CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cloud_hardcore

Seni bela diri-kongsi pendapat-

[Copy link]
Post time 14-4-2007 12:33 AM | Show all posts
Saya minat sangat dgn beladiri ni. Dah join banyak jenis martial arts. Tapi sampai skg tak juga pandai2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2007 07:48 AM | Show all posts

Reply #200 sikomeng's post

masuk hospital kerana melindungi org yg tersayang baru lah dipanggil macho beb
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2007 07:51 AM | Show all posts

Reply #201 enzo's post

apa maksud tak pandai tu?...

adakah awk tak pandai menumbuk, menendang?

adakah tak pandai berlawan, sparring?

adakah tak pandai 'menari' spt ikan di lautan?

adakah ada?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2007 09:32 AM | Show all posts
Originally posted by enzo at 14-4-2007 12:33 AM
Saya minat sangat dgn beladiri ni. Dah join banyak jenis martial arts. Tapi sampai skg tak juga pandai2


Seni bela diri ini bukan utk semua orang. Tetapi orang2 sekarang ini, semata2 kerana nak Macho depan orang lain, cuba belajar dan gagal.

Niat belajar sesuatu ilmu itu MESTI ada. kalau tak ada Niat, macam mana kamu nak berusaha? Kalau tak berusaha, macam mana kamu nak faham?

Cikgu suruh tumbuk, kamu tumbuk. Cikgu suruh tendang, kamu tendang. Di luar sana, kamu di baling dgn batu, kamu cakap "Tok tak ajar cara elak batu".

Bukannya semua orang dilahirkan dgn Semangat Pahlawan.
Kalau tak sanggup reda ombak, jangan berumah di tepi laut.

[ Last edited by  Sephiroth at 19-4-2007 09:38 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2007 04:00 PM | Show all posts

Reply #204 Sephiroth's post

belakang parang kalu diasah lame2 akan tajam....
berlatih....berlatih.....berlatih!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2007 10:59 PM | Show all posts
ASM.
untuk tuan Enzo,
belajar ni satu hal yang amat syahdu...

perjalanan yang jauh, penuh pancaroba...kadang tu senang, kadang tu susah...pengalaman akan selalu mengubah pandangan dan kadang, pegangan...

Belajar ni dalam apa hal pun termasuklah bela diri ni, pada tahu saya yang tak ada, bukanlah sangat di lihat pada apa yang kita boleh dapat dan apa yang kita boleh mahir... tapi yang paling teras adalah ikhtiar kita untuk belajar... ikhtiar pula datang dari rasa ingin mencari, ingin membaiki...ingin kenal akan diri... ada pula ikhtiar yang didorong oleh rasa tinggi diri dan rasa lebih baik dari orang lain... hasil nya harus sama sahaja...tetapi, tiadalah berkatnya...

tidak ada istilah bodoh, tidak pandai, tidak mahir, tidak begitu dan begini bagi orang yang sudah berikhtiar untuk membaiki dirinya... dia sebenarnya sudah berjaya... kejayaan paling besar dalam hidup manusia di dunia yang fana ni adalah apabila dia berikhtiar membaiki diri... agar hari ini lebih baik dari semalam... semalam pula jadi kenang-kenangan yang baik... dan moga esok, akan jadi pusaka bagi orang yang mendatang...

pandai bukan di nilai dari hasil... Pandai di nilai dari manafaat yang kita dapat... kalau kita belajar bela diri, sebagai anak kecil dalam seni ini, guru lah menjadi ayah atau ibu, menjadi penolong, menjadi tempat kita bergantung harap dan  bergantung kasih... Guru yang baik akan memberi segalanya pada murid kerana murid bagi guru bagai sebahagian dari dirinya,...baik murid, baiklah dia... buruk murid, buruklah dia... jadi guru dan murid umpama irama dan lagu... tak boleh dipisah...

dari situ, manafaat akan hadir dan tuailah hasil bila masanya tiba... insyaAllah...

wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2007 08:52 AM | Show all posts
Originally posted by cloud_hardcore at 19-4-2007 04:00 PM
belakang parang kalu diasah lame2 akan tajam....
berlatih....berlatih.....berlatih!!!!!


Kamu fikir Seni Bela diri ini macam belajar di Sekolah ke? Latih ... latih ... latih, kemudian pergi ambil ujian, pass ujian, dpt belt kemudian tunjjuk2 yg kamu ada belt itu dan ini.

Ini Seni BELA DIRI lah, kawan. Ujian sebenar kamu hanyalah di gelangang dan bila berhadepan dgn lawan kamu. Kamu pandai, kamu akan menang dan kalau kamu gagal, kamu akan kalah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 11:03 PM | Show all posts
ASM.
tuan Sephiroth,...
saya kagum dengan semangat tinggi dan "kependekaran" tuan... ada baiknya begitu, teruskan lah dalam apa jua bidang yang tuan ceburi sekarang, moga tua berjaya. Saya bukan pendekar, jauh sekali tahu dalam bela diri ni. Mungkin cuma peminat, yang kagum dengan kehebatan orang...

saya rasa Cloud tak bermaksud begitu... harus dia ingin menekankan bahawa berlatih itu adalah asas kejayaan...itu sahaja. Bukanlah niat beliau untuk akhirnya nanti, bila susah handal, kepandaian dan kemahiran itu diguna untuk riak dan takbur...

Saya rasa, inti kepada bela diri ni bukanlah untuk itu semua... harus tuan juga setuju dengan saya.

Ujian sebenar bela diri juga bukan lah di gelanggang....itu semua adalah mainan semata-mata...  Ilmu tertinggi dalam bela diri tidak tertakluk lagi kepada sebarang ujian, sebarang kekeliruan, sebarang tanya dan soal, sebarang kata dan bukti... begitulah lebih kurang... saya harap tuan cerap dan dalami maksud saya ini sebaiknya, moga maksud saya tidak dikelirukan.

Kalah & menang, gagal & berjaya, jatuh & bangun seseorang dalam bela diri ni seperti yang saya katakan dahulu, sebahagian dari pancaroba kehidupan... kalau pun dia bertebung dengan "musuh" lalu dia tewas, itu tak bermakna dia kalah...

Orang yang tidak berjaya dalam bela diri pada tahu saya yang tiada, adalah orang yang gagal mengawal dirinya, gagal membawa manafaat pada apa yang ada di kelilingnya, perginya dirai...datangnya di benci.... inilah sebenarnya orang yang gagal dalam bela diri... matlamat sebenar orang bela diri bukanlah untuk membela diri waktu bergaduh... tetapi membela diri di dalam dirinya sendiri...dan bila sudah mampu, bela lah diri yang ada di keliling kita...

mudahnya, kalau kita kira dalam sehari, berapa kali kita bergaduh dengan orang di jalanan jika dibanding dengan berapa lama kita bercampur dengan masyarakat, dengan keluarga, dengan kawan, dengan orang baik-baik. Harus masa kita habis lebih banyak dengan urusan seharian. Jadi Ilmu bela diri ini sebenarnya kita gunakan dalam seluruh jadual kehidupan kita... di situ keterampilan, wibawa, kesabaran dan segala teras pada Ilmu yang kita belajar, kita gunakan sebaiknya...

segala buah, segala tapak, segala apa saja yang dibelajar dari guru di gelanggang adalah umpama perhiasan... diri yang memakailah akan menentukan dimana letaknya... kalau kita letak di tangan, harus lepasnya pada orang lain,...mudarat jadinya. Kalau kita letak di akal, suatu masa ia akan hilang, lupa lah kita padanya...kalau kita letak di buku, buku akan rosak, dakwat akan kelam, kita juga yang rugi....tetapi kalau kita letak di kalbu, ia akan kekal di situ bukan sebagai buah, sebagai tapak atau sebagai apa pun yang kita belajar...tetapi sebagai rahmat buat mereka yang mahu berbakti...

begitulah, sedikit dari apa yang sedikit, moga menjadi manafaat...

salam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2007 11:13 PM | Show all posts

Reply #208 sikomeng's post

huhu berbunga bunga bait puisi ko nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2007 12:14 AM | Show all posts

Reply #207 Sephiroth's post

huhuhu....

adakah belajar dan berlatih untuk menyombong?!!!

Berlatih...berlatih...berlatih....!!!

tanpa latihan tak kan ada beladiri yang mantap dalam diri kita....tak kisah la walaupon bukan beladiri sekalipon....apa jua bidang perlukan latihan...

hendak berjaya=berlatih
hendak mencapai matlamat=berusaha=berlatih...

bagi aku...senibela diri untuk semua...sesiapa pon boleh belajar...dan boleh pandai beladiri ini jika mereka berlatih....

tahu tp tak berlatih sam seperti berilmu tak mengamal....
mahirkah kita tanpa berlatih dan mengamal?

berlatih untuk beladiri sama seperti mengamalkan sbb kita tidak dapat mengamalkan seni ini jika keadaan tidak memaksa dan kta mintak keadaan itu tak berlaku...

so untuk mahir perlulah berlatih....

berlatih....ambil ujian dan dapat belt....
setiap apa yang kita tahu perlu ada ujian untuk menentukan sejauh mana kemahiran kita....
belt perlu untuk kita mengenal pasti sehebat dan setakat mana kemahiran yang ada....

kita bukan lagi di kampung tidak perlu belt....jika dikampung guru yang mengajar dah tahu siapa kita,setakat mana kehandalan kita...
tp sekarang pertubuhan beladiri ada merata2...
guru di johor tahu kah apa yang pelajar dan kemahiran pelajar di kelantan?
dengan belt ini dapat lah mereka mengagak dan menduga....

jangan cepat melatah....tenang....dan fikir.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2007 01:12 AM | Show all posts
ASM.
bahasa jiwa bangsa he he he... so kena ada bunga-bunga siket, baru ceria

macam orang belajar bela diri jugak, saya perhati penuh dengan gerak yang cantik belaka. Malah silat melayu contohnya, ada "bunga" yang cantik dipandang, indah di hati

lagipun kalau kita perhati betul-betul, ramai orang tua khususnya dalam bela diri ni, suka berkias bila bercakap...bukanlah maknanya dia nak berpuisi atau nak bersastera, tapi dia berharap agar orang yang mendengar, yang belajar, yang mahu menerima, cerap dan hayati maksud disebalik kekatanya...

bak buah pukulan dalam bela dirilah, siapa pun boleh buat kalau diajar mekanikalnya. tetapi tak ramai yang faham seni atau "art" sebenar satu-satu gerakan tu. Lebih lagilah kalau kita tanya tentang rahsia perbuatan yang dibuat, harus jumlah yang mampu memberi jawapan, makin sedikit pula...

perjalanan dalam bela diri ni bermula dengan semangar berkobar... harus waktu tu yang mencari umurnya muda, darah masih panas, tenaga masih banyak... pandangan dan percaya dia pada Ilmu yang dia belajar selalunya dia pegang sunguh-sungguh dan jarang dia mahu melihat pada fikir dan pandang orang lain. Tak salah begitu, sebab dia sayang pada apa yang dia percaya.

biasanya pada peringkat ini, dia jadi pandai dan berani. Takutnya sudah diganti dengan gagah dan waktu ini, pantang dicabar, dia akan melenting kembali...

bila masa berlalu, umur makin banyak, Ilmu dan tahu makin matang, cara dia berfikir juga berubah. Pengalamannya serta pahit maung dia belajar sudah mula mengganti tempat semangat membara, darah muda dan barannya... ketika itu, dia sudah mula melihat bela diri bukan pada penumbuk, pada tendangan lagi tetapi dia mula bertanya pada dirinya "handal itu ukurannya di mana"...

Bila usia sudah agak lanjut, perjalanan dalam bela diri sudah berdekad-dekad dilalui, segala macam ragam orang sudah ditemu, kalah dan menang bukan lagi soal. Dia tidak lagi riuh digelanggang, malah orang pun harus sudah lupa pada nya. Dia lebih suka duduk sendiri dan tersenyum bangga melihat ragam anak muda yang rajin mencari dan berani....sama seperti dia suatu masa dahulu.....

salam beb!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2007 02:28 AM | Show all posts

Reply #211 sikomeng's post

Saya kagum dengan kematangan dan ketenangan saudara dalam menulis dan berkias, sungguh indah dan meresap kalbu, bagi yg mahu berfikir. Melalui penulisan saudara, saya tak rasa saudara seorang yg tidak berkebolehan dalam pertahanan diri. Cuma saudara tidak mahu bersikap angkuh dan menunjuk2 siapa diri saudara yg sebenarnya. Memang lumrah pendekar sejati, tidak mencari pasal dan tak mudah melenting dan melatah. Semoga menjadi tauladan kpd anak2 muda yg berdarah perwira agar lebih bersikap rendah diri spt saudara. Salam hormat untuk saudara dari saya yg masih mencari, walaupun saya tidaklah muda lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2007 03:00 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2007 03:42 AM | Show all posts

Reply #212 windof's post

aku bersetuju dengan ko windof....
dari segi bahasa dan ilmu yg sikomeng sampai kan amat dalam...
mustahil bagi yang tak tahu boleh menyampaikan...

jika tak keberatan saudara perkenalkan diri siapa saudara ini....

terima kasih kerana berkongsi....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2007 11:07 PM | Show all posts
ASM.
terima kasih kepada Tuan Winof dan Tuan Cloud yang memang dari dulu saya hormati dan kagumi...

saya ni hanya orang kecil, bak kata orang "tikar mengkuang lapuk", nak dibentang, takut retas. nak digulung, takut siat. nak dibuang, kot berguna pulak

berkongsi buah fikiran ni memang baik untuk manafaat bersama. Memang terlalu banyak yang boleh dikongsi dalam alam bela diri ni, asal saja ada kemahuan, di situ ada jalan.

salam & moga jumpa semula!

wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2007 04:18 PM | Show all posts
Here is another recent self defense question I have
received recently...

QUESTION: Which is more difficult to defend, a gun or knife attack?

ANSWER: The truth is any weapon attack is very dangerous. But surprisingly I believe a knife is much more dangerous.
Here's why...

Some would say that the gun affords the attacker the ability to shoot you from a distance so that you could
not defend yourself at all. This, of course might be true...However, you have to consider intention. If his intention
was simply to kill you then he, in fact, might be able to do this.

I think you'll agree that most gun attacks are used to intimidate the victim and get him/her to do something.
Whether it be give him your money, jewelry, your car orforce you to comply with a burglary or rape.

The chances that you will have a close range opportunity to defend is strong.

A knife always requires close range unless the attacker is using a throwing knife. In that case the intention is
not to intimidate but to injure or kill. Not the usual use of the knife.

So let's assume that 99% of gun attacks and a high percentage of knife attacks are intended to intimidate and coerce you to
comply with some action (robbery, burglary, rape, etc.).

Statistics say that intimidation/coercement attacks happen at close range. If that is the case I would much rather
deal with a gun. Why?

Once you control the gun wielding arm/wrist you are reasonably save to counterattack your opponent. As long as the line of
fire is controlled (away from you) you are pretty safe from being hit. Yes, you might experience powder burns and
actual burns from a hot barrel but for the most part you won't even feel those until the battle has ended.

With a knife all the above is NOT true. You can have full control of the arm or wrist and still sustain severe or
even lethal cuts. You may have a strong grip on the knife hand/wrist/arm and while you are counter striking and have
a razor sharp blade cut your brachial artery in your upper arm or your femoral artery on the inside of your upper
leg. You could bleed out before you are able to get help.

Look, dealing with any weapon (contrary to the movies) is never a picknick. None of want to face this type of attack.
But I would much rather deal with a gun than a knife anytime.

There an instructor who supposedly teaches for the FBI and who has been a body guard for a number of celebrities
who says:

1. If the predator has a gun and you are not under his control, ALWAYS run!

2. POLICE only make 4 of 10 shots when they are in range of 3-9 feet. This is due to stress.

3. If you run in a zig zag fashion, the predator will only hit you (a running target) 4 in 100 times. And
even then, it most likely WILL NOT be a vital organ. RUN!

Take it for what it's worth!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2007 07:57 PM | Show all posts

Reply #215 sikomeng's post

jadilah resmi padi...makin tunduk makin berisi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2007 09:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2007 11:52 PM | Show all posts
ASM.
gerakan ni bagus. Untuk tujuan asas belajar, kita boleh faham bahawa kalau buat begini, bahu boleh sekurang-kurangnya terseliuh kalau betul kaedahnya. Tentu sahaja gerakan yang lengkap, susah kita nak gambarkan dalam lukisan.

Pernah saya dengar dari orang yang tahu, "bermula asas seni kuncian dan selak ni dari sendi yang paling mudah/paling kecil...kemudian habisnya di sendi yang lebih besar". Jadi harus kalau kita nak mengunci atau selak orang, katakan tangannya, kita bermula di sendi jari, kemudian sendi pergelangan tangan, sendi siku dan mungkin kita habis di sendi bahu. Jika Allah izin,  kuncian kita tu jadi kemas dan amat sukar untuk dibuka musuh...

Urat saraf tangan ni macam benang...kalau kita sentap hujungnya (di jari), pangkalnya (di bahu) akan ikut tersentap. Kalau urat bahu tersentap, harus urat belikat pun akan ikut menerima kesannya. Jadi seni kuncian ni sebenarnya bukan setakat meledakkan sendi, tetapi yang lebih penting, adalah untuk  "mengganggu" kestabilan sistem saraf manusia. Dari sistem inilah wujudnya perasaan "sakit" apabila dikunci, yang kemudiannya akan mengganggu pula konsentrasi musuh kita. Rosaknya sendi adalah kesan yang mungkin saya boleh sebut sebagai "kesan terakhir" bagi satu-satu kuncian atau selak. Tapi lebih teruk kesannya bagi musuh, jika pukulan yang disertakan dengan kuncian berupaya merosakkan sistem urat saraf dalam badannya. Lumpuh, buta, kegagalan jantung berfungsi adalah antara kesan yang boleh terjadi...

Wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 12:53 PM | Show all posts
ada tak forummer kat sini yg tau ilmu tekan urat?

aku berminat ngn membuka kuncian dgn tekan urat kt pergelangan tangan tapi cikgu aku tak mau ajar..

leh share?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.073287 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list