CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Daulat Raja, Betul atau Mitos?

[Copy link]
Post time 25-11-2006 01:17 AM | Show all posts

Reply #18 sayangidaku's post

ayangidaku's
Ayahanda ku pernah berhidmat di Pengerang di muara sungai Johor, hampir dengan Johor lama pusat empayer Johor-Riau. Sesekali aku pulang pernah dengar cerita sumpahan ni dan  bincang dengan penduduk setempat   tetapi tiada seorng pun dapat mengesahkan. Jadi saya angap perkara ni satu cerita karut(hearsay aje).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2006 01:54 AM | Show all posts

Reply #11 sikomeng's post

Kalau kita tengok peristiwa Demang Lebar Daun di Bukit Siguntang, Palembang, peristiwa janji antara dia dan Sang Utama Sri Tri Buana jelas perjanjian tu menyatakan apa yang boleh dan apa yang tak boleh bagi Raja dan rakyat. Siapa melangkah sempadan masing-masing, akan terima padah daulat lebih besar dari Allah SWt. Itu jelas. Kerana janji itu dibuat atas nama Allah, oleh golongan yang amat terpilih, maka tak hairan kalau Allah kurnia daulat pada depa ni semua.

Cerita Demang Lebar Daun Bukit Seguntang ni cerita dongeng aje bukan historical materials- juga putri gunung ledang, singapura di langgar todak. Kalau di kaji Hikayat Melayu ni  tak silap ada 20 jenis versi. Ada macam-macam berchanggah dan banyak sangat mitos2  dan elok saja dijadikan bahan sastra untuk penglipur lara. Cerita-cerita dongeng ni diturunkan keberapa generasi dengan cara oral dan di nanyi kan saperti syair. Memang enak di dengr tetapi sudah hendak dipercayai. Di barat pon ada cerita2 dongeng saperti ni umpama KIng Arthur dan Camelot.........:hmm::hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 02:32 AM | Show all posts
hmm...yg sikomeng kater tuh ader betolnyer juga...allah akan memberi keistimewaan kepada setiap pemerintah.....hmmmm...kalau raja tu adil so dpt lah balasan yg baik....kalau dier zalim plak dpt lah balasan yg teruk....hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 10:42 AM | Show all posts
Originally posted by thamrong at 23-11-2006 05:20 PM
Cerita Si Mahmud mangkat dijulang ni satu methos saja. Cerita ni telah diputar belitkan oleh para penulis sejarah kerana untuk menjaga nama baik Mahmud. Cerita sebenar yang berlaku kita boleh dapat ...



source from??
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 10:53 AM | Show all posts
Sememang nya dari dulu kita sering mendengar cerita yang enak-enak saja dari kesultanan Melayu. Cerita sebegini selalu didendangkan dalam telinga kita. Ada perkara2 tahyul yang disampaikan dengan tujuan tertentu saperti sumpah raja kalau menderhaka dan juga kuasa mistical raja i.e. daulat.Isu ni sengaja di buat khusus untuk mendapatkan 100% loyalti rayaat. Sistem kesultanan Melayu usul asalnya diwarisi dari pemerintahan Sri Wijaya yang mana penuh denga pengaruh Hindu (Sistem Chola) yang mana penasihat2 terdiri dari kaum Bramin. Mereka adalah gulungan cerdik pandai dalam   manepulasi politik istana termasuk memperdayakan rayaat bahawa sultan itu berdaulat dan demigod keturunan dewa2 yang mempunyi sakti. Pengaruhnya boleh mendirikan atau menjatuh kan satu2 individu dalam kesultanan Melayu termasuk juga sultan sendiri.Satu cara yang digunna ialah meracuni atau santau mana orang yang tidak disukainya. fraticide dikalangan gulungan raja berlaku dimana-mana. Point ini say amat setuju dengan teman foramist Sangsaka.

Realitinya Sultan Melayu ni amat autokratik dan kebanyakannya amat zalim. Contohny saperti yang di tulis olah Munshi Abdullah.

.....hukuman atau perentah yang di letaknya atas rayaatnya itu semata-mata dengan hawa nafsunya sahaja, sapert orang yang dikasehinya direngankan hukumannya, dan orang yang dibencinya diberatkan; dan lagi kalau bagaimana jahat atau anianya anak raja atau keluarganya keatas rayaat dan negeri, dibiarkannya dan disembunyikan....

Apabila Raja-raja it menghendaki baik anak-anak perempuan atau barang suatu benda rayaatnya, di ambilnya sahaja dengan tiada sasuatu kesusahan atau takut pada Allah....Jikalau anak raja itu lagi kechil , dicarinya anak-anak perempuanyang kechil menjadi kawanya bermain,dan tatkala sudah besar anak raja itu disediakannya gundek, dan diberinya keris akan dia , maka orang-orang negeri pun memberi hormatdan takut akannya sebab anak raja, maka barang kehendaknya diperbuatnyalah keatas rayaat, maka sekelian rayaat itu pun tiadalah menegahnya. Maka bapanya itu pun melawan anaknya bermain judi dan menyabung; kalau tiada wang diberi wang.......

.....itu sebab dzalim dan aniaya perentah raja-raja, berlebeh-lebehan diatas segala rayaatnya sehingga hati rayaatnya itu menjadi sa'umpama tanah yang tiada berbaja lagi....


Sini kesannya amat jelas sekali kerana  rayaat mengambil sikap fatalistis dan berserah saja kapada tuhan. Kesungguhan untuk menjadi manusia merdeka dan berusha untuk memperbaiki diri saperti berniaga dan mencari ilmu pupus sekali.


Pernah saya memperkata Melayu mempunyi 'Slave-mentality'. Ini bukan untuk menghinakan bangsa Melayu. saya sendiri orang Melayu tetapi untuk menyedarkan bangsa kita..Jangan kita hidup dalam kegelapan dan jahil kerana takut membahas perkara di atas saperti 'apa itu daulat'...

  ......segala rayaat yang dalam negeri itu, masing-masing kedudukannya itu saperti abdijuga adanya, sebab segala itu menurut adat yang jahat-jahat dan bodoh itu. Maka jikalau sekali pun ia hendak melepaskan adat-adat itu, tidak berani ia......


:hmm::hmm::hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 11:19 AM | Show all posts
mitos je sume tuh...tak pun raja2 melayu nih banyak bela hantu raya..tuh ade power special tuh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2006 11:26 AM | Show all posts

Reply #24 topeng perak's post

" He was a great sodomite......" Petikan dari halaman muka surat 49 A history of Johor R.O. Winstedt.The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society No.6. Sejarah Johor karangan Haji Buyong Adil DBP tidak jelas cuma mengatakan sultan ni pelik dan ganas saja. Munkin takut hendak manyatakan kebenaran.......

Ada lagi tulisan tentang perkara ini tetapi saya tidak simpan dan ingat rekodnya.:hmm::hmm:

If you are pursuing untuk mencari kebenaran 'I wish you good luck' . Salam.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 11:28 AM | Show all posts
raja2 zalim tu mmg ah....
macam mana pon dolat tuh masih ada
wa terbaca nih kat forum sinun
sama tajuk......


Baca apa dari jawapan yang first tu, dia tak percaya dengan concept daulat dan lebih anggap daulat ni sebagai mitos dan 'daulat' tu direka reka untuk menunjuk kan kuasa Raja. Answer yang kedua dia percaya dengan konsept daulat. Tapi dua dua jawapan yang Syd bagi tu tak menjawab soalan aku.

Sebelum aku bagi answer pada soalan yang aku bagi semalam, biar aku cerita sikit pasal Sultan Mahmud Mangkat Dijulang yang dikatakan homosexual ni. Sultan Mahmud adalah Sultan Johor terakhir dari keturunan Sultan Melaka. Lepas tu terputus lah keturunan Kesultanan Melaka kat Johor. Memang ada beberapa tulisan yang cerita pasal Sultan Mahmud ni seorang Raja yang zalim. And dia ni gila sebenarnya.

1. Diceritakan yang Sultan Mahmud ni bini dia jin. So, bini dia jin ni dah ikat nafsu dia untuk suka perempuan dari kalangan manusia lah. So, tu sebab dia ni tak ada nafsu kat perempuan and beralih pula pada lelaki (refer buku Tahfatu'l Nafis tulisan Raja Ali Raja Riau).

2. Sultan Mahmud ni jadi Sultan masa dia baby lagi. Tapi pemerintahan masa tu Tun Abdul Jalil yang buat lah. Dia membesar sebagai Sultan and memang zalim giler. And dia ni bengis and garang. And dia suka bunuh orang suka suka hati dia saja. Juga diceritakan yang Sultan Mahmud ni suka main dengan anak anak pembesar dia yang laki laki... kira budak budak muda lah. (cari buku A New Account of The East Indies by Alexander Hamilton yang datang belayar kat Johor tahun 1965).

3. Dalam Hikayat Melayu ada cerita macam mana Sultan Mahmud belah perut bini Laksamana Megat Seri Rama yang makan nangka dalam area istana dia. Tu aku kata Sultan Mahmud ni gila... dia belah perut bini Laksamana sebab nak tengok macam mana rupa baby yang mengidam buah nangka. Tak ke bodo namanya?

So, dalam tulisan hikayat dan buku buku yang aku bagi contoh atas ni jelas menunjukkan yang Sultan Mahmud ni seorang Sultan yang zalim. Bukan setakat zalim, tapi dia ni gila dan bodo. Bendahara Tun Abdul Jalil dengan pembesar istana lain pernah nak turun kan takhta Sultan Mahmud ni atas alasan seorang tu tak boleh jadi Sultan kalau dia gila atau murtad. Tapi masalah nya dia tak ada zuriat.

Jadi macam mana daulat Sultan yang zalim macam ni still ada? Itu soalan yang aku tanya sebelum ni.

Balik pada posting aku sebelum ni pasal 2 jenis daulat

1. Daulat tidak bersandar
2. Daulat bersandar

Boleh kata kan daulat tak bersandar ni tak wujud lagi. Perjanjian antara Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba di Bukit Siguntang dikatakan hanya untuk 7 keturunan saja. Aku tak sure benda ni. Makna nya masa zaman Sultan Melaka yang lain sampai lah keturunan mereka yang ada sampai hari ni mungkin hanya ada daulat bersandar.

Aku dah terang sebelum ni pasal daulat bersandar yang mana Sultan tu masa pertabalan kena buat benda benda untuk mendapatkan daulat. Contoh nya zaman sekarang ni Sultan Perak yang baru ditabal kena pegi ke Beting Beras Basah, ziarah makam makam lama, aklat-alat kebesaran diraja, etc. Ini sebenarnya untuk menguatkan daulat yang ada dan jin jin ni semua yang akan menjaga keluarga diraja tu. Tak kira lah Sultan tu buat baik ke buat zalim ke... jin jin ni akan protect Sultan tu sahaja. Itu yang rakyat boleh terkena daulat raja sampai lah kes keturunan Laksamana Bentan tak boleh ke Kota Linggi. Kalau ikut kan Laksama Megat Seri Rama dizalimi... kenapa daulat Raja still kena pada dia?

Jawapan nya sebab Sultan ada daulat bersandar (dimana Sultan di perotect oleh jin jin) maka Sultan tu baik atau zalim nya dia still mempunyai daulat.


satu lagi penerangan pasai dolat

Bila cakap pasal daulat yang pertama macam posting aku sebelum ni tadi... daulat tu pun ada 2 jenis.

1. Daulat tak bersandar
Daulat ni diberi semulajadi oleh Allah swt. Raja cuma ada tawakal peringkat khusus wal khusus. Bermakna raja tu tak perlu apa apa ilmu and bantuan dari jin ke apa. Dia cuma tawakal saja pada Allah sebab dia dah ada daulat (kuasa) untuk protect diri dia dan rakyat nya. Daulat jenis ni aku rasa dah tak ada dah kot? Entah lah.

2. Daulat bersandar
Daulat ni selalunya Raja Raja terpaksa buat agreement dengan jin lah apa. Ni yang kita nampak sampai today dari sejarah yang mana Sultan Muzaffar kena buang crown dia dalam sungai lah apa.

Untuk daulat jenis ni... Raja Raja ni kena lah simpan barang barang lama tok nenek mereka (kira alat kebesaran diraja), pergi ziarah makam makan Sultan terdahulu, rendam kaki kat Beting Beras Basah untuk dapat kan daulat tu.

Itu sebab Sultan Perak bila ditabalkan jadi Sultan, mereka kena pegi pegi ziarah makan makam lama Sultan terdahulu, pegi Beting Beras Basah, etc.


brader tu kasi contoh dolat sultan perak
hang pa bleh baca satu topik khusus pasai jin2 perak kat bod tuh

Bila bercakap pasal jin yang menjaga Sultan Sultan, jin tu adalah jin Islam. Dalam thread sebelum ni pasal Haji Ahmad atau Dewa Ahmad (dia sebenarnya Raja Ahmad yang ghaib) dikatakan dia sekarang ni adalah jin yang menjaga Sungai Perak di area Beting Beras Basah. And Haji Ahmad lah antara jin yang sekarang ni menjaga keluarga Sultan perak.

Bila cerita pasal jin... kita tau ada jin Islam dan ada jin khafir. Anyway, kalau kita nak cerita panjang pasal ni mungkin boleh discuss kat board Agama at least Ustaz Zayed boleh tengok tengok kan discussion kita.


kredit - bro Ku Mac @infogossip
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2006 11:35 AM | Show all posts

Reply #28 kete_kebal's post

:hmm::hmm::hmm: Its getting very intresting.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 11:37 AM | Show all posts
Originally posted by amir1976 at 25-11-2006 11:19 AM
mitos je sume tuh...tak pun raja2 melayu nih banyak bela hantu raya..tuh ade power special tuh..

bukan antu raya ah
jin....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 11:47 AM | Show all posts

Reply #11 sikomeng's post

Kalau kita tengok peristiwa Demang Lebar Daun di Bukit Siguntang, Palembang, peristiwa janji antara dia dan Sang Utama Sri Tri Buana jelas perjanjian tu menyatakan apa yang boleh dan apa yang tak boleh bagi Raja dan rakyat. Siapa melangkah sempadan masing-masing, akan terima padah daulat lebih besar dari Allah SWt. Itu jelas. Kerana janji itu dibuat atas nama Allah, oleh golongan yang amat terpilih, maka tak hairan kalau Allah kurnia daulat pada depa ni semua


Point to ponder. Disini timbul  konflik macam mana perjanjian di buat atas nama Allah sedangkan rewayat Deman Lebar Daun ini berlaku di zaman Sri Wijaya Bukit Seguntang. Setahu saya kerajaan Sri Wijaya itu dipengaruhi olah budaya hybrid Buddhist-Hindu. Islam mula ujud di  Nusantara much later....:hmm::hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 11:49 AM | Show all posts
wa suka baca citer2 bro tu tulih pasai raja2 nih

ni citer pasai jin jaga sg perak
kredit - bro ku mac @ infogossip
Kalau ikut kan Raja Ahmad ni tak jadi Sultan pun tapi dia dikenali dengan nama Sultan Ahmad Shah Johan Berdaulat. Raja Ahmad ni anak pada Sultan Abdul Malik Mansur Shah. Tapi sampai sekarang dia dikenali dengan "Sultan" and belakang nama ada "Berdaulat". Dia cuma sempat jadi Raja Muda saja. One day dikatakan Raja Ahmad jatuh ke dalam Sungai Perak and bila cari memang tak jumpa.

Anak anak Raja Ahmad saja yang mewarisi Kesultanan Perak and sampai lah ke Sultan sekarang ni.

Cuba tengok salasilah aku letak ni.

Raja Ahmad tak sempat jadi Sultan. Dia hilang. Tapi anak anak dia jadi Sultan and dari 2 anak lelaki Raja Ahmad lah mula nya 2 cabang Sultan Sultan Perak dan pewaris takhta yang kekal sampai hari ni. Macam kita tau... sistem diraja Perak bukan macam negeri negeri lain yang mana bila Sultan mangkat automatic anak terus jadi Sultan. Tapi kat Perak kena ikut steps.

Raja Kecil Bongsu --> Raja Kecil Tengah --> Raja Kecil Sulung --> Raja Kecil Besar --> Raja Dihilir --> Raja Muda --> Sultan

So, itu sebab salasilah Perak ni bercabang cabang.

Balik pada Raja Ahmad tadi... anak dia 2 orang yang jadi Sultan and menyebabkan 2 cabang sampai hari ni.

Cabang pertama Sultan Jaafar (anak lelaki Raja Ahmad yang sulung)
Keturunan dia ada sampai hari ini iaitu Raja Jaafar (Raja Dihilir Perak) yang kes bini kena bunuh tu.  Kalau tengok dalam salasilah ni, Sultan Jaafar ada 2 anak - Sultan Abdullah dan Raja Muda Musa. Lepas Sultan Abdullah kena buang ke Pulau Seychelles tahun 1877... keturunan Raja Ahmad berhenti kat sama sekejap. Kalau tengok dalam salasilah bawah ni (dalam gambar) Sultan Abdullah adalah Sultan ke-26, lepas tu Sultan Perak ke 27 bukan keturunan Raja Ahmad. Cuma Sultan ke-28 balik pada keturunan Raja Ahmad tapi dari keturunan Raja Alang Iskandar.

Cabang kedua Raja Alang Iskandar (anak lelaki kedua Raja Ahmad)
Keturunan Raja Ahmad dari anaknya Raja Iskandar lah sampai ke Sultan Azlan Shah. Raja Alang Iskandar tak pernah jadi Sultan tapi anak dia Sultan Idris (Sultan yang buka Bukit Chandan) jadi Sultan and keturunan nya sampai lah Sultan hari ini.



Jadi, dikatakan Raja Ahmad yang hilang ni tadi adalah penjaga jin di kuala Sungai Perak dan menjaga anak cucu cicit dia sampai ke hari ini.

Nanti aku sambung lagi. Ni baru intro. Sebelum cerita panjang aku nak terangkan dulu siapa Raja Ahmad ni and apa kaitan dengan Sultan Sultan sekarang. So... rasanya dengan tengok salasilah tu you all boleh faham lah sikit kan.


ni plak kredit nyonya mansur@infogossip

Makam Almarhum Raja Ahmad Wali Allah


Sultan Muda Raja Ahmad Shah adalah putera Sultan Abdul Malik, Sultan Perak yang ke 19. Sultan Abdul Malik mempunyai dua orang putera yang sulung bernama Sultan Muhammad Shah 1.  Pada mulanya Raja Ahmad bergelar Raja Kecil Tengah dan beristerikan Raja Che Puan Busu, seorang anak Raja Bugis bernama Daing Masoh. Raja Ahmad kemudian bergelar Raja di Hilir, diikuti dengan gelaran Sultan Muda.  Nama sebenar Raja Puan Busu ialah Che Long.

Sultan Ahmad Muda Shah mempunyai tiga orang anak iaiatu Raja Che Puan Muda, Raja Ngah Jaafar, Sultan Ja'far Mua'azzam Shah - Sultan Perak yang ke-23 dan Raja Alang Iskandar - Bendahara Alang Iskandar (Marhum Teja).

Makam Baginda Almarhum tidak wujud kerana baginda dikatakan ghaib begitu sahaja. Yang ada hanyalah Batu Peringatan Marhum Sultan Muda Raja Ahmad Shah Waliullah dan bukan bergelar "Marhum Waliullah", kerana Makam Marhum Waliullah (Sultan Jaa'far Mua'azzam Shah Ibni Almarhum Sultan Muda Ahmad Shah cucu Almarhum Sultan Abdul Malik Mansur Shah) terletak di Pulau Juar.

Raja Ahmad Shah dipercayai merupakan seorang Pawang di-Raja, sebab itu Baginda bergelar Sultan Muda.  Baginda memainkan peranan penting di dalam Istiadat Pertabalan Sultan-Sultan Perak, seperti menjaga Jin Kerajaan Perak di Beting Beras Basah dan sepanjang Tebing Batang Air Sungai Perak.

Telah menjadi adat setiap raja yang telah ditabalkan menjadi Sultan Perak dan tiap-tiap Sultan yang telah mengadakan Istiadat Tabal Pusaka dan Bersiram Tabal mesti menziarahi makan-makam marhum yang dahulu.

Makam Raja Kechil Tengah, Almarhum Raja Ahmad terletak di Kuala Sungai Terus, Mukim Pasir Panjang Laut. Asalnya Cuma sebuah nisan, tetapi sekarang telah dipinda oleh Persatuan Sejarah Daerah Hilir Perak dan digantikan dengan batu peringatan.  Makam ini telah dibaiki oleh Muzium Negara dengan membuat baru berpagar sekeliling.


kalu hang pa nak tau pasai jin2 sultan perak ni
hang pa masuk web nih

http://www.geocities.com/aizaris/rituals

http://www.geocities.com/aizaris/tabaljin1
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 11:54 AM | Show all posts
bila baca seme2 tuh ...
wa yakin dolat ni mmg ade wujud...

[ Last edited by  kete_kebal at 25-11-2006 11:59 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 11:57 AM | Show all posts
Originally posted by thamrong at 25-11-2006 11:47 AM


Point to ponder. Disini timbul  konflik macam mana perjanjian di buat atas nama Allah sedangkan rewayat Deman Lebar Daun ini berlaku di zaman Sri Wijaya Bukit Seguntang. Setahu saya kerajaan Sr ...

pe wa paham sikomeng tu tulih
dolat tuh mai dari allah swt.......bukannya perjanjian ataih nama allah swt sbb zaman nun mana mai islam lg

w/bagaimana pon tak kira la beribu thn dulu
sbg owang islam......kita percaya apa2 kelebihan seme mai dr allah swt

[ Last edited by  kete_kebal at 25-11-2006 11:59 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 12:23 PM | Show all posts

Reply #11 sikomeng's post

Rasul Allah nabi Muhamad SWT mempunyi mukjizat. Ini amat istemewa, universal dan diakui oleh semua para sejarah(Orientalist dan juga Kristian). The unlattered prophet dapat menghasilkan Al-Quran yang di perturunkan melalui Jebrail adalah satu mukjizat. Ini tidak sama dengan daulat yang di perkatakan .....kufur bang...

Sememang dalam perjalanan Sufi (Sufi Order) tujuannya mendaki keramah semuga dapat limpahan dari Allah. Ini satu2 amalan untuk "mendekati" Allah. Macam2 cara diamalkan umpama dzikir ...dll. Saya bukan specialist dalam subjek ni tetapi pernah terbaca Sufi Order Syeik Kadir Jailani, Jalaluddin Rumi dan Ai ghazali..etc  etc.. Orang2 sufi 'steadfastly' mengakui mereka tidak mempunyi dan sekeras-keras menafi kan beliau mempunyi kuasa istemewa. Itu syirik...
Malangnya ada  dikalangan kita hendak bertarikat bukan untuk 'mendakati' Allah tapi hendakkan power istimewa  macam Kung Fu, ilmu kebal dan ada juga ilmu ghaib boleh lihat malalui timbuk untuk jadi mat skoding.....tinguk suami -isteri beradingan tengah malam..:lebai::lebai::lebai:
ff:ff:
Sabagai contoh. pernah di cerita di Algeria i seorang remaja berjumpa dengan seorang guru agama dan memohon untuk memasuki klas Sufinya. Tok guru ni istemewa dan sangat tinggi ilmu agamanya. Salah satu yang istemewa guru ini ialah menjinak dan menangkap ular tedung. Sang budak ni mengatakan pada tok guru ni ia juga boleh melakukan perkara itu, maka ia tentu layak memasuki gulungan sufi. Ia dibeirkan seekor ular tedung dan benar ia boleh melakukannya. Maka berkata tok guru tu" Bolehkah kamu tangkap ular yang lebeh besar dari ni....." Maka jawab budak tu" Itu tidak jadi masaalah..." dengan angkuhnya. Maka berkata tok guru itu " Bukan ular itu ....tetapi ular dalam diri kamu"....:hmm::hmm::hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 12:35 PM | Show all posts

Reply #32 kete_kebal's post

Kalau sultan perak ni berdaulat dan mempunyi kuasa dilindungi jin-jin mengapa mereka tunduk dengan Inggeris degan menandatangi perjanjian Pangkor. Kandungan perjanjian Pangkor saperti kata orang putih " let yourself laying down on the carpet and be raped". Satu penghinaan lagi mengapa ditandatangi dalam "tongkang" dan mana jin-jin sungai dan laut di waktu itu. Munkin bercuti di Malebo Beach.....haha ha..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2006 12:51 PM | Show all posts
Originally posted by thamrong at 25-11-2006 12:35 PM
Kalau sultan perak ni berdaulat dan mempunyi kuasa dilindungi jin-jin mengapa mereka tunduk dengan Inggeris degan menandatangi perjanjian Pangkor. Kandungan perjanjian Pangkor saperti kata orang pu ...

jawaban tuk tuh
bleh dah dlm contoh berbeza yakni masa portugis mai serang melaka???
seme dah dibincangkan pjg lebarrrrrrr kat sinun

ni soklan - bro ku mac
Kalau dah Sultan Sultan ni berdaulat, macam mana bila Portugis datang mereka tak dapat mempertahankan negeri? Adakah sebab jin jin yang protect Sultan semua ni tak boleh nak lawan orang bukan Melayu? Kira macam konon nya hantu Melayu macam pocong, pontianak, etc tak boleh kacau orang putih and hantu orang putih macam vampire, frankenstein tak boleh kacau orang Melayu?


bro raja melewar
Betul jgk tu...

Mgkn ada batas sejauh mana jin boleh 'interfere' dlm kehidupan manusia.

Sy terbayang jgk mcm mana agaknya kalau jin ikut serta perang portugis mcm dlm lord of the rings.


jawaban nih bleh dak jawab hang punya soklah thamrong?
Bila cakap pasal Melaka jatuh ke tangan Portugis ni and kenapa Sultan Melaka masa tu tak protect negara dan rakyat nya dengan daulat yang dia ada... aku ada pendapat aku sendiri.

Kalau tengok zaman zaman dulu, orang orang Eropah (kita cuma lihat scope Portugis saja lah kan) yang datang ke East semua ni, pelayaran mereka diketuai oleh orang orang yang kira power juga lah. And boleh kata kan mereka ni macam taraf sufi lah untuk kita yang Muslim. Contoh nya macam Alfonso de Albuquerque and Francis Xavier semua ni adalah missionaries. And salah satu tujuan mereka datang ke East ialah untuk kurang kan kekuasaan Muslim yang kuat di East termasuk lah di Melaka. Itu mission mereka datang.

And mereka ni pun sebenarnya ada ilmu kebatinan (ilmu batin cara mereka lah kan). Makna nya mereka bukan saja ada technology tapi ilmu batin tu juga ada. And mungkin ilmu mereka tu lebih kuat power nya dari daulat yang ada pada Raja Raja Melayu.

Sedangkan Nabi pun terpaksa berperang kan. Bukan makna kita duduk saja and hantar jin jin untuk lawan musuh. Tapi effort tu kena ada. So, daulat tu saja tak cukup.

[ Last edited by  kete_kebal at 25-11-2006 12:52 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 01:09 PM | Show all posts
Originally posted by thamrong at 25-11-2006 12:35 PM
Kalau sultan perak ni berdaulat dan mempunyi kuasa dilindungi jin-jin mengapa mereka tunduk dengan Inggeris degan menandatangi perjanjian Pangkor. Kandungan perjanjian Pangkor saperti kata orang pu ...


zaman dedolu satu sangkaan meleset lam pala org2 melayu beragam islam nih
depa dok ingat org kapiaq nih tak dak amalan spiritual/kebatinan
tuh yg wa paham kalu nengok kisah melaka dok kena serang ngan portugis


contoh hang plak pasal perjanjian pangkoq nih wa rasa kurang sesuwai sbg contoh dolat
perjanjian pangkoq asainya lebih pd sedara dok berebut nak jadi sultan lepaih sultan ali mangkat
raja abdullah pi mintak tlg ngan omputih
satu lagi sbb tu pasai kongsi gelap dok bergaduh


wa lebih suka contoh portugis mai melaka....

[ Last edited by  kete_kebal at 25-11-2006 01:23 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 01:10 PM | Show all posts
Perjanjian dengan jinn?  :..... David Copperfieldpun di kataka ada membuat perjanjian dengan jinn. Ini salah satu perjanjian yang kononnya otentik diantara seorang penyihir (bukan David sunggohpun source awalnya menyatakan dengan O'Ryan Greenfield - nama sebenar David) )dengan empat jinn dan diperkuat oleh cop Ifrit.....(??) Mungkin dalam Bahasa Yunani Kuno.:hmm:



Jadi mereka yang ada "perjanjian" begini juga ada daulat??

[ Last edited by  hamizao at 29-11-2006 12:27 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 01:16 PM | Show all posts
satu lagi kalu hang tengok zaman2 nabi
awat nabi sendiri yg pi perang sedangkan dia ada mukjizat segala serta doa baginda dimakbul allah??
awat nabi tak doa saja soh makhluk2 ghaib yg pi lawan musuh????

itu nabi
inikan mula manusia biasa

w/pun raja2 ada dolat
ulamak2 ada keromah
namun kehidupan seperi biasa ah.... kalu perang kena la pi perang
tak dak aih hanya dok bertapa berdoa saja dan dok harapkan jin2 plak yg pi perang

[ Last edited by  kete_kebal at 25-11-2006 01:59 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.103448 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list