JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
1234
Return to list New
17948
View
78
Reply

Raja berpelembagaan

[Copy link]

Author: Syd       Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 10-1-2019 01:15 PM | Show all posts
Wujud akta baharu lindungi institusi diraja

Oleh Suhaila Shahrul Annuar
cnews@nstp.com.my

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menggubal satu akta baharu bagi memelihara dan melindungi kemuliaan institusi diraja daripada dihina serta dipersenda.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata undang-undang berkenaan dijangka digubal tahun ini.

Vui Keong berkata sememangnya kemuliaan institusi diraja perlu sentiasa dilindungi kerana Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan.

Beliau menjelaskan pihaknya sudah mengadakan sesi perbincangan beberapa kali dengan Jabatan Peguam Negara bermula Oktober lalu berhubung penggubalan akta baharu itu selain penambahbaikan terhadap undang-undang lain.

"Kita mungkin akan merujuk kepada undang-undang yang diamalkan di negara Komanwel termasuk United Kingdom dalam penggubalan undang-undang baharu yang melindungi kemuliaan institusi diraja itu.

"Setakat ini kita masih terikat dengan undang-undang lama, tetapi pihak Jabatan Peguam Negara telah melihat ada beberapa perundangan perlu digubal dan dipinda, justeru mesyuarat akan diadakan sekali lagi pada hujung bulan ini.

"Sekiranya terdapat persetujuan daripada pihak kementerian yang berkaitan dan juga jemaah menteri, kita akan gubal satu undang-undang baharu selain membuat pindaan kepada undang-undang lain yang perlu," katanya pada sidang media ketika ditemui selepas Majlis Amanat Tahun Baru Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri 2019 di sini, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan digesa lebih tegas selain dicadang menggubal akta baharu bagi melindungi dan memelihara institusi diraja daripada terus dihina.

Ia susulan tindakan beberapa individu yang memuat naik di media sosial komen berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad V berkaitan isu peletakan jawatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XV.

Dalam pada itu, Vui Keong berkata kajian semula bagi penambahbaikan kepada akta lain termasuk Akta Hasutan 1948 dijangka akan turut dibuat termasuk bagi mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pesalah.

Dalam perkembangan lain, ketika berucap pada majlis itu, beliau berkata cadangan pemansuhan akta hukuman mati mandatori dilaksanakan melalui penelitian menyeluruh dengan mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan.

"Ini kerana isunya adalah kompleks dan sensitif. (Ia perlu melalui peringkat itu) sebelum Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman mati itu disyorkan untuk dibawa dan dibentangkan di sesi Dewan Rakyat, tahun ini," katanya.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-1-2019 05:23 PM | Show all posts
Bekas ketua hakim senaraikan kesilapan Sultan Muhammad V
News  |  Diterbitkan Hari ini 12:36 tengahari  |  Dikemaskini Hari ini 12:36 tengahari


Bekas Ketua Hakim Negara, Abdul Hamid Mohamad mendakwa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V melakukan beberapa kesilapan semasa menduduki takhta, termasuk berhubung pengampunan ke atas Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Menulis dalam satu rencana yang disiarkan di laman Umno Online dan juga laman web peribadinya, Abdul Hamid berkata, adalah satu kesilapan bagi Seri Paduka untuk memberitahu Perdana Menteri Dr Mahathir bahawa baginda bersetuju untuk mengampunkan Anwar.

"Bahawa adalah satu kesilapan bagi Yang di-Pertuan Agong memberitahu Dr Mahathir bahawa baginda bersetuju untuk mengampunkan Anwar sebelum mesyuarat Lembaga Pengampunan dan menerima kunjungan Anwar.

Lebih buruk lagi apabila Seri Paduka memberitahu Anwar bahawa beliau diampunkan kerana ketidakadilan yang dilakukan kepadanya.


Itu demoralise mahkamah, pendakwa raya dan polis kerana ia seolah-oleh menyatakan bahawa mereka kelihatan seperti alat kerajaan sebelumnya, katanya.

Luar waktu pejabat

Selain peristiwa itu, bekas ketua hakim negara itu juga menyentuh tentang semasa pemerintahan Yang di-Pertuan Agong, baginda sering mengadakan majlis-majlis angkat sumpah di luar waktu pejabat.

Ini, katanya, termasuk majlis mengangkat sumpah pelantikan kontroversi Md Rauf Sharif sebagai ketua hakim Negara dan Zulkefli Ahmad Makinuddin sebagai presiden mahkamah rayuan untuk tempoh lanjutan yang dilakukan pada waktu malam.

Begitu juga majlis angkat sumpah Richard Malanjum sebagai ketua hakim negara. Ini adalah fungsi rasmi Yang di-Perttuan Agung yang serius. Ia patut dilakukan di waktu pejabat, katanya.

Abdul Hamid juga berkata, majlis mengangkat sumpah Dr Mahathir sebagai perdana menteri ketujuh negara juga wajar diberi perhatian khusus.


Katanya, apa yang berlaku pada malam 9 Mei sebaik sahaja pengumuman keputusan pilihan raya ke-14 menunjukkan bahawa Pakatan Harapan (PH) telah mendapat majoriti, Dr Mahathir telah ke Istana Negara untuk mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Tanpa diundang

Ini, kerana, beliau takut kiranya akan berlaku lompatan parti oleh ahli-ahli parlimen yang baru dipilih itu yang akan menyebabkan PH kehilangan majoriti.

Bagi saya, adalah memalukan bagi seorang bakal perdana menteri untuk pergi tanpa diundang, pada waktu malam, mungkin untuk mengejutkan Yang di-Pertuan Agong jika baginda sedang beradu, untuk mengangkat sumpah beliau sebagai perdana menteri.

Kedua, Agong tidak sepatutnya nampak seperti menjalankan tugasnya di bawah tekanan. Seri Paduka berhak memuaskan dirinya siapa, menurut pendapatnya, mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen yang baru dipilih itu, katanya.


Menurut Abdul Hamid, jika ahli-ahli Parlimen yang baru dipilih hendak menyeberang dan menyeberang balik malam itu, mereka seharusnya dibenarkan berbuat demikian.


Sekurang-kurangnya, Seri Paduka sepatutnya berpeluang untuk memuaskan diri baginda siapa yang mempunyai sokongan majoriti, pada siang hari keesokan harinya, katanya.

Sambil menyifatkan upacara mengangkat sumpah perdana menteri adalah upacara paling penting yang dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong, kata bekas ketua hakim negara itu, ia perlu dilakukan di majlis yang sesuai.

(Ia) dihadiri oleh para VIP termasuk, saya cadangkan, mantan perdana menteri terakhir, dan disiar secara langsung oleh televisyen.

Ia akan membuktikan bahawa demokrasi berjalan dengan baik di Malaysia. Ia juga menunjukkan kematangan ahli-ahli politik di Malaysia..

Saya harap di masa hadapan Yang diPertuan Agong tidak akan tunduk kepada tekanan. Biarkan calon perdana menteri piket di luar Istana Negara sepanjang malam jika beliau mahu, katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 01:26 PM | Show all posts
zahirbatin replied at 4-6-2008 03:22 PM
ni tandanya kau ni jenihs tak baca buku!Kalo tak dak raja sapo lg nk lindungi org melayu

Yg aku pelik..awat nak fikir..Melayu dilindungi..?
Apa melayu takle nak lindungi diri sendiri ka?
Nak kena ada pendinding?Royal Shield kekdahnya...aru boleh?
Kalau Hendak Seribu Daya ...
Walk On Ur Own kekdahnya...
Takyalaa nak hidop dibawah bayangan Sultan/Raja lagi..
Biarlah mereka hidop bawak diri mereka dan kita bawak diri kita nie...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-1-2019 01:31 PM | Show all posts


Kesultanan Pahang antara kerajaan terawal


Oleh Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain


MUNGKIN ada menyangka Pahang yang ditubuhkan kurang 150 tahun dahulu adalah sebuah kerajaan baharu. Penilaian ini boleh berlaku jika sekadar melandaskan perisytiharan pada 11 Januari lalu bahawa Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, dipilih sebagai Sultan Pahang Keenam. Dari sudut sejarah, Pahang sebenarnya antara kerajaan awal di Tanah Melayu.

Pengarang Arab bernama Masudi menulis pada 943, dalam bukunya berjudul Muruj al-Dhahab mengisahkan: Di laut Kanderang ramai orang-nya, termasok-lah orang2 yang disebut Fanjab yang berambut ikal dan berbentok badan yang ganjil rupa-nya.

Mereka menggunakan perahu2 kecil dan datang mengelilingi sa-barang kapal2 yang tiba ka-tempat mereka dan mereka melepaskan (memanahkan) sa-jenis anak panah yang ganjil dan berachun.

Di-antara tempat orang2 ini dengan negeri Kalah ada-lah lombong2 timah dan gunong2 yang mengandungi perak. Ada juga lombong2 emas dan timah hitam yang jarang2 di-bongkar mengeluarkan-nya.

Ahli sejarah merumuskan Fanjab dalam tulisan Arab itu dimaksudkan Panghang atau Panhang, menyerupai sebutan Peng-heng oleh sumber China, iaitu Pahang mengikut ejaan hari ini (Buyong Adil, 1972).


Kenyataan di atas menunjukkan, Pahang sudah masyhur dengan pengeluaran emas, perak dan timah seawal abad ke-10. Sebelum Empayar Kesultanan Melayu Melaka didirikan pada awal kurun ke-15, Pahang di bawah Empayar Melayu Srivijaya.

Menurut Godinho de Eradia (1613), Pahang adalah Kerajaan Melayu kedua menggantikan Pattani di Tanah Melayu. Raja Pahang ialah Raja Melayu dan kerajaannya menghasilkan mutu emas terbaik dan pengeluar terbesar di Tanah Melayu, sebelum Empayar Kesultanan Melayu Melaka.

Pada 1456, ketika Pura (Pekan pada hari ini) ditewaskan Empayar Kesultanan Melayu Melaka, Raja Pahang bergelar Maharaja Dewa Sura. Anakanda Maharaja Dewa Sura bernama Puteri Wanang, kemudian memeluk Islam dan diperisterikan oleh Sultan Mansor Shah Melaka, lalu digelar Puteri Lela Wangsa.

Kedudukan Pahang dalam Empayar Kesultanan Melayu Melaka amat istimewa kerana sungguhpun berada di bawah empayar itu, pemerintahnya bergelar Sultan.

Hukum Kanun Melaka

Hal ini berlaku pada 1470 apabila Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah dengan Puteri Lela Wangsa, diangkat menjadi Sultan Pahang bergelar Sultan Muhammad Shah, menggantikan wakil baginda, Dato Seri Bija Diraja.

Sebagai wilayah dalam Empayar Kesultanan Melayu Melaka, Hukum Kanun Melaka adalah perlembagaan bertulis bagi Kerajaan Pahang di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Shah.

Selepas kota Melaka ditawan Portugis, perhubungan Kesultanan Pahang dengan pewaris Empayar Kesultanan Melayu Melaka yang berkerajaan di Johor terus erat, malah saling bekerjasama untuk mengambil balik kota Melaka.

Pemerintahan Empayar Kesultanan Melayu Melaka di Johor dikenali Kesultanan Johor-Riau Lingga. Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Shah selaku Sultan Pahang Ke-12 (1592-1614), baginda memasyhurkan Hukum Kanun Pahang.

Kelangsungan Hukum Kanun Melaka dapat dilihat dalam Hukum Kanun Pahang, yang mengekalkan sumber perundangan Islam dan adat Melayu dalam sistem politik.

Kedudukan Islam dalam sistem undang-undangnya diperuntukkan Fasal 66 Hukum Kanun Pahang (versi Winstedt & Kempe) yang mempunyai persamaan dengan penutup Risalah Hoekoem Kanoen Oendang-Oendang Melaka (Van Ronkel 1919).

Peruntukan sama termaktub dalam titah Sultan Abdul Ghaffur Mohayu al-Din Shah, dalam pembukaan Kanun Pahang (versi Manuskrip Muzium Pahang) seperti berikut:

Adapun kemudian dari itu telah mengucap syukur aku akan kurnia-Nya yang telah lalu dan yang lagi akan datang. Bahawa dijadikan-Nya kiranya aku daripada umat kekasih-Nya dan umat penghulu segala rasul-Nya yang dititahnya ia membawa segala firman-Nya dan menghukumkannya segala syariat nabi yang terdahulu itu dengan berbuat adil serta melakukan amar bil-maruf wa nahiya al-munkar, maka jadi terang segala alam ini dengan cahaya agamanya.

Sejahtera atasnya dan atas segala keluarganya dan segala sahabatnya dan segala umatnya. Syahadan maka dijadikan-Nya pula antara segala makhluk-Nya raja-raja; seperti firman-Nya Yang Maha Tinggi: Inni jaailun fi al-ardzi khalifah. Haza fi ar-risalati yahkumu al-qanun fil- burhani C fa al-malki al-kabir wa al-wazir. Amma badu.

Krisis dasar luar

Selepas 1613, Kesultanan Johor Riau Lingga berada di bawah pe-ngaruh Aceh akibat krisis dasar luar kedua-dua kerajaan negeri Melayu itu terhadap Portugis di Kota Melaka dan Belanda.

Krisis juga membabitkan Pahang dan reda buat sementara pada 1637 apabila Raja Mughal, putera kepada Sultan Ahmad (1590-1592), iaitu Sultan Pahang Ke-11, dilantik sebagai Sultan Acheh bergelar Sultan Iskandar Thani.

Pada 1637, Sultan Abdul Jalil Shah III mengisytiharkan Pahang di bawah kekuasaan Kesultanan Johor-Riau Lingga.

Apabila Sultan Mahmud II (Marhum Kota Lama) mangkat pada 1699 tanpa zuriat, Orang-Orang Besar Kesultanan Johor-Riau Lingga-Pahang mengangkat Bendahara Tun Abdul Jalil sebagai Sultan Johor (Dinasti Bendahara) bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV.

Salasilah Kesultanan Pahang Moden pada hari ini bersusur galur daripada dinasti Bendahara Johor seperti diperihalkan di atas. Pahang diletakkan di bawah pemerintahan Bendahara bermula 1770 apabila Temenggong Tun Abdul Majid, iaitu anak Bendahara Tun Abbas diangkat sebagai Bendahara bagi Pahang.

Pemerintahan selepas Bendahara Tun Abdul Majid

Pemerintahan Pahang selepas Bendahara Tun Abdul Majid diwarisi Bendahara Tun Muhammad, Bendahara Tun Koris, Bendahara Wan Ali bergelar Bendahara Seri Wak Raja, Bendahara Wan Mutahir dan Bendahara Wan Ahmad.

Anakanda Bendahara Seri Wak Raja, Wan Ahmad diangkat Bendahara Raja Pemerintah Pahang oleh Orang-Orang Besar Pahang pada Jun 1863.

Pada 6 Ogos 1882, Bendahara Wan Ahmad diusulkan pembesar baginda untuk memakai gelaran Sultan Pahang, sekali gus menjadi Sultan Pahang pertama dalam Kesultanan Pahang Moden. Gelaran baginda adalah Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah.

Pada 1909, Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah turun takhta dan melantik anakanda baginda, Tengku Long Mahmud sebagai Sultan Pahang Kedua bergelar Sultan Mahmud Shah.

Pemerintah Kerajaan Pahang selepas itu adalah Sultan Abdullah Al-Mutasim Billah Shah, Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah, Sultan Haji Ahmad Shah AlMustain Billah dan Tengku Mahkota Abdullah yang bakal dimasyhurkan gelaran baginda pada 15 Januari ini.


Penulis adalah pemegang PhD Undang-Undang Perlembagaan (Konsep Kedaulatan Raja-Raja Melayu) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) & Penasihat Gabungan Melayu Islam Beraja (MI'RAJ)
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-1-2019 01:17 PM | Show all posts
Sultan Abdullah memperkukuh amalan Raja Berperlembagaan





KUALA LUMPUR: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bakal melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 dalam satu istiadat di Istana Negara esok.

Sebagai Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, Perlembagaan negara menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong secara undang-undangnya menganggotai tiga institusi kerajaan iaitu badan eksekutif, perundangan dan memainkan peranan berkaitan badan kehakiman.

Menurut Perkara 39 Perlembagaan, kuasa eksekutif terletak hak atau dikuasai sepenuhnya oleh Yang di-Pertuan Agong dengan kuasa ini boleh dilaksana oleh Seri Paduka sendiri, atau jemaah menteri atau mana-mana menteri atau mana-mana orang yang dibenarkan oleh Parlimen.

Budayawan dan pengamal undang-undang. Tan Sri Dr Rais Yatim, berkata ciri-ciri kepimpinan yang ada pada Sultan Abdullah akan memperkukuh institusi Yang di-Pertuan Agong serta institusi beraja di negara ini melalui peranan Seri Paduka seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata istilah Yang di-Pertuan Agong, yang dinyatakan lebih 450 kali di dalam Perlembagaan, secara langsung menggambarkan peri pentingnya peranan institusi itu dalam pentadbiran negara di samping menjaga kebajikan rakyat melalui perkara-perkara yang melibatkan bidang tugas Seri Paduka.

Pemilihan Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong telah mencatat sejarah dalam amalan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

Ini kerana pemilihan Sultan Abdullah diputuskan hanya dalam tempoh kurang seminggu selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Januari lepas.

Rais berkata, Sultan Abdullah berpengalaman luas dengan mempunyai latar belakang pendidikan yang bersifat universal, moden dan praktikal di samping asuhan agama serta persekitaran budaya Melayu.

Saya yakin Seri Paduka boleh membawa kemajuan dan kegemilangan kepada negara. Seri Paduka juga membuktikan kesetiaan kepada pemerintahan Raja Berperlembagaan di Pahang dan diyakini dapat meneruskan kecemerlangan itu di peringkat Persekutuan, katanya.

Sultan Abdullah, yang diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan dekat sini, merupakan cahaya mata keempat dan putera sulung kepada Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah dan Almarhum Tengku Ampuan Afzan Tengku Muhammad.

Sultan Abdullah pernah dilantik sebagai Pemangku Raja Pahang pada 28 April 1979 untuk tempoh lima tahun selepas Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-VII, dan sekali lagi dilantik memangku jawatan itu pada 28 Disember 2016.

Rais berharap sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah akan mengambil berat beberapa perkara utama dalam Perlembagaan termasuk Perkara 152 dengan memastikan Bahasa Melayu terus dijamin sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa ilmu.

Bagi hal-hal yang melibatkan orang Melayu, Bumiputera, bahasa Kebangsaan termasuk kebudayaan, saya berharap Seri Paduka dapat menekankan kepentingannya...ini kerana, ramai yang tidak ambil berat peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan.

Perkara 160 (2), orang Melayu itu didefinisi sebagai memeluk agama Islam, bertutur secara lazim dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Oleh kerana definisi Melayu itu terbit daripada tiga komponen berkenaan, saya harap ia akan kembali dijadikan sebagai keutamaan melalui peranan Seri Paduka, katanya.

Beliau turut membangkitkan tentang Perkara 153 yang memberi tanggungjawab kepada Seri Paduka untuk melindungi kedudukan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta hak kaum lain mengikut peruntukan sedia ada.

Tindakan perlu diambil ke atas isu berkaitan perkara ini agar memberi kesan dan faedah khususnya demi kepentingan orang Melayu, Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak serta hak-hak yang sahih bagi komuniti lain, katanya kepada Bernama.

Rais menjelaskan peranan jelas dan tegas Yang di-Pertuan Agong terhadap tiga perkara itu akan mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat berikutan setiap individu, walaupun berbeza kaum, mengetahui peranan, tanggungjawab serta hak dan had mereka terhadap sesuatu perkara.

Ia dapat memperkukuh institusi beraja di negara ini melalui peranan yang lebih jelas dan besar yang dipikul oleh Yang di-Pertuan Agong, katanya.

Pensyarah Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata seluruh rakyat perlu menyatakan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan negara seperti yang dinyatakan dalam Rukun Negara.

Menepati pepatah raja bertakhta, raja disembah, beliau berkata adalah menjadi tugas serta tanggungjawab rakyat untuk terus melindungi institusi beraja daripada diperlekeh oleh mana-mana pihak.

Kedaulatan institusi raja bukan hanya atas dasar ia sebuah institusi yang tinggi dan istimewa kepada Malaysia tetapi dengan kefahaman bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah pelindung kepada agama Islam dan hak istimewa orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak selain Seri Paduka juga bertanggungjawab melindungi hak kaum-kaum lain di Malaysia.

Dalam usaha melindunginya, sebarang bentuk penghinaan dan kritikan tidak munasabah dianggap sebagai cubaan untuk merosakkan institusi itu. Tindakan undang-undang adalah yang paling wajar dikenakan kepada mereka yang terlibat, katanya.

Ditanya bagaimana slogan raja dan rakyat berpisah tiada dapat disemarakkan dalam senario semasa, Nik Ahmad Kamal berkata ia semestinya memerlukan kerjasama semua pihak.

Slogan yang menggambarkan hubungan akrab antara raja dan rakyat ini telah wujud sejak zaman berzaman. Cuma dalam konteks sekarang, amalan tradisi hubungan antara kedua-duanya telah memasuki fasa yang lebih mencabar kerana generasi hari ini kurang peka mengenai institusi raja dan kepentingannya kepada negara.

Oleh itu, seluruh masyarakat, kerajaan dan badan bukan kerajaan serta tidak terkecuali institusi beraja sendiri perlu bekerjasama dalam memberi dan memupuk kefahaman mengenai kepentingan institusi ini agar terus dihormati, jelasnya.

Menurutnya selaras peredaran zaman, institusi beraja perlu peka dengan perubahan persepsi yang wujud bagi menjamin hubungan baik antara raja dan rakyat.

Situasi ini hendaklah berpaksi kepada penanda aras yang lebih realistik iaitu Perlembagaan Persekutuan kerana ia menyediakan panduan jelas bagaimana hubungan raja dan rakyat itu perlu dibawa, katanya.

Pada 24 Januari lepas, Majlis Raja-Raja sepakat memilih Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari 2019.

Pemilihan itu dibuat susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15 pada 6 Januari lepas.

Sistem penggiliran pelantikan Yang di-Pertuan Agong adalah berdasar kekananan takhta pemerintahan bermula dengan Nege-ri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak yang berakhir pada 1994.

Konvensyen itu terus dijadikan panduan dalam penggiliran kedua yang menyaksikan enam daripada sembilan Raja-Raja Melayu telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, dan meletakkan nama Sultan Abdullah sebagai calon yang dijangka menaiki takhta tertinggi negara dalam penggiliran kali ini.

Sultan Abdullah mendirikan rumah tangga dengan Tengku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj pada 6 Mac 1986.

Seri Paduka berdua dikurniakan empat putera dan lima puteri. C BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 08:30 PM | Show all posts
Upppp thread best ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.040735s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list