CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: soda

Kehebatan Wanita

[Copy link]
Post time 27-11-2006 01:33 PM | Show all posts
~KUASA DOA SEORANG PEREMPUAN... :pray:

Betullllll.... Kowang hargailah ibu kowang selagi mereka masih hidup... :ah:  Jika ada sebarang masalah atau ingin dipermudahkan menjawab soklan exam atau interbiu keja... Kowang mintaklah ibu kowang permudahkan urusan kowang itu.. Insya-allah termakbul...   Tapi kalo exam apa semua tue... Kowang kena laa study sama...BERUSAHA...BERDOA... TAWAKKAL...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2006 01:49 PM | Show all posts
Originally posted by sudugarpu at 27-11-2006 08:16 AM

kadan2 lebih soranggg:hmm:

:setuju: tgk yg kembar lima tu....tu la menunjukkan betapa kuatnya org pompuan ni...lelaki kena akui yg tu...hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2006 01:50 PM | Show all posts
Originally posted by sapi at 27-11-2006 08:47 AM



a good one..thanx soda!!!:nerd::pray::lebai:

yw sapi....kita share la perkara2 yg bole wat teladan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2006 01:51 PM | Show all posts
Originally posted by yana79 at 27-11-2006 11:48 AM
Pandai pujuk ker aku nih erkk...tp klu ngan ayah....pe aku mintak n goda² sket...mesti dapat....klu mak nak mintak pe² mesti suh aku yg mintak....hehehe

ayah mmg cari dgn kuasa pujukan anak pompuan...pulak kalo sorang ajer...hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2006 01:52 PM | Show all posts
Originally posted by bantal_oren at 27-11-2006 01:16 PM
Tersentuh hati aku membacanya...

bersyukur la yg jd pompuan tu bnyk kelebihan dan keistimewaan yg ader...tak yah nak tukar2 jantina lak....:no:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2006 01:53 PM | Show all posts
Originally posted by BabeYSHa at 27-11-2006 01:33 PM
~KUASA DOA SEORANG PEREMPUAN... :pray:

Betullllll.... Kowang hargailah ibu kowang selagi mereka masih hidup... :ah:  Jika ada sebarang masalah atau ingin dipermudahkan menjawab soklan exam atau  ...

setuju dgn B...setakat doa ajer tanpa usaha tak akan berjaya gak...nak lulus exam kena study la...nak bnyk duit ken rajin kejer...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-12-2006 12:45 AM | Show all posts
Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya dikampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.

Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu ,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri
bersamanya.

Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.

Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu
anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku..." ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya tu abang ku bertanya 'siapa
tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu'

Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'...dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" ....

Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan. Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan..YA RABB Engkau peliharalah Ibu,,Ampunilah Dosanya,Berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.

AMINN



*dapat ni kat email...hiba rasa hati bila baca....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 12:58 AM | Show all posts
setiap peluh bagi isteri yg masak untuk suaminya pun dah dapat pahala yang besar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2014 11:46 PM | Show all posts
Up...........
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.054520 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list