CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: katakpuruz

||MISTERI BUSUT||

[Copy link]
Post time 6-12-2006 12:54 PM | Show all posts
Ermmm.... Ikutkan memang la kita takleh nak percaya atau taksub sgt dgn busut n penunggu tue... Tapi.... tak salah kalo kita nak bincang2 kan...dan ceritakan pengalaman masing2 haa..

Ermmm... bila dipikir-pikirkan secara geografi alam sekitar fizikal.... Busut merupakan himpunan tanah pelbagai bentuk yang dibina oleh anai-anai sebagai tempat berteduh, menyimpan makanan dan pembiakan... Ianya juga menjadik sumber makanan kepada tenggiling dan hewan2 len yang suka makan anai2..

Tapi... bila dipikirkan dari segi sudut akal logik & supernatural... Macamana leh timbul cerita ttg busut yang berpenunggu, dicangkul tak lut atau dimusnahkan tapi esoknya elok balik? Macamana plak timbulnya cerita Busut adalah salah satu aset alam misteri yang KERAS?

Cerita neh...turun dari zaman datuk nenek moyang kita.. Masa dulu2... hantu, syaitan & jin memang hidup berleluasa...sebab arus pembangunan masih belum berkembang.. Port2 menarik macam pokok Jawi... hutan belukar...busut2..... Pokok beringin... Rusa jelmaan atau binatang jelmaan..... Ianya terus dibawa hingga ke harineh...sebab apa? Sebab..... masih wujudnya kawasan desa dan kota........ Walaupun kat bandar kita dengar citer ttg hantu kuwang...Kalo ada pun hantu moden...(kes bunuh diri..kena bunuh & sebagainya).... Tapi.... bab BUSUT neh masih lagi misteri sampai ke harineh..

Persoalannya : Kenapa makhluk halus suka menjadikkan BUSUT sebagai tempat kediaman atau tempat permainan mereka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


redsano This user has been deleted
Post time 6-12-2006 06:22 PM | Show all posts
pasal hantu ada buat kontrak ngan anai anai untuk tinggal kat busut kot..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 06:34 PM | Show all posts
redsano jadi saksi semasa kontraktu ditandatangani?.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 11:08 PM | Show all posts
pastu yg pernah aku dgr certain2 busut je yg jadik tempat tinggal jin ni.. org tua2 panggil busut jantan.. tatau le cemane busut jantan ke busut betina...tapi busut jantan ni org sampai bole jampi nak dapatkan minyak pengasih..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 03:02 AM | Show all posts
ASm.
PAda tahu akulah, makhluk halus ni seperti lumrah makhluk Allah swt, ada kegemaran, ada tempat yang dia suka berkampung. Kita jangan pulak nisbahkan kesukaan depa dengan kita kerana harus tak sama. Contohnya, makhluk halus suka berumah di pokok kelapa gading, pokok puding, tebu hitam, pokok kemboja, pokok ara, pokok ciku dll. yang tak payah lah aku sebut di sini. Sebabnya bagi dia area tu adalah yang baik dan cantik. MAcam kita jugalah, kalau diberi peluang duduk di rumah banglo, ada tanah, ada pulak swiming pool, tak ke best! "dimensi" depa lain, kalau kita masuk ke sana, kita tak akan nampak rumah dia tu seperti pokok yang kita nampak di dunia nyata. HArus begitulah...
Busut ni termasuk juga sebagai tempat dia suka bermain dan harus ada tempat tinggal dekat-dekat situ. Tak dapat kita nak kata mengapa depa suka, macam kita jugalah, mengapa suka rumah yang begini begini, kalau orang tanya kita, mau begaduh silap-silap. So kita pulak jangan sebab dek terasa terer ke atau terasa hebat sekejap, pegi buat kacau kat tempat kediaman makhluk tu semua. KAlau dia marah, itu salah kitalah gamaknya...kesimpulanya, busut ni tak usahlah dirosakkan, tak kiralah kalau hanya anai-anai yang duduk pun. Kita tentu akan rasa sedih kaalu orang rosakkan rumah kita.
Memang ada kes ada makhluk halus seperti "pontianak" duduk kat atas busut, buat bunyi macam-macam. Itu confirm ada. HArus sebab busut tu elok kejadiannya untuk tempat duduk atau singgah. KAdang tu benda lain pulak singgah. Biasalah. Kalau ada golongan yang skeptikal tak percaya, itu hak masing-masinglah.
Busut jantan ni biasanya busut tunggal yang besar. Busut umurnya boleh menjangkau puluhan tahun malah lebih kalau tak diganggu.
SAtu lagi makhluk halus tu tak buat perjanjian dengan anai-anai rasanya. Cuma "mutual understanding" je kerana depa hidup di dunia yang berbeza walaupun tempatnya sama...

WaAllahua'lam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 09:27 AM | Show all posts
Originally posted by redsano at 6-12-2006 06:22 PM
pasal hantu ada buat kontrak ngan anai anai untuk tinggal kat busut kot..


yer kot... pasal tu anai-anai ni happy jer..
maklumlah antu yang jaga...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2006 10:11 AM | Show all posts

Reply #22 redsano's post

wat lawak plakkkk!! :nana:
Reply

Use magic Report

redsano This user has been deleted
Post time 7-12-2006 06:53 PM | Show all posts
Originally posted by cfu at 6-12-2006 06:34 PM
redsano jadi saksi semasa kontraktu ditandatangani?.....


ah'a aku jadi saksi

antara yang terlibat dalam pentandatangan itu adalah:

1.Pontianak
2.Pocong
3.Ayam hutan
4.Harimau
5.Ular
6.Jin
7.Anai-anai
8.redsano
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2006 01:03 AM | Show all posts
daiiiee pocong sama ular macam mana mau sain daaa....tangan yelek
Reply

Use magic Report

redsano This user has been deleted
Post time 9-12-2006 02:27 PM | Show all posts
Originally posted by cfu at 8-12-2006 01:03 AM
daiiiee pocong sama ular macam mana mau sain daaa....tangan yelek

guna mulut la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2006 06:03 PM | Show all posts
ILMU KEBATINAN dengan MENUNTUT
Menuntut bererti mempelajari ilmu secara khusus dan sedar yang dilakukan dengan tunjuk ajar guru. Kaedah untuk membela hantu raya ialah untuk dijadikan "khadam", dengan menyediakan sebiji telur ayam mentah yang ditebuk dengan jarum berserta dengan setitik darah orang yang berkenaan. Darah diambil dari jari kelingking tangan kiri, dititikkan berhampiran lubang. Bahan lain ialah sekepal pulut kuning, sebatang rokok daun dan sekepal nasi. Tempat yang dipilih untuk memanggil hantu ialah di mana-mana busut jantan, jauh daripada manusia yang dilakukan di tengah malam.

Ungkapan kata menyeru makhluk ini berbunyi :-



Hei si hantu raya
Jembalang angin
Aku tahu asalmu
Engkau dari bulu hidung Nabi Adam
Makanan engkau telur ayam
Mari engkau
Mari makan benda-benda ini.

Hei si hantu raya
Mari kau bersahabat
Mari menjaga diriku
Engkau taat perintahku
Ikut segala perintahku.


Hei si hantu raya
Menyerupa engkau serupa aku
Menyerupa engkau dalam diriku
Jangan engkau langgar perintahku
Jikalau engkau engkar
Aku panah engkau
Dengan panah berpanah
Panah sakti
Panah rajuma

Terdapat kata-kata dusta dalam ungkapan tersebut, yang menyebut asal usul hantu raya, iaitu daripada "Bulu Hidung Nabi Adam". Berumpankan telur ayam yang ditebuk menggunakan jarum dan diletakkan darah orang yang berkenaan, makhluk ini dipuja untuk menjadi sahabatnya. Persahabatan seperti ini adalah seburuk-buruk persahabatan seperti yang tersebut dalam al-Qur'an ( An-Nisa ayat 38 )

Artikel diatas adalah sebagai info dan bukan untuk mengamal.

[ Last edited by  katakpuruz at 10-12-2006 10:11 AM ]
Reply

Use magic Report

redsano This user has been deleted
Post time 9-12-2006 06:32 PM | Show all posts
Originally posted by katakpuruz at 9-12-2006 06:03 PM
ILMU KEBATINAN dengan MENUNTUT
Menuntut bererti mempelajari ilmu secara khusus dan sedar yang dilakukan dengan tunjuk ajar guru. Kaedah untuk membela hantu raya ialah untuk dijadikan "khadam& ...

x syirik ke...:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2006 10:50 AM | Show all posts
ASM,
Katakpuruz! hang memang baguih. Apa yang menarik, mentera melayu macam ni tetap jadi kalau di amal. Maknanya antu setan ni depa paham semua bahasa!!! tapi yang sebenarnya Allah izin, jadilah kot...
Redsano, jampi serapah / mentera melayu memang ada yang boleh bawak syirik. Paling tidak pun syirik kecil. Berat tu...kadang tu perkataan dan ungkapan kita tak jelas & tak faham, elok jangan diamal walaupun dikatakan untuk "sihat badan', "naik seri", "pendinding", dll. lah. Tapi banyakkkkk juga mentera melayu yang valid. Jenih tu, bukan nak panggil hantu raya, tapi nak bakar depa...he he he...

Wasalam waAllahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2006 01:17 PM | Show all posts
sebut pasal mentera nie..dulu haku ade terjumpe satu buku pasal mentera kat library.. buku tuh  kecik and dah usang.. aku bace arr baru bace skit dah rase seram..dlm tu ajar mentera mcm2 nak panggil pelesit laa.. penulis die omputih tapi die tulis buku tu dalam bahase melayu.. dan yg aku perasan byk mentera selalu ade gune part:
Dengan panah berpanah
Panah sakti
Panah rajuma<--kadang2 tuh panah arjuna

mase bace buku tuh aku baru form 1 hehehe..seram wooo..tetibe jumpe buku pelik..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 03:48 PM | Show all posts
Originally posted by Nocturna at 6-12-2006 11:08 PM
pastu yg pernah aku dgr certain2 busut je yg jadik tempat tinggal jin ni.. org tua2 panggil busut jantan.. tatau le cemane busut jantan ke busut betina...tapi busut jantan ni org sampai bole jampi  ...

kalau  la busut nih boleh buat minyak pengaih,aiklah dia sendiri masuk rumah PENGASIH........kan best??
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 03:48 PM | Show all posts
Originally posted by Nocturna at 10-12-2006 01:17 PM
sebut pasal mentera nie..dulu haku ade terjumpe satu buku pasal mentera kat library.. buku tuh  kecik and dah usang.. aku bace arr baru bace skit dah rase seram..dlm tu ajar mentera mcm2 nak panggi ...

pernah jugak aku try kat depan busut baca mentera....mentera semerah padi nyanyian m.nasir....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2006 03:50 PM | Show all posts
Originally posted by redsano at 7-12-2006 06:53 PM


ah'a aku jadi saksi

antara yang terlibat dalam pentandatangan itu adalah:

1.Pontianak
2.Pocong
3.Ayam hutan
4.Harimau
5.Ular
6.Jin
7.Anai-anai
8.redsano





ko panggil perjanjian apa?? perjanjian bangkok ker?? tak pun perjanjian pangkor??
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 03:50 PM | Show all posts
Originally posted by redsano at 7-12-2006 06:53 PM


ah'a aku jadi saksi

antara yang terlibat dalam pentandatangan itu adalah:

1.Pontianak
2.Pocong
3.Ayam hutan
4.Harimau
5.Ular
6.Jin
7.Anai-anai
8.redsano





ko panggil perjanjian apa?? perjanjian bangkok ker?? tak pun perjanjian pangkor??
Reply

Use magic Report

redsano This user has been deleted
Post time 12-12-2006 03:58 PM | Show all posts
nama perjanjian tu Mak Pi Lu pang Pi La Baka Busut.



keke
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 04:14 PM | Show all posts
Perjanjian Busut di Besut.........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.083321 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list