JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
5663
View
3
Reply

AEMAN - CAHAYA HATI -

[Copy link]

Author: dexa       Show all posts   Read mode

Author
Post time 17-12-2006 01:05 AM | Show all posts |Read mode
Aeman tampil dengan Cahaya Hati
Oleh Mohd Nasif Badruddin
mnasif@hmetro.com.my

MESKIPUN kanak-kanak yang berusia seawal 11 hingga 14 tahun ini masih menuntut di bangku sekolah, tetapi populariti dan sambutan diraih mereka bukan sedikit setiap kali mengadakan persembahan.


Mereka bukan saja mengadakan persembahan di Lembah Klang, malah pernah menjejakkan kaki sehingga ke Melaka dan Negeri Sembilan serta beberapa negeri lain. Selain itu mereka turut terbabit mengadakan persembahan di majlis keraian dan hotel ternama sepanjang cuti sekolah ini.

Aeman yang dianggotai Abdul Kareem Hafiz Isa, 14, Muhd Zamri Safriza, 12, Anas Aqel Abdul Latib, 11, dan Muhd Hazmirul Hasrul, 12, adalah generasi kedua kumpulan nasyid Aeman yang bernaung di bawah Hijjaz Records Sdn Bhd (HRSB).

Walaupun berbeza umur, namun mereka menuntut di tempat sama, Sekolah Rendah Agama Jalan F, Kampung Pandan Dalam, Kuala Lumpur.

Menurut ketuanya, Hafiz, mereka kini tampil dengan album kedua berjudul Cahaya Hati yang sudah berada di pasaran awal Disember lalu. Ia memuatkan tiga lagu, Ucapan Salam, Rasulullah dan Solla Alaikallah serta beberapa rangkaian zikir dan doa.

Konsep album ini dipilih hasil perbincangan bersama syarikat rakaman. Ia disifatkan sebagai hadiah kepada peminat sementara menunggu jarak masa untuk kami muncul dengan album penuh.

Mengenai pembawaan imej sebagai kumpulan nasyid kanak-kanak, kami tidak rasa sukar dengan penampilan sebegini. Kami tidak ralat untuk membawakan apa jua imej, asalkan menutup aurat dan diterima ramai.

Cuma kami perlu lebih berhati-hati kerana setiap pergerakan kami menjadi perhatian dan tidak boleh nakal seperti awal zaman kanak-kanak dulu. Walau apapun ia berbalik kepada tujuan kita melakukan sesuatu perkara yang akan menjadi pedoman perlakuan seterusnya,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2006 08:58 PM | Show all posts
SAPE NI ?? ...

ADE GMBR X ?? ..

AIMAN X KISAH TU KE ??

[MLS NK BACE ]...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-12-2006 09:26 PM | Show all posts

Reply #2 Ustaz_SUFI's post

read it then  
kalau majalah boleh baca
article sejemput tu  mesti boleh kan --
then - you will know about them a bit --

didnt have a pic but perhaps soon boleh cari --
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2006 10:50 PM | Show all posts
SATU SYARIKAT NGAN INA NAIM KN ?? ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.046111s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list