|
Anugerah Skrin Ke-8 artis dilarang berpakaian seksi
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
BARISAN artis yang hadir pada sidang media Anugerah Skrin ke-8 di Damansara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
GLAMOR dan elegan menjadi konsep Anugerah Skrin ke-8 (AS8) kali ini yang akan diadakan pada 22 Disember ini. Biarpun mengutamakan glamor dan elegan, namun TV3 selaku penganjur anugerah tersebut tetap mempunyai pendirian bagi memastikan majlis gilang gemilang yang mengiktiraf hasil seni tempatan tidak menimbulkan kontroversi.
Untuk itu, bagi memastikan rumah siap dan pahat tidak berbunyi, TV3 mengingatkan para artis yang hadir pada majlis tersebut agar tidak berpakaian seksi dan menjolok mata terutama artis wanita.
揔ami harap semua artis yang hadir berpakaian sopan dan tidak menjolok mata. Kami tidak mahu mencipta kontroversi dengan perkara-perkara remeh sebegini. Tidak salah untuk bergaya tetapi biarlah sopan dan mengekalkan adat timur. Kami harap artis-artis juga mempunyai kesedaran sendiri terhadap pemilihan baju mereka, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|