CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38867|Reply: 203

merged : POKOK LIDAH BUAYA

[Copy link]
Post time 18-12-2006 10:57 AM | Show all posts |Read mode
mod, kalau topik ni dah ada, merge kan jerlah...:nyorok:


minatlah dgn pokok lidah buaya nih...byk betul kebaikan yg kita boleh ambik dari lendir pokok nih...

Lidah buaya penawar segala penyakit




ALOE VERA cantik dijadikan tanaman hiasan.

DULU orang sebut lidah buaya. Ada penghuni terutama perempuan berminat menanamnya di dalam pasu atau di penjuru halaman rumah. Ini kerana tanaman tidak berbatang itu mengandungi pelbagai khasiat untuk rawatan rambut, kulit dan penawar luka.





Kini, lidah buaya lebih dikenali sebagai aloe vera. Ada lebih 250 spesies tumbuhan aloe vera tetapi Aloe Barbadensis Miller lebih dikenali sebagai 憈umbuhan ajaib' kerana kemujaraban sebagai penawar kepada pelbagai penyakit.

Pokok lidah buaya adalah herba saka sekulen yang tumbuh sehingga 45 hingga 50 sentimeter (sm) tinggi dengan daunnya berisi bendalir, berwarna hijau, dipenuhi bintik bulat dan tepi daunnya yang tajam dan berduri turut menjadi pilihan peminat seni taman.

Keindahannya dapat dilihat pada tangkai bunganya yang boleh mencapai ketinggian satu meter yang muncul dengan segugus bunga yang berwarna kuning oren kemerah-merahan yang meluntur ke bawah.

Berdasarkan kajian sejarah, tumbuhan pelbagai guna ini berasal dari Afrika. Orang Sepanyol pula membawanya dalam perjalanan pengembaraan mereka untuk mengubati pesakit, manakala di Russia, ia digunakan bagi merawat kesan melecur. Di Greek pula, aloe vera digunakan sebagai penawar luka dan mengelak penyakit berjangkit.

Aloe vera terdiri daripada tiga komposisi iaitu glukos (monomeric sugar constituents), asid malik serta polisakarida dan monosakarida. Selain itu, terdapat lebih 200 komponen aktif seperti vitamin, mineral, enzim pada asid amino yang diperlukan dan protein.

Tumbuhan itu dapat membantu kesuburan dan keperluan tubuh badan khusus untuk mencegah penyakit seperti ulser perut, diabetes dan senggugut ketika kedatangan haid pada wanita.

Di samping itu, ia mempunyai formula semula jadi yang berkesan sebagai anti penuaan, anti ulser, anti jangkitan dan anti terhadap diabetes selama-lamanya untuk manusia.

Produk aloe vera yang biasa didapati di pasaran berbentuk cecair dan jarang sekali dikhususkan untuk pemakanan kerana lebih tertumpu untuk kegunaan luaran.

Apa yang pasti, herba digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk makanan dan minuman kesihatan, seperti tambahan diet, perisa dan pewangi selain kosmetik.

Minat masyarakat negara ini menanam tumbuhan ini sebagai pokok hiasan sama ada dengan kaedah pasuan atau terbiar adalah untuk dua tujuan iaitu hiasan laman dan keperluan perubatan.

Nama saintifiknya Aloe vera (L) Burm F dari keluarga Liliaveae dianggap sebagai ubat mentah yang penting dalam sejarah perubatan yang masih diguna secara meluas dalam perubatan moden mutakhir ini.

Ia mengandungi sebatian aspirin yang dapat melegakan sakit, menyembuhkan kecederaan kerana melecur, luka dan lain-lain selain kaya dengan nutrien serta mengandungi lebih 200 komponen aktif vitamin, mineral, asid amino, enzim dan bahan kimia tumbuhan yang lain yang dapat dimanfaatkan untuk menguat, mengekalkan dan menggalak aktiviti sel dalam tubuh manusia.

FAKTA


Nama : Lidah Buaya

Nama Saintifik: Aloe vera

Keluarga: Liliaveae

Asal : Afrika

FAKTA MENGENAI ALOE VERA


Kehadiran 20 asid amino yang diperlukan, tujuh vitamin, sembilan mineral, lapan enzim dan dua hormon akan membantu tubuh untuk menyerap kebanyakan nutrien daripada makanan dan mengaktifkan badan. Lebihan tenaga itu dapat menolong mengurangkan tekanan.


Kehadiran polisakarida dan monosakarida akan melindungi kulit daripada penuaan dan membantu kulit sentiasa muda. Pendedahan kepada sinaran matahari dan proses penuaan normal mengurangkan penghasilan protein sokongan kulit yang dipanggil kolagen. Minuman herba aloe vera boleh menggalakkan penghasilan kolagen melalui peningkatan kegiatan penggabungan sel. Ia juga menggalakkan lebih banyak penghasilan elastin fibroblas yang mana boleh mengelak penuaan. Proses itu membantu mengekalkan keremajaan kulit.


Antioksidan seperti beta karotena, vitamin C,E,B12 serta selenium bertindak apabila sel merekah dan berfungsi sebagai anti penuaan.


Mukopolisakarida memulihkan keradangan seperti ulser, gastrik dan arthritis. Molekul berkenaan juga berfungsi sebagai anti bakteria dan agen anti virus.


Komponen `acemannan' bertanggungjawab menggalakkan penghasilan sel T-limfosit dan membina sistem pertahanan diri.


Asid `chrysophanic' membantu merawat ulser dan menambah kebolehan penghadaman. Ia menyeimbangkan aktiviti dalaman dengan mengawal kandungan pH enzim dalam perut dan memperbaiki pergerakannya. Minuman herba berkenaan menghilangkan kesan gas dan membina semula sistem imunisasi dalam perut.


Saponins dan glikosit (Glycoytes) mempunyai kandungan bahan yang berfungsi sebagai agen pembersih dan antiseptik. Saponins menghalang enzim chynin daripada bertindak balas yang boleh menyebabkan radang.


Glucomannana dan mannose membantu merendahkan kandungan glukos dalam badan terutama pesakit diabetes dan paras lipid darah pada pesakit yang menghidap H yperlipidaemia.

[ Last edited by  razifah at 16-10-2008 09:50 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2006 12:35 PM | Show all posts
aku tgk pokok org gemuk gemuk... pokok aku kurus je..
apa baja yg sesuai utk pokok ni..
ke leh letak sebarang baja.. NG baja taik ayam leh pakai ke utk pokok ni..?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2006 06:38 PM | Show all posts


Dikomersialkan...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2006 06:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2006 06:40 PM | Show all posts
Atasi Serangan Jantung dan Diabetes


Dok. SENIOR  
Selain menyuburkan rambut, lidah buaya juga dikenal berkhasiat untuk mengobati sejumlah penyakit. Di antaranya diabetes melitus dan serangan jantung.

Lidah buaya atau Aloevera adalah salah satu tanaman obat yang berkhasiat menyembuhkan berbagai penyakit. Tanaman ini sudah digunakan bangsa Samaria sekitar tahun 1875 SM.

Bangsa Mesir kuno sudah mengenal khasiat lidah buaya sebagai obat sekitar tahun 1500 SM. Berkat khasiatnya, masyarakat Mesir kuno menyebutnya sebagai tanaman keabadian.

Seorang peracik obat-obatan tradisional berkebangsaan Yunani bernama Dioscordes, menyebutkan bahwa lidah buaya dapat mengobati berbagai penyakit. Misalnya bisul, kulit memar, pecah-pecah, lecet, rambut rontok, wasir, dan radang tenggorokan.

Dalam laporannya, Fujio L. Panggabean, seorang peneliti dan pemerhati tanaman obat, mengatakan bahwa keampuhan lidah buaya tak lain karena tanaman ini memiliki kandungan nutrisi yang cukup bagi tubuh manusia. Hasil penelitian lain terhadap lidah buaya menunjukkan bahwa karbohidrat merupakan komponen terbanyak setelah air, yang menyumbangkan sejumlah kalori sebagai sumber tenaga.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2006 06:41 PM | Show all posts


Makanan Kesehatan
Menurut seorang pengamat makanan kesehatan (suplemen), Dr. Freddy Wilmana, MFPM, Sp.FK, dari sekitar 200 jenis tanaman lidah buaya, yang baik digunakan untuk pengobatan adalah jenis Aloevera Barbadensis miller. Lidah buaya jenis ini mengandung 72 zat yang dibutu*kan oleh tubuh.

Di antara ke-72 zat yang dibutu*kan tubuh itu terdapat 18 macam asam amino, karbohidrat, lemak, air, vitamin, mineral, enzim, hormon, dan zat golongan obat. Antara lain antibiotik, antiseptik, antibakteri, antikanker, antivirus, antijamur, antiinfeksi, antiperadangan, antipembengkakan, antiparkinson, antiaterosklerosis, serta antivirus yang resisten terhadap antibiotik.

Mengingat kandungan yang lengkap itu, lidah buaya menurut Dr. Freddy bukan cuma berguna menjaga kesehatan, tapi juga mengatasi berbagai penyakit. ?isalnya lidah buaya juga mampu menurunkan gula darah pada diabetesi yang tidak tergantung insulin. Dalam waktu sepuluh hari gula darah bisa normal,? katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2006 06:41 PM | Show all posts


Mengandung Antioksidan
Menurut Dr. Freddy, beberapa unsur mineral yang terkandung dalam lidah buaya juga ada yang berfungsi sebagai pembentuk antioksidan alami. Misalnya vitamin C, vitamin E, dan zinc.

?ahkan hasil penelitian yang dilakukan ilmuwan asal Amerika Serikat menyebutkan bahwa dalam Aloevera barbadensis miller terdapat beberapa zat yang bisa berfungsi sebagai antioksidan,? ujarnya. Antioksidan itu berguna untuk mencegah penuaan dini, serangan jantung, dan beberapa penyakit degeneratif.

Lidah buaya bersifat merangsang pertumbuhan sel baru pada kulit. Dalam lendir lidah buaya terkandung zat lignin yang mampu menembus dan meresap ke dalam kulit. Lendir ini akan menahan hilangnya cairan tubuh dari permukaan kulit. Hasilnya, kulit tidak cepat kering dan terlihat awet muda.

Selain wasir, lidah buaya bisa mengatasi bengkak sendi pada lutut, batuk, dan luka. Lidah buaya juga membantu mengatasi sembelit atau sulit buang air besar karena lendirnya bersifat pahit dan mengandung laktasit, sehingga merupakan pencahar yang baik.

Sejauh ini, menurut Dr. Freddy, penelitian belum menemukan efek samping penggunaan lidah buaya. Jika ada masalah, itu hanya berupa alergi pada mereka yang belum pernah mengonsumsi lidah buaya.
?api, sejauh ini dari pasien saya yang mengonsumsi suplemen berbahan dasar lidah buaya, reaksi yang muncul adalah karena daya kerja obat yang
melawan penyakit,? katanya.

Namun, yang perlu diingat, menurut Dr. Freddy, sifat tanaman lidah buaya hampir mirip dengan buah apel yang bila habis digigit langsung berwarna cokelat. Hal itu bisa menjadi tanda lidah buaya telah teroksidasi, sehingga beberapa zat yang dikandungnya rusak.

?emang tidak semua unsurnya rusak, tapi siapa yang mau hanya mendapat ampas? Karena itu, sebaiknya segera konsumsi ramuan lidah buaya, baik yang diracik atau yang sudah diolah, agar lebih terasa manfaatnya,? lanjutnya.@ Suharso Rahman




--------------------------------------------------------------------------------
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2006 06:44 PM | Show all posts


Nama Tempatan: Lidah buaya
Nama Saintifik: Aloe Vera linn.
Nama Lain: jadam(melayu), crocodile tounge(english), salvia(sepanyol) dan lu hui (cina)  
Famili: Liliaceae
Lokasi dijumpai: Seluruh dunia
Asal:  

keterangan:
Aloe vera atau lidah buaya atau nama saintifiknya Aloe Vera Linn dikenali juga dengan nama lily of the desert,plant of immortality dan tumbuhan berubat. nama aloe berasal dari perkataan arab (alloeh) yang bermaksud pahit. pada tahun 1500 sebelum masehi, orang-orang mesir telah mula menggunakan aloe vera untuk mengubat kelecuran akibat terbakar, jangkitan kuman dan serangan parasit. Aloe vera mudah ditemui di seluruh dunia dan pada semua iklim. terdapat lebih dari 500 jenis aloe vera. Aloe vera mengandungi 96% kandungan air dan selebihnya adalah minyak pati, asid amino, mineral, vitamin, enzim dan glikoprotein.Aloe vera banyak ditanam kini sebagai tumbuhan hiasan didalam pasu.daunnya tajam dan berbentuk taji dengan duri disekeliling daunnya. panjang daunnya boleh mencapai antara 15-20 cm panjang.Aloe vera juga mempunyai bunga yang berwarna kuning kemerahan. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari Afrika utara.Aloe vera membiak dengan cara pembahagian anak.Nama lain bagi aloe vera ialah: jadam(melayu), crocodile tounge(english), salvia(sepanyol) dan lu hui (cina)  
kegunaan:
Pengamal perubatan moden mula menggunakan aloe vera semenjak tahun 1930 an.Bahagian yang digunakan adalah daunnya. ia banyak digunakan untuk mengubat colitis dan ulcer peptic.ia juga digunakan sebagai makanan tambahan yang boleh membantu penghadaman, melancarkan perjalanan darah, juga untuk meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing dan hati.Ia juga mengandungi sekurang-kurangnya 3 asid lemak yang berguna untuk perut, usus kecil dan usus besar. sifatnya yang beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan yang juga merupakan punca utama masalah sukar menghadamkan makanan.Ia boleh menolong melancarkan dan membersihkan salur makanan(salur penghadaman).Satu bahan yang baru ditemui dalam aloe vera ialah acemannan dan ia sedang dikaji kerana potensinya yang dipercayai dapat menguatkan ketahanan semulajadi badan.bahan ini dapat menjanakan pengeluaran T-limfosit yang membantu sistem pertahanan badan.Untuk kegunaan dirumah pula, gel yang diekstrak dari daun lidah buaya boleh gunakan jika bahagian badan melecur, melepuh atau bangkat. ia boleh digunakan ketika demam untuk menurunkan suhu badan dengan cara menyapu gelnya pada kepala , dahi dan pelipis.Lidah buaya juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.Ia juga mengurangkan gatal-gatal akibat dari gigitan serangga.Untuk penggunakan kecantikan gel dari daunnya boleh membantu mencegah jerawat dan menegangkan kulit muka, ia juga menambahkan kelembapan pada muka, merawat sunburn dan masalah kerengsaan kulit.Ia juga digunakan untuk melebat dan menyuburkan rambut ia boleh digunakan secara terus. untuk membuat jusnya, kupas bahagian luar daun dan blend hingga hancur, campurkan sedikit air.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2006 10:59 PM | Show all posts
pokok ni memang senang nak hidup... kat rumah iLa ada sepasu...
tapi tak lah sesubur macam dlm gambar yg razifah siarkan kat atas tu...
ada petua tak macam mana nak buat pokok ni subur.. guna baja apa ya???
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2006 10:18 AM | Show all posts

Reply #9 ilahairi's post

Nanti ifa tanya ayah........
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2006 01:36 PM | Show all posts
Tapi kenapa namanya LIDAH BUAYA yek?...huhuhuhu..sape boleh jawab?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 10:28 AM | Show all posts
if dah tanya ayah ke belum?
apa baja dia pakai?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 11:54 AM | Show all posts
aku off topic sikit..

org semua cakap pokok ni bagus.. tapi everytime aku guna, mesti naik rashes.. gataiiii yg amat... i guess it didn't work.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 01:56 PM | Show all posts

Reply #12 rileks's post

Dia kata gune baja asli jer....katanya pengairan kena bagus ..jangan terendam...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 01:57 PM | Show all posts

Reply #13 mias_2004's post

mias terkena getah dia skali kot.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 06:44 PM | Show all posts
Originally posted by mias_2004 at 28-12-2006 11:54 AM
aku off topic sikit..

org semua cakap pokok ni bagus.. tapi everytime aku guna, mesti naik rashes.. gataiiii yg amat... i guess it didn't work.


setahu iLa lah.. mengikut pengalaman dan petua mak angkat iLa.. kita tak leh pegang kulit dalam pokok tu dimana terdapat getahnye.. klu terkena atau terpegang memang kulit akan gatal.. sebab iLa pernah kena.. so dinasihatkan guna sarung tangan getah atau kena slow2 proses mengasingkan lendirnye tu... heheheh.. macam pandai sangat... ;)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2006 08:38 AM | Show all posts
Originally posted by ilahairi at 28-12-2006 06:44 PM


setahu iLa lah.. mengikut pengalaman dan petua mak angkat iLa.. kita tak leh pegang kulit dalam pokok tu dimana terdapat getahnye.. klu terkena atau terpegang memang kulit akan gatal.. sebab iL ...


:setuju::setuju::setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 04:22 PM | Show all posts
Originally posted by razifah at 29-12-2006 08:38 AM


:setuju::setuju::setuju:


Tak pernah dengar lak getah pokok lidah buaya ni merbahaya.

Tp yg pasti kalau lidah buaya darat memang bahaya. ::
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2007 09:24 AM | Show all posts
Originally posted by afyyzuul at 29-12-2006 04:22 PM


Tak pernah dengar lak getah pokok lidah buaya ni merbahaya.

Tp yg pasti kalau lidah buaya darat memang bahaya. ::



:pmuka:...afy buat lawak lah huhuhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 11:28 AM | Show all posts
Originally posted by afyyzuul at 29-12-2006 04:22 PM


Tak pernah dengar lak getah pokok lidah buaya ni merbahaya.

Tp yg pasti kalau lidah buaya darat memang bahaya. ::



laaa.. kesitu lak dia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.079606 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list