CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6320|Reply: 24

Tg. Tuan

[Copy link]
Post time 19-12-2006 02:45 AM | Show all posts |Read mode
sape2 penah smp ke pd...mesti penah dengo blue lagoon..yakni tempat mandi-manda selain daripade pantai teluk kemang ngan pantai saujana tu...

herm..aku lak dah almost 12 tahun x pg pd

so mase pegi round2 kat pd..pegi pantai blue lagoon..wohhhhhhhh

terjumpa tg tuan (b4 nih terbc je kisah2 ngeri dan seram rumah api tg tuan )

tp yg herannye nape tg tuan nih under majlis perbandaran alor gajah..walhal dalam pd yakni dalam negeri 9 nye jajahan itu sendirik

p/s: sori takder gambo nak dipastekan mase pegi arituh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2006 01:46 PM | Show all posts

Reply #1 Joe Hahn's post

Tanjung Tuan or Cape Rachado  is an exclave of the state of Malacca, Malaysia. It is a cape with a lighthouse facing
the Strait of Malacca. Though it is administered by the Malacca state government, the area used to fall under the
sovereignty of Negeri Sembilan which surrounds it.

kiranya dr zaman colonial Tg Tuan memang part melaka la gitu?

penah terbaca parameswara disemadikan kat Tg Tuan, ye ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 02:24 PM | Show all posts
Tg. Tuan memang di bawah jajahan Melaka. Malahan ada resort kat situ, Ilham Resort pun dlm dlm jajahan Melaka. Dulu boleh bawa kereta naik sampai ke rumah api, cantik permandagan di sana. Tapi rasanya sekarang kena lah menapak dari bawa kaki bukit. Cantik tempat tu, kalau rajin weekend ke time air surut, boleh naik ke rumah api & then ikut jungle track ke tepi pantai, sana ada tapak hang tuah. Then boleh jalan susuri pandai & keluar kat Blue Lagoon. Menarik. Cuba la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2006 02:45 AM | Show all posts
thanks for da info...owh...baru joe tau..hehe..camana ek dapat hak eksklusif tu eh...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2006 03:39 PM | Show all posts
pernah berkhemah gan member member kat tjg tuan ni... ya allah.. masa bercamping tue n tido semalam kat situ air punya la surut n xda angin lansung.... panas abis le mlm masa bercamping tue... so unlucky masa g camping ari tue....
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2006 06:50 PM | Show all posts
Khabarnya dari rumah api tu kita boleh nampak pusaran air yekkk...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2006 10:48 AM | Show all posts
Tak sure pulak boleh nampak air pusar dari atas Tg. Tuan. tapi yg surenya kat situ memanglah popular ngan air pusaran. Jadi kalau mandi di Blue Lagoon, make sure jgn sampai cross ke Tg. Tuan, risau kalau air pasang selalu dilaporkan ada air pusar. Tapi permandangan dari atas tu memang menarik.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2007 08:58 PM | Show all posts
Keno tempeklah gambar...Baru menarik sikit..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2007 10:11 PM | Show all posts
kalau ade gamba..... lagi best
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2007 04:08 PM | Show all posts


ni rumah api tanjung tuan...

Rumah Api ini dibina pada asalnya oleh pihak Portugis dalam abad ke-16 dan ianya dibina semula oleh pihak Inggeris pada tahun 1839. Ianya terletak di puncak bukit yang tertinggi di kawasan ini dan mengadap ke Selat Melaka.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2007 04:09 PM | Show all posts
Perairan Tanjung Tuan di dapati mempunyai pelbagai spesies sumber batu karang yang bertaburan dalam jarak antara 150 m hingga 400 m dari pantai dengan keluasan dianggarkan 1.5 km hingga 2 km persegi. Kepelbagaian sumber batu karang yang terletak di persisiran pantai dan mudah di lalui dari jalan darat dan laut adalah satu perkara yang unik. Terdapat pelbagai jenis ikan dan juga mentimun laut (gamat) di kawasan ini. Di samping kejadian alam yang begitu unik, kawasan Tanjung Tuan juga merupakan satu habitat penting bagi penyu agar (Green turtle) dan tuntung laut (painted terrapin). Selain dari itu juga terdapat penyu karah (hawksbill).
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2007 04:10 PM | Show all posts
Hutan Simpan Cape Rechado (Tanjung Tuan) merupakan satu-satunya Hutan Bukit
Pantai (Coastal Hill Forest) yang terdapat di Negeri Melaka. Di Semenanjung Malaysia
hutan seperti ini yang masih ujud ialah di Hutan Simpan Pasir Panjang di Negeri Sembilan,
Hutan Simpan Bukit Jugra di Selangor, Hutan Simpan Bukit Pelindong di Pahang dan Hutan
Simpan Sungai Pinang di Perak.  

Hutan Bukit Pantai ini merupakan salah satu hutan yang unik dari segi komposisi
tumbuhannya. Pada ketinggian + 94 meter a.m.l ia mempunyai ciri-ciri komposisi tumbuhan
seperti di Hutan Bukit Sebenar ( ketinggian + 300 meter a.m.l ). Hutan ini mengandungi
banyak pokok-pokok bermutu dan besar seperti Meranti Seraya (Shorea curtisii),
Meranti Tembaga (Shorea leprosula), Keruing (Dipterocarpus spp.), Nyatoh (Palaquim spp),
Kelat (Eugenin spp), Kedondong (Santaria spp) dan lain-lain. Di samping itu terdapat
pokok-pokok Kelat Jambu Laut, Bintangor laut di kawasan tepi pantai. Di bahagian pantai
yang berlumpur ujud kawasan Hutan Paya Laut yang ditumbuhi pokok-pokok bakau.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2007 04:11 PM | Show all posts
Terdapat beberapa jenis binatang liar yang kecil menghuni di kawasan Tanjung Tuan ini
di samping beberapa jenis burung. Spesies mamalia besar yang terdapat di kawasan ini
terdiri dari jenis primet (primate). Antaranya ialah kera (Macaca fascicularis), lotong
kelabu (Presbytis cristata) dan lotong cangkong (Presbytis obscura). Manakala spesies
mamalia kecil pula terdiri daripada tupai pinang (Callosciurus notatus), tupai moncong
besar (Tupaia minor), musang pulut (Paradoxurus hermaphroditus), memerang licin
(Untra perspicillata) dan kelawar ladam muka kuning (Rhinolopus trifolius).  

Spesies burung merupakan merupakan fauna yang paling banyak terdapat di sekitar
Tanjung Tuan. Sejumlah 27 keluarga burung yang merangkumi 54 spesies telah dikenalpasti
di kawasan ini. Spesies burung yang paling banyak ditemui ialah tiong gembala
kerbau (Acridotheses tristis), layang-layang asia (cypsiurus batasiensis), layang-layang
ekor cabang (Apus pacificus) dan lain-lain.  

Satu lagi daya tarikan Tanjung Tuan ialah ianya merupakan kawasan persinggahan yang
penting bagi berbagai jenis burung
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2007 04:50 PM | Show all posts


Hutan Simpanan Cape Rachado (Tanjung Tuan) merupakan salah satu daripada Hutan Simpanan Kekal yang tertua di bawah pengurusan dan kawalan Jabatan Perhutanan Negeri Melaka. Kedudukan Hutan Simpanan Kekal ini dikelilingi Laut Selat Melaka dan tanah daratnya bersempadan dengan Negeri Sembilan. Hutan ini terletak kira-kira 20 km dari Bandar Port Dickson, Negeri Sembilan dan kira-kira 80 km dari Melaka, Bandaraya Bersejarah.
Hutan Simpanan Cape Rachado (Tanjung Tuan) telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan (kemudian dipanggil Hutan Simpanan kekal) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 1921 (No.Warta : 2066 bertarikh 23 Disember, 1921) dengan keluasan asal 80.97 hektar (200 ekar).
   


Pada tahun 1969, seluas 16.19 hektar (40 ekar) telah diwartakan keluar daripada status Hutan Simpanan Kekal oleh kerajaan Negeri Melaka bagi tujuan awam (No.Warta : 328 bertarikh 25 Disember, 1969). Kawasan tersebut sehingga kini masih belum dibangunkan dan keadaannya masih seperti sediakala (berhutan).

Pada 5 Januari, 1971, Kerajaan Negeri Melaka telah meluluskan seluas 60.70 hektar (149.98 ekar) baki kawasan Hutan Simpan Cape Rachado (Tanjung Tuan) sebagai 揝uaka Hidupan Liar
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2007 04:51 PM | Show all posts


Hutan Simpanan Cape Rachado (Tanjung Tuan) merupakan salah satu daripada Hutan Simpanan Kekal yang tertua di bawah pengurusan dan kawalan Jabatan Perhutanan Negeri Melaka. Kedudukan Hutan Simpanan Kekal ini dikelilingi Laut Selat Melaka dan tanah daratnya bersempadan dengan Negeri Sembilan. Hutan ini terletak kira-kira 20 km dari Bandar Port Dickson, Negeri Sembilan dan kira-kira 80 km dari Melaka, Bandaraya Bersejarah.
Hutan Simpanan Cape Rachado (Tanjung Tuan) telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan (kemudian dipanggil Hutan Simpanan kekal) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 1921 (No.Warta : 2066 bertarikh 23 Disember, 1921) dengan keluasan asal 80.97 hektar (200 ekar).
   


Pada tahun 1969, seluas 16.19 hektar (40 ekar) telah diwartakan keluar daripada status Hutan Simpanan Kekal oleh kerajaan Negeri Melaka bagi tujuan awam (No.Warta : 328 bertarikh 25 Disember, 1969). Kawasan tersebut sehingga kini masih belum dibangunkan dan keadaannya masih seperti sediakala (berhutan).

Pada 5 Januari, 1971, Kerajaan Negeri Melaka telah meluluskan seluas 60.70 hektar (149.98 ekar) baki kawasan Hutan Simpan Cape Rachado (Tanjung Tuan) sebagai 揝uaka Hidupan Liar
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2007 04:54 PM | Show all posts


http://www.virtualmalaysia.com/mediafile/imms/vmwm_350.gif

If you happen to be in Cape Rachado (also known as Tanjung Tuan), take a short trek uphill from the beach, and you will find a classic, whitewashed lighthouse built on top of a fort-like foundation structure.

Believed to have been built by the Portuguese in the 16th century, the lighthouse still holds vigil today. But the lighthouse is no longer just a vantage point to view trade or enemy ships sailing close to the coast. It now houses a revolving MEASAT Radar used for transmissions and communications.

To get to the top of the lighthouse, you must ascend a beautiful but narrow, spiral staircase with 72 steps. A stone staircase behind the lighthouse also makes access to the lighthouse easier. Once on top, you can enjoy an unobstructed 360-degree view of the coastline as well as the woodlands of the mainland.

Less than 40km away across the Straits of Melaka lies Sumatera. So on a clear day, you will be able to see the outline of the Sumatran coast in the distance, from the top of the lighthouse. Cape Rachado is also a strategic place for birdwatching, especially during the annual migration season which takes place roughly around September through October and March through April. Permit to enter the lighthouse can be acquired from the Harbour Master's Office in Melaka.   

In the past, Cape Rachado was renowned for its lighthouse on, but today, the site is a conservation area for migrating birds.

Cape Rachado is well known as a popular stopover point for migrating raptors especially honey buzzards. Other birds that stop here during their annual winter migration include swifts, hawks, and eagles, which can be spotted between September and March every year.

There is also a spot here where the legendary Malay warrior of the Malacca Sultanate, Hang Tuah, was supposed to have set foot.

sumber:www.virtualmalaysia.com

[ Last edited by  razifah at 5-2-2007 04:59 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2007 04:59 PM | Show all posts
tak pernah dapat keledek dr mod sini huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2007 05:14 PM | Show all posts

Reply #17 razifah's post

apa ntah lagi ubi kayu....
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 03:14 PM | Show all posts

Reply #18 redCeri^cet's post

huhuhuhu.....
ingat ifa sorang jer yg perasan.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 12:09 AM | Show all posts
wow tjg tuan
bes ni tmpt ...
mancing2 kt air pusar ...

mmg bahye sini .. n mnyeramkn ..
huhuhuhu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.171579 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list