CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Daulat Raja, Betul atau Mitos?

[Copy link]
Post time 24-2-2007 06:34 PM | Show all posts
Muhamad di panggil dengan nama sahaja


takde plak kita nak daulat kat Nabi kan kan kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2007 07:56 PM | Show all posts
Originally posted by thamrong at 24-2-2007 06:30 PM
.....Islam tidak membenarkan sistem kasta dimana manusia di asingkan kapada gulung elit yang kebal dari sebarangn kesalaham dan rayaat yang sengaja di ibarat hamba yang wajin menyembah takhta. Pemerintahan Islam tidak ujud sebarang sistem klas atau casta....


You took the words out of me mouth..  Somewhere here I read a forumner pride about the fact that there is no caste in Islam.

My take on this is if you are a leader you bear certain extra responsibilities such as being just, examplary etc. If you perform well then God's bounty would multiply accordingly. Nothing supernatural or extraordinary......

This trend of thought about keturunan vis-a-vie diorang bawa seseorang  dari Minangkabau untuk menjadi raja di sini adalah kesinambungan minda yang telah disetkan dari zaman dulu lagi. Kata mereka, mereka ini berketurunan Alexander The Great /Iskandar Zulkarnain dan mempunyai link terus ke Nabi Muhamad as dan Nabi Ismail. as. Diantara Alexander dan Raja Sunan pula ada beberapa keturunan. :hmm: . (Tentunya masa zaman Hindu mereka mengaku Tuhan!) Raja Sunan dikatakan Raja India yang telah pergi berkahwin dengan anak Raja Dibawah Laut (Kingdom of Basram). Anak2 dia timbul kebumi...ada cerita mereka turun dari kayangan ke bumi di Bukit Siguntang....blah....blah... Sang Sapurba menjadi Raja Minangkabau. Saya kira cerita2 sebeginilah yang menjadikan mindset rakyat Minangkabau. Dahlah mereka jarang2 melihat raja mereka...mungkinjuga bagi membangkitkan aura misteri.

Kalau dikaji secara sejarah, asal usul kesultanan Minangkabau secara detail telah ditelan zaman. Yang ada adalah kesan2 Raja Adityavarman yg berketurunan Jawa- Sumatra sebagai pengasas dinasti Minangkabau di sekitar 1347AD.

Sejarah Indonesiapun ( Ref: Indonesian Heritage - Early Modern History)  telah berpendapat bahawa pengakuan keturunan ini dan link2 terus ke Tuhanlah yang menyebabkan pergerakan Refomasi Islam untuk menyingkir mereka. Kekuasaan mereka adalah hanya dalam perkataan2 yang di guna khas untuk diraja. Iskandar Zulkarnainpun la ni berkemungkinan besar bukan Alexander The Great!

[ Last edited by  hamizao at 24-2-2007 08:06 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 10:06 PM | Show all posts
Hanya Raja Cacing tahu seorang manusia berdaulat atau tidak...nanti!
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 09:21 PM | Show all posts
terpulang kepada pendapat saudara2 semua. Kita semua ada pendapat masing2. Cuma saya percaya daulah itu milik Allah dan diberikan kepada Raja/Sultan untuk menyebarkan syiar Islam. Di zaman dahulu, para pendakwah Islam dtg ke nusantara, siapakah yg dahulu di cari untuk diislamkan? Bagaimanakah sebuah kesultanan Islam dibentuk? dari rakyatnya atau sultannya?

Sultan dan kesultanan itu sendiri due maksud berbeza. Wallahuallam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 09:33 PM | Show all posts
saya ni lebih mementingkan sejarah Raja/sultan di zaman dahulukala. Yg kite sedia maklum tabiat sultan/raja di zaman sekarang ini byk dah menyimpang. Tapi daulah kesultanan itu saye percaye masih ade, bukan pada 'Sultan tp "kesultanan'.

saya tak setuju dengan pendapat bahawa Raja/sultan dahulu tidak menyumbang di dalam penyebaran syiar Islam di nusantara. kaji balik sejarah lama. Ada sultan2 ini yg diketahui wali Allah. Tentang Sultan Mahmud, jgn kerana nila setitik rosak susu belanga, semua yg berlaku ade hikmah disebaliknya. Adakah semua sultan kejam,jahat seperti die? Takkan kita nak kate Nabi Sulaiman tu kejam ye tak?Raja segala Raja/sultan dan juga sultan/raja dari titisan darah Ahlul-Bait.

Tentang sejaraj kesultanan di nusantara, semuanya berhubung kait. Mengapa kitab sejarah2 nusantara hanya tinggal berapa kerat sahaja? Takkan sedikit sangat? Masih banyak lagi kitab2 lama di tangan penjajah sana. Jadi tak mustahil ada sejarah yg digelapkan. Abdullah Munsyi byk menceritakan keburukan dan kezaliman Raja/sultan2 melayu, Tahukah anda die juga yg menafsirkan Bible ke dalam Bahasa Melayu?

Terpulang kepada saudara2 semua. Masing2 ada pendapat sendiri, berbincangla secara baik,jangan dikutuk atau dicaci sesame melayu.

Kembalikan mim kepada Melayu

[ Last edited by  shidie27 at 6-3-2007 09:34 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 08:02 PM | Show all posts
Originally posted by shidie27 at 6-3-2007 09:21 PM
terpulang kepada pendapat saudara2 semua. Kita semua ada pendapat masing2. Cuma saya percaya daulah itu milik Allah dan diberikan kepada Raja/Sultan ........


Tak salah mempunyai pendapat sendiri .............memang itulah yang kita bincang2kan disini.................Kalau ada makluman kita kongsi bersama. Penerimaannya ...itu soal masing2.

Berkenaan dgn hal yang di atas, sy berpendapat bahawa faham/intepritasi begini  ada persamaan juga dgn zaman khalifa2 Umayyah lagi. Untuk memuliakan lagi kedudukan mereka, mereka telah mengguna  gelaran 'caliph of God' seolah2 ia di lantik oleh Tuhan. (Barang diingat Abu- Bakr bergelar khalifat rasul Allah - 'caliph of the Messenger of God' ). Dgn bersandarkan ayat Quran berkenaan Nabi Daud mereka mengandaikan seolah2 kedudukan/darjat seorang khalifah lebih tinggi dari malaikat dan nabi. Ada cubaan untuk membantah kegunaan gelaran ini tetapi tidak berjaya seperti....diadakan cerita  Abu-Bakr sendiri telah enggan menerima gelaran itu. Pihak khalifah2 Abbasid pula tidak mengguna gelaran ini tetapi mereka menerima gelaran2 yang membayangkan bahawa mereka dilantik oleh Tuhan. Gelaran2 seperti amiral-mu'minin - 'commander of the faithful'/ 'prince of the believers' diguna bersandarkan ayat2 Quran (4.59/62)

Cara penggantian khalifah juga telah diolah masa zaman Umayyah. Sebelum itu, khalifah dilantik diantara mereka yang berkebolehan.............ini adalah cara  tribal Arab normad. Existence diorang bergantung kepada ketua yang efektif. Begitulah caranya apabila Umar di lantik oleh Abu-Bakr. Umayyah  pula telah berjaya melantik khalifah mengikut keturunan.

Besar kemungkinan idea itu adalah politik mereka semata2. Kita fikirkan bersama...............:hmm:

[ Last edited by  hamizao at 9-3-2007 11:16 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2007 03:47 AM | Show all posts
bagus penerangan hamizao..
cume sy rs ade hikmah dr segi keturunan ni. kenape allah menyuruh kite menjage keturunan kite dgn jaga hubungan laki dan perempuan? Beri makan keluarge dgn rezeki yg halal.. tp terpulang kepada diri sendiri gak. iman kite bkn ditentukan oleh keturunan cuma kite dpt sedikit keistimewaan dr keturunan kite. Ade yg menggunakan keturunan sbgai politik semate. Ade jugak yg dapat keistimewaan keturunan mereka dr segi pembelajaran agama mereka. Bg sy, keturunan seseorang itu ade kelebihannya yg diberi oleh Allah sbg hadiah kerana nenek moyang mereka yg beriman kepada Allah tp tepulang kepada diri sendiri untuk menjaga dan beriman kepada Allah.

tentang kasta ni mmg sy setujulah. memang didalm islam tidak ade kasta tp ade tarif tentang sejauh mana keimanan seseorang itu kepada Allah dan cume allah sahaja yg tau sejauh mane keimanan kite. Dr sini ade keistimewaan yg Allah beri kepada sesiapa yg dikehendakiNYA. Kite ini adlah makhluk yg istimewa jadi dimane terletak keistimewaannye?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2007 07:48 PM | Show all posts
sy baru teringat satu cerita..

Dato' undang sg. ujong telah pergi ke satu majlis di Johor, yg dihadiri Sultan johor, bile dieorang nak menyambut ketibaan Sultan Johor je, payung kuning semue tak bleh bukak, ade yg patah tibe2.. Semua ni disaksikan sendiri oleh kawan sy. Ni dikatekan daulah pade yg Haq atau ape ni?Hanya Allah yg mengetahui. Ape specialnye Dato' undang sg. ujong ni? Bukan top pun dibandingkan Yam Tuan n9 Pak jep tu atau lain2 sultan di Malaysia. Dlm perjanjian merdeka, siape yg sain pertama sekali perjanjian tu?

Aku pn tak tau kenape aku nak cite.. saje tergerak nak cite jer.. layankan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2007 08:04 PM | Show all posts

Reply #207 shidie27's post

Sy berpegang kepada Islam sebagai  ugama universalist di mana semua penganut adalah bersaudara..berdiri sama tinggi..duduk sama rendah. Apa2 keistimewaan atau status yang di utarakan kpd mana2 pihak terutama sekali raja, adalah satu inovasi yg telah meresap masuk .......termasuklah fahaman 'daulat' yang melibatkan perkara2 supernatural. (Boleh refer balik pada perbincangan yang lalu).

Dari sejarah Islam pula sejak zaman Abbasid lagi, kritikan utama terhadap Umayyah telah diberi.....khalifah telah di tukar kpd 'mulk' - kepunyaan...kingdom....dan terajunya diwarisi turun menurun. Ini bukan fahaman Islam tetapi idea Arab. (Kalau sesiapa tak setuju , boleh tolong jelaskan, eh). Idea turun menurun ini  adalah juga idea yg diutarakan oleh puak Syiah. Mereka berpendapat keluarga Hashim mempunyai 'kuasa istimewa' yang membezakan mereka dari orang2 lain. Faham ttg menurunkan 'kuasa istimewa' ini kpd ahli keluarga adalah sebenar2nya suatu fahaman Arab! Malangnya  Abbasid juga menyimpan kuasa khalifah dalam keluarga mereka

Ramai diantara mereka2 yang memberontak masa awal zaman Umayyah dulu adalah dari Arab Selatan atau Yemen yang mempunyai sejarah lama dgn 'divine kings'

Faham ini juga kuat dikalangan orang2 Parsi yg sy percaya sedikit sebanyak membawa pengaruhnya sampai ke India. Hence you see the same idea existed amongst the Hindu god-kings. Nak ikutkan, faham Parsi juga yang telah membuat khalifah amat terasing dari orang2  Muslim biasa....banyak upacaranya di istana. Sy teringat seorang forumner berkata, "Istana adalah tempat larangan".

...cume sy rs ade hikmah dr segi keturunan ni. kenape allah menyuruh kite menjage keturunan kite dgn jaga hubungan laki dan perempuan? Beri makan keluarge dgn rezeki yg halal..


Pada sy,' it is also to inculcate the required mental state' yang akan menguasai segala perbuatan kita....

Tu sen sy......

[ Last edited by  hamizao at 16-3-2007 08:11 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2007 08:21 PM | Show all posts
bg pendapat sy semue manusia juga adalah same tp yg membezakan mereka adalah tahap keimanan mereka. Anda percaya atau tidak anda sedikit sebanyak ade mewarisi sifat nenek moyang anda? Sedangkan sakit pun bleh diwarisi. Berbalik kepada solan saya, Allah menjadikan manusia dgn keistimewaan tp di mana terletak keistimewaan itu? Allah menjadikan manusia bukan sia2, sudah tepilih di antara mereka menjadi pemimpin. Cuma mereka perlu tahu jalan yg benar untuk memimpin. Kenapa tak semua org jadi cikgu?doktor?ahli falsafah?Pemimpin?Kalo semua manusia sama? Manusia hanya sama dr segi jasad mereka. Apa yg membezakan mereka?

Boleh saudara takrifkan supernatural?Israk dan Mikraj itu supernatural jugak ke?
Istana tempat larangan?Jadi guru2 agama ni tadi camne sebarkan dakwah Islam mereka kepada Sultan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2007 11:15 PM | Show all posts
ape ape pun sy tabik hamizao,
anda rajin mengkaji. teruskan usaha anda
hope saudara kaji dari byk perspektif dan tulisan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2007 04:36 PM | Show all posts
diorang nih dulu byk pakai makhluk halus...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2007 12:53 AM | Show all posts

Reply #211 shidie27's post

Aiee...lama tak ke sini.
Salam, shidie........bukan apa..Hami juga ingin mencari pengetahuan dan masih mencari....:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2007 04:08 PM | Show all posts

Reply #210 shidie27's post

bg pendapat sy semue manusia juga adalah same tp yg membezakan mereka adalah tahap keimanan mereka. Anda percaya atau tidak anda sedikit sebanyak ade mewarisi sifat nenek moyang anda? Sedangkan sakit pun bleh diwarisi.


Argumen saya bukan berkenaan apa yang di warisi dari nenek moyang seperti dari kod2 DNA ke apa dan sebagainya. Argumen saya lebih kepada tajuk thread ini. Misalnya taat setia, penghormatan dll yang diberi kpd ketua, raja dan lain2 pembesar negeri yang ada kala meletakkan seseorang ketua di atas persada atau takhta adalah sebenarnya inovasi manusia. Ini adalah satu cara organisasi masyarakat yang juga mengalami evolusi dari masa ke semasa. Saya tak mahu mencampur adukkan argumen ini dgn theology hanya apa jadi kepada sesaorang itu adalah 'pilihan' masing2.

Berkenaan daulat yang dikaitkan dgn kuasa2 supernatural..... dalam pencarian saya menimba sedikit sebanyak pengetahuan ttg pemikiran politik, falsafah ataupun theology Islam, belum pernah menemui terma "daulat/daulah" (sungguhpun dikatakan dari perkataan Arab) seperti yang dimaksudkan oleh ramai orang2 Melayu. Mungkin saya belum katam!!

Dulu lagi Sultan2 yang dilantik oleh Khalifah sebenarnya adalah "war-lords" ........kalau di zaman sekarang kita pangil ketua gangster....heheh!   Dalam Bahasa Arab 'sultan' bermaksud autoriti/kuasa. Kekadang Khalifah juga dipanggil sultan. Mereka berkuasa kerana kebolehan militer mereka bukan kerana berhak ke apa. Khalifah tiada kebolehan untuk menentang mereka jadi ia terpaksa  bersekutu dgn mereka. Mungkin kerana inilah mereka beranggapan pemerintahan mereka sah...punya legitimisi.  Perlantikan mereka adalah semata2 untuk hal2 militer dan urusan administrasi di kawasan yang ditentukan....tiada basis keugamaan.

Soal pengganti sultan .....orang2 Arab tiada undang2 'primogeniture'...asal dalam keluarga sudah mencukupi. Jadi war-lord2 dari Asia Tenggah pula memang punya susunan keluarga yg dapat menyatukan keluarga buat 2-3 generasi tanpa masaalah. Pihak Seljuk , Mamluk ....juga punya  cara mereka. Tidak hairan juga tiap 'war-lord' ada mempunyai orang yang pandai2 untuk menuliskan peraturan2 untuk pengurusan mereka dan kebanyakan juga untuk mengokohkan lagi kepentingan mereka sendiri.

Masa zaman dahulu kuasa Sultan2 memangnya kuat kerana kebolehan militer mereka. Namun apabila kekuasaan mereka berkurangan adakah mereka memperolehi cara2 memelihara kekuasaan mereka dengan cara2 yang lain?

[ Last edited by  hamizao at 3-4-2007 04:14 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 12:25 PM | Show all posts
bertuah manusia yg tepilih jd raja ni....buat le dosa byk mana pun tp rakyat tetap mendoakan kesejahteraan mereka ni....ko bayangkan setiap kali sblm sembahyang jumaat..akan ada doa untuk sultan....
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 10:46 PM | Show all posts
bagi aku... yg membezakan darjat manusia adalah iman dan ilmu...

kalau zaman dulu, raja2.. anak2 raja, ada tutor persendirian. berbanding ngan rakyat biasa, pembelajaran ilmu2 baru amat kurang. raja2 nie x yah buat kerja lain.. mcm2 ilmu boleh belajar - mungkin zaman dulu popular ngan ilmu metaphysic... so, bab tu aa diorg belajar utk kesejahteraan rakyat dan mempertahankan agama.

skarang nie... mmm mungkin ada sestengah raja yg still mengamalkan/memiliki ilmu2 tersebut. skarang nie raja2 mcm dah x de function je (pendapat aku) - so ada daulat ke, x de daulat ke, sama je... kengkadang, nak gak aku tengok raja2 nie bangkit membela rakyat dan agama... kalau ada ilmu, x praktikkan, ilmu tu akan hilang dan x berkembang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2007 02:27 AM | Show all posts
DAULAT ADALAH MITOS SEMATA-MATA.
Gamaknya adalah sama seperti cerita didalam hikayat-hikayat lama yang banyak dipengaruhi adat budaya hindu untuk mempengaruhi rakyat-rakyat (yang pada masa itu hidup ditakuti pontianak ataupun langsuir) supaya hormat dan tidak melawan raja mereka.
Daulat pada zaman ini = c'monlah... raja anak beranak yang aku kenal hanya ketua agama islam pada nama, mereka juga manusia biasa, minum arak, berjudi dan gay.

TUANKU, AMPUN MAAF PATEK HARAP DIJUNJUNG. HAMBA CUMA INSAN BIASA. JANGAN LASER PATIK DENGAN KUASA SUPERMAN TUANKU.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2007 09:28 AM | Show all posts
Pelihara daulat raja Melayu

IBARAT rumah siap, pahat masih berbunyi. Itulah halnya dengan isu perlawanan akhir Piala FA antara Kedah menentang Perlis di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 30 Jun yang lalu.

Isu Tuanku Sultan Kedah terpaksa berjalan kaki lebih dua kilometer dan Raja Perlis terpaksa membonceng motosikal harus dijadikan pengajaran.

Dalam kesesakan kenderaan, baginda yang berumur 79 tahun dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, terpaksa berjalan kaki di celah-celah kesesakan sambil menghirup asap kenderaan, apakah selayaknya baginda diperlakukan sedemikian?

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Polis Diraja Malaysia, kerajaan negeri Pulau Pinang, Persatuan Bola Sepak Kedah, Persatuan Bola Sepak Perlis dan pihak berkenaan seharusnya memikul tanggungjawab ini tanpa menyalahkan antara satu sama lain.

Diambil contoh, perlawanan separuh akhir Piala Malaysia pada tahun 2005 antara Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) menentang Perlis, bagaimana seorang pemain bola sepak MPPJ boleh diberikan layanan seumpama raja. Harris Safwan Kamal yang kini pemain bola sepak UPB Myteam FC telah diterbangkan dari Kuala Lumpur ke Perlis untuk bermain di dalam perlawanan tersebut.

Beliau boleh mendapat layanan yang sebegitu rupa, mengapa Tuanku Sultan Kedah yang merupakan payung negeri dan juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong sanggup diperlakukan sedemikian rupa?

Alasan kebanjiran kenderaan dan penyokong di luar dugaan ramainya sehingga menyebabkan kesesakan sama sekali tidak boleh diterima.

Apa-apa alasan juga langsung tidak boleh diterima apabila ia melibatkan satu bentuk penghinaan terhadap seorang raja Melayu yang berdaulat.

Semua pihak harus mengambil iktibar daripada insiden ini agar ia tidak lagi berlaku pada masa hadapan.

Cukuplah sekali dalam sejarah negara Malaysia seorang raja diperlakukan sedemikian. Semoga tiada lagi pihak yang berani mempersendakan raja-raja Melayu pada masa akan datang sehingga bila-bila.

Saya mencadangkan agar seharusnya setiap negeri memiliki sebuah helikopter sendiri untuk kegunaan rasmi sultan, raja serta Menteri Besar. Atau paling tidak untuk majlis-majlis seperti ini seharusnya pihak terlibat menyewa helikopter bagi kegunaan baginda sultan agar daulat baginda tidak tercemar.

Sama-samalah kita memelihara daulat raja-raja Melayu kerana mereka adalah payung negeri, tempat rakyat menumpang teduh.

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 07:06 PM | Show all posts
Originally posted by Mrgorgon at 5-4-2007 12:25 PM
bertuah manusia yg tepilih jd raja ni....buat le dosa byk mana pun tp rakyat tetap mendoakan kesejahteraan mereka ni....ko bayangkan setiap kali sblm sembahyang jumaat..akan ada doa untuk sultan....


aku kalau masa doa kat agong ngan sultan masa semayang jumaat aku tak angkat doa,rasa
macam dah masuk politik pulak sebab dlm doa tu kata sultan mentadbir negeri,padahal yg
mentadbir negeri menteri besar atau ketua menteri.sultan makan tido je,cuma simbol je.
aku tengok banyak orang lain pun tak angkat doa,malah yg haji pun tak angkat doa,mungkin
diaorang tak setuju kut  
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 10:12 PM | Show all posts
Originally posted by thamrong at 23-11-2006 05:20 PM
Cerita Si Mahmud mangkat dijulang ni satu methos saja. Cerita ni telah diputar belitkan oleh para penulis sejarah kerana untuk menjaga nama baik Mahmud. Cerita sebenar yang berlaku kita boleh dap ...


perhatian majepahit adalah dari kerajaan jawa... bukan melayu ... sampai sekarang nie org jawa suka homosexs nie ... huhuuhu..tengok saja contoh terbaik YASMIN AHMAD (dia pun jawo)

[ Last edited by  duri_mawar at 5-7-2007 10:14 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.183856 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list