JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
17949
View
78
Reply

Raja berpelembagaan

[Copy link]

Author: Syd       Show all posts   Read mode

dempol This user has been deleted
Post time 24-6-2007 01:42 AM | Show all posts

Reply #25 ijad_adiputera's post

dan juga raja/sultan dikenali sebagai ("zulillah fil alam)..wakil allah di muka bumi..tapi sayang..sekarang bangsa melayu sudah mula melupakan stitusi beraja di tanah melayu ni..banyak anak muda kita yg mula lupa asal usul dan tatacara serta adat istiadat melayu berkenaan hal istana..

p/s...teringin melihat malaysia menjadi seperti KINGdom of thailand....dimana raja bhumibol ayudayev(raja bagi thai dan jajahan takluknya)...dihormati sebegitu rupa... ..sesungguhnya mereka menghormati institusi beraja lebih dari kita..bangsa melayu yg beraja dan berdaulat..dan penuh dengan adat istiadat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 02:42 AM | Show all posts
Originally posted by dempol at 24-6-2007 01:42 AM
p/s...teringin melihat malaysia menjadi seperti KINGdom ofthailand....dimana raja bhumibol ayudayev(raja bagi thai dan jajahantakluknya)...dihormati sebegitu rupa... ..sesungguhnya mereka menghormati institusi beraja lebih darikita..


ada beberapa faktor kenapa Raja Thai dihormati sedemikian rupa:-

1) Rakyat Thai beranggapan bahawa raja mereka spt tuhan. Mereka sembah raja mereka umpama menyembah dewa. kalau raja kata tidak, maka rakyat pun kata tidak la. <--- ini sesuatu yg haram dilakukan oleh umat Islam.

2) Ideologi negara Thai berlainan dari M'sia. Aku sendiri pun x pasti ideologi kt M'sia ni mcmana tp kalau di Thailand, ideologi di negara mereka telah mendidik rakyat agar menghormati raja. Siap smpai kena tunduk sujud sembah lg. Di M'sia, Siti Nurhaliza boleh duduk di sebelah Sultan Pahang tp di Thailand, ia sgt mustahil!!!

Aku mmg kagum la dgn cara org Thai yg begitu hormat pd raja mereka. Aku rasa M'sia pun boleh buat mcm tu gak tp x der la smpai kena sujud sembah. Cukup la dgn sekadar salam sembah takzim dan mencium tgn raja... ini bertujuan utk mendidik rakyat agar hormat raja sebagai ketua negeri/negara, lambang perpaduan & ketua agama Islam...
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 24-6-2007 09:49 PM | Show all posts

Reply #27 ijad_adiputera's post

betul tu..kita de adat kita sendiri yg diwarisi turun temurun..kita hanya perlu memeprtahankannya aje..dengan cara mempraktikkannya....
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2007 01:54 AM | Show all posts
Originally posted by homer_simpson at 21-6-2007 06:03 PM
sistem beraja ni amat merugikan. patut kite dh jadi republik. tak yah susah2 nk byr duit elaun kat raja. diorg bukan wat ape2 pon. sibuk duk rasmi tu rasmi ni je.. ape daa..


Aku berani katakan di sini bahawa cakap-cakap macam kau ni boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 kerana kau dah
mempertikaikan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Baik kau fikir balik bro...
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 26-6-2007 03:55 PM | Show all posts

Reply #29 jkkkj's post

kata2 seorang pengkhianat negara..boleh dihukum gantung sampai mati tau..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2007 12:02 PM | Show all posts
sistem beraja kite mmg unik. org asing mmg kagum tgk sistem penggiliran raja yg mmg tempat lain takde dipraktikkan. mekam mekan ni respek sebab tidak ada perebutan kuasa utk menjadik agong tidak seperti parti2 politik.

cuma kite kena ubah skit sesetengah perkara seperti pemberian pingat. yg ni mmg perlu dihalusi sebab zaman la ni hampir semua org boleh dpt dato' dan boleh beli dato sampai dah takde value/prestige apabila seseorang menerima anugerha tersebut esp dari sesetengah negeri yg mmg diketahui suka sgt bg darjah ni samai berdozen dozen.

bab perangai pun kena jaga dari bapak sampai ke cucu dan saudara sebab raja ni ketua agama. kena jadik contoh yg elok utk diikuti. jgn dok buat show dgn artis2 sebab artis2 ni mmg tak lari dari cerita2 yg tak elok.

lagi satu....kalau nak berniaga tu saya tak kisah tapi jgn sampai menjual negeri - u get my drift.......

daulat tuanku -- sembah patik harap diampun
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2007 01:19 PM | Show all posts
Sebagai anak Melayu,adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mempertahankan institusi raja berperlembagaan di negara ini selagi ada bulan,          bintang dan matahari.

Kalau pun ada rasa tak puas hati kepada institusi beraja,saya harap jangan la kita semua cerca mereka di hadapan kaum bukan Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2008 02:02 AM | Show all posts
Institusi raja Melayu mestilah kita pertahankan kerana ia adalah sebahagian keagungan atau legasi budaya Melayu yang unggul.Saya kira ia perlu dimartabatkan dengan mengikut ajaran Islam yang sebenar.

Ada sesiapa lagi nak bagi pandangan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2008 05:02 AM | Show all posts
Originally posted by huskers at 28-6-2007 12:02 PM
sistem beraja kite mmg unik. org asing mmg kagum tgk sistem penggiliran raja yg mmg tempat lain takde dipraktikkan. mekam mekan ni respek sebab tidak ada perebutan kuasa utk menjadik agong tidak seperti parti2 politik.


Sebab itulah kita kena kekalkan pemerintahan beraja dan sistem YDPA di Malaysia. Ia boleh dijadikan daya tarikan untuk menarik pelancong asing datang ke negara kita bagi melihat sendiri keunikan sistem beraja di Malaysia.

Teringat dulu ada sekumpulan pelancong asing yang sanggup tunggu berjam-jam di luar Istana Negara ketika pertabalan YDPA. Mereka kata Kerajaan Malaysia sepatutnya meletakkan skrin di luar Istana Negara agar orang ramai, khususnya pelancong asing dapat melihat bagaimana suasana ketika pertabalan YDPA. Aku setuju dengan cadangan mereka. Rasa tak berbaloi mereka tunggu di luar Istana Negara, tambah lagi mereka tu pelancong asing...

Originally posted by huskers at 28-6-2007 12:02 PM
cuma kite kena ubah skit sesetengah perkara seperti pemberian pingat. yg ni mmg perlu dihalusi sebab zaman la ni hampir semua org boleh dpt dato' dan boleh beli dato sampai dah takde value/prestige apabila seseorang menerima anugerha tersebut esp dari sesetengah negeri yg mmg diketahui suka sgt bg darjah ni sampai berdozen dozen.


Aku setuju!! Pingat dan darjah kebesaran tersebut akan hilang nilainya jika dah ramai sangat orang yang dapat pangkat Dato' atau Datuk...

Originally posted by huskers at 28-6-2007 12:02 PM
bab perangai pun kena jaga dari bapak sampai ke cucu dan saudara sebab raja ni ketua agama. kena jadik contoh yg elok utk diikuti. jgn dok buat show dgn artis2 sebab artis2 ni mmg tak lari dari cerita2 yg tak elok.


Lebih-lebih lagi Sultan Johor. Korang faham-fahamlah cemana perangai dan sikapnya. Disebabkan Sultan Johor buat hal, sistem imuniti terhadap Raja-Raja Melayu telah dimansuhkan oleh Tun Dr. Mahathir. Masuk nila setitik, rosak susu sebelanga.... Harap-harap Tunku Mahkota Johor tidak seperti ayahandanya...

Originally posted by jkkkj at 2-7-2007 01:19 PM
Kalau pun ada rasa tak puas hati kepada institusi beraja, saya harap jangan la kita semua cerca mereka di hadapan kaum bukan Melayu.


Ada segelintir orang Melayu yang boleh kutuk raja sendiri di depan kaum bukan Melayu. Nanti apa pula yang kaum bukan Melayu fikirkan. Malulah sikit. Buat malu bangsa jer...

[ Last edited by  ijad_adiputera at 25-1-2008 05:06 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2008 11:10 PM | Show all posts
kes org MELAYU hilang hormat kepada institusi raja kerana
tingkahlaku raja2 itu sendri yg tidak menghormati undang-undang
dan rakyat.


raja adil raja disembah
raja zalim raja di sanggah


regads
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2008 11:13 PM | Show all posts
kes org MELAYU hilang hormat kepada institusi raja kerana
tingkahlaku raja2 itu sendri yg tidak menghormati undang-undang
dan rakyat.


raja adil raja disembah
raja zalim raja di sanggah


regads
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2008 11:03 AM | Show all posts
Originally posted by zarul427 at 25-1-2008 11:10 PM
kes org MELAYU hilang hormat kepada institusi raja kerana
tingkahlaku raja2 itu sendri yg tidak menghormati undang-undang
dan rakyat.


Bukan semua Raja-Raja Melayu begitu. Hanya segelintir saja yang begitu. Sepatutnya kita mendoakan semoga raja-raja yang bermasalah itu segera bertaubat kerana mereka adalah ketua agama Islam di negeri masing-masing. Mereka perlu menjadi contoh kepada rakyat...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2008 12:35 AM | Show all posts
Originally posted by zarul427 at 25-1-2008 11:13 PM
raja adil raja disembah
raja zalim raja di sanggah
...


aku suke pantun nih..kalau kite tgk citer Puteri Gunung Ledang versi black n white, Mahmud June kasi pantun ni kat ayah dia :

Raja yang adil anakanda junjung,
Raja yang zalim anakanda lambung!..

pastu dia trus buat revolution kat depan istana sultan

Sebenarnya,yang byk buat masalah sekarang ni bukanlah sultan..tetapianak2dia..kengkadang relative dia yang jauh pun (ade  titletengku-tengki kat depan) selalu buat problem..jadi terpalit la kotorantu kat muke sultan.

Kalau ikut sejarah pon ade gaksultan-sultan yang bijak, yang cube bangunkan negeri masing-masing danbukannya makan  duit 'pencen' british. Cthnya Sultan Abu Bakar.Aku pegi Muar dan tgk tinggalan2 baginda, terase kagum gak dengan wawasan beliau. Satu lagik lak sultan terengganu yang aku lupe ntahname dia.. dikatakan beliau menjadikan sultan abu bakar sebagai contoh,dan cube bangunkan terengganu tetapi akhirnya membuatkan terengganubankrup dan akhirnya terpakse menerima residen british. Oleh keranamalu dengan kejadian itu, beliaumeletakkan jawatan sebagai sultankerana tak sanggup tgk terengganu dijajah..

Aku rase, sultan-sultan zaman sekarang ni pon terpakse well behaved sbb anytime malaysia will go republic..hehehee

[ Last edited by  dCrook at 27-1-2008 12:38 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2008 05:12 AM | Show all posts
Originally posted by dCrook at 27-1-2008 12:35 AM
Aku rase, sultan-sultan zaman sekarang ni pon terpakse well behaved sbb anytime malaysia will go republic..hehehee


Malaysia tak mungkin jadi sebuah republik. Seperti yang kita semua tahu, Yang DiPertuan Agong adalah ketua negara Malaysia. Baginda adalah seorang Melayu, beragama Islam dan hanya dipilih dari kalangan 9 Raja-Raja Melayu.

Dalam erti kata yang lain, YDPA adalah simbol bahawa Malaysia sebuah negara di mana majoriti penduduknya adalah orang Melayu-Islam. Biarpun ekonomi Malaysia dikuasai kaum Cina, ketua negara Malaysia tetap orang Melayu (YDPA)...

Lagipun, Raja-Raja Melayu adalah salah satu identiti dan maruah kaum Melayu di Malaysia (selain bahasa Melayu, agama Islam dan hak ketuanan Melayu). Menghapuskan kedaulatan Raja-Raja Melayu adalah sama seperti kita membenarkan kaum Cina atau India menjadi ketua negara nih...

Apa-apa sekalipun, diharap Raja-Raja Melayu mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku kepada Raja Nepal. Nepal bakal menjadi sebuah negara republik pada bila-bila masa pada 2008....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2008 06:27 AM | Show all posts
Setuju sesangat dgn ijad. Kita kena faham, biarpun bukan semua raja tu baik (mmg banyak yg hancur pun sebenarnya, pukul org sampai mati segala, bela anjing ) - pepatah sendiri ada menyebut "Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah"; tapi INSTITUSI raja tu *mesti* dikekalkan sebagai lambang ketuanan Melayu kat negara ni. Ia juga menjadi lambang tamadun siasah bangsa Melayu, satu warisan berharga dari zaman dulu lagi yg wajar dipelihara sampai bila2.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2008 06:28 AM | Show all posts
Jasa Dato' Onn Jaafar menentang Malayan Union yg menghapuskan kuasa politik raja2 Melayu seharusnya tidak dilupakan. Kalo tak kerana usaha gigih dia, bangsa kita dah jadi hamba kat negara sendiri.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-3-2008 09:46 AM | Show all posts
Menghayati maksud raja berperlembagaan

Oleh ADAM KADIR

DALAM tahun 1980, Sultan Azlan Shah, ketika itu Ketua Hakim Negara, telah mengingatkan bahawa mahkota
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2008 12:19 AM | Show all posts
Originally posted by jkkkj at 26-6-2007 01:54 AM


Aku berani katakan di sini bahawa cakap-cakap macam kau ni boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 kerana kau dah
mempertikaikan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

...


maafkan hamba, ketika itu hamba masih berhingus
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2008 11:37 PM | Show all posts
...hormat menjunjung duli kpd Sultan Azlan Shah(Perak)&Raja Nazrin Shah. Juga kpd Sultan Mizan Zainal Abidin(YDPA)...Sultan Mizan dr Trengganu(susur darah dr Kesultanan Johor keturunan Bendahara,selepas 1699. ). Raja bijak,berilmu,berprinsip&tak mudah diperkotak-katikkan 'tangan2 kuasa eksekutif yg kadangkala lari dr landasan. Mereka ini benar spt kata keramat-'Raja Payung rakyat jelata".

*Sultan  Iskandar Johor sewaktu jd YDPA x pernah pakai persalinan Agong krn sejarah&darah. Ikut sejarah,Neg.Sembilan pernah beraja takluk ke Johor..tp Sultan Iskandar bukan darah Sultan Melayu maupun Bendahara...dia susur darah Temenggung Bugis. So,sbg darah Temenggung Bugis..baginda takkan berpersalinan Raja Melayu & memakai tengkolok 'dendam tak sudah' warisan Raja Mingkabau. Wallahu'alambissawab.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-4-2008 09:58 AM | Show all posts
Raja berperlembagaan
Dari Wikipedia


Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan dibawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ianya dipanggil monarki mutlak atau absolute monarchy.

Pada hari ini, raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan demokrasi. Oleh itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai peranan tradisional di dalam sesebuah negara. Pada hakikatnya Perdana Menteri, iaitu pemimpin yang dipilih oleh rakyat, yang memerintah negara dan bukannya Raja. Namun demikian, terdapat juga Raja yang bergabung dengan kerajaan yang tidak demokratik. Misalnya, sewaktu Perang Dunia II, raja Jepun bergabung dengan kerajaan tentera yang dipimpin seorang diktator.

Sesetengah Raja berpelembagaan adalah mengikut keturunan; manakala yang lain, adalah melalui sistem demokratik seperti di Malaysia dimana Yang di-Pertuan Agong adalah dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap lima tahun.

Senarai Negara-Negara Raja Berperlembagaan

    * Antigua dan Barbuda (Ratu Elizabeth II)
    * Australia (Ratu Elizabeth II)
    * Bahamas (Ratu Elizabeth II)
    * Barbados (Ratu Elizabeth II)
    * Belgium (Raja Albert II)
    * Belize (Ratu Elizabeth II)
    * Kemboja (Raja Norodom Sihamoni)
    * Canada (Ratu Elizabeth II)
    * Denmark (Ratu Margrethe II)
    * Greenland (Ratu Margrethe II)
    * Grenada (Ratu Elizabeth II)
    * Jamaika (Ratu Elizabeth II)
    * Jepun (Maharaja Akihito)
    * Jordan (Raja Abdullah II )
    * Liechtenstein (Putera Hans Adam II)
    * Luxembourg (Grand Duke Henri)
    * Malaysia (Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin)
    * Monaco (Putera Albert II)
    * Maghribi (Raja Mohammed VI)
    * Nepal (Raja Gyanendra Bir Bikram Shah Dev)
    * Belanda (Ratu Beatrix)
    * New Zealand (Ratu Elizabeth II)
    * Norway (Raja Harald V)
    * Papua New Guinea (Ratu Elizabeth II)
    * Saint Kitts dan Nevis (Ratu Elizabeth II)
    * Saint Lucia (Ratu Elizabeth II)
    * Saint Vincent dan the Grenadines (Ratu Elizabeth II)
    * Kepulauan Solomon (Ratu Elizabeth II)
    * Sepanyol (Raja Juan Carlos I)
    * Sweden (Raja Carl XVI Gustaf)
    * Thailand (Raja Bhumibol Adulyadej)
    * Tuvalu (Ratu Elizabeth II)
    * United Kingdom (Ratu Elizabeth II)

Perancis pernah diperintah oleh raja berpelembagaan secara singkat antara 1789-1792 dan antara 1815-1848.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-4-2008 10:03 AM | Show all posts
Soal Jawab: Konsep Raja Berperlembagaan diuji sekali lagi

Isu pelantikan Menteri Besar Terengganu satu cabaran terhadap kematangan mentafsir undang-undang

MASALAH pelantikan Menteri Besar (MB) Terengganu sudah selesai dengan Datuk Ahmad Said yang dilantik Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) dipersetujui Majlis Tertinggi Umno (MT) kelmarin. Penolakan Datuk Seri Idris Jusoh, calon yang dicadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan pemilihan Ahmad oleh istana menyebabkan kerajaan negeri tidak dapat dibentuk selama 19 hari. Kes ini bukan yang pertama selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 berakhir. Di Perlis, pelantikan MB juga kecoh, tetapi tidak serumit di Kuala Terengganu. Kedua-dua kes itu mengulangi beberapa peristiwa sebelum ini apabila istana tidak berkenan dengan pelantikan MB. sekali gus menimbulkan persoalan undang-undang berhubung kuasa pelantikan MB. Ikuti temu bual wartawan Berita Minggu, Ziauddin Sharuddin dan Rohaniza Idris mengenai isu ini bersama Ahli Majlis Tertinggi Umno yang arif mengenai Perlembagaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, yang kini menerajui Kementerian Luar.

APA yang boleh dikatakan berikutan masalah pelantikan Menteri Besar di Perlis dan kemudian lebih serius di Terengganu.

Malaysia adalah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan yang menyatakan ada beberapa kuasa yang jelas, terutama membabitkan Raja dan istana.

Sebagai contoh, isu menentukan siapa yang harus menjadi Menteri Besar pada mulanya adalah kuasa mutlak seorang Raja. Bagaimanapun selepas merdeka, pelantikan Menteri Besar adalah berasaskan kepada siapa yang mendapat sokongan majoriti dari sesuatu kumpulan dan sokongan ini dinyatakan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sebenarnya ada beberapa kes yang sudah diuji, terutama di Sarawak pada 1966. Namun, kes yang membabitkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Stephen Kalong Ningkan, tidak berkaitan istana dan sebaliknya membabitkan gabenor.

Dalam kes ini, perkara diputuskan adalah mengenai siapa yang mendapat sokongan majoriti menerusi persidangan DUN. Ini menjadi ukurannya.

Stephen menghadapi undi tidak percaya daripada sebahagian Adun. Kes itu menjadi kayu pengukur kepada persoalan siapa harus dilantik yang mendapat sokongan majoriti.

Selepas itu, kita kaitkan dengan kuasa Raja secara tradisi di semua negeri Semenanjung. Hampir semua Raja mempunyai kuasa yang lebih kurang sama dalam tiga perkara, iaitu pertama, melantik siapa harus menjadi MB.

Kedua, sama ada bersetuju atau tidak, kuasa Raja membubarkan DUN dan ketiga, memanggil Mesyuarat Raja-Raja atau yang berkepentingan bagi membahaskan perkara berkaitan adat istiadat Melayu dan agama Islam.

Bagaimana Datuk Seri melihat kuasa Raja berhubung pelantikan MB yang kini hangat diperkatakan.

Perkara yang harus kita lihat dalam isu ini ialah Raja berhak melantik seseorang yang pada pandangannya mendapat sokongan ramai dalam DUN.

Jika Raja berpandangan bahawa A popular dan mendapat sokongan majoriti, orang itu akan dilantik sebagai Menteri Besar. Secara tradisi sejak merdeka, Perdana Menteri mengutus surat kepada Raja dan mencadangkan seseorang dilantik sebagai MB.

Ini biasanya diterima oleh Raja, tetapi perkembangan baru-baru ini berubah sedikit. Ini dipaparkan dalam surat khabar dan tidak perlu saya ulas lebih lanjut.

Bagaimanapun pada pandangan saya, keadaan di Perlis tidak ada cacatnya kerana Datuk Dr Md Isa Sabu (Menteri Besar) mendapat sokongan majoriti apabila sembilan orang menyokongnya menyebabkan Raja Perlis melantik beliau.

Isu yang timbul sedikit ialah apakah yang terjadi kepada surat Perdana Menteri. Nampaknya dalam kes di Perlis, surat itu tidak dipertimbangkan oleh Raja Perlis mengikut Perkara 39 Perlembagaan Perlis.

Dalam kes di Terengganu, Perlembagaan 1911 dan Perlembagaan 1948 negeri itu adalah saling kait mengait dan harus dibaca bersama. Kedua-dua undang-undang itu memperuntukkan Fasal 14, iaitu memberi kuasa penuh kepada Raja melantik seseorang sebagai MB.

Apabila Sultan menjadi Yang di-Pertuan Agong, maka MPPR membuat keputusan itu. Oleh itu, pelantikan MB adalah berasaskan pandangan majlis itu yang pada pandangan mereka, Adun berkenaan mendapat sokongan ramai.

Adakah ada kelopongan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri sehingga berlaku keadaan seperti sekarang.

Saya tidak fikir ada kelopongan kerana Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukan seperti Perkara 39 dan 43, termasuk jadual yang terkandung sebagai sampingannya yang memperuntukkan kuasa itu secara Raja Berperlembagaan.

Malangnya di Terengganu, hasrat parti tidak dapat diterjemahkan dan hasrat sebilangan kecil diterjemahkan kerana mendapat sandaran Raja. Kerajaan Persekutuan tidak dapat mengatasi kuasa Raja di Terengganu seperti dihuraikan Peguam Negara. Secara rasmi, Yang di-Pertuan Agong tiada kuasa untuk campur tangan dan mengatasi masalah yang timbul.

Bagaimanapun, MPPR mempunyai kuasa itu dan saya percaya, kuasa itu digunakan untuk melantik Ahmad.

Ini adalah kali pertama berlaku di negara ini, sesuatu yang dikehendaki oleh rakyat tidak dapat diterjemahkan dalam amalan demokrasi di negeri masing-masing. Boleh kita simpulkan bahawa dengan tidak memilih Idris bermakna kuasa Raja di Terengganu tidak lagi bersandarkan kepada suara majoriti dan keputusan pilihan raya yang beliau ketuai.

Ini bermakna konsep Raja Berperlembagaan tidak lagi diikuti sepenuhnya.

Ia tidak menepati konsep itu dan pada masa sama, tiada kuasa yang boleh membuatkan Raja mengikut landasan seperti yang berlaku di Persekutuan. Bagaimanapun, kita jangan lupa bahawa pada asasnya, Raja memang berkuasa melantik atau tidak melantik seseorang MB mengikut Perlembagaan Negeri masing-masing.

Ayat yang berbunyi 'pada pandangannya beroleh sokongan ramai atau majoriti' boleh diterjemahkan dalam pelbagai aspek oleh pelbagai pihak. Pada tafsiran Raja, mungkin A mendapat sokongan ramai, tetapi kepada parti berkenaan, B yang mendapat sokongan ramai. Di situlah muslihatnya.

Undang-Undang terbuka kepada tafsiran. Tidakkah ini akan membawa kepada masalah yang sama pada masa depan

Cabang tafsiran inilah yang saya khuatir pada masa akan datang digunakan pihak tertentu yang akan merugikan perjuangan pokok Umno dan Barisan Nasional (BN). Di Perak, sepatutnya DAP, Pas dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) tidak harus dipandang sebagai satu unit, barisan atau alternatif kerana ketiga-tiga parti tidak didaftar sebagai satu unit.

Bagaimanapun, ketiga-tiga parti dianggap seolah-olah seperti BN. Perkara ini perlu diperjelaskan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab dengan undang-undang negara. Paling tepat sekali, Peguam Negara dan Jabatan Peguam Negara membuat pendirian yang jelas mengenai tafsiran berhubung Akta Pertubuhan dan takrif Barisan Alternatif.

Nampaknya di Perak, parti pembangkang diambil sebagai satu gabungan sedangkan kewujudan mereka adalah hanya sebagai entiti berbeza. Pada hemat saya, BN sepatut dipanggil untuk menubuhkan kerajaan campuran bersama tiga pihak berkenaan, tetapi ini tidak dilakukan. Ini ada kaitan dengan tafsiran mengenai populariti dan sokongan ramai.

Raja dilihat mempunyai kuasa besar berhubung pelantikan Menteri Besar. Di Perak, Menteri Besar dipilih daripada parti yang menang kerusi DUN paling sedikit.

Ini sebenarnya menyalahi bukan saja konsep, tetapi amalan demokrasi Raja Berperlembagaan. Persoalannya, siapa yang menasihat Raja? Seharusnya seseorang bertaraf Perdana Menteri dan MB.

Bagaimanapun ketika itu di Perak, MB tiada dan seharusnya nasihat adalah daripada seorang Perdana Menteri, tetapi beliau tidak dihubungi. Jadi nasihat tidak datang kepada pihak berkenaan atau datang daripada pihak lain.

Mungkin ada pihak terguris dengan pandangan saya ini, tetapi demi menjaga kedaulatan negara dan perjuangan menerusi konsep demokrasi dan Raja Perlembagaan, cerdik pandai perundangan negara ini perlu meneliti perkara sebegini dan menasihat tindakan yang harus diambil.

Sebaik-baik ujian di Terengganu ialah dengan mengadakan sidang DUN secepat mungkin. Setelah Speaker dilantik, pengundian terus dilakukan untuk menentukan siapa di kalangan Adun yang mendapat sokongan majoriti.

Di situlah kita mendapat tahu sama ada seseorang itu mendapat sokongan majoriti atau hanya sebut-sebutan. Berasaskan kes membabitkan Tan Sri Stephen di Sarawak, penentu adalah sokongan majoriti di DUN dan bukan cakap-cakap di luar.

Adun dipilih melalui proses pilihan raya dan MB yang dilantik mengetuai kerajaan negeri mendapat sokongan Adun lain. Apabila keadaan ini tidak berlaku, rakyat akan bertanya apa guna pilihan raya diadakan dan seseorang yang mendapat sokongan majoriti tidak dilantik sebagai MB.

Soalan ini tepat dan relevan. Keadaan yang wujud ialah apabila mandat rakyat tidak diterjemahkan kepada cara kita menjelmakan kepemimpinan akibat dihadang Perlembagaan Negeri apabila kuasa Raja jelas bercanggah dengan hasrat rakyat. Ini perkara besar dan mesti diselesaikan melalui perjuangan yang jelas serta memerlukan kepemimpinan tegas dan kuat.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-4-2008 10:03 AM | Show all posts
Apakah isu ini menyamai krisis Perlembagaan pada 1993.

Keadaan ketika itu berbeza. Krisis itu berlaku pada peringkat Persekutuan membabitkan pindaan peruntukan Perkara 181 yang menurunkan hak Raja yang boleh disaman dan dihadapkan ke mahkamah dengan syarat Peguam Negara menandatangani kesahihannya.

Ketika itu, Parlimen yang berkuasa secara majoriti tulen meluluskan undang-undang yang meminda hak keistimewaan dan juga kedudukan Raja. Ia tidak berkaitan dengan sokongan majoriti.

Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat dan semua pindaan pada 1993 dan 1994 berjalan lancar. Apabila undang-undang itu berkuatkuasa, semua Raja tertakluk kepada peruntukan yang khusus, iaitu Raja hendaklah menerima dan melaksanakan nasihat yang diberikan oleh Kabinet atau seseorang yang mewakili bagi pihak Kabinet atau Perdana Menteri.

Masalah yang berlaku sekarang membabitkan undang-undang negeri.

Pertama oleh kerana kesamaran dan kedua, kuasa Raja secara tradisi masih ada dalam Perlembagaan. Perimbangan yang dapat dilakukan pada zaman dulu ialah Perdana Menteri dapat menyelesaikan keadaan itu sebelum apa-apa berlaku.

Sekarang nampaknya peranan itu tidak dapat dilaksanakan dan Raja seperti di Perlis dan Terengganu menggunakan kuasa tradisi yang ada berhubung pelantikan Menteri Besar.

Perlembagaan Persekutuan akan digunakan jika ada pertikaian dengan undang-undang negeri. Adakah ini boleh digunakan dalam isu pelantikan MB.

Memang boleh, tetapi proses ujian ini akan hanya berjalan apabila ke mahkamah. Sebaik-baiknya semangat Perlembagaan Persekutuan secara rela hati dijalankan di negeri, tetapi dalam hal ini, kita tidak nampak demikian.

Sudah ada penyimpangan daripada proses itu. Oleh demikian, sudah sampai masa pihak berkuasa Persekutuan bertegas dan menjurus kepada peruntukan perundangan ini. Bagaimanapun, lebih daripada itu, budi bahasa dan budi bicara diraja itu disesuaikan dengan kemampuan kita untuk berunding.

Masalah yang berlaku bukan 100 peratus mengenai undang-undang. Ini ada kaitan dengan soal budi bicara, kuasa tradisi serta kaedah kita bergaul dengan sistem tradisi Raja tanah air kita.

Majlis Raja-Raja tidak boleh berperanan untuk menjernihkan keadaan.

Majlis Raja-Raja tidak ada peranan secara terus. Perdana Menteri boleh menjalankan beberapa ikhtiar menerusi jasa baik Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja untuk menilai kedudukan ini. Bagaimanapun, ini mengambil masa dan agak rumit.

Setiap negeri mempunyai undang-undang sendiri dan kemungkinan yang berlaku pada masa depan ialah masalah ini muncul lagi. Adakah ini memerlukan setiap negeri meminda undang-undang masing-masing.

Akhirnya memang begitu. Kalau pucuk pimpinan Kerajaan Pusat ingin secara khususnya mengatasi masalah ini, tetapi ini adalah untuk generasi akan datang. Cabarannya ialah meminda semua undang-undang negeri bukan sesuatu yang mudah.

Ia terpaksa mendapat persetujuan Raja. Oleh kerana hak Raja termaktub dalamnya dan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan bahawa apa-apa hak Raja jika undang-undang bersabit hendak dipinda perlu mendapat persetujuan baginda.

Inilah yang menjadi kerumitan besar, tetapi kerja ini harus dilaksanakan supaya kita dapat menyelaraskan kehendak masyarakat demokrasi di negara ini. Pada masa sama, ada peruntukan yang dikatakan muktamad seperti seseorang MB tidak boleh terdiri daripada bukan Melayu. Itu muktamad dan tidak boleh dipinda.

Cuma daripada pengiktirafan tafsiran hendaklah digunakan tafsiran yang diterima pakai untuk Perlembagaan Persekutuan dan ini tidak dicatatkan secara jelas dalam undang-undang negeri.

Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan secara jelas kuasa pelantikan MB, tetapi dalam Jadual ada disebut `siapa yang pada pandangan Raja mendapat sokongan majoriti'. Pada hemat saya, di situlah masalah yang terselit dan tidak dapat dirungkai.

Kalau Raja mendapati A yang pada pandangan baginda mendapat sokongan, beliaulah yang menjadi MB sedangkan kita perlu mencatatkan dalam undang-undang, mereka yang mendapat sokongan majoriti ketika DUN bersidang.

Ini bermakna mesti ada pernyataan yang jelas mengenai kuasa pelantikan MB.

Inilah yang menjadi beban tafsiran kepada kita. Undang-undang ada dua jenis, iaitu pertama yang samar dan kedua, jelas. Isu yang berlaku sekarang termasuk dalam golongan yang samar dan perlu diperjelaskan.

Kemelut yang melanda pelantikan MB Terengganu sudah selesai dengan MT Umno merestui pelantikan Datuk Ahmad Said. Apa pandangan Datuk Seri mengenai keputusan MT seterusnya membolehkan kerajaan negeri dibentuk dengan segera.

Ada pihak menganggap keputusan berkenaan sebagai penyelesaian mudah untuk mencari jalan keluar buat seketika dan ia mencapai objektif itu. Bagaimanapun untuk jangka masa panjang dan dari sudut undang-undang ia satu keputusan yang agak malang untuk Perlembagaan Persekutuan.

Mungkin keputusan ini diambil dalam konteks ada pihak di dalam Umno beranggapan mereka lemah dan mahu berselindung di belakang imej dan kekuasaan Kesultanan Melayu. Keputusan ini tidak mengambil semangat Perlembagaan Persekutuan.

Adakah keputusan ini akan mempengaruhi keputusan pada masa depan jika kes yang sama (seperti di Terengganu) berulang.

Ini adalah jalan keluar buat sementara waktu. Perdana Menteri tidak mahu krisis Perlembagaan seperti 1993 dan 1994 berulang. Namun, perlu diingat bahawa krisis Perlembagaan pada 1993 dan 1994 tiada kaitan dengan pelantikan MB kerana pada masa itu, ia membabitkan isu keterlaluan Raja-Raja. Untuk jangka panjang, pada pandangan saya keputusan ini kurang bijak kerana ia akan memberi kesan kepada kes yang membabitkan Perlembagaan Persekutuan pada masa depan.

Apakah iktibar daripada kes pelantikan MB Terengganu dan keputusan MT Umno yang memperakui Ahmad Said pilihan istana.

Apabila habis sesuatu pilihan raya umum langkah bersekutu perlu diambil dan hak-hak di negeri seperti membentuk kerajaan negeri dan pelantikan MB dilaksanakan dengan segera supaya tidak mengambil masa lama.

Keduanya, ramai pihak beranggapan keputusan ini satu kaedah yang mencerminkan kelemahan dan dilihat tidak dapat diselesaikan dengan cara lain. Ini hanya langkah sementara.

Bagaimana selepas ini, adakah Ahmad akan diterima.

Ia bergantung kepada DUN Terengganu yang akan bersidang. Sekarang DUN belum bersidang dan kita belum mengetahui suasana dan 'mood' serta sokongan daripada Adun yang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2008 11:39 PM | Show all posts
Apa pendapat korang berhubung isu bahawa Karpal Singh dah menghina institusi raja di negara kita?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-5-2008 10:36 AM | Show all posts
ada tanya sorang kawan ttg hal nih; jawapan forumer tersebut spt dibawah;

sebenarnya yg karpal singh buat tu btol, yg sultan perak buat tu pun btol...
2-2 btol...
sebab ape 2-2 btol, sebab undang2 ni atas kertas je, aplikasi tu citer lain pulak
yg karpal kata tu sama je dgn ape yg pak lah kata masa sultan mizan tanak idris jusoh jadik MB & raja perlis tanak shahidan
tapi apsal tak kata pak lah derhaka?
sebabnya ni semua persepsi je, plus agenda politik..
mb perak tak salah, cuma nampak silap prosedur & kurang beradab, tu je..aku nampak dia orang baru, so tak berapa reti soal prosedur
sultan perak ketua agama islam negeri & dia bertindak atas nasihat mb
so prosedurnya mb kena nasihat sultan dulu, baru mb buat pape keputusan, mcm kes pengarah jaip ni
tapi silap mb perak, dia transfer dulu baru bagitau sultan, kurang beradab la camtu...patut bagitau sultan dulu, kalo tak sia2 jela dia jadik ketua agama islam
tapi kalo nak kata mb perak btol 100% pun btol jugak..
masa mahathir pecat anwar dulu, dia pecat anwar dulu, baru bagitau agong..padahal agong yg kena pecat anwar, atas nasihat pm
tapi pecat dulu baru datang nasihat, mana bole, tapi ok je, sebab ape, sebab yg buat tu mahathir, orang tak bising
tapi mb perak buat, orang bising, tu je..
kuasa sultan/agong yg karpal singh kata tu, memang based on kes perundangan la..paling latest kes anwar saman yg pemecatan dia tak sah tu
maknanya kalo kes mb perak ni naik ke court pun, court akan kata ape yg mb perak buat tu btol
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 11:02 PM | Show all posts
Hari ni aku difahamkan bahawa Parlimen Nepal dah buat keputusan untuk menamatkan kuasa raja di negara tu.Dalam erti kata lain Nepal sekarang sudah menjadi republik secara rasmi.

Aku amat ngeri kalau peristiwa semacam tu terjadi di negara ni.

Mintak-mintak dijauhkan oleh Allah SWT...

[ Last edited by  jkkkj at 8-6-2008 08:41 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.049653s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list