Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
20546
View
93
Reply

Raja berpelembagaan, #85 Krisis Perlembagaan 1993: Hilangnya imuniti raja-raja Melayu

[Copy link]

Author: Syd       Show all posts   Read mode

Author
Post time 10-12-2006 09:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 12-4-2019 02:45 PM

Raja berpelembagaan
Oleh Ziauddin Sharuddin


Pemilihan Yang di-Pertuan Agong, Timbalan Yang di-Pertuan Agong diputuskn sembilan Raja perintah negeri

TANGGAL 13 Disember ini, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Sultan Mahmud, bakal diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13, menggantikan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.

Setiap lima tahun, inilah senario yang berlaku di Malaysia, antara segelintir negara di dunia yang masih mempertahankan institusi raja.


SULTAN Mizan Zainal Abidin Al-Marhum
Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
(Terengganu: 13 Disember 2006,
tarikh perisytiharan)

Berbeza dengan negara lain, institusi raja negara mempunyai keunikan tersendiri kerana pemilihan Yang di-Pertuan Agong sebagai ?aja Malaysia?, bukan berdasarkan keturunan daripada seorang raja kepada putera baginda.

Kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara Persekutuan dengan sembilan dari negeri yang membentuk Malaysia mempunyai Raja Melayu menyebabkan semua raja layak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong diputuskan oleh Majlis Raja-Raja yang dianggotai Raja Perlis dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan serta Sultan Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Perak, Selangor dan Johor.

Majlis Raja-Raja juga mempunyai anggota bukan raja, iaitu Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak yang tidak layak menjadi Yang di-Pertuan Agong atau mengundi dalam pemilihan jawatan itu.

Melalui sistem penggiliran, Yang di-Pertuan Agong akan berkhidmat selama lima tahun dan tiada raja yang akan berkhidmat selama dua penggal kecuali gilirannya tiba. Bagaimanapun, pengecualian boleh berlaku apabila ada raja yang menolak pencalonan.

Dalam sejarah pemilihan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Pahang dan Johor pernah menolak memegang jawatan itu.

Sejarah sistem penggiliran jawatan Yang di-Pertuan Agong bermula apabila negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Persekutuan Tanah Melayu yang mencapai kemerdekaan dari British menggunakan sistem Raja Berperlembagaan dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat daripada kalangan sembilan Raja Melayu.

Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman, yang tertarik dengan sistem pemilihan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, mencadangkan sistem negeri Adat Perpatih itu diterapkan dalam pemilihan Yang di-Pertuan Agong.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, dipilih sebagai Yang Dipertuan Agong pertama dan ditabalkan pada 2 September 1957.

Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen pada dua peringkat.

Peringkat pertama adalah negeri dengan sultan sebagai ketua negeri (Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan di Negeri Sembilan dan Raja di Perlis) dengan kerajaan negeri diketuai Menteri Besar, manakala negeri yang tiada Raja Melayu diketuai Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri mengetuai kerajaan negeri.

Pada peringkat Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara dan Perdana Menteri mengetuai kerajaan.

Melalui sistem demokrasi berparlimen di bawah sistem kerajaan Raja Berperlembagaan, kuasa rakyat terletak pada Parlimen yang kemudian meletakkan kuasa eksekutif kepada Kabinet. Setiap tindakan pihak berkuasa dilaksanakan atas nama Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat kerajaan.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja membentuk institusi pemerintahan beraja bukan sekadar simbolik, tetapi adalah sumber kekuasaan dan kewibawaan, pemerintah dan kerajaan, manakala rakyat melihat institusi ini sebagai sumber kekuatan rakyat dan tempat rakyat mencari perlindungan, keadilan, memberikan kesetiaan, kecintaan dan taat setia kepada negara.

Secara teknikal, satu pusingan lengkap pemerintahan Yang di-Pertuan Agong adalah selama 45 tahun atau antara 1957-2003.

Bagaimanapun, pusingan itu lengkap lebih awal apabila Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, menaiki takhta pada 1989 dan menamatkan perkhidmatan pada 1994.

Pusingan baru pemerintahan Yang di-Pertuan Agong bermula dengan pelantikan Yang Dipertuan Besar Tuanku Jaafar Tuanku Abdul Rahman, pada 1994.

Antara faktor yang mempercepatkan pusingan ini berakhir ialah apabila tiga Yang di-Pertuan Agong dalam pusingan pertama, mangkat ketika dalam perkhidmatan, iaitu Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad (Yang di-Pertuan Agong pertama), Sultan Hisamuddin Alam Shah (kedua) dan Sultan Yahya Petra (keenam).

Pada pusingan kedua, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Yang di-Pertuan Agong ke-11) juga mangkat ketika dalam perkhidmatan.

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong

Maklumat adalah berdasarkan Portal Yang di-Pertuan Agong - Perpustakaan Negara Malaysia

Ciri-ciri kelayakan

Hanya Raja boleh dipilih.

Hanya Raja boleh mengundi.

Kebiasaannya Raja yang paling kanan dari segi pemerintahan dipilih. Bagaimanapun, peraturan ini tidak lagi digunakan selepas semua Raja dari negeri-negeri dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Pusingan ini berakhir selepas Sultan Perak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Satu senarai baru disusun semula dan digunakan sekarang adalah berdasarkan faktor kekananan negeri yang Rajanya telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong (Yang di-Pertuan Agong pertama hingga ke sembilan).


Raja yang tidak layak dipilih

Perlembagaan menetapkan bahawa seorang Raja layak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong kecuali:

Raja belum dewasa;

Raja memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa baginda tidak berhasrat dipilih

Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa Raja berkenaan adalah tidak sesuai untuk menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong kerana kelemahan akal atau tubuhnya, atau sebarang sebab lain. Ketetapan ini memerlukan undian sekurang-kurangnya lima ahli majlis.


Langkah awal sebelum pemilihan

Mohon perkenan tarikh mesyuarat pemilihan.

Jika ada kekosongan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, urusan pemilihan perlu dibuat tidak lewat daripada empat minggu daripada tarikh berlaku kekosongan jawatan itu.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan menulis surat kepada setiap Raja bertanyakan sama ada baginda berhasrat dicalonkan untuk dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Raja yang tidak berhasrat dipilih perlu memaklumkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, dan negerinya akan diletakkan di tempat akhir dalam senarai pencalonan.


Prosiding pemilihan

Apabila Majlis Raja-Raja bersidang untuk memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua Negeri tidak hadir walaupun mereka ahli majlis.

Pemilihan dibuat secara undi sulit.

Keratan undi dimusnahkan di hadapan Raja-Raja sebaik saja keputusan undian diumumkan.

Kertas undi yang digunakan tidak bernombor dan ditandakan dengan pen dan dakwat yang sama dimasukkan dalam peti undi.

Raja yang paling muda dari segi pemerintahan dan tidak tersenarai sebagai calon Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong dipilih untuk mengira kertas undi bersama Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Hanya Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja terbabit dalam proses pemilihan.

Seorang Raja boleh memilih seorang Raja lain sebagai proksi untuk mengundi bagi pihak baginda jika Raja itu tidak menghadiri Mesyuarat Pemilihan.


Proses pemilihan

Ketika pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memberikan kertas undi kepada setiap Raja, dan setiap Raja diminta menandakan pendapatnya, sama ada Raja yang paling kanan (satu nama saja) adalah sesuai atau tidak sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Calon mesti mendapat majoriti lima undi sebelum Raja yang mempengerusikan Mesyuarat Pemilihan menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada baginda.

Jika Raja yang berjaya tidak menerima tawaran atau gagal memperoleh undi majoriti, proses pengundian semula akan dijalankan, iaitu dengan mencalonkan nama Raja yang kedua dalam senarai kekananan untuk diundi.

Proses hanya akan selesai selepas baginda menerima tawaran jawatan Yang di-Pertuan Agong. Selepas itu, Majlis akan mengisytiharkan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong dan memegang jawatan itu bagi tempoh lima tahun.


Selepas tamat urusan pemilihan

Selepas tamat urusan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan baginda, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan menghantar surat mengenai mengesahkan keputusan pemilihan itu secara bertulis kepada Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Perdana Menteri.

Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai keputusan pemilihan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong hanya boleh menjalankan tugas rasmi selepas menandatangani sumpah jawatan dalam satu istiadat di hadapan Majlis Raja-Raja dan Ketua Hakim Negara, Mahkamah Persekutuan dengan ditandatangani saksi oleh dua orang Raja yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai saksi.



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 10-12-2006 09:31 PM | Show all posts
Alat kebesaran diraja Melayu
Oleh Ziauddin Sharuddin


ALAT kebesaran diraja mempunyai fungsi yang penting dalam istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong dan istiadat diraja lain. Setiap alat berkenaan melambangkan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan negara. Alat kebesaran diraja juga melambangkan keagungan dan kehebatan Raja Melayu sejak zaman silam. Antara alat kebesaran berkenaan ialah seperti berikut:


Tengkolok Diraja

Tengkolok Diraja yang dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong ketika istiadat pertabalan dinamakan ?endam Tak Sudah? yang berasal dari Negeri Sembilan. Diperbuat daripada kain songket hitam bersulamkan benang emas. Di bahagian depan tengkolok adalah anak bulan dan bintang sebanyak 14 yang melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan.

Gendik Diraja

Dikenali juga sebagai pemeles dipakai oleh Raja Permaisuri Agong. Diperbuat daripada emas putih bertatah penuh permata berlian dengan motif awan larat. Di bahagian tengah gendik ialah bulan dan bintang. Gendik dipakai ketika istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong dan istiadat diraja lain.

Kalung Diraja

Rantai leher yang dipakai oleh Raja Permaisuri Agong ini diperbuat daripada emas putih bertatah penuh permata berlian. Kalung ini adalah sebahagian pakaian kebesaran yang dipakai dalam istiadat kebesaran diraja. Jika diceraikan, kalung ini boleh menjadi subang, kerongsang dan kerabu.

Muskat

Pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong ini berasal dari Muscat, sebuah bandar di Oman dan pernah menjadi pakaian rasmi pegawai kerajaan Kedah. Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman, mengilhamkan pakaian ini untuk digunakan sebagai pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama digunakan ketika istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ketiga pada 1960.

Baju ini diperbuat daripada benang bulu berwarna hitam yang dijahit dengan sulaman emas bercorak awan larat dan bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan. Baju ini labuh hingga ke paras paha dan berlengan panjang. Kebiasaannya, muskat dipakai bersama seluar panjang bersulam di kaki dan tengkolok.

Selain pada hari pertabalan, muskat dipakai ketika hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong, lawatan rasmi dan perasmian penggal persidangan Parlimen.

Pending Diraja

Dibuat daripada emas sepuluh bersulamkan sebanyak 12 permata delima. Di bahagian tengah, terdapat lambang kerajaan Persekutuan. Bengkung pula diperbuat daripada kain sakhlat bertekat berbunga-bunga dengan benang emas.

Keris Pendek Diraja

Keris ini adalah sebahagian pakaian Diraja dan hanya dibawa dan dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong. Diperbuat daripada mata keris lama dengan berhulu dan bersarungkan gading yang bertatahkan emas. Hulu keris dinamakan ?ulu Pekaka? yang berbentuk kepala Garuda. Sampir keris ini mempunyai lambang Kerajaan Persekutuan.

Keris Panjang Diraja

Keris adalah alat kebesaran Melayu yang sangat dimuliakan. Keris Panjang Diraja adalah alat kebesaran negara yang utama dalam istiadat pertabalan. Keris panjang adalah keris kerajaan yang melambangkan kebesaran dan kekuasaan.

Keris ini daripada hulu hingga sarung bersalutkan emas dan di sampir, terdapat lambang Kerajaan Persekutuan dan 11 Negeri Tanah Melayu. Matanya ditempa daripada besi waja yang diambil daripada 11 bilah keris negeri itu.

Hulu keris yang berbentuk ?apak Kuda? dengan hiasan berbentuk buah jering. Keris ini hanya dibawa oleh Yang di-Pertuan Agong dalam istiadat tertentu.

Cokmar

Alat ini adalah sebahagian lambang kebesaran kerajaan Malaysia. Cokmar adalah tongkat pendek berkepalakan kubah adalah alat perang yang diperbuat daripada perak. Alat ini terdiri daripada dua batang dengan setiap satu sepanjang 81.32 sentimeter.

Panji-Panji Diraja

Panji-Panji Diraja berwarna kuning mempunyai Jata Malaysia di bahagian tengah yang dikelilingi dua karangan padi. Warna kuning ialah warna Diraja. Karang padi keemasan melambangkan kemewahan atau kemakmuran.

Panji-panji Yang di-Pertuan Agong sepanjang masa dikibarkan di tiang bendera Istana Negara. Panji-Panji ini diturunkan apabila Yang di-Pertuan Agong tidak berada dalam negeri atau berada di sebuah negeri lain dalam Malaysia melebihi satu malam.

Nobat

Nobat adalah perkataan yang berasal dari bahasa Parsi, iaitu 'naubat' yang bermaksud sembilan jenis alat. Nobat ialah ?ancaragam? Diraja yang digunakan sejak zaman dulu di Negeri Melayu, terutama untuk istiadat pertabalan raja. Antara alat bunyian nobat ialah gendang, nafiri, serunai dan gong. Hanya Perak, Kedah, Selangor dan Terengganu mempunyai nobat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 10-12-2006 09:32 PM | Show all posts










[ Last edited by  Syd at 10-12-2006 09:34 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 10-12-2006 09:33 PM | Show all posts
Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong
Oleh Ziauddin Sharuddin


YANG di-Pertuan Agung mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Fungsi sebagai Ketua Negara dapat dilihat dalam tiga cabang kerajaan, iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman.


Eksekutif

Fasal 39 Perlembagaan memberi kuasa eksekutif kepada Yang di-Pertuan Agong. Walaupun terdapat beberapa pengecualian dalam Perlembagaan mengenai kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong, secara lazim baginda menerima nasihat dari Kabinet atau lebih khusus, Perdana Menteri.

Walaupun bertindak atas nasihat Kabinet atau Menteri atau selepas berunding atau atas cadangan seseorang atau sesuatu pertubuhan (selain Kabinet), Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam tiga fungsi Perlembagaan iaitu:

1. Melantik seorang Perdana Menteri.

2. Bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen.

3. Meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja dan mengambil tindakan dalam mesyuarat itu.

Perundangan

Kuasa perundangan Persekutuan adalah terletak kepada Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan dua majlis, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Yang di-Pertuan Agong sebagai sebahagian komponen Parlimen mempunyai kuasa berikut:

1. Memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa.
2. Memberhentikan dan membubarkan Parlimen.
3. Memberi ucapan dalam mana-mana majlis Parlimen.
4. Memperkenankan Rang Undang-Undang.

Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa melantik dua orang senator untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang untuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya serta mempunyai kuasa melantik 40 orang senator lain.

Kehakiman

Yang di-Pertuan Agong mempunyai fungsi penting dalam bidang kehakiman. Antara tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong adalah:

1. Melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Agung, Hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah dirundingkan dengan Majlis Raja-Raja.

2. Melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi Pesuruhjaya Kehakiman (yang mempunyai kuasa sebagai Hakim Mahkamah Tinggi) atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan (satu langkah sementara sebelum pelantikan tetap sebagai Hakim Mahkamah Tinggi).

3. Memanjangkan perkhidmatan seorang hakim yang berumur lebih 65 tahun. Bagaimanapun lanjutan perkhidmatan itu tidak melebihi enam bulan setelah mencapai umur 65 tahun.

4. Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Perdana Menteri, mengemukakan presentasi kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyingkirkan seorang hakim Mahkamah Persekutuan atas alasan tertentu.

Selepas menerima representasi itu, Yang di-Pertuan Agong akan melantik satu tribunal untuk memberi cadangan dan mungkin atas cadangan tribunal itu menyingkirkan hakim dari jawatannya. Yang di-Pertuan Agong boleh menggunakan budi bicara baginda untuk menerima atau menolak cadangan tribunal untuk menyingkirkan atau mengekalkan hakim.

5. Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan boleh mengeluarkan Perisytiharan darurat apabila berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku seperti keselamatan, kehidupan, ekonomi atau ketenteraan awam dalam Persekutuan atau negeri dalam keadaan terancam.

6. Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak membuat peruntukan yang menetapkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam negeri berkenaan.

Baginda juga adalah Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Baginda juga melantik jawatan tertentu bagi Negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan atas nasihat Majlis Agama Islam Negeri berkenaan. Di Sabah dan Sarawak, kuasa pelantikan diturunkan kepada Yang Dipertua Negeri.

Selain tiga fungsi ini, Yang di-Pertuan Agong mempunyai fungsi seperti berikut:

1. Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata.

2. Mempunyai kuasa mengurniakan pengampunan dan menangguhkan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera dan semua kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

3. Menjaga hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

4. Sumber penghormatan dan kebesaran.

5. Fungsi diplomatik dengan melantik diplomat Malaysia di luar negara dan menerima mengadap diplomat asing.

6. Menghadiri pelbagai majlis dan acara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-12-2006 09:48 AM | Show all posts
Tengku Muhammad Ismail Pemangku Raja Terengganu
Oleh RAJMAH HASAN


TERMUDA... Tengku Muhammad Ismail, 8, dilantik sebagai Pemangku Raja Terengganu berikutan pelantikan Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.
--------------------------------------------------------------------------------

K. TERENGGANU 12 Dis.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-12-2006 03:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-12-2006 03:18 PM | Show all posts
ngape sistem Raja Berpelembagaan kita dikatakan sistem yang paling unik di dunia?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-4-2007 10:33 AM | Show all posts
Alat kebesaran Diraja: Keunikan istiadat pertabalan Agong
25-04-2007 09:50:27 AM
Oleh Lizawati Bahanan  

KUALA LUMPUR:  Istiadat pertabalan Yang diPertuan Agong merupakan satu upacara istimewa kerana pada hari itulah rakyat dapat menyaksikan alatalat kebesaran Seri Paduka.

Salah satu daripada alat itu ialah singgahsana yang merupakan lambang kebesaran takhta kerajaan sesebuah negara di mana Raja yang memerintah akan bersemayam dengan penuh istiadat.

Singgahsana di Balairong Seri di Istana Negara dibina sebagai sebuah struktur yang mempunyai nilai seni yang bermutu tinggi, bersesuaian untuk kegunaan rasmi Yang diPertuan Agong dalam melaksanakan tugas negara.

Singgahsana itu diukir dengan motif menggabungkan ciri-ciri awan larat dari Semenanjung serta Sabah dan Sarawak bagi melahirkan satu identiti kebangsaan yang unggul.
Warna emas yang digunakan pada motifmotif ukiran bertujuan menambahkan seri serta keagungannya.

Keseluruhan reka bentuk menurus ke atas bagi memberi makna segala makhluk yang diciptakan Tuhan mesti mengingati pencipta alam iaitu Allah.

PAKAIAN ISTIADAT
Pakaian memainkan peranan penting bagi setiap acara, apa tah lagi bagi istiadat pertabalan Raja-Raja Melayu, menerusi pakaian juga dapat membezakan darjah atau pangkat seseorang.

Pakaian rasmi bagi upacara pertabalan dikenali sebagai `Muskat'. Baju yang berasal dari negara Muskat iaitu negara Oman sekarang. Asalnya pakaian rasmi pegawaipegawai negeri Kedah.

Muskat, yang mula dipakai pada 1960 ketika pertabalan Yang diPertuan Agong yang ketiga, diilhamkan oleh Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj.
Baju ini diperbuat daripada benang bulu berwarna hitam, dijahit dengan sulaman benang emas bercorak awan larat dan bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan Malaysia.

Baju ini labuh hingga ke peha, berlengan panjang, ia dipakai bersama dengan seluar panjang bersulam di kaki dan bertengkolok dalam majlis-majlis sempena hari pertabalan, keputeraan, lawatan rasmi ke seluruh negeri dan perasmian penggal persidangan Parlimen.

Selain Muskat, Tengkolok merupakan pakaian kebesaran RajaRaja Melayu. Dibuat daripada kain hitam bersulam benang emas dengan soleknya (bentuk ikatan) yang dinamakan `Dendam Tak Sudah' berasal dari Negeri Sembilan.

Di hadapannya dipasangkan anak bulan pecah 14 diperbuat daripada emas putih dan di tengahtengah bintang terletak lambang Kerajaan Malaysia.

Pending merupakan antara pelengkap pakaian istiadat pertabalan. Diperbuat daripada emas 10 mutu bertatah dan bersulam permata delima dan tertera lambang Kerajaan Persekutuan.
Tali bengkungnya dibuat daripada kain sakhlat bertekad bungabunga dengan benang emas.

KERIS DIRAJA
Keris merupakan salah satu pakaian kebesaran diraja yang hanya dipakai oleh Yang diPertuan Agong.
Terdapat dua jenis keris iaitu Keris Pendek Diraja dan Keris Panjang Diraja.
Keris Pendek Diraja diperbuat daripada mata keris lama dengan berhulu dan bersarungkan gading bertatahkan emas.

Hulu keris dinamakan `Hulu Pekaka' dan berupa kepala `Garuda'. Disampirnya diterapkan lambang Kerajaan Persekutuan.
Keris Panjang Diraja merupakan alat kebesaran utama dalam istiadat pertabalan. Ia adalah lambang kebesaran dan kekuasaan.

Dari hulu hingga ke sarungnya keris ini disalut emas dan di atas sampirnya diterapkan lambang Kerajaan Persekutuan dan lambang 11 negeri Tanah Melayu. Matanya ditempa dari besi waja yang diambil dari 11 bilah keris.

Hulu keris berbentuk Tapak Kuda dengan hiasan yang merupakan buah jering, keris ini dibawa oleh Yang diPertuan Agong hanya dalam istiadat tertentu sahaja.

GENDIK, KALUNG DIRAJA
Gendik merupakan pakaian bagi Raja Permaisuri Agong, diperbuat daripada emas putih bertatah permata berlian berbunga awan larat. Di tengahtengahnya terdapat anak bulan dengan bintang.

Gendik dipakai dalam istiadat kebesaran dan hari pertabalan. Ia dibuat khas supaya boleh dicerai menjadi loket dan kerongsang.

Kalung Diraja merupakan perhiasan yang dipakai oleh Raja Permaisuri Agong, diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan berlian. Kalung ini juga boleh diceraikan menjadi sepasang subang, kerongsang dan kerabu.

COGAN ALAM DAN ALAT KEBESARAN DIRAJA YANG LAIN
Cogan Alam mempunyai ketinggian 162.66cm diperbuat dari perak dan mempunyai bulatan di atas hulu tongkat. Di atas bulatan ini dibuat anak bulan dan bintang daripada emas.

Di sekeliling bulatan pula diterapkan dengan lambang 11 negeri Tanah Melayu juga diperbuat daripada emas, bulatan itu pula ditanggung oleh empat lembaga harimau manakala tongkat dihiasi dengan batang padi daripada emas.

Selain itu Cogan Agama juga diperbuat daripada perak, mempunyai ketinggian 155.04cm. Ia merupakan sebatang tongkat bulat berhulu besar.

Di atas hulu tongkat diperbuat anak bulan dengan bintang pecah lima daripada emas. Batang dan hulu Cogam Agama diterapkan dengan ayatayat suci al-Quran.
Cokmar pula ialah dua batang tongkat pendek berhulukan kubah, ia adalah alat perang di zaman dahulu. Diperbuat daripada perak, mempunyai ketinggian 81.32cm.

Alat kebesaran diraja yang lain ialah Pedang, Keris Panjang dan Sundang Diraja. Alat kebesaran ini asalnya merupakan senjata Melayu yang diambil daripada mata pedang panjang dan sundang zaman purbakala.

Keris Panjang dan Sundang disalut dengan perak serta berukir pada hulu dan sarungnya.
Seterusnya terdapat 20 kaki Payung Ubur-ubur Kuning yang diperbuat daripada kain sutera berwarna kuning raja, iaitu warna yang dipandang mulia. Di kemuncaknya dipasangkan anak bulan dengan bintang.

Selain itu terdapat 20 batang Tombak Berambu yang matanya berlok tiga diperbuat daripada tombak-tombak pusaka dari 11 buah negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Nobat merupakan satu cabang seni muzik tradisi yang terdapat di Malaysia. Terdapat empat buah negeri yang mempunyai kumpulan alat muzik Nobat iaitu Kedah, Terengganu, Perak dan Selangor. BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 11:38 AM | Show all posts
Sempena pertabalan YDA ke 13 pada hari ini 26April 2007
DAULAT TUANKU:tq:
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 04:53 PM | Show all posts
ada info tak pasal peruntukan kewangan tahunan untuk setiap raja2 termasuk agong?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 09:49 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 15-12-2006 03:18 PM
ngape sistem Raja Berpelembagaan kita dikatakan sistem yang paling unik di dunia?


1) Malaysia adalah satu2nya negara di dunia yg mengamalkan sistem penggiliran ketua negara. Ini menjadikn jawatan Yang di-Pertuan Agong adalah satu2nya didunia ini & tidak dijumpai di mana2 negara lain.

2) Sistem pemerintahan beraja di Malaysia adalah yg plg unik keranajawatan tersebut digilirkan selama 5 tahun di antara 9 org raja-rajaMelayu.

3) Sistem penggiliran jawatan Yang di-Pertuan Agong menggabungkan tradisi feudal berasaskan keturunan darah dgn konsep moden berasaskan perlembagaan. (pendek kata, tradisi pemerintahan raja-raja Melayu tetap relevan walaupun zaman sudah berubah).

4) Hanya yg terpilih saja yg boleh dipilih menjadi YDPA iaitu menurutdarah keturunan tetapi di dalamnya tersemat dan tersisip peraturan ygbercorak demokrasi moden iaitu pemilihan secara moden.

5) Keunikannya juga dikatakan dimana kuasa yg dimiliki oleh YDPA mengatasisegala Raja-Raja Melayu lain sepanjang tempoh perlantikannya.

6) Malaysia juga satu2nya negara di dunia yg masih ada Majlis Raja-Raja.(Di India, ia sudah tiada sbb India kini adalah sebuah republik).

7) Jika dibandingkan dgn perlantikan Ratu Elizabeth II di England yang berasal dari satu keluarga sahaja, iatidak seunik Malaysia kerana di negara kita, pemilihan datangnya dari 9 org raja dari 9 keluarga diraja yg memerintah negeri2 Melayu.

Keseimbangan kuasa antara YDPA selakuketua negara dan perdana menteri sebagai ketua kerajaan telah'menyelamatkan' M'sia drpd diperintah seorang insan bergelar 'presiden'yg berkemungkinan besar boleh mengamalkan pemerintahan kuku besi,seperti yg berlaku di Indonesia & negara2 lain.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bak kata org dulu2 - 'raja adil raja disembah' dan 'bangsa Melayu bangsa beraja'. Tanpa raja-raja Melayu, org2 Melayu akan seperti hilang simbol kuasa bangsanya. Lihat apa yg terjadi di Indonesia skrg. Walaupun indonesia negara republik tp setiap suku kaum di sana masih menghormati raja masing2 lebih dari presiden mereka sendiri...

DAULAT TUANKU!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-4-2007 08:59 AM | Show all posts
terima kasih atas penerangan yang panjang lebor.

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 11:38 AM | Show all posts
Last Saturday ialah hari keputeraan yg Di pertuan Agong... tau tak yang keberapa??
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 12:26 PM | Show all posts
Pedang Diraja ? Adakan Ini Rupa Sebenar Pedang Melayu






Pedang Diraja









Sources

http://www.malaysianmonarchy.org ... /rk4a.php?id=rk4_11

[ Last edited by  HangPC2 at 7-6-2007 03:31 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 11:36 PM | Show all posts
Pedang DiRaja Hampir Serupa Di Thailand



[ Last edited by  HangPC2 at 7-6-2007 03:30 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2007 06:03 PM | Show all posts
-edited-

[ Last edited by  homer_simpson at 10-10-2008 01:22 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2007 11:40 PM | Show all posts
Originally posted by homer_simpson at 21-6-2007 06:03 PM
sistem beraja ni amat merugikan. patut kite dh jadi republik. tak yah susah2 nk byr duit elaun kat raja. diorg bukan wat ape2 pon. sibuk duk rasmi tu rasmi ni je.. ape daa..


aku rasa ko silap... slh 1 sbb utama kenapa sistem beraja dikekalkan adalah kerana utk seimbangkan kuasa antara raja & perdana menteri.... aku x nk M'sia jadi republik sbb aku takut nnt org yg jadi presiden kt negara kita ni memerintah negara kita secara kuku besi atau kekerasan... aku x kisah kalo presiden tu baik tp kalo dpt kt presiden yg jahat, habis la M'sia...

ko tgk apa jadi pd saddam hussein yg memerintah Iraq dulu... Saddam tu asalnya baik tp bila dh jadi presiden, dia mula lupa diri & memerintah iraq secara kuku besi... skrg ko tanya la rakyat iraq & majoriti drpd mereka (baik sunnah atau syiah) benci kpd saddam kerana perbuatannya.... masa perang antara iraq & Amerika dulu, sumer org kata Bush yg salah tp bg aku, saddam salah... bush pon salah... dua2 pon salah... x der sapa yg betul....

so, back to our topic... aku bersyukur lahir kt M'sia yg aman damai ni.... cukup la dgn apa yg ada skrg ni... kuasa2 raja yg sedia ada biarlah dikekalkan... dgn cara ni, x der sape pon termasuk perdana menteri boleh amik kesempatan memerintah M'sia secara kuku besi...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2007 04:17 PM | Show all posts
Actually, ape sebenarnya tugas Agong.. tak salah aku dia berkuasa dalam meluluskan pelembagaan tapi telah dirombak balik pada zaman mahathir.. jadi ape tugas sebenar dia ?

Bagi aku Raja nih ada yang baik dan yang jahat.. Kalo ikut abad ke 19 atau awal abad 20, Raja-raja melayu nih banyak yang mundur dan suke sangat berjudi, cume ade beberape kerat je kerabat2 yang betol-betol beriman dan sungguh-sungguh nak tolong rakyat dia macam Raja Chulan Selangor, Sultan Abu Bakar (Bapa permodenan johor) dan Tunku Kudin .. ini dari pandangan aku je la. Aku pernah baca Hikayat Abdullah Munsyi yang menceritakan perihal raja-raja zaman tuh yang suka berfoya-foya,berjudi dan menindas rakyat. Raja waktu tu kalau boleh nak orang melayu takutkan Raja.. sebab tu la konsep Daulat tu wujud.

Raja lain yang aku respek gak ialah Raja Haji Fisabilillah semasa perang dia menentang Portugis.. dia hampir2 menawan Melaka kembali tetapi tewas. Sultan Abu Bakar seorang yang berwawasan tapi sayangnya anak dia tak macam tuh.. anak dia terlampau Anglophile sehingga dia tak setuju bila Malaya nak mintak merdeka.. Banyak hasil2 pendapatan johor dihabiskan oleh dia semasa di berjoli kat eropah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2007 05:22 PM | Show all posts
Sapa nama anak Sultan Abu Bakar tu...
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 23-6-2007 12:58 AM | Show all posts

Reply #18 dCrook's post

tugas sebenar YDP AGONG..dalah sebagai ketua agama islam dan adat istiadat melayu bagi negeri yg tidak beraja..dan juga menjadi panglima tertinggi angkatan tentera malaysia(jenderal 5 bintang)..di mana Kebawah Duli Tuanku boleh mengisytiharkan darurat tanpa persetujuan parlimen jikan baginda menghendakinya...dan juga Baginda Tuanku boleh menggantung atau membubarkan parlimen menggunakan kuasa yg dikurniakan kepada YDP AGONG...selain itu Baginda juga berkuasa utk menolak sesuatu hukuman mahkamah yg mana boleh menggugat kestabilan Agama Islam dan Bangsa Melayu/Bumiputera...Baginda juga adalah ketua negeri bagi negeri yg tidak mempunyai raja atau sultan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.115252s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list