CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Ketua-ketua Polis Negara Malaysia

[Copy link]
Post time 29-11-2006 10:07 PM | Show all posts

Reply #20 thamrong's post

oh... : laluan aku hari2 dulu tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2006 10:36 PM | Show all posts

Reply #20 thamrong's post

yup...aku tersilap...yg aku ingat cuma jalan tun perak je & aku ingat dekat dgn 1 bank tapi tak sure, dah tu menghala ke bukit aman lak...since yg dekat jalan tun perak tu bank negara aku assume bang negara la...

thanks for the correction...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 12:26 AM | Show all posts
ramai gak org besar2 polis nih orang perak yerk...
bangga aku..
polis lain yg glemer cam salleh mat som, abu bakar mustapa org perak gak
hehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 06:19 AM | Show all posts
Originally posted by thamrong at 29-11-2006 05:39 PM


Bila tinguk gambar Rahim Noor ni teringat aku mamak warong roti canai di Serkam Melaka.



alahai.. mulut...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2006 09:20 AM | Show all posts
Originally posted by iscol_klang at 29-11-2006 07:12 PM
yg ni dia kena tembak jarak dekat dgn 2 orang komunis naik moto...
alkisahnye arwah on the way nak pegi bukit aman dlm kol 8.00 pagi & kereta dia berenti kat traffic light jalan tun perak deka ...



tq tq tq

ini lah versi yang mak aku selalu citer

just jalan tuh...dia ckp

dulu kat area2 jalan silang skrg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2006 09:25 AM | Show all posts
Originally posted by iscol_klang at 29-11-2006 07:26 PM
KPN paling munafik...
dengan muka tak malunya 2-3 hari pas anwar kena tangkap (20 september 1998), dia buat statement yg anwar safe & sound, takyah bimbang...

tapi bile bawak ke court awal  ...



KUALA LUMPUR, 3 Ogos - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor meminta maaf secara terbuka dari bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Permohonan maaf itu dibacakan oleh peguamnya di Mahkamah hari ini dan menyebabkan kes itu diselesaikan di luar mahkamah.

Harakahdaily difahamkan ia diselesaikan dengan permohonan maaf dari Rahim Noor itu dan Anwar akan menerima sejumlah bayaran ganti rugi tetapi tidak diketahui jumlahnya dan pihak mana yang akan membayarnya.

Menurut peguam Anwar, Gobind Singh Deo, Peguam Rahim membacakan permohonan maaf itu di mahkamah terbuka hari ini.

Anwar menyaman Kerajaan Malaysia dan Ketua Polis Negara ekoran tragedi 'Mata Lebam' yang dialami Anwar ketika di tahan oleh polis selepas beliau dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri 1998 lalu.

Suruhanjaya Bebas yang dibentuk selepas itu mengesahkan Rahim yang memukul Anwar dalam lokap di Bukit Aman sehingga matanya lebam.

Rahim juga telah dijatuhkan hukuman penjara sebelum ini.

"Kami hanya boleh menyebut sejumlah wang akan dibayar kepada Anwar manakala Rahim akan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Anwar dan keluarganya," kata Gobind.

Anwar dikatakan menerima kedua-duanya dan telah menarik balik samannya itu dan bersedia melupakan segala yang telah berlaku ke atas dirinya itu.

Gobind juga mengesahkan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan kerajaan tidak akan memohon maaf tetapi hanya Rahim sahaja.

"Nampaknya Anwar melihat permohonan maaf dari Rahim itu jujur dan gembira dengannya," kata Gobind lagi.

Bagaimanapun, Gobind menegaskan, kliennya membuat saman ini bukan kerana wang tetapi ingin memberitahu pasukan polis tindakan (Rahim) itu tidak wajar dan tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2006 02:38 PM | Show all posts

Reply #26 Syd's post

dia mintak maaf 3 ogos 2005 kan?
lepas 7 tahun tu...punyela tertangguh maaf tu (at least dia mintak maaf jugak kan kat anwar)...tu pun maybe sebab anwar saman, kalo anwar tak saman, still buat bodo...sedangkan masa siasatan suruhanjaya diraja pun dia bole konar kata anwar provok dia..

yg aku maksudkan kat atas tu dia tak mintak maaf kat rakyat malaysia..
dia bole tipu semua orang pasal nyawa sorang manusia semata2 nak cover kesalahan peribadi dia, alangkah tak bertanggungjawabnye KPN yg sorang nih...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2006 09:11 AM | Show all posts

Reply #24 LailaTempawan's post

Mohon maaf kerana munkin kerterlaluan. Pokoknya kita jangan jadi saperti ada negara yang mana definasi polis dan kriminal itu 'interchangeable'.:hmm::hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2006 10:47 PM | Show all posts
Originally posted by kapakterbang at 30-11-2006 12:26 AM
ramai gak org besar2 polis nih orang perak yerk...
bangga aku..
polis lain yg glemer cam salleh mat som, abu bakar mustapa org perak gak
hehe

...bakar mustapa,rumah org tua dia kat kg ketoyong,tg malim....rumah kayu 2 tingkat....d klilingi dusun 4-5 btg pokok durian....mak dia dh uzur kot,ada gak nmpak....

...logik ler org perak ramai jd polis.....kaw komunis kuat.....tngok jer ler brp banyak kg baru...org perak pnggil,KEM CINA....nuu kat Chemor..Keramat Pulai..Sg Siput Selatan.....lepak ler mlm2 kat Pekan Jeram(kg baru kat Kuala Dipang)....w/pun zaman dh berubah....bleh imagine lg tahap kekomunisan....hehehe.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 01:09 PM | Show all posts
kp perak yg kena gun down ialah Khoo Chong Kong. lepas setahun IGP kena gun down. dia kena bunuh kat ipoh, perak oleh first mobile squad, pkm. rancangan  selanjutnya pkm ialah to gun down gen ismail ibrahim dan ketua polis singapura. gen terselamat setelah lebih kurang 3 percubaan utk membunuhnya gagal. manakala cubaan utk membunuh KP singapura telah gagal apabila beberapa ahli 1st mobile squa telah ditangkap dan dihukum gantung setelah didapati bersalah membunuh IGP pd tahun 1974.

sila rujuk buku the history of VAT 69 tulisan SAC Navaratnam dan buku tulisan Gen (B) Tun Ismail Ibrahim

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

komando_cj This user has been deleted
Post time 16-12-2006 02:37 AM | Show all posts
TUN MOHAMMED HANIF BIN OMAR adalah orang yang paling lama memegang jawatan ketua polis negara dalam dunia ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

komando_cj This user has been deleted
Post time 16-12-2006 02:45 AM | Show all posts
Originally posted by iscol_klang at 29-11-2006 07:26 PM
KPN paling munafik...
dengan muka tak malunya 2-3 hari pas anwar kena tangkap (20 september 1998), dia buat statement yg anwar safe & sound, takyah bimbang...

tapi bile bawak ke court awal  ...



Cuba bandingkan kebaikan yg dibuat oleh beliau dengan keburukan yg dibuat oleh beliau?
Mana yg lebih banyak?
Betul juga kata orang tua..Buat baik banyak kali orang tak nampak,buat jahat sekali dah kecoh berlebihan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2006 08:14 AM | Show all posts

salam

Originally posted by Syd at 29-11-2006 04:23 PM


Tan Sri Musa Bin Dato' Hj. Hassan
YDH Tan Sri Musa dilahirkan pada 13 September 1951 di Kuala Lumpur. YDH Tan Sri Musa Bin Dato' Hj. Hassan telah dil ...


Tan Sri Musa ni abang pd pelakon Jalalludin Hassan eh?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2006 10:55 AM | Show all posts
aik mane kamarul zaman? ke zaman ape ntah
yg feymes dgn bentungkali tuh
die buka ex-kpn ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2006 12:35 PM | Show all posts

Reply #33 fleurzsa's post

True! Dia abang kepada mat tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2006 03:52 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 29-11-2006 04:19 PM
Ketua Polis Negara Ke 5


TAN SRI ABDUL RAHIM BIN MOHD. NOOR

Tan Sri Abdul Rahim bin Mohd. Noor dilahirkan pada 6 Jun 1943 di Se ...


Bekas KPN Penternak Jaya Selangor
SHAH ALAM 23 Dis. ? Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai hari ini dinobatkan sebagai Penternak Jaya Ruminan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Selangor hasil ketekunan beliau berkecimpung dalam bidang penternakan kira-kira 12 tahun lepas.

Norian, 60, kini merupakan pengusaha Ladang Mai di Kampung Gumut Tambahan, Kalumpang di Hulu Selangor.

Beliau mula menceburi bidang penternakan kira-kira 12 tahun lepas melalui penternakan ayam pedaging di Kampung Gesir, Hulu Selangor dengan kapasiti pengeluaran 40,000 ekor sepusingan dan projek penternakan itu masih lagi beroperasi sehingga kini.

Norian mengusahakan tanah yang berstatuskan pemilikan sementara (TOL) di Kampung Gumut Tambahan itu sekitar tahun 1989 dengan tanaman pokok kelapa pandan dan ternakan ikan air tawar pada peringkat permulaan.

Pada tahun 2000, beliau melaksanakan sistem penternakan integrasi dengan mempelbagaikan aktiviti ladang seperti lembu, kambing, kerbau, rusa dan kolam ikan.

Ladang Mai mempunyai dua buah kandang untuk menempatkan lembu fidlot sebanyak 400 ekor dan lembu tempatan melebihi 250 ekor.

Bagi penternakan kambing pula, sistem yang digunakan adalah sistem insentif dan separa insentif dengan jumlah melebihi 2,200 ekor daripada baka Boer, Jamnapari dan kacukan.

Melalui rangkaian pemasaran yang luas, Norian telah mengembangkan perniagaan dengan membekalkan kambing baka, kambing untuk sembelihan, lembu/kerbau untuk korban, makanan ternakan, ubatan untuk penyakit cirit-birit bagi kambing, baja organik, probiotik, ikan segar, susu kambing, ikan masin dan puding kelapa.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Asli dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Raja Ideris Ahmad berkata, kerajaan mahu pertanian baru memiliki ciri-ciri mengaplikasikan teknologi mekanisasi dan automasi.

Selain itu, katanya, ia juga perlu memanfaatkan bioteknologi, teknologi maklumat dan komunikasi, berkemahiran dan terlatih manakala usahawan mematuhi persijilan tempatan dan luar negara.

Katanya, Selangor memperuntukkan RM8.16 juta untuk diagih kepada pesawah dalam bentuk pinjaman sebanyak RM500 setiap lot tiga ekar sawah sebagai modal pusingan untuk menjayakan program peningkatan hasil padi.

? Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2007 12:33 PM | Show all posts
慠asuah bukan legasi saya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2007 12:33 PM | Show all posts
Sumbangan

Kalau lebih ramai anggota pangkat rendah dapat bantuan gigi palsu, cermin mata dan ubat-ubatan yang tidak dibekalkan oleh hospital, ini mungkin sebab dasar jimat cermat dan tidak boros saya menggunakan Tabung Wang Polis untuk merai tetamu-tetamu kehormat sehingga tabung berjaya mengumpul RM8 juta dalam tempoh 20 tahun di bawah saya tanpa sumbangan special services payment. Dan dengan kebenaran Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kewangan, saya menyalurkan RM750,000 kepada Persatuan Bekas-Bekas Polis Malaysia dan RM250, 000 kepada RESPA untuk kebajikan ahli-ahli bersara PDRM sebelum saya meninggalkan PDRM.

Apakah Maktab Rendah Sains Mara Polis tidak dihargai oleh anda dan warga polis masa kini? Itu pun legasi saya dengan sokongan padu Tun Ghazali Shafie, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Jabatan Pengurusan PDRM dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) pada masa itu.

Di zaman Konfrontasi, KPN Tan Sri Claude Fenner telah menghantar kuih- muih kepada pasukan Polis Hutan dari Semenanjung yang bertugas di Sarawak menjelang tiap-tiap Hari Raya. Amalan ini dihentikan selepas tamatnya Konfrontasi pada 1966. Saya mengembalikannya mulai 1974 dan panjangkan manfaatnya kepada semua anggota yang bertugas pada Hari Raya. Tidakkah amalan ini diteruskan lagi sehingga tidak dikenangkan anda juga ataupun anda ingat lain ketua yang mengembalikan amalan ini?

Saya ingat banyak lagi yang boleh dihuraikan tapi memadai saya sebutkan PZ, kapal terbang dan helikopter, C3I, sistem komputer, persamaan gaji untuk anggota-anggota wanita yang dijuangkan dengan begitu tekun oleh Datuk Zakiah Laidin dengan sokongan padu kami semua, dan keistimewaan pasukan dalam skim gaji Suruhanjaya Mahathir di mana pasukan diletak mengatasi semua jabatan dan perkhidmatan kerajaan kecuali tentera.

Tahukah Baharuddin Idris keadaan zaman yang saya lalui? Negara tidak semewah sekarang ini. Pada tahun 1974, tiap-tiap jabatan kerajaan dikehendaki mengitar semula sampul-sampul surat dan kertas-kertas 憫taiping拻 terpakai dan mengambil lain-lain langkah berjimat cermat? Perdana Menteri Tun Abdul Razak inginkan kolam renang untuk Seri Taman yang kawannya menganggarkan boleh dibina dengan kos hanya RM56,000 tapi itupun difikirkan di luar kemampuan kerajaan. Apabila Tan Sri Abdul Rahman Hashim dibunuh oleh pengganas PKM pada Jun 1974, Perdana Menteri mengarahkan pembelian empat buah kereta saloon Mercedes berperisai untuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Ketua Turus Angkatan Tentera dan KPN. Enam bulan kemudiannya beliau meminta maaf kerana kerajaan hanya berkemampuan membeli dua buah sahaja.

Selain itu sepanjang perkhidmatan saya, pegawai dihantar atau dibenarkan mengambil kursus ijazah, diploma dan profesional sehingga ke luar negara. Ini termasuklah ke Wolfson College, Universiti Cambridge, dengan ihsan Tunku Ahmad Yahaya dan Sime Darby. Sebelum itu mereka terpaksa berhenti kerja. Latihan di maktab polis dipertingkatkan sejajar dengan perkembangan zaman. Diploma Sains Polis, siasatan secara forensik dan Kajian Strategik dengan bantuan universiti tempatan diperkenalkan. Buku Manusia dan Islam gubahan tokoh-tokoh terkenal Islam, Ghazalba dan Datuk Dr. Harun Din, diperkenalkan. Begitu masyhur pasukan sehingga mendorong 14 buah negeri menghantar pegawai-pegawainya menyertai kursus di Maktab PDRM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2007 11:09 AM | Show all posts
Jaga integriti pasukan polis


TAN SRI ABDUL RAHIM NOOR.
--------------------------------------------------------------------------------

MUKADIMAH

Dengan berseluar hitam, baju berwarna merah hati dan bersongkok hitam memperlihatkan susuk tubuh Tan Sri Abdul Rahim Noor tidak banyak berubah sejak beliau melepaskan jawatan Ketua Polis Negara (KPN) pada 8 Januari 1999.

Dalam pertemuan dengan wartawan AZMAN ANUAR, RUHAIDINI ABD. KADIR dan ZULKEFLI MANZOR serta jurugambar RASHID MAHFOF, di rumahnya di Damansara selama empat jam, beliau menceritakan panjang lebar liku-liku cabaran yang dilalui anggota polis daripada pangkat rendah hingga Ketua Polis Negara.

Setelah sekian lama tidak muncul dalam media massa, dan kebetulan pula isu-isu melibatkan kewibawaan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) kembali hangat diperkatakan, termasuk dakwaan bekas KPN, Tun Haniff Omar, 40 peratus pegawai kanan polis terima rasuah dan legasi rasuah bukan di bawah beliau maka mendorong Abdul Rahim untuk menjelaskan perkara sebenar.

揝etiap kali saya membalas tabik hormat anggota rekrut yang tamat latihan, saya rasakan air mata bagaikan mahu menitis tapi saya tahan. Semasa itu saya dapat rasakan adalah tanggungjawab saya untuk membela kebajikan mereka,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2007 11:09 AM | Show all posts
Adakah kempen-kempen antirasuah yang dilakukan PDRM ketika ini berkesan? Setiap anggota polis memakai lencana 慡aya Anti Rasuah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.741226 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list