CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Daulat Raja, Betul atau Mitos?

[Copy link]
Post time 23-1-2007 12:20 AM | Show all posts
ASM.
Aku setuju dengan hamizao. Memang betul, untuk Allah taala memperlihatkan takdir, perlu dibuat sebab. COntohnya, sebab makam raja tinggi letaknya, tak tenggelam. Kita nampak logiknya, dan harus begitulah cara Allah nak mengelak makam tu daripada rosak. Seperti Allah nak menyelamatkan hati seorang tu, diberinya jalan jadi baik, dibuka jalan hidayah. JAdi orang itu harus jadi baik, jadi orang terpuji. Kalau masjid di Acheh tu tak kuat binaannya, harus dah runtuh. tetapi Allah jadikan takdir asalkejadiannya tu kuat agar nanti masa tsunami, ia jadi bukti kekuasaan Allah. Gitulah cara mudahnya nak faham. Aku ni bukan pakar, tak lulus universiti dan ilmu tak ada.
BAgi tuan-tuan yang memegang daulat tu suatu yang tak ada, suatu yang direka untuk merosakkan dan merendahkan martabat rakyat, sila saja, tiada siapa yang melarang. Tentu pula pandangan dan percaya itu bersandar pada pengalaman dan pengetahuan yang bukan calang-calang juga.
Bagi tuan-tuan yang percaya pula, tentu kita perlu faham percaya nya itu yang bagaimana. Sebab belum tentu faham kita tu sama dengan faham orang lain. Jangan lah pula bagi yang merasa diri sudah baik dan berilmu tinggi, tahu sangat tentang apa dia daulat tu, menidakkan orang lain yang pada pandangannya "bodoh" atau tidak maju fikirannya. Seperti yang aku kata, harus pengalaman kita tidak sama, apa yang kita lalui tidak sama, dan semua itu yang akan membentuk teras cara kita berfikir sekarang.
Aku juga ingin katakan bahawa daulat raja metos atau tidak ni suatu yang harus tak dapat kita nak "generalised" bagi semua raja. JAnganlah kerana ada raja yang zalim, jahat dalam Ilmu kita, kita hukum semua raja Melayu sama begitu. Aku cuma nak pesan sebab kenalah kita beringat bila menghukum kerana entah ada anak, adik, saudara, abang, kakak, cucu, cicit raja tersebut yang jadi orang baik-baik, ada bersama kita dalam forum ni. Tentulah terasa sedih kerana begitulah buruk sangkaan orang pada ayah, tok neneknya. Cubalah tuan-tuan fikirkan sendiri.
JAdi ada baiknya kita berkata tu berlapik dan beradab. Biar dalam apa hal pun, kita sentiasa beralas kerana belum tentu betul bagi kita tu, adalah benar selamanya... kata orang "jangan sudah terhantuk baru tengadah..." Banyak benda yang terawang dalam udara tu yang harus kita semua tak jumpa lagi...
Karomah pula suatu bentuk pemberian Allah pada segolongan manusia yang lain. Daulat tu harus pula bagi raja. MAnusia raja tu sendiri adalah manusia biasa. Aku yang bodoh ni pun faham hal ni. Dan dia memang tertakluk pada hukum Allah Taala, sama seperti orang lain. Hal ni pun sama bagi Rasul, NAbi, Wali, dll. Pemberian Allah ni bagai yang dikata oleh tuan-tuan juga, luas dan tak terbatas. SAmpai satu had, banyak perkara tak boleh ditaip dan tak boleh ditujuk dengan logik. Tu sebab aku nasihat pegi belajar. Bukan takat belajar apa yang ada dikaji orang di Universiti, penuh bukti dan segala lukis dan tulis. Paling penting, biar makin tinggi Ilmu dan tahu, makin runduk pula diri mengadu.
Akhir kata, elok kalu hal ni tok sahlah kita bincang berat sangat dan jauh-jauh benar, harus makin kurang manafaatnya...

wallahua'lam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2007 08:47 AM | Show all posts
Untuk lebih faham tentang konsep DAULAT dan kaitannya dengan Raja-Raja Melayu, anda semua boleh rujuk dan baca dalam ni  Dinasti-Dinasti Quraisy (Bani Hasyim) di Alam Melayu http://www.geocities.com/mzfr/dinastiquraish/tajuk.htm

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 09:03 AM | Show all posts
Seharusnya kita harus berhati-hati apabila berbicara berkenaan konsep "RAJA" yang menjadi amalan dan budaya Melayu turun temurun. Kita semua harus sedar tentang kepentingan institusi BeRAJA di negara kita demi survival orang-orang Melayu. Orientalis barat dan bangsa asing sangat suka jika kita orang-orang  Melayu membenci raja-raja mereka kerana dengan cara ini sajalah kuasa raja-raja dapat dihapuskan...jadi senanglah mereka menguasai kita. Antara usaha bagi memperlekehkan raja-raja Melayu ialah dengan mula mempersoalkan peribadi dan "DAULAT" mereka. Jadi berhati-hatilah....
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 07:09 PM | Show all posts
daulat?

sekira ada sekalipun, wa lebih cenderung melihatnya dari segi ilmu hitam dan makhluk halus.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2007 12:30 AM | Show all posts

Reply #83 tongkatali's post

Kita semua harus sedar tentang kepentingan institusi BeRAJA di negara kita demi survival orang-orang Melayu
. LOL. Saya belum jumpa kitab yang mengatakan raja-raja mempertahankan kebebesan Melayu. Kalau ada sila perturunkan di sini. Munkin saya jahil....

Orientalis barat dan bangsa asing sangat suka jika kita orang-orang  Melayu membenci raja-raja mereka kerana dengan cara ini sajalah kuasa raja-raja dapat dihapuskan...jadi senanglah mereka menguasai kita
Another LOL. Di sebaliknya British menggunakan raja-raja untuk kontrol orang Melayu kerana sentimen ' blind -loyalty' orang Melayu. Dalam perjuangan nasionalisme Melayu ramai pemimpin Melayu radikal di tangkap dan di tindas oleh British.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2007 08:47 AM | Show all posts
Lets accept the fact that orang melayu is one of those races that so devotedly without thinking twice of praying, kneel down and worship their rulers.
Even during this very era that the content of doa every jumaat prayer must,without fail to pray for the highnes including their royalty for their good health n prosperity. We shall never know whether the royals are praying for the rakyats happiness despite their way of life which is closed to the non-muslim practice.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2007 11:01 AM | Show all posts
ASM.
tuan-tuan hamba yang mulia,
pada tahu aku yang sedikit ni, doa itu ibadah. Dan mendoakan orang itu juga ibadah. Siapa berdoa, dia pula akan didoakan. Tidak kira untuk siapa, doa tetap mulia seperti adanya. Hidup ini tiada apa, tidak lebih dari tipuan dan hanyutan pura-pura...kerana itu doa menjadi senjata orang mukmin bagi kembali dirahmati, kembali diredhai.
Tuan-tuan hamba sekelian,
Sekelian Ilmu yang dipunya, diangkat, diletak menjadi sandaran bagi mulia kata-kata itu, semuanya hak Nya belaka. Tiada kekuatan bagi manusia melainkan apa yang diizinNya dan tiada pemunyaan melainkan hakNya. Biar apa yang difikir, diingat, dirasa, disentuh, diragam, diilham,...semua itu tiada sebenarnya. Yang ada, hanya Dia...
Raja, daulat, dan segala apa yang dikata, dibicara di sini, pada hakikatnya tiada...
Maka kerana itu, harus bagi sekelian yang mempunyai akal dan rasa agar memerhati akan perihal diri, jangan sampai terlupa resam yang bernyawa, kembali mencari diri yang empunya diri...

moga kata-kata dari fakir ini menjadi buah perhatian buat yang mahu berfikir...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2007 07:41 PM | Show all posts
Terlebih dahulu sy nak katakan sebagai orang2 Islam yang dewasa, kita memang sedia maklum ttg kuasa Allah, kuasa doa, bla...bla.....Bukan ini yang menjadi soalan pokok.  Sy tak mau usik ttg institusi mereka sebab itu berkaitan dgn perlembagaan dfan juga bukan isu pokok.

Tetapi sy bersetuju dengan pendapat thamrong bahawa kuasa dema dari dulu lagi adalah kuasa temporal dan sekarang di sini, lebih sebagai lambang.  Untuk menguatkan lambang itu maka diperkenalkan tugasan2 tertentu, alat2 kebesaran dan kelengkapan khas ..........just worldly things.

Oleh thamrong:
....Mereka sungguh tertarik degan cerita dongeng2 dan isu2 tahyul. Contoh mereka percaya pada kuasa keris dan lembaga atau artifat2 dalam pamira  hantu di museum  Shah Alam' Keadaan sebegini minda mereka senang di perangkap dan di bendung.....


Sy percaya mungkin semua bangsa ada cerita2 dongeng dan legendanya. Yang menjadi masaalah apabila kita tak dapat membezakan dongeng, kebenaran/reality dan tahyul/superstition. Dalam kontek Melayu yang mempunya pengaruh anamisma, Hindu dan Islam, soal ini lebih memerlukan kajian halus. Sy bukan ahli sejarah...hanya setakat berminat sikit2 aje. Kalau ada fakta yg salah harap beri tahu supaya sama2 kita mendapat manafaat. Ingin sy katakan orang2 Iran, Turki, Arab dan India (mungkin dari penyerapan budaya Aryan) mempunyai kepercayaan2 tahyul yang banyak serupa. Anda boleh research sendiri ttg ni...........

Yang sy nak usik di sini ialah ttg genii dan pari yang pari  yg juga di sebut2 di thread ini sebagai satu punca kekuatan atau daulat raja2. Kisah genii  ada banyak diceritakan dalam hikayat2 Islam seperti Hikayat 1001 Malam, Rustam Nama dan cerita2 Amir Hamza, Hatem dll.....penuh dgn genii dan pari dan dipercayai banyak dipengaruhi mitos2 Hindu. Adakah pengaruh dari cerita2 ini banyak membentuk mentaliti sesetengah kita? Orang2 Iran panggil Dev. Iran pra Islam Daeva. Sanskritnya Deva. Melayunya Dewa lebih mirip kepada Sanskrit dan selepas Islam jinn. Pari  pula dalam Iran pra Islam Pairica....selalunya perempuan dan cantik....kalau lelaki...handsome. Benar, jinn ada disebut dalam al - Quran...yang menjadi soalan mungkin adalah interpritasi manusia dan cara mereka "mendampingi " makhluk2 ini.

Wasallam........................

[ Last edited by  hamizao at 25-1-2007 11:31 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2007 10:13 AM | Show all posts

AMENDE NI ???

Ye ke Daulat ni???? .......... rasa2 wa ... power tu coz pakai Jin.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2007 12:25 PM | Show all posts
Daulat Raja? mmm... mungkin boleh buat analogi begini... zaman dulu2 sewaktu peyembahan berhala... ia bermula dengan manusia yang kreatif mencipta sesuatu atau patung2... kemudian datang lagi manusia kreatif yang lain mengatakan elok juga kita hormati ciptaan orang2 dulu ni... kemudian setelah sekian lama... datang lah manusia yang merasa diri lebih kreatif menjadikan patung2 tu jadi sembahan.

Perkara daulat ni macam tu lah. Ianya bermula apabila ada segolongan orang2 kanan pemimpin atau pengikut pemimpin itu sendiri... kerana kreatif... menciptakan atau mengangankan pemimpin mereka mesti mempunyai satu kuasa ajaib supaya ia lain dari golongan kebanyakan. Setelah kepercayaan itu berakar-umbi dan dikhabarkan turun-temurun... maka mejadilah daulat ini sesuatu yang agong yang hanya dipunyai oleh pemerintah atau raja. Apabila ada orang-orang yang menidakkan daulat raja... ia akan ditimpa 'ketulahan' dalam waktu yang amat cepat. Tetapi sayang... ketulahan ini hanya menimpa orang-orang raja itu sendiri. Ketulahan tidak menimpa para penjajah yang datang dari 'negeri atas angin'... atau mana-mana keturunan orang2 'negeri atas angin' yang biadab dan menipu raja2 sehingga banyaklah kawasan kampung tergadai dan negara terjajah hingga beratus tahun.

Memperkatakan daulat yang dipercayai oleh orang2 sebelah negeri melayu ni... ianya boleh diibaratkan seperti memiliki 'super power' yang terlalu susah hendak diterangkan. Dari pemahaman saya apabila melihat sejarah negeri-negeri melayu dan membandingkan dengan negera lain yang mempunyai raja seperti thailand, jepun dan china... nampaknya... raja2 melayu sangat kurang daulatnya. Sebab utama yang saya lihat ialah kurangnya ilmu pengetahuan dan terlalu berpegang pada adat-adat lama... lebih-lebih lagi adat yang menguntungkan diri dan keluarga mereka dan terlalu berkhayal dengan cerita-cerita kekuatan keturunan mereka dahulukala.

p/s: Mukjizat para Nabi Allah dan kelebihan mereka2 yang diredhai Allah SWT dan mereka2 yang diberi nikmatNya... ini saya takde masalah. Dan saya juga takde masalah pada raja-raja yang tergolong dalam katergori mereka2 yang diberi nikmatNya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2007 01:45 PM | Show all posts
heheheh
tingat posting sape tuh hari..kat page belakang..

Sultan抯 mausoleum dry, while killer抯 tomb is flooded
By MARSHA TAN

KOTA TINGGI: While the mausoleum of 17th century ruler Sultan Mahmud II remained dry during the floods, the burial place of his killer was in 1.5m of water.

Makam Laksamana Bentan, located in Kampung Kelantan by the banks of Sungai Keman, was twice hit by floods over the last four weeks.

In contrast, the freshly-painted mausoleum of Sultan Mahmud II (1685-1699), Johor抯 10th Sultan, sits on a hill in Kampung Makam, about 5km from here.

Locals have come up with their own versions as to why one famous grave was unaffected by the floods while the other was inundated.



揟he Laksamana killed the Sultan, so that is why he still cannot rest in peace in his tomb today,
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2007 02:02 PM | Show all posts

Reply #91 Syd's post

Daulat nie hanya alat kawalan yang dicipta oleh golongan elit dalam sesuatu masyarakat untuk mengongkong golongan bawahan...lihat lah ape yang Firaun buat untuk kawal Bani Israel dari lari keluar dari Mesir..konsepnya sama dengan orang Melayu sekarang nie...

Nasihat saya, jangan amik pot sangat bab-bab daulat diraja nie...diorang tuh pun manusia biasa macam kita jugak...kalau mereka salah, kita tegur...tak salah menegur raja kerana itu menunjukan kita amik berat pasal mereka...

Ingat laa social contract antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba (kalau tak silap aku laa..) iaitu selagi raja itu adil rakyat akan setia...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2007 12:49 PM | Show all posts
daulat atau daulah...pada masa dulu ia berkait dengan seperti....'mulut masin' atau barokah...dan ia juga berkait dengan akibat dari istilah durhaka....semua nama kurniaan Tuhan itu adalah mengikut taraf seperti hikmat, karomah, daulat, mukjizat...semua itu tiada bekas kecuali dengan izin Allah swt.   

semua kurniaan itu adalah doa atau permintaan...kepada Tuhan...sebab berlakunya permintaan itu atas sebab keizinanNya dan ada sebab dan musabab untuk ia berlaku. Segala gerak geri adalah atas naungan Allah ta'ala. Jadi tidak ada benda mustahil jika Allah mengizinkanya berlaku...

pada dunia akhir zaman semua itu Allah beransur-ansur menarik balik dari manusia seperti mana akan berlaku bahawa Al-Quran akan ditarik balik dari dada-dada manusia....sebabnya manusia semakin lalai dan menjauhi Allah...sila rujuk tanda2 kiamat...

adakah daulah atau karamah itu masih ada...jawabnya ada...hanya mukjizat saja khusus diberi kepada Rasul Allah...selagi manusia itu dekat dengan Allah ta'ala....Allah berkuasa untuk memberi atau menarik segala apa kurniaanNya kepada makhlukNya.

Adakah raja dulu2 ada daulat? Ia terbahagi 2.......panjang nak diperkisahkan.....bersambung...

p/s : semua manusia adalah sama disisi Tuhan....yang membezakan ialah amal ibadah kepadaNya...bab keturunan hanyalah pemangkin atau faktor saja...tetapi ia perlu dipertimbangkan serta tidak bersifat mutlak...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2007 03:15 PM | Show all posts
Originally posted by Lloni at 26-1-2007 12:49 PM
daulat atau daulah...pada masa dulu ia berkait dengan seperti....'mulut masin' atau barokah...dan ia juga berkait dengan akibat dari istilah durhaka....semua nama kurniaan Tuhan itu adalah mengik ...


Tapi mane hilangnya daulat Sultan-sultan Melayu bila British nak perkenalkan Malayan Union? Akhirnya rakyat sendiri yang bangun memberontak..jika tidak kita orang Melayu akan hanya menjadi minoriti di tanah air sendiri angkara proses kerakyatan secara 'Jus Soli' (Just Sorry   ) yang dikenakan oleh Inggeris di Malaya pada masa itu.

Daulat nie memang wujud tapi kadang-kadang aku rase ia hanya alat untk ngongkong orang Melayu agar taat mebabi buta.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2007 03:58 PM | Show all posts
Originally posted by rurouni_khairul at 26-1-2007 03:15 PM


Tapi mane hilangnya daulat Sultan-sultan Melayu bila British nak perkenalkan Malayan Union? Akhirnya rakyat sendiri yang bangun memberontak..jika tidak kita orang Melayu akan hanya menjadi mi ...



saya rasa anda kurang faham apa pengertian daulat itu.....ia bukannya ...magic seperti dalam cerita 'tongkat sakti'....atau 'cerita bawang putih bawang merah'.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2007 05:03 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by bundle at 24-11-2006 02:57 AM



lagikan batu kalau duk sembah hari
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2007 02:52 PM | Show all posts
Setelah membaca semua di atas maka saya beranggapan bahawa:

'Sultan' Mahmmud  tak patut bunuh Dang Annum kerana makan sebutir nangkanya. Bagaimana seorang yang taat agama boleh bertindak demikian? Moral rendah dan rendah kesedarannya.

Lagi, macammana boleh dikatakan berdaulat kalau rakyat yang memberi dia makan dan kemewahan? dimana kah 'daulatnya' kalau tak ada rakyat?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 03:22 PM | Show all posts
Originally posted by Lloni at 26-1-2007 03:58 PM



saya rasa anda kurang faham apa pengertian daulat itu.....ia bukannya ...magic seperti dalam cerita 'tongkat sakti'....atau 'cerita bawang putih bawang merah'.....


Hehe..saya tau tuh...bukan saya expect Raja-raja Melayu dulu boleh panah petir ke atas Inggeris waktu diorang nak datang jajah dulu..saya mungkin bukan scholar tapi pada masa yang same bukannya jahil sangat...

Tapi ape yang saya cuba stress di sini ialah kenape kita Melayu nie terlalu taksub pada "Daulat" nie sedangkan ia tidak membawa kesan terhadap orang luar macam Inggeris, Portugis, Belanda dan Jepun...itulah maksud saya...jika disalah guna, Daulat ini hanya menjadi alat utk mengongkong pemikiran orang melayu...supaya rakyat setia membuta tuli tanpa mempersoalkan kewibawaan raja-raja tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 03:25 PM | Show all posts
Originally posted by satellite88 at 27-1-2007 02:52 PM
Setelah membaca semua di atas maka saya beranggapan bahawa:

'Sultan' Mahmmud  tak patut bunuh Dang Annum kerana makan sebutir nangkanya. Bagaimana seorang yang taat agama boleh bertindak demi ...


"Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah!!" itu aje ajar die!:@
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2007 12:49 AM | Show all posts
Originally posted by satellite88 at 27-1-2007 02:52 PM
Setelah membaca semua di atas maka saya beranggapan bahawa:

'Sultan' Mahmmud  tak patut bunuh Dang Annum kerana makan sebutir nangkanya. Bagaimana seorang yang taat agama boleh bertindak demi ...

:stp:

Iyerker Sultan Mahmud taat agama?
Kan 'Baginda' suka berfoya-foya...

Sultan Melaka yg taat agama, alim & ala-ala Khalifah ialah Sultan Alauddin Riayat Syah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.221143 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list