CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cloud_hardcore

Seni bela diri-kongsi pendapat-

[Copy link]
Post time 2-10-2007 05:51 AM | Show all posts
ASM.
Qigong (orang selalu sebut cikung) ni dalam ilmu orang Cina. Dalam ilmu orang Melayu, namanya lain lah pula tetapi seninya, intipatinya...tetap sama...hasilnya pun sama. Ilmu ni "ilmu hidup". makin dibelajar, makin banyak yang dijumpa...bak kata orang, satu tujuan, jalan saja berbeza...

wallahua'lam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2007 09:23 PM | Show all posts
Aikido tidak ada kena-mengena dengan Qigong, asal usulnya sama seperti Judo iaitu Jiujitsu. Jiujitsu sebenarnya beladiri grappling kuno Jepun, tapi taktik-taktik semua itu lain daripada Brazilian Jiujitsu seperti semua orang pernah lihat di UFC atau Pride. Teknik-teknik Jiujitsu tulen termasuk teknik-teknik Aikido, hanya teknik Aikido sudah melebihi 3000 teknik rangkuman dan lemparan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2007 07:46 PM | Show all posts
Assalamualaikum...lame tak jenguk thread ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2007 04:01 AM | Show all posts
berbalik kisah silat cekak ustaz hanafi..nak dihurai mmg panjang..cukup la sekadar renungan..perbalahan, perpecahan bukan kite mintak..kadang kala org berhasrat dengki pon boleh jadi sebab..biasa la, bila jawatan yg dikejar..maka jadi la benda2 mcm ni..pada saya, saya masih mengikut abang mad razi selaku guru utama..silat cekak hanafi milik beliau yg diperturunkan olah ayahanda beliau..jadinya mmg silat ini beliaulah yg berhak..jadi kenapa perlu ikut guru2 cekak yg lain..maaf saya kata..keadaan ini serupa la mcm kita makan ayam yg disembelih secara halal dan ayam yg disembelih dengan cara yg x betul..bile dah dalam periuk..dapatkah kite bezakan yg mana halal dan yg mana tidak? serupa la dengan silat..geraknya sama..cuma berkat pastilah berlainan..fikir fikirkanlah wahai ahli cekak malaysia mahupun cekak hanafi..

mengenai pakaian kuning..pada saya..itu sekadar majlis, pakaian guru silat cekak pastilah warna kuning bagi guru utama..tak ade soal menunjuk mahupun berlagak..cuma dah tradisi mmg mcm tu..silat2 lain pon ade jugak..siap selempang dan kalo saya tak silap tgk siap ade medal lagik...tapi nak buat cemana..itu salah satu keramaian..bukanlah nak meninggi diri..sekurang2nya silat ini xperlu 4-5 calit untuk menjadi tentu ukur kehebatan seseorang pesilat..pernahkah kite terfikir kenapa cuma ade 3 warna belt sahaja dalam cekak hanafi? putih untuk ahli tamat..merah utk tenaga pengajar..dan kuning untuk guru utama..

maaf kalao saya tersilap kata..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2007 05:59 AM | Show all posts

Reply #344 hamidonn's post

Seperti Aikido aliran Yoshinkan, sebenarnya hakama itu bukanlah dipakai untuk menunjuk betapa terror seorang Aikidoka. Biasanya sensei yang bertanggungjawab barulah pakai hakama, tapi itu pilihan sensei Aikido sendiri. Ataupun semasa ujian kenaikan peringkat atau demonstrasi hanya pemegang tali pinggang hitam saja pakai hakama. Pemakaian hakama itu kelihatan segak, tapi kadang-kala pakai hakama sangat leceh sampai susah hendak tunjuk pergerakan buku lali. Itu sangat bahaya juga kalau buat latihan bebas atau "randori", kemungkinan besar perkara tidak diingini akan berlaku.

BTW, saya tidak akan memakai hakama kalau ada pilihan selepas memegang dan pertama.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2007 02:59 PM | Show all posts
Originally posted by sikomeng at 9-9-2007 11:45 PM
ASM.
sekarang ni keadaan sudah agak terbalik. Dulu, guru dicari, ilmu digali...murid akan akur pada guru. Sekarang, bukan guru tidak mahu mengajar. tetapi nak dapat murid yang betul-betul sifatn ...


Stuju dengan sikomeng, saya sendiri melihat masalah kelas nak bertahan ni berlaku di IPT tempat saya blajar. Makin lama saya kat situ, makin susut ahli yang stay. Yang register memula memang la ramai, tapi lepas dah start training makin berkurang. Macam2 alasan dah didengar, tapi yang amat mengecewakan bila alasan tak tahan sakit. Yang bagi alasan tu pulak bukan setakat bebudak pompuan malahan lelaki!   Selalu kitorang yang mengajar ni berbincang tentang cara2 nak meningkatkan ambila ahli baru setiap semester, tapi bila dah banyak sangat alasan diorang, segala strategi kitorang pun jadi abuk je   Bukan nak mengata, tapi kadang2 heran tengok, nape bebudak ni dah makin lembik?   Kalo time training kita wat lembut sket, diorang akan blah, alasannya silat ni lembut sangat la, x best. Bila kita keraskan latihan, pun lari jugak, alasannya x tahan sakit plak dah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2007 03:02 PM | Show all posts
Pasal budak2 cekak yang berlagak tu, maafkanlah diorang. Mungkin diorang masih baru, belum faham isinya, baru nampak kulit dah jadi tak tentu hala..   maafkanlah jugak kami tenaga pengajar, secara tak langsung rasa bertanggungjawab lak dengan bebudak yang jadi camtu, walaupun dah cuba sedaya upaya menerapkan nilai yang baik  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2007 11:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2007 05:34 AM | Show all posts
ASM.
Mau tidak mau, kita mungkin boleh melihat suasana semasa di tanahair sebagai sebab warga muda jadi "tak berdaya maju".

Masalah perangai ni bukan saja berlaku dalam bela diri, tapi juga dalam hal kerja, belajar, dan lain-lain lah. Bak kata orang lama,  "dah banyak lemak". Maklum saja, negara dah makin maju, duit dah makin mudah, hidup tak perlu lagi berfikir untuk esok...jadi secara perlahan dan tidak kita sedar, warga muda negara jadi lembik dan tak kental jiwa dan fizikal nya...apa tah lagi rohaninya...

Kita tengok pola masyarakat kita sekarang. Yang ramai membanting tulang empat kerat, sanggup bersengkang mata, kerah keringat, bersusah demi sesuap nasi...bukan lagi warga kita...tetapi orang asing yang datang mengali emas, mencanai perak, mengalas peti pukal kekayaan tanahair,...untuk dibawa pulang ke negeri dia. Orang kita...? ada di mana...? yang ramai mungkin di pusat tahanan, di pusat pemulihan, tak kiralah lelaki atau perempuan...

Warga muda kini leka. Mereka tak kenal erti susah, tak tahu erti jerih, tak nampak erti darah...

Bukan salah untuk meraikan merdeka kita dari susah dan payah. tidak juga jadi dosa kalau kita bangga dan gembira dengan kaya dan harta. Malah tidak juga jadi apa, kalau kita jadi tuan di negara sendiri. Tapi yang menjadi penyakit dan luka, ialah sikap kita...Sikap merasa diri sudah cukup, sudah selamat, sudah dari segala yang sudah...sedang perjalanan baru bermula, negeri entah esok tergadai pada yang lain,....siapa tahu...? Sedang warga muda ramai yang alpa, pantang ditegur, pantang disapa...

Kita perhati sikap warga muda di Universiti sekarang, jauh benar sudah berubah dari "pembawakan" orang yang digelar "Mahasiswa" dan "Mahasiswi". Kadang, ada yang kita boleh lihat perangainya tidak lebih dari budak sekolah rendah berumur 12 tahun...corak fikirannya, kematangannya, pandangannya tentang hidup dan mati, susun kata dan budi bahasanya, pakaiannya...tidak selayak kad matrik yang ada di dalam poket atau beg galas...mungkin ada yang akan marah atau terasa jika saya katakan demikian...tetapi inilah kenyataannya...pergilah kemana2 Universiti pun di Malaysia sekarang...golongan begini insya Allah ada.

Bagaimana mungkin manusia yang begini menampung amanah Allah Taala yang diberi nama BELA DIRI....

Sedang diri sendiri tidak terbela dalam suasana aman pun...apa lagi dalam suasana yang memerlukan...Membela itu kerja orang yang rela berkorban...berapa kerat warga muda sekarang yang telah mengorbankan dirinya untuk keluarga, bangsa apa tah lagi untuk Agama....? jadi tidak heran lah kalau hati mereka ditutup dari melihat Indahnya Bela diri itu..........

wallahua'lam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2007 09:12 PM | Show all posts
Banyak bertali pinggang hitam, tapi jurulatih sangat kurang. Mungkin di dalam dojo (atau dojang) sekadar seorang jurulatih, pasal itu ibupejabat dekat Jepun tak ada issue sijil tali pinggang hitam dan sijil jurulatih pada sama waktu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2008 12:54 AM | Show all posts
Sekarang ni Wong, jurulatih bukan tak nak mengajar. KAdang tu letih mengajar, hasil tak dak. Budak2 sekarang perangai pelik sikit. Ditegur tak boleh, merajuk. sakit sikit, marah cikgu. Cikgu herdik, murid mudah sangat terasa hati. Jadi bukan senang nakjadi jurulatih sekarang. Murid pulak bila dah pandai, gurulatih pun dia tolak ketepi...bab ni sedih beb...

tu salah satu sebab tak ramai yang sudi jadi guru sekarang...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 10:57 AM | Show all posts

Reply #351 sikomeng's post

ni laaaa

kita kena korporat kan silat nih

wat organisasi cantekk punya

cas dlm rm50 satu kepala

pastu siap senarai aktiviti tahunan n rancangan perkembangan pelatih

musti diorg takleh lawan tokeii punyaaa

hahahahaaa

aku leh jadi branch manager
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 06:28 PM | Show all posts
Sekarang ada sesetengah badan beladiri sudah menjadi korporat, mengaut keuntungan dengan beladiri. Kalau saya, saya lebih rela buka kedai jual buku, majalah atau DVD beladiri. Tapi kalau saya hendak jual nunchaku, sarung tangan atau bokken, saya tidak hendak ambil order banyak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 12:44 AM | Show all posts
Pelancaran laman web mengenai panduan dan tips dalam silat melayu di www.silatmelayu.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 01:01 PM | Show all posts

Reply #353 Wong Onn Yong's post

cantik idea tuan hamba tu

bila nak mula? hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 01:04 PM | Show all posts

Reply #354 adwim79's post

weh nampak macam website iklan jer?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2008 07:13 PM | Show all posts
Originally posted by ReuK at 17-3-2008 01:01 PM
cantik idea tuan hamba tu

bila nak mula? hehehehe


Terima kasih banyak banyak, tapi belum tahu lagi bila nak mula
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 11:48 AM | Show all posts
salam semua,
lama saya tak singgah sini. sekali masyuk seronok jugak baca.
nak tanya adwim, mat salleh yg ajar combat skill utk real life defence n street fight tu pakai MA apa?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 04:45 PM | Show all posts
betul jugak kata mat salleh tu, kebanyakkan dojo bertumpu pada sukan dan riadah semata. tapi in real life, selalunya tak berkesan apa yg dipelajari oleh student MA yg bersifat sport ni. saya pun masuk MA ni utk riadah dan senaman jer, nak kata sport pun bukan jugak, pasai MA yg saya buat ni tak dak competition. Yg ada cuma randori atau testing2 guna teknik ngan partner ikut suka hati. kawan tu dah biasa golek2 dan flip2, so kalu real life musuh tak leh jatuh punya teknik pun kawan tu akan tergolek dlm randori..

kerana perkara spt ini, saya pun tak konfiden kalu bertemu musuh sebenar in real life. kalu boleh diplomasi lagi bagus, kalu tak boleh, cuba2 la lari, kalu tak leh jugak, last resort cuba2 la pakai apa yg termampu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 05:38 PM | Show all posts
takat penagih dadah dan kutu punk tak der belajar MA sikit2 boleh la trick dia sebelum lari, tapi kalu jumpa orang MA lain especially pendekar2 silat, mmg saya bukak langkah seribu.... tak kira la depa nak kata pengecut ke.... so kalu kena kacau real life, tanya dulu opponent tu.. "..errr...awak ada silat/MA ker?"  kalu dia kata "Ada", tunggu apa lagi, ca alip but ler....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.081250 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list