar dan menggunakan pegawai etnik Han seperti Zeng Guofan, Zuo Zongtang dan Li Hongzhang untuk menghapuskan pemberontak dan menstabilkan situasi politik negara.

Untuk memperkukuh kuasanya, Cixi telah menggunakan perselisihan antara pelbagai kaum politik dalam kerajaannya, untuk memusnahkan beberapa kumpulan politik yang agak kuat, termasuk Putera Gong yang sebelum itu telah membantu beliau. Sesiapa yang menjadi ancaman kepada pentadbirannya, Cixi pasti akan bertindak tegas menghapuskannya, meskipun anaknya sendiri. Maharaja Tongzhi ialah anak Cixi. Kerana menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap Cixi yang memegang semua kuasa, baginda telah dimarahi oleh Ibu Suri Cixi. Akhirnya, Cixi telah menghentikan bekalan ubat dan makanan untuk baginda dan ini mengakibatkan Maharaja Tongzi mangkat ketika masih muda.


Pada tahun 1860-an, gerakan mempelajari hal-hal tentang negara Barat mula popular dalam kerajaan. Gerakan ini awalnya mendapat sokongan Ibu Suri Cixi. Oleh itu, Maharaja Guangxu juga bertekad untuk mendorong perkembangan gerakan tersebut. Bagaimanapun, ketika gerakan ini sedang berkembang pesat hingga mahu mengubah sistem politik di China dan kelihatan akan mengancam pentadbiran Ibu Suri Cixi, beliau segera mengambil tindakan membunuh enam orang pemimpin kumpulan pembaharuan tersebut. Maharaja Guangxu pula ditahan di rumah hinggalah mangkat.

Di samping itu, Cixi juga kerap kali menyalahgunakan belanjawan tentera untuk membina taman dan meraikan hari jadinya, menandatangani perjanjian yang menjejaskan kepentingan negara, semata-mata untuk mendapat pengiktirafan negara-negara penceroboh terhadap kedudukan pentadbirannya di China. Pentadbiran Ibu Suri Cixi sebenarnya bukan sahaja telah mengganggu pembangunan modenisasi di China, malah telah mengundurkannya.



Sources : http://my1.chinabroadcast.cn



Last edited by HangPC2 on 14-10-2013 04:16 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 01:42 PM | Show all posts
Reply 108# HangPC2


   


muvi dgn subtitle...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2011 01:49 PM | Show all posts
satu sebab kalah................. '' Rasuah ''
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 02:14 PM | Show all posts
Reply 111# HangPC2

dalam drama kisah last emperor tue...ada ditunjukkan maharani nie first time tengok kipas.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 02:16 PM | Show all posts
satu sebab kalah................. '' Rasuah ''
HangPC2 Post at 24-10-2011 13:49


dlm kebanyakan sejarah.. xleh lari drp dsenaraikan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2011 04:30 PM | Show all posts
Dinasti Qing yang diasaskan oleh orang-orang Manchu ni berkuasa di China mulai 1644 sampai 1911.Maknanya diorang hanya berkuasa selama 267 tahun saja.

Salah satu punca kehancuran diorang adalah pemerintah enggan berubah mengikut keadaan semasa dunia pada masa tu yang mengalami pemodenan pesat di awal abad ke-20.Dalam erti kata lain golongan birokrat dalam Dinasti Qing terlalu kolot untuk menerima sebarang pembaharuan kerana dianggap akan membahayakan kedudukan diorang.Lebih malang lagi ada di kalangan mereka yang mengutamakan kepentingan peribadi lebih dari kedudukan negara.Misalnya Maharani Cixi (Empress Dowager) telah menyelewengkan dana tentera untuk membiayai kos mengubahsuai istana beliau.

Kesan perbuatan beliau,pihak kerajaan Dinasti Qing kekurangan peruntukan untuk memodenkan angkatan tentera dan ini telah mengakibatkan kekalahan dalam perang China-Jepun pertama yang mana selepas itu Taiwan menjadi tanah jajahan Jepun sehinggalah tahun 1945.

Wallahualam.

Kalau ada sebarang kesilapan dalam kenyataan yang aku tuliskan di atas tadi,harap forumer yang lebih arif dapat betulkan.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2011 02:35 AM | Show all posts
panjang oii~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2012 12:21 AM | Show all posts
Penaklukan 8 negara asing keatas Kota Beijing





http://www.youtube.com/watch?v=xz2TpX5yMk8





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2012 02:04 AM | Show all posts
sudah lama tak update..........
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2012 11:10 PM | Show all posts
salam
semua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.081299 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list