CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cloud_hardcore

Seni bela diri-kongsi pendapat-

[Copy link]
Post time 17-2-2007 12:09 AM | Show all posts
ASM.
hal guna kaki atau tangan ni aku rasa dah lama juga, dan dah ramai juga orang yang bincang tentangnya. Bagi aku, boleh kata hampir kesemua yang orang kata tu ada betulnya, berdasar pada tahu, faham, latar belakang dan kebolehan masing-masinglah.

Kalau kita perhati betul-betul, pada hakikatnya tak ada seni bela diri yang tak akan memanafaatkan tulang empat kerat yang kita ada. Biarlah pada awal nya, pelatih akan didedahkan dengan berbagai "prinsip" pun, hujung cerita masing-masing tak boleh lari dari hakikat bahawa apa yang Allah Taala dah kurnia pada jasad manusia sekurang-kurangnya, ada guna, ada sebab dicipta dan ada manafaatnya..

Kalaulah ada yang berkata "guna tangan lebih baik dari guna kaki", harus dia betul kerana rujukannya. Kalau ada pula yang kata "guna kaki lebih baik dari guna tangan" pun sama begitu jugalah. Jadi sama ada kita nak guna kaki atau tangan atau kesemua kederat dan anggota bathin dan zahir, terpulang pada keupayaan dan kebolehan masing-masing. Yang jadi salah, ialah bila kita merendah martabatkan pengetahuan orang, dan merasa diri lebih baik...itu yang sebenarnya kita kena hindarkan.

Seorang pelatih bela diri perlu faham bahawa belajar bela diri ni bukan untuk bergaduh dll. tetapi untuk membaiki diri dan akhirnya mengenal dirinya siapa. Kalau semakin hari dia belajar, dia makin jauh dari sifat-sifat murni dan disiplin yang sepatutnya dia ada, maka tak kira sehandal mana, sekuat mana tangan dan kakinya bergerak, tak ada maknanya...

Bak kata orang, biar jadi resmi padi...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2007 07:52 PM | Show all posts
Originally posted by adwim79 at 9-2-2007 04:51 PM
It's interesting to read articles in leading martial artsmagazines about fighting or defending against more than one opponent.

Some of the authors make it sound easy. They claim that if you kn ...


Pernah diberitahu seseorang, ada lapuran sebuah akhbar tempatan sekitar tahun lepas berkenaan seorang hamba Allah yg hendak ditarik keretanya oleh sepuluh orang penarik kereta yg datang ke rumahnya dengan membawa besi dan kayu. Cuba diselesaikan secara baik oleh hamba Allah tadi, tapi kemudian diserang oleh 10 orang terbabit. Akibatnya, beberapa orang dari mereka patah2 dan yg lainnya tumbang. Rupanya hamba Allah tu tadi seorang guru silat, tak tau la pulak silat apa...

Cerita kedua... dari pengalaman seorang kawan saya, ketika sedang membonceng motosikal bersama seorang kawannya, tiba2 di kepung oleh 10 orang juga lelaki2 bersenjatakan kayu dan besi. Tanpa amaran, mereka diserang bertubi2 oleh 10 orang tadi, nasib baik dia pakai helmet, kata kawan saya, kalau tak, mmg benjol jugak kepala, apakan tidak, mmg dia tak tergerak pada mulanya serangan berlaku, cuma mampu menahan ngan tangan sikit2. Tapi setelah tak tahan diperlakukan begitu, kawan saya dan sahabatnya tadi pun bertindak balas dengan ilmu silat yg ada didada mereka (kawan saya cekak, yg sorang lagi tak tau). Akibatnya, kawan saya berjaya mematahkan tangan seorang musuh, kaki seorang lagi, manakala sahabatnya mematahkan tangan seorang lagi musuh. Bila 3 sangak dah tergolek, maka yg 7 lagi pun cabut lari.... demikian alkisah sikit sebanyak cerita yg mungkin ada kaitan dengan rencana di atas... Maknanya, kalau memang ada ilmu didada, at least sedikit sebanyak dapat jugak membantu menyelesaikan masalah sedemikian...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 09:47 AM | Show all posts
Wooww.Best baca post sikomeng dan windof..Kagum saya dengan skil cikgu silat tersebut dan kawan
windof.Tak penting dari mana perguruan yang kita pelajari,yang penting adalah ilmu tersebut sebati di dalam diri kita.Best pulak saya dengar lawan masing masing ada yang patah patah..Memang patut kena pun.Hehehehe..Windof,kalau jumpa kawan tuh,kata ada orang kagum dengan skil berlawan dia..Ahaksss..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 10:13 AM | Show all posts

Reply #83 adwim79's post

Kawan saya tu mula2 tengok memang tak sangka la, kecik dan pendek jer orangnya. Nampak macam tak der apa2 pun. Sekali kena baru tau.. Sure masa musuh2 tu mula kepung, depa ingat boleh lunyai ngan mudah budak kecik nih, alih2 depa yg lunyai...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 10:55 AM | Show all posts
Saya pun tak pasti macam mana saya akan re-act apabila berhadapan dengan situasi sebenar nanti.Bukan nak kata diri saya bagus,tetapi setiap hari saya akan melakukan mental simulation apa yang perlu dilakukan kalau berdapan dengan lawan.Benda nih saya lakukan even ketika berjalan ataupun duduk masa bekerja..Sama ada menjadi atau tidak for real life,itu atas izin Tuhan,tapi kenalah berusaha.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 12:11 PM | Show all posts

Reply #85 adwim79's post

emmm ni aku kasi tips yg aku baca dari ahli Jak's Kickboxing,

semua ahli baru yg join studio Jak Othman ni akan di ujibakat tumbuk beg pasir.. so dari observation diorg org yg slalu berlatih ngn tumbuk angin jer slalu nye "lembik"...

means beg pasir tu tak bergerak pon bila ditumbuk, ditendang..

jadi aku rasa bila kita tumbuk angin ni yg kita dpt ialah kepantasan, but lack of power.. so apa lagi.. gi carrefour ngn tesco cari beg pasir hehehehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2007 12:14 PM | Show all posts

Reply #85 adwim79's post

apakah mental techniques yg anda lakukan berasaskan ilmu yg dituntut atau self derived? Kalau yg dari guru, yg diselangi latihan2 kerap, besar kemungkinan anda dapat mengharungi situasi sebenar dengan tenang, tapi kalau yg dihasilkan sendiri, spt yg pernah saya buat suatu masa dulu, anda pasti tergamam dan kena adrenalin dump apabila berhadapan musuh sebenar, apatah lagi kalau ramai dan masing2 berilmu belaka. Kadang2 kita fikir kita sudah bagus dengan membuat teknik tumbukan dan tendangan kepada punching bag, patung atau pokok, lebih2 lagi pada angin, but one thing for sure, semua tu tak melawan balik. Tapi bila dah kena ngan ruas, baru ler kita sedar yg ilmu kita masih sebesar zarah dalam lautan. Itulah yg saya alami semasa cuba menggunakan ilmu2 self derived ni pada kawan2 saya yg mempunyai ilmu pertahanan diri spt boxing, silat pulut, tae kwon do dan cekak. Memang tak jalan... tumbuk sini dia tepis tumbuk sana dia brush off, angkat kaki baru seinci dah kena intercept, tangkap tangan dia, dia tangkap tangan kita balik...ha..ha...ha.. habis tu cam no?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 01:04 PM | Show all posts

Reply #87 windof's post

Dua dua saya buat.Tengok mood.Tapi yang pasti memang selalu berlatih sengsorang in addition to weekly training.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2007 02:15 PM | Show all posts

Reply #88 adwim79's post

Kalau begitu saya rasa tak banyak bezanya antara hang dan kawan saya tu, mungkin mula2 takat blocking jer pasai terkezut atau tergamam, bila dah naik sheikh tu, mungkin hang pun boleh patahkan tangan sangak2 yg cuba try hang...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 01:25 AM | Show all posts
ASM.
macam yang aku pernah kata dulu, teras bagi Ilmu bela diri ni ada empat iaitu; Kekuatan, kepantasan, ketepatan dan keseimbangan. Siapa yang dapat menguasai (bukan dikuasai) elemen yang 4 ni, maka dengan sendiri lahirlah apa yang kebanyakan orang panggil "seni". Sebab tu banyak orang akan rujuk Ilmu ni sebagai "Seni bela Diri", bukan sekadar "Ilmu bela diri".

Kalau kita tengok, dalam semua seni bela diri, elemen yang tradisional ialah LATIHAN. BAb berlatih ni macam makan nasi dan minum airlah. Kalau makan aje tak minum, boleh mati dan kalau minum aje tak makan pun boleh mati jugak. Maknanya kalau ada Ilmu tak berlatih atau berlatih aje tak ada Ilmu, sia-sia belaka...

Lepas satu orang pelatih tu menguasai seni, maka akan perlu pula empat elemen lain yang menjadikan apa yang dia kuasai tu "applied" atau sesuatu yang dia boleh guna bila-bila masa, di mana-mana, dalam apa jua keadaan. Empat elemen itu adalah; Pengalaman, kebiasaan, pengulangan dan penyerahan.

Elemen yang empat ni bolehlah kita cerita secara mudah gini:

Pengalaman - guru terbaik selain guru yang mengajar. Pengalaman pertama bergaduh atau diserang, selalunya akan dikenang sampai bila-bila...dan kalau lebih banyak pengalaman, selalunya tak timbul lagi masalah seriau, takut dll. ni. Pengalamanlah yang akan mengubah, membuka, menambah faham dan tahu seseorang tu dalam seni bela diri ni. Biasanya orang yang cukup berpengalaman, dia tak bercakap dah, cuma senyum aje bila ditanya...

Kebiasaan - Amat amat penting kerana bagi pelatih yang sudah biasa  berlatih dalam keadaan serius dan tidak dapat lagi dibezakan antara "latihan" dan suasana sebenar, maka apa saja yang datang pada dia di luar gelanggang, insyaAllah ditangani seperti latihan biasa saja. Dalam hal ini peranan guru adalah amat penting sekali. Murid adalah cermin guru. Kalu hendak kenal guru, lihat pada muridnya...

Pengulangan - Segala seni, segala apa yang dicapai dalam latihan tidak kekal...ia akan merosot, tanpa pengulangan yang kerap. Pengulangan inilah yang akan melahirkan "latah" atau "refleks" yang terbaik. Kerana itu bagi pelatih yang bijak, dia akan mengulang setiap apa yang dibelajar sehingga akhir hayat...Badan manusia ni mesin biologi yang amat hebat. Kemampuannya kadang tak dapat di capai oleh akal pun...

Penyerahan - Ada aku pernah dengar, cerita lama: Pasal seorang samurai tu tak mati-mati bila pergi berjuang. Orang lain mati, dia tak mati. Orang tanya apa rahsianya? Jawab Samurai tu senang aje "Mereka pergi ke medan perang untuk mengelak dari mati...kerana itu mati datang kepada mereka...Aku pula pergi ke medan perang untuk mati...kerana itu mati lari daripada aku".

Maknanya, dia pergi dengan persediaan bathin dan zahir yang tinggi. Kalau orang Islam, maknanya setiap kali kita berjalan, tiap kali kita ada di mana pun, buruk dan baik tu sentiasa ditangan Allah swt dan kita sentiasa dalam keadaan BERSEDIA. Lepas tu kita TAWAKAL serta YAKIN dan PERCAYA bahawa apa yang kita belajar, apa yang kita korbankan untuk mencapai satu-satu pengetahuan dan Ilmu tu, bukan sia-sia...

akhir kalam, tiap yang baik tu balasnya baik, dan tiap yang buruk tu balasnya buruk. Tewas tak bermakna kalah, menang tak bermakna juara....

gitulah lebih kurang beb

salam!
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 11:58 AM | Show all posts
ceh..syiol tul aku nie, gi tanye,pastu tak jengok board nie...sori my fren...

bagus betul korang nie, berlatih.aku sejak kuar u, takde berlatih2 silat. tapi aku ada sket macm adwim79 wat, try bayangkan kalau ada pergaduhan.even masa makan kat tepi jalan.

aku belajar cekak, so maybe pendapat aku bias sket, iaitu menggunakan lebih byk tangan.mmg ler kene guna kaki, nak lock bagaikan...

tgk  cite jet li, bile die hampir kalah kat sorang yg terer main kaki, die pergi main kat tempat sempit...susah sket org tuh nak attack. aku tak cakap kaki takleh attack langsung,susah sket jerk...

lagi satu mcm aku perna hcakap, org yg ajar martial art utk tentera negara mana ntah, if dah penat2 berlari dgn beg pasir 10kg, takkan terlarat nak angkat kaki...

tempat sempit, dalam lif, tempat terhad...atas motor, dalam kete...tangan lebih efektif...

kaki...kalau betul2 master...mmg fatal giller...mcm tomoi...power giller aku rasa...kagum.

ps: 1.aku tak kutuk martial aliran yg byk guna kaki k, jgn salah paham ;)
     2. sikomeng, seni silat, melibatkan kekuatan ke? sebab dgn seni le kite bleh kalahkan orglebih kuat dari kite..wondering jerk.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 07:15 PM | Show all posts

Reply #91 tuah_r's post

hahaha aku faham ko nyer pendapatan... mmg ahli cekak akan belajar ttg kelemahan besar bagi serangan menggunakan kaki..

tapi laa..bagi aku ada beberapa advantage kaki nih..

Power
kaki ni kalo hinggap kat muka betul2 tepat rasanya 2 kali ganda dari kena tumbuk
dan kalo yg mmg ahli kaki, kalo ditepis dgn menggunakan tangan rasanya lebam tangan kaki leh kena lagi
Pon kalo kita tengok sukan bola tampar ngn bola sepak, lagi power bola sepak kan?

Jarak
kaki ni panjang, berat so kalo bertempur ini satu cara terbaik nak elak dari kena tangkap dari dekat


Bagi aku disadvantage kaki ialah

Berat
Nak mengangkat mengahayun kaki dlm 10 minit pon dah berpeluh weh, kalo tak caya try laaa

Makan stamina
Kalo dah berpeluh tu mmg laa jwb nyer cepat semput.

Lambat dan senang dibaca
Uh oh tu yg suku sakat tuah_r ni suka maen ngn org guna kaki nih, korg leh tau bila dia nak menyepak, jenis sepak dan kaki mana nak sepak


Tapi aku tetap simpan dua jurus kaki.... just 1 shot khas utk pelipis dan anu
Jimat masa kalo kena,
kalo tak kena tau laa aku yg mamat ni tau MA hehehehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 07:19 PM | Show all posts

Reply #90 sikomeng's post

hoho :setuju:

tang nak dapat pengalaman tu laaa yg aliran Sendeng Malaysia pernah kena cop pendekar samseng.

Pantang tau ada ahli silat mesti ajak bertumbuk haaiiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 01:12 AM | Show all posts
ASM.
Aku rasa secara fitrahnya lah tuah_r, kekuatan ni asas kepada apa pun. Kalu bangunan nak kukuh, foundation kena kuat. Kalu kereta nak tahan lama, segala apa yang bina kereta tu kena kuat, kena tahan lasak. Kalu ayam pun, bila belaga, ayam yang kuat dan tajinya tajam, menang lah gamaknye

Kekuatan ni fundamental element. Dari situ lah datangnya berani dll. benda tu. Kalu orang lembik dan takut tu selalu orang kata "lemah semangat" dan kalu orang yang berani dan yakin, orang selalu kata "kuat semangat" budak ni. So kekuatan tu tak boleh tidak, kenalah ada dulu. Kekuatan ni  dilihat dari bathin dan zahir.

Seni memang boleh menewaskan musuh. tetapi hanya apabila seni telah diimbangi dengan kekuatan dan lain-lain elemen yang aku dah sebut dulu. Gitulah yang aku tau sikit sebanyak.

Kaki dan tangan memang ada kelebihan dan kekurangan. Bagi aku, elok kalau kita tahu kelemahan dan kekuatan tu supaya dalam keadaan yang memerlukan, kita tak "kehilangan" punca.

MAcam yang aku pernah kata, badan kita ni mesen biologi yang hebat. Tangan dan kaki contohnya boleh dilatih jadi "ringan" dan bertindak di luar batas yang biasa. Asal saja sistem latihan yang digunakan betul, insyaAllah ada manafaat.

Kaki boleh dilatih lebih pantas dari tangan dan begitu jugalah sebaliknya. Semua ni balik kepada teras; apa yang kita cari dalam Seni bela diri...kalau kita mencari musuh, musuh lah yang kita jumpa...kalau kita mencari kebenaran, kebenaran lah yang kita jumpa...kalau kita mencari banyak pelajaran, itu lah yang kita akan jumpa...tapi kalau kita mencari diri kita...kita akan dapat semua

salam !!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 08:13 PM | Show all posts

Reply #92 ReuK's post

Semasa bersembang dengan guru silat saya,dia ada mengatakan kita belajar silat bukan untuk tahu bertumbuk dan menendang.Kalau nak belajar bertumbuk,tak payaj susah susah masuk martial arts.Ini kerana orang tak belajar martial arts dah kuat menumbuk dan menendang.Cuba kita suruh budak darjah satu tumbuk muka kita,sakit tak? Mestilah sakit.Jadi,kenapa kita masuk MA?Jawapan tidak lain tidak bukan adalah untuk belajar TEKNIK mempertahankan diri.Kalau diikutkan,semua orang kalau menumbuk mesti akan rasa sakit.Cuma tahap kekuatan tumbukan adalah berlainan bagi setiap individu.Kita mengalahkan lawan bukan semata-mata dengan kekuatan tetapi digabungkan dengan teknik yang betul.Kalau semata mata tingkatkan kekuatan tumbukan dan t endangan,beli saja punching bag..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 09:35 PM | Show all posts

Reply #95 adwim79's post

saya rasa saya boleh bersetuju ngan pandangan anda dalam hal ni. yg penting dalam pembelajaran seni bela diri ialah teknik untuk mempertahankan diri dari serangan agar kita mahupun musuh tidak berasa sakit akibat tumbukan2 atau tendangan musuh yg menyerang. Sebaliknya cukup utk menundukkan musuh melalui kuncian atau pun penjatuhan yg sekadar memberi isyarat agar serangan dihentikan dan perdamaian boleh dijalinkan. Sekiranya teknik digunakan dengan betul, sepatutnya kekuatan tidak perlu digunakan langsung untuk menundukkan musuh, maka dengan ini jugalah sepatutnya saiz musuh bukan faktor kalah menang pertembungan.
cuma masalahnya semasa situasi sebenar, tak tau la samada teknik2 yg dipelajari boleh di aplikasikasikan secara otomatik atau tidak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2007 09:28 AM | Show all posts
reply sikomeng
ermmm...kekuatan mmg penting, tapi bukan tahap macam shaolin or tomoi...kalau tgh tak sehat, susah sket ler nak pertahankan diri.

reply reuk
sendeng...aku suke silat nie.among yg aku salute selain aikido and tomoi.aku takde simpan buah kaki ler reuk,ajau aku nnt 1

reply windof
yeah..belajar pertahankan diri.meminimumkan dari kene pukul and meminimumkan sakit, dan memaksimumkan kuasa pukulan, mematahkan serangan...tuh fizikal side ler, internally..sume org paham...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 10:58 AM | Show all posts

Reply #95 adwim79's post

ehmmm aku rasa ada yg tak kena ngn pendapat ko nih

masuk gelanggang utk blaja teknik semata2 tanpa praktis kekuatan sama cam pegang M16 kita tau caner nak tukar peluru, bidik sasaran, keluarkan kelongsong tapi bila menembak tak kena..

aku penah jumpa bdk yg baru laaa join MA nih kemain lagi nak cabar aku... layankan je laa

skill hebat, tendang atas bawah tumbuk berpusing2 badan pastu pantang dekat sket mesti nak kunci aku
tapi tu laa kena kat aku pong kena sket je, takde laa parah sangat pon last aku dpt leher dia grip halkum, jatuhkan dan gunakan keberatan aku untuk duduk atas dia

banding yg lagi sorang nih, dia kenakn aku skali jer.. terus aku angkat bendera putih sbb penumbuk keras cam batu pastu padu walupong dia tak laa berskill sgt

so aku rasa, teknik alone tanpa kekuatan tu kalo nak takutkan bebudak leh lah...2-2 mesti seimbang baru laaa best

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 08:18 PM | Show all posts

Reply #98 ReuK's post

Reuk, budak yg tumbukan padu tapi tak dak skill tuh, hang tak dak chance nak grip halkum dia ka?
Reply

Use magic Report

Sniper_Wolf7 This user has been deleted
Post time 26-2-2007 09:01 PM | Show all posts
Originally posted by ReuK at 26-2-2007 10:58 AM
so aku rasa, teknik alone tanpa kekuatan tu kalo nak takutkan bebudak leh lah


setakat teknik atau mahir sesuatu seni saja tidak mencukupi. seni bela diri yang berkesan adalah dalam diri kita. kita mesti menghayati dan memahami diri dan teknik yang bersesuaian dengan badan kita. Hayati seni bela diri itu dan niat untuk melancarkan serangan mestilah selari dengan tujuan kita. jika kita menyerang seseorang atas nama belatih tetapi hati kita sebenarnya hendak menunjuk kekuatan kita. maka segala usaha sia-sia saja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.079031 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list