CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 27035|Reply: 45

Whales / Ikan Paus

[Copy link]
Post time 16-12-2006 05:50 AM | Show all posts |Read mode
Paus 24 meter cedera terdampar di Pulau Gaya
15-12-2006

KOTA KINABALU:  Seekor paus sepanjang 24 meter yang cedera terdampar di perairan cetek di Lok Ukong, Pulau Gaya dekat sini hari ini.

Kesan kecederaan kelihatan pada ekor dan beberapa bahagian badannya yang mungkin menyebabkan mamalia itu agak keliru sambil menahan kesakitan ketika terdampar di pantai.

Kejadian itu menarik perhatian penduduk tempatan dan juga agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta pengusaha pelancongan pagi ini.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Karim Bujang berkata orang kampung, anggota polis marin, pekerja Taman-taman Sabah, kastam dan sebuah syarikat pengusaha sukan air bertungkus-lumus sejak awal pagi untuk menyelamatkan paus itu.

Usaha membawanya kembali ke air dalam hanya dilaporkan berhasil sekitar jam lapan malam ini apabila air laut mula pasang.

Karim berkata kehadiran paus itu dikesan semalam oleh renjer dari Taman Marin Tunku Abdul Rahman di Lok Ukong.

Bagaimanapun, nasib mamalia itu seterusnya sukar diramalkan.

"Tidak dapat dipastikan sama ada ia dapat berenang kembali ke tempat asalnya melihat pada kecederaannya," kata Karim. BERNAMA


[ Last edited by  dexa at 26-1-2009 08:33 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2006 05:52 AM | Show all posts
Paus terdampar di Pulau Gaya
Oleh: SHARILFUDDIN SAARI



PENDUDUK Kampung Lok Urai bertungkus-lumus menyelamatkan
ikan paus jenis Bryde yang terdampar di Pulau Gaya, Sabah semalam.



KOTA KINABALU 15 Dis.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2006 10:47 AM | Show all posts
power aaaa...nasib baik dpt diselamatkn...
org yg selamatkn tu mesti dpt pengalaman yg tak dpt dilupakan...bkn senang nk pegang ikan paus...:tq:

ikan paus nie salah satu Protected animal under Sabah nye Goverment...
tgk dlm list kat link bawah nie...

http://www.iczm.sabah.gov.my/Rep ... 4%20-%20Ecology.htm

[ Last edited by  don_chinozie at 16-12-2006 10:50 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2006 01:17 PM | Show all posts
Wowww....: Dasyatnye laa..sian ikan paus tu..
Caya lahh ngan penyelamat2 tu sume:tq:
Tabikkk:hatdown: seb baik sempat diselamatkan yeq!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2006 07:14 AM | Show all posts
Usaha selamatkan ikan paus dipuji
Oleh SHARILFUDDIN SAAR

KOTA KINABALU 16 Dis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2006 07:01 AM | Show all posts
Paus diselamatkan akhirnya mati
Oleh Sharilfuddin Saari




SEKUMPULAN penduduk melihat bangkai paus yang mati
semalam selepas ditemui terdampar berhampiran Kampung
Lok Urai, Pulau Gaya, Sabah, tiga hari lalu.


KOTA KINABALU 17 Dis.
Reply

Use magic Report

Follow Us
agelgold This user has been deleted
Post time 18-12-2006 10:58 AM | Show all posts
mati dah ikan ni. tapi, memang la. kalau ikan paus tersadai kat pantai tu, maknanya dia memang nak mati. sonar system punya lah bagus, tak kan dia free-2 je nak sesat sampai tempat cetek. sedih lak rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 09:29 PM | Show all posts
GPS si paus dah rosak kot....atau pun mase die dah sampai...sian die:cry:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2006 11:37 PM | Show all posts
Alahaii mati dahh...siannya...mmg dah sampai ajalnye kott..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 08:39 AM | Show all posts
shiannn ngan paus ni .. so, mcm mana depa settle kan paus ni ? campak blk dlm lautan ke ? ade dengar jiran ckp , kalau mamalia kena tanam .. entah la :stp::stp:
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 01:12 PM | Show all posts
diorang nak preserve tulang dia letak dalam museum
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2007 01:52 AM | Show all posts
bes0rnyer......
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2007 08:48 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2007 12:39 PM | Show all posts
memang dah nyawa dia nak diambil.. selamat mcm mana pun kalau tuhan kata mati, matilah.. sedih juga tgk ikan paus ni mati.. dah la hampir pupus... gigi paus pulau gaya nie ada di simpan oleh tuk guru aku di gurun kedah... dia dapat dari org sana.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2009 09:31 AM | Show all posts
Paus bengis takut berjauhan


BIARPUN hidup berkumpulan, paus pembunuh ini gemar berenang dalam lingkungan
20 kilometer dari pantai Kepulauan Hawaii.



HONOLULU - Spesies mamalia marin terbesar dan antara paling jarang dikenali, paus pygmy yang merupakan pembunuh ganas sebenarnya takut tinggal berjauhan daripada kelompok sendiri.

Ia didedahkan pakar marin biologi, Robin Baird dalam kajian diterbitkan jurnal Marine Mammal Science yang menunjukkan paus tersebut lebih selesa berenang di perairan Hawaii.

Malah populasi mamalia itu sekitar 200 ekor sahaja menjadikan ia mudah diancam kepupusan walaupun sekadar terkena jaring nelayan atau sonar daripada tentera laut.

"Kami meneliti 3,431 foto paus ini sejak 22 tahun lalu sebelum mendapati ia adalah paus yang sama dan paling jauh mereka berenang ialah 20 kilometer dari pantai," katanya. - Agensi




aku selalu baca pasal killer whale ni  tapi panggey  ORCA... tak tau pasal  pygmy nih.....   ni hah killer whale -




Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2009 09:36 AM | Show all posts
huwarghhhhh!!! siannyer paus tuuuuuuuu!!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2009 03:02 PM | Show all posts

lagi pasal paus!!

Yu paus dua tan masuk pukat nelayan


PENDUDUK melihat bangkai yu paus yang masuk pukat nelayan di Georgetown, semalam.


GEORGETOWN: Seekor ikan yu paus spesies 'Rhincodon Typus' seberat dua tan dan sepanjang tujuh meter, ditemui tersangkut di jaring nelayan di perairan Pulau Kendi, semalam.

Ikan yu itu yang masih hidup ketika tersangkut di jaring kira-kira 10 batu nautika dari Pulau Kendi, pada jam 3 pagi, bagaimanapun mati ketika ditarik dengan bot ke Teluk Bahang.

Berita haiwan itu berjaya didaratkan di Teluk Bahang tersebar menarik perhatian ratusan penduduk tempatan.


Ikan berwarna hitam yang berbintik putih mengalami kecederaan di muncung dan badan dipercayai terkena kipas bot.

Ikan yu spesies itu selalunya ditemui di kawasan laut yang bersuhu panas di seluruh dunia. Yu paus dewasa boleh mencapai panjang antara 12 meter hingga 20 meter.

Spesies itu adalah antara ikan terpanjang di dunia dengan mempunyai kepala yang lebar.

Sementara itu, seorang nelayan, Keh Chai Yang, 52, berkata dia bersama tiga rakannya pada mulanya tidak mengetahui apa yang ter-sangkut di jaringnya, terkejut apabila mendapati seekor ikan yang besar dan tidak pernah ditemui sepanjang 30 tahun menjadi nelayan.

Selepas menarik ikan itu dengan bot selama dua jam ke Teluk Bahang, haiwan itu kemudian ditarik ke darat dengan bantuan penduduk tempatan.

"Ketika ditemui ikan itu masih hidup tetapi mati apabila tiba ke pantai," katanya yang menyerahkan ikan berkenaan kepada Jabatan Perikanan Negeri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2009 01:52 AM | Show all posts
Anak paus terdampar di pantai Batu Burok


ORANG ramai cuba menyelamatkan anak ikan paus yang
ditemui terdampar di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu semalam.



TERDAMPAR. Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu gempar malam tadi dengan penemuan seekor anak ikan paus yang terdampar di pantai itu.

Seorang gadis, Nurul Amelia Khairudin, 15, yang menemui anak ikan paus itu pada pukul 8.30 malam pada mula menyangkanya mayat manusia.

Sebaik sahaja penemuan itu diketahui umum, pantai menjadi riuh-rendah dengan orang ramai yang cuba menolak anak ikan paus itu ke laut dalam tempoh dua jam tetapi usaha itu gagal kerana ombak kuat.

Anak ikan itu akhirnya mati pada pukul 10.30 malam. Seorang kakitangan Jabatan Perikanan memberitahu, ikan itu cedera di bahagian sirip dipercayai tersangkut pada jaring milik nelayan.


**************************************************************************

kesian pulak anak whale ni...  tersangkut jaring langsung
bawa maut --
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 05:55 AM | Show all posts

Reply #18 dexa's post

dalam berita tuh kata "cedera kat bahagian sirip" .. mungkin tu aa yg disangka 'penyebab kematian' anak paus tuh

tapi kalau tengok gambor dari sumber lain, rasa 'lain' plak :







macam "cedera kat seluruh badan" jek tuh ..

mungkin .. penyebab cedera tuh .. proses ndak tolak paus tuh balik ke laut ..

yer aa kan .. ditolak camtuh jek .. badan dia tergesel kat pasir .. saket wOo!
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 02:10 PM | Show all posts
Ikan paus terdampar spesies Kogia Previceps
21/01/2009 2:04pm

KUALA TERENGGANU 21 Jan — Ikan paus biru yang ditemui terdampar di pantai Batu Buruk malam tadi adalah dari spesies Kogia Previceps yang semakin jarang ditemui di perairan negara, kata Pengarah Perikanan Terengganu Munir Mohd Nawi.

Beliau berkata berdasarkan pemerhatian visual, paus betina sepanjang 3.14 meter dan dianggarkan seberat 150 kilogram itu mengalami kecederaan fizikal yang agak serius dengan kesan calar di bahagian bawah badan serta tepi sirip pektoralnya.

“Semasa terdampar di pantai itu kira-kira pukul 9.30 malam tadi, ikan paus yang boleh mencapai saiz matang sehingga 3.3 meter panjang itu masih hidup, namun ia mati kira-kira sejam kemudian,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Munir berkata bangkai ikan paus itu akan diawet dan disimpan di galeri perikanan di Dungun untuk kajian kepada pelajar selain sebagai pameran.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam tadi orang ramai yang mengunjungi Pantai Batu Buruk gempar apabila menemui seekor ikan paus terdampar di pantai berkenaan.

Mereka cuba menyelamatkan ikan itu dengan mengheretnya ke air, bagaimanapun pukulan ombak kuat menyebabkan ikan itu terdampar semula ke pantai dan mati kira-kira sejam kemudian. — Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 1.168328 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list