CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: a.ceCCo

GYMNASTIC

[Copy link]
Post time 10-12-2006 04:21 PM | Show all posts
Originally posted by cyclops_psycho at 7-12-2006 10:31 AM


dia gimnas yg plg cun bagi aku kat mesia nih.. :love:
dia buat apa skrg ek?yg aku tahu dia pernah study kat upm..la ni tak tau watpe..
nak cari pic n then tempek kat cnie.. :love:

:setuju: :setuju: :setuju:

she's the sweetest gymnast of all!! :love: :love: :love:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2006 12:14 AM | Show all posts
keputusan penuh gimrama , doha 2006...
pencapaian malaysia

team all round event - tempat ke 4. ( no 1-kazakhstan, no 2 - jepun, no 3 - china)

individual all round event-

crystal lim(lim wen chean) - no 8
foong seow ting- no 10

[ Last edited by  sayangidaku at 11-12-2006 12:18 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 12:23 AM | Show all posts

Reply #22 sayangidaku's post

bagus betul ko ni..mmg alert hbs pasal sukan gimrama kat doha nie..
kiranya kat rantau asia tenggara ni mesia yg plg bestt..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 12:25 AM | Show all posts

Reply #14 HangPC2's post

makin cun plak awek aku sorang nie..

EL REGINA:love::love::love:
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 01:09 AM | Show all posts
Originally posted by cyclops_psycho at 11-12-2006 12:23 AM
bagus betul ko ni..mmg alert hbs pasal sukan gimrama kat doha nie..
kiranya kat rantau asia tenggara ni mesia yg plg bestt..

yup...mesia mmg patut sgt kaut semua pingat emas gimrama kat sukan sea.

kalo ranking dunia, mesia di kedudukan ke 21, berdasarkan pencapaian kat world championship thn lepas. yg best, kita kalahkan USA yg berada di tmpat ke 22.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 01:13 AM | Show all posts
i miss durratun. still terkilan dia tak masuk kali ni.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2006 01:23 AM | Show all posts








Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 10:00 AM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 17-7-2010 13:54

Pasukan gimrama di tangga keempat


DOHA - Pasukan gimrama negara berjaya memintas Uzbekistan dengan kiraan tipis untuk menduduki tempat keempat dalam acara all-round berpasukan akhir dan pusingan kelayakan individu pada Sukan Asia ke-15 di Dewan Tertutup Aspire di sini, semalam.

Gimnas negara, Jaime Lee Yoke Jeng, Crystal Lim Wen Chean dan Foong Seow Ting berjaya mengumpul sejumlah 136.500 mata selepas mengharungi empat aparatus tali, bola, belantan dan riben - untuk meninggalkan Uzbekistan dengan hanya 0.500 mata.

Kami mengharapkan pingat gangsa tetapi China, pemenang gangsa pada Kejohanan Asia Ogos lepas, adalah pasukan mantap sekali. Bagaimanapun saya bangga dengan persembahan gimnas negara, kata jurulatih negara, Elena Kolodova dari Uzbekistan.

Pasukan pilihan dan juara bertahan, Kazakhstan menang pingat emas dengan mengutip sejumlah 148.600 mata manakala Jepun merangkul perak dengan agregat 144.750 mata diikuti oleh China dengan 142.775 mata.

Gimnas negara menduduki tempat keempat dalam acara tali (40.900 mata), ketujuh dalam acara bola (39.675 mata), kelima dalam acara belantan (40.825 mata) dan menduduki tempat keempat dalam acara riben dengan 39.875 mata.

Acara gelung dan acara individu untuk setiap aparatus tidak dipertandingkan di sini.

Seow Ting dan Crystal adalah di antara 24 individu utama yang berjaya mara ke pusingan akhir acara All-Around dengan masing-masing menduduki tempat kelapan (41.875 mata) dan ke-11 dengan 41.450 mata.

Seow Ting, pemenang empat pingat emas pada Sukan SEA Manila tahun lepas, bagaimanapun kecewa dengan hasil pungutan mata.

Saya tidak puas hati dengan persembahan saya... saya boleh lakukan dengan lebih baik lagi, katanya.

Dalam sukan akuatik pula, pasukan renang berirama negara menduduki tempat kelima dengan jumlah kutipan 82.667 mata.

China menang pingat emas dengan mengumpul 96.584 mata dengan Jepun ketinggalan 0.500 mata untuk merangkul pingat perak dan gangsa oleh Korea Selatan dengan mengumpul 86.500 mata.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2006 06:21 PM | Show all posts
i'm sure if durratun masuk,mesti boleh dpt tempat.but...aliya dari kazakhstan terror btul..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2006 06:28 PM | Show all posts
napa el regina tak masuk gymnastic dahi?dia mix ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 11:17 PM | Show all posts
Originally posted by a.ceCCo at 11-12-2006 06:28 PM
napa el regina tak masuk gymnastic dahi?dia mix ke?

dahi? :stp:

mksud ko naper el regina tak masuk gimrama lagi ke?
laa... umur dia baper skang. dh 25 thn kot.
takkan nak masuk gimrama sampai ke tua.
aku rasa atlit gimrama plg tua dlm umur 23, pstu dh kene stop n bagi peluang pd yg muda.
lgpun msti dia byk mnde lain nak wat gak.
lg satu, elregina tu takdela bagus sgt sebenarnya.
harap cantik je.
tak caya tengok kat sini> http://www.youtube.com/watch?v=9yPCwc0Una0
byk wat silap even thp difficulties takdela tinggi sgt.

yup, el regina tu mix omputeh kalo tk silap.

[ Last edited by  sayangidaku at 11-12-2006 11:34 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 11:21 PM | Show all posts
Originally posted by a.ceCCo at 11-12-2006 06:21 PM
i'm sure if durratun masuk,mesti boleh dpt tempat.but...aliya dari kazakhstan terror btul..

aliya tu ranking ke 7 dunia. mmg patutla terer.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 11:33 PM | Show all posts
aksi thye chee kiat in sukom 98-

clubs>>> http://www.youtube.com/watch?v=8i-x3edcmpI

hoop>>> http://www.youtube.com/watch?v=dYRQfcZSBCQ

tq kpd freekey yg jumpa vdo ni kat youtube. :bgrin:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2006 06:00 AM | Show all posts
Originally posted by sayangidaku at 11-12-2006 11:21 PM

aliya tu ranking ke 7 dunia. mmg patutla terer.



how bout alexandria dari canada?she won gold medal in commonwealth games.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2006 06:04 AM | Show all posts
Originally posted by sayangidaku at 11-12-2006 11:17 PM

http://www.youtube.com/watch?v=9yPCwc0Una0



thnx for the info anyway.first time cecco tau pasal el regina ni.:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2006 11:22 AM | Show all posts
Originally posted by sayangidaku at 11-12-2006 11:17 PM

dahi? :stp:

mksud ko naper el regina tak masuk gimrama lagi ke?
laa... umur dia baper skang. dh 25 thn kot.
takkan nak masuk gimrama sampai ke tua.
aku rasa atlit gimrama plg tua dlm umur 2 ...



teringat kes sebelum Sukom 98. Farrah Zellinah Kemal  kene singkir dari Persekutuan Gimnastik Malaysia dan dier terus bersara kecoh jugak lah kalau tidak El Regina Tajuddin, Sarina Sundarajah, Thye Chee Kiat dan Carolyn Au Yong  pun kene singkir...

[ Last edited by  HangPC2 at 13-12-2006 11:28 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2006 11:48 AM | Show all posts
Tribute To Farah Zellinah Kemal

Sempena Birthday Farah Zellinah Kemal 17 haribulan Disember:pompom:













Mesti ramai yang kenal dengan Farah Zellinah kemal yang merupakan juara kebangsaan yang bersara akibat kontroversi pemilihan gimrana Sukan Komanwel 1998.Aku cukup minat akan persembahan Farah yang bertenaga dan berseni.Dia sememangnya bagus tetapi sering menjadi mangsa hakim-hakim yang BIAS atau tidak adil,malahan kedudukan tempat kelima yang diperolehi dalam Skuad Jaya 98 tidak mengambil kira prestasinya yang cemerlang di dalam dan luar negara.Tapi benda dah berlaku,walaupun Malaysia telah memenangi pingat Emas dalam acara gimrama di Sukan Komanwel,aku berpendapat sekiranya Farah dimasukkan dalam barisan skuad negara pastinya pungutan mata lebih besar akan diperolehi.Lagipun el regina dan sarina sundarajah melakukan kesilapan dalam disipilin gimrama mereka,Farah Zelinnah pernah melakukan kesilapan tetapi taklah sehingga boleh menjejaskan pungutan mata.

Buktinya di sukan Sea 1997 di Jakarta yang diselubungi dengan kontroversi keputusan hakim,Farah mampu mendapat tempat keempat dibelakang Aunchaya Yeamsukon yang memnangi pingat gangsa.Walaupun melakukan kesilapan dalam acara gelung dan belantan.Ini disebabkan kemampuan dia untuk meminimakan kesilapannya selepas itu.Kalau hendak dibandingkan dengan Thye Chee Kiat,aku berasakan yang Thye Chee Kiat sendiri tak mampu meminimakan kesilapan.Contohnya ketika acara Individu perseorangan,acara gimrama di Sukan Komanwel di mana beliau beberapa kali menjatuhkan belantan dan juga dalam acara reben di mana dengan dia melakukan kesilapan dengan  beberapakali tidak menyambut reben dengan baik.Farah bijak meminimakan kesilapan sama seperti Farrah Hani Imran.Walaupun begitu,aku tahu Farah wajar memenangi pingat di Sukan SEA Jakarta,sekiranya hakim-hakim tidak berat sebelah memberikan mata kepada gimnas senior Indonesia,Yulianti yang banyak melakukan kesilapan dan tidak memberikan persembahan yang baik.

Sayang ..Farah Zellinah tidak dapat mewakili negara,walhal...dia telah berjaya melakukan aksi yang baik dan membawa pulang pingat di Kejohanan Pra-Komanwel di Ireland Utara.Rankingnya di Kejohanan -kejohanan Gimrama di luar negara juga lebih baik berbanding Sarina dan El Regina.Contohnya di Kejohanan Gimrama Sedunia di Berlin,Sarina menduduki tangga terakhir iaitu tangga ke-159 berbanding Thye Chee Kiat,Carolyn dan Farah yang menduduki tangga 110 ke bawah.
Farah is a fighter..masih aku ingat yang dia tetap terus bertanding di sukan Asia 1994 di Hiroshima ,walaupun matanya tertusuk besi reben.Hasilnya dia menduduki kedudukan Top Ten gimnas Asia.
Tentang Sukan Komanwel Di Kanada tu,sememangnya markah yang dikumpulkan memang rendah dan Malaysia menduduki tangga kedua terakhir(Terakhit Ireland Utara Yang menghantar 2 gimnas sahaja)Malaysia diwakili Goh Siew Chuan,Christina Loke Kit May,Farah Zellinah Kemal sebenarnya mampu mendapatkan markah yang baik tapi biasalah hakim pun banyak dari negara -negara orang putih,jadi BIAS lah jawabnya!Apa yang skuad negara lakukan ketika itu sebenarnya cukup untuk meletakkan negara dalam tempat kelima atau keenam tetapi disebabkan hakim yang terlalu bias,tak adil mereka menjadi mangsa.

Walaupun Farah Zellinah Kemal tidak pernah memenangi pingat emas dalam Sukan SEA 1995 dan 1997,seperti aku katakan dahulu sekiranya Farah tidak berada dalam skuad negara ketika itu,kita mungkin akan berada di belakang Filipina yang dibarisi skuad senior mereka.
Farah telah menjadi mangsa ketidak-adilan hakim di Sukan Sea 1995 dan 1997.Di sukan Sea 1995..Thailand menyapu bersih 7 pingat emas. Di mana Aunchaya Yeamsukon memenangi 2 pingat emas dan Wanarudee Hansomboon,5 pingat emas.Walhal persembahan Aunchaya Yeamsukon dalam acara gelung tidaklah sehebat mana.Aku masih ingat dalam acara gelung,bagaimana Farah Zellinah mempamerkan aksi yang baik tetapi sekadar mendapat pingat perak sahaja.Kalau tak silap akulah,Farah yang mendepakan kedua belah tangannya berjaya membuatkan gelung itu bergolek dari hujung tangannya serta melalui kepalanya  yang didongakkan lalu terus ke tangan belakangnya,sementara Aunchaya hanya mampu bergelek macam twist saja..tak kena dengan muzik langsung!

Apa-apapun ,bagi aku Farah Zellinah tetap wirawati negara selepas Faiznur dan Farrah Hani.Cuma yang menyedihkan aku,dia bersara kerana keributan yang berlaku dalam MGF.Aku no comment tentang MGF ni...kalau nak dikomen memang berjela-jela...

Kepada Faiznur,Farrah Hani dan Farah Zellinah..No one can match  all of your styles
not even Duratun,Celestine Chan,Thye Chee Kiat atau sesiapapun....kerana dalam gimrama aku mementingkan style dan soul dalam disiplin yang dibawakan oleh gimnas itu!Dan mereka bertiga memiliki style and soul tu!

Credit

http://juliaazim.blogdrive.com/

[ Last edited by  HangPC2 at 14-12-2006 08:28 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2006 02:40 PM | Show all posts
alina kabaeva yg rank world no 1 tuh main lg tak?
dia terer gile...rasenya umo dia dh 20++
Reply

Use magic Report

faslissen This user has been deleted
Post time 14-12-2006 11:06 AM | Show all posts
Originally posted by a.ceCCo at 3-12-2006 02:19 PM
saper minat gymnastic??
gymnastic artistic or gymnastic rhythmic...?

cecco lebih suke rhythimic...seronok  jer tgk diorg tergedik melompat2..


commonwealth game:
ALEXANDRA ORLANDO - 1st
h ...



I lebih suka artistic sebab anak I dlm team pelapis negeri selangor skang nih....
doa kan yg terbaik utk dia yek... mana tau lepas Nurul, dia yg mewakili M'sia ker..:pray::pray:
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 11:29 AM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 13-12-2006 11:48 AM
Tribute To Farah Zellinah Kemal

Sempena Birthday Farah Zellinah Kemal 17 haribulan Disember:pompom:



http://www.imageupload.com/upload ...

Credit

http://juliaazim.blogdrive.com/

Huhuhuh... dah agak dah tak mungkin ini coretang Hang Pi Situ!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.248064 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list