CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Dutch-Lady

~MERGED~ Champa - kerajaan Melayu Yang Dilupakan

[Copy link]
Post time 22-8-2007 12:06 AM | Show all posts
mod merged kan topik yang ada.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2007 03:15 AM | Show all posts
Tak lama dulu(awal tahun ni)ada sekumpulan nelayan Vietnam berteduh di Teluk Bali,Kelantan utk berlindung dr ribut.Mereka ini dilaporkan beragama Islam oleh media dan mengaku sebagai Melayu Campa.Rupa2nya di Vietnam pun masih ada sisa2 orang Campa sampai sekarang selain dr di Kemboja.

Di Malaysia juga terdapat pelarian politik Kemboja yang melarikan diri dari kekejaman pemerintah mereka.Kalau di Muar,Johor pendatang Kemboja ini boleh kita temui mendominasi perniagaan kain di satu kawasan perniagaan.Keturunan mereka dr generasi yg terkemudian byk yg sudah terasimilasi menjadi org Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 10:21 AM | Show all posts
Originally posted by rempo at 22-8-2007 03:15 AM
Tak lama dulu(awal tahun ni)ada sekumpulan nelayan Vietnam berteduh diTeluk Bali,Kelantan utk berlindung dr ribut.Mereka ini dilaporkanberagama Islam oleh media dan mengaku sebagai Melayu Campa ...



Penduduk Felda kat Pahang Semasa Zaman Tun Razak kebanyakan Berketurunan Champa
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2007 01:30 AM | Show all posts
Sejarah Melayu Champa


Kisah Sejarah Melayu tentang Pau Gama yang pergi ke Majapahit dan berkahwin dengan Raden Gaalah Ajang dan kemudian memperolehi seorang anak bernama Jatnaka dapat dikesan sejarahnya. Tokoh Pau Gama itu ialah Jaya Simhavarman III (1288 - 1307) yang telah berkhawin dengan puteri Raja Javadvipa bernama Tapasi


Raja Jaya Simhavarman III berkahwin pula dengan puteri Dai Viet (Vietnam). Perkahwinan politik dengan puteri Dai Viet ini mengorbankan dua wilayah Champa di utara Col des Nuages. Sesudah beliau meninggal, baginda diganti oleh seorang anaknya yang bernama Harijitatmaja yang meneruskan penentangan terhadap penguasaan Dai Viet ke atas wilayah pusaka-nya. Baginda akhirnya ditangkap dan meninggal pada 1313 dalam kurungan sangkar emas. Harijitatmaja diganti oleh saudaranya yang dikenali dengan sebutan Che Nang atau Che Man atau Cei Anak. Che Nang meneruskan perjuangan menentang Dai Viet. Tokoh inilah agaknya yang disebut dalam Sejarah Melayu sebagai Jatnaka. Tokoh lain yang disebut dalam Sejarah Melayu ialah dua orang pelarian Champa yang bernama Syah Indera Berman dan Syah Pau Ling (Liang). Sejarahnya dapatjuga dikesan iaitu terjadi pada zaman pemerintahan Ban La Tra Toan (1460 - 1471).

Ban La Tra Toan memerintah di ibu kota Sri Vini (Sri Raja Than Ton). Setelah Kota Vijaya jatuh. Raja Champa pun mati terbunuh. Dengan kejatuhanibu kota Vijaya ini ramai pelarian politik Cham yang menuju ke daerah Melayu yang selamat, antara lain ke Melaka. Yang termasuk dalam pelarian itu ialah dua orang putera raja Champa, iaitu Indravarman dan Pau Liang di atas. Gambaran Sejarah Melayu tentang Champa terdapat dalam Al-Kisah ke29 yang menceritakan seorang Nakhoda Champa yang bernama Sayyid Ahmad bersahabat dengan Hang Tuah pergi ke Inderapura (Pahang) untuk melarikan Tun Teja Ke Melaka. Kekuatan Champa berdasarkan fakta jelas lebih besar daripada perahu Pahang hingga dapat menolong pahlawan Melaka itu melarikan Tun Teja. Kehadiran tokoh Nakhoda Champa di Melaka dan di Pahang dapat dihubungkan pula dengan wujudnya pedagang Champa di Banten seperti yang diceritakan oleh Sejarah Melayu dalam Al-Kisah ke-34 menceritakan perkahwinan seorang puteri keturunan Champa dengan anak seorang pembesar Melaka.

Peperangan Champa dengan orang Vietnam (Dai Viet) dapat kita ikuti dalam beberapa naskah Melayu Tradisi seperti Hikayat Hang Tuah. Bab ke-23 hikayat itu menceritakan peristiwa Negeri Indrapura diserang oleh ikan todak Negeri Indrapura sebenarnya dapat dirujuk kepada Indrapura yang wujud di Champa pada separuh kedua abad ke-8 dan Indrapura inilah tapak pertama bangsa Melayu Champa mengalami kesukaran dalam hubungan dengan tetangganya Dai Viet. Serangan orang Dai Viet terus-menerus hingga Indrapura jatuh ke tangan mereka pada tahun 1000. Ikan todak itu hanya sebagai simbol seragan-serangan laut bertubi-tubi daripada Dai Viet.

Disebabkan perkembangan penduduk yang bertambah di Delta Sungai Merah, Vietnam telah melakukan perluasan politik ke arah Selatan. Akibat peperangan yang terus-menerus dengan Vietnam, Orang Cham sedikit demi sedikit kehilangan wilayah utaranya yang ditakluk lalu diduduki oleh tentera Vietnam. Oleh sebab itu, antara abad ke11 dan ke-17, wilayah yang didiami bangsa Cham makin sempit kerana dirampas daripada sebelah utara, Oleh yang demikian jumlah penduduk Cham semakin berkurangan dan tempat tingalnya berpindah ke arah selatan, terutama setelah perebutan kota Vijaya pada tahun 1471, yang akibatnya antara lain mendesak Orang Cham ke selatan ke puncak Cu Mong.

Meskipun kekalahan kota Vijaya merupakan pukulan yang sangat hebat kepada Orang Cham, namun begitu mereka bertahan sedapatanya dan mendirikan kembali negeri-negeri di daerah-daerah yang masih dapat dikuasai. Ketahanan Orang Cham semakin pulih dan pada 1594, seorang raja Champa berjaya mengirimkan tentera bantuan kepada Sultan Johor untuk memerangi orang Portugis. Ramai Orang Cham, yang tidak bersedia hidup dalam negeri yang tertekan dan kian hari kian tunduk kepada kekuasaan Orang Vietnam, telah melarikan diri; kadang-kadang dengan pemimpinya ke Kemboja dengan melintasi hutan-hutan dan tanah tidak bertuan yang terletak disebelah barat Panduranga.

Namun begitu orang Cham yang masih tinggal di negerinya tetap dalam keadaan tidak berubah sehingga tahun 1834. Dalam tahun itu Kaisar Minh Menh telah menghapuskan segala gambaran tentang wujudnya sebuah negara Champa yang merdeka dan menjadikan Panduranga sebagai Wilayah Vietnam. Tetapi mulai tahun 1834 - 1835 orang Cham di '' Vietnam '' kan secara paksa. Mereka diperintah berpakaian Vietnam, bertutur bahasa Vietnam, menggunakan nama Vietnam dan merayakan upacara-upacara Vietnam biar apapun agama mereka. Seterusnya mereka dipaksa mematuhi peraturan-peraturan ketat yang ditetapkan oleh Minh Menh yang ingin melihatmereka lenyap sebagai bangsa asing.

Meskipun demikian, oleh sebab begitu sisa-sisa golongan Champa itu, mereka berusaha dengan sedaya-upaya untuk mempertahankan sekurang-kuragnya lembaga Kerajaannya, Lambang Kebangsaanya yang terakhir. Pada tahun 1822, kerana tertekan oleh situasi yang benar-benar mengecewakan, Raja Champa sendiri, Po Cong Chan, turut keluar mengasingkan diri ke Kemboja, mengikut kebanyakan rakyatnya yang sudah menetap di sana.


Sources : Digest '' MUTIARA MALAYSIA '' 1 PP7609/9/93 Dis. (1993)




[ Last edited by  HangPC2 at 27-10-2007 11:50 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2007 11:17 PM | Show all posts
Po Nagar Towers


Located outside of Nha Trang, the Po Nagar (the Lady of the City) towers were built between the 7th and 12th centuries on a site used for Hindu worship as early as the 2nd century AD. There were once seven or eight towers at Po Nagar, four of which remain. At the site there is a mandapa (meditation hall) where worshipers must pray before proceeding to the kalan (sanctuary). The 23-meter high North tower, with its terraced pyramidal roof, vaulted interior masonry and vestibule, is a superb example of Cham architecture. It was built in 817 by King Harivarman I , 43 years after the original temples were sacked and burned by Indonesian corsairs.









Po Klong Garai Towers


Located in Phan Rang province, the Po Klong Garai site consists of four brick towers constructed at the end of 13th century during the reign of King Jaya Simhavarman III.











Po Ro Me Towers


Also located in Phan Rang is the Po Ro Me, one of the newest Cham tower. The tower is named after the last ruler of the independent Champa, King Po Ro Me (ruled 1629-1651) who died a prisoner of the Vietnamese.











Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 05:38 PM | Show all posts
Hok alosss la weii.... Pengkalan Chepa... dulu tu pelabuhan yg dipanggil Pengkalan Champa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2007 06:25 PM | Show all posts
BETUL KE ORANG KELANTAN TU ASAL DARI CHAMPA?
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 30-10-2007 08:37 PM | Show all posts
Originally posted by sekngucing at 30-10-2007 18:25
BETUL KE ORANG KELANTAN TU ASAL DARI CHAMPA?


tah la..tapi kalau menantu N.Ajis tu ye la dari Champa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2007 08:45 PM | Show all posts

Reply #23 dempol's post

menantu paklah dari mana? ****** ke
sekngucing
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 08:45 PM | Show all posts
oiyt apa ni nak tulis ****** pun tak boleh mcmana dgn #?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2007 09:40 AM | Show all posts
kwn aku atuknya adalah org hanyut kemboja...org melayu champa..tp dah jd warga negara malaysia..smlm tgk rtm...ada citer pasal kemboja dan melayu champa..diorg nieh bleh ckp melayu gaks..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2007 10:03 AM | Show all posts

Reply #11 Dutch-Lady's post

sbb yg islam dah lari ke kemboja..lagipun menurut artikel nieh..org champ ada dua golongan satu islam dan satu lagi hindu-buddha...dan dalam yg islam tuh ada dua golongan ..satu islam cam kat malaysia dan satu lagi islam campuran hindu-buddha...jd diorg consider yg islam campuran hindu-buddha tuh sebagai hindu-buddha...ekceli benda nieh terjadi bukan salah diorg, tp diorg tak dapat maklumat tentang islam yg sebenar...jd kesimpulannya yg tinggal di vietnam tuh byk hindu-buddha berbanding org champ di kemboja...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2007 10:12 PM | Show all posts






Cham Dance (Robam Oba Trop)





http://www.youtube.com/watch?v=E4E8xYW3kAc




Cham Dance - Sweep Away Sorrow





http://www.youtube.com/watch?v=NL2URAvvRSU


Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 01:55 PM | Show all posts
FLC - Le Front pour la Liberation de Cham





Descendents of the people of the old kingdom of Champa, that live in South Vietnam






Cham Liberation Movement







This flag is the flag of the Front de Liberation des Hauts plateaux. The flag was adopted in March 1946 when four highlanders tribes united in the fight for independence. The hoist band must be red (the report of green published in Flaggenmitteilung 105, was later corrected in 109) and the crescent and star is for the Cham tribes Zyaray and Edeh. The green band is for Montagnard tribes Banar and Koho and mean the nature that they pledge. The four blue stripes (blue above and below) mean the unity and the three white stripes mean the freedom. The first name of the organization was "Front des Petits Peuples" (1946-1960). In 1960 the name was changed to Front de Liberation des Hauts plateaux andstill later in 1960 joined the FULRO, together with the Front of Liberation of Champa.
Jaume Oll
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 04:39 PM | Show all posts
Misi bantu Islam Kemboja





Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my




PERTUBUHAN Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Bukit Damansara, Kuala Lumpur terpanggil membantu masyarakat Islam di Kemboja selepas melihat dari dekat keperitan mereka dalam beberapa siri lawatan di kawasan pedalaman wilayah Cham.

Menurut Pengerusinya, Abdul Hanif Harun, hasil daripada kerjasama semua pihak dan sumbangan dermawan, pihaknya membina sekolah agama di negara itu.


Sekolah agama itu diberi nama Madrasah Umar Al-Khattab siap dibina di Kampung Seraiweal, Cham, kira-kira 130 kilometer dari ibu negara Kemboja, Phnom Penh, menggantikan bangunan sekolah lama yang sangat uzur.

Bangunan sekolah dua tingkat itu dilengkapi enam bilik darjah dan beberapa kemudahan asas lain selain menampung kira-kira 200 murid.

Ia dirasmikan Setiausaha Negara, Kementerian Buruh dan Latihan Vokasional Kemboja, merangkap Penasihat dan Wakil Khas Perdana Menteri Hun Sen, Datuk Othman Hassan, baru-baru ini.

Majlis dihadiri kira-kira 1,000 penduduk Kemboja turut dihadiri, Timbalan Gabenor Wilayah Kampung Cham, Some Sokpry @ Sobri dan Presiden Majlis Tertinggi Islam Kemboja, Datuk Kamaruddin Yusof.

Othman berkata, pihaknya menghargai jasa Perkim cawangan Bukit Damansara dan dermawan dari Malaysia kerana mengambil inisiatif membina sekolah agama itu.

"Ia disiapkan dalam masa yang singkat tanpa sebarang masalah. Saya berharap sekolah ini dapat dimanfaatkan masyarakat Islam di daerah ini," katanya.

Perkim cawangan Bukit Damansara turut menganjurkan program korban di kawasan pedalaman yang memberi manfaat kepada umat Islam di negara itu terutama fakir miskin.

Program ibadat korban itu dilaksanakan dengan kerjasama imam besar Masjid Bandar Baru Sg Buloh, Selangor, Idris Yusoff yang berasal dari Kemboja.

Kali pertama program itu membabitkan 51 lembu, manakala bagi kali kedua membabitkan 130 lembu dan diagihkan kepada masyarakat tempatan.

Abdul Hanif berkata, pihaknya turun ke beberapa kampung di kawasan pedalaman di sekitar Sungai Mekong, Wilayah Kampung Cham.

Kampung terbabit ialah Brik Aji, Kendol, Ralen Kheno, Rao, Phomthy, Phomtenut, Kilo 31, Kilo 21 dan Seraiweal, Phomteria, Kheboob, Ambel, Puk Soi, Rakakheno dan Sepei.

"Tiba di Phnom Penh kami terus ke Kampung Cham dan bermalam di Hotel Mekong. Selepas Subuh, kami menyeberangi Sungai Mekong untuk memulakan ibadat korban.

"Pada malamnya kami pulang ke hotel dan keesokan harinya selepas Subuh kami menyeberangi Sungai Mekong sekali lagi untuk meneruskan program ibadat korban di beberapa kampung lain," katanya.

Menurutnya, umat Islam di beberapa kampung di Kemboja mengambil kesempatan daging korban untuk mengadakan kenduri perkahwinan anak masing-masing.

Hasil sumbangan dermawan juga, Perkim cawangan itu menyampaikan sumbangan kepada anak yatim, fakir miskin dan warga tua.

Antara bentuk barang yang diberikan ialah Muqaddam, naskhah al-Quran, kitab aqidah dalam bahasa Cham, alat tulis, telekung, kain pelekat, sejadah dan baju.

Menurut Abdul Hanif, selepas ini pihaknya akan melengkapkan peralatan sekolah terbabit dengan alat tulis dan bahan bacaan selain memperkenalkan kurikulum pembelajaran agama di Malaysia kepada sekolah terbabit.

Pihaknya juga akan memberikan tumpuan untuk membaik pulih Masjid An-Nikmah di Seraiweal, membantu menggali perigi di Masjid Braphat, Thong Khmom, kira-kira 170 kilometer dari Phnom Penh yang menghadapi kemarau teruk.

Selain itu, pihaknya juga akan membantu membina kolam air dan tempat wuduk di sebuah masjid di Kampung Phum Cham Thmey, Krokor Pursat kira-kira 160 kilometer dari Phnom Penh dan merancang untuk membaik pulih Madrasah Dubai Al-Islamiah di Chrang Chamres.


- Metro Ahad -


Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 07:58 AM | Show all posts
Originally posted by sekngucing at 30-10-2007 06:25 PM
BETUL KE ORANG KELANTAN TU ASAL DARI CHAMPA?


KELANTAN DULUNYA ADALAH MERUPAKAN PUSAT BAGI BEBERAPA EMPAYAR MELAYU ANTARANYA IALAH CHERMIN DAN LANGKASUKA, MAJAPAHIT DAN SRIVIJAYA. JADI KELANTAN MEMANG DARI DULU LAGI MENJADI TUMPUAN BAGI SELURUH MASYARAKAT NUSANTARA...MACAM KUALA LUMPUR PADA HARI INI LAH...MACAM-MACAM ORANG ADA DI KL...BEGITU JUGA DI KELANTAN. JADI JIKA DIKATAKAN ORANG-ORANG KELANTAN RAMAI YANG BERKETURUNAN CHAMPA...SAYA AKAN KATAKAN YA. CUMA MUNGKIN BUKAN KESELURUHAN TAPI SEBAHAGIAN. HUBUNGAN DI ANTARA KELANTAN DAN CHAMPA MEMANG DIKATAKAN SANGAT ERAT...DAN IANYA BERTERUSAN HINGGA KE HARI INI. LIHAT SAHAJA CARA MEREKA BERPAKAIAN MISALNYA CARA ORANG-ORANG LELAKI CHAMPA MEMAKAI SERBAN...SAMA DENGAN ORANG-ORANG KELANTAN. DARI SEGI DIALEK PUN HAMPIR SAMA...PERNAH MB KELANTAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ PERGI KE KEMBOJA...BERCERAMAH AGAMA...MENGGUNAKAN LOGHAT PERCAKAPAN KELANTAN DAN MEREKA FAHAM DAN KITA PUN BOLEH FAHAM MEREKA.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2008 09:11 AM | Show all posts
raja chanpa dulu yg mempunyai nama yg agak  sinonim dgn nama orang kelantan....


Chế M鈔In 1307 A.D., the Cham King Jaya Simhavarman III (Che Man), the founder of the still extant temple of Po Klaung Garai in Panduranga, ceded two northern districts to the Dai Viet in exchange for the hand in marriage of a Viet princess. Not long after the nuptials, the king passed away, and the princess returned to her northern home in order to avoid a Cham custom that would have required her to join her husband in death. However, the lands that Che Man had rashly ceded were not returned. In order to regain these lands, and encouraged by the decline of Dai Viet in the course of the 14th century, the troops of Champa began to make regular incursions into the territory of their neighbor to the north.[36]
[edit] Chế Bồng Nga - the Red KingThe last strong king of the Cham was Che Bong Nga or Che Bunga, who ruled from 1360 until 1390. In Vietnamese stories he is called The Red King. Che Bong Nga apparently managed to unite the Cham lands under his rule and by 1372 he was strong enough to attack and almost to conquer Dai Viet from the sea.
Cham forces sacked Thang Long, the capital city of Dai Viet located at the site of modern Hanoi, in 1372 and then again in 1377. A last attack in 1388 was checked by the Vietnamese General Ho Quy Ly, future founder of the Ho Dynasty. Che Bong Nga died two years later in 1390. This was the last serious offensive by the Cham against Dai Viet, but it helped spell the end of the Tran Dynasty, which had forged its reputation in the wars against the Mongols a century earlier, but which now revealed itself as weak and ineffective in the face of the Cham invasions.[37]
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2008 03:38 AM | Show all posts

how

champa tinggal sejarah.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2008 10:54 AM | Show all posts
Kesian kat orang Melayu Champa.

Harus anda ingat, orang Champa adalah MELAYU.
Orang Champa adalah Melayu yang asli. Bukan Jawa, bukan Bugis, dan bukan semata-mata suku kaum di Nusantara.

Orang dari Jawa adalah JAWA, bukan Melayu. Bila datang ke Malaysia aja mereka ni jadi Melayu

[ Last edited by  WonBin at 13-9-2008 10:58 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2008 12:55 PM | Show all posts
Vietnam-Champa Relations and the Malay-Islam Regional Network in the 17th
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.075681 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list